Mohamad Fadli dan Nur Hasliza Mohd Salleh
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berpandangan tidak adil Maszlee Malik seorang sahaja meletak jawatan, sedangkan terdapat beberapa menteri lain yang turut mencetuskan kontroversi sehingga memberikan imej tidak baik kepada kerajaan.
Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Awang Azman Awang Pawi berkata menteri lain dalam kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) juga perlu ditukar portfolio atau digugurkan.
“Mengejutkan cuma Maszlee sahaja meletak jawatan sedangkan berdasarkan suara ketidakpuasan hati rakyat, terdapat beberapa menteri lain yang sering menjadi topik perbualan atas kontroversi yang mereka cetuskan.
“Sekiranya hanya Maszlee digugurkan, beliau boleh disifatkan sebagai `kambing hitam’ kepada pemerintahan PH,” katanya kepada FMT.
Maszlee dalam sidang media semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri pendidikan berkuatkuasa hari ini.
Beliau berkata keputusan itu dibuat atas nasihat Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Awang, tindakan Maszlee itu dilihat memberi kemenangan kepada pembangkang dan membenarkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan selama ini.
Beliau berkata sikap kerajaan yang terlalu terbuka sangat berisiko
dan boleh menyebabkan ketidakstabilan jika tidak ditangani dengan baik.
“Ada beberapa isu lain yang turut diperkatakan seperti perpaduan negara, pemulihan ekonomi yang sangat perlahan, pencemaran alam sekitar, peluang pekerjaan yang semakin sukar, perumahan rakyat, ekonomi merudum dan pembangunan luar bandar yang perlahan.
“Harapan rakyat tinggi tetapi perubahan perlahan. Jadi sekiranya perkara ini berterusan tidak mustahil desakan demi desakan akan terus berlaku,” katanya.
Awang berkata rakyat juga mahukan peralihan kuasa perdana menteri dipercepatkan agar dapat memberikan momentum baru kepada kerajaan dan rakyat.
“Peralihan kuasa akan memberikan keyakinan baru kepada Kabinet PH dan peluang PH melakukan ‘damage control’ akan lebih menyeluruh,” katanya.
Sementara itu, Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata keputusan Maszlee untuk meletak jawatan adalah tindakan tepat kerana beliau sebelum ini hanya menjadi bahan ketawa.
Beliau berkata berdasarkan undian beberapa portal media, Maszlee berada pada kedudukan 3 terendah dari segi penilaian umum.
“Bukan Maszlee sahaja, terdapat beberapa menteri lain yang saya lihat jika mereka terus berada dalam Kabinet, ia akan menyukarkan Mahathir untuk melakukan apa jua kerja yang sepatutnya dilakukannya.
“Jadi saya fikir apabila Maszlee meletak jawatan, beliau tahu apa yang beliau buat dan saya fikir ia adalah isyarat kepada menteri lain juga,” katanya.
Petisyen gesa Maszlee kekal menteri raih lebih 100k tandatangan
Suatu petisyen dalam talian menggesa Dr Maszlee Malik kekal sebagai Menteri Pendidikan yang baru dilancarkan petang tadi mendapat sambutan hangat.
Setakat berita ini ditulis pada jam 9.20 malam, petisyen tersebut telah meraih sebanyak 114,176 tandatangan dan masih terus menerima sokongan.
Pada petisyen yang dimulakan oleh individu bernama Tuah Kencana dinyatakan,"keputusan (Maszlee) meletakkan jawatan adalah satu kehilangan besar buat negara.
"Mewakili kumpulan masyarakat, kami memohon agar Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohamad) sebagai negarawan terulung untuk mengembalikan Maszlee Malik untuk menggalas tanggungjawab sebagai menteri pendidikan," kata kenyataan itu.
Menurut petisyen itu lagi, usaha Maszlee sebagai menteri pendidikan "telah dibayangi dengan laporan-laporan negatif yang telah disensasikan oleh pihak yang berkepentingan."
"Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan telah berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang telah terbukti memberi manfaat kepada pelajar, guru-guru dan masyarakat. KPM dibawah kemudi YB (Maszlee) telah bersikap telus dengan segala inisiatif dan progres usaha-usaha reformasi pendidikan," kata petisyen itu.
Ia turut menyenaraikan sumbangan Maszlee sepanjang tempoh singkat memegang jawatan menteri pendidikan, antaranya,"sifar sekolah daif, program sarapan pagi percuma, program pertukaran guru "suka sama suka", penambahbaikan pendidikan untuk pelajar OKU, perkhidmatan Internet kelajuan tinggi, peningkatan program TVET dan menjaga kebajikan guru-guru."
