Ustaz Ini Dikatakan Menghina Sunnah Dan Mazhab Maliki?

[Ustaz Hina Sunnah Dan Mazhab Maliki?]



Ada sahabat berikan saya klip video ini. Dikatakan beliau adalah AJK Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Saya tidak kenal beliau siapa. Saya gagahkan juga mendengar apabila sahabat-sahabat meminta saya memberikan komentar terhadap video ini.

Sesudah saya mendengar video ini saya beristighfar panjang. Bagaimana boleh AJK Tauliah JAIS boleh bercakap seperti ini? Apa yang saya fahami beliau ingin menyebutkan 3 tanda sesat iaitu: angkat takbir separas bahu, letakkan dua tangan atas dada waktu solat dan gerakkan jari telunjuk.

Izinkan saya bertanya, adakah ustaz ini maksudkan sekadar buat 3 perkara ini boleh jadi sesat? Atau buat 3 perkara ini merupakan tanda pelakunya sesat? Saya katakan tidak sama sekali.

Berikut jawapan saya:

1. Berkaitan dengan mengangkat takbir selari dengan bahu. IA SUNNAH YANG SAHIH. Imam Bukhari meriwayatkan dari jalur Ibn Umar katanya: Nabi sallallah alaih wasallam MENGANGKAT TANGANNYA SELARI DENGAN BAHUNYA apabila memulakan solat...(no. Hadis: 702)

Benar di sana ada beberapa riwayat sahih berkaitan paras tangan ketika mengangkat takbiratul ihram. Ini salah satunya. Selain itu mengangkat tangan separas telinga. Keduanya sahih.

2. Sememangnya terdapat hadis dari Wa'il bin Hujr yang menyatakan Nabi sallallah alaih wasallam meletakkan tangan di atas dadanya. Tetapi tambahan lafaz "atas dada" itu tidak sahih kerana ia datang dari perawi bernama Muammal. Beliau tidak begitu kukuh ingatannya. Maka lafaz ini daif pada saya. Ibn Qudamah menyatakan ada keluasan nak letak kedua tangan itu di mana pun.

Ulama hanbali seperti IBN QAYYIM yang dilabel wahabi oleh sebahagian pihak juga menyatakan ia makruh. Namun Ibn Qayyim tidak pula menyatakan ia petanda kesesatan pelakunya. Sejak bila buat perkara makruh jadi sesat? Jika tidak letak tangan langsung pun tidak sesat takkanlah letak atas dada jadi sesat? Jangan terlebih lajak dari laju!

3. Ustaz ini menghentam pula perbuatan mengerakkan jari ketika tasyahhud. Wahai ustaz, ia isu khilaf dalam Ahlussunnah wal Jamaah sejak dari zaman silam. Khilaf ini disebabkan lafaz gerakkan jari ini datang dalam riwayat hadis Zaidah bin Qudamah.

Saya cenderung untuk mengatakan ia lafaz yang daif. Maka gerakkan jari tidak sunnah pada pandangan saya. Namun untuk mengatakan ia pentanda sesat atau boleh menyesatkan saya menjadi keliru. Bukankah yang mensahihkan lafaz ini ulama hadis besar semisal Ibn Hibban? Yang paling penting MAZHAB MALIKI mengiktiraf amalan ini. Lihat apa yang disebutkan oleh Syeikh Soleh Abdul Sami' al-Azhari:

Ulama malikiah berbeza pendapat pada hukum menggerakkan telunjuk (waktu tasyahhud). Kata Ibn al-Qasim: gerakkannya. Inilah PANDANGAN YANG MUKTAMAD. Orang lain berkata: tidak gerakkan. Mengikut pendapat perlu menggerakkan jari, adakah perlu digerakkan sepanjang tasyahhud atau sewaktu syahadah sahaja? Terdapat dua pandangan...mengikut dua pandangan ini adakah gerakan itu ke kiri dan ke kanan atau ke atas dan ke bawah? Ada dua pandangan (dalam Mazhab Maliki) (Al-Thamar Al-Dani, jil. 1, hal. 128)

Maka gerakkan jari ke kanan dan kiri atau atas dan bawah terdapat dalam pandangan mazhab Maliki.

Benar mazhab syafie tidak setuju dengan gerakan begini tetapi perlu diingat mazhab syafie tidak pernah sesatkan pelakunya.

Jika benar tidak setuju pun tidak perlulah menyesatkan mazhab muktabar. Saya bimbang dengan manusia yang cepat menyesatkan ini. Bimbang ramai tidak dapat tauliah akibat disesatkan padahal diri sendiri yang tidak tahu banyak perkara.

Dr Rozaimi Ramle

Remaja perempuan berusia 17 tahun ini dihadapkan ke mahkamah kerana merogol seorang lelaki


Ganas betul remaja perempuan ini yang dikenali sebagai Lestina Marie Smith dan berusia 17 tahun ini. Dia telah ditangkap selepas didakwa merogol seorang lelaki di Saginaw, Michigan.

Mangsa bagaimanapun tidak didedahkan nama.

Lestina didakwa menggunakan pisau dan mengacukannya ke leher mangsa yang berusia 19 tahun sebelum merebahkannya dan merogol mangsa. Kesnya telah dibawa ke mahkamah dan akan disebut semula pada 3 Februari ini.

Jika didapati bersalah dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Kejadian itu berlaku pada 11 Januari lalu dan Lestina juga diarahkan mahkamah ditahan tanpa ikat jamin.

Sementara itu keluarga dan rakan Lestina telah memuatnaik mesej sokongan kepada Lestina dalam akaun Facebooknya. – Mynewshub

Bomba 'bebaskan' kemaluan lelaki tersangkut dalam botol mineral

BERNAMA
Seorang pemuda terpaksa menanggung kesakitan kira-kira 90 minit akibat kemaluannya tersangkut dalam botol air mineral sebelum "dibebaskan' anggota bomba.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata kejadian berlaku di Telok Gong, Pelabuhan Klang apabila pemuda berumur 21 tahun terbabit cuba membuang air kecil di dalam botol itu di rumahnya kira-kira 4 pagi tadi.

