Ibu tikam, kerat tiga anak sebelum bunuh diri

Ibu tikam, kerat tiga anak sebelum sebelum bunuh diri
Octavia Rogers dan tiga anaknya
PHOENIX - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita didakwa menikam dan mengerat tiga anaknya sebelum bertindak membunuh diri, lapor DailyMail.

Octavia Rogers, 29, didakwa membunuh dan mengerat sebahagian tubuh anaknya iaitu Jaikare Rahaman, 8, Yeremia Adams, 5, dan Avery Robinson, dua bulan.

Menurut polis Phoenix, Sarjan Trent Crump, wanita itu membunuh anaknya sebelum menyumbatnya di dalam almari dan beg pakaian.

Wanita itu juga turut bertindak menikam diri sendiri di bahagian perut dan leher dan mendakwa dia sedang mengandung.

Dia kini sedang dirawat di hospital dan berada dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, nenek kanak-kanak malang itu Tanella McCoy berkata, Octavia merupakan seorang ibu yang baik dan dilihat tidak mempunyai masalah dengan anak-anaknya.

"Saya tidak tahu apa yang dirasai ketika ini," katanya.

Sementara itu, abang mangsa berkata, dia yang pulang ke rumah kira-kira jam 2 pagi dan berbual dengan adiknya.

Octavia mula bercakap mengenai agama dan bagaimana dia mendapatkan jawapan sebelum bertindak menguncikan diri di dalam rumah.

Abangnya terpaksa memecah masuk rumah berkenaan dan mendapati wanita itu berada di dalam bilik mandi dengan beberapa kesan tikaman.

Lelaki itu terus menelefon pihak berkuasa dan pergi mendapatkan tuala bagi menghentikan pendarahan namun wanita itu cuba membunuh diri dengan melemaskan diri di dalam tab mandi.

Octavia juga dilaporkan memberitahu abangnya dia mengandung dan pihak berkuasa sedang mengenalpasti samada dakwaannya itu benar atau tidak.

Polis berkata, wanita memberitahu pegawai polis yang tiba ditempat kejadian anak-anaknya berada di tempat lain.

Namun, polis kemudian menjumpai dua daripada mayat kanak-kanak malang itu diletakkan di dalam almari sementara seorang bayi disumbat ke dalam beg pakaian.
-sinarharian

Warga emas trauma dicabul jiran

Rembau: Seorang warga emas yang berusia 70 tahun trauma setelah dia dicabul lelaki berusia 50 tahun, yang juga jirannya dalam kejadian di Pedas disini pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9.00 pagi itu, warga emas tersebut pada mulanya meminta tolong lelaki yang dianggap anak angkatnya itu untuk mengurut kaki yang sakit, namun berakhir dengan tragedi yang menakutkan.

Sumber Sinar Online memberitahu, warga emas itu tidak berani melawan anak angkatnya itu kerana tidak berdaya selain atas faktor usia sebaik sahaja anak angkatnya itu menanggalkan pakaian.

“Lebih malang lagi, warga emas itu terlalu mempercayai jiran lelakinya yang sudah dianggap seperti anak sendiri kerana sering berkunjung ke rumahnya untuk menziarahinya.

“Warga emas berkenaan kemudiannya nekad membuat laporan di Balai Polis Pedas susulan tidak mahu insiden berkenaan berulang kembali selain berasa trauma,” katanya.

Sumber berkata, hasil pemeriksaan ke lokasi kejadian iaitu di rumah warga emas itu telah menjumpai kesan air mani di atas sarung tilam serta sehelai baju T dan kain batik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian berkenaan, dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

“Suspek yang tidak bekerja ditangkap pada jam 12 tengah hari pada hari sama dan kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya.
-kualalumpurpost-

PAS mengaku hilang 200,000 anggota

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan memberitahu, jumlah anggota parti Islam itu kini berkurangan sebanyak 200,000 selepas proses pemutihan.
Takiyudin berkata, pada tahun lalu beliau mengumumkan bahawa jumlah keanggotaan PAS mencecah sejuta orang.

Namun, setelah beberapa perkara yang berlaku termasuk anggota PAS yang meninggalkan parti, jumlah anggota parti Islam itu berkurangan.

"Kita kena telus dan terbuka. Kita pernah umum jumlah keahlian mencecah sejuta tetapi selepas buat pemutihan, ada ahli yang meninggal, ada yang tinggalkan parti, kita sekarang ada 800,000 orang ahli," katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Kelantan hari ini.

