Wanita berseluar panjang dan hanya bercoli ‘mengamuk’ di stesen komuter (video)

Mohamad Fadli 
PETALING JAYA: Rakaman Video seorang wanita mengamuk dan bergaduh dengan seorang lelaki di sebuah stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad) menjadi perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata netizen meluahkan tidak puas hati dengan aksi wanita berpakaian seksi itu melakukan provokasi terhadap seorang lelaki yang telah berumur dan dipercayai merupakan salah seorang pekerja di KTM di situ.
amuk
Video berdurasi 2.37 minit itu menunjukkan wanita berseluar merah dan memakai coli hijau tanpa berbaju membaling kerusi, botol air dan menendang beberapa kali ke arah lelaki tersebut.

Punca kejadian pergaduhan itu tidak diketahui.

Rata-nata netizen memuji kesabaran lelaki itu melayan ‘karenah’ provokasi wanita berkenaan.
“Syabas untuk Pak Cik yang sangat penyabar. Saya tahu pakcik boleh buat lebih dari dia, tetapi kalau buat mcm itu hati sahaja puas. Dari segi akhlak sama sahaja. Kipidap Pak Cik,” kata Siti Naza di Facebook.

“Bagus Abang ini tak balas ‘smackdown’ perempuan itu. Abang itu faham sedang bertugas dan jaga tatasusila kerja,” kata Razak Hj Kassim.

“Tabik Pak Cik baju putih. Walaupun perempuan itu sudah sampai tahap itu, Pak Cik tidak mudah nak tenangkan perempuan itu. Semoga panjang umur Pak Cik,” kata Cik Nisa.
-fmt-

Mini Stroke: Jangan Ambil Mudah! Ketahui Petandanya (MESTI BACA!!)

Detikdaily
Siapa yang tak kenal dengan penyakit stroke? Kemungkinan ada di antara sanak saudara terdekat anda mengalaminya. Kalau di negara kita, penyakit ini tersenarai dalam 3 penyakit pembunuh utama selain jantung dan kanser.

Akan tetapi, ramai yang tidak tahu tubuh akan memberi isyarat bahawa seseorang akan terkena stroke yang dikenali sebagai mini stroke. Mini stroke atau yang disebut juga Transient Ischemic Attacks (TIA) memberikan tanda-tanda yang sama seperti ischemic stroke.
ff7963ffee15c154ac977fda139fc950
Ia akan terjadi dalam tempoh lebih kurang 5 minit sahaja dan tidak akan menyebabkan kerosakan otak seperti stroke. Kajian menunjukkan 1 daripada 3 orang yang mengalami stroke akan mengalami gejala mini stroke dahulu dalam tempoh 7 hari sebelum serangan stroke sebenar.

Namun, sayangnya ramai yang ambil tak endah dengan gejala ini. Jadi, apa kata kita mula ambil tahu sedikit tentang gejala-gejala mini stroke ini sebagai persediaan:

1. Tiba-tiba susah untuk bercakap, keadaan seperti anda gagap dan sukar mengeluarkan kata-kata.

2. Tiba-tiba sukar untuk melihat, sama ada terjadi pada salah satu mata atau kedua-duanya sekali secara mendadak.
A health care worker (L) assists a man during an eye check up at the Tambora community health centre in Jakarta March 29, 2011. Indonesia plans to encourage the private sector to build more hospitals with a quarter of beds reserved for the poor, as it aims to boost free health care and tackle the rise of disease from stroke to AIDS, Health Minister Endang Rahayu Sedyaningsih said. REUTERS/Beawiharta (INDONESIA - Tags: HEALTH POLITICS)
A health care worker (L) assists a man during an eye check up at the Tambora community health centre in Jakarta March 29, 2011. Indonesia plans to encourage the private sector to build more hospitals with a quarter of beds reserved for the poor, as it aims to boost free health care and tackle the rise of disease from stroke to AIDS, Health Minister Endang Rahayu Sedyaningsih said. REUTERS/Beawiharta (INDONESIA - Tags: HEALTH POLITICS)


3. Bingung dan terpinga-pinga untuk seketika, padahal sebelumnya anda aktif dan mudah memahami situasi.

5. Pening kepala yang bersangatan, padahal sebelumnya tidak ada apa-apa masalah.
download (1)
4. Anggota badan mati seketika, yang paling mudah terkena ialah muka, lengan dan kaki secara mendadak. Pesakit tiba-tiba merasa kebas di bahagian tersebut dan tidak dapat rasakan pergerakan anggota badan.

6. Tiba-tiba hilang daya keseimbangan badan, pesakit akan terasa sukar nak pusingkan badan ke arah berlainan, mudah jatuh dan ada situasi yang menyebabkan pesaki terus tidak boleh berjalan.
Vertigo-desequilibrio-incapacitante-y-riesgoso
Jika anda atau ahli keluarga anda atau rakan-rakan anda mengalami gejala-gejala seperti ini, bolehlah terus rujuk kepada doktor pakar.

