Jawapan tertangguh misteri kematian Altantuya mesti didedah

Seorang lagi anggota parlimen kerajaan menyatakan sokongan supaya siasatan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibuka semula.

Menurut Hanipa Maidin langkah berkenaan wajar diambil demi menegakkan keadilan di negara ini.

Lebih daripada itu anggota parlimen Sepang dari Parti Amanah Negara berkenaan menyatakan, ada beberapa isu "misteri" yang melatari siasatan serta perbicaraan kes berkenaan.

"Kenapa ada OKT (orang kena tuduh) diberi jaminan sebelum bicara bagi kes seserius itu?

"Mengapa peguam negara tidak membuat rayuan selepas OKT tersebut dibebaskan di akhir perbicaraan?

"Mengapa hakim yang agak junior ditugaskan mendengar kes berkenaan?

"Siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya dan mengapa dia dibunuh?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Altantuya ialah wanita Mongolia yang mempunyai hubungan dengan salah seorang individu dipercayai Datuk Seri Najib Razak suatu ketika dulu.

Lakukan demi keadilan

Dia dibunuh pada 18 Okt 2006 dan tiga orang dihadapkan ke mahkamat atas insiden berkenaan. Dua daripada mereka ialah anggota polis (ketika itu) Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Konstabel Sirul Azhar Umar yang dituduh membunuh Altantuya.

Seorang lagi ialah Abdul Razak Abdullah Baginda yang dikenali sebagai penganalisis keselamatan dan politik yang senada dengan pendirian kerajaan.

Abdul Razak - dituduh bersubahat dalam pembunuhan itu - juga diketahui mempunyai hubungan yang rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, iaitu perdana menteri keenam Malaysia.

Azilah dan Sirul Azhar disabitkan kesalahan membunuh dan dihukum mati, manakala Abdul Razak dibebaskan.

Kejatuhan kerajaan BN di tangan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada PRU lalu mendorong pelbagai pihak mendesak kerajaan membuka semula fail siasatan kes itu.

Kata Hanipa beliau pernah membangkitkan isu sikap peguam negara yang tidak membuat rayuan apabila Abdul Razak dibebaskan daripada kesalahan berkenaan.

Selain itu Hanipa berkata kes pembunuhan Altantuya menarik perhatian dunia dan pada masa sama memalukan Malaysia, selain menjatuhkan integriti pelaksanaan undang-undang negara.

"Justeru, demi keadilan tragedi berkenaan perlu didedahkan sewajarnya," kata Hanipa.
-malaysiakini

Seorang dari 9 ADUN BN Perlis Belot?

Seorang dari 9 ADUN BN Perlis hadir taklimat bersama MB

Seorang daripada sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang tidak hadir pada majlis pelantikan dan angkat sumpah Menteri Besar Perlis Khamis lepas, hari ini menghadiri taklimat bersama Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man di kediaman rasminya di Kangar..

ADUN Kayang, Hamizan Hassan difahamkan berada di Dewan Residensi di kediaman itu untuk taklimat persidangan Umno dan perasmian berkelompok persidangan cawangan dan Sayap Umno bahagian Kangar.

Ketika ditemui pemberita selepas taklimat itu, Hamizan berkata beliau hadir pada taklimat hari ini atas kapasiti sebagai ketua Pemuda Umno bahagian Kangar dan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.

“Menteri besar dan saya berada dalam satu bahagian dan tujuan perjumpaan hari ini adalah untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan pergerakan Umno bahagian,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun ditanya adakah kehadiran pada hari ini menunjukkan beliau menyokong pelantikan Azlan sebagai menteri besar, beliau berkata: “Saya menjunjung titah Tuanku (Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail).”

Sembilan ADUN BN itu tidak hadir pada majlis pelantikan MB kerana mendakwa bahawa pelantikan tidak mendapat sokongan majoriti anggota DUN berkenaan.

Mereka sebaliknya berada bersama Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim di Kuala Lumpur dan Shahidan kemudiannya pada sidang akhbar mengumumkan cadangan memecat keanggotaan Azlan dalam parti.
-Bernama

Di manakah hebatnya PAS apabila hanya menang di wilayah Melayu-Islam?

MOHAMED HANIPA MAIDIN 
Saya sering tertanya jika Islam ini hanya untuk pihak pihak tertentu sahaja dan bukan “rahmat untuk seluruh alam”, kenapakah Rasulullah S.A.W perlu bersusah payah mendekati Yahudi dari pelbagai kabilah di Madina, menyantuni rombongan Kristian Najran di Masjid Nabi S.A.W, menulis surat kepada pelbagai bangsawan bukan Arab di luar wilayah Medina bagi mengajak mereka kepada Islam?

Begitu juga di manakah keperluan para pedagang Islam merentasi benua menuju ke wilayah asing seperti Melaka, Sumatera dan China membawa mesej Islam?

Begitu juga mengapakah para ulama menulis pelbagai kitab tentang misalnya tentang dzimmi, harbi, musta’ man, kharaj dan lain-lain.

Kenapakah lelaki Islam dibenarkan hatta berkahwin dengan wanita ahlul kitab tanpa perlu wanita tersebut memeluk Islam?

Mungkin sekarang ini ada agamawan yang seronok dengan “kemenangan Islam” di wilayah yang majoriti penduduknya adalah Islam seperti di pantai timur tapi hampir tidak dapat berpijak di wilayah yang ramai bukan Islam di dalamnya seperti di sebelah pantai barat.

Saya tertanya di mana hebatnya ?

