Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil, mengakui penggunaan senarai berkumpulan - yang lebih dikenali sebagai cai - sebagai punca beliau kalah dalam pemilihan parti itu bagi kawasan Permatang Pauh.
Mengambil sikap berhati-hati, Faiz mengakui isu berkenaan perlu ditangani dengan baik dan berhati-hati demi kebaikan Amanah sendiri.
“Ya, ya... betul, saya kalah juga sebab itulah (cai) tetapi saya rasa tidak elok untuk bercakap berkenaan ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Faiz gagal menempatkan dirinya dalam kelompok 15 pemimpin mendapat undi tertinggi pada pemilihan Amanah Permatang Pauh pada Julai lalu.
Seorang peguam syariah, Ahmad Tarmizi Jusoh dilantik sebagai ketua Amanah Permatang Pauh manakala guru, Yusfizal Mat Yusuf, menjadi timbalan.
Pemilihan Amanah di seluruh kawasan yang telah berlangsung sehingga bulan lepas turut menyaksikan beberapa nama besar gagal menempatkan diri dalam 15 calon teratas dalam pungutan undi. Antaranya ialah bekas menteri besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin.
Beberapa pemimpin PAS mendakwa pemilihan kali ini digunakan oleh anggota Amanah dari kumpulan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) untuk menguasai Amanah, manakala kumpulan lain menganggap ia dipengaruhi penggunaan cai.
Berbeza daripada parti politik lain, ahli Amanah mengundi untuk memilih 15 pemimpin di peringkat bahagian yang kemudian akan bermesyuarat bagi melantik seorang ketua.
Tak beri manfaat pada parti
Buat masa ini, pemuda Amanah mempunyai tiga kem iaitu kumpulan Pemuda Bangkit, Pemuda Bekerja dan Pemuda Wibawa yang mempunyai set pemimpinnya tersendiri.
Untuk rekod, pasukan Pemuda Bekerja diketuai oleh Ketua Pemuda Amanah Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, Ketua Pemuda Amanah Selangor, Abbas Azmi menerajui kumpulan Pemuda Bangkit.
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Wan Anwar Wan Ibrahim pula mengetuai kem Pemuda Wibawa.
Bagaimanapun Faiz tidak menyertai mana-mana kumpulan atau membentuk grup sendiri.
Mengulas lanjut, Faiz menjelaskan amalan cai semasa pemilihan sebenarnya patut digunakan sebagai panduan umum sahaja dan keutamaan tetap wajar diberi berdasarkan merit seseorang calon.
Namun kata Adun Permatang Pasir di Pulau Pinang itu terdapat ramai anggota parti yang menyalahgunakan keterbukaan tersebut.
"Kecenderungan sesetengah pihak untuk mereka-reka cai tidak memberikan manfaat kepada parti.
“Sistem (amalan cai) itu tidak salah dan telah digubal awal sebelum pemilihan, namun anggota dan perwakilan perlu mengikut kehendak semangat parti dan perlu melihat merit dan kompentensi,” katanya.
Baca 'Wakil rakyat kalah bukti demokrasi subur dalam Amanah'
Cai ialah senarai nama yang digunakan oleh anggota parti untuk memilih kepemimpinan di sesuatu peringkat parti. Ia membabitkan nama-nama calon yang dilobi untuk dipilih anggota parti.
Berbeza dengan pemilihan PAS pada 2015 yang kemudian membawa kepada tersingkirnya sejumlah pemimpin yang tidak sehaluan dengan kumpulan konservatif, cai yang digunakan Amanah tidak bersifat rahsia atau sembunyi-sembunyi.
Sebaliknya senarai pemimpin yang bertanding dan menawarkan diri untuk sesuatu jawatan diuar-uarkan kepada semua.
Bagaimanapun ia bukan dimestikan, sebaliknya bersifat pilihan.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, sebelum ini pernah menegaskan bahawa beliau tidak menyokong amalan cai seperti yang berlaku pada pemilihan Pemuda Amanah baru-baru ini.
Sementara itu, Faiz berharap pemilihan Amanah peringkat negeri yang bakal diadakan bulan ini berlangsung dengan lebih baik apabila undi diberikan bukan semata-mata berdasarkan cai, sebaliknya turut mengambil kira merit dan kemampuan calon.
