Nelayan terkejut temui 'objek misteri' ditengah laut (Gambar)


BUNBURY - AUSTRALIA. Nelayan Australia yang memancing di laut Bunbury, selatan Perth negara itu terkejut besar, apabila menemui sebuah benda seolah-olah belon raksasa yang mengembang dilautan berkenaan.

Memetik laporan The West Australia, melaporkan bahawa benda itu ditemui oleh Mark Watkins dan ayahnya, yang pada mulanya mereka menyangka bahawa benda itu merupakan belon udara yang terhempas dilaut tersebut.

Namun demikian, setelah diteliti lebih dekat, mereka menyedari bahawa benda tersebut adalah bangkai seekor paus yang sudah mulai menggembung.

"Perutnya sudah dipenuhi gas sehingga menggembung dengan begitu besar sekali.

"Ketika kami mendekatinya, kami menyedari bahawa benda itu merupakan bangkai paus kerana baunya," kata Watkins.

Mengikut kelaziman paus akan melintasi lautan tenggara Australia tujuan untuk migrasi, iaitu bermula dari bulan Jun sehingga Ogos setiap tahun.
-sinarharian

Padah rogol bayi 7 bulan

Padah rogol bayi 7 bulan-
Gara-gara berang bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan menjadi mangsa rogol, seorang bapa dari India bertindak memotong kedua-dua tangan seorang remaja lelaki yang dipercayai suspek.

Parminder Singh, 25, dilaporkan bertindak sedemikian selepas mendekati remaja lelaki itu semasa perbicaraan kes itu ditangguh dan menawarkan untuk menyelesaikan masalah mereka di luar mahkamah, pada Selasa lalu.

Singh bagaimanapun, bertindak membawa remaja lelaki berusia 17 tahun itu berdekatan sebuah terusan kerana mahu membalas dendam.

Menurut sumber polis, Singh dikatakan telah mengikat remaja itu di sebatang pokok sebelum membelasahnya dan mengerat kedua-dua tangannya.

Difahamkan, semasa kejadian jeritan remaja itu turut didengari oleh orang kampung berdekatan yang kemudian membantu dan melepaskan ikatan pada badannya.
Padah rogol bayi 7 bulan
Pihak polis kini sedang memburu Singh kerana dia boleh didakwa atas tuduhan cubaan membunuh.

Di India, perbuatan balas dendam dikatakan sememangnya masih berterusan dan biasanya tidak dilaporkan media dan pihak polis.

Pada dua tahun lalu, isteri Singh mendakwa melihat remaja lelaki itu mencabul anaknya.

Berikutan itu, remaja lelaki tersebut yang ketika itu berusia 14 tahun ditahan dan kes tersebut dibicarakan di mahkamah Rama Mandi, Punjab.
-kualalumpurpost-

Doktor Dari JB Terkejut Dengan Buruh Bangladesh Yang Dirawatnya

Tranungkite
Seorang doktor dari Johor Baharu Dr. Goh Aik Ping melalui laman Facebooknya menceritakan pengalaman unik dan menarik selepas merawat seorang pesakit yang merupakan seorang buruh binaan warga Bangladesh.

Beliau memberitahu dia berasa terkejut rupanya pekerja buruh binaan yang berpakaian lusuh dengan memakai kasut binaan berwarna kuning ala-ala “Phua Chu Kang” berkenaan merupakan seorang yang amat mahir dalam terma perubatan moden.

Ianya disedari apabila pekerja berkenaan meminta beliau merawatnya masalah kesihatanya dengan menyebut nama penyakit dan ubat-ubat yang patut digunakan untuk merawat penyakitnya.

“Pesakit Bangladesh itu mengadu cirit-birit dan memberitahu yang dia mengesyaki dirinya menghidap ‘disentri’, satu istilah perubatan untuk jangkitan usus. Saya terkejut dan berhenti merawatnya seketika, kemudian saya bertanya bagaimana dia tahu istilah itu, tetapi dia berdiam diri,” tulis Dr. Goh.

Selepas memeriksa pesakit berkenaan, Dr. Goh memberitahunya yang dia telah mengalami keradangan dalam perut, gastroenteritis sebagai punca cirit-biritnya.

Sebelum sempat menerangkan preskripsinya, pesakit Bangladesh itu bertanya jika beliau mempunyai ubat seperti ciprofloxacin, metronidazole dan Azithromycin, nama-nama yang kompleks yang hanya digunakan oleh doktor atau pakar perubatan.

“Saya tertanya-tanya bagaimana lelaki ini boleh tahu nama ubat-ubatan, malah sebutannya juga sangat tepat,” tulisnya seperti dialih bahasa oleh Thecoverage.