"Pemuda itu yang dalam keadaan terdesak cuba memotong botol air mineral itu menggunakan gergaji logam," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata tindakan itu sebaliknya lebih memudaratkan menyebabkan kecederaan pada kemaluannya hingga berlaku pendarahan yang banyak.

Katanya sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Andalas yang menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.25 pagi, bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya memotong botol itu dan menamatkan penderitaan pemuda itu dalam tempoh 10 minit.

Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, katanya.

Hati-Hati Kalau Terjumpa Tanda Putih Seperti Ini Pada Buah Pisang

Tranungkite
Hampir semua orang menyukai buah pisang tak kira lah apa jenis pisang sekali pun. Tapi pernah tak korang menjumpai tanda putih pada kulit pisang seperti ini?

Jika ya, pastikan korang tidak memegang pisang tersebut, apatah lagi memakannya kerana tanda putih tersebut adalah sarang telur labah-labah yang amat merbahaya.
Spesis labah-labah Wandering Brasil adalah spesis labah-labah yang boleh menyebabkan kematian pada manusia dalam masa kurang daripada 1 jam selepas digigit.

Tambah lagi, spesis labah-labah ini suka bersarang pada buah-buahan dan sebaik sahaja telur labah-labah ini menetas, gigitan daripada anak labah-labah juga amat berbisa.
Justeru, pastikan korang basuh dulu buah-buahan sebelum makan ok?

Nak Tengok Rumah Presiden Filipina?

Tranungkite
Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe meluangkan masa melawat Presiden Rodrigo Duterte di kediamannya di Davao City hari ini, sebuah rumah 2 tingkat yang sederhana tetapi selesa.

Kunjungan Abe, pemimpin negara pertama melawat Filipina sejak Duterte mengambil alih jawatan presiden, dirakamkan pembantu Duterte yang memuat naik gambar di Facebook menunjukkan kedua-dua pemimpin menikmati sarapan pagi.

“Kami juga menunjukkan kepada beliau bagaimana presiden menikmati keselesaan katilnya termasuk kelambu nyamuk lama yang masih diminatinya,” kata Christopher Go dalam Facebook, seperti dipetik portal berita Filipina, Inquirer.net.

Sementara itu, Reuters melaporkan gaya kehidupan sederhana Duterte menjadikan bekas datuk bandar yang terkenal dengan bahasa kesat itu popular di kalangan pengundi Filipina pada pilihan raya Mei tahun lalu.

Jom tengok gambar-gambar rumah Presiden Filipina ini, ada sama taraf tak dengan mahligai ketua-ketua bahagian, atau cabang mana-mana parti politik di Malaysia?

Atau adakah setanding dengan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia? Tengok dan nilaikan sendiri.


Webmaster:
AGAKNYA KALAU DIBANDINGKAN DENGAN RUMAH KETUA BAHAGIAN UMNO MACAMA MANA? Itu belum lai banding dengan Menteri atau PM

‘Jika Pakatan menang lagi di Selangor, PAS tiada peranan’

Adam Abu Bakar 
PETALING JAYA: Amanah berkata ia akan menggantikan PAS dalam sebarang kerajaan yang dibentuk oleh Pakatan Harapan (PH) sekiranya menang lagi di Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, ia juga akan menyaksikan PAS tidak lagi menjadi sebahagian kerajaan negeri Selangor seperti sekarang, di mana ia masih diwakili dalam kerajaan campuran yang turut melibatkan musuhnya DAP.

“Selagi mana PAS tidak masuk dalam PH, kita tidak akan ambil kira mereka,” katanya kepada FMT.

PH yang menyatukan PKR, DAP dan Amanah di samping kerjasama dengan PPBM, menggantikan Pakatan Rakyat yang terkubur ekoran perselisihan PAS dan DAP.

Amanah ditubuhkan pada lewat 2015, selepas kemenangan puak yang mahu PAS lebih tegas mempertahankan matlamatnya melaksanakan undang-undang syariah yang lengkap dengan hudud, sesuatu yang tidak dipersetujui rakan komponen lain.

PAS kini mempunyai 13 kerusi daripada 56 kerusi negeri di Selangor, manakala 3 daripada exco negeri diwakili parti itu.

Negeri itu ditawan daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 2008, dan sekali lagi dengan majoriti lebih besar pada 2013.

Salahuddin berkata, PAS kini berdiam diri dan tersangkut dalam isu melibatkan Selangor kerana parti Islam itu mempunyai kepentingan dan masih lagi memegang tampuk kuasa di peringkat exco.

“Mereka tersangkut di situ kerana kuasa, bukan demi akidah sangat. Yang lain mereka maki hamun, tetapi di Selangor tidak, ia kerana mereka ada kuasa,” katanya.

Masa depan Umno

Salahuddin berkata salah satu sebab utama Pakatan akan terus memerintah Selangor adalah disebabkan kurangnya pemimpin berkaliber BN, khususnya Umno.

“Jangankan di Selangor, jika kita lihat di peringkat persekutuan, selepas Datuk Seri Najib Razak, siapa penggantinya? Bariskan siapa yang layak mengambil alih.

“Mereka (Umno dan BN) tidak ada pemimpin yang menyakinkan. Jika di Selangor, Datuk Seri Jamal Yunos lebih popular daripada Tan Sri Noh Omar,” katanya merujuk Jamal, ketua Umno Sungai Besar, dan Noh yang mengetuai Umno Selangor.