“Merit adalah kelayakan diberikan dan kompentensi itu cara dia memimpin parti.
"Kalau seseorang itu hanya berstatus profesional tetapi tiada daya kompentensi pun tidak wajar dipilih juga.
“Jadi biarlah pilihan itu dibuat secara individu berdasarkan merit bukan berkumpulan kerana ia akan menidakkan hak parti yang boleh dipimpin oleh orang yang layak,” katanya.
Amanah telah mengadakan pemilihan parti tahun ini dengan Mesyuarat Agung Tahunan peringkat kawasan yang sudah bermula 1 Julai sehingga 31 Ogos lalu.
Pemilihan peringkat negeri pula akan berlangsung mulai bulan ini hingga Oktober, sebelum pemilihan peringkat pusat dilaksanakan Dis nanti.
Jumaat hari tulisan Jawi: MDN seru semua institusi Islam berdiri teguh
AKMAL MANAF
Majlis Dakwah Malaysia (MDN) menyeru semua institusi Islam di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan seluruh organisasi Islam yang mempunyai kepentingan Melayu dan Islam, perlu berdiri teguh di belakang perisytiharan Jumaat sebagai hari penggunaan tulisan jawi.
Pengerusi MDN, Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata, tanpa komitmen jitu dilakukan pihak kerajaan terutamanya JAKIM, dan sokongan padu daripada semua pihak, pengisytiharan hari Jumaat sebagai hari penggunaan tulisan jawi itu hanya diibaratkan seperti debu yang ditabur di atas batu licin semata-mata yang akan ditiup angin.
“MDN berpandangan tulisan jawi merupakan kunci bagi sebuah gedung ilmu yang sudah sekian lama tertutup rapat.
“Selain itu, MDN turut menyeru rakyat juga perlu memberi sokongan padu terhadap langkah positif kerajaan ini tanpa mengambil kira pendirian politik disokongi atau pendekatan perjuangan politik parti yang didokongi.
“Ini kerana langkah yang memberi keuntungan kepada semua pihak seperti mengambil inisiatif untuk menyegarkan kembali penggunaan tulisan jawi, di kalangan semua rakyat di negara ini perlu dilaksanakan secara bersepadu.
“Pelaksanaannya kelak bukan sahaja dengan kata-kata kosong tetapi perlu diiringi dengan tindakan bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Mahmood berkata, pihaknya telah pun memberi perhatian serius kepada usaha melestrikan semula tulisan jawi ini dengan menubuhkan sebuah Panel Khas yang melibatkan banyak pihak seperti para pemimpin dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara dan beberapa pertubuhan media tanah air.
“Sokongan kuat juga kami dapati daripada Persatuan Tulisan Jawi dan Persatuan Khat yang mempunyai keanggotaan di seluruh Malaysia.
“Sudah pasti MDN mengharapkan satu mekanisme khusus bagi pelaksanaan tersebut hendaklah dibangunkan agar kita dapat memaksimumkan hasil pencapaian dalam masa paling singkat.
“Berasaskan pengisytiharan tersebut juga kami berharap akan dapat mengadakan berbagai program yang berfaedah dengan kerjasama badan badan kerajaan seperti JAKIM, YADIM, MAWIP, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Perpustakaan Negara dan sebagainya.
“Pengisytiharan hari Jumaat sebagai hari penggunaan tulisan Jawi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, adalah satu langkah positif pihak kerajaan untuk memperkasakan dan menyegarkan semula penggunaan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengisytiharkan hari Jumaat sebagai hari penggunaan tulisan jawi sebagai usaha untuk memperkasakan tulisan itu.
Katanya, tulisan jawi adalah platform untuk mengembalikan sejarah warisan negara kerana Malaysia dan Bahasa Melayu secara khususnya menggunakan tulisan itu sebagai pengantara rasmi sama ada dalam hubungan antara negara mahu pun masyarakat.