Antara faktor-faktor mendorong kepada mengalami gejala mini stroke atau TIA ini ialah:

Mempunyai penyakit jantung, dan ramai yan tak sedar mereka mengalami penyakit jantung

Ada anggota keluarga yang pernah mengalami stroke, jadi perlu berhati-hati walaupun stroke bukan penyakit keturunan.

Tekanan darah tidak normal, tekanan darah sekejap naik sekejap turun. Anda boleh rasa sendiri contohnya jika anda cepat gemuruh walau tidak ada apa-apa berlaku.
tekanan-darah
Kolesterol tinggi, berkaitan dengan pemakanan seharian yang mengandungi minyak berlebihan. Kurangkanlah sebelum terlambat.

Diabetes, atau sinonim dengan masyarakat kita dengan penyakit kerat kaki iaitu kencing manis, akibat gula berlebihan.

Obesiti, kalau anda pergi semak dengan Institut Jantung Negara pun anda akan lihat ramai pesakit di sana adalah obesiti.
050812DDD3EF601A
Merokok, tak nak tegur, jangan tunggu dah bersedia baru nak berhenti. Dah terlantar atas katil wad baru nak menyesal, itu terlambat sudah.

Ingat! Stroke tidak mengenal usia!

Raja Judi Nombor Ekor Malaysia (Part 1) (Gambar)

Malaysian Crime Watch
Foto Malaysian Crime Watch.·
RAJA JUDI NOMBOR EKOR MALAYSIA (PART 1)

Tahukah anda seorang lelaki Cina yang bernama He Ming Seng @ Peter yang berusia 41 tahun merupakan Raja Judi Nombor Ekor Malaysia dengan pemilikan dalam rangkaian judi ekor terbesar di seluruh negara.

Sindiket judi ekor yang dimiliki oleh Peter berangkaian di seluruh Malaysia namun kubu kuatnya terletak di Negeri Sembilan. Kesemua premis judi ekor yang terletak di kawasan Port Dickson, Seremban, Jempol, Kuala Pilah, dan Nilai adalah milik sindiketnya. Anggaran anggota kumpulan siniket judi ekor diketuai Peter adalah kira-kira seramai 600 orang di Negeri Sembilan sahaja. Selain itu, semua sindiket judi ekor di negeri Sabah telah berjaya "dibersihkan" dan Peter telah mengambil alih sepenuhnya.

Peter mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk satu rekod kes bunuh dan merusuh. Persoalannya, kenapa Raja Judi Nombor Ekor ini tidak pernah ditangkap dan sindiket diketuainya masih bebas beroperasi hingga hari ini?

Adakah benar beberapa pegawai polis yang pernah menangkap ahli kumpulan Peter ini ditukarkan ke tempat lain atau diberi tekanan daripada pihak atasan? Mengapa Raja Judi Nombor Ekor ini begitu berpengaruh dalam menentukan nasib pegawai polis?

Namun percayakah anda, di sebalik penglibatan Peter dalam jenayah dan sindiket perjudian terbesar, dia pada hari ini sudah bergelar "Dato Sri"! Percayalah, pendedahan mengenai sindiket ini bakal mengundang risiko besar, namun saya berani kerana benar.

Saya optimis dengan keupayaan yang ada pada STAGG dan D7, sindiket yang diketuai Peter pasti akan berjaya dihapuskan. Dengan tertangkapnya Peter, PDRM secara langsung akan berjaya melumpuhkan banyak premis judi ekor di bawah kendaliannya.

MyWatch akan mendedahkan mengenai Peter dan sindiketnya ini dengan lebih mendalam dalam Part 2 nanti.

"Fight Injustice Everywhere"
Dato' Sri Sanjeevan Ramakrishnan
Pengerusi MyWatch
Foto Malaysian Crime Watch.

Kenapa Najib dan Rosmah begitu takut dengan lelaki ini?

MALAYSIA DATELINE
Peguam AS Preet Bharara
Usaha Datin Seri Rosmah Mansor dipercayai berulang kali memanggil Duta Amerika Syarikat (AS) Joseph Y.Yun di kedutaan negara itu di Kuala Lumpur dianggap sebagai sia-sia, untuk membatalkan penyiasatan mengenai dana 1 Malaysia Developement Berhad (1MDB), lapor Asia Sentinel.

Laporan yang dipetik itu berkata, menurut sumber yang diperolehnya, menyebut isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak itu, cuba menghalang penyiasatan seorang peguam Amerika Syarikat telah tersebar luas dikalangan diplomat negara itu di Kuala Lumpur.

Mereka mengatakan bahawa hakikatnya siasatan itu dijalankan di Switzerland, Singapura, United Kingdom dan Perancis, bagaimanapun hasil siasatan menunjukkan AS negara yang paling utama untuk membawa tuduhan jika terdapat salah laku dalam skandal 1MDB.

