5 dikhuatiri maut nahas di Gerik

FMT Reporters

Nahas antara dua kenderaan dipercayai mengakibatkan lima mangsa maut. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Lima dipercayai maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Hentian Titiwangsa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli.

Menurut Kosmo, kejadian berlaku sekitar 5 petang tadi melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dengan pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux.

Ketua Polis Gerik, Zulkifli Mahmood, mengesahkan kejadian dan memaklumkan maklumat lanjut mengenai nahas itu sedang diperincikan.

“Saya sahkan kemalangan itu berlaku, namum jumlah dan identiti mangsa terlibat sedang dikenal pasti,” katanya.

Maut akibat murung melampau, mangsa buli ini dipaksa buat seks dengan kucing

FAZLI RADZI

Kes maut akibat murung melampau berlaku di Indonesia melibatkan seorang kanak-kanak selepas dipaksa rakan-rakannya melakukan seks luar tabii dengan kucing.

Mangsa dilapor murung sehingga tidak mahu makan dan minum apabila aksi mengaibkan itu turut dirakamkan dengan telefon pintar sebelum disebarkan di media sosial.

Memetik CNN Indonesia, ibu bapa mangsa dikenali sebagai Ad, 41 dan Ti, 39. Ti berkata, anak lelakinya mengalami kesakitan serius seminggu sebelum meninggal dunia.

“Anak saya mengadu sakit tekak sehingga tidak mahu makan dan minum. Dia kerap mengelamun akibat kemurungan.

“Saya tak sangka dia menjadi mangsa buli kerana dia hanya cakap sakit tekak sahaja. Kami bawa dia ke hospital, namun akhirnya dia pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Ti memberitahu dia meminta penjelasan anaknya mengapa sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu kepada kucing selepas melihat video mengaibkan itu.

“Anak saya jawab dirinya dipaksa dan sering dipukul oleh rakan-rakannya.

“Anak saya selalu bermain jauh dari rumah dan saya sukar hendak memantau kerana mempunyai empat anak. Hati saya hancur melihat video itu,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Tasikmalaya, Ato Rinanto berkata, video itu jelas menunjukkan mangsa dipaksa melakukan seks dengan kucing oleh beberapa individu lain di sekelilingnya.

“Kemurungan adalah faktor kematian kanak-kanak tersebut. Kita dapati mangsa dipaksa dan diugut oleh kawan-kawan yang lain.

“Kita juga memberikan bantuan sokongan psikologi kepada ahli keluarga mangsa,” tambahnya lagi.

Wajah penghina Nabi berpaling dari arah kiblat ketika dikebumi

Dr Mohd Shahid Mohd Noh

bhagama@bh.com.my

HAKIKAT Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir diutuskan kepada manusia membawa rahmat serta hidayah menyebabkan kita wajib mensyukuri nikmat perutusan Baginda sebagai kurniaan agung.

Justeru, umat Islam pasti terkejut dengan tindakan segelintir manusia melemparkan kata-kata penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Bagaimanapun, ia bukanlah baharu, sebaliknya berlaku sejak dahulu lagi tetapi semua penghinaan berkenaan lenyap, sedangkan sebutan, ingatan serta kasih sayang umat kepada Nabi mulia ini kekal mekar dan segar sepanjang zaman.

Firman Allah SWT: (Bukankah) Dan Kami meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan pelbagai kemuliaan)?" (Al-Syarh: 4)

Allah SWT mengangkat kedudukan Nabi-Nya paling mulia dengan mengarahkan orang beriman mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan dikurniakan kepada Baginda. Anjuran ini datang selepas Allah SWT dan malaikat juga melakukan perkara sama: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan sepenuhnya." (Al-Ahzab: 56)

Dalam ayat seterusnya, Allah SWT mengancam sesiapa melakukan kejahatan dan maksiat termasuk penghinaan terhadap Allah dan rasul-Nya: "Sesungguhnya orang melakukan perkara tidak diredai Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan akhirat serta menyediakan untuk mereka azab seksa menghinakan." (Al-Ahzab: 57)

Imam al-Tabari dalam kitab tafsirnya, menghuraikan ayat itu diturunkan kepada mereka mengutuk tindakan Nabi Muhammad SAW yang memperisterikan Safiyyah Huyaiy, iaitu wanita bangsawan Yahudi.

Sekiranya tindakan itu sahaja sudah cukup untuk mendapat azab dan laknat daripada Allah SWT dunia serta akhirat, bagaimana pula tindakan keji menghina insan dan makhluk paling mulia di sisi Allah SWT itu?

Cukuplah bagi orang beriman dan waras untuk memberikan kehormatan serta adab tinggi kepada Rasulullah SAW dengan firman Allah SWT memuji ketinggian akhlak dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW: "Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak amat mulia." (Al-Qalam: 4)

Jasad berpaling dari arah kiblat

Al-Qadi Iyadh al-Maliki menceritakan kisah dalam kitabnya al-Syifa bi Takrif Huquq al-Mustafa mengenai seorang penyair dihukum bunuh oleh hakim kerana menghina dan mempersendakan Allah SWT, Nabi dan Nabi Muhammad SAW. Ketika jenazahnya diangkat selepas hukuman bunuh dilaksanakan, jasadnya berpaling dari arah kiblat dengan sendirinya lalu disahut laungan takbir orang menyaksikan hal itu sebagai tanda nyata mengenai kekuasaan dan laknat Allah SWT terhadap mereka menghina Baginda.

Ulama berijmak bahawa orang Islam merendahkan dan menghina Nabi SAW wajib dijatuhkan hukum bunuh seperti dinukilkan al-Qadi Iyadh. Ia juga disokong Abu Bakr Ibnu al-Munzir dengan menyandarkan kalam itu kepada Malik Ibnu Anas, Laith Ibnu Sa'ad dan Imam Ahmad Ibnu Hanbal.

Selanjutnya, ulama juga bersepakat mereka mendoakan Nabi dengan perkara buruk dan apa-apa yang tidak baik, dia harus dijatuhi hukum bunuh oleh mahkamah tanpa diminta untuk bertaubat. Perkara ini membuktikan penghinaan terhadap Nabi bukanlah perkara kecil, sebaliknya dipandang amat serius oleh ulama.

Bagaimanapun, hukuman itu tidak boleh dilaksanakan tanpa peruntukan undang-undang supaya ia tidak mendatangkan fitnah dan mencetuskan huru-hara dalam masyarakat.

Tak masuk akal hina insan paling berjasa

Pada masa sama, adalah tidak masuk akal apabila seseorang menghina manusia lain yang meninggal dunia tanpa ada kesalahan dilakukannya. Nabi Muhammad SAW begitu banyak berjasa bukan sahaja kepada umat Islam bahkan kepada dunia seluruhnya.

Menurut pengarang buku The 100 A Ranking of The Most Influential Persons in History, Michael H Hart, nama Nabi Muhammad SAW dinobatkan sebagai manusia paling berpengaruh sepanjang sejarah kemanusiaan. Berdakwah selama hampir 23 tahun namun kesan ajarannya kekal dan diamalkan hingga hari ini.

Pengiktirafan ini cukup memberi mesej jelas bahawa Nabi Muhammad SAW adalah insan mulia dan pembawa rahmat, Justeru, tidak boleh diterima akal insan semulia ini dihina dan dicerca melainkan ia datang daripada manusia hilang kewarasan atau pertimbangan akal.

Bagaimanapun, harus kita akui kegagalan umat Islam mengenal keperibadian Nabi Muhammad SAW adalah faktor membuatkan sebahagiannya tidak menghargai dan memberikan penghormatan selayaknya kepada Nabi akhir zaman ini.

Kewujudan banyak karya dalam perpustakaan umat Islam mengenai keperibadian, kelebihan dan keistimewaan Nabi Muhammad SAW adalah tanda kesungguhan ulama Islam menerapkan kasih sayang serta hormat kepada Baginda.

Justeru, ibu bapa, pendidik, entiti pendidikan dan kerajaan perlu berperanan dalam menyemai rasa kasih sayang, kesyukuran, kehormatan serta adab kepada Nabi SAW menerusi pelbagai media sosial dan perdana yang wujud kerana ia selari dengan anjuran Allah SWT kepada kita.

Pada masa sama, perbuatan tidak bertamadun terhadap kemuliaan Nabi SAW yang kita lihat dan dengar pada hari ini pasti akan dibalas Allah SWT: "Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu daripada kejahatan orang mengejek-ejek dan mempersendakanmu." (Al-Hijr: 95)

Penulis adalah Ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)

-bharian 

Isteri bantu rakam video ketika suaminya merogol anak jiran

RIAU: Seorang lelaki berusia 39 tahun tergamak merogol anak jiran yang masih di bawah umur di sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Abadi, Kecamatan Rumbai, Pekanbaru.

Aksi tersebut malah dibantu isterinya yang berperanan memujuk mangsa untuk bersetubuh dengan suaminya, lapor Kompas.com.

Ketua Unit Siasatan Jenayah, Polis Pekanbaru, Andrie Setiawan berkata, isteri suspek membawa mangsa ke sebuah rumah kosong dan lelaki itu sudah menunggu di sana terlebih dahulu.

Katanya, wanita itu merakam adegan seks itu menggunakan sebuah telefon pintar bahkan mengancam mangsa untuk menyebarkan video tersebut sekiranya dia tidak mahu lagi melayani kehendak suaminya.

“Kes mula terbongkar selepas ahli keluarga mangsa lain mendedahkan terlihat gambar mangsa tanpa berpakaian tersebar dalam kumpulan WhatsApp.

“Mangsa mengaku foto itu adalah dirinya yang diambil ketika dirogol jirannya sejak November tahun lalu,” katanya.

Andrie berkata, mangsa akhirnya menceritakan insiden tersebut kepada ahli keluarganya dan membuat laporan polis.

“Pelaku berjaya diberkas bersama isterinya semasa cuba melarikan diri ke Sumatera Barat.

“Kes tersebut sudah dibawa ke pejabat pendakwa raya dan pasangan itu berdepan hukuman 15 tahun penjara,” katanya.

Utusanonline

Penulis blog didenda RM4,500 selepas mengaku salah hina Agong

Bernama

Penulis blog Aspan Alias diperintahkan menjalani hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda RM4,500. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang penulis blog Aspan Alias didenda RM4,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana membuat dan memulakan penghantaran komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong di Facebook miliknya, Mei tahun lepas.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak menjatuhkan hukuman itu ke atas Aspan, 70, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan semula kes itu hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan warga emas itu menjalani hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Aspan didakwa memulakan komen jelik melalui Facebook “Aspan Alias” dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 2.47 petang 16 Mei 2021.

Hantaran itu kemudian dibaca di Jabatan Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, Wangsa Maju, di sini pada 9 pagi 18 Mei 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Najihah Farhana Che Awang memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana tindakannya tidak mencerminkan kesopanan dan kesusilaan sebagai rakyat Malaysia yang menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara, selain melampaui hak kebebasan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Nurul Huda Razali merayu hukuman berbentuk denda rendah dengan mengambil kira anak guamnya menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi serta tidak bekerja.

“Anak guam saya tidak mempunyai niat jahat untuk membuat hantaran yang jelik dan menyakitkan hati orang lain. Dia juga telah menyesal dengan kekhilafan tersebut,” katanya.

Aktivis pembela OKU mati dibakar

AFP

Guadalajara: Seorang aktivis yang juga ibu kepada kanak-kanak autistik maut selepas dibakar, sehingga mencetuskan rusuhan yang mahu keadilan kepada mangsa, menurut pihak berkuasa Mexico.

Orang ramai bersama ahli keluarga Luz Raquel Padilla dikatakan dibakar individu tidak dikenali, menyertai protes yang diadakan di Zapopan, pada Khamis.

Luz Raquel Padilla, 35, adalah pembela hak asasi orang kurang upaya (OKU) maut selepas individu tidak dikenali membakarnya di Jalisco, menurut pejabat pendakwa raya pada Rabu.

Wanita itu disimbah dengan alkohol oleh tiga lelaki di sebuah taman di Zapopan sebelum dibakar, seperti dilihat saksi awam, menurut Pendakwa Raya Luis Joaquin Mendez.

Padilla yang terbabit dengan kumpulan I take care of Mexico disahkan maut di hospital pada Selasa selepas 90 peratus badannya terbakar.

Kes diklasifikasikan bunuh dan polis kini masih menyiasat motif kejadian dan memburu suspek.

Jiran Padiila, Sergio Ismael ditahan polis kerana menyebabkan kecederaan, ugutan serta jenayah dipercayai terbabit dalam kejadian sebelum ini, menurut Mendez.

Dia masih belum didakwa membunuh wanita itu, kata pendakwa raya.

Padilla pada Mei lalu menuduh lelaki itu mengugut dan menulis grafiti dengan mesej termasuk 'Saya akan membakar awak hidup-hidup' di dinding bangunan tempat mereka tinggal.

"Berapa lama saya perlu hidup dalam ketakutan bahawa sesuatu boleh berlaku kepada saya dan keluarga saya," katanya.

Padilla juga pernah memuat naik hantaran di media sosial mengenai sikap jirannya seperti mendengar muzik yang kuat sehingga menjejaskan kesihatan anaknya.

Beberapa tahun sebelum ini, dia juga pernah menjadi mangsa penderaan oleh bekas pasangannya.

Puluhan wanita berdemonstrasi di hadapan balai polis Zapopan pada Khamis, menuduh pihak berkuasa tidak bertindak dan tidak ambil peduli.

Tyson percaya ajal makin dekat

Agensi 

London: Legenda tinju dunia dari Amerika Syarikat, Mike Tyson mengakui dan percaya kehidupannya bakal berakhir tidak lama lagi.

Tyson yang berusia 56 tahun kerap dikaitkan dengan kemunculan semula di gelanggang pertarungan sejak beberapa bulan lalu. Antaranya dengan bintang YouTube Jake Paul yang hangat diperkatakan peminat tinju.

Namun ia tidak akan menjadi kenyataan jika ramalan Tyson mengenai jangka masa kematiannya benar-benar terjadi.

Bercakap di podcast Hotboxin bersama Mike Tyson semalam, dia berkata: "Kita semua akan mati pada suatu hari, sudah tentu.

"Dan apabila saya melihat cermin, saya nampak beberapa garisan kedut di muka saya. Saya kata 'wow'. Ini bermakna riwayat hidup saya akan berakhir tidak lama lagi, ya semakin dekat'."

Selain mendominasi kategori heavyweight, Tyson turut berdepan kontroversi dalam kehidupan, pernah meringkuk di penjara, membintangi beberapa filem dan kini menjadi pengacara podcast sendiri.

Dia kini semakin tenang menjalani kehidupan seharian sejak beberapa tahun lalu.

-hmetro 

Penghantar makanan didenda RM50,000 kerana hina Islam

Seorang penghantar makanan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di Sepang hari ini setelah mengaku bersalah memuat naik kandungan video menghina agama Islam di saluran media sosial YouTube miliknya pada Sabtu lepas (16 Julai).

Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Nor’ Muzil Mohd Razalli, 39, yang didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi itu menggunakan aplikasi YouTube dengan niat menyakiti hati orang lain pada 11.14 malam, 16 Julai lepas di hadapan Shell, Cyberjaya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 233(3) akta sama.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nor Azizah memohon mahkamah agar menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat.

“Ini kesalahan serius yang dibuat dengan sengaja untuk hina kesucian Islam, Nabi Muhammad SAW dan Allah SWT. Jika dikenakan hukuman ringan, tertuduh cenderung untuk mengulangi perkara sama.

“Dalam kes ini, hukuman berat perlu dikenakan setimpal dengan kesalahan. Tertuduh telah menimbulkan kemarahan orang awam apabila terdapat lebih 20 laporan polis malah tertuduh juga diburu orang awam untuk dipukul,” katanya di hadapan Hakim Ahmad Rizki.

Hakim Ahmad Rizki menasihatkan tertuduh agar menginsafi kesalahan yang telah dilakukan serta bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan sama di masa hadapan.

Hakim juga berkata Mohd Nor’ Muzil perlu menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh ditahan pada 17 Julai lepas untuk direman empat hari bagi membantu polis melengkapkan siasatan berhubung kandungan video terbabit yang tular di media sosial.

- Bernama

Air mineral 'jampi' RM1,000

Yusmizal Dolah Aling

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ada perawat yang sengaja menggunakan nama Islam untuk menarik pelanggan bagi mendapatkan keuntungan lumayan walaupun sebenarnya mereka banyak menyimpang dari ajaran sebenar.

Mereka tidak mendalami ilmu perubatan Islam dan hanya menghafal satu atau dua ayat serta doa selain berpakaian seperti seorang alim semata-mata untuk meyakinkan pesakit.

Lebih memalukan mereka ini yang menyasarkan golongan berada turut mempunyai rekod jenayah lampau, salah laku dan pernah ditahan pihak berkuasa.

Pendakwah bebas Dr Zamihan Mat Zin Al Ghari berkata, kemunculan perawat palsu semakin berleluasa dan mencemarkan konsep perubatan Islam.

Katanya, konsep rawatan dalam Islam adalah usaha dan ikhtiar malah tiada jaminan kesembuhan kerana yang akan menyembuhkan adalah Allah SWT.

"Jadi dalam usaha dan ikhtiar, upah itu sepatutnya berpatutan, kena ada timbang rasa kepada orang sakit.

"Sudahlah dia sakit, ada yang datang dari jauh. Bukan ada jaminan sembuh, tetapi kena bayar caj tinggi sehingga ribuan ringgit. Konsep itu sudah jadi salah," katanya kepada Harian Metro, baru-baru ini.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) berkata, kebanyakan perawat palsu ini menjadikan kerjaya itu sebagai jalan mudah untuk mendapat keuntungan sehingga ada yang sanggup menjual air mineral didakwa dijampi dengan harga RM1,000 sebotol.

"Itu belum lagi kes bomoh yang sengaja mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsu. Duit pun ambil, nafsu juga nak dilampias kepada pesakit. Mereka ini hidup di atas kesusahan orang lain," katanya.

Justeru, beliau mencadangkan semua perawat perlu berdaftar dengan pihak berkuasa agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai perubatan alternatif.

Katanya, dengan cara itu, masyarakat boleh mengetahui 'tauliah' yang ada pada perawat terbabit daripada segi latar belakang dan kepakaran sekaligus mengelak ditipu.

"Jika mereka tidak ada pengiktirafan, kita boleh katakan mereka menjalankan aktiviti haram.

"Mereka sahaja yang mendakwa mereka pakar itu dan ini sedangkan tidak ada pembuktian dalam bentuk pengiktirafan dan kelulusan pihak berwajib.

"Berikutan tidak ada badan pun yang mengiktiraf mereka sama ada perawat pakar atau perawat biasa, jadi mereka tidak ubah seperti scammer perubatan Islam," katanya.

Sementara itu, pengamal perubatan Islam Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, antara caj tinggi yang dikenakan perawat palsu kepada pesakit termasuk mendapatkan khidmat jin kononnya mampu merawat dengan harga antara RM3,000 hingga RM6,000 setiap satu jin.

Ramai remaja perempuan belasan tahun ‘dm’ beritahu berzina banyak kali, ini pengakuan Ustaz Fathi Naim

DANIAL HAKIM

Ustaz Fathi Naim dalam satu ceramahnya menceritakan ramai remaja perempuan belasan tahun yang menghubunginya menerusi ‘direct message’ (dm) di Instagram memberitahu telah berzina banyak kali.

Penceramah itu mendakwa boleh dikatakan hampir setiap hari terdapat anak-anak muda daripada berusia belasan tahun hingga 20-an yang dm kepadanya menceritakan masalah masing-masing.

“Ada seorang perempuan ni belasan tahun, dalam tingkatan 4 atau 5 mengadu setiap kali keluar dengan boyfriend, terlanjur.

“Maknanya, dah berzina banyak kali. Banyak kali sangat. Bukan dia seorang. Ramai lagi dm benda yang sama. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata). Terlanjur…,” katanya.

Menerusi sedutan rakaman ceramahnya yang dikongsikan di Sahabat Kuliah Channel pada 2020 itu, Fathi menganggap orang lain berani menceritakan masalah kepadanya kerana dia jenis “melayan”.

“…saya ni kira macam melayanlah… bukan macam ustaz lain yang ada jurang.

“Saya ni macam okey-okej je. Kalau sesiapa yang nak kongsi apa-apa masalah pun, saya okey,” ujarnya.

Dia bahkan turut mengaku pernah melakukan segala perkara yang dibuat anak muda.

“Sebenarnya semua benda yang berlaku pada anak muda ni, semua saya dah rasa dah.

“Kehidupan yang happy happy, suka enjoy, orang muda ‘kan suka enjoy, dia suka macam lepak-lepak, couple, ada girlfriend, boyfriend, keluar dating dan sebagainya,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, Fathi yang juga merakamkan beberapa lagu nasyid itu menegaskan segala hal tersebut sebagai “bodoh”.

Dia turut sempat mendakwa majoriti khalayak hadirinnya “bukan semua bagus” ketika zaman muda termasuk tidak menghadiri majlis ilmu.

“Kita pernah melalui fasa-fasa itu. Sebab setiap orang ada masa silam. Masa silam, masa silamlah. Kita cuba berdamai dengan masa yang lampau.

“Sekarang ini kita mulakan dengan fasa yang baru. Allah beri hidayah kepada kita hari ini cuma mungkin lambat sikitlah. Tak mengapalah. Janji sebelum mati tu ada kesempatan yang Allah Taala bagi,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan pentingnya ibu bapa mendidik akak.

“Saya pelik dengan anak muda sekarang ini macam tidak beragama. Ini semua hasil didikan mak ayah sebenarnya,” kata Fathi lagi.

Remaja 19 tahun hilang selepas pergi kerja sejak Jumaat lepas

Bernama

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi penolong ketua polis Balai Khantan Baru di talian 05-2012422 bagi membantu siasatan. (Gambar PDRM)

IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dilaporkan hilang selepas dihantar bapanya ke tempat kerja di sebuah kilang pengeluar barangan berasaskan getah di Kawasan Perindustrian Kanthan, Chemor, sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Yahaya Hassan, berkata kehilangan Norshahira Razali telah dilaporkan oleh bapanya pada Sabtu lalu di Balai Polis Kanthan Baru.

Katanya, gadis tersebut tinggal bersama keluarga di Taman Lintang, Sungai Siput.

