Erdogan 'merajuk' di pengebumian Ali?



Recep Tayyip Erdogan adalah antara tokoh terawal menyatakan rasa sedihnya atas kematian Muhammad Ali.

Dia adalah seorang daripada tokoh antarabangsa yang dijadual memberi penghormatan terakhir kepada petinju legenda itu.

Tokoh lain yang disebut-sebut ialah pemerintah Jordan Raja Abdullah, bekas presiden Bill Clinton, dan pelawak Billy Crystal.

Malah laporan menyebut Erdogan memendekkan lawatan rasminya di AS untuk menghadiri majlis pengebumian Muhamma Ali.

Namun ketika upacara itu berlangsung di kampung halaman Muhammad Ali di Louisville, Kentucky, AS Erdogan tidak muncul.

Sebaliknya pejabat Erdogan memberitahu tokoh dikagumi ramai - dan turut dibenci ramai yang lain - pulang ke Turki. Tiada penjelasan diberikan, dan ia membuka kepada pelbagai spekulasi.

Jurucakap keluarga Muhammad Ali, Bob Gunnell, kemudian memberitahu media dua tokoh baru dimasukkan ke senarai pengucap sebelum pengebumian dijalankan.

Itu bermakna ada dua tokoh awal - Erdogan dan Abdullah - disenaraikan telah menarik diri atau tidak dapat berucap.

"Kedua-dua mereka memahami dan tidak terguris," katanya.


Kelambu Kaabah


Bagaimanapun Erdogan dilaporkan hadir di majlis doa diadakan pada malam kelmarin.

Kemudian muncul pelbagai teori mengapa Erdogan tidak diberi kesempatan menyatakan penghargaan dan takziah sebelum jenazah Muhammad Ali disemadikan.

Media Turki melaporkan Erdogan berhadap dapat meletakkan cebisan kelambu Kaabah pada keranda Muhammad Ali sebelum pengebumian dijalankan.

Namun pengelola upacara itu menolak, selain tidak bersetuju dengan cadangan membenarkan seorang ulama terkemuka Turki membaca al-Quran mengiringi pengebumian itu.

Beberapa laporan tidak dapat disahkan pula menyebut keluarga Muhammad Ali menjemput ulama berpangkalan di AS, Fethullah Gulen, menghadiri pengebumian berkenaan.

Masalahnya ialah, Fethullah dan Erdogan adalah seteru dan tidak sependapat dalam aliran pemikiran masing-masing.

Lebih memburukkan keadaan, lapor Hurriyet Daily News, berlaku tolak-menolak antara pengawal peribadi Erdogan dengan anggota keselamatan AS yang ditugaskan mengawal presiden Turki itu.

Bagaimanapun Muhammad Ali dilihat dekat di hati Erdogan.

Seperti di kebanyakan negara umat Islam lain, Muhammad Ali dilihat sebagai ikon yang tegas dengan pegangan agama serta sikap antipenjajahannya.

Muhammad Ali sendiri pernah melawat Istanbul pada 1976 dan bertemu pemimpin Islam Turki, Necmettin Erbakan.

Erbakan adalah tokoh yang banyak memberi kesan dan pengaruh kepada Erdogan.

"Isu dibangkitkan Muhammad Ali berdekad-dekad lalu masih kekal relevan hari ini.

"Justeru cara yang betul menghargai wira rakyat ialah merealisasikan wawasannya mengenai kebebasan, kesaksamaan dan perpaduan," tulis Erdogan sebelum ini untuk mengenang Muhammad Ali.
-malaysiakini

Ustaz PAS ini akhirnya mohon maaf dari Mat Sabu

Abdullah Khairi mengeluarkan video khas memohon maaf kepada Mohamad Sabu ekoran keterlanjurannya menyerang Presiden Amanah itu di hari penamaan calon Kuala Kangsar.Penceramah bebas, Abdullah Khairi yang membuat ucapan menyerang Presiden Amanah, Mohamad Sabu ketika berucap di hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar baru-baru ini mengeluarkan video khas untuk memohon maaf.
Dalam video yang diposkan sendiri oleh beliau dalam kumpulan Whatsapp sebelum terus meninggalkan kumpulan itu, Abdullah berkata, dia memohon maaf kepada Mohamad kerana 'teremosional' pada hari itu.

"Di hari Jumaat dan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya Ustaz Abdullah Khairi memohon maaf kepada Abang Mohamad Sabu di atas ucapan saya yang teremosional pada hari penamaan calon Kuala Kangsar.

"Abang Mat, maafkan saya," kata Abdullah sambil mengangkat tangannya.

Tetapi, kata Abdullah, mereka yang mencemuh dan mencaci beliau ekoran tindakan menyerang Mohamad itu, mereka juga tidak terlepas dari dosa.

