Mahfuz pecah rahsia kenapa tidak keluar Pas

ATIRAH HASLI
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar enggan meninggalkan Pas kerana ada 'mesej' yang ingin disampaikan kepada ahli parti.

Mahfuz ketika bercakap kepada Sinar Online mengaku beliau mahu membuktikan sesiapa sahaja berhak mempunyai pandangan dan pendirian yang berbeza dalam parti.

"Saya mahu kekal di sini. Saya tidak akan ke mana-mana termasuk Bersatu, PKR, atau Amanah. Saya hanya mahu berada dalam Pas.

"Saya mahu buktikan yang tidak salah jika kita mempunyai pandangan politik berbeza daripada parti. Kita tidak perlu keluar parti dan boleh terus bebas menyuarakan pandangan kita," katanya.

Beliau dalam masa sama menafikan kecenderungannya dalam menyokong lawan kepada partinya, iaitu Amanah.

Menurut Mahfuz, sokongannya hanya diberikan kepada Pakatan Harapan (Harapan) yang diyakini mempunyai potensi untuk menyaingi BN pada PRU akan datang.

"Hanya Harapan sahaja yang mampu mengubah corak arena politik negara. Kita tidak boleh mengharapkan Pas yang hanya mensasarkan 44 kerusi pada PRU nanti.

"Sekiranya menang 44 kerusi sekalipun, mereka tidak boleh menjadi pemerintah negara. Itupun jika dapatlah (44 kerusi), bahkan saya rasa Pas hanya mampu menang sebilangan kecil sahaja kerusi sekiranya mereka masih teruskan rajuk mereka dengan Harapan," katanya lagi.

Mahfuz sejak kebelakangan ini sering tampil lantang menyuarakan sokongannya terhadap Harapan.

Tindakannya itu jelas bertentangan dengan pendirian Pas yang enggan mempunyai sebarang hubungan politik dengan Harapan.

Mahfuz juga sering dilihat hadir pada majlis dan program anjuran Amanah, Bersatu, PKR dan Pakatan.

Selepas disokong Zahid, tersebar pula video Zamihan ‘hentam’ Najib

Amin Iskandar
SELEPAS Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan Zamihan Mat Zin pakar dan aset penting kerajaan dalam program pemulihan tahanan suspek militan, sebuah video pendakwah kontroversi itu mengkritik Perdana Menteri Najib Razak mula tersebar.

Dalam video itu, Zamihan mengkritik pentadbiran Najib "kurang cerdik" kerana memberikan tanah seluas 16 hektar kepada Arab Saudi untuk membina Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di Putrajaya.

Menurut Zamihan, kerjasama Malaysia dengan Arab Saudi untuk melawan pengganas Daesh itu tidak realistik kerana negara itu sendirilah yang melahirkan Daesh.

Katanya, Malaysia tidak memerlukan Arab Saudi untuk memulihkan tahanan militan kerana agensi sedia ada dalam negara sudah mencukupi.

“Kita dah ada polis, dah ada Kementerian Dalam Negeri (KDN), dah ada Jabatan Penjara, dah ada institusi keselamatan yang lain seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dah cukup dah. Kenapa kita nak bergantung kepada Saudi untuk counter Daesh? Saudi sendiri yang melahirkan Daesh,” soalnya, dalam rakaman video sepanjang 2 minit 27 saat yang disebarkan melalui akaun Facebook Sasaran Berita.

Video dalam durasi yang sama tersebar sebelumnya melalui akaun Youtube milik worldkuliah dan ditonton sebanyak 65,755 kali sejak dimuat naik pada 23 Oktober lepas.

Zamihan bertanya apakah kerana Malaysia "terhutang budi" kepada Arab Saudi melalui bantuan kewangan dan persefahaman mengenai kuota haji maka negara itu dipelawa membuka pusat keamanan global itu di negara ini dan diberi tanah seluas 16 hektar.

"Bagi saya tindakan PM ini bukan tindakan cerdik.

“Nak ambil tindakan kepada saya penjawat awam, silakan. Kita negara demokrasi,” kata Zamihan, yang juga terlibat dengan beberapa kontroversi baru-baru ini.

Semakan di YouTube mendapati video itu dirakamkan daripada ceramah di sebuah masjid di Ampang, Selangor dan dimuat naik di akaun Online Majlis Ilmu pada 11 Julai 2017.

Najib dalam satu majlis di Pekan pada 9 Julai mengumumkan bangunan kekal KSCIP bakal dibina di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya di atas tanah seluas 16 hektar.

Idea penubuhan KSCIP dibincangkan dalam lawatan Raja Salman ke Malaysia pada Februari 2017. Pusat itu beroperasi di pejabat sementara di Kuala Lumpur sejak akhir Mei lalu.

Zahid pada Khamis mempertahankan Zamihan ketika ramai mendesak supaya peranan pegawai agama itu dalam program pemulihan akidah ditamatkan susulan beberapa kontroversi melibatkannya.

“Ustaz Zamihan merupakan salah seorang pakar pemulihan ini. Mengikut rekod yang saya perolehi, kejayaan beliau untuk melakukan pemulihan akidah terhadap orang Islam yang lakukan keganasan atau melakukan keganasan berat ini cukup berjaya.

“Ertinya beliau adalah aset untuk memulihkan akidah, apatah lagi kembalikan kumpulan itu untuk ikut jalan yang benar dari segi agama,” katanya.

Dalam ceramah yang tersebar itu, Zamihan berkata Putrajaya seharusnya bertanya pandangan beliau berhubung isu melawan pengganas Daesh kerana pengalamannya dalam program memulihkan tahanan militan.

“Tuan-tuan tanya, siapa di Malaysia ni yang bertanggungjawab memulihkan pengganas? Panggil profesor mana, ustaz mana, penceramah mana.

“Zamihan je yang keluar penjara, masuk penjara berinteraksi dengan pengganas Daesh. Zamihan je berinteraksi dengan pengganas Sulu,” katanya.

"Cuba tanya pandangan kita sepatah. Cuba tanya pegawai polis Bukit Aman. Cuba tanya pegawai Jabatan Penjara. Cuba tanya pegawai KDN. Siapa yang memainkan peranan dalam counter terrorisme," katanya.

Zamihan menambah "hakim-hakim di mahkamah" pun boleh jadi saksi tentang kepakarannya dalam bidang keganasan ini kerana beliau beberapa dipanggil sebagai saksi pakar di mahkamah.

"Bukan angkuh tuan-tuan. Kita bangga dengan Saudi, kita terima duit Saudi, kita akur kuota haji dengan Saudi, padahal Saudi ini penyumbang terbesar keganasan di rantau Teluk.

"Mereka sendiri tak boleh nak pulih tahanan Daesh di negara mereka, bagaimana mereka nak datang negara kita dan pulih tahanan Daesh?" tanya Zamihan.

Zamihan bulan lalu ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana ceramahnya di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam yang didakwa menghina kaum lain serta kritikan terhadap Sultan Johor berhubung titah tuanku mengenai kedai dobi layan diri untuk Muslim saja.

Jabatan Agama Islam Selangor juga mengharamkan Zamihan daripada memberi ceramah di masjid dan surau negeri, manakala Majlis Agama Islam Selangor mengarahkan siasatan terhadap Zamihan kerana didakwa mengkritik institusi diraja semasa ceramahnya.

Sementara itu, beberapa pihak mempersoalkan penglibatan Zamihan dalam program pemulihan militan, dengan pandangan terbaru disuarakan oleh MCA.

Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Ti Lian Ker berpendapat kerajaan tidak sepatutnya mempertahankan Zamihan Mat Zin sebaliknya memulihkan pegawai agama itu terlebih dahulu sebelum beliau diberikan peranan memulihkan orang lain.

Katanya, tindakan kerajaan melindungi Zamihan hanya akan makan diri kerana memberi peluang kepada pembangkang menuduh pegawai agama itu dilindungi oleh orang tertentu.

Ha ha ha Lawak betul lebai PAS ni (Gambar)

Ketua Dewan Ulamak Pas Perak Sidiq Nor menyeru semua ahli Pas melakukan solat hajat dan munajat bagi memohon Allah SWT memberi kemenangan kepada Razman yang menghadapi saman fitnah Nizar.

Majlis solat hajat dan munajat itu dijadualkan malam tadi secara serentak di markas, surau dan masjid.

Bagaimanapun berlaku kesilapan pada tarikh program solat hajat dan munajat itu yang dinyatakan pada 9 November 2019, iaitu dua tahun dari sekarang.
Foto Mohd Yusof.
Foto Wfauzdin Ns.
Walaun UP gambar ni dlm FB, kononnya puak2 mereka dah turun bantu mangsa2 banjir kat Penang. Seperti biasa, si Razman yg bodo ni pun bangga dan turut "UP" juga.

Rupa2nya itu gambar lama beberapa tahun yg lalu. Perkara ini kantoi apabila salah seorang petugas (yg dalam bulatan) tu tampil mengaku itu sewaktu beliau bersama Unit Amal dulu, sekarang ni dah masuk Amanah. Ertinya, ini foto lama dikutip oleh walaun. Tak pasal2 PJ Perak pun bodo kena tipu. Hahaha...

Nizar menang saman fitnah Pesuruhjaya Pas Perak
Sebelum ini Razman telah diarah mahkamah membayar kos sebanyak RM8,000 kepada Nizar setelah kalah dalam permohonan membatalkan saman yang difailkan oleh Razman terhadap Nizar serta permohonan membatalkan tuntutan balas yang difailkan oleh Nizar terhadap Razman.

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin hari ini menang dalam kes saman fitnahnya terhadap Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria di Mahkamah Sesyen Ipoh.

Timbalan Pengerusi AMANAH Perak itu memfailkan tuntutan fitnah sebanyak RM3 juta terhadap Razman pada Ogos 2015 ekoran kenyataan Razman yang disiarkan akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015 bertajuk “Pendekatan Nizar mirip DAP”.

