Ikat leher, terjun lori (Gambar)


Prai – Seorang kelindan lori berusia 35 tahun, mati selepas terjun dari lori dinaiki dalam keadaan lehernya diikat dengan tali pada pemegang tangan pintu kenderaan itu, hari ini.

Sebelum kejadian 3.30 petang itu, lelaki itu dikatakan bergurau dengan rakannya dia ingin mati namun tidak diendahkan pemandu lori berusia 58 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, lelaki berkenaan dan rakannya dalam perjalanan dari Bayan Lepas untuk menghantar barang kepada pelanggan.

Beliau berkata, setiba di Prai, lelaki yang pernah dirawat di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak, memberitahu rakannya dia mahu membunuh diri.

“Rakannya menganggap ia gurauan dan terkejut apabila namun lelaki itu mengikat lehernya dengan tali yang digunakan untuk mengikat barang pada pemegang tangan pintu lori.

“Lelaki itu kemudian membuka pintu sebelum terjun dari lori menyebabkan lehernya dijerut tali berkenaan,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, lelaki yang beralamat di Batu Kurau, Perak, itu baru tiga hari bekerja dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 
-hmetro

Anggota SPRM Yang Dera Isteri Dan Paksa Hisap Kemaluan Anak Sendiri Ditahan (Gambar)

Paparan skrin posting oleh seorang wanita yang mendakwa suaminya, seorang pegawai SPRM telah menderanya dan melakukan keganasan rumah tangga dan menjadi viral di media sosial.
JOHOR BARU: Anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipercayai mendera isterinya, ditahan polis di Batu Berendam, Melaka pada Jumaat malam.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berusia 37 tahun yang ditahan kira-kira 8 malam itu, akan dibawa ke Mahkamah Majistret Segamat pada Sabtu untuk permohonan reman.

Suspek yang berkhidmat di SPRM Segamat itu juga didapati tidak hadir bertugas dan mempunyai kes narkotik di Muar pada tahun lepas, kata beliau dalam kenyataan.
12662732_1715286635358269_8822431522803952268_n
Terdahulu, beliau berkata dua laporan polis dibuat dan dua kertas siasatan dibuka, dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Wan Ahmad Najmuddin berkata kes itu turut disiasat mengikut Seskyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Dua laporan polis itu berhubung kes tersebut yang diviralkan dalam laman sosial Facebook milik seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumahtangga./mstar

Apabila Pegawai Jabatan Hutan Buka Uniform Ajak Pemandu Lori Bertumbuk (Video)


EdisiRakyat.com
SEORANG lelaki yang mengaku sebagai pegawai dari Jabatan Perhutanan dikatakan membuka 'uniform' (pakaian seragam) yang dipakainya sebelum mengajak pemandu lori untuk bertumbuk.

Kejadian yang dikatakan berlaku di Lebuhraya MRR 2 sekitar Ampang itu turut dirakam dalam sebuah video.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh pemandu lori, beliau ditahan oleh dua lelaki yang menunggang motorsikal dengan nombor pendaftaran WA9105K ketika sedang memandu lori bernombor pendaftaran MN2869 pada sekitar jam 5:17 petang 27 Oktober 2016.

Salah seorang dari lelaki itu menjerit-jerit kepadanya meminta Dokumen Borang 8 Akta Perhutanan Negara 1984 (CKPB 204492).

Dalam keadaan lori berada di laluan jalan dan tidak boleh berhenti, salah seorang lelaki yang memakai uniform Jabatan Hutan berwarna hijau, membuka bajunya dan mengajak pemandu lori untuk bertumbuk.
Satu reaksi pelik dalam rakaman video yang tersebar, lelaki itu dalam keadaan tidak memakai baju turut marah apabila pemandu lori menggunakan perkataan 'aku engkau'.

"Apahal aku engkau, aku engkau bro? Macam member pulak..." Katanya.

Lelaki itu dikatakan terus mengambil dokumen yang diminta dari pemandu lori selepas marah kelakuan dan gambarnya dirakam sambil memberitahu supaya mengikutnya ke Cheras jika mahukan kembali dokumen tersebut.

Pemandu lori yang merasa curiga bagaimanapun tidak mengikut lelaki itu sebaliknya memberhentikan lori di stesen minyak Petron yang berhampiran sebelum menghubungi majikannya.

Majikan mengarahkannya menghantar kayu yang dibawa di dalam lori sebelum beliau kemudiannya membuat laporan Polis di Balai Polis Daerah Klang Selatan. — EdisiRakyat.com

Saudi dakwa peluru berpandu dilancar ke arah Mekah

Reuters
RIYADH: Milita Houthi didakwa melancarkan peluru berpandu balistik ke arah Mekah pada Khamis, kata tentera bersekutu pimpinan Arab Saudi yang terbabit dalam perang saudara Yemen kepada agensi berita Saudi, SPA.

Menurut kenyataan itu, tentera bersekutu memusnahkan peluru berpandu itu 65km daripada bandar suci itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan dan membalasnya dengan serangan ke atas lokasi pelancaran yang terletak dalam Yemen.

Mekah menempatkan kawasan paling suci buat penganut Islam, termasuk Masjid al-Haram.

Houthi mengesahkan pelancaran peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi dalam satu kenyataan kepada agensi berita rasmi mereka pada Jumaat, tetapi menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah, lapangan terbang tersibuk negara itu.

Kumpulan itu mengawal sebahagian besar utara Yemen termasuk ibu negara Sanaa bersama sekutunya, yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.