Petang tadi, dalam suatu sidang media khas di Putrajaya, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatannya.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang beliau sifatkan sebagai seorang ayahanda.
"Di atas nasihat YAB perdana menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang reda walaupun berat, saya, Maszlee Malik, dengan ini memulangkan sebagai menteri pendidikan Malaysia, berkuat kuasa 3 Januari 2020," katanya.
Dalam ucapannya, bekas pensyarah yang kebelakangan ini kerap menjadi sasaran kritikan itu juga menyenaraikan pencapaian Kementerian Pendidikan sepanjang pengawasan beliau.
Antaranya, hampir 90 peratus projek sekolah daif yang diusahakan siap lebih awal.
"Dasar inklusif yang kita perkenalkan untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK), warga B40, anak-anak tiada dokumen serta polisi sifar cicir semuanya memberikan makna baharu kepada ratusan ribu anak murid di seluruh negara. Yang mana sebahagian mereka, berada dalam keadaan bahaya kerana tidak berada di sekolah.
"Inisiatif lain, yang sebahagian besar adalah untuk mengurangkan beban guru dan seterusnya memberi semula semangat baharu kepada warga sekolah, gerakan Malaysia Membaca serta bacaan semula Auku di Parlimen juga adalah bukti komitmen Pakatan Harapan melakukan reformasi pendidikan," kata Maszlee.
Sejurus tamat sidang media itu, Maszlee yang kelihatan sebak meninggalkan perkarangan KPM dengan memandu sendiri kenderaan peribadinya, sebuah Perodua Myvi.
Sementara itu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan yang berkuat kuasa esok.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata Maszlee telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan kepada beliau pada hari ini.
“Saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah beliau berikan selama menjadi anggota kabinet.
“Pengganti beliau akan saya tentukan dan umumkan dalam sedikit masa lagi,” katanya.

Ucapan peletakan jawatan Maszlee Malik
Maszlee Malik
Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam tahun baru 2020.
Terima kasih kepada semua yang hadir terutamanya pihak media dan warga keluarga KPM.
Ketika saya masuk ke bangunan ini sebagai menteri pendidikan hampir 20 bulan yang lalu, saya sering membayangkan betapa beratnya tanggungjawab memegang dua kementerian strategik di negara ini.
Baca: Maszlee sah letak jawatan menteri pendidikan
Dari hari pertama, saya membayangkan kontroversi demi kontroversi.
Namun, semenjak tahun 2018, KPM telah bersikap telus dengan segala inisiatif dan progres usaha-usaha reformasi pendidikan. KPM telah menjadi kementerian pertama yang membentangkan laporan 100 hari Pakatan Harapan, kemudiannya kad laporan prestasi setahun (Jun 2018 - Jun 2019) dan kad laporan untuk tahun 2019. Trend ini telah diikuti oleh kementerian-kementerian yang lain.
Tahun 2019 kemudiannya membuktikan beberapa inisiatif yang kita perkenalkan akhirnya membuahkan hasil. Hampir 90 peratus projek sekolah daif yang kita usahakan, siap lebih awal. Kita paparkan progres sekolah daif ini di laman web. Tidak pernah sebelum ini projek kerajaan begitu transparen dan boleh diakses oleh orang awam. Dasar inklusif yang kita perkenalkan untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK), warga B40, anak-anak tiada dokumen serta polisi sifar cicir semuanya memberikan makna baharu kepada ratusan ribu anak murid di seluruh negara. Yang mana sebahagian mereka, berada dalam keadaan bahaya kerana tidak berada di sekolah.
Inisiatif lain, yang sebahagian besar adalah untuk mengurangkan beban guru dan seterusnya memberi semula semangat baharu kepada warga sekolah, gerakan Malaysia Membaca serta bacaan semula Auku di Parlimen juga adalah bukti komitmen Pakatan Harapan melakukan reformasi pendidikan.
Kita juga mahu meletakkan semula peningkatan kualiti sebagai asas utama pendidikan. Kita harus faham kualiti pendidikan tidak boleh diperbaharui semalaman. Terdapat banyak isu sistemik yang kompleks. Salah satu daripadanya ialah korupsi. Umum mengetahui, banyak pihak yang mendapat kontrak melalui kabel-kabel tertentu sebelum ini, dan KPM bekerja keras untuk membanteras amalan ini. KPM bahkan membawa masuk Tan Sri Ambrin Buang dan jawatankuasanya untuk memastikan terdapatnya semak imbang, dan menunjukkan kepada umum betapa serius KPM terhadap isu ini.