Sebelum ini Razman telah diarah mahkamah membayar kos sebanyak RM8,000 kepada Nizar setelah kalah dalam permohonan membatalkan saman yang difailkan oleh Razman terhadap Nizar serta permohonan membatalkan tuntutan balas yang difailkan oleh Nizar terhadap Razman.

Nizar dalam kenyataan di luar mahkamah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu beliau dalam perbicaraan yang memakan masa yang panjang.

Saya tengok bukti duit Umno kepada PAS, kata Husam

Saya tengok bukti duit Umno kepada PAS, kata HusamBekas naib presiden PAS, Husam Musa mempertahankan pendiriannya berhubung dakwaan itu sehingga kini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 November, 2017.
BEKAS naib presiden PAS, Husam Musa mendakwa beliau melihat sendiri sumber maklumat yang menunjukkan pemimpin PAS menerima wang daripada Umno dan jumlahnya lebih daripada RM90 juta.

"Saya tidak bermain dengan kata-kata. Saya bercakap selepas saya melihat sumber maklumat tersebut dan pastikan ianya tepat dan benar.

"Iaitu sejumlah wang disalurkan melalui Affin Bank kepada beberapa pihak berkaitan dengan kepimpinan PAS selain transaksi runcit lain," kata Husam dalam satu sesi dialog semalam.

Husam berkata demikian ketika Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown bertegas di Mahkamah London PAS menerima wang daripada Umno.

Husam sebelum ini mendakwa, PAS menerima wang itu daripada Umno melalui Affin Bank.

"Dalam ucapan, saya tak sebut jumlah. Kerana dalam fikiran saya jumlahnya lebih besar daripada RM90 juta.

"Saya hanya secara tegas menamakan bank, iaitu Affin Bank," kata Husam dalam dialog itu.

Sehubungan dengan itu, Husam berkata, beliau sehingga kini mempertahankan kenyataan itu.

"Saya masih berpendirian mempertahankan kenyataan saya itu. Saya tidak berganjak kecuali berkenaan jumlah," katanya dalam sesi dialog berkenaan.

Menurut Husam, beliau terikat dengan Akta Kewangan ataupun Bank dalam negara ini (untuk mendedahkan sumber) walaupun ramai rakyat Malaysia dan ahli PAS ingin tahu.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bertindak memfailkan saman terhadap Clare berikutan dakwaan Sarawak Report bahawa PAS menerima RM90 juta daripada Umno.

Namun sehingga kini, Husam dan seorang lagi yang membuat dakwaan sama iaitu ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tidak disaman PAS.

Bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa juga tidak menyaman Rafizi walaupun berjanji akan berbuat demikian selepas Rafizi membuat kenyataan Nasharudin antara yang menerima wang itu daripada Umno.

Husam yang dipecat daripada PAS pada Mei 2016 kerana mengkritik kepimpinan parti itu, juga pernah membuat kenyataan berhubung dakwaan berkenaan pada satu ceramah Amanah di Kelantan awal tahun ini.

Rewcastle Brown, dalam satu pernyataan pertahanan dalam saman yang difailkan Hadi, turut menamakan beberapa pemimpin PAS yang mendapat manfaat daripada wang yang didakwa diberi oleh Umno. Kenderaan mewah turut disebut selain beberapa barangan lain yang dibeli pemimpin terbabit, katanya.

Penyataan editor berkenaan turut menamakan aktivis hak asasi manusia yang juga peguam Ambiga Sreenevasan sebagai sumber maklumatnya berkaitan RM90 juta diberikan oleh Umno kepada PAS, yang secara tradisinya merupakan musuh politik untuk pengundi Melayu-Islam. PAS berpecah daripada blok pembangkang dan digantikan dengan parti pecahannya Amanah.

Ambiga kini disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana mencetuskan keresahan awam dalam kaitannya dengan Rewcastle Brown.

Artikel bertajuk "As Najib denies all over 1MBDB let’s not forget his many other criminal connections" itu disiarkan pada 6 Ogos tahun lalu dan mencadangkan wang yang diberikan itu sebagai pertukaran untuk sokongan PAS kepada pakatan pemerintah Barisan Nasional.

Hadi mengemukakan saman terhadap Clare melalui firma guaman terkenal di England, Carter-Ruck yang terkenal dengan caj perkhidmatannya yang tinggi.
 –themalaysianinsight

Raja Saudi turun takhta ‘beberapa hari lagi’?

FMT Reporters

PETALING JAYA: Raja Arab Saudi, Salman Abdul Aziz akan menyerahkan takhta kepada anaknya, Putera Mahkota Mohammed bin Salman, lapor media Arab.

Rabu lalu, portal berita Arab, Rai al-Youm, melaporkan Mohammed, yang baru-baru ini berusaha menguatkan pengaruhnya dengan mengarahkan penangkapan besar-besaran beberapa tokoh perniagaan dan kerabat diraja, akan mengumumkan keputusan itu “2 malam akan datang”.

Pada hari sama, saluran televisyen Saudi, Al-Arabiya mengumumkan berita itu di Twitter tetapi memadam kiriman itu tidak lama kemudian.

