"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


PKR Sabah makin malap: Terkini, Pengerusi PKR Sabah Datuk Lajim Ukin tinggalkan PKR

Pengerusi PKR Sabah Datuk Lajim Ukin hari ini mengumumkan keluar dari parti itu bersama dua ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dari DAP, Terrence Siambun serta Junz Wong.

Kata Lajim keputusan itu dibuat dengan rasa berat hati selepas kira-kira tiga tahun memimpin PKR di Sabah.

Berucap di sebuah majlis di Kota Kinabalu Lajim berkata sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah bersatu di bawah parti tempatan.

"Walaupun kita dianggap sebagai sebuah rumah kecil, tetapi kita berkuasa untuk membesarkan rumah itu.

"Kita juga berkuasa sendiri, tidak perlu lagi meminta kebenaran daripada orang lain. Itulah suara rakyat Sabah sekarang," katanya semasa menyampaikan ucapan dan mengumumkan pengundurannya daripada PKR sebentar tadi.

Keputusan pilihan raya Sarawak baru-baru ini juga dilihat menjadi faktor kepada Lajim serta pimpinan DAP Sabah meninggalkan parti masing-masing.

Menurut bekas timbalan menteri itu beliau serta beberapa pimpinan parti pembangkang berada di Sarawak ketika pilihan raya negeri diadakan pada Mei lalu.

Katanya pilihan raya itu menunjukkan parti-parti tempatan mendapat kemenangan besar, manakala PKR hanya mampu mempertahankan tiga kerusi sedia ada.

DAP pula katanya kehilangan separuh daripada apa yang pernah mereka kuasai sebelum pilihan raya negeri berkenaan.
"Parti-parti tempatan seperti PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu), PRS (Parti Rakyat Sarawak) dan SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak dianggap wira oleh rakyat Sarawak walaupun mereka berada dalam BN.

"Ketegasan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang juga presiden PBB memberikan keyakinan dan harapan kepada rakyat Sarawak. Oleh itu mereka mendapat kemenangan besar," katanya./malaysiakini

Tiada ulasan: