Pengusaha stesen minyak rugi RM205,000 diperdaya ‘pegawai polis’

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pengusaha stesen minyak di Muar kerugian RM205,000 selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam talian, pertengahan April lalu.

Ketua Polis Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kejadian bermula pada 15 April lalu apabila mangsa berusia 57 tahun menerima panggilan daripada individu menyamar wakil insurans dan pegawai polis.

Katanya, suspek memberitahu mangsa ada membuat satu tuntutan wang insurans kira-kira RM30,000 daripada sebuah hospital di Pahang.

“Mangsa diminta menghubungi balai polis Pahang bagi membuat laporan mengenai insurans itu kerana butiran diri lelaki itu didakwa disalahgunakan orang lain.

“Pada masa sama, mangsa juga menerima panggilan daripada seseorang memperkenalkan diri sebagai ‘Pegawai Kanan Polis’ daripada balai polis Pahang untuk membantunya,” katanya menurut Berita Harian.

Jelasnya lagi, ‘pegawai polis’ terbabit meminta mangsa mengisytiharkan semua harta miliknya kepadanya.

“Mangsa diminta membuat lapan kali transaksi ke dalam akaun bank berbeza berjumlah RM205,000 untuk tujuan semakan pihak mahkamah.

“Awal bulan ini, mangsa cuba menghubungi pegawai polis itu melalui pesanan mesej aplikasi WhatsApp tetapi tiada sebarang jawapan. Selepas itu mangsa menyedari dia ditipu lalu membuat laporan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

'Hina Raja' Kertas siasatan Dr M siap, dirujuk peguam negara

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis melengkapkan kertas siasatan terhadap Dr Mahathir Mohamad berkait dakwaan menghina institusi raja.

Setiausaha Polis, Noorsiah Saaduddin, berkata kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara minggu depan selaras peruntukan undang-undang.

“Polis melengkapkan kertas siasatan terhadap Mahathir bersabit kes penghinaan institusi diraja.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat peguam negara pada 6 Jun 2023 (Selasa) selari peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan.

Noorsiah turut memaklumkan, berhubung isu Proklamasi Orang Melayu, polis masih di peringkat siasatan dan akan merakamkan percakapan Presiden PAS Abdul Hadi Awang serta Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy.

Semalam, Bukit Aman memaklumkan pihaknya merakam percakapan Mahathir di Yayasan Albukhary di ibu negara.

Ugut sebar gambar aib, remaja perempuan ditahan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Remaja perempuan ditahan selepas disyaki mengugut seorang wanita untuk menyebarkan gambar tidak senonoh di Taman Seri Nilai, Tangkak, semalam.

Pemangku Ketua Polis Tangkak, Idris Abdul Rahman, berkata suspek berusia 17 tahun diberkas kira-kira 4 petang semalam susulan laporan dibuat wanita terbabit di IPD Tangkak Isnin lalu.

Beliau berkata, suspek menggunakan Facebook milik individu lain untuk mengugut menularkan gambar tidak senonoh wanita berusia 20 tahun itu jika gagal menyerahkan sejumlah wang.

“Kejadian berlaku selepas mangsa mengenali suspek melalui Instagram bermula 28 Jan lalu. Sejak itu, wanita berkenaan menyerahkan RM27,000 kepada suspek melalui 32 transaksi dan tiga akaun berlainan selepas suspek terus mengugutnya,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, ugutan terakhir suspek pada 11.20 malam Rabu lalu apabila meminta wang RM600 menyebabkan mangsa nekad memberitahu ibunya berhubung perkara itu sebelum membuat laporan polis.

“Siasatan mendapati mangsa tidak pernah bertemu secara bersemuka dengan suspek.

“Ketika tangkapan, polis merampas pelbagai barangan termasuk sebuah telefon beserta kad sim, sekeping kad bank dan wang tunai berjumlah RM152 daripada suspek,” katanya.

Katanya, suspek direman tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Selangor: PH tawar 10, BN minta 17 kerusi

B Nantha Kumar

Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor masih dalam proses rundingan mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Perkara ini selepas BN meminta PH menambah jumlah kerusi yang ditawarkan sebelum ini.

Beberapa sumber daripada PH dan BN memberitahu Malaysiakini, PH menawarkan 10 kerusi kepada BN.

Namun, gabungan itu meminta PH Selangor yang diketuai oleh Menteri Besar Amirudin Shari agar menambahkan sekurang-kurangnya tujuh lagi kerusi menjelang PRN yang diramal akan diadakan pada hujung bulan Julai ini.

"Setelah beberapa pusingan rundingan, PH menawarkan 10 kerusi termasuk empat DUN yang dimenangi Umno pada PRU14, " kata sumber daripada PH.

Difahamkan, selain empat kerusi yang disandang oleh Umno, PH menawarkan enam kerusi yang masing-masing dimenangi oleh PAS dan lima daripada enam kerusi dimenangi Bersatu pada PRU 14 yang lalu kecuali DUN Dengkil.

Namun, beberapa sumber BN berkata gabungan itu tidak berpuas hati dengan tawaran 10 kerusi.

"Kami nampak angka 10 itu sangat kecil. Kalau boleh kami sasar 17 termasuk MCA dan MIC.

"Permintaan tujuh kerusi tambahan itu termasuk Sungai Kandis, Kuala Kubu Bharu, Dengkil dan Sentosa.

"MCA menyasarkan kerusi Kuala Kubu Bharu yang kini disandang oleh DAP.

“Manakala, MIC mahu salah satu daripada DUN Sentosa atau Dengkil," kata satu sumber Umno.

Bagi DUN Sungai Kandis, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz disebut-sebut akan bertanding di kerusi itu yang dimenangi pemimpin PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni pada pilihan raya kecil 2018.

Malaysiakini telah menghubungi Pengerusi BN Selangor Megat Zulkarnain Omardin dan pejabat Amiruddin untuk mendapatkan komen.

Pada PRU14, gabungan PH terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan Bersatu memenangi 51 kerusi daripada 56 yang ditandingi.

Umno menang empat kerusi manakala PAS menang satu DUN di Sijangkang.

Namun, pada 2020, Bersatu yang menang enam DUN bertindak keluar daripada PH menerusi Langkah Sheraton yang menyaksikan keruntuhan kerajaan pusat pimpinan PH.

Bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang juga Adun Bukit Antarabangsa bertindak menyertai Bersatu bersama-sama Adun Gombak Setia Muhammad Hilman Idham.

Sementara itu, Adun Sementa Daroyah Alwi dan Adun Lembah Jaya Haniza Mohamed Talha keluar PKR dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang dilihat sebagai parti serpihan PKR.

Bersatu turut kehilangan tiga wakil rakyat di Dewan Undangan Selangor selepas Adun Jeram Mohd Shaid Rosli, Adun Kuang Sallehudin Amiruddin dan Adun Batang Harumaini Omar menyertai parti Pejuang yang diasaskan oleh Dr Mahathir Mohamad.

Namun, kerusi Batang Kali diisytihar kosong pada Feb 2023 oleh Dewan Undangan Selangor berikutan wakil rakyat berkenaan gagal hadir diri tanpa kebenaran, semasa persidangan dewan melebihi enam bulan, iaitu sejak 28 Julai tahun 2021.

Dalam pada itu, sumber Umno berkata dia menjangkakan kemungkinan terdapat kelonggaran dalam polisi 'yang menang dikekalkan'.

"Saya percaya, PH tidak boleh terlalu keras dengan polisi bahawa parti yang menang kerusi DUN pada PRU14 akan mengekalkan kerusi tersebut.

"Ini mungkin akan menyukarkan gabungan itu khususnya PKR dan Amanah sekiranya pemilihan negeri Melaka dan Johor diadakan lebih awal daripada PRU16.