Maklumat itu tidak dapat disahkan secara rasmi. Riyadh belum membuat sebarang kenyataan mengenai isu itu.

Spekulasi tentang keputusan Raja Salman untuk turun takhta muncul pada akhir Jun apabila beliau menyingkirkan anak saudaranya Mohammed Nayef untuk digantikan dengan anaknya Mohammed.
Pada September, stesyen TV Lubnan, Al-Manar, melaporkan sumber terdekat kerabat diraja berkata Salman akan turun takhta tidak lama lagi kerana masalah kesihatan.

Baru-baru ini, berpuluh-puluh ahli keluarga diraja termasuk jutawan, menteri, pegawai tentera dan ahli perniagaan ditahan di Arab Saudi pada Ahad atas arahan Mohammed.

Tahun lalu, Mohammed mengumumkan pelan pembangunan Wawasan 2030, dalam usahanya menampilkan dirinya sebagai reformis yang bakal membawa kemudahan, termasuk memperkenalkan dasar Islam yang “lebih sederahana”.

Mohammed baru-baru ini terlibat dengan perang mulut dengan jirannya Iran, menuduh negara itu mahu berperang. Susulan itu, harga minyak sedunia mula naik, manakala Tehran memberi amaran sambil merujuk “kekuatannya” yang boleh mengancam Arab Saudi.

Curah asid di kemaluan bekas isteri kerana enggan lakukan seks


Seorang wanita kini bertarung nyawa selepas bekas suaminya mencurahkan asid ke alat sulitnya disebabkan dia enggan melakukan seks dengan lelaki berkenaan, dalam serangan yang mengejutkan ramai.

Lelaki itu, Ved Pal, melakukan serangan tersebut terhadap bekas isterinya, yang tidak didedahkan nama, di rumah yang didiami wanita itu di Uttar Pradesh, India.

Menurut doktor, keadaan wanita itu kritikal. Pasangan berkenaan telah berkahwin selama tujuh tahun dan mempunyai dua anak.

Bapa mangsa, Kedar Singh mendakwa Ved telah memukul anaknya terlebih dahulu sebelum mencurahkan asid terbabit. Ved turut mendapat bantuan daripada abangnya.

Singh mendapat tahu mengenai insiden tersebut selepas dihubungi oleh jiran anaknya, Mereka kemudian membawa mangsa ke hospital.

Suspek kini melarikan diri.
-kualalumpurpost 

Ibu campak bayi baru lahir dari tingkat 17


PATTAYA- THAILAND. Sakit hati dengan keputusan teman lelakinya yang sudah berkahwin untuk kembali ke pangkuan keluarganya, seorang ibu muda berusia 20 tahun tergamak mencampak bayi baru dilahirkannya dari tingkat 1, lapor The Sun.

Netchanok Nokyungtong kecewa apabila teman lelakinya yang berusia 40 tahun itu meninggalkannya setelah mendapati dirinya hamil.

Ketua Polis Pattaya, Kolonel Apichai Khempet berkata, Netchanok mengakui tindakannya membuang bayi tersebut menerusi tingkap blok apartmennya dan ibu muda tersebut akan didakwa setelah bukti dikumpulkan.

"Dia melahirkan bayi itu di bilik air dan terkejut kerana tidak bersedia denga kelahiran tersebut. Teman lelakinya merupakan warga asing dari Korea Selatan tidak mahu bertanggungjawab atas kehamilannya dan mahu kembali kepada isterinya.

"Netchanok meletakkan bayi tersebut di dalam beg plastik sebelum mencampaknya keluar tingkap selepas beberapa minit bayi malang tersebut dilahirkan," katanya.

Pasangan tersebut dipercayai menjalinkan hubungan selama dua tahun sebelum Netchanok disahkan hamil.

Pihak polis masih meneruskan siasatan berhubung kes tersebut.
-sinarharian

BERSATU bakal diharamkan kerana ARMADA?

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memberi amaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) boleh diharamkan jika terus menggunakan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) untuk pergerakan pemudanya.

“Kesalahan ini berat dan boleh menyebabkan sesebuah pertubuhan dibatalkan.

“Siasatan masih diteruskan bagi meneliti isu ini,” Ketua Pengarah ROS Surayati Ibrahim dipetik sebagai berkata dalam kenyataan yang dilaporkan Utusan Online.

Jabatan itu juga berkata istilah ARMADA untuk jawatankuasa Pemuda BERSATU tidak pernah diluluskan dalam perlembagaan parti serpihan Umno itu.

Justeru, katanya, tindakan menggunakan nama ARMADA adalah melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksinya Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman susulan perkembangan itu.
-malaysiakini

Kantoi: Polis cekup isteri curang dengan rakan sekerjanya

Seorang anggota polis membuat laporan ke atas isterinya yang mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerjanya.

China Press melaporkan, suami wanita itu menangkapnya ketika dia bersama dengan seorang polis lelaki di sebuah rumah di Sri Petaling, Kuala Lumpur, pukul 5 petang, pada Ahad.