Peguam Daerah Selatan New York, Preet Bharara digesa untuk membatalkan penyiasatannya mengenai urusan kewangan yang melibatkan 1MDB.

Yun dikatakan telah memberitahu Rosmah yang Bharara menjalankan siasatan bagi pihak Jabatan Perhidmatan Luar Negara secara bebas walaupun Presiden AS Barrack Obama boleh mempengaruhi penyiasatan itu jika dia mahu berbuat demikian..

Bagaimanapun lapor Asia Sentinel lagi, percubaan untuk mengesahkan cerita melalui Kedutaan AS itu tidak dijawab.

Sebaliknya laporan itu menyebut :” Rosmah telah diberitahu," Jika kamu tidak melakukan sesuatu yang salah, jangan bimbang tentang hal itu. Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang berpegang kepada undang-undang. " kata sumber berkenaan.

Berita yang turut disiarkan oleh Perbadanan Penyiaran Australia dalam satu kenyataan media menyebut rancangan Four Corners pada 28 Mac lalu, telah menyiarkan maklumat baru mengenai deposit antara 2011 dan 2014 daripada "individu dan syarikat misteri" di Malaysia dan luar negara, melalui pemindahan talian dan dalam bentuk wang tunai, ke dalam akaun peribadinya.

Dipetik daripada kenyataan stesyen televiyen itu adalah tambahan kepada misteri RM2.6bilion (AS$ 681juta) yang dimasukkan dalam akaun Najib pada 2013.

Namun begitu,laporan berita antarabangsa itu mengklasifikasikan skandal 1MDB antara yang terbesar di dunia membabitkan kerajaan Malaysia.

Laporan itu juga menyebut Najib dan keluarganya takut kepada lelaki bernama Preet Bharara. Ini kerana pegawai penguatkuasaan undang-undang kelahiran Pakistan itu sepanjang perkhidmatannya pernah mendakwa lebih 100 eksekutif Wall Street dan telah menghantar agen untuk menjalankan siasatan terhadap suspek persenjataan, narkotik dan penganas membabitkan 25 buah negara untuk dibicarakan di Manhattan. Malah pejabat urusannya juga pernah dipaku oleh penyangak pengedaran senjata Viktor Bout yang kemudian bersembunyi di Thailand turut berjaya di bawa kemuka pengadilan di Amerika Syarikat.

Jijik dan pengotor!: Berniaga apam balik sambil tadah kencing dengan plastik (Gambar)

FMT Reporters
PETALING JAYA: Jijik dan pengotor!
Itu yang boleh digambarkan mengenai sikap seorang peniaga yang menjual apam balik dan minuman bungkus apabila mengambil jalan mudah iaitu kencing sambil berdiri di tempatnya berniaga tanpa mempedulikan orang di sekeliling.

Aksi lelaki terbabit yang berusia lingkungan 50 tahun telah dirakam oleh pengunjung Pasar Kota Jembal di Kota Bharu, Kelantan dan videonya yang dimuat naik di laman sosial menjadi viral.

Rakaman itu diambil pada Jumaat lepas dan pengguna alam maya yang telah menontonnya memberi kritikan terhadap perbuatan lelaki itu yang dianggap sangat menjijikkan.

Pengguna Facebook yang menggunakan nama Ckcm Prada Original yang memuatnaik visual tersebut telah menulis pada ruangan status;

“Berlaku di Pasar Kedai Lalat. Mohon berhai-hati bila membeli apam dan air segera..Perkara yang tak patut berlaku..Amat mendukacita, memalukan dan menjijikkan..Pihak berwajib seperti Jabatan Kesihatan Negeri pantau pasar-pasar di sekitar Kota Bharu,” tulisnya.

Pemerhatian terhadap visual mendapati, lelaki terbabit menadah air kencing di dalam plastik minuman yang digantung di meja tempatnya berniaga.

Malaysia Yang Malang Ada Pemimpin Tolol Macam Umno

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
1. Suatu yang sangat menghairankan saya ialah bila pemimpin yang tidak berkuasa seperti Tun Mahathir dikecam dan diserang oleh penjilat dan pencium tangannya satu ketika dahulu yang terdiri daripada pemimpin Umno Bn. Tun M bersalah, Tun M pengkhinat, Tun M hendak jatuhkan Kerajaan Melayu pakat dengan Cina dan macam-macam lagi kesalahan Tun disebut Umno Bn. Politik hari ini seolah-olahnya Umno Bn Pembangkang dan Tun M Masih Perdana Menteri.
MENYALAHKAN TUN M : UMNO MENDEDAH KEBODOHAN SENDIRI.
2. Kini kenyataan terbaru Tan Seri Anuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN yang menyalah Tun Mahathir atas kegagalan Proton adalah suatu yang sangat memalukan dan menyerlahkan sifat tolol diri sendiri, Umno/Bn dan Kerajaan.