“Remaja berkenaan telah dihantar ke tempat kerja oleh bapanya sekitar 7.30 pagi dan dikatakan telah keluar dari kilang berkenaan kira-kira 10 minit kemudian dan sehingga kini, masih gagal dikesan,” katanya, semalam.

Yahaya berkata gadis itu, berketinggian kira-kira 152 sentimeter (cm), berkulit cerah dan berbadan kurus, kali terakhir dilihat memakai baju kerja kilangnya berwarna putih.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Penolong Ketua Polis Balai Khantan Baru, Mohd Nazari Abdul Rahman di talian 05-2012422 bagi membantu siasatan.

Pakar Usuluddin, pemikiran Islam Prof Mohamad Kamil meninggal dunia

NASUHA RAHMAN

Pakar bidang usuluddin dan pemikiran Islam Profesor Dr Mohamad Kamil Abdul Majid telah meninggal dunia kira-kira 7.40 petang semalam di kediamannya.

Jenazah Allahyarham akan diuruskan pada jam 9.00 pagi ini di MDESJ dan difahamkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22.

Allahyarham yang juga merupakan adik kepada Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi telah menyertai AMANAH pada 5 September 2020.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu menyifatkan jasa beliau sangat besar dalam menghasilkan kajian berkait gerakan dan tokoh-tokoh tajdid yang menjadi rujukan kepada ramai pihak.

“Bagi pihak Parti Amanah Negara, saya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan seluruh sahabat handai.

“Pemergian beliau satu kehilangan besar buat kami di Parti Amanah Negara. Semoga Allah kurniakan setinggi pengampunan dan ditempatkan bersama para solehin” katanya.

Naib Presiden AMANAH Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa telah menziarahi keluarga beliau malam tadi dan menyifatkan satu kehilangan besar dalam dunia Ilmuan Islam di negara.

Dr Kamil juga seorang Tokoh Akademik dan Pengasas Yayasan Usuluddin Malaysia telah bersara sebagai Profesor Madya dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Malaya.

Beliau dilahirkan pada tahun 1950 di Kg Kayu Rindang, Melor Kota Bharu, Kelantan.

Mendapat lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang daripada Yayasan Pengajian Tiinggi Islam Kelanta (YPTIK) dan Sarjana Muda Syariah daripada Universiti Al Azhar, Kaherah Mesir.

Kesarjanaannya dalam bidang falsafah dan Teologi Jabatan Pengajian islam UM dan bidang Pemikiran Islam (kerohanian) bagi ijazah Doktor falsafah, di Universiti Malaya.

Dalam pentadbiran akademik, pernah memegang jawatan Timbalan Dekan (Usuluddin), Ketua Jabatan (Dakwah dan Pembangunan Insan) dan Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar di Akademi Pengajian Islam). Membantang kertas-kertas kerja di dalam dan luar negara.

Menjadi Anggota Ulama, Majlis Agama Islam kelantan (MAIK), Ahli panel Kajian Akidah JAKIM.

Juga terlibat dengan peristilahan (Agama) Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dalam bidang penerbitan menghasilkan lebih 10 buah buku di samping berbagai artikel dalam jurnal tempatan dan antarabangsa.

Polis buru lelaki samun, cabul penjawat awam

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis sedang memburu seorang lelaki kerana didakwa mencabul dan samun seorang penjawat awam dalam kejadian di sebuah kuarters di Putrajaya, hari ini.

Kejadian berlaku pada 5.30 petang ketika mangsa berusia 36 tahun yang bertugas di sebuah kementerian dikatakan dalam perjalanan ke rumahnya.

Ketua Polis Putrajaya A Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa mendakwa diekori seorang lelaki dari tempat letak kereta sehingga ke koridor aras sembilan kuarters didiami mangsa.

Katanya lagi, sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek menolak mangsa ke arah dinding dan merampas beg tangan serta dompet mangsa sebelum melarikan diri melalui tangga.

“Mangsa kemudian mengejar suspek sehingga aras dua sebelum lelaki itu berpatah balik, mendekati mangsa dan merampas telefon bimbit jenis iPhone 8 serta merabanya.

“Sejurus selepas itu, suspek sempat menumbuk mangsa di pipi kanan. Mangsa menjerit meminta tolong sebelum suspek melarikan diri sebaik jeritan didengari penghuni kuarters berkenaan,” katanya menurut laporan Kosmo.

Katanya, mangsa mendakwa wang tunainya berjumlah RM300 hilang dalam kejadian itu.

Asmadi berkata, siasatan awal mendapati, mangsa tidak mengenali suspek malah, tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Menurutnya, berdasarkan keterangan mangsa, suspek berambut pendek, berkulit gelap dan berbadan berisi selain berketinggian kurang lima kaki serta berbaju t-shit warna putih dan berseluar trek hitam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Usaha memburu suspek giat dilakukan melalui kaedah foto fit,” katanya.

Nurul Izzah dilantik naib presiden, Saifuddin kekal setiausaha agung PKR

Faiz Zainudin

PETALING JAYA: PKR hari ini mengumumkan perlantikan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai naib presiden.

Sementara itu Saifuddin Nasution Ismail yang tewas dalam pemilihan PKR bagi jawatan timbalan presiden kembali dilantik sebagai setiausaha agung parti itu.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di ibu pejabat parti itu malam ini.

Selain Izzah PKR melantik dua lagi bagi jawatan naib presiden lantikan iaitu Saraswathy Kandasamy dan Awang Husaini Sahari dari Sabah.

Bagi jawatan bendahari, PKR melantik Ahli Parlimen Selayang, William Leong sementara Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil sebagai ketua penerangan, manakala Zahir Hassan dipilih mengisi jawatan ketua setiausaha pengelola.

PKR turut melantik lima MPP lantikan iaitu, G Manivanan, Rodziah Ismail, N Uvaneswaran selain Cristina Liew dan Abun Sui Anyit yang masing-masing dari Sabah dan Sarawak.

Pengumuman barisan kepimpinan penuh PKR termasuk jawatan lantikan yang terdiri daripada wakil masyarakat India dan pemimpin dari Sabah dan Sarawak dilihat bertujuan memastikan komposisi kaum yang seimbang.

Ia selepas ketiadaan wakil berbangsa India, serta pemimpin Sabah dan Sarawak mengisi 20 kerusi MPP bagi penggal 2022-2025 dalam pemilihan parti itu minggu lalu.

Nurul Izzah pada 2018 mengumumkan peletakan jawatannya sebagai naib presiden.

Susulan peletakkan jawatan itu, Presiden PKR Anwar Ibrahim memaklumkan keputusan diambil Izzah itu kerana muak dan letih dengan perangai individu yang sibuk dengan politik kepartian.

Menerusi sidang medianya selepas mempengerusi mesyuarat MPP, Anwar turut mengumumkan pelantikan Timbalan Presiden Rafizi Ramli, bagi mengetuai “pasukan perang” pilihan raya PKR bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Kebebasan tidak mewajarkan penghinaan

Sebagai masyarakat yang berbilang kaum dan agama, teras utama membentuk kepelbagaian adalah hormat menghormati antara satu sama lain.

Demi keharmonian, setiap warganegara harus memelihara harga dirinya dan harga diri orang lain dengan cara berbuat kebaikan dan berpesan dengan ketaqwaan.

“Dan bekerjasamalah antara kamu diatas kebaikan dan ketaqwaan, janganlah bekerjasama atas dosa (kejahatan) dan permusuhan” (Al Maidah : 2 )

Akhir-akhir ini nilai hormat kepada pegangan agama seseorang di kalangan rakyat Malaysia semakin terhakis atas nama kebebasan bersuara.