Perancangan KPM untuk tahun 2020 lebih besar daripada semua pencapaian 2019 ini. Dengan sebahagian daripada halangan-halangan sistemik ini telah berjaya kita selesaikan, kita akan mampu melaksanakan reformasi sistem yang lebih besar. Misalnya, pendidikan digital hanya dapat dilaksanakan jika semua sekolah mempunyai sistem internet yang pantas dan stabil. Sebelum ini terdapatnya monopoli dan para guru langsung tidak menggunakan platform tersebut kerana ia terlalu perlahan dan mereka tidak mempunyai pilihan. KPM memastikan sistem ini dibuka agar sekolah dapat memilih apakah pembekal internet yang terbaik serta platform yang lebih sesuai untuk anak-anak mereka. Hanya setelah ini, kita boleh fokus kepada IR 4.0 dan pendidikan Stem di sekolah.
Selain pelan digital pendidikan, perancangan tahun 2020 KPM juga adalah untuk meningkatkan kualiti sekolah dan universiti dengan memfokuskan guru, pensyarah, pentadbir dan penggubal dasar. Untuk guru, inilah sebabnya mengapa KPM bekerja keras mengurangkan beban kerja yang tidak relevan agar seterusnya kita dapat meningkatkan pedagogi. Malah Akta Pendidikan juga akan disemak semula untuk membolehkan anak-anak kita diwajibkan menghabiskan sekolah menengah.
Untuk universiti pula, kita akan memastikan mereka dapat bersaing lebih kompetitif di peringkat dunia. Universiti kita perlu belajar daripada universiti terbaik di dunia. Kerangka kebolehpasaran akan dilancarkan, yang mana lebih banyak program yang relevan dan hubungan industri yang lebih kuat akan menjadi keutamaan. Bacaan semula Auku akan memberi lebih autonomi kepada universiti dan kebebasan akademik untuk meningkat kualiti. Ini termasuk semua pembaharuan dalam program TVET kita sehingga kebolehpasaran graduan TVET meningkat kepada 96.5 peratus.
Bagaimanapun, sebagaimana yang selalu saya tekankan dengan pegawai saya sebelum ini, kita semua harus merubah diri kita dahulu sebelum mengubah sekolah dan universiti. KPM harus bergerak menjadi lebih efektif dan proaktif. Setiap program harus berorientasikan outcome based. Ketika saya mengemudi KPM, saya selalu mengalu-alukan public private partnership kerana saya tahu, kita tidak dapat melaksanakan reformasi sistem ini berseorangan. Sekolah milik komuniti, universiti milik masyarakat. Kejayaan sistem pendidikan adalah bermakna kejayaan masyarakat. Pendidikan adalah tanggungjawab semua.
Namun sepertimana saya jelaskan pada awal, saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, Internet sekolah dan isu sarapan percuma.
Bagaimanapun saya percaya saya telah meletakkan asas dan hala tuju yang jelas untuk dituruti warga KPM. Ia terhimpun dan tersemat kemas dalam tiga kalimah keramat, “Pendidikan untuk Semua”. Saya percaya keputusan ini bukanlah pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan yang baharu. Percayalah, reformasi negara tidak akan pernah berjaya tanpa menjadikan kebajikan rakyat sebagai tumpuan paling utama.
Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada YAB Tun Mahathir kerana telah memberi peluang selama 20 bulan untuk saya mengemudi KPM. Ia adalah hadiah terbaik kepada saya sebagai pendidik dan aktivis akademia. Saya juga ingin menyatakan pendirian, sokongan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada beliau dan parti saya, PPBM.
Di atas nasihat YAB perdana menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang redha walaupun berat, saya, Maszlee Malik, dengan ini memulangkan sebagai menteri pendidikan Malaysia, berkuat kuasa 3 Januari 2020.

TERBARU: Maszlee sah letak jawatan menteri pendidikan
Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media khas di Putrajaya petang ini.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang beliau sifatkan sebagai seorang ayahanda.
"Di atas nasihat YAB perdana menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang reda walaupun berat, saya, Maszlee Malik, dengan ini memulangkan sebagai menteri pendidikan Malaysia, berkuat kuasa 3 Januari 2020," katanya.
Dalam ucapannya, bekas pensyarah yang kebelakangan ini kerap menjadi sasaran kritikan itu juga menyenaraikan pencapaian Kementerian Pendidikan sepanjang pengawasan beliau.