3. Kenyataan mereka bila dibaca menjadikan pembaca termuntah. Apa tidaknya, kecaman terhadap Tun M hanya selepas Tun M tidak berkuasa dan melepaskan semua jawatan lantikan termasuk dalam Proton. Umno Bn sedang berperang dengan Pemimpin pencen walhal dahulunya semasa Tun Berkuasa sebagai PM mereka inilah menjilat dan mencium tangan Tun M berulang-ulang.

TUN M HANYA BERSALAH KERANA MAHU NAJIB UNDUR.

4. Persoalan saya, kalau pimpinan Umno Bn hari ini menyatakan kesalahan lampau Tun M, di mana mereka pada waktu itu? Kenapa mereka mendiamkan diri? Kenapa hari ini baru mereka menghasut rakyat untuk menyalahkan Tun M? Mengaku sahajalah kamu semua bodoh dan bacul. Keberanian kamu hanya pada orang yang sudah tidak lagi berkuasa. Keberanian menyerang Tun M hanya kerana hendak menyembunyikan jenayah PM Najib yang berkuasa.

5. Keberanian menyerang Tun M hanya kerana Tun M mahu Najib berundur dan reformasi negara mesti disegerakan. Kalau Tun M tak minta Najib undur pasti Tun tidak salah. Proton bawah pimpinan Tun menyerlah. Proton idea Tun kebanggaan Malaysia. Proton lambang Malaysia Boleh. Macam-macam lagi ungkapan puji pada Tun. Buat Najib dan pemimpin Umno Bn, berhentilah memperbodoh dan menakutkan rakyat. Kepada seluruh rakyat jangan sembunyi dan lindungi jenayah pemimpin yang berkuasa. "BANGKIT DENGAN KEBERANIAN BUANG KETAKUTAN, TENTANG KEMUNGKARAN, TEGAKKAN KEADILAN, JUNJUNG KEBENARAN".

‪#‎UndurNajib‬
‪#‎ReformMalaysia‬
‪#‎BebasAnwar‬
‪#‎SelamatkanMalaysia‬.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
4 April 2016/ 26 Jamadilakhir 1437H

Tarik kain, tayang paha, panjat pagar gara-gara nak beli tudung ‘sale’? (Gambar)

Nizha Periaswam
Kelakuan pelanggan yang merebut-rebut ketika musim jualan, pembukaan butik, jualan ‘happy hour’, bazar jualan murah nampaknya semakin menjadi-jadi dan tidak dapat dikawal.

Kalau dahulu wanita digambarkan sebagai seorang penyabar, tenang dalam membuat keputusan, berhati-hati dalam setiap langkah (keputusan), insan yang lebih bertanggungjawab, lebih waras dalam menentukan kehendak, semuanya seperti sebuah kisah mitos pada masa kini.

Sekurang-kurangnya di Malaysia, wanita kita bukan lagi seperti apa yang pernah digambarkan suatu masa dahulu. Mereka lebih mengganas, mungkin lebih daripada lelaki.

“Dengar sahaja perkataan ‘sale’ sanggup tolak-menolak, panjat pagar, pijak orang…. Tunggu belum ada lagi kes membunuh kerana sale sahaja setakat ini. Tengok ragam manusia sekaramg, mungkin tak lama lagi ada lah tu,” kata seorang rakan selepas baru sahaja menonton klip video wanita merebut beli tudung di sebuah butik tudung jenama terkemuka di Bangi.

Namun, ia bukanlah kes baharu atau pertama. Jadi tak usah teruja sangat.

“Lama-lama orang dah tak kisah walaupun ada yang cedera atau kena pijak waktu ‘sale’. Perkara ini semacam tradisi yang semakin diterima. Dah imun,” kata seorang lagi rakan yang turut mengenang kejadian yang sama pada tahun lepas apabila sebuah jenama kasut terkenal tempatan membuat jualan murah.

Daripada menunggu berjam-jam depan pagar, saling menolak, tidak kisahlah bawa anak, orang tua, semua berperangai sama hingga ada yang sanggup panjat dinding bangunan, pagar bahkan panjat atas manusia semata-mata untuk membeli kasut berjenama pada harga RM15.

Malah, sekitar tiga atau empat tahun yang lepas, apabila sebuah butik tudung dibuka di Lapangan Terbang Skypark di Subang Jaya, saya sendiri menyaksikan ‘kerakusan’ wanita-wanita yang wajahnya cantik bermekap tebal tetapi tetapi perangai bagai nak ‘rak’!

Boleh pula mereka tidur di lapangan terbang semata-mata untuk menjadi orang pertama masuk dan beli tudung yang kononnya edisi khas dan terhad. Mati kot kalau tak dapat tudung edisi terhad itu…

Bukan tak boleh, cuma usahlah terlalu obses sampai anak-anak kecil, suami, pak cik-pak cik dan mak cik tua semua dibawa berkhemah depan butik, lagi-lagi di lokasi seperti lapangan terbang.