Ada juga perbuatan menghina dibuat atas alasan kebencian sehingga menyakiti agama lain. Kedua-dua alasan ini dilarang oleh undang-undang dalam negara ini kerana ia boleh membawa sentimen permusuhan di kalangan rakyat.

Perbuatan menghina kepercayaan , keturunan mahupun sesuatu etnik perlu difahami rentas agama dan tidak eksklusif untuk agama tertentu sahaja.

Sebab itulah Syariat Islam menganjurkan dakwah dengan berhikmah dan berdebat dengan cara bertamadun dalam konteks silang agama.

Tujuan utama atau Maqasid berdakwah adalah mengekalkan keharmonian dan kerukunan berbagai agama dalam sesebuah masyarakat.

Kebebasan bersuara perlu diletakkan dalam acuan beradab, mengikut undang-undang negara dan dengan niat yang murni.

Ini bagi mengelak kebebasan bersuara disalahguna untuk tujuan benci membenci dan menimbulkan permusuhan di kalangan rakyat.

” Dan serulah ke jalan Tuhanmu (dakwah) dengan berhikmah dan dengan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan sesuatu pendekatan yang lebih baik, dan sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dia lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk” (Al Nahlu: 126)

Alasan berseni dalam konteks satira komedi seperti ‘standup comedy’ perlu mengambil kira betapa apa yang dikelakarkan dalam premis terhad itu dapat diakses secara meluas oleh mereka yang di luar sana melalui wahana sosial media.

Hati-hati melahirkan ekpresi seni anda demi memelihara kerukunan sesebuah masyarakat yang sangat berpegang teguh kepada agama dan kepercayaannya.

Kita tidak boleh memaksa masyarakat kita menerima ekpresi kebebasan acuan Barat kerana kita bukan masyarakat Barat, kita ada acuan unik yang terbentuk sejak sekian lama.

Jangan salahkan keunikan masyarakat kita tetapi berkaryalah mengikut acuan kita dan budaya kita!

Yb DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Ahli Parlimen Parit Buntar

Naib Presiden Parti AMANAH.

Bahana gajet: Kes pelajar tingkatan 1 pukul, ugut pisau selepas rakan enggan hisap kemaluan

DANIAL HAKIM

Ramai ibu bapa dilihat terkejut dengan kes seorang pelajar lelaki tingkatan satu di Gurun, Kedah kelmarin sanggup menampar, memukul dan mengugut dengan pisau selepas rakannya, seorang murid tahun empat enggan menghisap kemaluannya.

Rata-rata ibu bapa berpendapat bahana gajet tanpa kawalan dan pemantauan menjadikan remaja mudah terpengaruh dengan pelbagai bentuk anasir buruk di alam maya sekaligus cabaran buat ibu bapa pada masa ini.

Semakan di laman Facebook Penduduk Sungai Petani mendapati ibu bapa saling mengingatkan bahawa pentingnya pendidikan akhlak serta berkaitan maruah diri dan menghormati orang lain diberi penekanan dalam keluarga masing-masing.

Bagi Yushaneez Kamarudin, institusi kekeluargaan dalam zaman gajet sekarang jauh berbeza tidak seperti dahulu.

“Nauzubillahiminzalik. Bahana gajet tanpa pengawasan dan batasan. Paling digeruni keluarga zaman sekarang.

“Kita dah kawal tapi ada yang lain beri. Cabaran yang besar untuk keluarga zaman kini.. Tak sama macam zaman dahulu,” katanya.

Ramai juga menyifatkan kedua-dua remaja dengan pipi kanan mangsa lebam akibat ditampar dan dipukul suspek dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang kelmarin adalah mangsa.

“Innalillahhiwainnaillahhirojiun. Kedua-dua remaja ini adalah mangsa sebenarnya. Sedihnya. Semoga baik-baik saja untuk kedua-duanya.

“Jadi hamba Allah yang musleh. Amin. Doakan baik-baik, semoga jadi baik-baik,” tulis Tee Abdul Manaf.

Untuk rekod, suspek telah dua kali mengarahkan mangsa yang juga rakan sepermainannya menghisap kemaluannya tetapi enggan dituruti mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan dilapor berkata, suspek sebelum itu membawa mangsa menaiki kereta Perodua Kancil yang dipandunya ke sebuah kedai di taman perumahan di Gurun.

Selepas itu, mangsa diarah membuka seluar suspek dan menghisap kemaluannya tetapi mangsa enggan menyebabkan dia ditampar dan dipukul.

“Suspek kemudian membawa rakannya itu ke rumahnya dan mengarahkan mangsa sekali lagi menghisap kemaluannya tetapi arahan itu enggan diikuti mangsa,” dipetik Utusan Malaysia.

Menurut Zaidy, berang permintaan tidak dipenuhi, suspek kemudian mencekik leher mangsa dan mencederakannya dengan sebilah pisau menyebabkan dia takut dan berlari pulang memberitahu bapanya.

Ekoran itu, jelasnya, bapa mangsa membuat laporan kejadian di Balai Polis Gurun dan pada pukul 7.19 malam hari sama, suspek ditahan di rumahnya.

Tambahnya, suspek kini direman empat hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017 serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

‘Pandai buat kerja’

Sementara itu, tular satu video berdurasi 2 minit 39 saat memaparkan seorang remaja dipercayai suspek yang antara lain dipukul dan diterajang dari belakang oleh seorang lelaki dewasa.

“Baru tingkatan satu pandai buat kerja begini,” kata individu lain sambil menuding jari ke arah remaja berkenaan.

Remaja berseluar jeans biru dan berbaju hijau gelap itu kemudiannya berteriak seketika sejurus dibelasah sebelum berdiri dengan dilihat terus meletakkan telefon bimbit di telinganya dipercayai sedang menghubungi ayahnya.

Dia sekali lagi diterajang oleh lelaki dewasa berbaju putih sebelum rakaman video diakhiri dengan suara remaja yang dipercayai sebaya dengan suspek dalam loghat Kedah, “aku tak puas hati dengan budak ni, kurang ajar sangat.”

Sehubungan itu, warganet mengingatkan bahawa kanak-kanak lelaki juga pada masa sekarang terdedah pada mangsa gangguan seksual.

“Budak lelaki pun mangsa seksual kanak-kanak. Disebabkan itu dia nak cuba sendiri dan jadilah seperti ini. Sebab itulah ilmu seksual kanak-kanak amat penting untuk ibu bapa terangkan dari kecil,” kata Shamir Farizmi.

Bagi Nor Ismaniza Ismail pula, beliau berharap semoga generasi hari ini menjadi insan yang lebih baik dalam kehidupan dunia dan akhirat.

“Sedih dan takut. Dua-dua adalah mangsa. Moga selepas ini jadi pengajaran pada si pelaku dan semoga ini jadi titik perubahan dia jadi orang yang lebih baik.

“Semoga mangsa cepat sembuh daripada kecederaan fizikal, emosi dan mampu mengatasi trauma. Aamiin,” doanya lagi.

Kepala ditampar kerana salam tak pandang muka

Noor Hidayah Tanzizi

am@hmetro.com.my

TANGKAP layar rakaman video memaparkan lelaki (baju hijau) menampar kepala jemaah (baju merah) selepas selesai solat di Masjid An-Nur. FOTO tular

TANGKAP layar rakaman video memaparkan lelaki (baju hijau) menampar kepala jemaah (baju merah) selepas selesai solat di Masjid An-Nur. FOTO tular

Manjung: Gara-gara tidak memandang muka ketika bersalaman, seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila menampar belakang kepala seorang jemaah di Masjid An-Nur, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian yang dibuat mangsa berusia 30-an.