Padah menunggu jika penceramah agama lawan Pas - Amaran dari pemimpin PAS

Seorang pemimpin Pas Terengganu menarik perhatian pengguna media sosial apabila 'garang' memberi amaran kepada penceramah agama supaya tidak menyatakan penentangan terbuka terhadap parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas negeri, Dr Azman Ibrahim mendakwa sebahagian besar peserta majlis agama adalah ‘orang Pas’ atau mereka yang bersimpati dengan parti itu.

“Adalah satu kerugian bagi mana-mana penceramah, pengkuliah, Ustaz, Dr, Syeikh dan yang sewaktu dengannya andai mereka mengambil sikap menzahirkan penentangan secara terbuka terhadap apa yang diperjuangkan oleh gerakan Islam seperti Pas.

“Hakikat yang perlu diakui, majoriti hadirin yang menjadi pengunjung setia majlis-majlis ilmu agama adalah orang Pas sama ada ahli, penyokong atau mereka yang bersimpati secara senyap,” ujar bekas calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi itu seperti dipetik di status Facebook miliknya semalam.

Mendakwa ahli Pas tidak peduli sama ada penceramah terbabit bukan pemimpin Pas sekalipun, Dr Azman menegaskan bilangan audiens dalam sesi kuliah seterusnya juga akan terjejas jika mengkritik parti itu secara terus-terang.

“Tapi tolong jangan zahirkan secara terbuka dengan lidah kamu bahawa kamu menentang arus perjuangan Islam yang diperjuangkan Pas.

“Akibatnya? Bukan orang Pas akan bangun tumbuk atau tempeleng kamu. Cukup kamu boleh tengok pada kuliah yang akan datang, berapa orang yang masih hadir,” tegas doktor gigi itu lagi.
Status Facebook Dr Azman Ibrahim menyentuh penceramah agama anti Pas
-malaysiadateline

Alasan kenapa Khairuddin keluar PPBM berkuat kuasa serta-merta

FMT Reporters
PETALING JAYA: Orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Khairuddin Abu Hassan malam ini mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan yang diterima FMT, Khairuddin menjelaskan pemergian ini membolehkan beliau tumpu menangani kes-kes mahkamah yang sedang serta akan berlangsung “secara berterusan” selepas ini.

“Pada hakikatnya, saya perlu memberi fokus secara sepenuh masa bagi menghadapi beberapa perbicaraan penting untuk lawan segala bentuk kemungkaran korupsi (Perdana Menteri) Najib Razak dan salahlaku institusi-institusi kerajaan,” jelasnya.

Beliau pernah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tahun lepas selepas beliau membuat aduan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di beberapa agensi penguatkuasa undang-undang luar negara.

Bagaimanapun Khairuddin akan tetap bersama Sekretariat Deklarasi Rakyat, yang cukup “bermakna dan amat sentimental” buat dirinya.

“Adakalanya di dalam perjuangan kita hanya perlu berbekalkan keikhlasan untuk berjuang. Jawatan tidak penting langsung sekiranya kita ikhlas untuk berjuang,” katanya.

“Mulai saat dan detik ini; setiap orak langkah perjuangan saya adalah atas nama Khairuddin bin Abu Hassan tanpa mewakili mana-mana parti politik buat sementara waktu,” katanya.

Dalam pemergiannya, Khairudin sempat menitip pesan kepada pimpinan dan ahli bekas partinya itu supaya bersatu dan taat kepada Pengerusi Dr Mahathir, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta majlis pimpinan PPBM.


“Secara jujur dan ikhlas semua pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti Bersatu tidak boleh berpuak-puak dan jangan sama sekali menyerapi budaya serta amalan buruk Umno ke dalam Bersatu.”

PANAS!! Sidang DUN Kelantan: Husam berperang dengan Zulkifli Mamat - MSO (video)

Husam dan Zulkifili enggan duduk walaupun diperintah Speaker beberapa kali.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini bergegar bukan kerana berlaku gempa bumi, tetapi ia panas dan hangat dengan pertengkaran dua ahli Dewan khasnya antara wakil Salor (Husam Musa) dengan wakil Pulai Chondong (Zulkifli Mamat).

Kedua-dua wakil itu saling jawab menjawab mempertahankan pendirian masing-masing.Pertengakaran dan perang mulut kedua orang yang pernah bersahabat itu meletus apabila wakil Pulai Chondong ketika menyambung perbahasan Bajet 2017 menuduh wakil Salor mengemukakan bukti-bukti yang tidak sahih yang dikutip di tepi jalan berhubung kepincangan Kerajaan.

Tuduhan Pulai Chondong itu menyebabkan Husam marah lantas bangun menafi dan menyoalkan Zulkifili apakah butiran yang diperkatakan yang diambil dari laporan audit dalaman SUK itu sebagai tidak benar? Dalam ucapan perbahasan bejet semalam Husam menimbulkan beberapa isu khasnya mengenai KPK yang maklumatnya dikutip dari laporan audit.

Walaupun Husam mengemukakan hujah dan menafikan tuduhan Zulkifli, tetapi wakil Pulai Chondong itu tetap bekeras menuduh bahawa bukti dan dakwaan Husam itu tidak betul terutamanya mengenai dakwaan syarikat Kijang Kuari milik kerajaan dijual. Zulkifili memberi gambaran Husam sebagai tertekan apabila kini sudah tidak lagi menjadi exco dan tidak bersama Pas lagi.

Zulkifili menafikan keras dakwaan itu, bagaimana ia dipertahankan oleh Husam dengan mendakwa maklumat itu diambil dari kenyataan dibuat oleh pihak yang boleh dipercayai. Namun Zulkifili tetap berkeras kerak menafikan dan mendakwa Husam sebagai tidak benar.