Terbaru, saya terbaca perkongsian berita sebuah syarikat acara mengendalikan festival beli-belah, juga menerima kunjungan dan reaksi di luar jangkaan.

Dari aspek perniagaan ia sememangnya petanda baik, bagi ekonomi negara, dialu-alukan, tetapi saya lebih berminat bercakap mengenai tindakan dan kelakuan manusia khususnya wanita-wanita yang berperangai seperti tidak pernah jumpa kain murah.

Seorang rakan saban hari berkongsi satu print screen kotak pesanan dipercayai milik Ketua Pegawai Eksekutif penganjur festival berkenaan. Pelanggan, juga dipercayai pelajar wanita bertanyakan jikalau mereka boleh menggunakan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) untuk membeli-belah di festival itu?

Entah apa yang mereka semua fikirkan, membeli-belah seperti tiada esok atau seperti tidak akan ada jualan murah selepas ini, ataupun ia trend yang menjadi kebanggaan untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan media sosial?

Sehingga bersedia menggadai baucer buku bernilai RM250 yang sepatutnya digunakan untuk beli buku, tambah ilmu di kepala yang jelas semakin kurang untuk beberapa helai pakaian dan aksesori.

Saya pelik sekali apabila, kejadian ‘rasukan beli-belah’ ini semakin menjadi-jadi, tanpa segan silu dan nilai kewanitaan. Inikah anda mahu ajar kepada anak-anak perempuan anda? Ada kanak-kanak yang sudah mula obses melihat anda, ibunya berkelakuan demikian.

Teringat juga kepada rakaman wanita yang sanggup angkat kain tinggi-tinggi berlari memanjat dinding untuk masuk ke dalam premis jualan murah. Wanita-wanita ini sanggup tayang betis dan paha gebunya, tidak kisah kena rakam, tarik-menarik tudung sampai tercabut kerana fokus mereka hanya satu, beli baju, kasut, tudung, aksesosi, beg atau apa sahaja yang dijual murah itu. Apakah itu nilai kita sebagai wanita atau manusia?

Terfikir juga jika semua ini adalah impak daripada kesan kos sara hidup yang semakin naik sehingga memaksa kita berlumba mendapatkan produk berjenama yang diimpikan tetapi pada harga murah.

Sebab, 10 atau 15 tahun dahulu saya tidak pernah mendengar atau membaca berita seperti ini. Kalau ada pun berita orang beratur beberapa hari di luar kedai atau pusat beli-belah yang baru akan dibuka, itu pun di luar negara.

“Bukan itu sahaja, ada yang main rembat waktu ‘sale’ kemudian jual balik dengan keuntungan. Business tactics… Terpaksa buat macam itu, cari makan….,” kata rakan yang turut mengakui antara ‘kaki terjun sale’.

*Pakai tudung tak wajib, yang wajib tutup aurat

Mereka lapar dan dahagakan makanan. Kita di Malaysia, lapar dan dahagakan tudung.

Doakan kesembuhan buat Mohamed Hanipa dan Asmun - S/A Amanah

MALAYSIA DATELINE
(kiri)  Mohamed Hanipa Maidin berada di HKL dan (kanan) Asmuni Awi di IJN.
(kiri) Mohamed Hanipa Maidin berada di HKL dan (kanan) Asmuni Awi di IJN.
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) Mohd Anuar Tahir memohon seluruh kepimpinan Amanah mendoakan kesembuhan kepada Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin yang dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan dipindahkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beliau berkata, Mohamed Hanipa adalah salah seorang Anggota Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah yang sangat komited dalam parti dan aktif mengambil bahagian dalam setiap perbahasan di Dewan Rakyat.

Mohd Anuar juga memaklumkan selain Mohamed Hanipa, seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah iaitu Bendahari Agung, Asmuni Awi juga kini berada di IJN selepas melalui pembedahan pintasan jantung beberapa hari lalu.

"Seluruh kepimpinan Amanah mengharapkan mereka segera sembuh dan boleh kembali berkhidmat seperti biasa. Kepada seluruh ahli dan penyokong Amanah, ambilah sedikit masa untuk turut sama mendoakan kesihatan mereka." ujarnya dalam satu kenyataan malam ini.

---------------------

Mohamed Hanipa selamat selepas tiga jam dibedah
ARIF ATAN
Presiden dan Timbalan Presiden Amanah antara yang terawal tiba di HKL untuk mengetahui status pembedahan Hanipa malam tadi.
Presiden dan Timbalan Presiden Amanah antara yang terawal tiba di HKL untuk mengetahui status pembedahan Hanipa malam tadi.

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin selamat menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 12.50 tengah malam tadi.

Pembedahan bermula jam 9.45 malam dan berakhir kira-kira tiga jam selepas itu.

Hanipa yang mengalami pendarahan di kepala menjalani rawatan di Bahagian Neurologi.

Sementara itu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub antara pemimpin yang terawal menziarahi beliau untuk mengetahui perkembangan terkini Pengerusi Kanun Amanah Nasional itu.