"Ini kerana PKR gagal menang sebarang kerusi di PRN Melaka dan menang satu kerusi di Johor. Maka, polisi 'yang menang dikekalkan' tidak boleh digunakan di kedua-dua negeri itu.

"Mungkin rundingan peringkat negeri berbeza. Tetapi, keputusan di pucuk pimpinan PH dan BN adalah muktamad. Dan kami harap akan ada kerusi dimenangi PH akan dibahagikan kepada BN pada PRN Selangor," katanya.

Menteri komunikasi: Sesiapa cabar status P Pinang perlu disiasat

Predeep Nambiar

BUTTERWORTH: Sesiapa yang cuba mempertikaikan status Pulau Pinang sebagai negeri berdaulat di Malaysia perlu disiasat pihak berkuasa, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Katanya, status Pulau Pinang sebagai sebuah negeri termaktub dalam perlembagaan negara dan semua pihak wajib akur dengan kedudukan negeri itu.

“Sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan saya yakin pihak berkuasa akan menyiasat bagi mengekang maklumat palsu daripada tersebar dalam kalangan masyarakat.

“Polis bebas menyiasat mengikut mana-mana akta manakala Peguam Negara boleh memutuskan sama ada mahu mengenakan dakwaan mengikut undang-undang,” katanya selepas merasmikan program Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kota Kuala Muda.

Fahmi mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor yang sekali lagi mengulangi dakwaannya bahawa Pulau Pinang milik kedah kerana tiada “sempadan Kedah-Pulau Pinang”.

Rabu lalu, Sanusi menggesa Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menyokong dakwaannya selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta pemimpin PAS itu memahami perlembagaan yang menyenaraikan Pulau Pinang sebagai satu daripada negeri di Semenanjung.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh, berkata status negeri berdaulat termaktub dalam Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan.

Ramkarpal berkata, Perkara 71(1) Perlembagaan, yang dibaca bersama Jadual ke-8 Perlembagaan, menyatakan setiap negeri mempunyai undang-undang tubuh yang memperuntukkan kerajaan tersendiri, termasuk Pulau Pinang.

DUN Selangor tinggal 23 hari, exco mula kemas pejabat,


HOME
NEWS
BERITA
BUSINESS
LIFESTYLE
OPINION
WORLD
PROPERTY
SPORTS
EDUCATION
CARZILLA
GALLERY
VIDEOS
ACCELERATOR

Bernama

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengesahkan khabar angin berhubung tindakan beberapa exco kerajaan negeri mula mengemas serta mengosongkan ruang pejabat.

Beliau berkata, tindakan berkenaan merupakan perkara biasa dilakukan mereka terutamanya pada akhir penggal, bagi menghadapi PRN.

“Ini adalah perkara lazim. Semua buat perkara sama. Dahulu saya pada penggal lepas pun begitu, bila dah nak bubar (DUN), kita pun bersiap sedia untuk kemas. Selepas ini tugas mereka (exco) adalah untuk menjalankan apa dirancang dan tidak boleh ada dasar baharu.

“Masing-masing pada ketika itu akan sibuk dengan PRN dan berada di lapangan,” katanya yang ditemui di Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2023.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin tindakan beberapa exco Selangor sudah mula mengemas dan mengosongkan ruangan pejabat.

Amirudin berkata, beliau sedang menunggu perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk sesi menghadap bagi menentukan tarikh pembubaran DUN Selangor, dan kerajaan negeri hanya mempunyai tempoh 23 hari bermula hari ini bagi membubarkan DUN.

Selangor antara enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Apa salahnya Rafizi ditegur? - Fuad Zarkashi

Malaysiakini

Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajid Dusuki berhubung kritikannya terhadap Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini.

Ini selepas Asyraf semalam berkata Umno perlu mengekang pemimpin mereka daripada menyerang sesama anggota atau pemimpin kerajaan dan menyifatkan perbuatan Puad umpama “menembak kaki sendiri”.

"Saya dituduh tembak kaki sendiri. Apakah meminta Rafizi mengemukakan formula yang realistik dan luar biasa dianggap tembak kaki sendiri?

"Apakah mendesak menteri supaya “perform” dianggap tembak kaki sendiri? Apa salahnya Rafizi ditegur?. Kalau dia luar biasa, Kerajaan Perpaduan tambah kukuh," kata Puad dalam satu kenyataan.

Mohd Puad sebelum ini mengecam menteri ekonomi itu kerana gagal mengemukakan sebarang langkah signifikan untuk memulihkan ekonomi selain menyindirnya sebagai "banyak sangat formula".

Kata Puad, seseorang menteri mesti “luar biasa” untuk mempertahankan kerajaan perpaduan hari ini.

“Bila jadi menteri tidak boleh biasa biasa. Mesti luar biasa.

“Jangan nanti rakyat kata Rafizi turun, ringgit naik,” katanya yang mengaitkan situasi itu dengan spekulasi mengenai rombakan kabinet.

Mengulas kritikan tersebut, Rafizi mengingatkan pemimpin Umno agar mengelakkan diri daripada membuat ulasan yang hanya akan menjauhkan penyokong PH daripada mereka.

Semalam, Aysraf berkata tindakan Puad menyerang sesama anggota dan pemimpin kerajaan umpama 'menembak kaki" sendiri.

Dia sebaliknya berkata seseorang yang berada dalam kerajaan perlu mengambil tanggungjawab secara kolektif dan bukannya bersendirian.

"Apa maksud tembak kaki sendiri. Tidak boleh dikritik? Tidak boleh ditegur? Tidak boleh beri pandangan? Tugas saya bukan menghasut. Saya tidak ambil pun tugas lama Rafizi.

"Tembak kaki sendiri ialah bila menteri tidak perform, gagal buat benda luar biasa dan formulanya tidak boleh dipakai. Itu lemahkan kerajaan.

"Saya boleh dituduh tembak kaki sendiri bila takut bersuara dan kelemahan dibiarkan berleluasa. Sebab itu saya lain dari yang lain," kata Puad.

Sesudah PAS mendakap Proklamasi Orang Melayu

Fakhrurrazi Rashid

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa pernah ada beberapa pihak menawarkan parti itu menyertai kerajaan perpaduan gara-gara kerajaan perpaduan ini tidak kukuh kesan kehilangan sebahagian besar sokongan orang Melayu.  

Abdul Hadi turut mendakwa PAS perlu diletakkan di barisan hadapan (baca: menjadi menteri kabinet) jika menyertai kerajaan kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.

Pada masa sama dia turut menyatakan ada beberapa bekas pemimpin dan wakil rakyat Umno akan menyertai PAS dalam masa terdekat.  

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kemudian menempelak PAS agar jangan ‘nak perasan’ ada orang menawarkan parti itu menjadi sebahagian kerajaan perpaduan.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, turut menafikan kenyataan Abdul Hadi itu.

Begitulah dinamiknya politik Malaysia. PAS yang vokal mengkritik kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim akhirnya terpaksa menjaja cerita itu untuk kekal relevan dalam permainan politik menuju pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Sebelum ini, terdapat dua peristiwa yang menimbulkan persoalan tentang perkembangan semasa.

Pertama, pertemuan PAS dan Dr Mahathir Mohamad berkenaan Proklamasi Orang Melayu. Kedua, pertemuan anggota putera Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Nik Mohammad Abduh dan abangnya, Nik Omar - bersama perdana menteri.

Meskipun nilai perjumpaan itu bezanya seperti langit dan bumi, ia menunjukkan PAS sedang mencari hala tuju dan kawan dalam politik. Mungkin juga PAS sedang memulakan tahaluf siyasi baru untuk menjenamakan semula politiknya.

Adakah PAS mula sedar kerjasama mereka dengan Bersatu dalam PN tidak mampu bertahan lama kerana rakan mereka itu turut terpalit dengan ‘kluster mahkamah’ justeru tidak mampu menarik sokongan pengundi Melayu?