"Mereka juga tidak terlepas dari dosa dan perlu memohon maaf kepada saya," kata Abdullah menerusi video 41 saat yang dirakam khas itu.

Video Abdullah mengecam Mohamad di hari penamaan calon Kuala Kangsar itu telah diviralkan dan menjadi bahan cemuhan penyokong Amanah dan orang awam.

Ini kerana, apa yang dicemuh oleh Abdullah adalah ayah kepada presiden Amanah itu apabila menggelarnya sebagai "Mat Sabun".

Mohamad ketika mengulas serangan-serangan sebegini berkata, beliau tidak berkecil hati.

"Ada yang kecam saya. Naik atas lori panggil saya dengan nama yang buruk.

"Saya tak marah. Saya rasa adik-adik itu berlatih berceramah. Saya faham sangat adik-adik saya dalam parti Islam itu," katanya.

Mengulas soal penghinaan salah seorang penceramah Pas terhadap namanya yang digelar 'Mat Sabun' pada hari penamaan calon itu, Mohamad berkata beliau tidak mengambil hati soal itu.

Beliau sebaliknya menyeru "adik-adik dalam Pas" untuk mengundi calon Amanah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar kali ini.
malaysiadateline

Isteri potong kemaluan suami kerana berlaku curang dengan kawan baiknya (Gambar)

Paramedik menemui Somchai dalam keadaan berlumuran darah.‎
PATTAYA - THAILAND. Seorang wanita bertindak memotong kemaluan suaminya sendiri kerana lelaki itu curang dengan kawan baiknya sendiri.

Wanita yang menjual ayam goreng bersama suaminya di bandar Pattaya pada mulanya mendengar khabar angin mengenai suaminya yang dikenali sebagai Somchai yang curang dengannya.

Namun kemarahannya membuak-buak apabila khabar angin itu adalah benar dan sedar dia ditipu oleh suaminya yang berlaku curang dengan rakan baiknya sendiri.

Memetik Pattaya One, sebelum wanita itu memotong kemaluan suaminya dengan pisau, dia berpura-pura memaafkan suaminya dan melakukan hubungan seks bersama.

Ketika Somchai sedang berehat, wanita itu terus mencapai pisau dan mengelar kemaluan suaminya sehingga hampir terputus.

Bagaimanapun, wanita itu menelefon ambulans selepas melihat suaminya itu mengalami kecederaan serius.

Paramedik menemui Somchai dalam keadaan berlumuran darah sambil meletakkan pek ais di pangkal peha di tengah jalan.

Somchai kemudiannya dikejarkan ke Hospital Bang Lamung yang turut disertai isterinya.

Sementara itu, polis berkata, pihaknya akan menunggu lelaki berkenaan pulih sebelum menjalankan siasatan lanjut.


Solat tarawih gempar jemaah wanita tumbang (Gambar)


Rakaman CCTV menunjukkan pergerakan wanita berkenaan tumbang ketika solat Tarawih.
PORT DICKSON - Saf wanita ketika solat tarawih gempar apabila salah seorang jemaahnya tumbang dan seperti tidak sedarkan diri beberapa saat malam semalam.

Kejadian berlaku pada jam 9.41 malam di Masjid Selat Melaka.

Kejadian berkenaan di rakam kamera litar tertutup (CCTV) itu memaparkan beberapa jemaah wanita lain membatalkan solat dan segera membantu wanita berkenaan.

Rakaman berdurasi 51 saat itu kemudiannya tersebar di laman sosial WhatsApp dan ada yang bertanggapan wanita berkenaan meninggal dunia ketika solat.

Imam masjid, Rosli Md Yusof berkata, semakan pada CCTV di buat selepas menerima laporan daripada jemaah wanita.

"Semakan di buat hanya untuk memastikan apa yang berlaku sebenarnya.

"Ketika kejadian, jemaah lelaki langsung tidak menyedari insiden itu, dan solat tarawih berjalan seperti biasa sehingga ke akhir.

"Saya difahamkan, jemaah wanita itu berusia sekitar akhir 30an, tidak menerima sebarang rawatan dan terus menyambung semula solat tarawih selepas dia jatuh," katanya.

'Saya diupah baca teks oleh Chegubard

Pengaturcara komputer bebas yang sebelum ini mendakwa ditipu dalam penjualan 900,000 nama bagi menipu tanda tangan dalam projek memorandum Deklarasi Rakyat hari ini tampil dengan akuan bersumpah (SD) terbaru untuk menafikan yang terdahulu.

Dalam SD pertamanya, Azharuddin Othman, 30, mendakwa beliau dimaklumkan nama-nama berkenaan akan digunakan untuk memorandum Deklarasi Rakyat untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan urus niaga dijalankan secara atas talian dengan Ema atau juga dikenali sebagai Ratu Naga.