Turut hadir malam tadi ialah Ahli Jawatankuasa Amanah, Dr Hatta Ramli dan Dr Mujahid Yusof dan Penolong Setiausaha Agung Amanah, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

Antara pemimpin PKR yang hadir ialah Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.

Selain itu, bekas Exco DAP kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu serta beberapa wakil rakyat Amanah dan DAP juga hadir.

Mohamed Hanipa  kin berada di wad neurologi di HKL selepas selamat menjalani pembedahan malam tadi.
Mohamed Hanipa kin berada di wad neurologi di HKL selepas selamat menjalani pembedahan malam tadi.
Dalam hal berkaitan, Timbalan Pengerusi Amanah merangkap Timbalan Ketua Amanah Batu, Tarmizi Mat Jam berkata, beliau bersama Ketua Amanah Batu, Ishak Surin dan Bendahari, Khairul Salleh Ishak meninggalkan ruang legar bilik bedah neurologi pukul 1.35 pagi tadi.

"Pendarahan beku di kepala sudah dibuang. Ramai pihak yang datang dan menanti keputusan pembedahan tersebut," ujarnya yang juga bekas editor akhbar rasmi Harakah.

Dimaklumkan kira-kira pukul 1.45 pagi tadi, Hanipa telah dipindahkan ke wad ICU neurologi dan hanya isteri beliau sahaja dibenarkan masuK.

Semalam Mohamad Hanipa dikejarkan ke hospital kira-kira jam 5.30 petang apabila beliau telah pengsan sewaktu persidangan Dewan Rakyat.

Beliau kemudian dibawa dengan kerusi roda ke klinik Parlimen dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas itu.

Pembedahan berjalan baik, Haji Hanipa akan dibawa ke ICU, HKL.

Mazlan Aliman 
Alhamdulillah, selesai pembedahan keatas YB Hanipa Maidin sekitar 12.50 am di HKL.
Keadaannya stabil.

Rakan2 MP maklumkan, YB Hanipa mengambil bahagian yang sangat aktif di Parlimen, khususnya sesi sebelah petang. Di percayai serangan jantung & tekanan darah tinggi sekitar jam 5.30 petang tadi.

Bersama kita doakan kesembuhan keatas beliau. Moga isteri dan keluarganya tabah hadapi ujian Allah.

Pembedahan berjalan baik, selepas ini Haji Hanipa akan dibawa ke ICU, HKL.

Inilah Yang Akan Terjadi Jika Anda Amalkan Minum Air Rendaman Kurma

Tranungkite
Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas, mata yang sihat dan badan yang bertenaga!

Air nabeez adalah air rendaman kurma di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.

Sumber mengatakan: air nabeez nie kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yang dah lembik tu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez nie dikatakan sebagai sunnah nabi.
Terlalu banyak khasiat kurma yang menjadi sunnah Rasullah s.a.w. ini.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.

Sabda Rasulullah SAW :

“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai:-

1. Pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
2. Tinggi kandungan fiber ~ mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)
3. Pemberi zat besi yang sangat
bagus.
4. Kaya pottassium ~ penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah
Khasiat air nabeez Air nabeez nie adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan toksin dari badan. Dalam ertikata lain sebagai detox. Disebabkan air nabeez nie tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa. Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.

Cara membuat air nabeez Rendam beberapa butir kurma (seelok2nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Seelok2nyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu bertutup. Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.

1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.
2. Rendam kurma dalam air minuman tersebut..
3. Minum air rendaman dan makan kurma itu keesokan paginya sebelum sarapan.

Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi kalo takde kurma ajwa ~ sebarang kurma lain pun boleh.

Pantang larang dalam membuat air nabeez Hanya gunakan salah satu daripada buah2an pada satu2 masa. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnyer kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis. Air nabeez nie kalo disimpan di dalam peti ais ~boleh tahan 1 – 2 hari.

sumber : http://beautifulnaara.blogspot.my/

Zahid tak boleh dipercayai, Najib bawa Tengku Razaleigh Hamzah ke istana untuk angkat sumpah menggantikannya?

TAK PERCAYA DENGAN ZAHID, NAJIB AKHIRNYA BAWA KU LI KE ISTANA UNTUK ANGKAT SUMPAH....

SHAHBUDIN HUSIN
Najib Razak akhirnya sedar UMNO dan BN tidak mungkin mampu memenangi pilihanraya umum akan datang selagi beliau masih kekal sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Pendedahan demi pendedahan berkaitan 1MDB, wang beribu juta yang masuk ke akaun peribadinya dan hakikat bahawa sudah enam negara memulakan siasatan berkaitan syarikat pelaburan yang ditubuhkannya itu membuatkan Najib akur bahawa segala-galanya kini tidak lagi memihak kepadanya.

Biar bagaimanapun cuba bertahan, berdasarkan laporan-laporan yang disampaikan ke mejanya, Najib terpaksa menerima hakikat bahawa berundur adalah pilihan yang terbaik baginya demi masa depan UMNO, BN dan juga untuk kebaikan negara.