Tindakan pesakit berkejaan membuatkan Dr Goh terkejut dan tertanya-tanya siapakah sebenarnya buruh binaan Bangladesh ini membuatkan dia cuba mengupas identiti sebenar lelaki itudan akhirnya terjawab dia sebenarnya seorang ahli farmasi dan memiliki farmasinya sendiri di negara asalnya.

“Saya belajar farmasi dan adik saya pula seorang doktor. Saya mengambil keputusan meninggalkan negara itu ekoran ketidakstabilan politik. Setelah segalanya pulih, saya akan kembali ke sana (Bangladesh),” kata pesakit.

Dr Goh dalam pada pada itu membaritahu dia berasa sedih kepada lelaki itu kerana dia meninggalkan bangsa dan kerjayanya untuk daang ke bumi Malaysia menjadi buruh binaan, sanggup bekerja keras di bawah matahari panas, menanggung persekitaran yang bertentangan dengan budayanya. Semuanya kerana, kehidupan domestik di sini lebih baik.

“Saya tidak dapat membantunya, sekadar mengeluh sahaja.”

Beliau dalam pada itu memikirkan nasib rakyat malaysia jika negara kita berhadapan dengan ketidakstabilan politik, adakah kita juga akan merantau ke negara orang yang lebih maju, menjadi kuli dan buruh tetapi menikmati hidup yang lebih baik dari negara sendiri. - Siakapkeli.my

iPhone berbahaya?: Ini buktinya

Melecur iPhone meletup selepas terjatuh
Kecederaan yang alami Clear.
SYDNEY - AUSTRALIA. Seorang penungang basikal melecur di kaki akibat telefon bimbit iPhone miliknya meletup di dalam poketnya selepas terjatuh.

Seorang konsultan syarikat swasta, Gareth Clear, 36, berkata, iPhone tersebut diletakkan di poket belakang seluarnya dan terbakar selepas dia terjatuh dari basikal semasa menunggang pada petang Ahad lalu.

"Saya melihat asap keluar dari poket belakang dan kemudian tiba-tiba saya rasa sakit dan semakin sakit," katanya sambil menambah dia berasa seperti panas membakar

"Saya ingat, ketika melihat kaki, saya melihat seperti serbuk hitam dan bau seperti fosforus," katanya dipetik The Sydney Morning Herald.

Menurut Clear, dia hanya mengalami kemalangan kecil selepas kakinya tergelincir pada pedal basikal ketika ingin bergerak menyebabkan dia hilang keseimbangan.

Clear menerima rawatan di unit kebakaran Hospital Diraja North Shore dan dimaklumkan mengalami luka melecur darjah ketiga di peha kanan.

Sementara itu, pejabat Apple berpangkalan di Australia tidak mengulas lanjut berhubung insiden ini dan difahamkan, syarikat itu berhubung terus dengan Clear.

Clear bagaimanapun tidak menyalahkan Apple ekoran kecederaan yang dialaminya dan mahu meningkatkan kesedaran mengenai potensi bahaya iPhone.

Bukan satu kebiasaan bateri ion litium yang digunakan pada telefon pintar, komputer riba, papan hover dan kereta elektrik meletup.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) berkata pihaknya kebiasaannya akan menerima sekitar satu atau dua laporan daripada penggunaan berkaitan kecederaan akibat bateri telefon bimbit setiap tahun.

Jurucakap ACCC berkata, pihaknya sedang menyiasat insiden tersebut
-sinarharian

Bersih 5: Belum apa-apa menteri ini dah kecut perut?

KUALA LUMPUR: Tunjuk perasaan jalanan seperti yang dirancang Bersih 2.0 tidak boleh dibenarkan berlaku, kata Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bercakap kepada pemberita di sambutan Hari Raya Media Prima di Pusat Konvensyen Sime Darby hari ini, Ismail berkata bukan gabungan reformasi pilihan raya sahaja yang boleh turun ke jalanan setiap kali mereka tidak berpuas hati dengan satu-satu isu.

“Ada juga kumpulan lain yang mahu lakukan perkara yang sama. Malah, mereka boleh buat yang lebih besar.

“Saya difahamkan ada kumpulan yang mahu menunjuk perasaan pada hari yang sama dengan Bersih. Jika benar, pertembungan boleh berlaku.”

Beliau merujuk kepada kumpulan yang dikenali sebagai Baju Merah, diketuai oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Yunos. Jamal berkata mereka bersedia untuk berhimpun pada hari yang sama dengan Bersih 5.