Namun, segala berubah hari ini.

"Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak mengenali individu yang bernama Ema atau juga 'Ratu Naga' dan tidak pernah menjalankan apa-apa urusan dengannya.

"Sebelum ini, saya telah diupah untuk mengadakan sidang akhbar berdasarkan teks yang diberikan oleh orang yang mengupah saya iaitu Badrul Hisham Shaharin ," kata beliau dalam SD terkini itu.

SD itu tersebar di beberapa laman Facebook termasuk Otai Bersih dan Kelab Mukhriz Mahathir.

Syarul Ema juga, sebelum ini, telah menafikan pernah mengadakan sebarang urusan dengan Azharuddin.

Dalam SD terkini, Azharuddin berkata, beliau telah menandatangani dokumen baru untuk mengelakkan tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, Badrul Hisham atau 'Chegubard' yang dilihat terbabit dalam SD pertama oleh Azharuddin itu mendakwa SD terbaru sebagai palsu.

"Kalian seolah-olah gembira menyebarkan SD palsu," katanya dalam laman Facebook yang merujuk kepada Otai Bersih dan Kelab Mukhriz Mahathir
-

Pelacur, pelanggan dihukum berbogel sambil berjalan (Gambar)

Pelacur, pelanggan dihukum berbogel sambil berjalan
Pelacur, pelanggan dihukum berbogel sambil berjalan
SAINT PETERBURG - RUSIA. Beberapa pelacur dan lelaki yang dicekup dalam satu serbuan maksiat di sebuah pangsapuri baru-baru ini menerima padah apabila dihukum berbogel oleh pihak berkuasa di bandar ini.

Selain tiga pelanggan lelaki yang dikatakan berjaya melarikan diri, kesemua 11 pelacur dan pelanggan lelaki pada malam itu dipaksa menanggalkan semua pakaian mereka sambil berjalan mengelilingi kawasan pangsapuri berkenaan.

Orang ramai yang sempat melihat kejadian itu berjaya membuat rakaman video melalui telefon bimbit masing-masing.

Selepas berjalan di beberapa jalan utama, mereka akhirnya diarah naik ke kereta polis dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Tindakan pihak polis itu bagaimanapun menjadi bualan hangat di laman sosial.

Ada yang bersetuju cara hukuman itu walaupun agak luar biasa, tetapi tidak kurang pula membantah kerana kata mereka, sepatutnya yang perlu dihukum ialah pelanggan di rumah maksiat itu dan bukan pelacur.
sinarharian

Penculik cuba culik remaja di khalayak ramai (video)

FMT Reporters 
FLORIDA: Gila dan menakutkan! Sebuah video menunjukkan seorang ibu bergelut untuk menyelamatkan anaknya daripada diculik oleh seorang lelaki.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Craig Bonello, cuba menculik gadis berusia 13 tahun yang sedang membeli belah bersama ibunya di sebuah kedai Dollar General dan melarikannya.

Bagaimanapun, ibunya tidak melepaskan penculik berkenaan dan berlaku kejadian tarik menarik. Bonello cuba untuk mengheret gadis itu keluar daripada kedai berkenaan.

Penculik berkenaan akhirnya mengalah dan melepaskan gadis berkenaan namun beliau tidak dapat lari jauh.

Sebaik sahaja beliau berlari ke arah pintu utama, Bonello berhadapan dengan seorang polis yang tidak bertugas serta menangkapnya.

“Dalam 10 tahun ini di jalan raya saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini. Beliau benar-benar nekad untuk menculik gadis itu betul-betul di hadapan semua orang di kedai,” kata Sarjan Craig Callahan kepada WTVT.

Wanita Maut, Suami Dikelar Pembantu Rumah

Ong sedang dirawat di Hospital Umum Changi.
SINGAPURA: Tabiat isterinya yang tidak masuk ke dalam bilik mereka untuk menonton televisyen pada petang Selasa menimbulkan rasa tidak sedap hati peniaga Ong Thiam Soon, 57.

Susulan itu, dia mencari isterinya di kediaman tiga tingkat mereka di Telok Kurau.

"Saya terus memanggil namanya tetapi tiada respons," kata Ong.

Dari tingkat pertama, dia terus mencari isterinya, Seow Kim Choo, 59, sebelum mendapati pintu bilik mandi di tingkat dua berkunci.

"Saya ingin tahu. Tiada bunyi dari dalam bilik mandi itu jadi saya pergi mencari lampu suluh dan kunci," katanya.

Dia terlihat tompokan darah sebaik sahaja membuka pintu bilik mandi itu.

Namun malangnya, pembantu rumah Ong yang baharu sahaja bekerja selama lima bulan menyerangnya dengan pisau.