Husam menjadi tambah berang apabila satu ketika Zulkifli menuduh Husam sebagai pencuri apabila mendedahkan laporan audit dalam SUK yang belum dibentang. Husam berkali-kali meminta Zulkifli menarik balik tuduhan itu tetapi tidak diendahkan. Untuk menenangkan keadaan wakil Pasir Pekan yang juga MB Ahmad Yakob bangun menjelaskan bahawa laporan audit yang dipetik Husam itu masih belum disahkan.

Jawaban MB itu menyebabkan Zulkifili berasa dia berada dipihak benar dan sekali lagi terus menempelak Husam menjadikan Husam lagi berang.

Menjawab permintaan Husam agar laporan audit itu dibentang kepada awam, Ahmad berjanji selepas ia disahkan laporan itu akan dibentangkan. Husam mengucap terima kasih kepada MB.

Beberapa ketika dewan menjadi lebih teruk dari pasar ikan dan kedua-duanya beremosi tanpa mengendahkan larangan dan nasihat Speaker Abdullah Yaakob yang kelihatan serba salah untuk membuat keputusan menggunakan kuasanya. Lebih 10 kali Abdullah meminta keduanya dsan wakil lain yang bangun mencelah duduk bagi menenangkan keadaan tetapi tidak dipedulikan.

Husam yang enggan duduk dan berkeras tidak akan duduk selagi Zulkifli yang menuduhnya sebagai pencuri tidak ditarik balik. "Saya tidak akan duduk," kata Husam. "Saya tidak akan tarik balik," balas Zulkifli pula. Aksi ini berulang beberapa jurus yang sungguh mendebarkan.

Perbalahan mulut antara keduanya juga sesekali dicelah oleh Adun Tawang (Hasan Mahmud) yang menjadi pembantu dan penyokong Zulkifli. Satu ketika Hasan cuba membaca fatwa dan kaedah bermesyuarat yang dikeluarkan oleh seorang ulama untuk meleraikan keadaan tetapi dicegah oleh Husam kerana ia cenderong kepada Zulkifli. "Sebagai ketua ulama Tawang hendaklah bersikap adil dan berpegang kepada prinsip Islam," demikian kata Husam menyebabkan Hassan terduduk.

Pada satu ketika lain Husam menempelek cara Zulkif Mamat apabila cuba membaca ayat-ayat Quran untuk mempertahankan hujahnya dengan berkata; jangan baca ayat Quran kalau kita tidak berbuat apa yang disuruhnya. Inilah perangai orang Pas," singgung Husam menyebabkan Zulkifli jadi naik angin dengan mengatakan; "kenapa jadi begini lalu Salor ni...."

Husam sangat kesal dengan sikap dan cara Zulkifli berhujah yang ada kalanya cuba mengelak dan melarikan diri dengan keluar dari topik asal. "Apakah ini cara Islam Pas, kalau begini cara Islam Pas, Pas akan mati," kata Husam yang kemudian dijawab selamba oleh Zulkifli, "Pas tidak akan mati tetapi akan kekal dan kuat."

Untuk meredakan keadaan Zulkifli bermain dengan psykologi yang mengakui Husam adalah sahabatnya. "Salor sahabat baik ambo". Ia bagaimana pun dibidas oleh Husam, "sahabat apa kalau tikam belakang", meyebabkan Zulkifili menjawab selamba, "ambo tidak tikam belakang", dan dijawab Husam "tidak tikam apa, sudah pun tikam," menyebabkan dewan bergema dengan gelak tawa.

Perbahasan di anatara keduanya yang saya kenali dan pernah rapat di antara satu sama lain menarik perhatian dan menghidupkan suasana dewan. Tetapi apabila ada ketika ia melampaui dan kurang berakhlak sangat dikesali. Sepatutnya mereka tidak berada dalam keadaan berkonfrantasi sehingga lupa asal usul mereka yang dididik oleh Tokguru Nik Abdul Aziz yang mereka sanjungi sebagai guru. Perbezaan wadah perjuangan tidak seharusnya menjadi sebab untuk mereka tidak boleh beruding dan berbahas dengan tertib demi Kelantan.

Sementara baharu sekejap tadi saya menerima email kenyataan media yang dikeluarkan Husam yang berkisar kepada isu yang membabitkan perdebatan beliau dengan Zulkifli. Kenyatana itu mendedahkan puluhan hujah dikemukakan Husam yang diharap ia akan dijelaskan oleh MB yang akan membuat penggulungan lewat petang ini.

Berikut adalah kenyataan media oleh Husam Musa.

APA NASIB KOMPLEKS PERKAYUAN KELANTAN(KPK) ??