Menurut individu yang turut hadir dalam pertemuan di antara Nik Abduh dan Anwar baru-baru ini, Wan Ji Wan Hussin, perdana menteri berharap untuk memperkukuh ukhuwah bersama Abdul Hadi walaupun PAS terus memainkan isu kaum dan agama sebagai bahan kempen mereka.

Hasrat itu secara tidak langsung menunjukkan jiwa besar perdana menteri dalam mengekalkan ukhwah sesama pemimpin yang lain walaupun berbeza parti.

Tambah banyak kerusi

Sosok Anwar dan PAS sebenarnya amat rapat. Hubungan akrab Anwar bersama pemimpin kanan PAS seperti Allahyarham Fadzil Noor, Tok Guru Nik Abdul Aziz, dan beberapa individu lain sebenarnya mencipta gerakan islah yang besar bagi mengubah landskap politik negara.

Gerakan Reformasi yang tercetus akibat pemecatan Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno membantu PAS memenangi banyak kerusi parlimen semasa PRU ke-10 pada 1999.

Daripada tujuh pada 1995, kerusi PAS di Dewan Rakyat bertambah menjadi 27 kerusi. PAS juga dapat menawan Terengganu daripada BN dan mengurangkan jumlah undi Umno di kerusi majoriti Melayu, termasuklah di Kedah dan Perlis.

PRU ke-10 menyaksikan PAS berpeluang terus mendapatkan undi Melayu dalam keadaan Umno-BN berada dalam kedudukan lemah. Trend itu turut berlaku pada PRU ke-15 apabila PAS berjaya menambah 43 kerusi parlimen berbanding 18 pada PRU ke-14.

Kini, PAS sedang menguasai kawasan Malay belt yakni Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu. Bukankah ini sama situasinya seperti PRU ke-10?

Hakikatnya, tanpa gerakan Reformasi, PAS mungkin perlu menunggu lebih lama untuk sampai ke tahap terkini. Malah, kerjasama Anwar dengan Abdul Hadi dalam Pakatan Rakyat sekurang-kurangnya berjaya membentuk kerajaan yang stabil dan progresif di peringkat negeri dari 2008 sehinggalah 2015 apabila gabungan itu terbubar.

Situasi Anwar menjadi perdana menteri paling ideal ialah apabila dia dan parti pakatannya membentuk kerajaan pusat dengan PAS berbanding Umno-BN.

Hal itu kerana PAS merupakan rakan segerak Anwar semasa Reformasi bergelora. Namun, takdir menentukan Anwar akhirnya membentuk kerajaan pusat dengan seteru politiknya sendiri.

Sudah tentu Anwar masih mempunyai titik lunak (soft spot) terhadap PAS khususnya ke atas individu yang pernah berpencak dengannya pada era 1980-an dan 1990-an.

Saling hormat menghormati

Tidak hairanlah sekiranya sebilingan besar ahli PAS di peringkat akar umbi tetap menyokong Anwar dalam diam. Sentimen itu berbeza dengan ahli PAS pascareformasi dan golongan muda yang terputus daripada perjuangan hangat 1998.  

Mungkin, ini juga boleh dijadikan pintu membuka persaingan lebih sengit di negeri-negeri yang dikuasai PAS. Dan, walaupun sokongan itu bukan berbentuk undi sekalipun, sebilangan ahli PAS tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan Anwar sebagai perdana menteri.

Reputasi Anwar yang lebih cermat semasa mengkritik PAS dan penganjuran majlis-majlis ilmu yang menghimpunkan agamawan dalam serta luar negara, sedikit sebanyak boleh meyakinkan mereka bahawa perdana menteri sekarang ikhlas mengangkat Islam berteraskan pembudayaan ilmu.  

Pun begitu sukar menghitung bagaimana tahaluf siyasi PAS dalam kerajaan perpaduan.

Lebih baik jika kerajaan perpaduan dan PAS membuat perjanjian pembekalan dan kepercayaan (CSA) dalam usaha mengukuhkan kestabilan politik negara untuk tempoh jangka panjang.

Maksudnya, kedua-dua pihak menghormati peranan masing-masing atas kepentingan rakyat terbanyak, termasuk orang Melayu dan Islam.  

Mungkin ini sekadar angan-angan atau hasrat saya untuk mencari kestabilan politik dengan melihat kerjasama PAS dan kerajaan perpaduan dalam kerangka mengukuhkan kestabilan politik dan ekonomi negara.

Jika perkara ini berlaku, sudah pasti keharmonian dalam berpolitik dapat dijaga dengan batas-batas yang dipersetujui secara bersama demi kebaikan rakyat terbanyak.

Sebaliknya, tindakan PAS menyerang dengan peluru politik perkaum dan agama hanya membuka ruang perselisihan yang memualkan masyarakat.

Pengantin meninggal ketika majlis berlangsung, adik pula terpaksa jadi ‘pengganti’

WAN SITI AMINAH

Tragis, seorang pengantin perempuan disahkan meninggal dunia setelah mengalami pening kepala ketika majilis perkahwinan berlangsung.

Bertukar tragedi, gadis itu mulanya segera dikejarkan ke hospital terdekat untuk menerima rawatan selepas tidak sedarkan diri.

Tidak berjaya diselamatkan, pegawai perubatan kemudian mengesahkan gadis berkenaan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Walaupun baru menerima berita yang menyayat hati, pihak keluarga bagaimanapun enggan membatalkan majlis perkahwinan tersebut.

Tidak sempat berduka cita, adik mangsa kemudian dicadangkan untuk menjadi ‘bidan terjun’ bagi menggantikan pengantin perempuan.

Susulan daripada itu, kedua-dua pihak membuat perbincangan dan telah mengambil keputusan sepakat untuk meneruskan majlis.

Difahamkan, keputusan itu dibuat setelah ia dicadangkan oleh salah seorang saudara keluarga pengantin perempuan.

Memilukan, kejadian itu dipercayai berlaku di hadapan kuil Bhavnagar Bhagwaneshwar Mahadev, Gujarat, India.

Apa yang lebih mengejutkan, jenazah pengantin perempuan tidak diuruskan terlebih dahulu bagi memberikan keutamaan kepada majlis perkahwinan.

Jenazah wanita itu malah sanggup ditinggalkan di dalam peti simpanan mayat di hospital sehingga majlis selesai.

Bekas naib canselor UPSI, Zakaria Kasa dipenjara 18 bulan dan denda RM10,000 atas pertuduhan salah guna kuasa.

FMT Reporters

PETALING JAYA: Bekas naib canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Zakaria Kasa, 66, dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Tinggi Ipoh atas pertuduhan salah guna kuasa, sembilan tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Su Tiang Joo memutuskan hukuman itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepaskan dan membebaskan tertuduh, lapor Utusan Malaysia.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Pada prosiding itu, mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Namun, mahkamah tidak membenarkan penangguhan hukuman denda dan dijelaskan pada tarikh hukuman diputuskan hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika itu naib canselor UPSI menggunakan jawatannya berhubung perkara yang beliau mempunyai kepentingan, apabila mengarahkan Mohd Faizi Othman iaitu pendaftar UPSI untuk memasukkan nama Mohd Fauzi Zakaria iaitu anak lelakinya untuk dipanggil temuduga pada 12 Sept 2014.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bilik naib canselor, Pejabat Naib Canselor, Bangunan Canselor, UPSI, Tanjung Malim antara 24 Jun hingga 12 Sept 2014.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor manakala Zakaria diwakili peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Shahidah Muslimah Roslan dan Noor Hidayah Mohd. Saad.

Mahkamah Seksyen Ipoh sebelum ini melepaskan dan membebaskan Zakaria daripada pertuduhan salah guna kuasa memasukkan nama anak lelakinya untuk dipanggil temuduga.

Keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kes berkenaan.