Laporan itu memetik sumber berkata, suami wanita itu sudah mengesyaki kecurangan isterinya dan bertindak untuk mengekori wanita itu.

“Dia mengikuti isterinya ke Jalan Sungai Besi pada pukul tiga petang hari kejadian. Dia melihat isterinya berjumpa lelaki itu sebelum mereka kembali ke rumahnya di Sri Petaling.

“Cubaan lelaki itu untuk membuka pintu gagal kerana isterinya sudah menukar kunci lalu dia mengumpil pintu itu.

“Lelaki itu terkejut melihat isterinya dalam keadaan separuh bogel dengan kekasih gelapnya,” ujar sumber itu lagi.

Lelaki itu dikatakan mengambil gambar dua pasangan itu sebelum bertindak membuat laporan polis.

Tambahnya lagi, lelaki itu juga berharap pihak atasan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap dua anggota polis itu.
-mstar

Lelaki ini sorok bahagian kemaluan wanita dipotong dalam peti ais


Peter Frederiksen. - Foto sumber Getty/Independent
BLOEMFONTEIN - AFRIKA SELATAN. Seorang lelaki yang ditangkap menyimpan bahagian kemaluan wanita yang dipotong dalam peti ais didapati bersalah terhadap 38 dakwaan, termasuk konspirasi membunuh.

Menurut laporan News24, hakim Johann Daffue mendapati Peter Frederiksen, 65, bersalah dalam tuduhan rogol, penyimpanan dan penghasilan bahan pornografi kanak-kanak, serangan serta penipuan.

Peter dilaporkan gagal memuaskan hati mahkamah sepanjang perbicaraan Isnin lepas.

Tertuduh didapati mengubah ceritanya hampir setiap masa dan hakim tidak mempercayai bukti Peter yang mengatakan isterinya Tshidi sebagai punca utama semua perbuatan jenayahnya.

Tshidi ditembak mati di hadapan rumahnya di Maseru pada Oktober 2015.

Peter yang ditahan di penjara ketika itu didakwa terlibat dalam konspirasi membunuh wanita tersebut.

Berkenaan bahan lucah kanak-kanak, mahkamah masih mengambil kira dakwaan Peter bahawa dia berfantasi seksual mengenai proses sunat kanak-kanak perempuan.

Ketika ditangkap polis pada September 2015, polis menemui klitoris di dalam peti ais di rumah Peter.

Dalam satu perbicaraan tahun sama, salah seorang bekas isteri Peter, Anna Matseliso Molise mendakwa klitorisnya dipotong selepas Peter mengikatnya.
-sinarharian

Bekas duta tinggalkan PAS, pilih DAP

Kepimpinan melalui kebolehan - itu keutamaan yang dilihat bekas duta Malaysia, Datuk Yeop Adlan Che Rose, yang kini secara rasmi menganggotai DAP.

Dengan pengalaman sebagai pegawai diplomatik Yeop Adlan menggunakan analogi tersendiri untuk menggambarkan sebuah negara yang mampu membangun dengan kerjasama pelbagai kaum.

Diminta mengulas mengenai cakap-cakap pemimpin Umno mengenai dominasi DAP, bekas anggota PAS itu sebaliknya menjawab dengan pertanyaan: Apa salahnya?

"Kalau beri (DAP) menerajui dan menunjukkan kebolehan, apa salahnya? Apa kita takut?

“Macam pasukan bola sepak. Kalau dulu pasukan bola Malaysia masyhur, siapa kapten (pasukan)? (Datuk) Soh Chin Aun. Tak ada apa-apa (masalah pun), Abdullah Nordin boleh bermain di sebelah Chin Aun, (Datuk) Santokh Singh bermain di belakang beliau,” ujarnya " katanya seperti dilapor roketkini hari ini.

Yeop Adlan, 74, ialah diplomat Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai duta negara di Mexico, Brazil, Argentina dan beberapa negara Afrika.

Bekas pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar itu pernah menyertai PAS ketika parti berkenaan menjadi tumpuan golongan profesional yang tertarik dengan pendekatan sederhana di bawah pimpinan Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Pada pilihan raya umum ke-11 (2004) Yeop Adlan dipilih PAS bertanding mewakili parti itu untuk merampas kawasan parlimen Hulu Langat namun gagal apabila beliau kalah kepada Datuk Markiman Kobiran.

Itu rekod dunia

Pada 2009 beliau dipinjamkan ke PKR untuk menjadi pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti itu sebelum meletakkan jawatan kemudiannya.

Menurut Yeop Adlan kejayaan kerajaan Pulau Pinang juga menarik perhatiannya untuk menyertai DAP.

Bersama PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), katanya DAP membentuk HARAPAN mentadbir Pulau Pinang dengan baik.

“Pulau Pinang dipegang BN selama 50 tahun tapi apa yang dia buat? Tak ada perancangan, kelam kabut, sesak, begitu begini dan sebagainya, terutama tempat makan, masyhur sebagai bau sampah.