Menurutnya, kejadian berlaku di antara mangsa yang juga anggota TLDM dan suspek iaitu pesara TLDM di masjid berkenaan selepas selesai solat Asar pada 5.10 petang.

"Selepas selesai solat, mangsa bersalaman dengan suspek yang tidak dikenali sebelum suspek tiba-tiba menampar belakang kepala mangsa dengan kuat hingga terkena telinga kanannya.

"Susulan itu mangsa mengalami sakit di bahagian belakang kepala dan telinga," katanya di sini, hari ini.

Nor Omar berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca kerana mangsa didakwa tidak memandang muka suspek ketika bersalaman.

"Ia menyebabkan suspek yang juga pesara TLDM berusia 46 tahun berang dan beranggapan mangsa bersikap kurang ajar dengannya," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua pihak sudah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung untuk dirakam percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

"Mangsa dalam kes ini kemudiannya tidak mahu meneruskan siasatan dan sudah menarik semula laporan polis yang dibuat. Kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

"Susulan itu, polis menyeru dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak menularkan video berkenaan kerana kes itu sudah selesai," katanya.

Terdahulu, satu video berdurasi 37 saat yang memaparkan seorang lelaki menampar belakang kepala seorang jemaah selepas selesai solat tular di media sosial sejak semalam.

Lagi kes kehilangan Zalina Azman, pemilik cafe nampak dia menggigil ketakutan, cemas

AYHAN FERHAT

Misteri kehilangan personaliti TV masih menjadi tanda tanya, bagaimanapun seorang pemilik cafe di Shah Alam mendedahkan beliau pernah nampak wanita itu Ahad lepas dalam keadaan menggigil ketakutan dan cemas.

Pemilik cafe yang dikenali sebagai Mosyuki Borhan membuat mendakwa ternampak wanita seperti Zalina Azamn datang ke cafe miliknya iaitu Dos Cafe di Seksyen 9 Shah Alam, Selangor.

Menurut beliau Zalina Azman datang kira-kira jam 1 petang dalam keadaan menggigil takut dan cemas.

“Dia datang kat kaunter dan mahu order makanan, dia toleh belakang, kanan dan kiri. Memang nampak mencurigakan. Saya tanya pada dia, okay atau tidak, tapi dia hanya dia saja.”

“Staff lain meminta wanita itu duduk dulu dan akan mengambil order. Dia memang tak banyak bercakap tapi apa yang keluar daripada mulutnya ialah saya takut dengan besi.”

“Dia bercakap di dalam keadaan ketakutan, bagai ada hal yang sedang terjadi,” ujarnya.

Mosyuki berkata, wanita itu berkata tentang besi kerana kedainya memang banyak menggunakan tema besi.

Beliau turut menceritakan situasi wanita itu yang kelihatan takut mula-mula masuk ke cafenya, dia hanya berdiri di depan pintu

Mosyuki menganggap wanita itu takut mungkin kerana tombol pintu pun dibuat dari besi.

“Semasa dia nak keluar kedai, dia terus langgar saja pintu tu kerana tak nak sentuh tombol pintu. Saya kesian juga padanya. Nampak macam dalam keadaan kelaparan.

“Namun dia terus saja pergi sebab dia lihat macam rasa insecure, terancam.

Misteri kehilangan personaliti TV masih menjadi tanda tanya, bagaimanapun seorang pemilik cafe di Shah Alam mendedahkan beliau pernah nampak wanita itu Ahad lepas dalam keadaan menggigil ketakutan dan cemas.

Misteri kehilangan personaliti TV masih menjadi tanda tanya, bagaimanapun seorang pemilik cafe di Shah Alam mendedahkan beliau pernah nampak wanita itu Ahad lepas dalam keadaan menggigil ketakutan dan cemas.

Zalina Azman

“Kami pun ikut dia ke keluar kedai dan tengok arah mana dia pergi. Dia jalan tanpa arah macam mencari sesuatu dengan laju. Kami tak sempat untuk beri makanannya padanya” kata beliau dipetik News Tel.

Susulan laporan kehilangan wanita itu pada Isnin, terus Mosyuki teringat wanita yang datang ke café miliknya itu lantas pergi buat report polis.

“Perwatakan, saiz tubuh badan dan warna kulit dia sama seperti hebahan dari pihak polis. Pihak polis pun kata pakaian dia sama macam ketika dia hilang. Pakai jaket apa semua,” katanya.

Kata Mosyuki ini kali pertama dia lihat orang sebegitu bimbang dengan besi.

Masyuki mendedahkan individu itu tiada dompet dan haya pegang duit begitu saja.

“Dia hanya pegang duit macam itu saja, tak ada dompet. Kasut pun dia pakai tidak betul dan tali kasut tak berikat.”

Mosyuki harap polis akan check cctv di kawasan kedainya itu untuk lihat wanita berkenaan.

“Jika yang datang itu memang betul Zalina Azman, semoga dia dijumpai, memang nampak sangat ketakutan. Kalau bukan dia pun, harap wanita itu akan selamat.”

Itulah kenyataan dari Mosyuki tentang kes kehilangan Zalina Azman.

Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang

KOSMO!

TANGKAP layar memaparkan perbuatan seorang wanita memanjat bonet kereta ketika menangkap suaminya curang. - Instagram

HANOI – Sebuah klip video tular di media sosial Vietnam kerana memaparkan tindakan nekad seorang isteri memanjat bonet sebuah kereta kerana mahu menangkap suaminya yang curang, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos. Kejadian itu dikatakan berlaku di wilayah Thai Nguyen, utara Vietnam.

Rakaman menunjukkan seorang wanita berbaju ungu memberhentikan sebuah kereta merah lalu memanjat ke atas bonet kenderaan tersebut.

Dia kemudian mengeluarkan telefon pintar untuk merakam gambar suami dan perempuan simpanannya di dalam kereta.

Melihat tindakan wanita itu, polis tempatan segera campur tangan dan memintanya turun daripada bonet kereta.

Wanita itu turun dan memohon maaf kepada polis. Dia memaklumkan bahawa dia ingin merakam gambar sebagai bukti suaminya curang.

Dia juga menunjukkan sijil perkahwinan yang membuktikan bahawa lelaki di dalam kereta itu adalah suaminya.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Mesti hancur perasaan kakak itu,” kata seorang netizen.

“Walaupun beremosi, masih tetap tenang,” komen netizen lain. – Agensi

Penceramah bebas disyaki rogol remaja ditahan polis

Malaysiakini 

Polis menahan seorang penceramah bebas di Kuala Selangor petang semalam kerana disyaki terlibat kes rogol seorang remaja perempuan.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi berkata pada 16 Julai lepas polis menerima laporan yang dibuat seorang remaja berusia 14 tahun itu yang mendakwa telah dirogol.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati pengadu berkenalan dengan suspek yang berumur dalam lingkungan 30an itu sejak Mei tahun lepas.

"Bermula dari perkenalan itu pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi berbeza," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya bertindak hasil maklumat, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor telah menahan suspek kira-kira pukul 4.50 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor.

Sasikala Devi berkata suspek kini direman lima hari bermula hari ini.

- Bernama

Terengganu, negeri ulama yang mempunyai diskriminasi undang-undang!

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH

Apabila parti dipimpinan ulama memerintah Terengganu dengan slogan kerajaan Melayu Islam, ramai menjangkakan pelaksanaan undang-undang lebih adil akan wujud untuk semua malangnya telah didiskriminasi.

Malangnya yang sebaliknya berlaku dengan satu pendekatan penguatkuasaan untuk parti politik pembangkang dan suatu pendekatan penguatkuasaan yang berbeza untuk parti kerajaan.