Tidakkah puak agamawan rasakan bahawa jika wujudnya selama ini persepsi Islam ini hanya untuk orang Islam dan Melayu sahaja, ianya lahir kerana sikap dan tindak tanduk mereka sendiri?

Bersihkan negara dari PATI! - KHAS kepada YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin,

BERSIHKAN PATI DINEGARA INI!

Salah satu tugas utama TS Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri ialah membersihkan negara ini dari pendatang asing tanpa izin (PATI).

Malaysia memerlukan pekerja asing tapi mereka perlu berdaftar dan jumlah mereka mestilah dihadkan ketahap paling minima dan hanya untuk bidang2 tertentu saja seperti perladangan dan pembinaan.

Bagi kilang2, mereka mesti menggunakan teknologi moden supaya jumlah pekerja yang diperlukan tidak ramai dan hanya sebagai buruh. Bahagian pengurusan mesti rakyat Malaysia!

** Masaalahnya sekarang jumlah pendatang asing berjuta2 hingga memenuhi setiap ruang dinegara ini. Malah mereka dibenarkan berniaga sewenang2nya dimana saja. Apakah rakyat Malaysia tak reti berniaga?

Mereka juga mengancam keselamatan dan banyak terlibat dengan jenayah. Pihak polis sukar mengesan mereka jika sipenjenayah tidak berdaftar dengan KDN dan Imigresen.

Selain dari itu banyak syarikat2 pengimport pekerja asing menjadi kaya raya dengan membawa masuk "sampah sarap" dari negara asing terutama dari Bangladesh! Jumlah kemasukkan mereka jauh lebih besar dari yang diperlukan.

Dihari cuti Kuala Lumpur menjadi bandar yang mengerikan. Penuh dengan muka2 kelabu asap dan bau ketiak yang menusuk hidung!

Kenapa ini berlaku? Salah guna kuasa dan rasuah! Ramai kakitangan jabatan terbabit ditahan dan dikenakan tindakan tapi kemasukan pekerja asing masih berterusan.

"Minit" dari VVIP dizaman Najib juga menyebabkan kemasukan pekerja asing terus berleluasa.

** Sekarang kerajaan sudah berubah. Cara pengurusan kerajaan juga harus berubah. Jika ikut cara lama, tidak mustahil Malaysia akan penuh dengan sampah Bangladesh dan dari negara2 yang lain!

JADI TSMY mesti MEMBATALKAN semua lesen pengimport pekerja asing serta merta! Senaraihitamkan syarikat2 ini. Perniagaan buruh mesti dihentikan.

Bagi pekerja asing yang kosong, suruh mereka keluar tanpa syarat dalam tempoh tertentu.

Mereka2 yang melindungi pekerja asing hendaklah dikenakan tindakan tegas. Jangan bagi muka pada mereka.

Bagi kakitangan yang pecah amanah dan terlibat dengan rasuah, kenakan tindakan tegas atau dibuang dari kerajaan. Mereka adalah setan2 menjahanamkan negara!

Contohi negara lain yang tegas dalam isu pekerja asing. Kita malu kerana dico sebagai negara yang paling mudah dibolosi!

Bersihkan negara dari PATI!

Kepada YB. Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya mohon mencadangkan.

Sekian. Terima kasih.

Amir Putrajaya.

(Sama2 kita viralkan isu ini supaya mendapat perhatian pihak berkaitan)

kredit : Amir putrajaya

Polis sedang mengesan Jamal yang menghilangkan diri semasa prosiding mahkamah

Alyaa Alhadjri

Polis sedang mengesan Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos selepas beliau menghilangkan diri semasa prosiding mahkamah.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat, pemimpin 'gerakan baju merah' itu didakwa oleh seorang majistret di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, yang mana dia ditahan tetapi hilang semasa proses ikat jamin.

"Dia meninggalkan hospital semasa proses dokumentasi untuk ikat jamin malam ini.

"Kami akan mencarinya (segera) untuk menyelesaikan proses itu," kata Fadzil.

Percubaan menghubungi Jamal untuk mendapat maklum balas tidak berjaya manakala akaun WhatsAppnya menunjukkan dia tidak aktif sejak 10 Mei lalu.

Jamal sedang menerima rawatan kerana sakit belakang di hospital berkenaan.

Jamal, 48, didakwa di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda RM400 jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Jamal diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Jun depan sebagai sebutan kes di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Dalam kejadian 5 Oktober tahun lalu itu, Jamal dikatakan mengetuai bantahan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ (BBF17) di hadapan pejabat pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Selasa lalu, Jamal turut ditahan di hospital sama bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 34 Akta Senjata 1960 selepas terdapat laporan terhadapnya yang dikatakan senjaga mempamerkan senjata apinya.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor pada 12 Mei lalu berkata, laporan polis dibuat berhubung gambar tular yang memaparkan seorang lelakan mirip Jamal dengan gambar tersisip di pinggang.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan daripada gambar berkenaan sama ada ia senjata betul atau palsu.

Pulak. Dah¡ 8 ADUN BN Perlis lapor Azlan pada polis

Anne Muhammad
Lapan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Perlis hari ini membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Azlan Man kerana memperkenalkan dirinya sebagai menteri besar negeri itu.

Menurut salinan laporan polis yang diterima Malaysiakini, lapan ADUN itu tidak bersetuju dengan pelantikan dan tiada keyakinan terhadap pelantikan Azlan selaku menteri besar.