"Dia mengelar leher saya. Saya amat terkejut," katanya.

Selepas itu, beliau menyedari tubuh kaku isterinya terbaring di atas lantai bilik mandi itu.

Dia mengerah segala tenaganya untuk menahan serangan pembantu rumah berusia 23 tahun itu yang dipanggil sebagai Wariwati.

"Sebaik sahaja dia tenang, saya pergi mendapatkan isteri saya tetapi dia tidak lagi bernafas. Terdapat banyak darah," katanya.

Wariwati cuba menyerang Ong semula dan kedua-duanya terus bergelut.

Ong menjerit meminta tolong kepada menantu perempuannya yang sedang menjaga dua anaknya di tingkat tiga.

Akibat kekecohan yang timbul, seorang lagi pembantu rumah bergegas ke bilik mandi tetapi melarikan diri sambil menjerit.

Menantu perempuan Ong menghubungi polis sebelum menyelamatkan mangsa.

Mereka berjaya menenangkan pembantu rumah itu dan mengikat tangannya.

Polis berkata mereka menemui mayat seorang wanita berusia 59 tahun di tingkat dua sebaik tiba di tempat kejadian.

Kira-kira pukul 9.03 malam, pasukan paramedik mengesahkan kematian wanita itu.

Ong dikejarkan ke Hospital Besar Changi untuk menjalani pembedahan akibat kecederaan di leher, dahi dan kaki.

Bercakap kepada pemberita di hospital, Ong berkata Wariwati yang dibenarkan membuat panggilan sekali ke rumahnya setiap bulan kelihatan gelisah beberapa hari lalu kerana tidak dapat berhubung dengan keluarganya Indonesia.
-mstar-

Apa hukum berus gigi pada bulan puasa?

WARTAWAN SINAR HARIAN
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul AbidinSHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memaklumkan bahawa amalan bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira sama ada di bulan Ramadan ataupun tidak.
Menurut Asri, walaupun terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa ubat gigi pada masa kini tidak boleh digunakan kerana mempunyai rasa tertentu, ia merupakan kenyataan yang tidak kukuh kerana kayu sugi pada zaman dahulu juga turut mempunyai rasa yang tersendiri.

“Selagi mana ia tidak masuk ke dalam perut dengan sengaja maka ia tidak membatalkan puasa.

“Islam menggalakkan bersugi (berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang,” katanya menerusi kemas kini status di laman sosial Facebook nya hari ini.

Dalam pada itu, Asri memaklumkan bahawa walaupun terdapat sabda Rasullullah yang mengatakan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi ALLAH, namun ia tidak bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan individu lain menghidu bau busuk dari mulutnya.

Ujar beliau, perkara ini akan menimbulkan perasaan tidak selesa kepada masyarakat bukan Islam terhadap Muslim yang berpuasa pada bulan Ramadan serta boleh menghilang gambaran keindahan agama ini.

“Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semula jadi ataupun naturality agama ini.

“Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut,” katanya.

Oleh sebab demikian, Asri berharap agar masyarakat Muslim tidak menjadikan faktor bau mulut sebagai penyebab kepada keresahan orang lain terhadap individu yang berpuasa.

“Berpuasa dan bersugilah,” katanya.

Untung anak murid kaya, guru tadika dapat Mercedes

FMT Reporters 
kuwait-tadika
KUWAIT: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun menghadiahkan kereta Mercedes baharu kepada guru kesayangannya selepas tamat persekolahan tadikanya.

Agensi berita melaporkan, Noor Al Faris menghadiahkan kereta itu untuk menunjukkan terima kasih kerana gurunya itu yang bernama Nadia banyak membantunya di tadika.

Noor dilihat duduk di atas bonet keretanya yang tertulis ‘Kereta ini untuk guru kesayangan saya, Nadia’ dalam bahasa Arab pada cermin depannya.

Media tempatan melaporkan hadiah itu dibeli bapa kanak-kanak itu kerana berterima kasih selepas guru itu membantu anaknya setelah isterinya meninggal dunia.

Lelaki berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata, guru terbabit memainkan peranan penting membantu perkembangan Noor selain membawa kesan positif kepada kanak-kanak itu selepas dia kehilangan ibunya.

Harga dan butiran lanjut mengenai kereta itu tidak didedahkan, namun media tempatan melaporkan ia model mewah.

Pedofil Menyamar Jadi Guru, 200 Anak di Bawah Umur Jadi Korban, Ada Bukti Foto dan Video

Richard huckle (30), namanya kini benar-benar sedang naik daun di Negeri Jiran, Malaysia.

Bukan kerana prestasi positif, melainkan kerana perbuatan negatif.