Dalam Perjuangan DUN Kelantan hari ini -Alhamdulillah, YAB MB mengakui adanya semakan ke atas Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) oleh Jabatan Audit Dalam Setiausaha Kerajaan Kelantan.
Saya bernasib baik dapat membaca laporan tersebut.
Sebahagian ekstrak apa yang ada dalam laporan itu saya perturunkan dalam Notis Pertanyaan Dewan.
Alhamdulillah, Speaker Dun bersetuju Notis ini diedarkan kepada semua ADUN.
Berikut, saya siarkan untuk penelitian rakyat Kelantan.
Moga-moga ada kebaikan untuk Negeri Kelantan. Pada masa yang sama, YAB MB menjelaskan laporan audit ini belum disahkan.
NOTIS PERTANYAAN SEMASA PERBAHASAN, DEWAN UNDANGAN NEGERI KELANTAN YANG BERSIDANG PADA 27 OKTOBER 2016
YB Pulai Condong telah menuduh saya mengambil maklumat tepi jalan mengenai isu-isu yang saya bangkitkan semasa perbahasan Budget Negeri Kelantan 2017 di DUN Kelantan pada 26 Oktober 2016.
Khususnya isu Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) dan beliau memberitahu Dewan beliau selaku bekas Pengerusi KPK akan menyangkal hujah-hujah saya pada hari ini, 27 Oktober 2016.
InsyaAllah, saya akan mengambil kesempatan ini untuk bertanya dan mengemukakan maklumat dan pertanyaan berikut:
a. Selaku bekas Pengerusi KPK, adakah YB sedar bahawa minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KPK sebanyak SEBELAS kali hanya di SAHKAN dalam satu mesyuarat ALP pada Bil 195(5/2013) yang bersidang pada 11 Jun 2013?
SEBELAS minit mesyuarat tersebut ialah mesyuarat ALP KPK bil 184(2/2012) sampai Bil 194(4/2013). Lampiran disertakan untuk memudahkan jawapan YB.
SOUNCERN TIMBER SDN BHD DAN SYARIKAT-SYARIKAT BERKAITAN DENGANNYA
1. Saya merujuk kepada Kompartmen 42 HSK Balah, di mana saya difahamkan, berdasarkan hanya MEMO PENGURUSAN KPK bertarikh 29.4.2014 telah melantik KPK SK Timber Sdn Bhd sebagai MENJALANKAN KERJA-KERJA PENERIMAAN DAN JUALAN BALAK.
2. Adakah YB sedar bahawa KPK SK Timber Sdn Bhd ini sekalipun MENGGUNA nama KPK, tetapi KPK langsung tidak mempunyai saham?
3. Adakah YB sedar, semakan dengan SSM sehingga Januari 2016 menunjukkan KPK Timber Sdn BHd ini dimilik 70% sahamnya oleh milik Souncern Timber Sdn Bhd sementara 30% lagi bakinya dimiliki oleh Setiusaha Syarikat iaitu Tuan Tan Wei Chuan?
Adakah 30% pegangan itu SEBENARNYA mewakili mana-mana pihak ketiga?
4. Adakah YB sedar Kompatmen 42 HSK Balah berdasarkan rekod, adalah hutan dara?
5. Adakah YB sedar bahawa tidak ada rekod perjanjian/kontrak antara KPK dan Souncern Timber atau KPK SK Timber bagi kerja-kerja di kompatmen 42 seluas 249 ha itu?
6. Adakah YB sedar bahawa pada 1.12.2014, satu surat tawaran jualan balak dari Kompatmen 42 ini telah dikeluarkan oleh KPK kepada Roshaimi Enterprise (KT02025518-D) dengan harga RM 1,107,500 iaitu dengan kadar RM 1,800 se ekar.
Tawaran telah diterima oleh Roshaimi Ent. pada 2.12.2014 tetapi pembatalan tidak dibuat kepada KPK SK Timber iaitu syarikat asal yang mengusahakan Kompatmen ini.
Mengapa ini berlaku?
7. Adakah YB sedar bahawa berdasarkan Mesyuarat ALP KPK Bil 201 (3/2014) pada 18.3.2014, Kompatmen 42 adalah diputuskan untuk ditawarkan kepada Souncern Timber Sdn Bhd.
Adakah benar bahawa Kompatmen ini telah digugurkan dari senarai kompatmen yang ditawarkan pada waktu Sale Agreement antara KPK dan Souncern ditanda tangani pada 20 Mac 2015?
8. Adakah YB sedar, semakan Laporan Pemerhatian Audit Dalam SUK, seperti mana saya difahamkan, mendapati Roshaimi Ent belum membuat bayaran sejumlah RM 896,507.45 walaupun Bahagian Operasi KPK mengesahkan semua kerja pengusaha hasilan telah selesai dijalankan?
9. Disebalik itu, adakah YB sedar bahawa bayaran tribute dan premium bagi Kompatmen ini sejumlah RM 582,572.45 kepada Jabatan Perhutanan telah dibuat oleh KPK sendiri dan bukannya oleh Roshaimi Ent?
10. Adakah benar ada surat "sila urus" daripada Pejabat MB mngenai harga yang ditawarkan kepada Roshaimi Ent?
11. Adakah YB boleh maklumkan sama ada ada atau tidak ada satu perjanjian antara KPK dan Roshaimi Ent. bagi kerja-kerja berkenaan?
12. Adakah tindakan undang-undang telah diambil oleh KPK ke atas Roshaimi Ent. seperti mana kehendak ALP Pengarah?
Jika tidak, kenapa?
13. Bukankah perlantikan Souncern Timber Sdn Bhd dibuat tanpa tender terbuka tetapi melalui rundingan?
Apakah kriteria-kriteria pemilihan itu?
Apakah kelebihan syarikat ini atau tawarannya yang lebih menguntungkan KPK?