Beberapa minggu lepas kami dari parti AMANAH telah mengadakan flashmob aman kerana kenaikkan harga barang di kawasan lampu isyarat Ladang Tok Pelam dan berbagai halangan yang sebelum ini tidak ada di kenakan keatas kami.

Setelah kami bersetuju mengadakan flashmob hanya untuk 15 minit atas permintaan polis, 4 jalan menuju ke tempat tersebut di tutup oleh pihak Polis pada semua lalu lintas. Apa gunanya kononnya diberi 15 minit untuk flashmob dan semua jalan di tutup? Ini amat aneh.

Beberapa bulan lepas semasa flashmob di tempat sama di Ladang, seorang warga emas bernama Pak Din yang uzur, telah dikenakan kompaun RM1,500 setelah “orang atasan” menghantar gambar kepada pihak Polis.

Semalam pula semasa kami beberapa orang megadakan flashmob di tempat yang sama, sekali lagi jalan jalan ditutup, kemudian saya sebagai ketua AMANAH Terengganu dan Saudara Zamir, Ketua Pemuda AMANAH Negeri diminta hadir ke Balai Polis untuk diambil kenyataan.

Inilah tekanan demi tekanan yang dikenakan keatas kami dalam usaha membela nasib rakyat isu harga barang naik.

Yang anehnya apabila ahli parti politik kerajaan dari Pemuda Umno membuat yang sama baru baru ini, tiada tindakan penutupan jalan atau yang lain lain di kenakan. Bilangan mereka pula lebih ramai.

Terengganu, negeri ulama yang mempunyai diskriminasi undang-undang!

Pemuda Umno demo tapi tiada penutupan jalan

Sebelum dari itu lagi ahli politik Pas telah pernah mengadakan flashmob di hadapan ibu pejabat Polis Kuala Terengganu berdekatan Wisma Darul Iman, juga tiada halangan dikenakan.

Soalannya kenapa ianya dikenakan sekatan dan tindakan hanya pada kami dari parti AMANAH dan tidak kepada UMNO atau PAS?

Ini berlaku di Negeri Ulama PAS di bawah kononnya kerajaan Melayu Islam yang sepatutnya mempunyai nilai Islam yang lebih murni terhadap rakyat.

Adakah kerajaan Islam Terengganu begitu takut kepada suara rakyat sehingga sanggup mengenepikan ajaran Islam oleh Allah untuk berlaku lebih adil sesama Islam.

Tugas utama pihak keselamatan Polis adalah untuk menjaga keselamatan umum rakyat dengan adil dan bukan untuk diperalatkan oleh mana mana parti poltik untuk menutup mulut serta mata rakyat.

PAS bercakap berdegar degar berceramah tentang prinsip keadilan Islam tetapi apa yang mereka lakukan adalah bertentangan dengan ajaran Islam sebenarnya.

Apabila suara penderitaan rakyat cuba ditutup, itulah permulaan kehancuran sesebuah Negara seperti Malaysia.

Bukankah Perdana Menteri mengistiharkan “jihad” atas kenaikkan harga barang dan kami menyahut cabarannya.

Tiada keadilan yang lebih murni dari keadilan dalam Agama Islam yang datang dari maha suci Allah s.w.t.

Umno buat flashmob di depan pejabat Umno dan AMANAH buat flashmob di depan pejabat AMANAH, sementara Pas buat flashmob di depan Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu.

Kenapa hanya AMANAH di kenakan tindakan dan sekatan?

Kami menuntut penjelasan dari pihak berkuasa kenapa ada diskriminasi begitu ketara di antara parti politik kerajaan dan kami yang bersuara untuk rakyat?

Ha ha lawak! Ikon pemotoran anak muda ‘kantoi’ tiada lesen kenderaan

DANIAL HAKIM

Seorang anak muda yang sebelum ini diangkat sebagai ikon permotoran didapati ‘kantoi’ tidak memiliki lesen memandu.

Gambar kertas saman beralamat di Tanah Merah, Kelantan itu tular hingga mengundang kecaman dan sindiran orang ramai.

Rata-rata warganet menempelak tindakan membawanya sebelum ini memberi ceramah di sebuah sekolah menengah minggu lalu.

“Sembang gebang ikon pemotoran konon, lesen pun takde rupanya,” komen seorang warganet.

Sementara itu, Fazli Ali pula menyindir individu terbabit boleh diundang untuk memberikan ceramah.

“Sekolah boleh jemput beri peluang ketiga. Lesen takda boleh berjaya dengan Tiktok,” katanya.

Tidak kurang juga yang secara sinis berharap Putrajaya menjemput pemuda berusia 22 tahun untuk memberikan ceramah motivasi.

“Suruh dia buat motivasi di JPM (Jabatan Perdana Menteri) pula lepas ni,” kata Muaz Zakaria.

Bulan lalu, netizen mencemuh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal apabila mengangkat Haqiem Stopa sebagai ikon permotoran anak muda.

Haqiem sebelum ini dianggap netizen sebagai “mat rempit” Tiktok yang popular dengan mempunyai hampir 900,000 pengikut dan mendapat 13.6 juta ‘likes’.

Lagi kes hina Islam dan Nabi

Hazira Ahmad Zaidi

am@hmetro.com.my

SUSPEK ditahan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong 11.30 pagi tadi. FOTO ihsan polis

SUSPEK ditahan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong 11.30 pagi tadi. FOTO ihsan polis

Kota Bharu: Polis menahan lelaki yang didakwa mempersenda dan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad SAW melalui hantaran video di media sosial, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan pada 9.15 pagi tadi berhubung seorang individu yang menghina agama Islam melalui satu klip video.

Katanya, suspek berusia 35 tahun yang tidak bekerja kemudiannya ditahan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang ketika melakukan serbuan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang, pada jam 11.30 pagi tadi.

"Hasil soal siasat, suspek mengaku memuat naik video yang menyebut perkataan penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

"Ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek juga didapati positif dadah jenis methaphetamine.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan juga Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada hari esok.

Terdahulu video berdurasi empat minit 14 saat yang menunjukkan seorang lelaki menghina Islam dan dan Nabi Muhammad SAW tular di media sosial.

SEKAT RAFIZI TIDAK KENA DENGAN PKR SEBAGAI PARTI REFORMASI

Shahbudin Husin

Sekiranya pindaan di hari terakhir Kongres Nasional PKR pagi ini, sebagaimana yang telah tersebar luas sejak malam tadi yang memperlihatkan Timbalan Presiden, Rafizi Ramli ditiadakan daripada memberi ucapan penggulungan adalah benar dan sahih, ini adalah sesuatu yang malang dan tidak sepatutnya berlaku bagi sebuah parti yang menjunjung reformasi.

Selain Rafizi ditiadakan daripada berucap sepertimana jadual asal, empat Naib Presiden yang menang baru-baru ini juga menerima nasib yang sama.

Tetapi sudah tentu tujuan utama pindaan itu ialah untuk menyekat Rafizi.

Hanya Ketua AMK, Adam Adli dan Ketua Wanita, Fadhlina Sidek diberi ruang menyampaikan ucapan sebelum Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR menyampaikan ucapan penggulungannya.

Apakah Adam dan Fadhlina dibenarkan berucap kepada mereka calon pilihan Presiden ketika bertanding sebelum ini?

Andai kata Fahmi Zainol dan Rodziah Ismail yang menang sebagai Ketua AMK dan Ketua Wanita, apakah mereka akan diberi peluang berucap?