Lelaki berbangsa Inggeris ini diduga telah melakukan kejahatan seksual terhadap 200 kanak-kanak di bawah umur di Malaysia.

Dikutip SURYAMALANG.COM dari metro.co.uk (1/6/2016), sebanyak 200 mangsa ini adalah anak-anak yang berasal dari keluarga miskin.

Mengapa Richard memangsa anak-anak miskin? Sebab, menurutnya, anak-anak miskin terbilang tidak stabil dan mudah dipujuk untuk melakukan hubungan intim.
richard pedofil
Mod Richard adalah menyamar sebagai fotogafer dan guru Bahasa Inggeris yang ingin mengabadikan kehidupan warga miskin di Malaysia.

Dari sinilah, penyalagunaannya terhadap kanak-kanak di bawah umur beliau rakam, kemudian ia menyebarkannya ke sebuah laman web gelap yang ia uruskan.

Yang menghairankan, ternyata korban Richard ada yang masih kanak-kanak kecil.

Selain itu, Richard juga memaksa korban-korbannya (laki-laki dan perempuan di bawah umur) untuk melakukan hubungan intim, kemudian dirakam.

"Anak-anak miskin lebih mudah dirayu berbanding kanak-kanak dari kalangan menengah ke atas," kata Richard.

Pada suatu kesempatan, Richard pernah membawa anak berusia lima tahun, kemudian mengajaknya ke biliknya untuk melakukan tindak kekerasan seksual.

Atas kes ini, sang pedofil pun terancam akan menghadapi hukuman penjara seumur hidup.

Richard pertama kali mendatangi Malaysia ketika berusia antara 18-19 tahun, beberapa tahun silam.

Kemudian, setelah aibnya terbongkar, ia ditangkap di Gatwick Airport, Bahasa Inggeris, pada Disember 2014 ketika ia pulang untuk merayakan Krismas.

Dalam penangkapan ini, pihak berkuasa mencari foto dan video mesum lebih dari 20 ribu buah-buahan yang mengeksploitasi kanak-kanak di bawah umur.
-http://24hnewsindo.com

Minta tolong kejutkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj): Kedai haram warga Nepal saji arak di Kajang

Malaysian Crime Watch
KAJANG: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain ditegur kerana membiarkan warga asing menjalankan perniagaan secara haram sehingga membelakangkan hak keistimewaan penduduk tempatan.

Selain warga Indonesia berniaga kedai makanan secara haram, kini terdapat pula beberapa warga Nepal membuka kedai makanan yang turut menjual minuman keras, khusus untuk rakan senegara mereka.

Tinjauan BH berikutan aduan penduduk setempat mendapati kesemua premis perniagaan haram dikendalikan warga Nepal terletak di tingkat satu bangunan kedai yang disewakan oleh pemilik tempatan.

Penduduk tempatan mendakwa warga asing berkenaan seolah-olah kebal daripada tindakan pihak berkuasa, malah gelagat pelanggan yang mabuk dan sering bergaduh sesama mereka mencetuskan rasa tidak senang serta kemarahan penduduk setempat.

Rata-rata, orang ramai ditemui BH mengadu kurang berpuas hati dengan masalah berkenaan dan mempersoalkan kenapa PBT begitu liat mengambil tindakan sedangkan rakyat tempatan dikenakan seribu satu syarat jika mahu berniaga apatah lagi menjual minuman keras.

Seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Andi, 50an, berkata premis perniagaan yang dijalankan warga Nepal itu sudah beroperasi lebih dua tahun dan sering menjadi tumpuan ramai terutama pada hujung minggu.

Beliau turut berasa hairan bagaimana mereka boleh mendapatkan kebenaran secara mudah daripada pihak PBT untuk menjalankan perniagaan sedangkan penduduk tempatan pula sangat sukar mendapat kelulusan selain dibeban kos yang tinggi untuk menyewa kedai.

"Kewujudan premis perniagaan warga Nepal ini perlu disiasat, bagaimana mereka begitu mudah mendapat kebenaran untuk berniaga dan menjual minuman keras kepada pelanggan sehingga mencetuskan rasa bimbang di kalangan orang ramai yang berkunjung membeli-belah di bandar ini," katanya.
(Berita Harian)

Nampak hantu naik bas (Berita Lama)

Nampak hantu naik bas
KUALA KANGSAR: Seramai 27 pekerja sebuah pasar raya besar di Ipoh gempar apabila enam rakan mereka berusia lingkungan 18 ke 28 tahun diserang histeria ketika berada dalam bas dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu menyebabkan pemandu bas terpaksa memberhentikan bas yang dalam perjalanan dari Kamunting ke Ipoh itu di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak kerana keadaan dalam bas semakin kelam-kabut.