Menteri Komunikasi dan Multmedia Datuk Seri Salleh Said Keruak yang turut hadir di majlis yang sama bersependapat, malah beliau bingung dengan niat Bersih 2.0.

Beliau menasihatkan gabungan itu supaya tidak meniru budaya asing yang sering turun ke jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

“Sekiranya mereka tidak berpuas hati, mereka berhak untuk suarakan pendapat mereka semasa pilihan raya. Sementara itu, kita ada saluran lain, seperti Parlimen, wacana politik, dan media.

“Tidak perlu ganggu keamanan dan keharmonian negara. Terutamanya di bulan ini dimana kita akan sambut hari kebangsaan.”

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah semalam mengesahkan Bersih 5 akan diadakan tidak lama lagi, cuma tarikh dan tempat belum dipastikan.

Gabungan itu turut merancang mengadakan jelajah seluruh negara untuk menguja kesedaran tentang saman sitaan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) terhadap individu yang didakwa melesapkan lebih AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) wang 1MDB.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersetuju memudahkan perhimpunan itu, selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman.

Khalid turut membenarkan himpunan Baju Merah, dengan syarat yang sama dikenakan kepada Bersih 5.
-free Malaysia today

99% Netizen Gagal Temui Kucing Pada Gambar Ini


GAMBAR dengan ilusi optik selalu membuatkan rasa ingin tahu setiap orang. Keinginan untuk teka rahsia ilusi optik menjadi alasan banyak peminat seni menghasilkan gambar berbentuk ilusi.

Misalnya gambar di atas. Trend teka-teki seumpama ini terus menjadi trending dalam dunia maya. Salah satu teka-teki tersebut adalah untuk mencari seekor kucing yang sedang tidur di atas longgokan kayu.

Jika dipandang sepintas lalu, foto tersebut merupakan longgokan kayu biasa sahaja. Namun jika diperhatikan betul-betul, anda akan dapat lihat seekor kucing sedang lena tidur pada salah satu batang pokok yang terbelah itu.

Si kucing memang cukup pintar bersembunyi. Dia ternyata berada di…

(sila klik di sini untuk jawapannya)

Oleh kerana bulunya sama warna dengan bahagian dalam kayu tersebut menjadikannya seolah-olah ‘sebati’ dengan batang kayu yang terbelah itu.

Rata-rata netizen mengambil masa yang lama untuk mencari kucing berkenaan, malah ada dalam kalangan netizen tidak menjumpai langsung haiwan tersebut.
– MYNEWSHUB.CC

Suami tetak tangan isteri kerana tak hamil (Gambar)


Kenya: Seorang wanita kudung kedua-dua tangan selepas dia ditetak suaminya dengan parang kerana tidak hamil selepas tujuh tahun berkahwin walaupun si suami itu disahkan mati pucuk.

Jackline Mwende diserang oleh suaminya, Stephen Ngila di rumah mereka di Masii, wilayah Machakos, Kenya, selepas lelaki itu memberitahunya ‘Hari ini hari terakhir kamu.’

Ngila, 34, dikatakan berang pada hari berkenaan selepas Jackline masih tidak hamil walaupun doktor berkata, dia yang menjadi punca mereka tidak dapat anak.

Doktor memberitahu Ngila, dia menghadapi masalah kesuburan dan ia boleh diubati. Bagaimanapun, lelaki itu tidak datang untuk menjalani rawatan, lapor media Kenya.

Selepas hidup berpisah selama tiga bulan, Ngila kembali ke rumah mereka dan menyerang Jackline dengan parang, menetak hingga putus kedua-dua tangan isterinya
-kualalumpurpost

Seorang doktor wanita dipenjara kerana mencabul kehormatan pesakit lelaki

Seorang doktor kecantikan dihukum penjara tiga setengah tahun pada Khamis kerana mencabul kehormatan seorang pesakit lelaki rakyat Malaysia sebanyak dua kali setelah memberinya ubat pelemah, lapor Channel NewsAsia.

Portal berita itu berkata Tan Kok Leong, 50, disabitkan kesalahan bulan lepas kerana memberi ubat pelemah, Dormicum dan Rosiden kepada mangsa, juga seorang doktor, di Hotel Oasia pada Julai 2013 selepas prosedur liposuction atau menyedut lemak.

Menurut laporan itu, Tan didapati bersalah mencabul kehormatan mangsa selama dua malam, setelah memberi ubat pelemah kepada pesakit berusia 33 tahun itu dengan alasan untuk melegakan rasa sakit.