Antaranya, hampir 90 peratus projek sekolah daif yang diusahakan siap lebih awal.
"Dasar inklusif yang kita perkenalkan untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK), warga B40, anak-anak tiada dokumen serta polisi sifar cicir semuanya memberikan makna baharu kepada ratusan ribu anak murid di seluruh negara. Yang mana sebahagian mereka, berada dalam keadaan bahaya kerana tidak berada di sekolah.
"Inisiatif lain, yang sebahagian besar adalah untuk mengurangkan beban guru dan seterusnya memberi semula semangat baharu kepada warga sekolah, gerakan Malaysia Membaca serta bacaan semula Auku di Parlimen juga adalah bukti komitmen Pakatan Harapan melakukan reformasi pendidikan," kata Maszlee.
Dilihat timbulkan banyak krisis
Maszlee berkata ketika menegemudi KPM beliau juga mengalu-alukan public private pertnership kerana percaya reformasi sistem pendidikan tidak boleh dilakukan secara berseorangan.
"Sekolah milik komuniti, universiti milik masyarakat. Kejayaan sistem pendidikan adalah bermakna kejayaan masyarakat. Pendidikan adalah tanggungjawab semua.
"Namun sepertimana saya jelaskan pada awal, saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, Internet sekolah dan isu sarapan percuma.
"Bagaimanapun saya percaya saya telah meletakkan asas dan hala tuju yang jelas untuk dituruti warga KPM. Ia terhimpun dan tersemat kemas dalam tiga kalimah keramat, “Pendidikan untuk Semua”.
"Saya percaya keputusan ini bukanlah pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan yang baharu.
"Percayalah, reformasi negara tidak akan pernah berjaya tanpa menjadikan kebajikan rakyat sebagai tumpuan paling utama," katanya.

Denda RM250 terhadap perokok di restoran mulai 1 Jan
FMT Reporters
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai yang didapati merokok di kawasan larangan termasuk semua tempat makan menjelang 1 Jan ini, akan dikenakan kompaun sebanyak RM250.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka yang melakukan kesalahan pertama boleh dikurangkan kompaun kepada RM150 jika pembayaran dijelaskan di mana-mana pejabat kesihatan daerah dalam tempoh sebulan dari tarikh kompaun diterima.
Bagi kesalahan ke-2, katanya, tiada pengurangan kompaun diberikan dan kompaun lebih tinggi iaitu sebanyak RM350 akan dikenakan bagi mereka yang melakukan kesalahan kali ke-3 dan seterusnya.
“Kementerian Kesihatan mewartakan tempat makan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok berkuat kuasa 1 Januari 2019 dengan penguatkuasaan pendidikan selama 12 bulan diikuti dengan penguatkuasaan penuh bermula 1 Januari 2020.
“Ini merupakan perluasan pewartaan di tempat makan di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Noor Hisham, di bawah Peraturan 12 PPKHT 2004, semua pemilik premis perlu memastikan tempat makan mereka bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok dengan tidak menyediakan kemudahan merokok seperti bekas abu rokok, perkhidmatan menjual shisha serta lain-lain kemudahan merokok.
Beliau berkata pemilik premis juga perlu memastikan tanda larangan merokok yang mencukupi serta jelas dipamerkan di bahagian yang mudah dilihat di tempat makan.
“Bermula 1 Jan ini, pemilik premis juga boleh dikenakan kompaun, iaitu sebanyak RM250 bagi kesalahan pertama dan ke-2 manakala bagi kesalahan kali ke-3 dan seterusnya, kompaun yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM350 akan dikenakan.
“Sehubungan itu, kerjasama dan sokongan daripada semua pihak terutama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah amat diperlukan bagi memastikan pelaksanaan penguatkuasaan PPKHT 2004 sepenuhnya bermula pada 1 Jan 2020 berjalan lancar demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya.
Noor Hisham berkata perokok yang berhasrat untuk berhenti merokok dialu-alukan mendapatkan khidmat nasihat di semua perkhidmatan berhenti merokok mQuit yang disediakan di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan di seluruh negara atau di mana-mana fasiliti perkhidmatan berhenti merokok mQuit swasta yang diberikan akreditasi.
“Mereka juga boleh mendapatkan maklumat serta berdaftar melalui laman sesawang http://jomquit.moh.gov.my atau menghubungi talian 03-88834400 untuk maklumat lanjut.
“Semoga langkah-langkah yang diambil dapat membantu melahirkan generasi lebih sihat dan bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok,” katanya.