Untuk itu, Najib memutuskan untuk berundur di waktu yang sesuai dan menyerahkan kepimpinan parti dan kerajaan kepada pemimpin lain untuk menghadapi pilihanraya ke 14 yang akan diadakan pada 2018 nanti.

Permintaan Najib cuma satu, beliau mahu diberikan laluan selamat dan dilepaskan daripada sebarang pendakwaan di mahkamah setelah berundur nanti.

Bagi tujuan tersebut, pengganti yang dipilihnya mestilah tokoh berwibawa yang mampu memenangi pilihanraya, memastikan UMNO terus berkuasa dan setuju untuk menyimpan terus fail-fail berkaitan dirinya.

Meskipun Zahid Hamidi adalah Timbalan Perdana Menteri dan sedang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO, kebimbangan Najib terhadap bekas Setiausaha Politiknya itu merangkami dua perkara:-

- karektor Zahid yang tidak cukup kuat untuk memimpin parti dan negara, tidak diterima oleh pengundi bukan Melayu dan lemah dalam kelompok golongan pertengahan Melayu yang semua itu lebih memungkinkan UMNO dan BN kecundang juga dalam pilihanraya akan datang.

Jika kalah dan Pakatan Harapan yang berkuasa, sudah tentu mereka akhirnya akan mengheret Najib ke muka pengadilan dan ia menjadikan penyerahan kuasanya kepada Zahid tidak memberi apa-apa makna kepada diri dan keluarganya.

- berikutan karektornya yang lemah juga, yang lebih membimbangkan Najib ialah jika setelah menjadi Perdana Menteri, Zahid akan segera mengambil jalan mudah dengan mendakwanya di mahkamah bagi mendapatkan sokongan rakyat sebagaimana yang ditunjukkan oleh Tun Abdullah Badawi dahulu yang membawa Kasitah Gadam ke muka pengadilan bagi menghantar isyarat pentadbirannya benar-benar serius dalam memerangi rasuah yang melibatkan jerung-jerung besar.

Dalam bahasa yang mudah, Najib sebenarnya tidak percaya kepada Zahid Hamidi. Oleh itu, untuk menyelamatkan dirinya, Najib mesti memilih orang lain untuk mengambil alih tempatnya.

Pilihan terbaik Najib ketika ini ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Ahli Parlimen Gua Musang itu bukan saja mempunyai karektor yang kukuh untuk membawa UMNO memenangi pilihanraya, mampu mentadbir negara, memulihkan keyakinan pengundi bukan Melayu, mengembalikan kekukuhan ekonomi, malah juga diterima oleh semua kelompok.

Orang bandar, penduduk kampung, golongan pertengahan, elit Melayu dan semuanya boleh menerima Tengku Razaleigh.

Disebabkan kemampuan dan karektornya yang kukuh berbanding Zahid, Tengku Razaleigh tidak memerlukan sama sekali elemen Najib dibawa ke mahkamah untuk membantunya menarik sokongan rakyat.

Dengan itu, dari segi menyediakan laluan selamat, sama ada sebelum atau selepas pilihanraya, Tengku Razaleigh jauh lebih diyakini oleh Najib.

Selain itu, dengan menyerahkan kuasa kepada Tengku Razaleigh yang sudah berusia 78 tahun, bukan saja laluan selamat lebih terjamin untuk Najib, bahkan untuk mencaturkan Hishammuddin sebagai calon Perdana Menteri seterusnya turut menjadi lebih mudah.

Dengan itu juga, melalui Tengku Razaleigh dan kemudian Hishammuddin mewarisi kerusi Perdana Menteri, selamatlah Najib untuk selama-lamanya.

Masa yang paling sesuai untuk Najib menyerahkan kuasanya kepada Tengku Razaleigh ialah selepas Hari Raya Aidil Fitri nanti. Ini bermakna Najib dan keluarganya akan meraikan Hari Raya nanti untuk kali terakhir sebagai Perdana Menteri.

Selepas itu, Najib sendiri akan membawa Tengku Razaleigh ke Istana Negara bagi memohon perkenan Yang Dipertuan Agong bagi pertukaran Perdana Menteri.

Oleh kerana semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO, menteri kabinet dan Ketua-Ketua UMNO bahagian sudah sedia berdiri teguh bersama Najib, apa saja yang dilakukannya tidak akan mendapat bantahan apa-apa daripada mereka.

Semuanya setuju belaka untuk menerima Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri yang baru dan Zahid Hamidi akhirnya menjadi seorang lagi Timbalan Perdana Menteri yang kecundang di tengah jalan.

Allahu Akbar...Allahu Akbar...tiba-tiba sayup kedengaran azan Asar dari masjid berdekatan.

Ohhh....hari ini hari Ahad, saya tertidur dan bermimpi di siang hari rupanya.....(SH 03/04/2016).