Memetik Hakim Daerah Siva Shanmugam, portal itu berkata Tan "menyalahgunakan kedudukannya dengan mengambil kesempatan daripada kepercayaan mangsa terhadapnya", berikutan hubungan unik antara doktor - pesakit, dan mangsa, seorang doktor muda, juga menganggap Tan sebagai mentornya.

Tan memberi ubat berkenaan kepada mangsa hingga menyebabkan lelaki itu menjadi rentan dan tidak berdaya mempertahankan diri daripadanya; membogelkan mangsa untuk merakam lebih 20 gambar alat sulitnya tanpa pengetahuan atau keizinan mangsa.

Semasa perbicaraan, mahkamah diberitahu bahawa setelah mencabul kehormatan mangsa yang tidak sedarkan diri, Tan memakaikan kembali pakaiannya agar apabila tersedar, mangsa tidak menyedari apa yang dilakukan tertuduh terhadapnya.

Menurut laporan itu, pihak pendakwa yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Alan Loh dan Pembantu Pendakwa Raya Thiagesh Sukumaran mendesak mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun lapan bulan terhadap Tan.

Bagaimanapun, sebaik sahaja hukuman terhadap Tan diumumkan, peguamnya, Edmond Pereira memberitahu mahkamah bahawa doktor itu akan mengemukakan rayuan terhadap sabitan kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Laporan itu berkata Tan dibenarkan ikat jamin sementara menunggu keputusan rayuannya.
-Bernama

Moga-moga PAS tidak bunuh diri - Subky Latif

Subky Latif
BEBERAPA bekas pemimpin, justeru sayangnya pada PAS, sama ada meninggalkan PAS atau sekadar berjauhan dengan PAS, mengingatkan PAS supaya tidak terperangkap dalam politiknya menyisih diri daripda kumpulan pembangkang popular negara.

Politik pasca Langkah Kajang dilihat PAS tidak profesional dalam politiknya, ia tidak ngam lama dengan PKR dan putus tahaluf dengan DAP. Sekalipun tahaluf dengan PKR belum batal tetapi tidak berapa ngam lagi.

Punca retak PAS dikatakan tidak 100 peratus anti Umno BN dan Najib dan bertegas mengemukakan RUU355 sebagai usul persendirian sekalipun ia ditolak Pakatan Rakyat. Dalam perang mulut itu PAS terasa ia dihina.

Apabila Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat, dan parti bekas pemimpin menggantikan tempat PAS, ia menolak jemputan PKR menyertainya kerana dalam pakatan baru itu ada DAP dan parti baru serpihan PAS.

Apabila Dr. Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat tidak percayakan Najib ia enggan menandatanganinya dan apabila Dr. Mahathir bercadang membentuk parti baru bagi melebarkan lagi pakatan pembangkang yang ada, PAS lebih suka menjauhkan diri.

Maka orang-orang yang sayangkan PAS tetapi menjauhkan diri dari PAS mengingatkan PAS supaya jangan terperangkap dengan politik barunya yang mereka kira sempit dan disamakan seperti membunuh diri.

Ia dirasakan PAS akan rugi besar dalam PRU14 nanti jika bersendiri, bahkan Kelantan boleh terlucut. Mereka sarankan agar PAS kembali kepangkuan pembangkang apalagi ia akan digalak lagi dengan penampilan penyokong Umno anti Najib.

Tiada nampak PAS tertarik dengan perkembangan baru yang disertai oleh Mahathir dan Muhyidin itu. Ia rela bersendirian supaya ia bebas memperjuangkan cita-citanya sekalipun ia tinggal seorang di Parlimen selepas PRU14 nanti.

Mungkin apa yang diramalkan itu adalah nasib yang PAS tempah sendiri – kosong di Parlimen dan hilang Kelantan. Ia sedia bertanggungjawab atas apa jua gara-gara politik bersendiriannya. Tetapi jika satu kerugian, ia juga boleh merugi semua yang mencercanya.

Jika PAS kecundang, barang yang dijauhkan Allah, Tetapi ia tidaklah menguntungkan orang yang meninggalkan PAS dan mencerca PAS.

Orang yang melarikan kerusi yang dimenangi melalui PAS dipercayai tidak mungkin berada di Parlimen lagi selepas PRU nanti. Bolehlah dikira MP Tumpat, Kuala Krai, Shah Alam, Parit Buntar adalah dalam perkhidmatan terakhirnya di Parlimen.

Bahkan semua Adun yang lari itu tidak pula boleh diselamatkan oleh politik terbukanya. Malah MP Pokok Sena juga mungkin sedang berpolitik bunuh diri.