Orang Islam mesti jadi pemula sikap anti rasis
USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDIN
Dalam kalangan orang Cina dan India, ada orang yang rasis. Sama seperti orang Melayu rasis, mereka adalah ancaman kepada keharmonian hidup dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Saya tidak tahu sejauhmana anti rasis yang ada dalam agama selain Islam, tapi dalam Islam, rasis tidak diterima. Nabi tidak mengiktiraf orang yang rasis sebagai orang yang berada di atas landasan ajaran baginda.
Konsep persaudaraan kemanusiaan yang diajar oleh Islam kepada penganutnya melangkaui agama apatah lagi bangsa. Kesatuan asal-usul menjadikan manusia setaraf pada ukuran kemanusiaan.
Orang bukan Islam yang setia dengan pemerintah Islam, kemudian dia dizalimi oleh orang Islam dalam apa bentuk sekalipun mendapat jaminan pembelaan daripada Nabi di akhirat.
Demikian kemuliaan manusia pada neraca Islam. Neraca ini tidak berubah kerana manusia secara fitrah dilahirkan untuk bersaudara bukan untuk bersengketa. Perbezaan antara mereka untuk bertaaruf (saling berkenalan) bukan bertaharub (saling berperang).
Justeru, untuk menampilkan keindahan Islam, orang Islam mesti menjadi pemula kepada pemikiran dan sikap anti rasis. Bukan sekadar pemula, orang Islam mesti konsisten dengan pendirian itu untuk menjamin konsistensi persepsi baik orang bukan Islam kepada Islam.
Sebahagian orang Islam berhujah, kata mereka, kita saja yang tunjuk baik, orang selain kita tidak begitu pun…! Takkanlah kita nak buat baik sampai orang bukan Islam pijak kepala kita?
Benar, kita tak boleh biar orang pijak kepala kita. Bukan saja pijak kepala, pijak jari kaki pun tak boleh dibiar jika memudaratkan kita dan agama kita. Islam mengajar kita memiliki jatidiri keislaman yang wajib dipertahankan.
Sementara kita bangun membela diri, mempertahankan hak, tidak membiar kepala kita dipijak, kita jangan lupakan panji-panji akhlak yang wajib dijulang. Kita jangan runtuhkan jambatan dakwah yang telah, sedang dan akan dibina.
Demikian petunjuk Nabi ketika diminta kebenaran oleh malaikat penjaga gunung untuk mengangkat bukit dan menghempasnya ke atas penduduk Taif yang melukakan tubuh dan menyakitkan hati baginda.
Lupakah kita kepada ungkapan, mudah-mudahan anak cucu mereka akan beriman dengan dakwah ini. Dan, itulah yang berlaku. Bukan saja anak cucu penduduk Taif yang beriman, tapi sejarah keindahan akhlak Nabi yang terakam dengan tinta emas itu menjadikan begitu ramai anak cucu manusia di seluruh dunia beriman.
Kita tidak boleh membiarkan orang bukan Muslim berbuat sesuka hati terhadap kita, dan kita juga tidak boleh berbuat sesuka hati terhadap mereka. Kezaliman tidak boleh dibalas dengan kezaliman, rasis tak boleh dijawab dengan rasis, dan keburukan tak elok dibalas dengan keburukan.
Nanti ada orang berkata, sampai bila kita perlu berpendirian begitu? Sahabat Nabi yang disakiti pernah bertanya Nabi, bilakah datangnya pertolongan Allah? Jawapan Nabi, pertolongan Allah itu dekat.
Ya, dekat saja bagi orang yang sabar tapi jauh bagi orang gopoh, berputus asa dan tidak faham. Orang yang tidak faham sunnah alam dan peraturan Allah dalam memberi hidayah kepada manusia akan terasa usahanya sudah tepu, padahal dia hanya baru memulakan satu daripada jutaan langkah dakwah yang mesti ditempuhnya.
Bersengketa kerana berbeza bangsa atau agama semata-mata bukanlah ajaran agama suci ini. Titik mula Islam bukannya sengketa tetapi aman. Titik tengah Islam juga aman, bahkan titik hujungnya juga aman.
Kalau begitu, dimana titik sengketa peperangan yang menjanjikan syurga untuk orang mati syahid dan pahala yang besar untuk orang yang membunuh orang kafir? Titiknya ialah di luar daripada garisan keamanan.
