Faisal Asyraf
Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, hari ini mengesahkan pihak berkuasa menahan 19 individu - termasuk enam wanita - dalam sebuan ke atas sebuah kondominium awal pagi semalam.
Katanya, kondominium itu terletak di Jalan Puchong.
Bagaimanapun di sebalik pengesahan tersebut Abdul Hamid enggan mendedahkan identiti mereka kerana perlu menunggu ujian saringan air kencing kali kedua.
Membuat kenyataan itu ketika orang ramai memperkatakan keberadaan Adun Dengkil, Adhif Syan Abdullah, dalam serbuan tersebut, Abdul Hamid menjelaskan serbuan berkenaan dilakukan sepasukan anggota keselamatan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.
Daripada enam wanita yang ditahan itu, kata Abdul Hamid, seorang adalah warga asing, manakala selebihnya rakyat tempatan, termasuk seorang berbangsa Iban dan seorang lagi Sulu.
"Pemeriksaan dijalankan dan polis menemui satu paket plastik lut sinar disyaki berisi dadah jenis ketamine seberat 0.5 gram, satu piring kaca berisi serbuk disyaki jenis ketamine 0.3 gram, sebatang rokok berisi ceraian daun kering disyaki ganja, daun terup dan cip disyaki untuk permainan judi," katanya di Bukit Aman petang tadi.
Nama Adhif Syan menjadi perhatian sejak pagi tadi apabila tular maklumat yang mengaitkannya dengan serbuan - dan tangkapan - oleh polis berhubung siasatan kes dadah.
Tak boleh sebut nama
Bagaimanapun Malaysiakini melaporkan, Adhif Syan menafikan ditangkap sebaliknya beliau menegaskan ada di rumah, serta menganggap maklumat tersebut mungkin sengaja dikaitkan dengannya.
Pengerusi Bersatu Selangor Abdul Rashid Asari dipetik media sebagai berkata, memang ada Adun parti itu ditahan polis namun beliau tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana kes sedang disiasat.
Kata Abdul Rashid, penahanan itu diketahui selepas beliau menghubungi Kementerian Dalam Negeri.
Abdul Hamid berkata, hasil ujian saringan air kencing didapati 16 daripada mereka positif dadah, manakala seorang lagi negatif.
Katanya selepas keterangan mereka diambil polis membebaskan mereka dengan jaminan.
"Kecuali seorang wanita warga asing tersebut (yang masih ditahan)," katanya.
Menurut Abdul Hamid, serbuan dilakukan selepas polis mendapat maklumat daripada orang awam yang mengadu unit kediaman berkenaan bising dan menggangu penghuni lain.
Katanya serbuan dilakukan kira-kira jam 4.40 pagi Ahad.
Baca Pemuda Bersatu pula dakwa ditawar dedak
Ditanya mengenai identiti individu yang disiasat itu, Abdul Hamid enggan kerana siasatan masih dijalankan dan polis perlu menunggu keputusan ujian saringan kali kedua.
Katanya, pendedahan identiti sebelum keputusan berkenaan diperolehi mungkin bersifat subjudis atau prejudis.
"Sebagaimana saya sebut tadi, saya tak boleh sebut nama.
"Kalau ada orang yang mengaku, saya persilakan, jawapannya boleh saya kongsi dengan pegawai penyiasat," katanya.
Ditanya bila keputusan ujian saringan kedua akan diperolehi, Abdul Hamid berkata, beliau tidak akan mendesak penyiasat terbabit kerana memahami beban tugas mereka.
"Saya takkan membebankan dan mendesak mereka," katanya.
Beliau juga berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, serta Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka.
'Nah ambil sikit’ - Isa beri saya hingga RM50,000 - Zahid Md Arip
Malaysiakini
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memberi wang antara RM10,000 hingga RM50,000 kepada bekas pegawai khasnya, Muhammad Zahid Md Arip selepas menerima wang daripada bekas Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), Ikhwan Zaidel.
Muhammad Zahid berkata dia menerima wang daripada Ikhwan bagi pihak Mohd Isa, 71, dalam sembilan pertemuan antara Julai 2014 dan Disember 2015 di pelbagai lokasi.
“Sepanjang menerima wang itu, saya tidak pernah mengusik atau mengira wang yang diserahkan Ikhwan. Saya hanya tahu di dalam beg kertas dan beg hitam itu mengandungi wang.
"Kadang-kadang ada dua tiga kali selepas saya menyerahkan wang kepada Tan Sri Isa, beliau akan menelefon saya dan meminta datang ke biliknya. Selepas saya tiba di biliknya, beliau ada berkata, ‘Nah! Ambil sikit’, Tan Sri Isa beri saya wang kira-kira RM10,000 hingga RM20,000 dan ada ketikanya RM50,000 walaupun saya tidak pernah meminta apa-apa daripada beliau,” katanya.
Saksi pendakwaan ke-21 itu berkata demikian ketika membaca penyataan saksi pada hari ke-14 perbicaraan kes pecah amanah dan rasuah RM3 juta yang dihadapi Mohd Isa, yang juga bekas Pengerusi Felda berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suits (MPHS) oleh FICSB di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Muhammad Zahid memberitahu mahkamah bahawa beliau mengenali Ikhwan pada September 2013 melalui rakannya, Pengarah JV Evolution Sdn Bhd (JVESB), Azizi Abd Wahab, 54 tahun.
"Azizi ada menghubungi saya untuk berjumpa dengan saya bersama kawannya (Ikhwan) di pejabat saya di Felda kerana Ikhwan mempunyai cadangan untuk menjual Merdeka Palace Hotel and Suites di Kuching.
"Saya memberitahu mereka bahawa saya akan mengemukakan cadangan kepada Tan Sri Isa mengenai penjualan hotel tersebut,” katanya.