Ketika Pusat Dagangan Dunia New York diserang dulu, PM Mahatahir tidak terus menyalah penyerang tetapi mahu Amerika dan dunia mengkaji puncanya. Dan jika PAS terperangkap dengan politiknya lalu merugikannya, tidak wajarkah semua mengkaji puncanya.

Jika PAS berpolitik bunuh diri, janganlah fikir sekalian yang memencil dan memerangkap PAS tidak terperangkap dengan politik berpandangan jauhnya?

Sekutu PAS dulu mungkin tiada tanggungjawab untuk menjaga kepentingan politik PAS, tetap reaksi PAS terhadap politik mengepungnya dalam pakatan pembangkang itu sama sekali tidak menjaga kepentingan politik masing-masing.

Paling malang ialah orang yang melarikan diri. Jangan fikir melarikan diri itu menyelamatkan diri. PAS yang terperangkap itu akan dapat dibangunkan semula. Tetapi yang melarikan diri hendak ke mana?

Jika PAS dirasakan silap, tidak dihalalkan ia ditinggalkan. Tetapi bersabar membetulkannya dari dalam. Kambing yang lari selalunya diperhatikan oleh sang serigala.

INILAH Cara Sangat MUDAH Keluarkan Angin Dalam Badan Yang Perlu Anda TAHU !!

Tranungkite

Kalau korang rasa badan korang lenguh2. sengal2 . nak sendawa tapi tak lepas . kaki rasa tak selesa.

Ibu2 mengandung yang tak sedap badan tu.
Badan berangin tak elok.

Tanda-tanda banyak angin:

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.

[BACA: Inilah Penjagaan Engine/Gearbox Yang Ramai TAK TAHU !!]
CARA BUAT DIA SENANG SANGAT

Bahan-bahan :

susu kotak ( brand apa pun boleh )
kalau nak guna susu pekat tin pun blh

halia ( besar ibu jari ) lbeh kurang 3-4cm
halia ni ikut ketahanan tekak , kalau nk kaw dan pedas masuk banyak sikit . kalau setakat 3-4cm tak rasa apa2 pun tapi tetap berkesan.

Cara membuatnya
Hiris halia nipis2 reneh dgn susu sampai susu mendidih dgn api pelahan .

Sedia untuk di minum .

Seeloknye minum ketika susu masih suam .
Kesan serta merta .
Tiba-tiba korang sendawa dan kentut non stop .

BOLEH DI MINUM OLEH :

Lelaki dan wanita
Ibu mengandung dan menyusu pun boleh tapi jangan letak halia banyak . cukup 2-3cm je

Petua ni sgt berkesan .
Boleh minum bila2 masa .
Pagi boleh mlm boleh.
Seminggu 2-3kali pun ok.

[Sumber..]

Syarikat akhbar Utusan tenat tak mampu bayar gaji pekerja

Zam dedahkan Utusan sedang 'sakit'

Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Sri Zainuddin Maidin yang popular dengan panggilan Zam mendedahkan bahawa syarikat akhbar berbahasa Melayu itu sedang 'sakit'.

Dalam blognya, Zainuddin memetik kenyataan Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu(KVUM), Datuk Raja Ahmad Niza yang menyeru supaya langkah segera diambil bagi menyelamatkan Utusan Melayu (Utusan Malaysia) yang sedang berada dalam keadaan 'sakit'.

"Ini adalah berikutan kegagalan syarikat itu membayar gaji mengikut jadualnya kepada kakitangan termasuk para wartawan sebaliknya akan di bayar lewat iaitu pada 5 Ogos ini.

"Mereka telah diberitahu menerusi suatu surat pekeliling Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Mohd Noordin Abbas bertarikh 21 Julai 2016," petik Zainuddin sambil memuat naik satu memorandum pekeliling berkenaan apa yang dikatakan Raja Ahmad.

Mengulas lanjut, Zam memberitahu, Raja Niza dalam tulisannya di Buletin Suara Keramat iaitu suara kumpulan whatsapp bekas-bekas wartawan Utusan Melayu telah menyatakan anggota KVUM seramai 271 orang amat bersimpati dengan kesulitan yang dihadapi oleh pekerja-pekerja Utusan akibat kelewatan pembayaran gaji itu.

"Kalau peha kanan dicubit, peha kiri terasa sakitnya. Peha kiri itu adalah KVUM." kata Raja Ahmad, dipetik Zam.

Kesakitan ini, kata Raja Niza, memerlukan 'doktor pakar' untuk mengubati atau membedahnya kerana dikhuatiri akan bertambah teruk.