“Di samping itu saya juga menyatakan bahawa apa-apa pelantikan ahli-ahli eksekutif (exco) yang dicadangkan oleh Datuk Seri Azlan Man tidak mempunyai keyakinan.

“Saya juga turut menyatakan pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar Perlis adalah sesuatu tindakan yang tidak mematuhi perlembagaan Persekutuan dan juga perlembagaan negeri Perlis, ini kerana menteri besar mesti mempunyai keyakinan dan sokongan daripada majoriti ADUN,” petik laporan itu.

Laporan itu turut menyebut sembilan daripada 15 ADUN tidak menyokong pelantikan Azlan bagaimanapun menyokong keputusan majoriti sesiapa sahaja dikalangan mereka yang dilantik menjadi menteri besar.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Jalan Eusoff, Kuala Lumpur, petang tadi.

Kelapan-lapan mereka turut diwakili dua peguam Thalia Rohaina Abdul Latiff dan Gavin Jayapal

Semalam, kesemua ADUN BN Perlis memulaukan istiadat angkat sumpah Menteri Besar Azlan Man kerana mahukan Datuk Ismail Kassim, adik pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan dilantik ke jawatan itu.

Raja Perlis murka

Tindakan itu menyebabkan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka.

Baginda menegaskan tidak mahu seorang menteri besar boneka. Ismail menafikan perkara itu dan mencadangkan nama lain selain beliau dan Azlan.

Shahidan mendakwa kesemua sembilan ADUN BN tidak menyokong Azlan, sekali gus bermakna mereka memperoleh majoriti penentu dalam dewan negeri.

Termasuk Azlan, BN mempunyai sepuluh kerusi manakala lima lagi milik pembangkang.

Kenyataan Shahidan ini seolah-olah mencabar Raja Perlis

Shahidan: Murka? Bagaimana pula rakyat yang marah
Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau tidak faham perkataan “derhaka” dan “murka” yang dikaitkan dengan dirinya.

“Apa makna derhaka? Apa makna murka? Saya tak faham sebab tiada dalam undang-undang. Bagaimana pula dengan rakyat yang marah?

“Kita jangan mengindahkan bahasa untuk menakutkan rakyat. Kenapa menakutkan rakyat dengan perkataan yang kita tidak faham,” katanya.

Dalam tulisan di Facebook, Shahidan berkata beliau tidak derhaka dan tidak mengganggu orang lain.

Beliau membayangkan tindakan tidak boleh diambil padanya, sama seperti kes kritikan oran ramai terhadap Tunku Mahkota Johor sebelum ini.

“Kalau sekiranya pihak berkuasa ingin mengambil tindakan apa yang berlaku sekarang, bolehkah mereka menangkap beratus ribu orang yang mengkritik TMJ kerana menghina TMJ?” soalnya.

Shahidan berkata beliau telah berjanji kepada orang Perlis untuk memperjuangkan hak demokrasi yang parti yang memenangi pilihan raya mestilah boleh memerintah.

“Doakan saya supaya sembuh kembali untuk memperjuangkan hak amanah orang Perlis supaya masalah seperti ini tidak berulang.

“Haruslah di ingat masa depan Perlis dan rakyat Malaysia adalah bergantung kepada apa yang diperjuangkan sekarang.

“Tidak bermakna pilihan raya jika parti yang menang tidak dapat mencadangkan menteri besar mereka. Saya memohon maaf kepada semua pihak,” katanya.
-malaysiakini

Akhirnya Ketua pengarah ROS ditendang ke JPA

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan pelantikan Masyati Abang Ibrahim sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang baharu berkuat kuasa 23 Mei lepas.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata Masyati menggantikan Surayati Ibrahim yang telah bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 22 Mei lalu.
Masyati merupakan Perunding Kanan di Bahagian Transformasi Sektor Awam JPA sebelum dilantik ke jawatan itu dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan, katanya.
-Bernama

Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin cadang pilihan raya semula di Perlis

FMT Reporters 
PETALING JAYA: Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menggesa diadakan pilihan raya semula di peringkat negeri, susulan kemelut politik selepas Umno Perlis memecat menteri besar selang beberapa jam mengangkat sumpah jawatan semalam.

Menurut Asri, pilihan raya semula adalah cara terbaik semua pihak yang bertelagah akan berpuas hati, dan perkembangan pendedahan berkait 1MDB juga mungkin membuatkan rakyat Perlis mengubah pilihan mereka.

“Boleh pilih wajah baru dan bermutu tinggi dari semua pihak, mana-mana jaguh yang ada kualiti tapi ‘kalah’ di tempat lain, mungkin boleh datang bertanding di Perlis,” kata Asri.

Kemelut kepimpinan negeri kecil itu tercetus selepas pilihan raya umum 9 Mei lepas, di mana Barisan Nasional (BN) yang memenangi 10 daripada 15 kerusi DUN, tetapi gagal melantik menteri besar yang dipersetujui bersama.

Semalam Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail menerima Adun Bintong, Datuk Seri Azlan Man, yang merupakan menteri besar lepas, mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar baru untuk penggal kedua.

Majlis itu tidak dihadiri oleh 9 Adun BN lain, sehingga menyebabkan Tuanku Syed mengeluarkan kenyataan mengkritik mereka.

Beberapa jam selepas upacara angkat sumpah diadakan, Pengerusi Umno Perlis yang juga bekas menteri besar negeri itu, Datuk Seri Shahidan Kassim, memecat Azlan daripada parti.