Parti Amanah Negara (AMANAH) dilihat menjadi alternatif baru kepada anggota PAS yang mahu meninggalkan parti.

Aset dibawa 'lari'

Takiyudin, anggota parlimen Kota Bharu, meminta semua pihak memperbanyakkan anggota PAS serta mendaftar mereka sebagai pengundi.

Takiyudin juga meminta supaya anggota parti di semua peringkat mendaftar aset mereka supaya tidak dibawa pergi pihak yang keluar parti.

"Apa yang berlaku selepas muktamar tahun lalu ialah, ada yang lari dari PAS dan bawa lari aset-aset PAS.

"Jadi kita akan mewajibkan pendaftaran aset PAS kerana ada pihak di peringkat cawangan? Kawasan mempunyai aset parti seperti markas," katanya lagi.

Guru ini hamil hasil hubungan dengan pelajar berusia 13 tahun

Seorang guru wanita di Texas, Amerika Syarikat ditahan pihak polis dan didakwa atas kesalahan melakukan penderaan seksual ke atas seorang pelajar lelakinya, berusia 13 tahun.

Hasil hubungan seks dengan pelajarnya itu, Alexandria Vera, 24, kini sedang hamil.

Alexandria berkata dia mula menjalin hubungan seks dengan pelajarnya itu sejak September lalu.

Mengikut undang-undang Texas, melakukan hubungan seks dengan individu berusia bawah 17 tahun adalah satu kesalahan merogol bawah umur melainkan kedua-duanya mempunyai jarak usia tidak kurang dari tiga tahun di antara satu sama lain.

Alexandria menyerah diri kepada polis dan kini ditahan di Penjara Negeri Montgomery.

Dalam keterangannya Alexandria berkata, ibu bapa pelajar terbabit mengetahui tentang hubungan mereka dan memberikan sokongan.

Menurut Alexandria dia berkenalan dengan pelajar terbabit ketika persekolahan musim panas tahun lalu.

Dia menyifatkan pelajarnya itu sebagai seorang yang nakal dan mengoratnya terlebih dahulu meskipun diminta Alexandria supaya berhenti mengganggunya.
-kualalumpurpost-

Pandu sendiri ke hospital setelah muka, lidah terbelah terkena mesin gergaji

Muka, lidah terbelah terkena mesin gergaji
(Atas) X-ray menunjukkan tengkorak mangsa yang hampir terbelah.
MELBOURNE - AUSTRALIA. Seorang lelaki hampir maut selepas mesin gergaji yang sedang digunakan gagal dikawal dan terkena pada mukanya.

Laporan Dailymail mengatakan muka Bill Singleton, 68 terbelah di bahagian mulut.

Mangsa kemudian mengambil kain dan membalut bahagian mukanya yang cedera parah dengan kain dan kemudian memandu sendiri kereta ke hospital.

Difahamkan, Bill tidak mampu menelefon ambulan pada waktu kejadian kerana lidahnya terbelah.

Bill kemudian diterbangkan menggunakan helikopter ke hospital Royal Melbourne.

Menurut doktor, Bill terselamat kerana arteri carotid dan larynxnya tidak mengalami kecederaan.

"Jika gergaji tersebut terpotong arteri carotid atau larynx, Bill akan maut serta-merta," kata Profesor Alf Nastri.
-sinarharian

Indonesia digegarkan lagi dengan jenayah seks dan bunuh: Kanak-kanak diliwat, dibunuh (Gambar)

Indonesia: Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sebelum ini, ditemui mati dalam keadaan menggerikan apabila mangsa diikat dan digantungkan pada sebatang pelepah sawit dalam kejadian di daerah Kabupaten, Mesuji, Indonesia, Jumaat lalu.

Media tempatan melaporkan, mangsa, Yoga Adi Pratama, 9, sebelum itu dikatakan telah keluar pada lewat malam, Khamis namun tidak pulang ke rumah selepas itu, membuatkan neneknya bimbang lalu membuat laporan polis.

Susulan itu, penduduk kampung menubuhkan gerakan mencari mangsa pada Jumaat dan menemui mayat Yoga pada jam 8 pagi dalam keadaan tidak berbaju dan tersandar di pokok sawit di ladang sawit.

Difahamkan, pada awalnya mangsa dipercayai membunuh diri. Bagaimanapun siasatan pihak berkuasa mendapati terdapat kesan koyakan di bahagian dubur mangsa, dipercayai telah diliwat sebelum dibunuh.