“Tetapi (DAP) ambil dua penggal sahaja. Tengok, sudah bersih. Kerajaan waras dengan perbelanjaan. Tutup bocor (pembaziran), tak ada tiris. (Pelaksanaan) tender terbuka. Dia (kerajaan) belanja, tapi dengan baik.

“Hutang dah turun, daripada RM680 juta tinggal RM66 juta sahaja. Yang paling tinggi sekali (hutang) Pahang (iaitu) RM2.3 bilion,” katanya.

Kata Yeop Adlan lagi, kemajuan ekonomi orang Melayu hanya akan dapat dicapai dalam sebuah negara yang ditadbir seperti dilakukan HARAPAN di Pulau Pinang.

Beliau juga berpendapat tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan jika DAP ditakdirkan lebih ke depan berbanding parti lain.

Pada masa sama katanya gejala rasuah perlu diberikan perhatian utama supaya dapat dibendung secara menyeluruh oleh kerajaan.

“Kalau dah masuk dalam akaun sendiri (peribadi) sampai RM2.6 bilion macam mana ni? Ini dah rekod dunia!” tegasnya.
-malaysiakini 

Ini bukti lebai PAS kuat berbohong

Video ‘edisi kantoi’ pemimpin PAS Selangor kini tular di media sosial
MALAYSIA DATELINE
Ini bukan negara Taliban yang dipopularkan oleh Sultan Johor.

Video kuliah seorang pemimpin PAS di Selangor, Dasuki Abdul Rani kononnya banjir di Pulau Pinang telah mengakibatkan tujuh orang mati sedang banjir besar di Kelantan 2014 dulu tidak seorangpun yang mati kini tular di media sosial.

Pelbagai pihak menyebarkan balik video itu kerana ia jelas satu penyembunyian fakta sebenar kerana sekurang-kurangnya sembilan kematian dicatatkan semasa banjir besar di Kelantan itu.

Akibatnya beliau terpaksa membuat pembetulan hari ini melalui facebooknya.

“Pembetulan fakta, berlaku juga kematian dalam banjir di Kelantan,” tulis Dasuki selepas video asal beliau itu diviralkan kononnya di Pulau Pinang mati tujuh orang sedangkan semasa banjir besar di Kelantan tidak ada seorang pun yang mati.

Dalam klip video 1.03 minit bertajuk ‘Edisi Kantoi’ itu, Dasuki didapati berbohong dalam kuliahnya di sebuah masjid.

Dalam kuliah itu, beliau turut menyelar pemimpin Pulau Pinang yang menganjurkan Oktober Fest dan membangkit ‘Ini bukan negeri Taliban’ yang sebelum ini dipopularkan oleh Sultan Johor.
Dasuki Rani sindir ‘Ini bukan negara Taliban’.

“Buat Oktober Fest. Buat berlagak dengan minum arak. Kita bukan negara Taliban,” kata Dasuki dalam kuliah itu.

“Ni kalau cakap macam ini kalau tak kena gaya masuk penjara kita,” tambah Dasuki dalam kuliah beliau itu.

Ejekan “Kita bukan negara Taliban’ itu tidak pasti ditujukan kepada Lim Guan Eng atau Sultan Johor kerana yang memulakan kenyataan “Ini bukan negara Taliban’ adalah Sultan Johor.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengarahkan supaya operasi dobi khas untuk pelanggan beragama Islam di Muar ditamatkan segera atau berdepan tindakan ditutup oleh baginda sendiri.

“Beta tidak boleh terima perkara mengarut seperti ini. Ini adalah negeri Johor, negeri milik Bangsa Johor dan milik semua rakyat tidak kira bangsa dan agama. Negeri ini adalah progresif, moden dan bersederhana.

“Ini bukan negara Taliban dan sebagai Ketua Agama Islam di Johor, beta merasakan tindakan ini sama sekali tidak boleh diterima dan bersifat ekstremis,” titah baginda.

Laporan berita ‘Ini bukan negara taliban’ telah menjadi muka depan akhbar The Star dan berita utama di laman-laman portal berita.


Shafie Apdal 'mengamuk' dedah beberapa perkara di Parlimen...

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
KUALA LUMPUR - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, membuat beberapa pendedahan panas berhubung kemelut yang melanda Sabah yang kononya dikaitkan dengan beliau.

Jelasnya, 'orang lain yang dapat projek, namun nama beliau yang terpalit secara negatif'.

"Tohmahan kononnya syarikat proksi Shafie Apdal mendapat 20 peratus..."

"Tender dibuka tetapi yang dapat projek anak buah kepada pemimpin lain," katanya, di Dewan Rakyat hari ini, yang turut menyebut seorang nama pemimpin Umno yang turut menjadi konsultan bagi projek Pan Borneo.

Beliau berkata demikian merujuk kepada projek loji di Sungai Intan, Semporna Sabah.

Justeru katanya, adalah tidak adil menuduh beliau dengan gambaran yang negatif.

Dalam pada itu katanya, ketika beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kabinet, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa prestasi beliau berada pada tahap terbaik.

"Semasa saya menjadi Menteri, PM rakamkan ucapan tahniah, KPI saya berada pada tahap terbaik iaitu 106 peratus.