Salahuddin berkata apabila PAS tidak bersama PH, Amanah sebagai parti yang turut membawa ciri “Islamik” bertanggungjawab memenuhi kekosongan ditinggalkan PAS.

‘Kedudukan Khalid sebagai ahli Parlimen tak terjejas’

V Anbalagan 
PETALING JAYA: Khalid Abdul Samad yang didenda atas kesalahan mengajar agama Islam tanpa tauliah, boleh terus menjadi ahli Parlimen Shah Alam kerana beliau sekadar melakukan kesalahan agama, kata seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan.

Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, kesalahan dilakukan Khalid itu bukan kesalahan jenayah seperti diluluskan Parlimen dan dijatuhkan hukum melalui mahkamah yang diiktiraf di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Parlimen mempunyai kuasa untuk mewujudkan kesalahan dan menentukan hukuman mengikut Jadual Kesembilan, Senarai 1 Perlembagaan Persekutuan.

“Mahkamah itu (Mahkamah Rendah Syariah Klang) bukan sebuah mahkamah yang ditubuhkan di bawah Perkara 121 Perlembagaan,” katanya kepada FMT.

Mahkamah 3 peringkat yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan adalah Mahkamah Tinggi (Malaya, Sabah dan Sarawak), Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

“Pandangan saya ialah sabitan Khalid tidak memberi kesan kepada kedudukannya sebagai ahli Parlimen,” katanya.

Di bawah Senarai 11 Perlembagaan, Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh meluluskan undang-undang dan menetapkan hukuman terhadap umat Islam yang menentang “ajaran Islam”.

Sri Ram berkata demikian sebagai mengulas sabitan Khalid oleh Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini.

Khalid didenda RM2,900 atau 3 bulan penjara. Dia kemudiannya membayar denda itu, tetapi menegaskan akan memfailkan rayuan berhubung sabitan dan hukuman itu di Mahkamah Tinggi Syariah, esok.

Pengarah komunikasi Amanah itu didakwa di bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) kerana berucap di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, antara 10 malam hingga 11.50 malam pada 16 Ogos 2011.

Khalid berkata, beliau dijemput ke surau itu untuk menceritakan pengalamannya ketika mengunjungi Palestin dan bukannya menyampaikan ceramah agama.

Pengarah komunikasi Amanah itu berkata, beliau sekadar menjalankan tanggungjawab untuk menceritakan pengalamannya di Gaza seperti dipesan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan ahli Parlimen akan hilang kelayakan selama 5 tahun, jika beliau sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000.

Sri Ram berkata, sabitan oleh mahkamah seperti yang dinyatakan dalam Perkara 48, perlu merujuk kepada mahkamah yang ditubuhkan di bawah Perkara 121 Perlembagaan.

“Oleh itu, Perkara 48 perlu dibaca bersama Perkara 121 Perlembagaan.”

Remaja khatan sendiri guna parang

Harare, Zimbabwe – Berang diejek rakan kerana belum berkhatan, seorang remaja dikejarkan ke hospital selepas dia cuba mengkhatan sendiri kemaluannya menggunakan parang.

Remaja itu cuba mengkhatan sendiri kemaluannya menggunakan benda tajam paling hampir dapat ditemui selepas diejek rakan tiada gadis mahu menjadi temannya kerana dia masih belum bersunat.

Menurut portal berita My Zimbabwe, remaja berusia 16 tahun itu dikejarkan ke Hospital St Luke’s Mission di daerah Lupane untuk dirawat dan doktor kemudian mengkhatakannya dan dirawat selama dua hari di hospital itu.

Menurut doktor, pihaknya tidak faham kenapa remaja itu berbuat demikian sedangkan pekerja kesihatan akan ke rumahnya untuk melakukan proses itu apabila diminta.

Pengarah Perubatan Wilayah Matabeleland Utara, Dr Nyasha Masuka, berkata, remaja itu diejek rakan-rakannya kerana belum berkhatan membuatkan dia berang lalu menggunakan parang untuk mengkatankan dirinya sendiri.

“Kami terkejut kerana dia mempunyai keberanian berbuat demikian dan remaja itu sendiri mengaku terkejut dengan keberaniannya,” katanya.

Menurutnya, hanya kulit luar kemaluan remaja itu luka.
-hmetro

Polis: Adun BN Terengganu dibunuh pembunuh upahan licik

Bernama
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menemui petunjuk baharu berhubung kes pembunuhan bekas Adun Alor Limbat, Alias Abdullah, 51, yang mati ditembak pada 9 Oktober 2015.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata, petunjuk baharu itu diperoleh susulan kejayaan pihaknya menyelesaikan beberapa kes jenayah menggunakan pistol di negeri itu, baru-baru ini.

“Apa yang boleh saya beritahu memang ada petunjuk baharu dan siasatan masih berjalan untuk memburu suspek dan siapakah dalang di sebalik pembunuh upahan itu.

“Memang siasatan ini mengambil masa agak lama berbanding kes pembunuhan lain kerana ia dilakukan kumpulan pembunuh upahan yang sangat licik.

“Namun, dengan kepakaran dan keupayaan kami serta kerjasama dengan sumber dari Bukit Aman, gerakan memburu suspek masih dijalankan dan kami sedang lakukan yang terbaik untuk selesai kes ini,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Terengganu hari ini.

Dalam kejadian 2 petang itu, Alias mati ditembak pada jarak dekat selepas didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal, di rumahnya di Kampung Alor Limbat, Bukit Payong, Marang selepas pulang daripada solat Jumaat.

Ditanya sama ada kematian mangsa mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan sepupunya, Mat Jusoh Ali, 56, juga dikenali Cikgu Zaki yang mati ditembak 2 bulan sebelum itu, Rosli berkata, pihaknya percaya pembunuhan itu dilakukan kumpulan pembunuh upahan sama dan didalangi orang sama.