Selain itu, kesan lebam turut ditemui pada belakang kepala yang mungkin dipukul dengan objek tumpul. Serta kesan l bahagian leher juga jelas kelihatan akibat dicekik suspek.

“Dubur mangsa yang berdarah, dipenuhi dengan air mani. Mangsa telah disahkan meninggal dunia kerana kekurangan oksigen,” kata polis Mesuji.

Menurut saksi, dia melihat mangsa yang menunggang motosikal Honda Beat berwarna biru tanpa nombor pendaftaran berhenti di depan sebuah rumah tidak jauh dari kediaman mangsa.

“Pada waktu itu, saksi ternampak mangsa diekori dua lelaki yang tidak dikenali menaiki motosikal lain, menghala ke Desa Adi Luhur,” katanya.

Ekoran itu, polis telah menyerbu rumah suspek, Kriswanto, 18, yang tinggal berhampiran kawasan kejadian. Namun, suspek telah melarikan diri sejauh 2 kilometer sebelum berjaya ditangkap.

Soal siasat suspek mendapati, mangsa dibunuh oleh tiga orang.

Mangsa juga telah diliwat secara bergilir-gilir sehingga mati. Selesai memuaskan nafsu masing-masing, mereka menggantung mayat mangsa di pelepah sawit agar kelihatan seperti membunuh diri.

Jelas suspek itu lagi, ketika kejadian itu berlaku dua suspek lain memegang tangan mangsa, manakala seorang lagi menjerut leher mangsa menggunakan kain dari belakang sambil meliwatnya.

“Suspek mengakui, motif pembunuhan adalah kerana cemburu dan ingin memiliki motosikal baru, Honda Beat, yang dimiliki mangsa. Dua lagi suspek yang terlibat, masih dalam buruan polis,” katanya.
-kualalumpurpost-

Terowong bawah tanah terpanjang, terdalam di dunia dibuka

FMT Reporters
rail_siwss
PETALING JAYA: Terowong bawah tanah terdalam dan terpanjang di dunia dirasmikan di Switzerland semalam.

Terowong sepanjang 57 kilometer itu, akan digunakan untuk lintasan kereta api melalui pergunungan Alps.

Laluan tersebut menghubungkan wilayah Eropah bahagian utara dan selatan.
Menurut kerajaan Switzerland, kewujudan terowong ini menjadi satu revolusi sistem pengangkutan kargo di Eropah.

Panjang pembinaan terowong yang mengambil masa 24 tahun mengalahkan rekod terowong kereta Seikan di Jepun yang panjangnya 53.9 kilometer.

Selain itu, laluan baharu di Switzerland ini akan dihubungkan dengan laluan sepanjang 50 kilometer yang dihubungkan dengan United Kingdom dan Perancis.

Canselor Jerman Angela Merkel, Presiden Perancis Francois Hollande dan Perdana Menteri Itali Matteo Renzi hadir di Switzerland hadir untuk menyaksikan pembukaan laluan baru itu.

“Ini adalah sebahagian dari ‘identiti’ pengangkutan Switzerland,” kata Pengarah Pengangkutan Persekutuan Peter Fueglistaler seperti yang dipetik oleh agensi berita Reuters.

“Bagi kami, menakluk Alps adalah seperti melayari lautan,” kata dia.

Projek ini mula diasaskan selepas hasil pungutan suara pada tahun 1992 di mana para pengundi dalam pungutan suara tersebut menyokong pemindahan semua pengangkutan barang melalui Switzerland daripada sistem jalan raya kepada landasan kereta api.

Menarik lagi mengenai terowong ini ialah, ia mencapai kedalaman sehingga 2.3 kilometer dari permukaan bumi, dan menembus bebatuan di bawah pengunungan.

Turut difahamkan, para pekerja menggali dan menemui 73 jenis batuan, malah turut direkodkan sembilan pekerja yang meninggal dunia sepanjang projek ini disiapkan.

Kini projek tersebut siap dan landasan ini akan menjadi sistem pengangkutan utama menghubungkan Rotterdam di Belanda dan Genoa di Itali.

Apabila perkhidmatan ini telah berfungsi sepenuhnya pada Disember akan datang, tempoh perjalanan antara Zurich dan Milan dapat dipercepatkan lebih satu jam hingga dua jam 40 minit.

Dalam sehari, akan ada 260 kereta angkut dan 65 kereta penumpang yang melalui lintasan ini dalam masa kurang dari 17 minit.

Laluannya datar dan lurus, bukan berliku melewati pergunungan seperti terowong landasan tertua seperti pada era 80-an.