"Misalnya unjuran jalan hanya 10KM tetapi berjaya dibina 15KM, begitu juga pembinaan rumah PPRT, kami berjaya bina 16 unit, iaitu melebihi 10 unit yang diperuntukkan," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Justeru besar harapannya agar perubahan pemerintahan berlaku pada masa hadapan.

"Saya harapkan agar perubahan kerajaan berlaku pada masa mendatang," katanya.

Mohd Shafie, yang digantung keahliannya daripada Umno, mengumumkan keluar daripada parti itu pada Julai lalu sebelum menjadi presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diambil alih dan dijenamakan semula.

Beliau yang juga merupakan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia berkhidmat pada tahun 2009 - 2015.

Warga asing guna nama Melayu untuk miliki harta - Mahathir

AKMAL HAZIQ
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mahathir Mohamad mendakwa, di bawah dasar ekonomi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, orang asing kini mudah untuk membeli tanah di Malaysia.

“Sekarang datang satu cara baru. Orang asing nak beli tanah di Malaysia. Pinjamkan nama orang Melayu sebagai Presiden, CEO, Pengurus untuk tubuh syarikat Bumi Sdn. Bhd. Beli tanah. Harga tak penting. Beli, beli, beli.

“Yang mudah sekali tanah orang Melayu. Tak mahu jual, naik harga. Naik harga, naik harga sehingga jual. Tanah milik bukan Melayu pun boleh beli jika kena harga,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam tulisan beliau yang terbaru dalam blognya Chedet.

Pemilik syarikat ini katanya kemudian akan menghadiahkan berjuta ringgit kepada tuan punya nama pinjaman untuk syarikat yang didaftar sebagai syarikat tempatan milik bumi tersebut.

“Orang asing yang pinjam nama orang bumi amat kaya. Mereka memiliki berbillion ringgit. Banyaklah tanah akan dimiliki oleh mereka melalui proksi Melayu.

“Kemudian apabila dihitung, Melayu tak ada tanah lagi. Warga Malaysia lain pun sudah tidak ada tanah lagi. Bersama dengan TRX, Sg Besi, Melaka, Kuantan, Johor, Langkawi, Kedah, tanah yang berharga sudah tidak lagi milik rakyat. Ia sudah jadi sebahagian daripada negara lain,” kata beliau.

“Tetapi okay. Melayu dan lain-lain warga negara sudah kaya. Sekurang-kurangnya sebahagian daripada hutang 1 billion sudah dibayar. Bandar-bandar moden, canggih dan mewah terdiri di seluruh negara. Dan orang Malaysia, terutama orang Melayu dapat melihat dengan bangganya betapa Malaysia sudah jadi negara maju, penuh dengan bangunan pencakar langit. Mereka sendiri tinggal dalam pondok papan berbumbung zink di kawasan setinggan,” sindir beliau.

Menurut Tun Mahathir, kekayaan hasil daripada pinjaman nama tidak kekal dan orang Melayu akhirnya akan kembali ke pinggir hutan, jauh dari bangunan pencakar langit yang memenuhi tanah Melayu dahulu.

“Ingat, kita jual Singapura. Masih kita punyakah? Tanah di Malaysia yang kita jual kepada orang asing, masih kita punyakah? Bukan sahaja sudah bukan kita punya, undang-undang negara kita, duit negara kita juga tidak diguna. Masih kita punya kah?” soal beliau.

Pelakon lelaki ditahan bersama rakan disyaki miliki dadah

POLIS menahan seorang pelakon lelaki berusia 25 tahun bersama dua lagi rakannya kerana disyaki memiliki ganja seberat 5.97 gram yang disembunyikan di dalam keretanya di Jalan Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Wangsa Maju menahan kereta jenis Honda Jazz milik pelakon terbabit di sebuah stesen minyak.

“Pemeriksaan lanjut menemui satu bekas tin aluminium yang di dalamnya terdapat satu paket plastik lutsinar berisi ketulan mampat dan leraian daun-daun kering disyaki ganja bersama alat menghisap ganja yang disembunyikan di bawah kerusi pemandu.

"Pelakon itu bersama dua rakannya yang berusia 20 dan 24 tahun ditahan dan ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mazlan berkata ketiga-tiga individu yang ditahan didapati tiada rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 37A(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952. 
-Bernama

Sempena 1,000 hari Anwar dipenjara, PH berarak ke Dataran Merdeka (Video&Gambar)

Khairil Ashraf
KUALA LUMPUR: Sempena 1,000 hari Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara di Sungai Buloh, Pakatan Harapan hari ini berarak sejauh 2 kilometer bermula dari Parlimen ke Dataran Merdeka.

Perarakan yang disertai kira-kira 200 orang itu disertai antaranya oleh Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR Tian Chua, R Sivarasa, Nurul Izzah; Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Mereka turut melaungkan “Reformasi” “Bebas Anwar” dan “Hidup Rakyat” di perarakan itu.