“Kalau kita lihat arwah Alias dan arwah sepupunya, Cikgu Zaki itu terlibat dengan politik di kawasan sama (Marang), jadi kami percaya pembunuhan mereka berdua disebabkan motif sama.

“Kerana lepas pembunuhan Alias, tiada lagi kes pembunuhan baharu, cuma kami memang tolak motif politik dan siasatan lebih menjurus kepada kewangan dan perniagaan,” katanya.

Cikgu Zaki yang juga bekas pesara guru itu pula maut dipercayai terkena tembakan jarak jauh di kawasan rumahnya, di Kampung Padang Midin, dekat sini, pada 9 Ogos 2015.

Genap setahun kebiadaban Umno Kedah kepada Tuanku Sultan Kedah

DATUK MAHFUZ OMAR
Hari ini dalam sejarah apabila setahun yang lalu tanggal 20 Januari 2016 iaitu pada hari ke-4 rakyat Kedah menyambut dan merayakan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah yang ke-88 dikejutkan dengan satu sidang media Umno Kedah diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Besar Kedah sekarang.

Ketika itu beliau sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah bersama 11 Ketua Bahagian Umno serta wakil rakyat dari Umno Kedah menyatakan pemimpin Umno negeri telah 'hilang keyakinan' dengan kepimpinan Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah yang diterajui oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Pemimpin Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno negeri,”kata Ahmad Bashah dalam sidang akhbar di di Grand Alora Hotel, Alor Setar.

Tindakan Ahmad Bashah dan Umno Kedah telah mencetuskan krisis politik yang membawa penyingkiran Mukhriz sebagai MB Kedah hanya atas hujah kegagalan Mukhriz untuk menyatukan parti, kekurangan perancangan strategik bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, kegagalannya memimpin dan menggerakkan jentera parti serta ketidak-upayaannya menguruskan pentadbiran negeri dengan berkesan yang membawa maksud Mukhriz tidak menjaga Umno Kedah.

Tindakan Ahmad Bashah dan Umno Kedah yang mengikut telunjuk Putrajaya sangat tidak menghormati situasi semasa rakyat Kedah serta tidak beradab dengan Tuanku Sultan yang sedang menyambut Ulangtahun Keputeraan baginda.

Penyingkiran Mukhriz berlaku selepas beliau memberi ucapan sembah taat setia mewakili kerajaan dan rakyat di hari ulangtahun keputeraan Tuanku Sultan yang ke-88 pada tahun 2016.

Mukhriz menjadi sasaran berikutan percubaan terbuka bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menumbangkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Tiada kesalahan besar yang Mukhriz lakukan,hanya kerana tidak jaga Umno dan tidak ada projek untuk kroni Umno,sedangkan yang rakyat tidak lagi percaya ialah PM Najib.

Hingga kini Najib gagal menjelaskan isu 1MDB,RM2.6 bilion,RM42 milion dalam akaun peribadi MO1 dan pelbagai isu yang membawa kepada beban ditanggung rakyat seperti GST,kejatuhan nilai ringgit hingga menyebabkan kesan kenaikan harga barang.

Tetapi kerana dendam dan 'panas telinga' Najib pada Tun Mahathir yang banyak mengkritik beliau maka Mukhriz menjadi mangsa politik jijik untuk regim Najib terus mencengkam dan kekal berkuasa".

Malang bagi rakyat Kedah yang kini memiliki Menteri Besar dan kerajaan yang tidak bermaruah.Menteri Besar dan Kerajaan yang hanya berdiri dan terbina dari 'rampasan kuasa' yang mana Menteri Besar dan Kerajaan yang hanya mengikut telunjuk Putrajaya semata-mata demi mementingkan 'perut' Umno dari rakyat.

Puaslah hati Najib yang datang ke Kedah pada 17 Januari 2017 lalu untuk merayakan genap setahun rampasan kuasa dari Mukhriz.

Hakikatnya hari ini ulang tahun genap setahun kebiadaban Umno dengan mencemar Tuanku Sultan Kedah di hari dan bulan perayaan keputeraan Tuanku Sultan Kedah yang ke-88 pada tahun 2016.

'KEDAH MENANGIS'* kerana Umno tidak pernah memohon maaf kepada Tuanku Sultan dan Rakyat Kedah.

* Penulis Datuk Mahfuz Omar adalah Ahli Parlimen Pas Pokok Sena.

Inilah 5 Tanda-Tanda Awal Kanser Menyerang, Ketahui Sebelum Terlambat.


Sehingga kini, punca kanser tulang tidak diketahui semestinya. Doktor berkata bahawa punca penyakit adalah bahawa terdapat kesilapan dalam DNA sel-sel. sel-sel DNA membesar dan membahagi dengan cara yang tidak dikawal.

Sel-sel ini sentiasa hidup, tidak mati pada masa yang ditetapkan. Kemudian, sel-sel bermutasi, berkumpul dan membuat massa (tumor) yang boleh menyerang susunan yang berhampiran atau merebak ke bahagian badan yang lain.

Penyakit ini adalah begitu berbahaya kerana ia boleh menyerang kanak-kanak kepada orang dewasa. Dewasa sering disalah tafsir sebagai gejala sakit sendi. Untuk itu, supaya anda tidak salah, kami membentangkan tanda-tanda awal penyakit ini.

1. Sakit
Seseorang yang mengalami sakit tulang, akan merasa sakit di bahagian tulang. Keadaan ini akan mungkin kronik apabila anda melakukan sukan atau waktu malam. Manakala kanak-kanak, gejala-gejala seperti keseleo ditunjukkan yang sangat kronik.
Jika anak anda mempunyai sakit dalam tulang dan tidak akan hilang sehingga tengah malam, cara terbaik adalah segerika diperiksa oleh doktor.