Titik itu berada pada garisan lain yang bukan garisan biasa tetapi garisan yang terpaksa dibuat setelah semua langkah untuk kekal di atas garisan keamanan menemui kegagalan. Titik dan garisan itu bukan asal, tetapi muncul secara terpaksa.
Begitu pun, jika titik dan garisan itu boleh dipadam, maka padamlah dan kembalilah ke titik dan garisan keamanan. Perlu disebut, Nabi tidak berperang 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 30 hari sebulan.
Rasis boleh mencetuskan sengketa dan perbalahan besar. Orang Islam mesti mengelaknya. Bukan saja rasis secara langsung, tapi semua perkara yang boleh membibitkan rasis wajib dielak.
Kita lahir untuk berbaik-baik bukan untuk bersengketa. Semasa kita lahir ke dunia, tangisan kita bukan untuk bersengketa. Tapi tangisan itu untuk memberitahu bahawa kita sudah lahir dan bersedia untuk bersama-sama semua orang memakmurkan dunia ini secara bersama-sama.
*Penulis merupakan Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH

Klip video seks disebarkan sekali lagi di media sosial
Enam lagi klip video yang memamaprkan dua lelaki, salah seorang mereka menyerupai menteri kabinet Mohamed Azmin Ali, disebarkan di media sosial.
Sama seperti sebelum ini, lebih 80 pengamal media dan beberapa ahli politik dimasukkan dalam kumpulan perbualan WhatsApp pada pagi tadi.
Kumpulan bertajuk "Video Terkini Azmin” ditubuhkan pada jam 3.35 pagi hari ini dalam mana video kedua-dua lelaki itu yang sedang melakukan aktiviti seksual dilampirkan.
Video berkenaan dibahagikan kepada enam klip yang setiap satu selama tiga minit. Adalah dipercayai ia adalah video sama yang dihantar kepada wartawan berulang kali sejak beberapa bulan lalu.
Selain pemberita, beberapa menteri Pakatan Harapan termasuk Menteri Pertahanan Mohammad Sabu, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub serta ahli majlis tertinggi Umno Lokman Noor Adam turut berada dalam kumpulan Whatsapp itu.

Ikram dijadikan ‘hantu’ kononnya kuasai AMANAH, kata Ustaz Ridzwan
ARIF ATAN
Pengarah Komunikasi AMANAH Kedah, Ustaz Ridzwan Abu Bakar menafikan dakwaan kononnya Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) cuba untuk menguasai AMANAH sama ada di peringkat kawasan mahupun sayap dalam pemilihan Jawatankuasa Pimpinan (JKP).
Menurut Setiausaha Biro Hal Ehwal Syariah AMANAH Nasional itu, pemilihan bagi kepimpinan sesi 2019-2022 berlangsung dengan penuh harmoni dan demokratik.
Walau bagaimanapun, katanya, terdapat pihak yang menyambut dakwaan kononnya wujud pencaturan dalam pemilihan kali ini.
“Namanya organisasi yang dianggotai oleh manusia, sudah tentulah di sana-sini terdapat ‘rasa tak puas hati’ dan sedikit ‘rasa hati’ kerana ada yang ‘sampai hati’ dalam musim pemilihan ini.
“Adapun suara dari luar, ada yang mengatakan bahawa ada pihak lain yang terlibat dalam mencatur pemilihan kali ini. Suara luar ini antaranya Dr. Kamarul Zaman Yusoff (pensyarah Universiti Utara Malaysia) sepertinya ada yang menyambut dari dalam.
“Yang dijadikan hantu adalah Ikram, kononnya Ikram cuba untuk menguasai AMANAH sama ada di peringkat kawasan mahupun di peringkat sayap,” lapor Mingguan Amanah.
Mengulas lanjut, Ustaz Ridzwan memberitahu memang ada beberapa bekas aktivis dan pimpinan Ikram yang menang atau mengekalkan jawatan sama ada di kawasan mahupun di peringkat sayap.