Pihak Swiss Bank yakin infrastruktur ini akan memudahkan penghantaran pelbagai keperluan sekaligus meningkatkan industri pelancongan.

Huru-hara bila kuil simpan 137 harimau diserbu

Huru-hara bila kuil simpan 137 harimau diserbu
Antara harimau yang diberikan ubat pengsan dan dipindahkan dari kuil di Bangkok.
BANGKOK - THAILAND. Organisasi kebajikan menyerbu sebuah kuil yang menyimpan 137 ekor harimau kerana didakwa tidak dilayan yang baik.

Laporan CNN mengatakan pengarah Wildlife Conservation Office (WCO), Teunjai Noochdumrong menyifatkan serbuan tersebut huru-hara.

"Apabila pasukan kami sampai, terdapat banyak harimau berkeliaran di luar sangkar," katanya.

Katanya, pihak kuil melepaskan lebih dari 24 ekor harimau ke dalam kawasan kuil kerana mahu mengganggu pihak berkuasa.

Kuil tersebut yang dikenali sebagai 'Tiger Temple' merupakan kuil popular di kalangan pelancong.

WCO menerima waran untuk serbuan tersebut dari mahkamah selepas perbincangan di antara pihak kuil dan WCO gagal.

Seramai 2,000 anggota termasuk ahli veterinar, polis dan askar terlibat dalam rancangan untuk memindahkan harimau-harimau tersebut.
-sinarharian

Pengalaman Mati 2 Jam Beri Kesempatan Azlina Lihat Kehidupan Neraka

Tranungkite
Azlina (23 th.), gadis asal Desa Pematang Duku, Kecamatan Bengkalis, Kabupaten Bengkalis Riau, mengalami peristiwa yang menakjubkan dan mengerikan semasa jantungnya tidak berdetik selama 2 jam serta disahkan sudah mati.

Waktu nyawanya dicabut malaikat maut, Azlina rasakan sakit yang teramat sangat. Seluruh tubuhnya seperti disiat-siat ketika rohnya dicabut melalui kaki kanannya.

Ini jenazah Azlina waktu beliau mati sepanjang 2 jam. Ketika jantungnya berhenti berdenyut selama 2 jam itu dia melihat banyak kejadian yang sangat mengerikan serta menakutkan.

Sebahagian orang disiksa di akhirat. Beliau saksikan orang menanggung beban yang demikian berat seberat 500 ton, baunya busuk dan seluruh tubuhnya penuh dengan nanah.

Dia juga melihat orang yang memukul-mukul badannya sendiri dengan rotan tanpa henti. Ada juga yang menusuk-nusuk tubuhnya sendiri, ada juga ustaz yang dicurah lahar panas.

Malahan Azlina juga melihat ayahnya yang sudah meninggal. Dia juga melihat banyak malaikat, juga seorang wanita yang mirip dirinya mendekati beliau lalu mengalungi Azlina dengan tasbih.

Azlina turut mengerjakan solat, lakukan perjalanan sepanjang 40 hari dan dia sempat juga saksikan bentuk dan makam Nabi Muhammad SAW sedang memberi makan fakir miskin.

Lantaran pengalaman itu Azlina segera berhijrah secara total apabila beliau hidup kembali selepas 2 jam. Pengalamannya melihat bermacam kejadikan mengerikan di akhirat membuatkan dia sedar serta rajin solat.

Padah berzina dengan isteri orang

Padah berzina dengan isteri orang
Seorang lelaki yang ditangkap ketika melakukan seks dengan seorang wanita yang telah berkahwin, telah dipukul di khalayak ramai, sebagai pengajaran kepada orang lain agar tidak berzina.

Kejadian itu dilaporkan oleh media di Nigeria. Dia dipukul dengan kayu oleh seorang lelaki dan ditonton ramai.

Video mengenai hukuman itu turut dirakamkan dan kemudian dimuatnaik dalam media sosial.

Tidak diketahui di mana kejadian itu berlaku namun akhbar Nigeria Today yang pertama kali menyiarkan cerita berkenaan mendakwa ia berlaku di Ghana.

Ini disebabkan bahasa pertuturannya adalah Twi.
-kualalumpurpost-

Dirogol, dibunuh dan mayat digantung di pokok

Seorang gadis berusia 15 tahun dirogol beramai-ramai serta dicekik sehingga mati sebelum mayatnya digantung di pokok.