2. Bengkak.
Bengkak mungkin tidak muncul sehingga penyebaran tumor keseluruhan. Biasanya, bengkak berlaku di kawasan Kawasan tulang kanser dan kemerahan. Apabila penyakit ini menyerang sendi, jadi sendi anda akan sukar untuk dipindahkan.

3. Adalah sukar untuk bergerak.
kanser tulang akan menjadi sukar untuk bergerak. Perkara seperti boleh menjejaskan pergerakan semua anggota badan. kesan sampingan Bone dibelenggu, iaitu di kaki, mungkin anda akan tempang apabila berjalan. Apabila kanser menyerang tulang belakang, apabila anda menekan saraf, anda akan berasa seram sejuk kebas dan seksyen kaki.

4. Patah.
kanser tulang menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh. Walaupun ia menjadi kronik, kejatuhan biasa atau kecederaan kecil boleh membuat anda mematahkan tulang. Keadaan ini juga dikenali sebagai keretakan patologi.

5. Tanda-tanda lazim.
Biasanya anda akan mengalami keletihan, demam, berpeluh dan kehilangan berat badan. Jika anda mengalami sakit tulang yang tidak sembuh dalam masa beberapa minggu tanpa apa-apa sebab, anda perlu segera periksa dengan pakar tulang (pakar ortopedik).

Perogol ukir nama pada lengan mangsa


Hughes sering terdengar bisikan dan suara yang meminta dia membunuh mangsa. Sumber: Met Police
SEORANG remaja berusia 18 tahun ditahan polis selepas menyerang dan merogol rakan kenalan baharunya.

Portal Metro.co.uk melaporkan, Miles Hughes bukan sahaja menyerang mangsanya secara seksual, malah dia turut mengukir namanya sendiri pada lengan mangsa yang berusia 15 tahun.

Difahamkan, Hughes dikatakan berkenalan dengan mangsa sejak Julai tahun lalu.

Mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk bersiar-siar di kawasan sunyi dengan tujuan untuk mendengar musik.

Hughes kemudian mengeluarkan pisau dan mula menyerang mangsanya ketika mereka berdua berada di sebuah tanah perkuburan di bandar itu.

Selepas merogol mangsa, Hughes turut menikam mangsa bertubi-tubi di leher dan dadanya.

Mangsa bagaimanapun terselamat selepas orang awam melihat kejadian tersebut.

Hughes ketika disoal siasat polis memberitahu yang dia sering terdengar bisikan dan suara yang meminta dia membunuh mangsa.

Dalam serbuan di rumahnya, polis dilaporkan menemui lukisan berwajah badut yang mengerikan, selain turut menemui satu lagi lukisan yang tertulis ‘Kemarahan telah mewujudkan kejahatan, kebencian adalah punca’.
sinarharian

Sertai program Pakatan Harapan, Mahfuz memang cabar PAS

Adam Abu Bakar
PETALING JAYA: Pengerusi Siasatan Jawatankuasa Disiplin PAS berkata Datuk Mahfuz Omar mencabar pucuk pimpinan parti apabila masih terus terbabit dalam program anjuran Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, Datuk Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok berkata tiada tindakan boleh diambil ke atas Mahfuz kerana sehingga kini belum menerima laporan daripada ahli parti terhadap ahli Parlimen Pokok Sena itu.

“Tindakan Mahfuz memang mencabar PAS. Tapi, untuk mengambil tindakan selanjutnya, ia bergantung pada pertimbangan pimpinan PAS. Kalau ada laporan, kami akan teliti.

“Jawatankuasa Disiplin PAS hanya menunggu laporan, jika ada laporan kami akan bertindak. Tetapi setakat ini masih tidak ada laporan lagi,” katanya kepada FMT.

Mahfuz sebelum ini secara terbuka menghadiri program anjuran Pakatan Harapan termasuk himpunan Bersih 5 dan terbaru hadir ke majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Malah, Mahfuz yang juga bekas ketua penerangan PAS itu turut mengkritik partinya apabila tidak menghantar wakil pada majlis itu dan menyifatkan PAS seolah-olah enggan menjalinkan kerjasama bersama gabungan pembangkang seperti diingini rakyat.

Sementara itu, Mahfuz ketika dihubungi FMT berkata beliau percaya tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh menyebabkan dikenakan tindakan dan dilucutkan keahlian.

“Saya tidak fikir pemimpin PAS akan ambil tindakan jika saya tidak buat salah, pemimpin PAS masih lagi rasional.

“Saya tidak lakukan kesalahan. Hanya buat kenyataan sedikit berbeza dengan parti, ia pandangan untuk membawa PAS kepada arus perdana politik yang lebih menyerlah,” katanya.

Malah, ketua whip PAS di Dewan Rakyat itu secara berterus terang berkata masih lagi setia bersama parti Islam berkenaan dan tidak pernah mencabar keputusan pimpinan pusat.

“Saya tidak mencabar pimpinan pusat tetapi hanya nak mengajar melihat realiti politik dan berpijak di bumi nyata,” katanya.

Selepas keluar daripada Pakatan Rakyat, PAS ketika ini membentuk blok ketiga apabila menjalinkan hubungan dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Perompak tertanggal topeng muka tetak mangsa (Gambar)

ADILA SHARINNI WAHID

Rakaman CCTV menunjukkan perompak yang masuk melalui pintu depan kedai runcit terbabit.
KOTA BHARU – Seorang lelaki berketurunan Pakistan juga tauke sebuah kedai runcit di Pasir Tumbuh, di sini, hampir putus jari kelingking selepas ditetak perompak yang tertanggal topeng muka ketika merompak kedainya, awal pagi tadi.

Arshad Ali, 34, turut mengalami kecederaan di belakang badan akibat kejadian pada jam 5 pagi tersebut.