Polis siasat Dr M kerana 'aktiviti mudaratkan demokrasi berparlimen'

Isabelle Leong

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad disoal siasat oleh polis di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan atas dakwaan “aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen”.

Peguam Mahathir, Rafique Rashid Ali, yang menyifatkan soal siasat itu sebagai "intimidasi" terhadap Mahathir, berkata siasatan tertumpu kepada laporan yang dibuat mengenai 'Proklamasi Melayu' - kempen terbaru bekas ahli parlimen Langkawi itu.

“Kami dimaklumkan enam laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini terhadap Tun (Mahathir) dan Proklamasi Melayu.

“Membincangkan apa yang ada dalam perlembagaan, hak orang Melayu dilindungi dan diperuntukkan secara perlembagaan. Ia satu bentuk kebebasan bersuara, selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang.

“Ini hanyalah intimidasi polis terhadap Tun,” kata Rafique kepada Malaysiakini.

Timbalan menteri S'wak diserang, polis buka kertas siasatan

Malaysiakini

Polis menyiasat dakwaan kejadian serangan terhadap seorang timbalan menteri Sarawak pada Selasa.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Mohd Azman Ahmad Sapri berkata timbalan menteri yang tidak dinamakan itu mendakwa diserang berhampiran rumahnya di Tabuan Jaya pada 9.06 malam pada 30 Mei lalu.

"Dalam aduan tersebut, pengadu mendakwa melihat empat suspek dipercayai warga tempatan dalam keadaan mencurigakan serta menegur mereka.

"Salah seorang daripada mereka tidak berpuas hati dengan teguran telah cuba menyerang dan mengasari beliau sehingga mengakibatkan kecederaan pada bahagian belakang badan," katanya pada satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan, katanya.

Sambil menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi, Mohd Azman menyeru mereka yang mempunyai maklumat supaya menghubungi pegawai penyiasat Rathna Borhan di talian 019 817 6267.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang timbalan menteri mendapatkan rawatan hospital bagi mengubati kecederaannya sebelum membuat laporan polis.

Hadi jangan guna dalil agama untuk berbohong

Mujahid Yusof

Minda Presiden tulisan Abdul Hadi Awang sering mempergunakan dalil agama dengan konteks yang salah untuk kepentingan PAS. 

Kali ini Hadi cuba menyatakan Pakatan Harapan (PH) dan pemimpin Melayu (selain dirinya) berbohong.

Tuduhan seperti ini cukup berat. Apatah lagi berdalilkan hadis yang tidak kena pada konteks dan tempatnya.

Pembentukan Kerajaan Perpaduan bukan terdorong di atas pembohongan seperti dakwaan Hadi, melainkan ia adalah demi kepentingan yang lebih besar dari kepentingan sesetengah kelompok.

ADS

Kerajaan Perpaduan adalah cerminan hasrat rakyat yang mendambakan kestabilan politik setelah tidak ada mana-mana pihak memiliki majoriti mudah membentuk kerajaan.

Mendatangkan hadis tentang sifat keji berbohong yang dilarang oleh syariat bagi mewajarkan tuduhan kepada Kerajaan Perpaduan jelas sekali satu tindakan yang melambangkan kelemahan berfikir dan singkat pandangannya. 

Apakah Hadi cuba menafikan maslahah besar jauh lebih penting dari agenda sempit beliau? 

Bukankah dalam memahami prinsip syariat kita kena memahami prinsip maslahah sebagai salah satu sumber kita.

Maslahah besar yang perlu diselesaikan segera pasca PRU adalah:

Tiada blok yang ada majoriti untuk membentuk kerajaan. Membentuk kerajaan adalah maslahah utama.

Yang di-Pertuan Agong atas kuasa perundangan yang ada padanya menitahkan pembentukan kerajaan perpaduan demi maslahah utama meneruskan urusan rakyat dan negara.

Kepimpinan negara pasca-PRU diperlukan untuk meneruskan maslahah utama pemulihan ekonomi yang semakin kritikal.

Semua pemimpin parti dari pelbagai latar dan ideologi bersetuju melihat maslahah utama ini sebagai faktor penting untuk mereka meninggalkan di belakang segala kepentingan parti masing-masing dan mendahulukan negara dan rakyat. 

Ini termasuk isu-isu sensitif yang menjadi bahan serangan politik pra PRU ke-15. 

Meletakkan isu-isu sensitif di belakang sesama parti-parti yang bermusuhan demi mencapai maslahat utama pentadbiran negara  harus dilihat sebagai satu tindakan terpuji dan tepat dengan kehendak disiplin maslahah, kenapa pula dituduh melakukan pembohongan?

Begitulah kerdilnya cara berfikir presiden PAS dalam tulisannya sehingga beliau gagal melihat dunia yang lebih besar dari dirinya dan kelompoknya. 

Lebih malang beliau tergamak mendatangkan sabda junjungan mulia Nabi Muhammad SAW untuk mewajarkan tuduhannya yang tidak berasas itu.

*Prinsip maslahah adalah sumber penetapan sikap syariat bagi memelihara tujuan umum pensyariatan antaranya dalam siasah syariyah ialah memelihara keamanan, kebajikan rakyat dan melantik kepimpinan negara. 

Cuba rasuah polis RM60,000, lelaki direman 6 hari

Bernama

MELAKA: Seorang lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan dakwaan cuba menawarkan wang rasuah berjumlah RM60,000 kepada seorang pegawai kanan polis berpangkat DSP.

Rasuah itu ditawarkan dipercayai untuk melepaskan dirinya yang ditahan kerana terlibat dalam kegiatan penipuan.

Perintah dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman untuk reman bermula hari ini hingga 7 Jun.

Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini ketika hadir memberi keterangan pada 10.40 malam tadi.

Kes disiasat bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan, atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi.

Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Muhyiddin: Saya sedia kerjasama dengan Dr M

FMT Reporters

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin sedia bekerjasama dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad demi membela agama, bangsa dan negara.

Presiden Bersatu itu mendakwa orang Melayu dan Islam di negara ini berada pada “persimpangan getir”.

“Maka sebagai seorang Muslim, saya secara peribadi bersedia untuk bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam, termasuk Dr Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara,” katanya dalam kenyataan.

Muhyiddin bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas bentuk kerjasama yang sedia dijalinkan bersama Mahathir, yang kini menganggotai Putra pimpinan Ibrahim Ali.

Mahathir dilaporkan sedia bekerjasama dengan Muhyiddin sekali lagi, dengan syarat kedua-duanya boleh mencapai kata sepakat mengenai objektif yang boleh dicapai bersama.

Hubungan kedua-dua bekas pemimpin Umno itu menjadi keruh berikutan Langkah Sheraton pada 2020, yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Mahathir ketika itu.

Mahathir menyifatkan Muhyiddin, yang mengambil alih jawatan perdana menteri, sebagai “pengkhianat”.

Bagaimanapun, sebelum PRU15 pada November 2022, Mahathir mengakui sanggup melupakan pengkhianatan Muhyiddin supaya Gerakan Tanah Air (GTA) dan PN dapat bekerjasama untuk menghadapi pilihan raya.

Pakatan yang dicadangkan ini tidak menjadi kenyataan dan Mahathir gagal mempertahankan kerusinya di Langkawi.

Bekas perdana menteri itu juga telah meninggalkan GTA.

Muhyiddin sebelum ini memberikan lampu hijau kepada tiga pemimpin Bersatu untuk menandatangani Proklamasi Orang Melayu yang diasaskan oleh Mahathir.

'Penjelasan Hadi buktikan pemimpin PAS lain tak tahu apa-apa'

Malaysiakini

Penjelasan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkaitan ‘tawaran’ untuk menyertai kerajaan menunjukkan pemimpin PAS lain tidak tahu apa-apa, kata ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang.