Namun, jelasnya, ada juga bekas aktivis atau pimpinan Ikram yang kalah walaupun telah memegang jawatan Exco Kerajaan Negeri.
“Untuk catatan, Setiausaha Agung Pasma (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) pun kalah dalam pertandingan di peringkat Kawasan Kubang Pasu, ertinya ia bukan pertembungan antara NGO yang menyertai AMANAH, bahkan ia adalah pertandingan persahabatan antara sesama ahli AMANAH.
“Kalau bukan pertembungan ‘fikrah’, maka puncanya apa? Antara lain adalah kerana ‘kerja buat’ yang dijadikan sebagai ukuran.
“Tapi, kenapa yang dilihat aktif yang kalah? Kerana mereka ada ‘rekod’ untuk dinilai, adapun ‘orang baru’ masih segar dan itulah yang diperlukan oleh sebuah parti politik yang dinamik,” ujarnya.
Ikuti laporan penuh dalam akhbar Mingguan Amanah Edisi 167 di pasaran sekarang.

Ramai pegawai tegar Umno-BN punca jentera penerangan kerajaan lambat
ARIF ATAN
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berpendapat masalah penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) berlaku kerana wujudnya ramai pegawai berkaitan yang tegar menyokong Umno-BN.
Menurutnya, masalah tersebut bagaimanapun akan dapat ditangani dari semasa ke semasa sejurus melangkah ke tahun kedua pentadbiran PH.
“Kita kena faham jentera penerangan ini memang dipenuhi pegawai-pegawai yang tegar Umno-BN.
“Jadi bila kita ambil alih (kerajaan), bukan seperti ambil alih kereta atau lori, ikut saja apa kita cakap, jentera yang ada ini adalah manusia.
“Mereka sudah ada pemikiran bila sudah 60 tahun diisi dengan pemikiran Umno-BN, rasuah ‘ok’ dan sebagainya.
“Hal-hal inilah kita tangani sekarang ini. Saya faham tahun pertama, memang sukar untuk menguasai. Masuk tahun kedua ini, ia semakin pulih dan semakin pulih,” jelasnya.
Beliau berkata demikian baru-baru ini dalam slot Bicara YB Khalid Abdul Samad (Siri 34) semalam di Jom Channel bertajuk, “Islam Terbela di Bawah PH” dengan perantara Ashraf Wahab.
Sehubungan itu, Khalid menyeru agar semua pihak mengambil sikap bertenang dengan berusaha untuk menjadikan negara berbilang kaum dan agama ini boleh hidup aman bukannya tiada toleransi dan bermusuhan.
“Sama ada provokasi itu datang dari orang Islam atau bukan Islam kita kena cool. Yang penting kita kena cool.
“Jangan kita bertindak mengikut maklumat yang terpesong dan menyeleweng. Ini adalah ujian kematangan rakyat Malaysia itu sendiri.
“Kalau ada orang yang membawa isu perkauman, kita tenangkan. Jangan kita simbah minyak lagi,” tegasnya.
Menteri Wilayah itu mengingatkan rakyat perlu fokus untuk mencapai perpaduan dalam keadaan aman dan suasana persahabatan.
“Kita kena tahu dan kita kena setuju apa yang kita mahu capai. Islam ajar bukannya tukang adu domba atau tambah minyak dan cili lagi.
“Itu bukan satu perkara yang wajar untuk kita lakukan. Kalau kita bertanggungjawab, kita ‘cool’ kan mereka,” tambahnya lagi merujuk kepada isu pendakwah Dr Zakir Naik.

‘Sindrom serigala’ (Gambar) hantui 16 orang selepas ambil ubat sakit perut
16 kanak-kanak mengalami “sindrom serigala” selepas mengambil ubat-ubatan yang tercemar di Sepanyol.
Kanak-kanak tersebut mengalami hipertrikosis, iaitu ditumbuhi bulu di badan mereka selepas mengambil ubat berkaitan dengan masalah perut.
Bagaimanapun syarikat yang mengeluarkan ubat-ubat tersebut di Malaga telah digantung lesennya.
Turut terjejas termasuk enam bayi apabila ubatan itu digunakan sebagai merawat masalah asid dalam perut bayi serta pencernaan.