Pekerjanya, ibu tunggal, Isniaida Abdul Wahab, 39, berkata, mereka didatangi tiga lelaki bertopeng yang bersenjatakan kapak serta pedang, secara tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam kedai serta merompak mereka.

Katanya, seorang suspek yang memegang kapak meluru ke arah Arshad, manakala dua lagi suspek yang bersenjatakan pedang panjang mengacukan senjata itu ke arahnya yang berada di kaunter serta memaksa dia menyerahkan wang tunai.

“Dalam kekalutan, majikan saya bertindak mencapai kayu dan bergelut dengan suspek yang memegang kapak, bagaimanapun topeng muka suspek tertanggal menyebabkan raup wajahnya terlihat dengan jelas.

“Saya sempat berpaling ke arah dia dan terkejut kerana mengecamnya sebagai pelanggan tetap yang kerap ke kedai ini. Suspek yang turut tersentak dengan keadaan itu meluru sambil mengayun kapak berkali-kali ke kepala saya, tetapi dihalang Arshad dengan tubuhnya sebagai perisai,” katanya.

Akibatnya, Arshad yang cedera terkena tetakan dan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk rawatan. Mangsa menganggarkan kerugian mereka bernilai RM6,000 daripada wang tunai, kad tambah nilai serta rokok jenama Dunhill yang larikan kumpulan perompak terbabit.

Gempar: Murid OKU kritikal dirogol guru besar, tiga guru lain


Keadaan murid itu yang kritikal, Foto DailyMail.
BIHAR - INDIA. Seorang murid perempuan orang kelainan upaya (OKU) berusia 12 tahun, berada dalam keadaan kritikal selepas dia dirogol oleh guru besar dan tiga guru lain.

Memetik laporan Daily Mail, Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di bandar Kako, di timur Bihar, India itu sekali gus membangkitkan kemarahan penduduk setempat.

Jurucakap polis Jehanabad Kusum Bharati berkata: "Kami telah membuka satu siasatan kes rogol terhadap guru besar, Aju Ahmed dan guru Mohammed Shaukat, Abdul Bari dan A Rahman sepertimana yang diadukan oleh ibu mangsa."

Mangsa kini telah dibawa ke Kolej Perubatan Patna untuk rawatan.

Sementara ibunya, yang sangat terkesan dengan kejadian yang menimpa anaknya itu berikrar akan melakukan apa sahaja bagi memastikan keadilan berpihak kepada anaknya.

Dia juga berkata akan membuat aduan kepada Jabatan Pelajaran Negeri.

"Saya berharap anak saya pulih, dan akan melakukan sehabis kemampuan saya untuk anak saya," ujar wanita berkenaan yang tidak dinamakan.
-sinarharian

Iskandar pun nak terjun masuk perigi buta juga?

MAHFUZ OMAR

Saya agak terkejut dengan penjelasan YB Datuk Ir Iskandar Abdul Samad, Naib Presiden Pas yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor.

"Mohon penjelasan lebih lanjut dari Datuk Iskandar mengenai ketidakhadiran Pas pada Majlis Perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Stadium Malawati pada 14 Jan 2017 yang lalu disebabkan kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

"Keputusan untuk tidak hadir disebabkan kehadiran AMANAH dan DAP pada majlis tersebut serta ketiadaan hubungan politik PAS dengan kedua-dua parti tersebut menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran PPBM,"kata Datuk Iskandar.

 Pada saya kenyataan dan penjelasan Datuk Iskandar sangat mengejutkan dan mengundang risiko yang besar kepada kelangsungan politik PAS khususnya kedudukan PAS dalam kerajaan Negeri Selangor.

"Kenyataan tersebut seolah memberi isyarat kepada YAB Datuk Seri Mohd Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bahawa 3 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor dari PAS tidak akan hadir mesyuarat Exco akan datang dan sekali gus akan melepaskan jawatan sebagai Exco disebabkan anggota Exco kerajaan negeri terdapat juga wakil dari DAP dengan jumlah bilangan yang sama dengan Pas."

Kenyataan Datuk Iskandar juga membayangkan yang semua Ahli Majlis PBT dari Pas di Selangor akan bertindak seiring dengan tindakan Exco disebabkan semua PBT Selangor terdapat wakil DAP dan beberapa orang wakil Amanah. Saya juga percaya yang Datuk Iskandar perlu bertindak demi maruah.

Kenyataan Datuk Iskandar juga membayangkan Pas akan menamatkan atau memutuskan hubungan dengan PKR dan tidak akan menjalinkan hubungan dengan PPBM kerana kedua-dua parti ini mempunyai hubungan kerjasama politik melalui dokumen perjanjian kerjasama (MoU).

Tidak mustahil demi maruah, Datuk Iskandar akan lakukan ini untuk tidak lagi dituduh seperti dakwaan wakil Dewan Ulamak Pas Selangor pada tahun 2016 yang berkata wakil rakyat dan mereka yang nak pertahankan kerajaan Selangor kerana sayangkan jawatan.

Kenyataan Dewan Ulamak Pas Selangor telah mengundang reaksi Datuk Iskandar dengan berkata mereka yang mendakwa sedemikian rupa sebenarnya sejak tahun 2008 berada dalam perigi buta.

Persoalannya adakah Datuk Iskandar dan wakil rakyat PAS di Selangor bersedia untuk kembali terjun ke dalam 'PERIGI BUTA'?.


*Penulis adalah Ahli Parlimen Pokok Sena
5.45pm Taman Al Walid Alor Setar
17 Jan 2017/ 18 Rabiulakhir 1438H

AWAS!!! PROJEK AKIDAH - SYIAH MELAYU


Maulana Muhammad Asri Yusoff

PROJEK AKIDAH - SYIAH MELAYU

PROJEK AKIDAH - SYIAH MELAYU

Bila bercakap tentang Syiah, mungkin anda terbayang Iran, Iraq & Syria
Sebenarnya mereka dekat dengan anda,
Mereka mungkin jiran anda, mungkin kawan anda, mungkin saudara mara anda
Mereka adalah bangsa Melayu yang beragama Syiah!