"Kami juga bersimpati dengan pengurusan Utusan sekarang kerana diserkup oleh suasana yang terpaksa dihadapinya.

"Penyelesaian jangka pendek dan panjang perlu dicari dengan segera kerana masa tidak pernah menunggu kita," katanya lagi.

Dalam pada itu, Raja Niza memberitahu, KVUM akan menghantar memorandum kepada Utusan yang mengandungi cadangan langkah pemulihan syarikat itu yang diharapkan tidak akan disalah ertikan.

Malaysiakini sedang cuba untuk pihak pengurusan syarikat tersebut untuk mendapatkan pengesahan mengenai pendedahan Zam ini.

Malaysiakini juga akan menghubungi Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu, Taufek Razak untuk menyatakan pendirian kesatuan mengenai hal ini.


NUJ Utusan Melayu adalah badan yang diiktiraf oleh syarikat untuk menjadi saluran menyuarakan pandangan kakitangan bukan eksekutif syarikat berkenaan selain memeterai perjanjian bersama (CA).

Kesatuan itu mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar Utusan Malaysia , Mingguan Malaysia dan Kosmo!.

Beberapa tahun yang lalu, Utusan pernah membuang kerja dua pemimpin NUJ, Hata Wahari dan Amran Ahmad yang lantang mengkritik isu kebebasan media dan pengurusan syarikat tersebut.
-malaysiakini

Engine Mounting Punca Utama Kerosakan Gearbox? (Gambar)

Tranungkite
Tahukah anda, engine mounting yang bermasalah akan menghasilkan gegaran? Setiap gearbox boleh terima sentapan, tetapi TIDAK untuk GEGARAN... ini kerana komponen dalaman gearbox terlalu sensitif terutama sekali pada bearing, clutch dan seal dalaman. Gegaran boleh menyebabkan mekanisma pada komponen dalaman gearbox terganggu... ia boleh menghala pada kerosakan.

Macam mana nak tahu engine mounting masih elok atau bermasalah? Kami kongsikan pada anda beberapa tips untuk kenal pasti masalah mounting pada kereta anda. Hanya untuk GEARBOX AUTO sahaja...

Sebahagian mounting sahaja yang bermasalah:

- hidupkan engine kereta
- dari N, tekan break dan masuk gear D
- kemudian cuba untuk gear R
- anda akan ada rasa gegaran pada steering kereta untuk SALAH SATU GEAR sahaja... sama ada D atau R.

Keseluruhan mounting bermasalah:

- hidupkan engine kereta
- dari N, tekan break dan masuk gear D
- kemudian cuba untuk gear R
- gegaran pada steering berlaku pada KEDUA-DUA GEAR (D dan R)

Tindakan yang perlu anda lakukan:

- pergi ke workshop, buat pemeriksaan pada engine mounting
- mounting yang pecah perlu diganti dgn kadar segera
- jika tidak diganti, gearbox kereta anda dalam keadaan berisiko

Cara untuk mencegah kerosakan dalaman gearbox di peringkat awal:

Sangat disyorkan pada anda untuk menggunakan Gearbox Treatment kami sebagai pencegahan awal berlakunya KEROSAKAN dan KEHAUSAN pada komponen dalaman gearbox... terutama sekali pada bearing, clutch dan seal dalaman. Kita tidak boleh nak anggarkan berapa kuat gegaran yang dihasilkan, jadi pencegahan awal sangat penting sebelum komponen dalaman gearbox mula bermasalah...

Dengan menggunakan Teknologi Bio Oil serta beberapa Additive untuk Merawat, Gearbox Treatment kami mampu mencegah masalah pada gearbox di peringkat awal... insyaAllah. - mydebat.com

Cara Uruskan Kereta Kemalangan Tanpa Mengalami Kerugian (Sila Share)

Malaysian Crime Watch
Korang tau, ramai lagi yang belum tahu pasal cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta, akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.

Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil longkai (penarik kereta). Bila longkai sampai, dia akan suruh tandatangan satu dokumen. Jangan tandatangan! Sebab kalau korang tandatangan, longkai akan dapat komisen 10% dari insurans korang.

Jangan sesekali tandatangan dokumen tu, dan longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini. Jadi apa tindakan korang? Cakap je kat dia, "saya nak towing je". Biasa nya kena caj dalam Rm200-300.

Towing kereta korang ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana. Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair. Kalau tak tau panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden.

Lepas tu, tiba lah babak paling best. Tiba giliran korang pulak untuk claim 10% dari tokey bengkel.