Saksi yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, kejadian bermula ketika bas itu berada di Bukit Gantang apabila salah seorang daripada mereka menjerit dipercayai mengalami histeria dan keadaan semakin teruk apabila beberapa penumpang lain turut mengalami gangguan sama.

Salah seorang penumpang bas pula berkata, dia ada terlihat kelibat lembaga hitam masuk ke dalam bas semasa dia berseorangan dalam bas tersebut kerana menunggu rakan lain ketika di Kamunting.

Begitu pun, dia tidak mengesyaki apa-apa pada waktu itu kerana beranggapan mungkin tersalah pandang atau mungkin perasaannya sahaja.

“Bila saya lihat rakan-rakan saya mengalami histeria, saya yakin kelibat yang saya nampak pada awal pagi tadi ada kena mengena dengan insiden yang berlaku hari ini (semalam).

“Kejadian berlaku semasa kami dalam perjalanan ke tempat kerja. Mula-mula seorang saja kemudian berjangkit ke orang lain pula,” katanya.

Seorang lagi penumpang bas berkata, sebelum kejadian, salah seorang mangsa ada bercerita tentang kisah hantu dan memberitahu rakannya pernah mengalami histeria.

“Sebaik saja dia habis cakap, dia terus menjegilkan matanya dan mula meracau. Keadaan masa itu memang menakutkan sebab pertama kali saya mengalami situasi seperti ini.

“Bila sampai saja di kawasan R&R Sungai Perak, kami membawa mereka turun dari bas. Kawan-kawan lelaki penat kerana terpaksa menahan mangsa sebab ada mangsa yang menari dan ada juga yang cuba melarikan diri,” ujarnya.

Sempat hantar SMS

Dalam pada itu, salah seorang ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, anaknya yang berusia 18 tahun sempat menghantar pesanan ringkas kepada kakaknya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.

Menurutnya, anaknya pernah mengalami gangguan sama ketika pulang dari kerja, kelmarin, namun gangguan tersebut tidak begitu teruk seperti semalam.

Malah, katanya, gangguan itu sudah bermula sejak Rabu lalu, namun pada hari tersebut, hanya seorang pekerja yang mengalami histeria.

“Dia ada hantar mesej pada kakaknya beberapa minit sebelum jam 8 pagi dan mengatakan berasa sakit kepala, mata tidak boleh buka dan bahu terasa berat. Kakak dia hantar mesej pada saya dan saya terus ke sini (R&R Sungai Perak) bila dapat tahu anak saya berada di sini,” ujarnya.

Tindakan pantas pemandu

Menurut pemandu bas yang dikenali sebagai Tan, 60, dia terkejut melihat salah seorang daripada penumpang tiba-tiba menjerit dengan kuat seolah-olah dirasuk sebaik tiba di persimpangan jalan Kuala Kangsar.

Katanya, gangguan tersebut merebak kepada beberapa penumpang lain selang beberapa minit kemudian dan menyebabkan suasana dalam bas menjadi kelam-kabut.

“Kalau ikutkan saya ingin berhenti di tepi lebuh raya sebaik saja mereka menjerit, namun bila difikirkan semula, berhenti di tepi jalan mungkin mengundang lebih banyak bahaya.

“Jadi, saya membuat keputusan untuk berhenti di kawasan rehat dan rawat berhampiran. Sepanjang 30 tahun saya membawa bas, kejadian ini pertama kali terjadi pada saya. Tidak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan saya pada waktu itu,” katanya.

Sementara itu, seorang pengamal perubatan Islam dari Darul Syifa yang membantu merawat mangsa berkata, dia mendapat panggilan mengatakan ada beberapa orang mengalami histeria di kawasan itu.

“Sebaik saja saya tahu berita tersebut, saya bergegas menuju ke tempat kejadian. Bila saya sampai, saya lihat beberapa mangsa menjerit-jerit dan meracau.

“Saya tidak pasti gangguan tersebut berpunca daripada mana tapi bolehlah dikatakan mereka diganggu makhluk halus,” jelasnya.

Dalam pada itu, seorang daripada mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk menerima rawatan dan selebihnya dibawa pulang oleh keluarga masing-masing.
-sinarharian

China tetap larang Muslim Uighur berpuasa di bulan Ramadan

BEIJING, Selasa – Seperti biasa, China tetap menghalang rakyatnya yang beragama Islam di wilayah Xinjiang untuk berpuasa di bulan Ramadan.

“Anggota parti, anggota kader, kakitangan awam, para pelajar dan anak-anak kecil tidak boleh berpuasa sepanjang Ramadan dan tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti agama.

“Pada bulan Ramadan, perniagaan makanan dan minuman tidak boleh ditutup,” demikian notis yang dimuat naik di laman web rasmi kota Korla di tengah Xinjiang.