Video ini memaparkan personaliti Syiah Melayu, Hauzah Syiah, Aktiviti-aktiviti Syiah di Malaysia

BAGAIMANA UNTUK MENGENALI MEREKA?
Berhati-hati bila anda dapati mereka di sekeliling anda melakukan perkara berikut:

- Simbol2 agama Syiah dipamirkan
- Menepuk paha ketika solat
- Memperlekehkan dan memandang rendah sahabat2 nabi s.a.w
- Sering memuja dan memuji tokoh-tokoh Syiah seperti Khomeini, Hizbollah
- Sering menjama'kan Solat Magrib & Isya, Zohor & Asar
- Menyebut "Ya Ali" dan "Ya Husain" ketika ditimpa musibah
- Hanya memakan ikan bersisik
- Melewatkan berbuka puasa sehingga waktu Isya'
- Kaki tidak dibasuh tetapi hanya disapu semasa berwudhu'

ELAKKAN DARI TERJEBAK DENGAN SYIAH

* Kenali tokoh Syiah Malaysia. Mereka terdiri dari sasterawan, tokoh politik, pemimpin pelajar, profesor & pensyarah di IPT.

* Persiapkan diri dengan ilmu Islam yang sahih. Syiah akan memetik rujukan yang kononnya dari kitab Ahlus Sunnah wal Jamaah. Padahal rujukan itu mungkin tidak wujud atau ditafsir secara salah, sesuai dengan selera Syiah.

* Awasi kawan anda dan kawan anak-anak anda terutamanya di universiti dan kolej. Elakkan bergaul dengan rakyat atau pelajar Iran yang berfahaman Syiah.

* Bila berdebat dengan Syiah, jangan percaya apa yang dikatakan oleh pihak Syiah; kemungkinan besar mereka bertaqiyyah (menipu).

* Awasi buku-buku ‘Islamik’ yang dikarang oleh penulis Syiah seperti novel, cerpen dan sebagainya yang menyentuh syariat Islam dan sejarahnya kerana fakta-fakta akan diputarbelit dan dikelirukan.

* Elakkan makan minum, bergaul dan berurusan dengan mereka sebagaimana panduan dari hadis nabi

Mulai minggu ini Exco PAS di Selangor tidak akan hadir mesyuarat kerana kehadiran Exco DAP?

Iskandar mahu beritahu Azmin, tidak akan hadir mesyuarat Exco Selangor
BORHAN AHMAD
Kerusi Iskandar kekal kosong di majlis pelancaran Bersatu Sabtu lepas.
Kerusi Iskandar kekal kosong di majlis pelancaran Bersatu Sabtu lepas.
Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Samad bahawa tindakan parti itu tidak hadir ke majlis pelancaran Bersatu baru-baru ini kerana adanya DAP dan Amanah di situ membayangkan beliau dan Exco kerajaan negeri Selangor dari Pas tidak akan hadir dalam mesyuarat Exco Selangor akan datang.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Iskandar itu seolah-olah memberikan makluman awal kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, beliau dan Exco dari Pas yang lain tidak akan hadir dalam mesyuarat exco akan datang jika Exco dari DAP turut serta dalam mesyuarat itu.

Selain Iskandar, Exco Selangor dari Pas adalah Datuk Yunus Hairi dan Zaidy Talib. Di samping mereka ada 3 exco dari DAP dan empat lagi dari PKR.

"Saya memohon penjelasan dari Iskandar, apakah ini yang Iskandar maksudkan ketika berkata, wakil Pas tak hadir dalam majlis pelancaran Bersatu kerana adanya wakil DAP dan Amanah di situ," kata Mahfuz kepada Malaysia Dateline.
Mahfuz mahu Iskandar memberikan penjelasan ke atas kenyataannya apakah arahan dari Pas tidak akan berada dalam majlis yang ada pemimpin DAP dan Amanah lagi.
Mahfuz mahu Iskandar memberikan penjelasan ke atas kenyataannya apakah arahan dari Pas tidak akan berada dalam majlis yang ada pemimpin DAP dan Amanah lagi.
Begitu juga di peringkat kerajaan tempatan, kata Mahfuz.

Selaku Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar seolah-olah memberikan arahan terbuka kepada ahli-ahli majlis dari Pas bahawa mereka tidak perlu hadir dalam mesyuarat majlis kerajaan tempatan selepas ini jika wakil DAP dan Amanah turut hadir.

Ini berdasarkan kenyataan beliau, wakil Pas tidak hadir ke majlis Bersatu itu kerana adanya wakil DAP dan Amanah dalam majlis itu dan keputusan ini dibuat sebulat suara oleh Pas.

"Adakah itu yang dimaksudkan oleh Iskandar ketika membuat kenyataan itu," tanya ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Sinar Harian melaporkan, Pas membuat keputusan untuk tidak hadir di Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati, Sabtu lalu kerana kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Pas tidak mempunyai hubungan politik dengan kedua-dua parti tersebut menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran parti Bersatu.

Keputusan itu dipercayai dibuat semasa mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang diadakan beberapa jam sebelum majlis pelancaran Bersatu itu.

Ketika memberikan ucapan perasmian di majlis pelancaran tu, Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kedatangan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ke majlis itu.

Turut diumumkan adalah kedatangan Iskandar. Namun sehingga majlis berakhir, kerusi yang diperuntukkan oleh pihak penganjur untuk Iskandar kekal kosong dan berisi hanya dengan sebotol air mineral.

Ekoran itu, bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim mendakwa, tindakan Pas seolah-olah menipu Bersatu apabila berjanji mahu datang tetapi tidak datang sehingga menyusahkan dan memalukan pihak penganjur.