Caranya? Esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan. Contoh lah, kereta mahal, Audi ke, BMW ke Mercedes ke, total repair dalam RM10,0000. Jadi korang boleh claim 10k dekat tokey bengkel sebab korang dah bagi job kat tokey bengkel tu. Sebab tu lah longkai biasanya bergaduh berebut rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.

Dan lagi best, korang boleh claim lost of use pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) RM30 satu hari. Lepas tu bengkel bagi angaran siap dalam 1 bulan. Jadi korang boleh dapat RM30 setiap hari selama sebulan.

RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900.

Korang layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use. Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, korang tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ni maximum 3 bulan je.

Cuma kat sini perlu hati hati dengan dua perkara. Pertama, pastikan bengkel tu tukar part atau barang kat kereta yang rosak tu. Sebab sesetengaj bengkel kuat kencing. Dorang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak. Lepas repair, mintak pihak insurans email kan senarai dan data part yang bengkel tu tukar. Kalau kurang 1 barang, korang claim duit balik kat tokey kedai tu. Kalau dorang taknak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.

Kedua, hati hati dengan longkai bila dorang cakap, "hantar kat bengkel saya je lah". Itu kencing je. Sebab longkai takde bengkel. Dia pancing je tu.

Share artikel ini kalau berguna.

Guru agama dipenjara dua tahun kerana melakukan kelucahan melampau terhadap seorang pelajarnya

Kota Baharu: Seorang guru agama dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang pelajarnya, dua tahun lalu.

Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh, Nik Hazmi Ghani, 35, bersalah di atas pertuduhan itu.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa merangsang kanak-kanak berusia sembilan tahun ketika kejadian untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau dengannya di sebuah rumah di Kampung Teras, Sering, Binjai, di sini, jam 11 malam 30 Oktober dan 1 pagi, 31 Oktober 2014.

Kes itu didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun peguam, Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili tertuduh memohon supaya hukuman itu ditangguhkan untuk rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Mohd Yusoff membenarkan hukuman penjara ditangguhkan dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin.
-hmetro

Berniaga burger tepi jalan, dapat RM12,000 sebulan (Gambar)

PETALING JAYA: Seorang pemuda mampu meraih pendapatan sebanyak RM12,000 sebulan dengan berniaga burger di tepi jalan.

Mior Asyraf Hizaq Zulkefli, 24, berkata beliau mula membuka gerai burgernya di Kota Damansara sejak lapan tahun lalu usai menamatkan pelajaran sekolah menengah.

Katanya, beliau pernah memperoleh pendapatan bersih RM12,000 sebulan hasil jualan burgernya di gerai, tetapi jumlah itu bukanlah diperoleh setiap bulan dan kebiasaannya, purata pendapatan bulannya ialah RM7,500.

“Saya pilih untuk berniaga sebab senang dapat duit setiap hari. Memanglah pada pandangan orang meniaga burger ini macam tidak ada keuntungan, tetapi apa yang saya boleh beritahu, cubalah berniaga,” katanya.

Mior Asyraf berkata hasrat untuk membuka gerai burger bermula apabila melihat bapanya memulakan perniagaan dengan menjalankan perniagaan burger, sebelum menceburkan diri ke bidang kontraktor.

Bercerita mengenai detik sukar dalam perniagaannya, Mior Asyraf mengakui pernah dapat RM45 saja hasil berniaga.

“Saya masih ingat, pada 9 September 2014, jualan untuk satu malam hanya RM45 saja. Tetapi, pada esoknya, Tuhan bagi rezeki jualan burger RM700.

“Sekarang ini, hasil jualan burger sehari boleh bertahan tiga beg iaitu lebih kurang RM500 sehari. Manakala modal dikeluarkan untuk ‘rolling’ perniagaan pada esoknya hanya RM150 saja,” katanya kepada FMT.

Katanya, dalam usaha untuk terus mengembangkan perniagaan burgernya, Mior Asyraf merancang untuk menceburi perniagaan trak makanan (food truck).

Anak kedua daripada empat beradik itu mengakui pada tiga tahun pertama menjalankan perniagaan, beliau tidak serius dalam bisnes makanan itu.

“Semasa umur 18 tahun, keadaan tidak stabil. Saya berjiwa muda, bila dapat untung, esoknya saya tidak akan bukan gerai. Tetapi, selepas tiga tahun berniaga, kesedaran untuk lebih serius dalam perniagaan wujud dengan sendiri.

“Saya akui tidak ada KWSP, tetapi mencarum di ASB dan caruman untuk syarikat. Saya sendiri mendaftar syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia atas nama Asyraf Hizaq Resources,” katanya.