Parti Komunis yang juga parti memerintah negara itu dilaporkan sudah saban tahun melarang kakitangan pemerintah dan anak-anak kecil daripada berpuasa di Xinjiang.

Mereka juga mengarahkan beberapa restoran untuk kekal dibuka.

Wilayah Xinjiang ini adalah tempat tinggal untuk lebih 10 juta penduduk yang kebanyakannya adalah muslim.

Mereka merupakan kaum minoriti Islam daripada kaum Uighur. -Agensi

Allah Pulihkan Penglihatan Lelaki Buta Depan Kaabah (video)


SEORANG lelaki tua menggemparkan jemaah yang berada berhampirannya apabila tiba-tiba berdiri sambil menjerit dan menangis, usai solat asar di Makkah, kelmarin.

Berulang kali lelaki tersebut melaung kesyukuran kepada Allah SWT membuatkan semua orang tertarik untuk tahu apa yang sebenarnya berlaku.

“Ya Allah mataku sudah boleh melihat, aku sudah boleh melihat, Allahuakbar..” ratap lelaki tua tersebut yang mendakwa dirinya selama ini buta, namun tiba-tiba diizinkan Allah Taala untuk melihat pada petang itu.

Hal ini membuatkan orang sekeliling lelaki tua berkenaan mula melafazkan tahniah dan memuji-muji kebesaran Tuhan terhadap hambanya.

Salah seorang saksi turut bertindak merakam aksi lelaki berkenaan sebelum memuatnaik video ke laman sosial, membuatkan dalam masa sekejap sahaja rakaman itu menjadi viral.

Kebanyakan page Facebook berkaitan Islam turut dilihat mula berkongsikan video tersebut yang seperti dijangka, mendapat perhatian ramai.

Pemeriksaan Mynewshub bagaimana pun mendapati, ada pihak mendakwa aksi lelaki dalam video tersebut sebenarnya cuma lakonan seorang pencuri profesional yang cuba melepaskan diri daripada pihak berkuasa namun tidak berjaya apabila dia tetap ditahan tak lama selepas itu.

Buat masa ini tak dapat dipastikan yang mana satu penjelasan tepat bagi video yang sedang viral ini – sama ada lelaki buta tiba-tiba boleh melihat ketika solat Asar, atau pun semua ini cuma lakonan semata-mata. Namun jika dilihat semula pada rakaman, lelaki tua terbabit jelas memakai jam tangan. Wallahua’lam.
-MYNEWSHUB.CC

Pelakon Will Smith antara 8 orang usung jenazah Muhammad Ali

willLOUISVILLE (AS): Bintang Hollywood Will Smith dan bekas juara tinju dunia Lennox Lewis merupakan antara lapan orang dipilih mengusung jenazah Muhammad Ali yang dijangka disemadikan Jumaat ini, menurut jurucakap.
Legenda tinju yang terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan hak kemanusian itu meninggal dunia minggu lalu pada usia 74 tahun, selepas mengalami masalah kesihatan di samping penyakit Parkinson’s yang dihidapinya sejak lebih 30 tahun.

Smith menjadi teman rapat Ali selepas membintangi filem arahan Michael Mann, “Ali” pada 2001.

Image result for Lennox LewisLewis pula dianggap salah seorang peninju terbilang dunia yang memenangi kejohanan dunia selama 25 tahun.
Kedua-dua mereka akan mengusung jenazah Ali bersama-sama enam anggota keluarga dan sahabat rapat, menurut jurucakap keluarga Ali, Bob Gunnell.

Upacara pengebumian yang akan diadakan Jumaat ini di kampung halaman Ali di Louisville, Kentucky, dijangka menerima kehadiran besar dan akan disiarkan di serata dunia.

Sebelum itu, jenazah akan dibawa berarak menuju jalan raya, sebelum tiba di Freedom Hall bagi upacara doa.

Penganjur berkata upacara di Louisville bertujuan menyampaikan mesej keamanan dan toleransi.

Jenazah Ali, yang diterbangkan dari Arizona ke Kentucky pada Ahad, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cave Hill.
-AFP

Kanak-kanak 3 tahun cedera kemaluan tersepit eskalator (Gambar)

Tersepit-Escalator
BAGAN SERAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera pada bahagian kemaluan akibat tersepit di eskalator di sebuah pasar raya di sini malam tadi (6 Jun).

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Bagan Serai Nasir Wahab berkata dalam kejadian pada pukul 8.16 malam itu, mangsa berkenaan dipercayai duduk di atas eskalator berkenaan.