"Saya mengucapkan tahniah kepada presiden PAS, Hadi, kerana tidak mengalami kekurangan intelektual dengan salah menganggap cadangan peribadi saya–bahawa PAS patut bergabung dengan kerajaan perpaduan Anwar (Ibrahim)–sebagai jemputan rasmi DAP atau kerajaan.

"Tetapi ia juga menunjukkan bahawa semua pemimpin PAS yang lain, termasuk mursyidul am, timbalan presiden, dan ketua penerangan, tidak tahu apa yang diucapkan oleh presiden mereka,” katanya.

Kata Lim, jika pemimpin PAS yang lain tidak tahu apa yang diperkatakan oleh presiden mereka apatah lagi parti politik lain dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) termasuk Bersatu.

Semalam, Hadi memberitahu media bahawa tawaran itu bukan dibuat baru-baru ini sebaliknya selepas pilihan raya umum lalu.

Sebelum itu, Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin mendakwa Lim membuat tawaran itu kerana kerjasama dalam kerajaan berada dalam keadaan goyah kerana orang Melayu tidak lagi menyokong Umno.

Dia juga turut membidas presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, dengan mengatakan bahawa timbalan perdana menteri tidak membuat kerja rumah apabila menafikan tawaran sedemikian pernah dibuat kepada PAS.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pula menafikan Lim ada bertemu dengan pimpinan PAS baru-baru ini.

“Bukan dia (Lim). Saya tidak mahu menyatakan siapa. Saya cuma boleh sahkan ada beberapa individu datang berjumpa dengan pemimpin PAS,” katanya ketika diminta mengesahkan sama ada Lim yang bertemu parti itu baru-baru ini berhubung tawaran menyertai kerajaan.

Lelaki ditahan bawa pistol mainan larikan mesin wang tunai

FMT Reporters
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki berusaha mengumpil mesin wang tunai.
PETALING JAYA: Seorang lelaki bersenjatakan pistol mainan ditahan tidak sampai lima jam selepas melarikan mesin wang tunai dari sebuah kedai roti di Jalan Pintu Pong, Kota Bharu.

Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 12.30 tengah hari Selasa lalu susulan laporan seorang wanita.

Katanya, suspek ke kedai roti itu bersendirian kira-kira 8 pagi Selasa lalu dan berlegar-legar sambil memegang objek disyaki pistol mainan.

“Lelaki itu kemudiannya ke kaunter juruwang dan melarikan mesin wang. Ketika kejadian, semua pekerja sedang membuat roti dan kek di tingkat atas kedai,” katanya menurut Harian Metro.

Rosdi berkata, suspek ditahan hasil maklumat untuk disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV), dengan rakaman lebih 2 minit itu kemudiannya tular di media sosial.

Wanita warga emas maut disyaki dipukul anak perempuan

Seorang warga emas wanita berusia 74 tahun maut dipercayai dipukul anak perempuannya dalam kejadian pada awal pagi semalam di sebuah rumah di Tambun Tulang di Arau.

Ketua Polis Daerah Arau Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi dalam kenyataan memaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar telah menerima panggilan telefon daripada petugas Hospital Tengku Fauziah pada 5.30 pagi berhubung insiden itu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pihak hospital menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan wanita itu disahkan meninggal dunia pada 4.30 pagi.

Katanya hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada kedua-dua mata, dahi, telinga kanan dan sedikit kesan luka pada jari kaki kiri.

Ahmad Mohsin berkata mayat warga emas itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah dan pemeriksaan lanjut menemukan kesan lebam pada dahi, ubun kepala serta lidah mangsa manakala tulung rusuknya patah.

Beliau berkata punca kematian belum diketahui dan masih menunggu keputusan makmal.

Katanya anak perempuan mangsa yang berumur 34 tahun membuat pengakuan telah memukul warga emas itu menggunakan tangan di bahagian muka dan kepala pada 9 pagi semalam.

Ahmad Mohsin berkata hasil temu bual mendapati suami suspek, juga berusia 34 tahun, turut terlibat dalam kejadian itu berdasarkan keterangan yang meragukan.

Beliau berkata suspek mendakwa punca pertengkaran kedua-dua beranak bermula apabila anak perempuan mangsa tidak tahan dan terlampau tertekan dengan karenah warga emas itu yang mengalami strok di bahagian badan sebelah kiri.

"Kedua-dua suspek tidak mengaku membunuh si mati dan motif sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ahmad Mohsin berkata polis akan membuat permohonan reman terhadap kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Kangar hari ini.

- Bernama

Tun Mahathir kini sedia kembali bersama Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau kini bersedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Kenyataan terbaharu beliau itu sekali gus membayangkan kedua-dua bekas Perdana Menteri berkenaan berkemungkinan boleh kembali duduk semeja selepas bermusuhan selama lebih tiga tahun.

Lapor MalaysiaNow, Tun Mahathir berkata, usaha untuk memperjuangkan nasib orang Melayu perlu dijadikan antara matlamat utama selain menolak individu yang terpalit dengan isu rasuah atau salah laku jenayah.

Tambah Tun Mahathir, masyarakat Melayu yang berpecah mengikut politik kepartian mengakibatkan parti politik Melayu sukar untuk memperbetulkan sebarang keadaan.

"Kita hendak adakan kerjasama, tetapi matlamat mesti ditentukan. Kita (Melayu) berpecah jadi banyak parti, kita hilang kuasa.

“Bila hilang kuasa, kita tidak boleh betulkan keadaan yang merugikan orang Melayu. Sebab itu kita perlu bersatu,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama MalaysiaNow di Putrajaya pada Rabu.

Parti Bersatu pimpinan Muhyiddin ditubuhkan pada 2016 selepas beliau dan beberapa pemimpin UMNO dipecat daripada parti itu selepas secara terbuka mengkritik isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penubuhan Bersatu dilakukan bersama Tun Mahathir yang dilantik sebagai Pengerusi sebelum parti itu menyertai gabungan politik Pakatan Harapan (PH) yang akhirnya berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Dua tahun kemudian, Tun Mahathir bagaimanapun dipecat daripada Bersatu selepas berlaku perubahan kerajaan menerusi ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan kerajaan PH tumbang dan digantikan dengan kerajaan PN yang dipimpin oleh Muhyiddin. - Awani

2 remaja lemas di Sungai Pahangl

Bernama

Bomba berkata, mayat semua mangsa ditemukan orang awam sebelum pihaknya tiba di lokasi kejadian pada 3.27 petang. (Gambar Bernama)
KUANTAN: Dua remaja lelaki ditemukan lemas di Sungai Pahang di Kampung Batu Embun, Jerantut, petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata mereka ialah Mohd Safwan Zamri dan Mohd Hanafi Romzi, kedua-duanya berusia 13 tahun.

“Kedua-dua mangsa ditemukan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Zulfadli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 3.07 petang dan jentera bomba mengambil masa 20 minit untuk tiba ke lokasi kerana balai bomba terdekat terletak 20 kilometer dari kampung berkenaan.

SEKALI LAGI, ANWAR SENDIRI AKHIRNYA TERPAKSA TAMPIL MEMPERTAHANKAN DIRINYA

Shahbudin Husin

Nampaknya, sekali lagi Perdana Menteri sendiri terpaksa tampil mempertahankan dirinya daripada serangan parti lawan yang mendakwa antara sebab kejatuhan nilai ringgit adalah kerana negara tidak mempunyai Menteri Kewangan sepenuh masa.

Kata Anwar Ibrahim, kejatuhan nilai mata wang ringgit malaysia bukan berpunca daripada negara mempunyai seorang Menteri Kewangan yang tidak bekerja sepenuh masa.

Sebaliknya, kata beliau, antara faktor penyebabnya ialah berkaitan dasar, terutamanya dasar Amerika Syarikat dan kekangan antarabangsa.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman sebelum ini berkaitan isu tersebut.