Shahidan turut mengkritik Raja Perlis kerana didakwa mencampuri urusan pentadbiran negeri, sambil menyifatkan dirinya mengorbankan “jiwa dan raga” bagi memastikan kemenangan BN.

Sehingga kini tidak kelihatan jalan keluar daripada kemelut tersebut dengan masing-masing pihak belum menemui kata sepakat.

Pelajar wanita kolej ditemui mati dengan kesan jerut pada leher

Seorang pelajar wanita Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) di Port Dickson ditemui mati dengan kesan jerut pada leher dipercayai dibunuh, dekat kawasan semak di Taman PD Permata di Port Dickson kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Mohd Faisal Mohd Noor berkata sepasukan anggota forensik polis segera ke lokasi sebaik menerima panggilan mengenai mangsa, Nuralya Damia Mohd Hairi , 19, berasal dari Klang, Selangor.

"Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan polis menemui kesan jerut pada leher mangsa dan penuntut Diploma Sistem Komputer dan Rangkaian tahun akhir itu dipercayai dibunuh.

Susulan itu, polis menahan seorang pelajar lelaki dari kolej berkenaan yang dipercayai bekas teman lelaki mangsa.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-Bernama

Ini punca mengapa Azlan ditolak jadi MB Perlis -Ismail Kassim

MUHAMMAD FAIZ SULONG 
KUALA LUMPUR - Adun Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim menyifatkan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man sebagai seorang yang tidak boleh ditegur dan tidak boleh menerima pendapat orang lain.

Menurutnya, itu antara sebab mengapa pimpinan Umno Perlis tidak bersetuju apabila Adun Bintong itu dilantik sebagai menteri besar.

Ismail juga mendakwa, rakyat marah kepada Azlan berikutan kegagalannya menjaga kawasan semasa menjadi Adun Pauh sebelum berpindah bertanding ke Bintong pada PRU14 lalu.

“Orang tahu rekod dia di Pauh tak jelas dan mencuba di kawasan baru sekarang. Di bahagian dia gagal, macam mana kita bagi seorang ketua bahagian yang gagal untuk mengetuai negeri.

“Dia tak boleh ditegur, sesiapa yang berurusan dengan dia juga boleh tanya. Dia tak boleh terima pendapat semua orang," katanya, memetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT), ketika sidang media, malam tadi.

Berikutan itu, Ismail yang juga adik kepada Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, merafak sembah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail agar mempertimbangkan lapan Adun BN lain, selain dirinya dan Azlan, untuk dilantik sebagai menteri besar.

“Kita merayu sekali lagi kepada Tuanku untuk memberi pertimbangan terakhir kepada kami semua demi Perlis yang kita sayang. Bukan Ismail Kassim, bukan Azlan Man, tetapi lapan Adun BN lain daripada kami.

“Saya tak mahu dikatakan gila kuasa. Saya tak mahu arwah bapa saya dalam kubur tersentak-sentak dengan perbuatan yang tak berhemah di permukaan muka bumi. Saya tak mahu macam itu demi ayah saya,” katanya.

Pagi tadi, Azlan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis seterusnya menubuhkan kerajaan negeri selepas lebih dua minggu PRU14 selesai sejak 9 Mei lalu.

Namun, tindakan sembilan Adun BN yang tidak menghadiri upacara angkat sumpah jawatan menteri besar menyebabkan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka.

Pengerusi BN dan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim kemudianya membuat satu sidang media dan menjelaskan Azlan dipecat serta-merta dari Umno selain mendesak Raja Perlis agar tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Isu MB Perlis: Polis siap hadapi situasi luar jangka

Polis Perlis bersedia dengan pelan kontingensi bagi menghadapi situasi luar jangka berikutan kemelut yang berlaku susulan pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar Perlis yang tidak mendapat sokongan sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN).

Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias berkata beliau juga telah mengarahkan supaya kawalan keselamatan di kawasan Istana Arau dipertingkatkan.

Beliau ditemui pemberita semasa menyertai delegasi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam Ops Pasir 2018 di Sabah bermula hari ini sehingga Ahad ini.

Azlan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis bagi penggal kedua di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis hari ini.

Pengerusi BN dan Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam sidang media di Kuala Lumpur petang ini mencadangkan kepada pucuk pimpinan Umno pusat supaya memecat Azlan sebagai anggota Umno.

Tindakan Shahidan itu mendapat reaksi netizen yang memberi pelbagai komen ‘nakal’ dan juga provokasi.

Sehubungan itu, Azisman mengingatkan orang ramai dan netizen supaya mengawal kelakuan mereka dan tidak membuat komen-komen jelik atau menghina raja atau institusi diraja.

“Saya berharap biarlah isu kepimpinan dibincang oleh mereka yang terbabit, semoga isu ini diselesaikan dengan berhikmah dan tidak terpalit kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini keadaan terkawal dan polis belum menerima sebarang aduan berkaitan terganggu oleh mana-mana pihak atau individu.

“Kakitangan istana bolehlah mengambil “screenshot” kenyataan-kenyataan menghina yang ditularkan di laman sosial sebagai bahan bukti untuk kita siasat”, katanya.

Azlan, 60, yang merupakan ADUN Bintong, dilantik sebagai Menteri Besar Perlis bagi penggal kedua selepas BN berjaya mempertahankan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas dengan menguasai 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala parti Pakatan Harapan tiga kerusi dan PAS dua kerusi.
-Bernama

Jelas Raja Perlis murka dengan 9 adun, kata MB baru

Melissa Darlyne Chow
Azlan Man menandatangani watikah pelantikan menteri besar Perlis di Istana Arau, hari ini. (Gambar Bernama)
ARAU: Kemurkaan Raja Perlis terhadap ketidakhadiran 9 adun Barisan Nasional (BN) dalam upacara angkat sumpah jawatan menteri besar hari ini adalah “terang dan jelas”, kata Datuk Seri Azlan Man.