14. Adakah benar bahawa Mesyuarat ALP KPK Bil 201 (3/2014) pada 6 Jun 2014 telah menetapkan harga jualan kepada Souncern adalah seperti berikut:
- RM 1,800 se ekar bagi kawasan sudah kerja
- RM 4,000 se ekar bagi kawasan tebang habis untuk tujuan perladangan
Walau bagaimanapun, berdasarkan perjanjian, adakah benar KPK menawarkan harga HANYA RM 1,450 se ekar bagi 6,000 ekar untuk tiga tahun pertama, tanpa melihat sama ada kawasan itu adalah hutan dara atau tebangan habis, seperti yang berlaku kepada Kompatmen 43 sekarang?
15. Adakah YB sedar bahawa KPK sendiri telah menilai kawasan-kawasan ini dengan harga RM 2,400 se ekar (sepatutnya bagi kawasan tebang habis dan hutan dara, nilaiannya mesti lebih tinggi)?
Ini bermakna, kurangan sebanyak RM 950 se ekar.
Bagi 6,000 ekar berkenaan, kerugian dari anggaran KPK sendiri sahaja sudah berjumlah RM 5,700,000/ RM LIMA JUTA TUJUH RATUS RIBU!
Ini bukan kiraan saya, tetapi kiraan Laporan Audit Dalam SUK pada muka surat 29, saya difahamkan.
Jika harga RM 4,000 se ekar bagi kawasan tebang habis diambil kira, kerugian KPK berjumlah RM 15,300! LIMA BELAS JUTA TIGA RATUS RIBU RINGGIT untuk tiga tahun pertama!
16. Kenapa KPK menawarkan harga yang lebih rendah dari harga yang diputuskan oleh ALP KPK sendiri?
17. Adakah pihak-pihak yang mendapat kick back dari susunan ini, setakat pengetahuan YB?
18. Siapakah yang lebih berkuasa dari Ahli Lembaga Pengarah sekarang?
19. Adakah ini bukan satu penyelewengan?
20. Adakah YB boleh mengesahkan bahawa antara kawasan yang terlibat dengan blokade Orang Asli sekarang adalah dalam kawasan KPK yang sedang dikerjakan?
21. Adakah YB sedar Kompatmen 43 KPK di HSK Balah diusahakan oleh Souncern?
Adakah YB sedar Sourcern telah meminta kawasan ganti dari KPK hasil blockade tersebut? Adakah KPK bersetuju?
22. Selain Kompatmen 43, NO LESEN DB 01(P) 12 -2016 untuk tujuan TLC bagi Kompatmen 100, 101, 102, 112 dan 113 seluas 404 ha dan lesen DB 01 (P0 15-16) TLC melibatkan Kompatmen 143,144, 176, 178 dan sebahagian 179 seluas 391 HA melibatkan kawasan KPK?
23. Adakah pihak ALP KPK telah melawat kawasan-kawasan berkenaan di atas yang dikatakan telah mengakibatkan kemusnahan habitat Orang Asli sebagai tanda peri kemanusiaan dan berkebajikan?
Jika tidak, mengapa?
24. Adakah mengambil berat kesan alam sekitar dalam aktiviti-aktivitinya? Adakah ini termasuk dalam piagam kewujudannya?
Jika ya, apakah tindakan pemantauan dan pematuhan yang telah diambil, khususnya berbangkit dari bantahan dari Orang Asli sekarang yang melibatkan kawasan konsensi KPK?
25. Setakat pengetahuan YB, adakah syarikat induk KPK iaitu PKINK tahu apa yang berlaku dalam KPK sekarang?
26. Adakah YB sedar bahawa mesyuarat ALP KPK BIl 201(3/2014) pada 18.3.2014 telah meletakkan syarat usaha sama KPK dengan Souncern mestilah meliputi menyewa kilang KPK di Dabong dengan kadar RM 30,000 sebulan.
Pada 20.3.2015, perjanjian telah dibuat tetapi tidak dimatikan setem.
Kenapa berlaku demikian?
Sehingga Januari tahun ini, sejumlah RM 300,000 tunggakan sewaan kilang belum dibayar oleh Souncern.
27. Adakah YB sedar Souncern tidak lagi berminat untuk menyewa kilang ini?
- Jika Souncern tidak jadi menyewa kilang ini, apa akan dilakukan ke atas kilang yang telah ditutup oleh KPK itu?
28. Adakah YB sedar KPK telah memberikan 5 kenderaannya kepada badan tertentu? Adakah boleh YB nyatakan badan-badan itu?
29. Mengenai rancangan Bandar Baru Dabong di atas tanah milik KPK seluas 45 ha melalui usaha sama dengan Lapangan Desiran Sdn Bhd, kenapa ia gagal dilaksanakan?
30. Adakah YB sedar bahawa Pengurus Besar KPK pernah menulis surat kepada Lapangan Desiran untuk menafikan pernah melantik mana-mana pihak mewakili KPK untuk menerima wang dari Lapangan Desiran dan KPK tidak pernah menerima apa-apa bayaran dari Lapangan Desiran?
Kenapa surat seperti ini perlu dikeluarkan?
31. Adakah YB sedar bahawa dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Kecil Tender KPK yang dipengerusikan oleh YB Kadok, telah diluluskan bayaran balik sejumlah wang termasuk RM 50,000 yang telah diterima sebelumnya oleh salah seorang ALP KPK?
32. Boleh YB nyatakan jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh KPK untuk tujuan pembangunan Bandar Baru Dabong, termasuk bayaran kepada Syarikat Interlocking System?
Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Unit Audit Dalam SUK atas inisiatif menjalankan auditan ke atas KPK.