Ibu bapa yang menggunakan ubat terbabit telah dinasihatkan untuk mendapat rawatan segera.
Difahamkan syarikat farmaseutikal itu mempunyai pengedar di India.
Bagaimanapun pihak berkuasa Sepanyol berkata, kanak-kanak atau dewasa yang mengalami “sindrom serigala” ini supaya tidak terlalu bimbang kerana ia akan hilang sebaik sahaja berhenti mengambil kapsul “omeprazole” ini.
Sumber: dailymail.co.uk
Sultan Nazrin tegur pemimpin sanggup rendahkan nilai diri demi pengaruh dan sokongan
BERNAMA
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menegur tindakan segelintir pihak termasuk pemimpin yang bersaing mempamerkan ego masing-masing sehingga sanggup merendahkan nilai diri demi mencari pengaruh dan mendapatkan sokongan politik.
Baginda bertitah suhu politik di dalam negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 semakin hari semakin dipanaskan dan dilakukan oleh pemimpin politik sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang.
“Sifat-sifat kaduk menaiki junjung dan sifat-sifat memilih lebih mahu berputih tulang setelah berputih mata oleh sebahagian pemimpin politik telah meningkatkan suhu permusuhan dalam kalangan rakyat.
“Perbuatan mengata dulang paku serpih melalui persaingan melukis wajah lebih hodoh lawan politik, semakin menambahkan mendung di langit negara,” titah baginda pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak 1441H/2019 di sini, hari ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Dikenali sebagai raja yang sering ‘menjentik’ pemimpin jika ada yang tidak kena Sultan Nazrin bertitah, setelah 62 tahun negara mencapai kemerdekaan, suara menyemai kebencian antara kaum dan agama semakin diucapkan.
Titah baginda pelbagai provokasi secara keterlaluan dilakukan antaranya meletak patung dan melemparkan daging khinzir di dalam masjid, meletak kepala lembu di kuil Hindu, menyebarkan bahan diayah, fitnah dan penghinaan melalui media sosial termasuk penghinaan terhadap agama Islam serta Nabi Muhammad.
“Setiap ungkapan dan setiap perbuatan sedemikian, sebenarnya merupakan pemasangan satu bom jangka yang menantikan masa untuk meletup.
“Sedarilah! Serpihan daripada letupan bom jangka ini tidak mengenal mangsa, malah anak cucu serta kaum kerabat pemasang bom jangka, turut terdedah kepada akibat daripada perbuatan-perbuatan berfikiran singkat,” titah Sultan Nazrin.
Titah baginda kebenaran fakta dan kesahihan berita kini tidak dipentingkan, sebaliknya emosi semakin mempengaruhi diri termasuk dalam kalangan terpelajar sehingga minda rakyat semakin diracuni dan menjadi terlalu taasub serta berfikiran tertutup.
Selain itu, Sultan Nazrin bertitah setiap insiden daripada kejadian jenayah di jalan raya kepada tindakan disiplin seorang guru di sekolah atau majikan di pejabat, warna baju pemimpin, kesilapan mengibarkan bendera, perubahan kurikulum pengajian dilihat dan ditafsirkan secara negatif, menurut dimensi kaum dan agama
“Keadaan ini amat tidak sihat, meletakkan negara berada dalam zon bahaya yang mencemaskan. Majoriti rakyat di negara ini cintakan keamanan. Mereka semakin resah, semakin gelisah, bimbang dan takut,” titah Sultan Perak.
Baginda bertitah suhu panas itu wajib segera diturunkan dan perbuatan menyalakan api perkauman, meniupkan bara permusuhan antara agama wajib dihentikan tanpa berlengah.
Titah baginda undang-undang wajib didaulatkan supaya keselamatan nyawa dan harta benda rakyat yang tidak berdosa terjamin serta dilindungi.
Mengakhiri titah, Sultan Nazrin turut memanjatkan doa agar Malaysia diamanahkan dengan pimpinan yang amanah, ikhlas, membawa suara kesederhanaan, suara munasabah, suara rasional dan suara persaudaraan agar rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini hidup rukun serta harmoni.
—BERNAMA