Beliau mendakwa tindakan Pas itu bukan saja memalukan Tun Mahathir tetapi juga pembangkang secara keseluruhannya.

Politik bodoh PAS

PAS tak hadir sebab ada AMANAH, DAP
Ketidak hadiran pimpinan PAS pada majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Stadium Malawati, malam Sabtu lalu kerana adanya Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP di majlis tersebut.

Justeru, Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, ketiadaan wakil pimpinan parti itu bukan disebabkan ingin bersengkongkol dengan BN atau sayang kepada Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, PAS tidak mempunyai hubungan politik dengan kedua-dua parti tersebut menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran BERSATU.

“Kita tidak hadir kerana kebetulan sebahagian kami ada urusan lain, saya dapat tahu Tun M mengatakan PAS seolah-olah hanya berpura-pura melawan Umno dan nak pecah belahkan undi supaya BN menang," jelasnya, memetik laporan Sinar Harian Online.

Ironinya, pucuk pimpinan DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga tidak kelihatan pada majlis berkenaan kerana dikatakan sedang menghadiri acara parti di luar Lembah Klang pada malam berkenaan.

Satu-satunya kelibat pemimpin DAP yang hadir hanyalah Naib Presidennya, Teresa Kok selain Datuk Mahfuz Omar yang hadir atas kapasiti peribadi dan tidak mewakili PAS.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata, pihaknya kecewa tuduhan dan dakwaan dilempar kepada PAS kerana isu ‘tidak hadir’ tersebut termasuk seolah-olah menghina Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti pembangkang keseluruhannya.

“Tun (M) tak patut katakan demikian kerana ahli PAS dah banyak jadi mangsa kezaliman Umno dan BN,” katanya lagi./malaysiakini

Lepas tu jemput pula hadir himpunanan yang dia buat

Atas nama Islam.. PAS menjemput semua parti termasuk AMANAH dan DAP bersama dalam Perhimpunan Raksaska RUU 355 di Dataran Merdeka.. tapi menolak untuk hadir di Pelancaran BERSATU kerana ada AMANAH dan DAP.

Inilah remaja 13 tahun buat laporan polis terhadap Guan Eng?

Faiz Adnan 
GEORGE TOWN: Beliau belajar di sebuah sekolah di Ampang, Selangor dan mendakwa menulis buku pertamanya pada usia 3 tahun dan blog sejak berusia 4 tahun.

Jumaat lalu, remaja terbabit menunjukkan kepada semua rakyat Malaysia yang beliau ada kuasa untuk memaksa ketua menteri Pulau Pinang menghabiskan masa sejam bagi menjelaskan kepada polis kenapa satu kenyataannya yang dimuat naik ke limguaneng.com tidak berbaur hasutan.

Lim Guan Eng menyifatkan laporan dan siasatan polis terhadapnya “remeh”.

“Terpulang kepada polis sama ada mahu meneruskannya, tetapi siapa yang akan dapat faedahnya?” kata Lim kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada polis, Jumaat lalu.

Bagaimana remaja itu memaksa siasatan berkenaan dimulakan dengan menjadi satu daripada 5 orang di Johor, Selangor dan Kuala Lumpur yang membuat laporan polis terhadap Lim untuk sesuatu yang setiausaha agung DAP itu muat naik ke blognya baru-baru ini berhubung undang-undang syariah kontroversi.

Seorang lagi pengadu ialah kakak remaja itu yang berusia 20 tahun, Aeshah Adlina.

Remaja yang mendedahkan butirannya kepada Berita Harian memberitahu: “Ayah saya kata dia mahu membuat laporan polis dan saya tanya jika saya juga boleh membuat laporan. Ayah saya benarkannya.”

Seorang pegawai polis kanan yang ditemu bual FMT berkata, tidak salah untuk kanak-kanak atau remaja membuat laporan polis.

Pegawai polis itu berkata, tiada peruntukan dalam Kanun Acara Jenayah yang menghalang seorang remaja daripada memfailkan laporan.

“Kemudian, langkah seterusnya adalah menentukan sama ada aduan itu mempunyai asas dan kebenaran. Jika ada, kami akan memulakan siasatan,” katanya kepada FMT.

Seorang peguam jenayah kanan menjelaskan, walaupun kanak-kanak atau remaja boleh membuat laporan polis, mahkamah perlu berpuas hati dengan kecekapan pengadu sebelum beliau boleh memberi keterangan di mahkamah. Itulah syarat di bawah Akta Keterangan 1950.

Peguam itu berkata, kecekapan saksi itu perlu diputuskan mahkamah terlebih dahulu.

Laporan polis yang dibuat remaja itu pada 23 November lalu, ketika beliau masih berusia 13 tahun, berkaitan catatan Lim berhubung rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

Remaja itu mendakwa ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.

“Saya membuat laporan polis itu selepas mendapati catatan blog Lim tidak tepat dan bercanggah dengan undang-undang,” kata remaja terbabit kepada Berita Harian.

Dalam blognya sendiri, remaja berkenaan mendakwa catatan blog Lim adalah “tuduhan dikitar semula”.

“Akta 355 mahupun pindaan akta itu tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Akta 355, ia bukan tentang pelaksanaan undang-undang seperti hudud yang dituduh ketua menteri Pulau Pinang.

“Hakikat Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf institusi Mahkamah Syariah seperti yang dinyatakan dalam Perkara 121 (1A) dan Bahagian 1 Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, membuktikan Akta 355 tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” tulis remaja itu di blognya.

Remaja itu memberitahu Berita Harian beliau bercita-cita menjadi ahli politik dan berucap di Pusat Dagangan Dunia Putra, Parlimen serta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Beliau turut memuat naik laporan polisnya di blognya.
-fmt