Katanya semasa kejadian kanak-kanak tersebut bersama ayahnya sedang menaiki eskalator berkenaan untuk ke bahagian permainan yang terletak di aras tiga premis berkenaan.
-Bernama-

Awas…anda mungkin diekori

Suspek akan menyewa kenderaan tempatan dan memerhati serta mengekori mangsa yang mengeluarkan jumlah wang besar di bank sehingga mangsa memberhentikan kenderaan sebelum bertindak.
Stalker
KAJANG: Pastikan anda tidak diekori orang tidak dikenali selepas mengeluarkan wang yang banyak dari bank.

Ini kerana anda mungkin menjadi sasaran perompak.

Menurut polis, modus operandi perompak adalah memerhati dan menyasarkan individu yang mengeluarkan jumlah wang besar di bank dan akan mengekorinya.

“Suspek akan menyewa kenderaan tempatan dan mengekori mangsa hingga tempat mangsa berhenti sebelum bertindak,” kata Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah hari ini.

Beliau berkata, polis menahan lima lelaki warga asing kerana disyaki terlibat dalam kes pecah kereta di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9, Cheras, Sabtu lepas.

Othman berkata, tiga daripada suspek itu ditahan di Stulang Laut, Johor, ketika cuba melarikan diri ke negara jiran manakala dua lagi ditahan di Pandan Jaya, Ampang.

Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 29 hingga 40 tahun, manakala seorang lagi suspek dalam kegiatan sama sedang diburu.

Dalam pada itu, Othman menasihatkan pemilik kedai kereta sewa agar mengambil butir-butir peribadi penyewa kenderaan mereka bagi mengelakkan penyalahgunaan.

Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Khamis lalu, dua suspek lelaki memecahkan tingkap sebuah kereta milik seorang pengarah syarikat yang sedang menunaikan solat Asar di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9, Cheras.

Sebelum itu mangsa membuat pengeluaran wang dari bank berhampiran.

Suspek bertindak memecahkan kereta mangsa dan mengambil sampul surat berisi RM29,440 dan melarikan diri dengan menaiki kereta sewa jenis Myvi.

Statistik polis Kajang menunjukkan terdapat 14 kes pecah kereta di sekitar Kajang dan Bangi pada tahun lalu.
-Bernama-

Lelaki kapak zakar rakan kerana cemburu

Rusia – Cemburu dengan saiz zakar rakan yang lebih besar, seorang lelaki dari Rusia tergamak memotong kemaluan kawannya itu menggunakan sebilah kapak, baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku di sebuah perkampungan kecil di Nikolsk, Bashkortostan itu melibatkan dua lelaki berusia 52 dan 47 tahun.

Insiden itu berlaku selepas kedua-duanya mabuk teruk dan mula bertengkar di antara satu sama lain sebelum lelaki berusia 52 tahun mengambil kapak dan menghayun ke alat sulit mangsa. Insiden berlaku selepas mereka ‘bertarung’ kemaluan siapa yang lebih besar dan bagus.

Menurut jurucakap polis, “Kedua-duanya sudah dua hari minum arak tidak berhenti sehingga mabuk teruk yang mana kemudiannya telah menyebabkan kedua-duanya saling bertengkar hingga melibatkan keganasan.”

Jiran yang terdengar jeritan mangsa menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Kedua-dua lelaki yang tidak didedahkan identiti mereka itu difahamkan telah bersahabat baik sejak kecil.

Mangsa dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil dan kemaluannya mungkin dapat disambung semula selepas menjalani pembedahan.

Jika disabitkan bersalah, suspek boleh dipenjarakan sehingga lapan tahun berhubung dakwaan jenayah tersebut.
-kualalumpurpost-

Pisau terpacak di kepala murid perempuan dibaling rakan (Gambar)

Pisau terpacak di kepala
Beijing: Seorang budak perempuan terselamat selepas rakan sekelasnya membaling pisau yang terpacak di kepalanya secara tidak sengaja.

Mangsa dikenali sebagai Lin, 12, meninggalkan taman di Dongguan, selatan China, bersama rakannya pada 16 Mei lalu selepas bertengkar dengan seorang budak lelaki berusia 13 tahun.

Budak itu kemudian membaling pisau ke arah mereka yang tanpa disangka terpacak di belakang kepala Lin.

Lin terus dikejarkan ke hospital dan doktor melakukan pembedahan serta-merta mendapati pisau itu menembusi tengkoraknya, tetapi tidak terkena pada otak.

Gambar disiarkan media China menunjukkan pisau itu terpacak pada belakang kepalanya.

Pisau itu berjaya dikeluarkan dan Lin kini stabil.

Budak lelaki terbabit pada mulanya ditahan polis tetapi dibebaskan kerana atas faktor usia.

Media China melaporkan, dua keluarga terbabit sudah berdamai dan mencapai persetujuan di luar mahkamah.

Keluarga budak lelaki terbabit membayar sebahagian besar bil perubatan berjumlah 8,000 yuan (RM5,000).
-kualalumpurpost-