“Itu saya pun dengar…
“Masalahnya dasar. Masalah juga disebabkan kekangan antarabangsa.
“Jadi orang yang cadang itu…suruh dia baca laporan ekonomi antarabangsa…bukan laporan Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Awam Malaysia Madani Dalur di Putrajaya pada Khamis.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok pada Rabu berkata, dalam tempoh enam bulan ini, ringgit telah menyusut berbanding dolar AS dan mata wang lain sehingga mencecah paras RM4.60/dolar AS, dijangka boleh mencecah paras RM5.00/dolar AS jika tidak dikawal.

Isu kejatuhan nilai ringgit sudah beberapa hari menjadi mainan di media dengan Anwar paling dijadikan sasaran berkaitan dengannya.

Video ucapan lama beliau yang ketika menjadi Ketua Pembangkang mengkritik kenaikan nilai ringgit dengan menyalahkan kerajaan sudah banyak bertebaran di pelbagai platform media sosial.

Soalnya, di mana pihak-pihak lain dalam mempertahankan Anwar?

Selain Rafizi Ramli yang antara lain berkata, kejatuhan nilai ringgit ketika ini turut membawa kebaikan dan menyebabkan beliau dikecam kerana dilihat bertentangan dengan pendiriannya ketika menjadi pembangkang dahulu, tiada menteri lain bersuara mempertahankan Perdana Menteri.

Kata Menteri Ekonomi itu, pendapatan negara terutama sektor minyak meningkat berikutan harganya diniagakan dalam nilai dolar Amerika.

“Lebih tinggi harga minyak dan ringgit yang lemah bermakna lebih banyak duit kita dapat, namun bagi eksport kita adalah sebaliknya,” ujar beliau lagi.

Selain tiada menteri, di mana juga pelbagai jentera dan agensi yang sepatutnya menangkis serangan berkaitan kejatuhan ringgit ini?

Sebelum ini, dalam banyak isu yang timbul, jika kita teliti, sebahagian daripadanya juga tidak berjawwb selama berhari-haru sehingga akhirnya Anwar sendiri tampil menjawabnya.

Untuk berapa lama lagi terpaksa Anwar sendiri, di sebaliknya kesibukannya ke sana sini dengan pelbagai program, terpaksa tampil membela dan mempertahankan dirinya? – ShahbudinHusin 01/06/2023.

‘Pak Guard’ kunci motosikal polis guna parkir OKU

FMT Reporters
Tangkap layar sebuah motosikal polis trafik dikunci kerana meletakkannya di parkir kenderaan orang kurang upaya (OKU).
PETALING JAYA: Seorang anggota polis trafik dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur disaman kerana meletak motosikal di kawasan parkir kenderaan orang kurang upaya (OKU).

Ketua Polis Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata saman terhadap anggota terbabit telah dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Petaling Jaya.

“Kita telah mengesan satu gambar tular, dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter, sebelum siasatan lanjut dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Fakhrudin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pengguna jalan raya termasuk agensi penguatkuasa yang tidak mematuhi peraturan.

“Tindakan tegas terhadap mereka melanggar undang-undang, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arah papan tanda jalan,” katanya.

Terdahulu tular satu video dan gambar menerusi aplikasi Twitter yang menunjukkan motosikal jenis Honda ST 1300, dikunci oleh seorang pengawal keselamatan sebuah pangsapuri di Petaling Jaya, pada 11.30 pagi Isnin.

Menerusi video dan gambar yang tular, anggota polis terbabit menunggu motosikalnya dikunci dibuka oleh seorang pengawal keselamatan kawasan kediaman berkenaan sebelum beredar dari kawasan tersebut.

Hanya kerana tak cukup RM60, pihak pengurusan jenazah enggan mandikan mayat anak yatim piatu

MAISARAH AISYA

Apabila duit lebih tinggi daripada nilai kemanusiaan, maka diri akan terasa berat untuk membuat amal jariah.

Hanya kerana tidak cukup RM60, mayat anak yatim piatu ini tidak dimandikan oleh pihak pengurusan jenazah yang mahukan bayaran penuh sebanyak RM270.

Menurut TribunnewsBogor, kejadian tersebut berlaku di Kampung Kalaserena, Kecamatan Bontonompo di Gowa, Sulawesi Selatan.

Jenazah wanita bernama Irma itu enggan dimandikan oleh pihak pengurusan mayat selepas saudara terdekat arwah hanya mampu membayar RM210.

Dalam pada itu, seorang saudara terdekat memaklumkan bahawa arwah tinggal di rumah ibu saudaranya selama dua hari sebelum jatuh sakit.

Arwah kemudian dikejarkan ke Hospital Haji Makassar kerana mengalami masalah kesihatan sebelum disahkan meninggal dunia pada 19 Mei lalu.

“Arwah tidak mempunyai ibu bapa dan hanya hidup bersendirian sebagai seorang anak yatim piatu. Semasa hidupnya, dia hanya tinggal di Makassar.

“Sehinggalah jenazah dibawa ke sini, Bontonompo untuk dikebumikan,” ujar Daeng Sija (saudara arwah) seperti dipetik TribunnewsBogor.

Walaupun sudah berusaha untuk mengumpul wang namun ia masih tdiak mencukupi dan akhirnya ditolak pihak pengurusan jenazah.

Jenazah akhirnya dimandikan pada jam tiga petang oleh seseorang dan selamat dikebumikan selepas solat Maghrib di Tanah Perkuburan Islam Sela.

KKM nafi edar surat notis periksa bahagian sulit siswa di Perak

FMT Reporters

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan mengeluarkan surat pemakluman mengenai pemeriksaan bahagian sulit bagi siswa lelaki di Perak seperti tular di media sosial.

Menurut KKM, surat edaran tular di media sosial itu adalah palsu.

“KKM tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat seperti disebarkan ini oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Untuk makluman, KKM tidak mempunyai Bahagian Penyakit Kelamin Berjangkit seperti ditularkan,” katanya di Twitter.

Dalam pada itu, KKM turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai dan menghebahkan maklumat tidak sah dan boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Kami menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum diperpanjangkan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial edaran surat makluman daripada KKM berkenaan kewajipan pemeriksaan alat kelamin siswa lelaki di Perak bagi membasmi penyakit alat kelamin akibat gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kenapa China mahu gali lubang sedalam 10,000 meter?

Agensi
LUBANG Kola Superdeep Rusia. FOTO Bloomberg.
LUBANG Kola Superdeep Rusia. FOTO Bloomberg.
Beijing: Saintis China mula menjalankan misi menggerudi lubang sedalam 10,000 meter (m) bagi meneroka sumber ekonomi baharu.

Misi berkenaan paling dalam pernah dilakukan di China itu bermula di wilayah Xinjiang yang kaya dengan minyak, awal pagi semalam.

Agensi berita rasmi, Xinhua melaporkan China mula menghantar angkasawan pertamanya ke angkasa lepas dari Gurun Gobi.

Seorang saintis di Akademi Kejuruteraan China, Sun Jinsheng berkata, peralatan khas digunakan bagi menembusi lebih 10 lapisan batu dan tanah, sebelum kapur dalam bahagian kerak bumi.

"Kesukaran projek penggerudian ini boleh dibandingkan macam kita memandu trak besar pada dua kabel keluli nipis," katanya kepada Xinhua.

Dalam satu ucapan pada acara dihadiri saintis pada 2021, Presiden Xi Jinping menyeru kemajuan lebih besar dalam penerokaan bumi.

Kerja berkenaan boleh mengenal pasti sumber mineral dan tenaga serta membantu menilai risiko bencana alam sekitar seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Setakat ini, lubang buatan manusia paling dalam di bumi masih kekal untuk Lubang Kola Superdeep Rusia.