Tidak dinafikan, antara keterujaan perwakilan ke Kongres PKR kali ini ialah untuk mendengar ucapan penggulungan Rafizi yang sejak beliau mengumumkan kembali ke pentas politik, bertanding sebagai Timbalan Presiden dan seterusnya menang jawatan itu, didapati telah memberi nafas segar kepada parti untuk terus bergerak ke hadapan memenangi PRU15 akan datang.

Amat dinanti-nantikan sebenarnya penggulungan beliau untuk perwakilan mendengar sendiri ucapannya yang diharapkan mampu menyuntik semangat tambahan setelah pulang ke cabang masing-masing.

Soalnya, kenapa pindaan kepada aturcara hari ini dilakukan?

Apakah ia atas kehendak Anwar setelah Rafizi melontarkan kritikan terhadapnya semalam atau semua ini kerja-kerja penasihat di sekeling Presiden?

Kenapa takut dengan kritikan dan keberadaan Rafizi?

Bukankah Anwar selalu mengingatkan seluruh ahli dan pimpinan PKR dengan kata-kata azimatnya – jika takut dengan risiko, jangan bicara soal perjuangan?

Tetapi, kenapa tiba-tiba jadi takut dengan Rafizi?

Apakah Rafizi lebih menggerunkan daripada Tun Mahathir Mohamad?

Oleh kerana Rafizi menang dengan majoriti yang besar dalam pemilihan baru-baru ini, menafikannya daripada berucap hanya mengundang lebih banyak masalah, khusus kepada Anwar sendiri.

Meski ia mungkin kerja urusetia, tetapi Anwar sebagai Presiden tidak harus membenarkan ini berlaku kerana ia bertentangan dengan semangat reformasi yang didukung oleh PKR sendiri.

Membenarkan semua ini berlaku hanya memperlihatkan PKR tidak ubah seperti parti salin kulit kepada UMNO kerana sebelum ini hanya UMNO yang selalu menyekat pemimpinnya yang tak sebulu daripada berucap di Perhimpunan Agung parti itu.

Tambahan lagi, sejak kebelakangan ini juga Anwar selalu memberi pesan dengan kata-kata agar dirangkul semua kekuatan untuk menuju kemenangan, maka perkara itu mesti dibuktikan dengan perbuatan.

Kata-kata memberahikan – kita perlu merangkul seluruh kekuatan jika inginkan kemenangan – tetapi tidak disertai amalan, sebaliknya hanya sekadar hiasan di bibir atau dinding FB semata-mata tidak mungkin mampu membawa PKR ke mana-mana.

Untuk itu, belum terlambat untuk Anwar berbuat sesuatu bagi mengembalikan aturcara asal di penutup kongres pagi ini dan membenarkan semua pemenang jawatan utama menyampaikan ucapannya, jika tidak, dibimbangi ketika beliau berucap sebelum tengahari nanti, mungkin lebih banyak kerusi daripada orang yang tinggal dalam dewan. – ShahbudinHusin17/07/2022.

Mereka ketawa lepas bunuh!

Mohd Firdaus Ibrahim

am@hmetro.com.my

WARTAWAN Harian Metro, Mohd Firdaus (dua dari kiri) menemu bual pelarian dari barat Burkina Faso yang berlindung di Bobo Dioulasso. Foto Asyraf Hamzah

WARTAWAN Harian Metro, Mohd Firdaus (dua dari kiri) menemu bual pelarian dari barat Burkina Faso yang berlindung di Bobo Dioulasso. Foto Asyraf Hamzah

Ouagadougou (Burkina Faso): Bumi Orang Jujur kini bertukar menjadi tanah paling menakutkan buat penduduknya.

Mana tidaknya, kumpulan pengganas dikaitkan dengan al-Qaeda dan Daish melancarkan serangan bersenjata yang meragut ribuan nyawa sejak pergolakan bermula pada tahun 2015.

Akibatnya, lebih 1.9 juta penduduk menjadi pelarian di bumi sendiri susulan amukan pengganas yang didakwa juga sebahagiannya terdiri daripada rakyat negara ini.

Kegagalan kerajaan terdahulu dan terkini selepas rampasan kuasa dilakukan pasukan tentera dalam mengekang serangan pengganas juga menyebabkan rakyat negara ini terus dihantui ketakutan.

Untuk rekod, serangan bersenjata itu berlaku di wilayah utara bersempadan dengan Mali dan kawasan barat yang bersempadan dengan Ivory Coast.

Terbaharu, sekurang-kurangnya 34 terbunuh dalam serangan ke atas kampung dipercayai dilakukan Daish di utara dan barat Burkina Faso pada awal Julai lalu.

Serangan di Namissiguima di wilayah Yatenga (utara) mengorbankan 12 orang manakala di barat negara itu, 22 dilaporkan terbunuh termasuk kanak-kanak di Bourasso, wilayah Kossi.

Wartawan Harian Metro yang berjaya menjejakkan kaki di sini selepas melakukan perjalanan lebih 11,365 kilometer dari Kuala Lumpur menemu bual mangsa yang terselamat dalam serangan itu.

Biarpun wartawan dihalang memasuki wilayah Kossi dan Yatenga oleh pihak berkuasa selepas menempuh perjalanan panjang ke sana, inisiatif mengesan mangsa serangan membuahkan hasil selepas terpaksa berpatah balik ke Solenzo dan Bobo-Dioulasso.

BAYI,  kanak-kanak dan wanita  turut menjadi pelarian selepas kampung mereka diserang pengganas. Foto Asyraf Hamzah

BAYI,  kanak-kanak dan wanita  turut menjadi pelarian selepas kampung mereka diserang pengganas. Foto Asyraf Hamzah

BAYI, kanak-kanak dan wanita turut menjadi pelarian selepas kampung mereka diserang pengganas. Foto Asyraf Hamzah

Enggan sedia wang, makanan, kenderaan punca serangan wilayah Yatenga (utara Burkina Faso)

"Awal Januari mereka (15 lelaki kumpulan bersenjata) datang minta penduduk kampung beri sokongan, sediakan logistik (kenderaan), duit dan makanan kepada mereka supaya tidak diganggu.

"Mereka beri masa sebulan untuk persediaan. Mereka mulanya hanya kasar atau pukul bukan Islam sahaja. Orang Islam tidak disentuh," kata Abdulla, 41.

Menurutnya, sebahagian penduduk yang takut sudah mengosongkan rumah dan melarikan diri bersama ahli keluarga menuju ke ibu kota.

"Tanah, rumah kami di sini, jadi majoriti penduduk tidak pindah. Pada Aidilfitri mereka kembali dan menuntut hak mereka. Ketika itu musim menuai padi dan jagung. Mereka mula pukul dan rampas semua bekalan makanan kami tidak kira Islam atau bukan," katanya.

Abdulla berkata, kumpulan itu kembali semula awal bulan ini, kira-kira jam 4 petang, lebih seratus lelaki bersenjata mengepung kampung dan melepaskan tembakan.

"Saya bersembunyi dalam rumah. Sejam kemudian, selepas keluar puluhan mayat bergelimpangan termasuklah abang saya. Kami yang terselamat terus melarikan diri," katanya ketika ditemui di Solenzo.

Aminata, 43, berkata serangan itu mengorbankan suami dan anak lelakinya.

"Suami, anak saya tidak bersalah mereka dibunuh seperti haiwan. Tembak sesuka hati. Malah, kumpulan lelaki itu ketawa selepas membunuh orang. Saya intai dari dalam rumah tanpa boleh berbuat apa-apa. Seluruh badan menggigil, malah sehingga kini bila ingatkan balik detik itu ia sangat menakutkan," katanya ketika ditemui di Solenzo.