Azlan yang mengangkat sumpah sebagai menteri besar penggal ke-2 di depan Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau berkata, tiada keperluan untuk beliau mengulas lanjut.

“Pendirian saya, titah Tuanku jelas, tak perlu tambah lagi,” katanya pada sidang media selepas upacara angkat sumpah jawatan.

Raja Perlis dalam ucapan spontannya hari ini menjelaskan alasan beliau melantik Azlan sebagai menteri besar berbanding Adun Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim yang juga adik Pengerusi Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Sementara itu, Adun Sanglang dari PAS, Mohd Shukri Ramli menyambut baik ucapan Raja Perlis dengan berkata, beliau sedih mendengar apa yang disuarakan Tuanku Syed Sirajuddin.

“PAS juga kecewa. Kami sepatutnya memfokuskan kebajikan rakyat, tetapi sebaliknya berlaku.

“Sepatutnya, kita buang sentimen parti dan berebut jawatan. Kita harus berkhidmat kepada rakyat.

“Kita perlu memberi perhatian terhadap apa yang dikatakan Tuanku,” kata pesuruhjaya PAS Perlis itu.

Adun Sena, Asrul Nizan Abdul Jalil yang bercakap bagi pihak wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang menghadiri upacara angkat sumpah itu, mengucapkan tahniah kepada Azlan atas pelantikannya sebagai menteri besar.

“Harapan kami seperti yang Tuanku kata, untuk bekerjasama membangunkan negeri ini dan mengurangkan politik.

“PH akan bekerjasama memastikan pembangunan Perlis dan kesejahteraan rakyat dijaga.”

Katanya, berbanding 9 adun BN yang memboikot upacara angkat sumpah itu, wakil rakyat PH lebih baik dan matang dari segi politik dengan hadir ke istana.

“Kami memandang serius apa yang Tuanku katakan.

“Sepatutnya, kami tiada kaitan dengan pelantikan MB ini kerana BN yang mempunyai majoritinya, bukan kami.

“Tindakan 9 (adun BN) itu menyebabkan Raja Perlis lebih terkilan.”

Raja Perlis tolak MB boneka, Shahidan patut tanding Dun

MALAYSIA DATELINE 
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkata Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim patut bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) jika mahu menjadi menteri besar Perlis.

“Kalau Shahidan (Datuk Seri Shahidan Kassim) nak, patutnya dia bertanding di Dun tetapi dia bertanding di Parlimen ini yang jadi masalah. Saya tidak mahu rahsia dalam diketahui luar,” baginda dipetik sebagai bertitah oleh Berita Harian.

Baginda bertitah demikian setelah sembilan anggota Dun (Adun) BN memulaukan istiadat angkat sumpah Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini telah menamakan adiknya Datuk Ismail, sebagai calon menteri besar baru.

Tolak MB ‘boneka’

Bertitah dalam istiadat angkat sumpah menteri besar di Istana Arau, baginda berkata tidak mahu seorang menteri besar “boneka” yang boleh dikawal pihak lain.

“Seperti tuan-tuan dengar tadi sumpah menteri besar, beliau tidak boleh beritahu dan berbincang selain daripada mereka yang berada di dalam kabinet tidak boleh keluar rahsia langsung.

“Tetapi kalaulah adik jadi menteri besar tentu dia akan beritahu kepada abang Saya tidak mahu saya berterus terang tidak mahu orang luar mengawal Menteri Besar,” katanya merujuk kepada calon BN Perlis, Datuk Ismail, yang juga adik Shahidan.

Baginda juga mendedahkan selepas bertemu semua wakil rakyat BN sebelum ini, beliau merasakan “seperti ada grip (pegangan) lain”.

“… saya bimbang takut salah pilih Datuk Ismail Kassim… saya takut pilih Menteri Besar yang akan menjadi ‘puppet’ (boneka),” titah baginda.

Baginda juga mendakwa sembilan wakil rakyat BN yang tidak hadir itu “dikawal oleh seorang”.

Shahidan Kassim kalau nak jadi MB tanding la DUN -Raja Perlis

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkata Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim patut bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) jika mahu menjadi menteri besar Perlis.

"Kalau Shahidan (Datuk Seri Shahidan Kassim) nak patutnya dia bertanding di DUN tetapi dia bertanding di Parlimen... ini yang jadi masalah... saya tidak mahu rahsia dalam diketahui luar," baginda dipetik sebagai bertitah oleh Berita Harian.

Baginda bertitah demikian setelah sembilan anggota DUN (ADUN) BN memulaukan istiadat angkat sumpah Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini telah menamakan adiknya Datuk Ismail, sebagai calon menteri besar baru.

Tolak MB 'boneka'

Bertitah dalam istiadat angkat sumpah menteri besar di Istana Arau, baginda berkata tidak mahu seorang menteri besar “boneka” yang yang boleh dikawal pihak lain.

"Seperti tuan-tuan dengar tadi sumpah menteri besar, beliau tidak boleh beritahu dan berbincang selain daripada mereka yang berada di dalam kabinet... tidak boleh keluar rahsia langsung.