Mior Asyraf berkata walaupun berniaga di tepi jalan, beliau tidak terlepas daripada mendapatkan suntikan pelalian kepialu.

“Dalam 365 hari, boleh datang ke gerai untuk lihat berapa hari saya bercuti, malah pada raya ketiga saya sudah menjalankan perniagaan seperti biasa,” katanya.

Terpilih mewakili sekolah sukan Arsenal

Mior Asyraf berkata dia aktif dalam bidang sukan bola sepak hingga pernah terpilih mewakili negara untuk pasukan bawah 17 tahun.

Malah, pencapaian yang paling membanggakan buat dirinya dan keluarga adalah apabila berjaya terpilih mewakili Arsenal Soccer School.

Namun, hasrat menjadi pemain bola sepak profesional terhenti apabila beliau mengalami kecederaan ligamen di bahagian lutut kirinya.

Rakan pinjam duit di tengah bulan

Mior Asyraf turut mengakui tidak terlepas daripada persepsi negatif daripada masyarakat yang memandang perniagaan burger sebagai tidak menguntungkan.

“Ada kawan bekerja di bidang yang gah, tetapi hakikatnya apabila tengah bulan mereka akan pinjam duit dengan saya,” katanya.

Beliau berkata, tidak salah remaja bekerja makan gaji, tetapi mereka juga perlu berani mencuba menjalankan perniagaan sendiri.

“Jujur, amanah, setia dan ikhlas perlu ada pada diri beliau yang hendak menjalankan perniagaan terutamanya dalam bidang makanan.

“Ramai pelanggan yang cerewet tetapi sebagai peniaga kita harus sentiasa tersenyum dan anggaplah permintaan mereka sebagai amal jariah,” katanya.

Nelayan terkejut temui 'objek misteri' ditengah laut


BUNBURY - AUSTRALIA. Nelayan Australia yang memancing di laut Bunbury, selatan Perth negara itu terkejut besar, apabila menemui sebuah benda seolah-olah belon raksasa yang mengembang dilautan berkenaan.

Memetik laporan The West Australia, melaporkan bahawa benda itu ditemui oleh Mark Watkins dan ayahnya, yang pada mulanya mereka menyangka bahawa benda itu merupakan belon udara yang terhempas dilaut tersebut.

Namun demikian, setelah diteliti lebih dekat, mereka menyedari bahawa benda tersebut adalah bangkai seekor paus yang sudah mulai menggembung.

"Perutnya sudah dipenuhi gas sehingga menggembung dengan begitu besar sekali.

"Ketika kami mendekatinya, kami menyedari bahawa benda itu merupakan bangkai paus kerana baunya," kata Watkins.

Mengikut kelaziman paus akan melintasi lautan tenggara Australia tujuan untuk migrasi, iaitu bermula dari bulan Jun sehingga Ogos setiap tahun.
-sinarharian

Umurnya baru 4 tahun tapi wajah seperti warga emas 80 tahun (Gambar)


Dhaka: Seorang budak lelaki berusia empat tahun tidak ubah seperti warga emas 80 tahun akibat penyakit dihidapi yang menyebabkannya jauh lebih tua daripada umur sebenar.

Bayezid Hossain, dari Magura di selatan Bangladesh mempunyai wajah sembap, mata cengkung serta kulit menggelebeh seperti orang tua.

Malah, dia turut mengalami masalah sama seperti warga emas apabila sendinya sering sakit selain sukar membuang air kecil dan giginya semakin longgar serta rapuh.

Orang kampungnya sering menjauhkan diri dan kanak-kanak juga takut bermain dengannya walaupun Bayezid sangat bijak.

Dia dipercayai menghidap progeria yang menyebabkan badan menua lapan kali kadar biasa.
-kualalumpurpost 

Pawang ular mati dibelit ular sawa (Gambar)


Indonesia: Seorang pawang ular terkenal di bandar ini ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila lehernya dijerut seekor ular sawa yang ditangkapnya.

Budiyanto, 35, ditemui terbaring berhampiran motosikalnya di tepi jalan pada malam Selasa lalu dan seekor ular sawa sepanjang 3.5 meter masih membelit lehernya.

Seorang keluarga mangsa memberitahu, Budiyanto yang terkenal sebagai dukun ular baru menangkap ular sawa berkenaan.

Katanya, Budiyanto meletakkan ular sawa itu di dalam guni dan membawanya dengan motosikal untuk dijual kepada seorang pembeli.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan ular itu dipercayai terlepas dan melarikan diri ke kawasan di tepi jalan.
-kualalumpurpost