Lubang itu mempunyai kedalaman 12,262 m pada tahun 1989, selepas 20 tahun kerja penggerudian dilakukan.

Sebelum ini, AFP melaporkan China menghantar angkasawan orang awam pertamanya ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi kru ke stesen angkasa Tiangong, Selasa lalu, ketika ia meneruskan rancangan bercita-cita tinggi untuk pendaratan di bulan menjelang 2030.

Negara ekonomi kedua terbesar di dunia itu melabur berbilion-bilion dolar dalam program angkasa lepas kendalian tenteranya, cuba mengejar Amerika Syarikat dan Rusia selepas bertahun-tahun lewat menyamai pencapaian mereka.

Sebelum kini, semua angkasawan China yang dihantar ke angkasa lepas adalah sebahagian daripada Tentera Pembebasan Rakyat.

Tiga orang angkasawan iaitu Jing Haipeng, Zhu Yangzhu dan Gui Haichao.

Selaku komander misi Shenzhou-16, Jing akan menjadi angkasawan pertama China yang menjalankan misi penerbangan sebanyak empat kali.

Misi itu juga menampilkan dua muka baharu iaitu Zhu yang bertugas sebagai jurutera penerbangan dan Gui, seorang profesor Universiti Beihang yang juga pakar muatan.

Remaja 13 tahun pandu kereta bawa ibu, rakan ditahan

FMT Reporters
PETALING JAYA: Remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan kerana memandu kenderaan tanpa lesen dengan membawa ibu dan rakannya di Jalan Rozhan, Machang Bubuk, kira-kira jam 3 petang semalam.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Tan Cheng San, berkata polis mengesan video tular berdurasi 32 saat memaparkan orang awam menahan sebuah kereta dipandu remaja tersebut, 3 petang semalam.

Katanya, remaja itu memandu kereta sejauh kira-kira empat kilometer dan gelagatnya dilihat orang awam menyebabkan mereka menahannya sebelum tular di media sosial.

“Ekoran video terbabit, polis menjejaki remaja itu dan menahannya di hadapan Flat Taman Machang Bubuk pada hari sama.

“Selain remaja itu, polis turut menahan ibunya berusia lewat 40-an dan rakan berusia 13 tahun berada dalam kereta ketika kejadian,” katanya menurut Harian Metro.

Cheng San berkata, polis mengambil tindakan dengan mengeluarkan tiga saman di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saman itu dikeluarkan mengikut Seksyen 26(1) kerana tiada lesen memandu, Seksyen 39(1) kerana memandu di bawah umur dan ibu suspek yang juga pemilik kereta disaman di bawah Seksyen 39(5) kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu.

“Polis menasihati ibu bapa dan masyarakat supaya jangan cuai dan lalai dengan membenarkan kanak-kanak memandu kereta atau menunggang motosikal kerana membahayakan kanak-kanak itu serta pengguna jalan raya lain,” katanya.

Terdahulu tular video berdurasi 32 saat memaparkan Proton Iswara Aeroback berwarna hitam berhenti di tengah jalan dipercayai ditahan orang awam.

Dalam insiden itu didapati seorang remaja lelaki dipercayai pemandu berada di luar kenderaan, manakala seorang lagi dipercayai rakannya berada di tempat duduk penumpang belakang.

Pada 10 Mei lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikesan memandu Toyota Vios sejauh 2.5km milik keluarganya hingga terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Tangga, Langkawi.

Kanak-kanak terbabit yang turut membawa adiknya berusia tiga tahun dikatakan ingin ke kedai berhampiran untuk membeli mainan, kira-kira jam 11.15 malam.

Lelaki berdepan hukuman mati bunuh kekasih hamil

Malaysiakini

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Sungai Petani hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang wanita hamil minggu lepas.

Tertuduh yang berusia 20 tahun itu mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan bunuh terhadap seorang wanita berusia 21 tahun di Jalan Benteng Laut, Jalan Sungai Limau, di Sungai Petani pada kira-kira 8.30 malam, 22 Mei, sehingga 8 pagi 23 Mei lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Selangor Ku Hayati Ku Haron manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Anuar Kashim dan Muhammad Nor Tamrin.

Khairul Anuar memohon agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi secepat mungkin namun Majistret Siti Hajar berkata beberapa dokumen perlu diserahkan oleh pihak pendakwaan kepada mahkamah terlebih dahulu.

Siti Hajar menetapkan 3 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, tertuduh yang memakai kemeja-T kuning tiba di pekarangan mahkamah diiringi beberapa anggota polis dari Jabatan Penyiasatan Jenayah (CID) pada 8.55 pagi.

Media sebelum ini melaporkan perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah dipercayai punca seorang pelayan restoran dibunuh secara kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, di sini, 22 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias dilaporkan berkata suspek yang merupakan bekas penuntut kolej membawa mangsa menaiki kereta dan bertengkar dengan wanita itu, sebelum mangsa dipukul di kepala lantas dibunuh di lokasi berkenaan sekitar 10 malam.

- Bernama

Ha ha ha 'dah cukup jomlah': Tawaran sertai kerajaan dibuat selepas PRU15, kata Hadi

Chia Wan Rou

PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjelaskan tawaran kepada partinya untuk menyertai kerajaan perpaduan dibuat selepas berakhirnya PRU15.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, tiada tawaran yang dibuat selepas itu.

“(Tawaran sertai kerajaan perpaduan) selepas PRU. Sekarang ni tak ada,” katanya pada sidang media di Kuala Terengganu.

Terdahulu, Hadi Awang mendedahkan beliau beberapa kali dihubungi “orang tertentu” menawarkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan.

Bumbung runtuh: Pengarah Ikim diarah beri kerjasama kepada pihak berkuasa

Samadi Ahmad
am@hmetro.com.my
BUMBUNG dewan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Jalan Duta, Kuala Lumpur, runtuh, semalam. FOTO Ihsan Bomba
BUMBUNG dewan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Jalan Duta, Kuala Lumpur, runtuh, semalam. FOTO Ihsan Bomba
Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengarahkan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menyiasat secara terperinci insiden bumbung dewan di Ikim yang runtuh, semalam.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, beliau dimaklumkan berkenaan kejadian itu pada pagi semalam.

Beliau juga meminta pengurusan Ikim mengambil langkah keselamatan dengan segera supaya tidak berlaku sebarang insiden tidak diingini.

"Saya mendoakan kakitangan yang mengalami kecederaan itu diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan," katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Semalam, media melaporkan enam wanita berusia 30 hingga 50 tahun warga tempatan cedera ringan selepas keseluruhan bumbung dewan di Ikim di Jalan Duta, Kuala Lumpur, runtuh.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

Mempertahan Sang Politikus

Mohsin Abdullah

Kebanyakan kita, malah mungkin juga kita semua, menyalahkan ahli politik bagi semua masalah yang timbul sama ada yang kita hadapi secara langsung mahupun yang dialami negara. Kita tuduh merekalah puncanya.

Bagi kita, sang politikus memualkan, tamak, gila kuasa, mementing diri, mencipta isu agama dan perkauman untuk dimainkan demi mendapat kuasa. Ada banyak lagi gelaran yang kita ‘anugerahkan’ ke atas mereka. Sila tambah.

Tetapi kita jarang sekali menamakan golongan sang politikus yang kita benci walaupun kita tahu siapa mereka dan yakin mereka tidak berguna dan tidak boleh diharapkan. Cuma kita tidak mahu (mungkin takut?) untuk mengumumkan siapa yang kita maksudkan. Lazimnya kita akan bercakap secara am tanpa menyebut nama, lantas berkatalah kita “orang politik memang macam tu”. Siapa? “Orang politik lah,” jawab kita ketika ditanya.