Saya berharap Kerajaan Negeri berani mendedahkan dokumen ini kepada awam.

YB Dato' Husam Musa
ADUN Salor
27 Oktober 2016/29 Muharam 1438.

Dari minit 27 hingga minit 58

Potong kemaluan sendiri selepas enggan kahwin

SHARJAH - UAE. Seorang lelaki berusia 26 tahun memotong kemaluan sendiri selepas enggan menuruti desakan keluarganya yang memaksanya berkahwin lain.

Lelaki itu dikejarkan ke hospital oleh abangnya bersama organ yang putus itu dalam kejadian berlaku sembilan hari lalu.

Ketua Perunding Urologi di Hospital Al Qasimi, Dr Younis Al Shamsi yang melakukan pembedahan selama tiga jam itu berkata, alat kemaluan lelaki itu berjaya disambung semula.

Sambil menyifatkan sebagai kes jarang berlaku, Dr Al Shamsi berkata, lelaki itu sedang pulih dan berkemungkinan mengalami masalah mental yang mendorong dia melakukan sedemikian rupa.

Dr Al Shamsi berkata, kejadian berlaku apabila ibu bapa lelaki itu memaksanya berkahwin lain walaupun pada hakikatnya dia mempunyai isteri yang tinggal di negara asal mereka.

"Apabila keluarganya mendesakkan untuk berbuat demikian, dia dalam keadaan marah mengambil pisau dan memotong alat kemaluannya.

"Pada mulanya, lelaki itu enggan menjalani pembedahan namun bersetuju selepas dipujuk doktor dan abangya," katanya.

Kejadian itu dilaporkan kepada polis Sharjah dan laleki itu akan disoal siasat selepas keluar hospital.

Wanita berbogel: Orang ramai di pekarangan pasar raya e-Mart gempar (Gambar)


Miri: Seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan menggemparkan orang ramai apabila berbogel di pekarangan pasar raya e-Mart, jam 5 petang kelmarin.

Wanita berusia 30-an itu bersandar pada kereta lebih setengah jam dan membiarkan orang ramai merakam gambarnya.

Sumber berkata, wanita terbabit sudah berumahtangga dan polis tiba tidak lama kemudian selepas dimaklumkan orang awam.

“Anggota unit kereta peronda (MPV) membawa wanita itu ke Hospital Miri.

“Difahamkan, wanita terbabit dipercayai bertindak demikian kerana tekanan perasaan akibat masalah keluarga namun punca sebenar masih disiasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

“Wanita itu dirawat di Hospital Miri atas permintaan suaminya,” katanya.
-hmetro

Gempar lelaki melayu bunuh diri di jambatan Pulau Pinang pesan kepada Presiden PAS jangan tertipu dengan UMNO


Asalamualaikum, teman dan sahabat dan terutama buat isteriku anak-anak dan keluarga tersayang.

Ku pohon berjuta kemaafan kerana perkara yang kulakukan ini tak pernah terlintas untuk ku lakukan.

Diharap janganlah orang ramai kecam dan hina isteri anak-anak dan keluargaku.

Ku amat tertekan dengan kerajaan yang zalim. Kerana kes rokok yang nilai rampasannya hanya RM160, aku akan dipenjarakan. Ini kesalahan pertama aku pada tahun 2012 . Baru sekarang naik makamah.

Tarikh naik mahkamah kelmarin, tetapi ditunda hari ini. Bulan Ogos yang lepas aku dah kena kes yang sama iaitu juak rokok murah, yang nilainya RM 200.

Aku hampir direman semingu dan mujurlah ada surat kematian anakku yang ketiga. Ku dikenakan jaminan RM 3,000. Kena bulan Februari naik mahkamah, bulan Ogos dan dihukum RM 4,000 atau empat bulan penjara.

Aku langsaikan RM 4,000 dan duit pun jenuh hutang kawan. Ya, aku mengaku salah, perkara itu salah. Tetapi hukumannya tak setimpal. Yang Pengarah tibai berjuta boleh lepas pulak dengan duit jaminan.

Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Beniaga kedai runcit kampung saja bukan untung besar pun. Margin cukup nipis dibebani dengan GST lagi. Memang kerajaan sekarang zalim.

Hari ini aku mengambil keputusan untuk tidak pergi Mahkamah kerana aku dah tak punya duit. Banyak bebanan aku nak tanggung. Dan aku tak sanggup dipenjarakan.

Dengan ini aku memilih untuk berkorban sebagai rakyat yang dizalimi. Aku akan tamatkan riwayat aku, kerana banyak kali aku bermimpi lemas di lautan.

Aku tahu Allah maha mengetahui dan mungkin aku di kalangan hamba-nya yang terpilih. Biarlah aku berkorban demi rakyat Malaysia walau aku nanti akan dikecam dan dihina.

Dan ku pohon simpati orang ramai nanti ambillah berat tentang anak-anakku.

Aku tak sangup berpisah namun ku tiada pilihan. Kenangilah mereka sebagai anak pengorbanan.

Untuk isteriku Nur Azianti maafkanlah Abang kerana banyak buat Azian susah hati kerana kes rokok ini. Nanti pilihlah pengganti yang sayang Azian dan anak-anak sepenuh hati.

Untuk anak saudara ku Hadi Radzi jagalah Tok elok-elok. Untuk kakak aku Nor Aini dan abang ipar ku Zamri Mat Ishak teruskanlah jaga kedai dan kalau tak mampu juallah pada yang berminat.

Pada yang ada hutang kat aku, aku halalkan. Dan yang aku hutang Mohd Hazril Jamaludin dan Mohd Naim boleh jumpa Kakak aku nanti dia tolong langsaikan sedikit-sedikit.

Ku harap pengorbanan aku ini setimpal agar orang yang senasib tidak lagi dikenakan hukuman macam ini. Jual rokok murah saja pun bukan balas berjuta wang ringgit. Aku tiada pilihan wahai rakyat Malaysia. Semalaman aku tak lena. Tetapi ku tiada pilihan.

Maafkan Abah, Ariq dan Safia. Jagalah ibu elok-elok bila besar nanti. Maafkan saya, mak (Makteh Bibah)
Chek tak ada pilihan. Maafkan saya.

Maafkan saya. Saya tak sanggup dipenjara. Untuk isteriku, Abang amat menyayangimu sayang, tetapi Abang bukan yang terbaik. Carilah yang terbaik nanti, demi sayang dan anak-anak.