"Tetapi kalaulah adik jadi menteri besar tentu dia akan beritahu kepada abang. .. Saya tidak mahu.. saya berterus terang tidak mahu orang luar mengawal Menteri Besar,” katanya merujuk kepada calon BN Perlis, Datuk Ismail, yang juga adik Shahidan.

Baginda juga mendedahkan selepas bertemu semua wakil rakyat BN sebelum ini, beliau merasakan “seperti ada grip (pegangan) lain”.

“... saya bimbang takut salah pilih Datuk Ismail Kassim... saya takut pilih Menteri Besar yang akan menjadi 'puppet' (boneka)," titah baginda.

Baginda juga mendakwa sembilan wakil rakyat BN yang tidak hadir itu “dikawal oleh seorang”.

Raja Perlis murka pada 9 ADUN BN

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka dengan tindakan sembilan wakil rakyat BN tidak hadir pada majlis istiadat dan angkat sumpah menteri besar Perlis, hari ini.

Baginda kecewa kerana semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka dua hari lalu, lapor Berita Harian.

"Ini adalah kepentingan sesetengah puak, segan untuk saya sebut nama tetapi tuan-tuan pun tahu siapa.

"Hari ini sebilangan besar mereka tidak hadir.. sebab apa (tidak hadir) saya pun tidak tahu, sedangkan jemputan dibuat dua hari lalu dan mereka masih berada di Perlis ketika itu.

"Sekarang mereka berada di Kuala Lumpur, semalam mereka pergi menaiki kapal terbang... ini berdasarkan laporan yang saya terima," titah baginda pada majlis istiadat dan angkat sumpah Menteri Besar di Istana Arau, pagi tadi.

Walaupun dari parti sama, kesemua ADUN BN Perlis hari ini memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar Azlan Man, di Istana Arau.

Dipimpin oleh pengerusi perhubungan BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, mereka berkata Azlan tidak layak kerana tidak mendapat sokongan majoriti ADUN dalam dewan.

BN Perlis mempunyai 10 daripadanya 15 wakil dalam Dewan Undangan Negeri.

Shahidan dalam sidang media hari ini juga turut menuntut Raja Perlis tidak campur tangan dalam pemilihan menteri besar.
-malaysiakini

Kemelut politik Perlis, Syahidan Kassim tuntut Azlan Man dipecat sertamerta

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim, hari ini menuntut Datuk Seri Azlan Man mengangkat sumpah jawatan menteri besar Perlis pagi ini dipecat serta merta.

Pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur, beliau berkata Azlan sepatutnya tidak terima pelantikan itu kerana tak mendapat sokongan majoriti.

Sidang akhbarnya itu turut dihadiri oleh sembilan ADUN BN Perlis yang gagal hadir pada majlis mengangkat sumpah jawatan itu pagi ini.

Sebaliknya ia dihadiri oleh tiga ADUN Pakatan Harapan (PH) dan dua ADUN PAS hadir.
-malaysiakini

Azlan Man angkat sumpah MB Perlis, semua ADUN BN tak hadir

Datuk Seri Azlan Man hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di Balai Menghadap, Istana Arau bagi penggal kedua.
Ini sekali gus menamatkan penantian 14 hari selepas selesai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Istiadat mengangkat sumpah jawatan berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Bagaimanapun, timbul persoalan baharu apabila semua sembilan ADUN BN tidak hadir pada majlis mengangkat sumpah itu. Menurut portal Berita Harian Online, mereka difahamkan berada di Kuala Lumpur.

Sebaliknya, tiga ADUN Pakatan Harapan dan dua ADUN PAS hadir.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, BN berjaya meraih 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Pakatan Harapan hanya tiga kerusi dan PAS dua kerusi.

Semalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis menerusi satu surat jemputan kepada pihak media memaklumkan majlis istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan menteri besar Perlis akan berlangsung hari ini.

Ini selepas naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyembah menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, pada Rabu lalu.

Turut mengiringi Ahmad Zahid ialah naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Kegagalan membentuk kerajaan itu dikaitkan dengan krisis dalaman, bermula dengan tindakan pengerusi BN negeri Datuk Seri Shahidan Kassim menamakan adiknya Datuk Ismail Kassim sebagai menteri besar baru.

Bagaimanapun, Azlan Man dilaporkan tidak tahu menahu berkaitan perkara itu dan tidak dimaklumkan mengenainya.

Shahidan juga dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, petang ini.

Pendedahan Mohd Shukri bukti kerajaan BN perintah negara ala mafia, kata Mahfuz

MALAYSIA DATELINE 
Pendedahan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Shukri Abdull yang mendakwa terpaksa meninggal Malaysia kerana merasakan nyawanya terancam, membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara ini ala mafia, kata Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata sejak kemerdekaan negara belum pernah rakyat mendengar terdapat pemimpin melakukan tindakan di luar batasan kuasa terhadap penjawat awam sebagai yang berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

“Tindakan seperti ini (ala mafia) begitu melampau dan tidak mungkin dapat dimaafkan begitu sahaja. Semestinya rakyat yang mengikuti perkembangan beliau merasa sedih dan dukacita bagaimana beliau dilayan sedemikian sedangkan Shukri dan SPRM berusaha keras mahu menegakkan kebenaran dan menyelamatkan negara.