Politik Malaysia bakal bergegar: Peristiwa penting akan berlaku “masa terdekat”?

A Kadir Jasin 
Sebelum dan selepas pemimin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengikrarkan sokongan beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Mac, saya telah menerima beberapa mesej “anonymous” melalui blog ini dan sistem pesanan ringkas (SMS).

Kesemuanya dalam bentuk rahsia atau untuk makluman saya sahaja.

Sebagai wartawan, maklumat seperti ini amat saya hargai tetapi pada masa yang sama menyebabkan saya dalam dilema – serba salah sama ada menghormati amanah agar tidak dihebahkan atau mencari jalan pintas untuk menyiarkannya.

Saya tahu salah seorang yang menghantar maklumat sulit itu. Dia amat akrab dengan Tengku Razaleigh sehinggalah Tengku Razaleigh menandatangani “Deklarasi Kelantan” itu. Kami sama-sama mengenali Tengku Razaleigh hampir 40 tahun.

Kata kawan saya itu, setelah apa yang Tengku Razaleigh lakukan dia tidak lagi hormat dan percaya kepada bekas menteri kabinet itu dan lantas mengikrarkan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun ada masa dia tidak bersetuju dengan bekas Perdana Menteri itu.

Penghantar-penghantar mesej tanpa nama yang lain memang tidak saya kenali

Ada perkara dalam mesej mereka menyamai pandangan saya mengenai muslihat tersurat dan tersirat Tengku Razaleigh tiba-tiba mengubah hala menyokong Najib dan ada yang bercanggah dengan pendapat saya.

Mereka kata, Tengku Razaleigh tidak makan dedak!

Salah seorang daripada mereka begitu yakin dan terperinci (precise) memberitahu saya bahawa sesuatu yang penting akan berlaku dalam masa singkat. Beliau memberi bilangan hari. Mesej itu dihantar sebelum Tengku Razaleigh berikrar setia kepada Najib.

Yang terbaru, seorang pembaca menghantar maklumat menggunakan pengenalan “anonymous” dengan pembuka kata “sekadar utk pengetahuan Dato (bukan untuk siaran).”

Beliau pun mempunyai maklumat yang lebih kurang sama iaitu tindakan Tengku Razaleigh mempunyai matlamat tersirat yang akan jadi kenyataan dalam jangka masa terdekat.

Saya tidak boleh dan tidak akan mengulas lebih lanjut kerana menghormati permintaan mereka. Cuma saya berharap mereka ikhlas memberi maklumat sambil cuba membuktikan yang mereka ada maklumat dalaman.

Kita tunggu dan tengok apa yang akan berlaku dalam “masa terdekat” itu.

Moga-moga Allah menganugerahkan kita yang terbak. Kita sudah cukup menderita akibat perbuatan Najib.

Penulis adalah Tokoh Wartawan Negara dan bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times. Tulisan ini kali pertama dimuat-naikkan di blognya.

Jururawat terlampau rakam, kongsi foto zakar pesakit (Gambar)

Seorang jururawat di New York diarah menyerahkan lesen kerjaya kejururawatannya setelah didapati bersalah telah merakam foto dan video sejumlah pesakit termasuk gambar batang zakar mereka.

Menurut laman Huffington Post, Kristen Johnson, jururawat penyelia Amerika Syarikat berusia 27 tahun ini, mengambil gambar pegun dan visual video dengan menggunakan gajet iPhone5 miliknya pada 2014 lalu.

Ketika itu, dia malah dikatakan selamba sahaja tanpa perasaan malu merakamkan sejumlah foto dengan memaparkan objek kemaluan lelaki salah seorang pesakit yang lumpuh menerusi telefon pintarnya itu.

Bekas jururawat ini juga didapati berjaya mengambil video saat seorang pesakit perempuan sedang dibersihkan tubuh badannya dalam keadaan telanjang bulat dan terpaksa dirawat akibat mengalami masalah pendarahan.

Kristen kemudian berkongsi dengan menyebarkan foto dan video eksklusif itu kepada ramai jururawat lainnya dan susulan perbuatannya dikesan, pihak berkuasa segera menangkap wanita ini pada bulan Mei tahun lalu.

Kes ini disiasat selama sembilan bulan oleh Jabatan Pendidikan Negeri New York kerana ia berlaku di hospital Upstate University di Syracuse yang merupakan pusat pengajian tinggi terkenal untuk penuntut perubatan.

Dia kemudian mengaku bersalah dan digantung tugas sementara pada November 2015 kerana perbuatannya itu dianggap amat jelas melanggar undang-undang kerjaya profesional sebagai jururawat bertauliah tempatan.

Namun Kristen yang berasal dari Fulton dekat sini diarah menjalani tempoh masa pemerhatian selama tiga tahun untuk kesalahannya itu sebelum dia kemudian telah pun menyerahkan lesen akreditasi kerjanya baru-baru ini.
-kualalumpurpost-