Saksi itu memberitahu Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB), Mohd Zaid Abdul Jalil memaklumkan kepada Ikwan bahawa Ahli Lembaga Pengarah FICSB telah memutuskan untuk tidak meneruskan pembelian hotel pada Mac 2014.
Bagaimanapun, Muhammad Zahid menambah bahawa Ikhwan memintanya untuk mengaturkan pertemuan dengan Mohd Isa berhubung perkara itu.
“Saya telah mengaturkan pertemuan mereka di pejabat Tan Sri Isa. Saya tidak ada bersama dalam pertemuan itu dan telah beredar dari pejabat untuk melaksanakan tugas saya seperti biasa,” katanya.
Pada bulan sama, saksi itu berkata Mohd Isa menerima panggilan telefon daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang meminta Felda untuk membeli semula MPHS.
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Mohd Isa, Datuk Salehuddin Saidin sama ada Muhammad Zahid, mengetahui punca wang yang diterimanya daripada Mohd Isa, saksi itu menjawab “tidak tahu”.
Salehuddin: Kamu tidak tahu punca duit itu dari mana?
Muhammad Zahid: Tan Sri Isa bagi, saya ambillah.
Mohd Isa menghadapi satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta yang didakwa dilakukan di Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC antara 29 April, 2014 dan 11 Dis, 2015.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan bersambung esok.
Mahkamah juga akan membuat keputusan esok sama ada untuk membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz bagi menambah butiran tarikh pada pertuduhan kes rasuah Mohd Isa.
-Bernama

Zakir Naik sahkan didatangi wakil PM India tawar gugur tuduhan
FMT Reporters
PETALING JAYA: Dr Zakir Naik mengesahkan kerajaan India berjanji tidak akan menahannya dan menggugurkan pendakwaan terhadapnya sebagai pertukaran untuk beliau menyokong tindakan ketenteraan Perdana Menteri Narendra Modi di Kashmir.
Katanya, beliau menemui seorang wakil kerajaan India pada September tahun lalu yang “diarahkan secara langsung” oleh Modi dan Menteri Dalam Negeri, Amit Shah.
“Beliau kata mahu membuang salah tanggapan dan komunikasi antara saya dan kerajaan India serta menawarkan laluan selamat ke India kepada saya.
“Bayangkan kerajaan BJP sama yang menghantui saya selama 3 setengah tahun lalu; orang sama, perdana menteri India yang menggunakan nama saya tidak kurang 9 kali dalam tempoh kurang 2 minit dalam ucapan pilihan rayanya pada Mei 2019.
“Sekarang mereka menawarkan laluan selamat kepada saya? Ia terlalu sukar untuk dipercayai.”
Naik berkata, beliau tidak dapat menyokong tindakan tidak adil kerana membatalkan Perkara 370 yang memberi status khas kepada Jammu dan Kashmir, tidak berperlembagaan dan satu pengkhianatan terhadap penduduk Kashmir.
Katanya, wakil perdana menteri itu memberi amaran kepadanya supaya tidak bercakap mengenai Modi walaupun beliau dibenarkan berbuat demikian terhadap pelbagai agensi kerajaan.
“Saya beritahunya mereka tidak patut dipersalahkan, mereka hanya mengikut arahan bos politik mereka dan terpaksa melakukan apa yang mereka sedang lakukan.
“Dan saya di sini bukan untuk menentang mana-mana kerajaan, saya seorang da’i yang membawa mesej Islam. Selagi mereka tidak melakukan ketidakadilan kepada manusia dan umat Islam, mengapa saya perlu menentang mereka?”
Beliau juga menasihatkan pemimpin Islam di India bersuara untuk membantah ketidakadilan kerana menyokong sebarang perbuatan tidak adil adalah “tidak Islam”.
Beliau berkata demikian susulan kenyataan pemimpin Islam di India yang secara terbuka menyokong kerajaan BJP membatalkan Perkara 370 kerana ia jelas ada yang diugut dan ditekan untuk berbuat demikian.
“Sekiranya anda takut dengan tindakan balas, sekurang-kurangnya anda boleh mendiamkan diri. Anda menukarkan kerusi anda di syurga demi keselamatan anda di dunia. Bukankah Allah mencukupi untuk hamba-Nya?”
Semalam, ahli akademik Islam Pakistan-Amerika, Yasir Qadhi mendakwa New Delhi menawarkan pertuduhan pengubahan wang ke atas Naik digugurkan jika beliau menyokong tindakan ketenteraan di Kashmir.
Katanya, BJP menghantar wakil untuk menemui Naik dengan tawaran itu dan ia menunjukkan kerajaan India tiada kes sebenar terhadapnya.
Selain menarik balik pertuduhan di India, Naik juga ditawarkan asetnya yang dirampas dikembalikan dan dibenarkan pulang ke negara itu.
Naik dikehendaki di India untuk pertuduhan pengubahan wang.
Direktorat Penguatkuasaan India mendakwa beliau memiliki aset jenayah berjumlah kira-kira Rs1.9 bilion (RM114.5 juta) dan mahu beliau diisytiharkan pesalah ekonomi buruan.
Naik yang juga pemastautin tetap di Malaysia menafikan dakwaan itu dengan berkata, ia sebahagian cubaan kerajaan India untuk menutup mulutnya.
Katanya, beliau bersedia kembali ke India bagi menghadapi pendakwaan di mahkamah negara itu dengan syarat beliau tidak ditangkap sehingga didapati bersalah.
Sehingga kini, Putrajaya menolak permintaan New Delhi untuk mengekstradisi Naik dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, Naik tidak akan mendapat perbicaraan adil di bawah pentadbiran Modi.