“Jika pemimpin kanan SPRM sendiri mengakui diugut, diancam, ditukar dan dipecat ketikan menjalankan tugas, bagaimana pula dengan kakitangan bawahan yang lain. Mungkin ramai lagi yang mengalami pengalaman yang sama atau mungkin lebih teruk tetapi enggan mendedahkannya kerana bimbang ancaman keselamatan terhadap diri dan keluarga mereka,” ujarnya dalam kenyataan.
Datuk Mohd Shukri Abdull (kiri) ketika sidang media pada Selasa yang mendedahkan apa yang beliau hadapi ketika menjalankan siasatan berkaitan skandal SRC dan 1MDB.

Mahfuz juga bersetuju siasattan menyeluruh dilakukan atas dakwaan Mohd Shukri yang mendedahkan pengalaman beliau semasa menyiasat kes skandal 1MDB dan SRC.

Jika tanpa pendedahan Mohd Syukri ujarnya lagi, rakyat Malaysia tidak akan tahu bahawa ada segelintir elit politik era pemerintahan BN yang mencengkam negara menggunakan kekuasaan dan kekerasan terhadap penjawat awam dan menjadikan negara ini seolah-olah milik peribadi mereka.

“Dalam hal ini, saya bersetuju agar *siasatan menyeluruh dibuat bagi membuktikan kebenaran dakwaan Datuk Shukri tersebut. Jika ternyata ia benar dilakukan, pelakunya wajar dijathukan hukuman berat atas jenayah yang dilakukan itu.

“Ia juga sebagai pengajaran bahawa penyelewengan dan salah guna kuasa adalah jenayah berat yang tidak boleh dimaafkan, dan sesiapa sahaja yang melakukannya wajar dijatuhkan hukuman setimpal,” ujarnya lagi.

Naib Presiden AMANAH ini juga berkata,apa yang berlaku menjadi sejarah hitam buat negara dan era pemerintahan baru Pakatan Harapan (PH) tidak akan berlaku sedemikian.

“Apa yang diharapkan kakitangan kerajaan agar terus dengan sikap profesional, menjalankan tugas atas profesionalisme dan tidak takut kepada sebarang ugutan oleh pemimpin politik yang berkuasa.

“Pentadbir kerajaan perlu bertindak mengikut lunas undang-undang dan bukan mengikut arahan secara semberono oleh pihak atasan.

“Jangan lindungi pemimpin yang korup tetapi bekerja untuk kepentingan negara tercinta.

“Saya yakin, jika pemimpin dan kakitangan awam saling bekerjasama melindungi negara dan rakyat saya percaya Malaysia akan kembali utuh dan mengulangi kegemilangan pemerintahan negara suatu ketika dahulu,” ujarnya.

Pada Selasa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shukri Abdull membuat pendedahan mendakwa, beliau terpaksa meninggalkan Malaysia kerana merasakan nyawanya terancam ketika mengetuai siasatan ke atas skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, 3 tahun lalu.

Beliau kini kembali mengetuai operasi siasatan kes SRC dan bersama Pasukan Khas Siasatan 1MDB yang baru ditubuhkan untuk menyelesaikan isu yang mendapat tumpuan dunia, setelah cubaan mengagalkan usaha dilakukan beliau dan beberapa pegawai SPRM itu dibuat oleh kerajaan BN menerusi kuasa seorang perdana menteri, ketua polis negara dan peguam negara bagi menafikan individu yang terbabit secara langsung dalam skandal SRC dan 1MDB yang sedang disiasat SPRM.

Semalam turut dilaporkan sebuah rumah milik pegawai wanita berpangkat tinggi yang dipercayai ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diserbu hujung minggu lalu.

Wanita tersebut merupakan ketua unit pasukan perisik, Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia, di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dikatakan telah menerima beberapa dokumen penting dua hari sebelum Pilihan Raya Umum (PRU14) baru-baru ini.

Pegawai tinggi itu yang mempunyai 300 orang anggota hanya melaporkan kepada Najib sahaja.

Pas terpinggir dari arus perdana politik negara

MALAYSIA DATELINE 

Pas akan menang lebih besar jika bersama Pakatan Harapan, kata Khalid.

Sifat gopoh dan kurang yakin kepada pendekatan yang diikutinya sejak zaman reformasi telah menyebabkan Pas semakin terpinggir dari arus perdana politik negara.

Walaupun akan ada yang berkata bahawa Pas telah berjaya dengan keputusan antara yang paling cemerlang dalam sejarahnya, hakikatnya ianya sebenarnya boleh jauh lebih baik dari itu.

“Ia kembali sebagai parti pantai timur dan kawasan kampung Melayu setelah beraksi cergas di pantai barat dan kawasan bandar pada tahun-tahun pasca reformasi,” kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad.

Bagi beliau, cogan kata “Pas for all” kian tidak kedengaran dan Pas kembali sebagai parti bersifat eksklusif memperjuangkan agenda khas bagi masyarakat Muslim dan Melayu.

“Kalau kita berhenti sejenak dan meninggalkan alam realiti dan menyelak seketika melalui imaginasi kita, mengintai pada ‘alam mungkin terjadi’, hanya yang beragenda akan menafikan bahawa Pas pasti mendapat kemenangan jauh lebih besar sekiranya ia telah istiqamah bersama Pakatan.

Sepertimana yang diperjuangkan oleh bekas pimpinannya yang akhirnya menubuhkan AMANAH, Pas akan dapat mengecapi kemenangan di peringkat Persekutuan juga.

“Tetapi malangnya bagi Pas, mereka terpengaruh, mungkin dengan keyakinan Najib, bahawa dia akan kekal sebagai Perdana Menteri
pasca PRU ke 14.