Dan untuk adik-beradikku yang lain peliharalah Mak Tg dah 78 tahun. Baliklah jenguk dia. Jangan biar dia menangis sendirian kerana rindukan anaknya yang jarang balik.

Sekian. Sekali lagi maafkan Abah. Maafkan Abang, Sayang. Maafkan Chek, mak.

Ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit . Mula ku pilih untuk dipenjara tetapi terkenang kan anak nanti digelar anak banduan.

Ya Allah ampuni dosaku, ya Allah. Aku tahu kau memahami dan maha mengampun.

Aku benarkan status terakhirku ini jadi viral untuk beritahu kita dipimpin pemimpin yang zalim.

Dan yang terakhir buat presiden PAS janganlah tertipu dengan pimpinan UMNO. Depa wayang saja kata dok sokong rang undang undang yang nak dibawa itu agar pembangkang berpecah.

Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat, agar nasib macam aku terbela. Nanti dah jadi kerajaan, media dah dikawal senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nak dibawa itu.

Ashaduanlailahailallah. Waashaduannamurhadan Rasulullah.

Maafkan aku.

Bapa mentua tetak menantu perempuan

ALOR SETAR: Seorang menantu cedera di leher dan tangan selepas ditetak bapa mentuanya dengan pisau pemotong daging di Taman Selayang di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.40 malam itu, Mak Lain Ping, 42, ditetak oleh bapa mentuanya yang berumur 86 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata pihaknya menerima laporan daripada petugas sebuah pusat perubatan swasta yang memaklumkan mereka menerima pesakit yang merupakan mangsa tetak.

"Mangsa menghuni rumah tersebut bersama suami dan ayah mentuanya. Mangsa tidak pasti punca ayah mentuanya bertindak sedemikian kerana ayah mentuanya tidak mempunyai masalah mental selain tidak berlaku salah faham antara mereka sebelum kejadian," katanya.

Mohd Rozi berkata suspek telah ditahan dan sebilah pisau pemotong daging telah dirampas.
-Bernama


Iklan palsu: Pelanggan saman KFC RM83j

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita memfailkan saman AS$20 juta (RM83 juta) terhadap Kentucky Fried Chicken (KFC) kerana pengiklanan palsu (false advertising).

Menurut laporan CBS Local, Anna Wurtzburger, 64, mendakwa KFC menipu 'pelanggan yang sedang lapar' dengan iklan 'KFC bucket' yang menunjukkan bekas dengan ayam yang melimpah keluar.

Anna mendakwa untuk dia hanya menerima separuh daripada jumlah ayam goreng yang diiklankan.

Berdasarkan iklan, iklan berkenaan hanya mengandungi lapan ketul ayam dan sama dengan kuantiti yang dipesan oleh Anna.

"Mereka menunjukkan bekas yang dilimpahi dengan ayam," kata Anna.

"Anda (saya) hanya mendapat separuh dan ia tidak seperti dalam iklan. Itu adalah iklan palsu!," kata Anna lagi.

KFC bagaimanapun berkata, dakwaan Anna sebagai 'tidak masuk akal' dan bercadang meminta mahkamah untuk mengugurkan saman tersebut.
-sinarharian

Inikah perangai ahli parti yang memperjuangkan Islam

Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
Setelah melihat komentar wakil JUHAM PAS terhadap pertemuan semalam yang kononnya saya terdiam dengan hujah YB Khairuddin saya fikir saya kena viralkan rakaman suara pertemuan semalam. Biar masyarakat menilai siapa yang terdiam dan siapa yang mengelak dari menjawab soalan. Apa pandangan semua?

Dr Rozaimi Ramle

Cara Nenek Moyang Kita Halau Lalat

Nadia Mingguan Wanita
Ada ketikanya, lalat banyak berkerumun di dapur. Lebih-lebih lagi ketika kita sedang sibuk memasak. Bagi mengatasi masalah lalat, ada beberapa petua lama yang boleh diamalkan.

1. Bunga cengkih

Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya daripada ruang dapur anda.

2. Manfaat daun kari

Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan.

3. Daun belimbing

Selain daun kari, anda boleh juga menggunakan beberapa tangkai daun belimbing. Cara sama juga dengan daun kari, kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.

4. Guna cecair peluntur

Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak atau tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.

5. Pakai lilin

Ambildua2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.

Bahaya betul macam mana eskalator boleh meletup (Gambar)

Ampang: Satu eskalator dalam pusat beli-belah Capital Mall, di sini meletup dalam satu kejadian tengah hari tadi.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari, membabitkan tangga bergerak untuk naik dari aras bawah, namun tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Difahamkan, kejadian tidak dilaporkan kepada pihak polis dan hanya membabitkan siasatan dalaman pusat beli-belah itu.

Badan Pengurusan Pandan Capital Mall ketika dihubungi, berkata ketika kejadian terdapat pelanggan di dalam pusat beli-belah berkenaan, tetapi tiada yang menaiki tangga bergerak itu.

“Susulan kejadian, kita menutup sementara operasi eskalator itu.

“Setakat ini, punca kejadian masih belum diketahui dan pihak penyelenggaraan sedang menjalankan siasatan.” katanya.

Kejadian itu turut menjadi viral apabila gambar eskalator yang

rosak itu dimuat naik pengguna di laman Facebook. 
-BH Online

Orang ramai bantah burger babi guna nama P Ramly

Orang ramai dilapor membantah jualan burger babi dinamakan P Ramly di rangkaian sebuah restoran di Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan.Seorang eksekutif swasta Nurhafezah Che Haludin, 20, berkata beliau nyaris terbeli burger itu kerana iklan mengenainya ditempatkan di laluan awam dalam pusat beli belah dekat Damansara.