Menurut laporan The Indian Express, mangsa hilang pada Jumaat lalu ketika mahu ke tandas di luar rumahnya di Nanpara, daerah Bahraich, Uttar Pradesh.

Sehari kemudian, mayatnya ditemui tergantung di sepohon pokok di luar kampungnya dan mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.

Bapa mangsa mendakwa tiga suspek itu cuba menculik anaknya sebelum ini.
Susulan itu, dua daripada suspek terbabit ditahan pada Sabtu dan Ahad lalu, manakala seorang lagi masih diburu polis India.

Pada masa sama, empat konstabel turut digantung tugas sementara akibat cuai ketika menjalankan tugas.

Polis mengesyaki suspek sengaja menggantung mayat mangsa di pokok untuk memberi tanggapan gadis itu membunuh diri.
-fmt-

Isteri ditangkap khalwat bersama bekas rakan sekolah (Gambar)

Isteri ditangkap khalwat bersama bekas rakan sekolah
Kuala Lumpur: “Angkara majlis pertemuan semula, rumah tangga kami musnah apabila cinta monyet isteri dengan rakan sekolah kembali berputik hingga terjerumus ke lembah zina,” kata seorang suami yang mahu dikenali Zamri, 47, selepas isterinya ditangkap khalwat bersama bekas rakan sekolah di sebuah hotel di Jalan Chow Kit, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah malam itu, hati Zamri hancur selepas dimaklumkan polis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) isterinya berusia 52 tahun ditangkap khalwat bersama bapa enam anak.

Menurut Zamri, dia tidak menyangka tindakan ibu kepada empat anak dan dua cucu terbabit membuat permohonan cerai sebelum ini hanya kerana mahu bersama dengan lelaki yang dipercayai bekas kekasihnya ketika di bangku sekolah dulu.

Katanya, perubahan sikap isterinya itu mula dikesan selepas dia menghadiri majlis pertemuan semula yang diadakan bagi mengumpulkan rakan sekolahnya di Setapak Rampai, di sini, pada September tahun lalu.
-hmetro-

TMJ dedah rancangan 'orang-orang besar'

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa terdapat usaha di laman sosial untuk melaga-lagakan rakyat bagi mengalihkan perhatian terhadap isu-isu lebih besar dalam negara.

Dakwanya, ia dilaksanakan oleh sesetengah “organisasi yang mempunyai kuasa” dengan mengupah aktiviti itu supaya rakyat sibuk dengan hal lain dan “misi” mereka tidak disedari.

“Rakyat kena pandai menilai sendiri,” katanya.

Beliau mendedahkan, kedudukan beliau membolehkannya melihat dan mendengar dengan mata dan telinga sendiri berhubung rancangan “orang-orang besar” dan organisasi yang tidak akan dapat diketahui rakyat.

“Sebagai contoh, saya pernah mempersoalkan kepada seseorang individu (tidak menyebut nama individu tersebut) kenapa kita tidak boleh meningkatkan lagi taraf pelajaran, beliau menyatakan kepada saya kerana ada dua fakta.

“Fakta pertama adalah untuk mendapatkan undi dan yang kedua adalah lebih mudah untuk mengawal pemikiran orang yang bodoh dan tanpa berpelajaran,” katanya dalam wawancara disiarkan di Facebook pasukan bola sepak negeri.

Beliau berkata demikian ketika berkata ditanya berkaitan media yang membesar-besarkan cerita individu yang didakwa menghina beliau di Internet, bagi menghangatkan suasana.

Menjawab soalan itu, TMJ berkata beliau tidak peduli apa orang kata dan tiada masa melayan pihak sebegitu.
-malaysiakini

Disebat 99 kali kerana berparti separuh bogel

sebat
TEHRAN - IRAN. Lebih 30 pelajar dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 99 kalis elepas didapati terlibat dalam parti bebas di Qazvin kelmarin.

Menurut laporan AFP, kesemua pelajar yang terlibat telah ditahan.

"Penahanan jumlah pelajar perempuan dan lelaki yang banyak, berkeadaan separuh bogel, minum arak dan berkelakuan tidak senonoh, telah menghina orang awam," kata kenyataan dari media tempatan, Mizanonline, Khamis lepas.

Menurut kenyataan tersebut lagi, siasatan dan perbicaraan kes tersebut berjaya diselesaikan kurang dari 24 jam pelajar-pelajar tersebut ditahan.

Amaran juga dikeluarkan iaitu restoran dan dewan-dewan yang membenarkan aktiviti-aktiviti tidak senonoh dan menghidang arak akan ditutup.
-sinarharian