“Keyakinan Najib ini terhasil dari poket-poket yang sarat dengan duit rakyat untuk digunakan untuk membeli kembali sokongan rakyat!” kata Khalid dalam tulisannya di akhbar Mingguan Amanah yang bakal keluar Jumaat esok.

Bagi Khalid, sekiranya Pas kekal dalam Pakatan, berdasarkan keputusan yang diketahui sekarang, paling kurang 36 lagi kerusi di Semenanjung yang dimenangi BN akan jatuh kepada Pakatan.

“Ini adalah kerana 36 kerusi ini dimenangi BN atas sebab undi berpecah antara PAS dan PH,” tulis Khalid yang menang di parlimen Shah Alam dengan majoriti lebih besar kali ini.

USAHA UNTUK BAWA PAS KE DALAM PH?

MSO
Ada usaha dilakukan orang ketiga yang salah seorang bekas pemimpin tertinggi Pas untuk membawa Pas bersama Pakatan Harapan.

Keperluan itu difahamkan untuk kebaikan dua pihak, menstabilkan kerajaan Pas di Kelantan dan Terengganu dan ia juga memastikan Dr Mahathir Mohamad mentadbir dengan baik.

Kedudukan dua kerajaan Pas di Kelantan dan Terengganu itu tidak berada dalam kondusif sekiranya Pas terus dengan sikapnya kini, berada di luar kerajaan. Makanya pendekatan persefahaman perlu dibentuk segera.

Alasan usaha itu juga kononnya bagi mengukuhkan kedudukan Dr Mahathir yang disifatkan sebagai berada dalam keadaan tidak mantap.

Tidak dijelaskan apakah maksud tidak mantap itu ia berkemungkinan ada gangguan dari dalaman terhadap Dr Mahathir?

Usaha ini bagaimana pun peringkat awal, ia belum dibawa kepada pimpinan teratas Pas dan juga Dr Mahathir.

Dalam pada itu disyaki permintaan MB Kelantan Ahmad Yakob untuk bertemu dengan Dr Mahathir bagi membincangkan isu-isu berkaitan Federalisme ada sangkut paut dengan usaha berkenaan? Trims.

Rumah Pengerusi Tabung Haji diserbu SPRM rampas RM500k, barang kemas

Azeez sahkan SPRM serbu rumah, pejabatnya
MALAYSIA DATELINE 
Abdul Azeez Rahim
Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Rahim mengesahkan rumah dan pejabat beliau diserbu oleh SPRM dan beberapa dokumen dan fail telah dirampas.

“Mereka datang ambil fail dan sedikit dokumen,” kata Azeez kepada laman aplikasi berita, Malaysia Decides.

Bagaimanapun, kata Azeez, SPRM tidak menyerbu pejabat beliau di Tabung Haji.

Azeez juga mengesahkan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Tavbung Haji dan surat mengenainya telah diserahkan kepada pihak pengurusan Tabung Haji.

Sementara itu, Malaysiakini pula melaporkan, Abdul Azeez berkata dia perlu menyemak semula jumlah wang tunai dan barangan kemas yang dilaporkan dirampas kerana dia tidak berada di rumah ketika kejadian.

“Mungkin ada wang tunai (yang dirampas). Saya perlu semak semula kerana saya tak ada di rumah di Baling.

“Saya akan semak dan maklumkan semula,” kata pengerusi Lembaga Tabung Haji itu kepada Malaysiakini.

Abdul Azeez berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan Malay Mail yang memetik sumber SPRM sebagai berkata bahawa pegawai siasatan merampas lebih setengah juta wang tunai, beberapa dokumen dan barang kemas ketika serbuan berkenaan.

Diminta mengulas lanjut, Azeez hanya berkata “saya tidak tahu.”

_--_---_-------

Abdul Azeez perlu semak jika SPRM rampas RM500k, barang kemas
Alyaa Alhadjri
Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengesahkan bahawa pejabat parlimen dan rumahnya di Baling, Kedah diserbu pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Ketika dihubungi, Abdul Azeez bagaimanapun berkata dia perlu menyemak semula jumlah wang tunai dan barangan kemas yang dilaporkan dirampas kerana dia tidak berada di rumah ketika kejadian.

"Mungkin ada wang tunai (yang dirampas). Saya perlu semak semula kerana saya tak ada di rumah di Baling.

"Saya akan semak dan maklumkan semula," kata pengerusi Lembaga Tabung Haji itu kepada Malaysiakini.

Abdul Azeez berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan Malay Mail yang memetik sumber SPRM sebagai berkata bahawa pegawai siasatan merampas lebih setengah juta wang tunai, beberapa dokumen dan barang kemas ketika serbuan berkenaan.

Diminta mengulas lanjut, Azeez hanya berkata "saya tidak tahu."

Dia bagaimanapun berikrar akan memberikan kerjasama penuh berhubung siasatan SPRM itu.

"Sudah tentu (saya akan beri kerjasama). Tapi mereka tidak maklumkan sama ada mereka akan panggil saya," katanya.

Berita Harian awal hari ini memetik Pengarah SPRM Perlis Mohd Shukor Mahmud yang juga mengesahkan serbuan di rumah dan pejabat Azeez.


"Serbuan itu dilakukan oleh SPRM Putrajaya. SPRM Perlis sekadar membantu. Saya tidak pasti sama ada Azeez ditahan atau tidak.

"Kes apa yang dia disiasat, itu perlu rujuk kepada Putrajaya. Kes ini dikendalikan oleh Putrajaya," kata Mohd Shukor dipetik sebagai berkata.