“Iklan penjualannya diletakkan pada laluan bebas orang awam, seolah-olah mahu menarik perhatian semua pengguna termasuk umat Islam, perbuatan ini mengelirukan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh BH.

Seorang pengadu dikenali sebagai Jasmin pula membandingkan isu itu dengan kontroversi penggunaan nama hot dog yang menjadi kontroversi sebelum ini.

Beliau juga membangkitkan nama digunakan yang mirip dengan nama seniman agung negara P Ramlee.

“Kenapa perlu guna nama P Ramly, sedangkan banyak nama lain tidak mirip Melayu serta bukan nama seniman agung tanah air, boleh digunakan bagi menarik perhatian pelanggan bukan Islam,” katanya.

Jasmin turut melaporkan isu itu kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta meminta pihak berkuasa bertindak.

Tinjauan BH mendapati menu itu diperkenalkan di rangkaian restoran itu sejak 31 Ogos lalu dengan harga RM9.90 satu set.

Seorang pekerja restoran itu pula dilapor memberitahu nama “p” merujuk kepada pork (daging babi).-Mkini

'Berlagak macam keldai dan anjing gila' Haji Hadi tujukan kepada YB dari Pakatan Harapan dan Bersatu?

Jangan berlagak keldai dan anjing gila, kata Hadi
MALAYSIA DATELINE
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua ahlinya khususnya Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya.

"Kepada semua ahli PAS termasuk para pemimpin khususnya yang menjadi Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya," kata Abdul Hadi dalam tulisannya di Harakahdaily, lidah rasmi Pas.

Abdul Hadi dipercayai merujuk kenyataannya kepada tindakan sebahagian besar pembangkang yang bergaduh dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat ketika beliau membentangkan Bajet 2017 Jumaat lalu.

Dalam peristiwa itu, hampir kesemua pembangkang keluar dari dewan selepas itu namun ahli parlimen Pas kekal.

"Kewajipan kami ialah mengajak seluruh manusia dalam masyarakat majmuk supaya melakukan perubahan kepada Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua," katanya.

Kini, katanya, PAS masih menjadi pembangkang dan tidak berhasrat menyertai BN kerana perbezaan dasar dan pendekatan serta masih banyak perkara yang tidak memuaskan.

"PAS menjadi pembangkang yang istiqamah dengan dasar Islam, konsep dan pendekatannya," kata ahli parlimen Marang itu.

Gadis ancam terjun dari tingkat 12 (Gambar)

Kuala Lumpur – Wanita warga Vietnam yang mengancam terjun dari tingkat 12 apartmen di Desa Aman Putri, Kepong, berjaya diselamatkan selepas dipujuk seorang pegawai bomba, hari ini.

Dalam kejadian 7.40 pagi itu, wanita berusia 21 tahun berkenaan dilihat orang ramai duduk di atas tebing luar bangunan.

Difahamkan, wanita itu bertindak demikian akibat tertekan dibelenggu hutang.

Sembilan anggota dari Balai dan Penyelamat Bomba (BBP) Sungai Buloh diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamed Sabri A Shamsudeen membantu menyelamatkan wanita itu.

Menurut Mohamed Sabri, dia memujuk mangsa selama masa 15 minit sebelum wanita itu menghulurkan tangan dan membatalkan niatnya untuk terjun.

“Dengan dibantu dua anggota, saya berjaya menarik wanita itu masuk ke dalam rumah seterusnya mententeramkannya sebelum dia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
-hmetro

Kejam! wanita dirogol, dimasak dihidangkan kepada tetamu (Gambar)

Akhirnya perbuatan kejam dua lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita sebelum menghidangkan dagingnya dalam satu parti, telah dibalas apabila mereka dihukum penjara selama 12 tahun.

Dua lelaki terbabit yang berasal dari Novokuznetsk di Siberia, dinamakan sebagai Kirill Nemykin dan Sergey Metlyayev.

Dalam kejadian yang berlaku pada 2014 itu, mangsa, Nadezhda Avakumova, 31, sedang mabuk ketika mereka menjemputnya ke sauna dan kemudiannya bergilir-gilir melakukan seks dengannya.
Wanita itu kemudiannya mengugut untuk melaporkan kedua-duanya kepada polis kerana merogolnya.

Bimbang dengan keadaan itu, penjenayah terbabit telah memukul dan mengurungnya di dalam bilik bawah tanah dan apabila wanita itu menjerit meminta tolong, Nemykin telah mengambil pisau lalu memegang kepala wanita itu dan mengelar lehernya.

Wanita terbabit meninggal dunia serta-merta. Mereka kemudiannya memotong badannya dan memasak daging Nadezhda dan menghidangkan kepada rakan-rakan mereka dalam satu parti.

“’Nemykin bersama dengan Metlyayev mengangkat mayat perempuan itu. Metlyayev mendapatkan kapak kemudiannya memotong badannya. Mereka juga memotong kakinya dan kemudian berjalan di sekeliling rumah dan menunjukkan kepada tetamu sambil ketawa dan tersenyum.

“Ketika itu tetamu yang hadir dalam keadaan mabuk. Metlyayev kemudiannya mula makan daging manusia dan turut menawarkan kepada orang lain untuk mencubanya,’’ kata penolong pendakwaraya Yana Prodchenko.

Kes itu mengambil masa selama dua tahun untuk dibawa ke mahkamah dan kedua-dua lelaki terbabit didakwa selepas salah seorang teman wanita mereka mendedahkan perbuatan kejam itu.

Selain hukuman penjara, Nemykin juga diarahkan membayar sebanyak £10,500 kepada ibu mangsa sebagai pampasan. 
– mynewshub.cc