Wak Azizah dalam ucapan kepada peserta perarakan mendakwa Anwar sanggup melalui pemenjaraan di Sungai Buloh bagi membebaskan negara ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menambah Anwar bagaimanapun terpaksa mengambil ubat tahan sakit lebih-lebih lagi apabila terlibat dalam kemalangan pada 22 September lalu.

“Memang terkesan tetapi dia tak mengeluh ini adalah satu penderaan. Tetapi dia sanggup melaluinya untuk membebaskan negara kita. Janganlah kita sia-siakannya,” katanya.

Dalam pada itu, Tian Chua dalam ucapan berkata perarakan malam tadi bagi memperingati 1,000 malam Anwar dipenjara.

Menurutnya, walaupun beliau telah menghabiskan 30 malam di Penjara Kajang baru-baru ini, ia tidak boleh dibandingkan dengan ketua umum Pakatan Harapan itu.

“Apa yang dilalui oleh saya tidak boleh dibanding oleh tokoh yang telah berada di penjara 1,000 malam,” katanya.

Pada awal Februari 2015, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar terhadap kesalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan itu dicapai sebulat suara oleh panel 5 hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 5 tahun terhadapnya.

Akhirnya Hadi berjaya heret Najib ke mahkamah

SHAHBUDIN HUSSIN
Perkara paling mungkin akan berlaku serta sukar dielakkan dalam kes saman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap editor Sarawak Report, Clate Rewcastle-Brown ialah perlunya kehadiran Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai saksi di mahkamah London.

Oleh kerana nama beliau telah dikaitkan secara langsung, bukan saja dalam isu RM90 juta yang didakwa diberikan kepada Pas, tetapi juga berkaitan RM200juta yang dikatakan diterima oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, keperluan Najib untuk hadir memberi keterangan tidak boleh lagi dipandang remeh.

Apatah lagi buat pertama kalinya, Najib semalam juga menafikan pernah memberikan wang RM90 juta itu kepada Pas.

Memandangkan kenyataan itu dibuat secara terbuka ditempat umum, maka ia perlu disahkan sekali lagi dengan Najib sendiri mesti tampil sebagai saksi di mahkamah.

Jika tidak, penafian Najib itu tidak boleh diterima dan hanyalah umpama perbualan dalam sembang-sembang di kedai kopi saja.

Dengan yang demikian, untuk menentukan Najib benar-benar tidak pernah memberikan wang, sama ada dalam jumlah RM90 juta atau RM200 juta, beliau perlu mengesahkannya di mahkamah.

Dalam hal berkaitan, bukan saja peguam Clare ingin menyoal Najib dengan lebih detail, malahan tentunya peguam Hadi juga ingin berbuat perkara yang sama.

Najib pula, dalam keinginan untuk memastikan Hadi menang kes samannya terhadap Clare itu, sudah pasti sukar untuk menolak daripada menjadi saksi kerana keengganan untuk hadir secara tidak langsung memperlihatkannya tidak mahu membantu Presiden Pas itu.

Hadi sendiri tentunya amat kecewa jika Najib enggan hadir untuk memberi keterangan dan membantunya dalam perbicaraan itu.

Dah jadi kawan, adatnya tentulah Najib dan Hadi boleh saling bantu-membantu.

Apabila hadir di mahkamah London, Najib pasti bukan saja akan ditanya mengenai wang RM90juta, tetapi juga berkenaan RM200juta dan kaitannya dengan 1MDB.

Ini kerana sebagaimana yang didakwa sebelum ini, kesemua wang yang dikatakan pemberian Najib itu adalah dipercayai bersumberkan daripada dana 1MDB yang diselewengkan.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dalam pendedahannya melalui akuan bersumpahnya sebelum ini, walaupun tidak menyebut jumlahnya, mengatakan Najib telah memberikan wang yang bersumberkan daripada 1MDB kepada Nasharuddin untuk disalurkan kepada pemimpin-pemimpin Pas.

Bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa pula, di sebalik tidak menyebut nama sesiapa, tetapi secara terbuka mendedahkan angka RM200juta itu serta nama sebuah bank, Affin Bank sebagai tempat di mana wang tersebut disalurkan.

Jika Rafizi dan Husam pun ada maklumat sedemikian rupa, apakah tidak mungkin peguam Clare mempunyailebih maklumat lagi?

Maka, mampukah Najib menafikannya dalam mahkamah nanti?

Apa yang menariknya di sini, kalau sebelum ini Najib berjaya menolak beberapa saman untuk menghadapkannya ke mahkamah berkaitan 1MDB dan wang RM2,600juta yang pernah diterimanya, bahkan soalan di Parlimen juga berjaya dielaknya, beliau kini sudah tiada pilihan lain lagi.

Najib kini terpaksa hadir ke mahkamah London dan seterusnya merelakan dirinya disoal oleh peguam di sana.

Akhirnya, meskipun Clare yang kena saman, dalam masa yang sama, Presiden Pas itu juga telah berjaya mengheret Perdana Menteri ke mahkamah – suatu perkara yang selama ini sedaya-upaya cuba dielakkan oleh Najib.