Namun kita tidak bersalah dalam menyalahkan mereka. Ertinya apa yang kita tuduh mereka benar. Most of the time kita betul. Sememangnya mereka melakukan apa yang kita tuduh tetapi bukan setiap masa dan bukan semua begitu. Ini wajib dikatakan untuk berlaku adil.

Maksudnya bukan semua politikus berperangai buruk seperti kita katakan. Mungkin tidak ramai tetapi pasti bukan semuanya hamlau. Ada yang baik serta ikhlas menjalankan tugas sebagai orang politik. Ada yang benar-benar berkhidmat atau setidak-tidaknya mahu berkhidmat untuk rakyat.

There’s always the other side of the coin. Barangkali mereka tidak menonjol berbanding politikus yang mual dan menjijikkan. Mungkin kita yang terlepas pandang. Untuk mengatakan semua orang politik “sama je” adalah tidak tepat.

Ada orang kata politik itu kotor. Ada tidak setuju lalu berkata politik sebenarnya tidak kotor. Yang kotor kata mereka ialah manusia. Yakni manusialah yang buat kotor. Betul. Manusia mencorakkannya. Manusia menggunakan politik untuk kebaikan atau kejahatan.

Namun, for argument’s sake, katalah politik memang kotor. Someone must do the dirty work. Bayangkan tidak ada sang politikus (yang baik dan yang tidak baik) menceburi bidang ini siapakah yang akan menjalankan tugas ‘menjaga’ negara? Tidak dinafkan ada habuan dan ganjaran dan lazimnya si hamlau yang meraih keuntungan.

Bercakap mengenai sang politikus durjana, mengapa apa-apa yang mereka ‘jual’ dibeli ramai? Mengapa kita senang terpedaya akan apa yang mereka beritahu kita? Mengapa kita kerap terima apa yang mereka uar-uarkan? Kita telan bulat-bulat walaupun pernah terbukti mereka tidak betul? Kita percaya meskipun apa yang dicanang memang jelas tidak betul? Mengapa kita mudah dimomok-momokkan? Konon kita atau lebih tepat agama dan bangsa kita terancam dan terus diancam?

Teringat saya persembahan pelawak popular AS, George Carlin, suatu ketika dulu. Carlin terkenal dengan kritis keras dan tajam terhadap sistem dan masyarakat. Tetapi kata mendiang satu perkara yang beliau tidak mengadu ialah mengenai ahli politik.

“Semua orang complaint pasal politikus. Semua orang kata ahli politik tidak bagus. Tetapi dari mana orang ingat ahli politik ini semua datang? Mereka tidak jatuh dari langit. Mereka tidak datang dari hidupan lain. Mereka datang daripada ibu bapa Amerika, keluarga Amerika, sekolah Amerika, universiti Amerika, gereja Amerika, perniagaan Amerika, dan mereka dipilih oleh warga Amerika.

“Ini sahaja yang terbaik yang kita boleh lakukan. Ini yang kita boleh tawarkan. Inilah sistem kita hasilkan. Sampah masuk, sampah keluar.

“Jika anda ada warga yang tamak dan jahil anda akan dapat pemimpin yang tamak dan jahil . Mungkin bukan politikus yang memualkan . Mungkin yang mual ialah orang ramai. Sebab jika yang salah ialah politikus di mana warga yang bijak pandai dan berhati nurani yang sedia ambil alih untuk memimpin dan selamatkan negara? Kita tidak ada golongan ini dalam negara. Semuanya ada di pusat beli belah.”

Adakah kata-kata itu boleh turut diguna pakai untuk menggambarkan keadaan kita ? Harap tidak.

viral! Abang Badminton Nombor Satu Dunia dari Denmark Memutuskan Masuk Islam Kerana Sering Melihat Ahsan Sujud Syukur Apabila Menang

Roy Ismangun
Viral! Kakak Pebulutangkis Nomor Satu Dunia Asal Denmark Memutuskan Masuk Islam karena Sering Melihat Ahsan Sujud Syukur Saat Menang
Nathaniel Webb warga Denmark mengatakan syahadat dua kalimat yang dipandu oleh KH Syukron Ma'mun. ([Tangkapan skrin akaun YouTube Nusantri])

Berita gembira datang daripada abang kepada pemain badminton terkemuka dunia dari Denmark, Viktor Axelsen, Nathaniel Webb. Alasan di sebalik ini ialah Nathaniel memutuskan untuk memeluk Islam dengan mengambil akidah di bawah bimbingan KH Syukron Ma'mun, salah seorang ulama kharismatik Nahdlatul Ulama (NU).

Lafaz dua kalimah syahadat Nathaniel itu dirakam dalam video yang dimuat naik menerusi akaun Youtube Nusantritv. Dalam video tersebut, anda boleh melihat KH Syukron Ma'mun membimbing Nathaniel Webb mengucap dua kalimah syahadat yang disaksikan oleh Timbalan Setiausaha Agung PBNU.

"Encik Nathaniel Webb ialah abang kepada Victor Axselsen pemain badminton Denmark," tulis penjelasan video yang dimuat naik

Sekali imbas, ia juga menjelaskan mengapa Nathaniel akhirnya mengisytiharkan memeluk Islam. Dalam penjelasan di kapsyen video itu, tertulis Nathaniel sering melihat kemeriahan pasangan Hendra/Ahsan yang sering melakukan sujud syukur. Lebih-lebih lagi gelagat Ahsan sering minum pada waktu rehat atau ketika perlawanan dalam keadaan duduk.

“Ketika bersaing dengan Hendra/Ahsan, dia kagum melihat sikap Ahsan setiap kali memenangi perlawanan dengan sentiasa sujud syukur, begitu juga dengan gelagat Ahsan ketika minum yang sentiasa dalam keadaan duduk,” tulis akaun tersebut.
 
"Disebabkan pandangan seperti itu, Encik Nathaniel Webb mengambil keputusan untuk menukar agama dan mengambil akidah di pondok kesayangannya... dibimbing terus di hadapan Syaikhuna. Subhanallah. Alhamdulillah," akhiri kenyataan itu.

Dalam tayangan video yang sedang beredar, sebelum membimbing pembacaan dua kalimat syahadat, KH Syukron Ma'mun memberikan tausiyah tentang kebesaran Allah 

“Dalam Islam hanya ada dua faktor iaitu pencipta dan yang dicipta,” kata KH Syukron Ma’mun.

"Pencipta ialah Allah, yang mencipta seluruh alam. Semua selain Allah adalah makhluk yang dicipta," sambungnya.

Setelah memberikan tausiyah, KH Syukron Ma'mun kemudian melanjutkan dengan membimbing Nathaniel mengucap dua kalimat syahadat.

Amah dituduh curi barang kemas dipercayai tak dibayar gaji penuh

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang amah warga Indonesia yang sebelum ini dituduh mencuri barang kemas milik majikannya bernilai RM69,000 pada tahun lalu sebenarnya menjadi mangsa penindasan selepas tidak dibayar gaji penuh.

Konsulat Jeneral Indonesia Pulau Pinang berkata, wanita itu yang dikenali sebagai Eka Lestari, 27, melarikan diri dari rumah majikannya di Taman Bukit, Pulau Pinang pada 8 Sept 2022.

Katanya, susulan tindakan Eka itu, majikan wanita itu membuat laporan polis menuduh beliau melarikan diri bersama barang kemas miliknya berharga kira-kira RM69,000.

Menurutnya, Eka kemudiannya menjadi buruan polis dan kejadian itu turut mendapat liputan media tempatan.

“Selepas berita itu tular, Eka menjadi takut dan dia datang ke Konsulat Jeneral Indonesia Pulau Pinang untuk mendapatkan perlindungan dan bantuan undang-undang.

“Menurut Eka dia tidak mencuri barang kemas majikannya sebaliknya dia melarikan diri kerana pekerjaannya tidak sama seperti yang dijanjikan. Dia juga ditawar gaji RM1,200 sebulan tetapi hanya dibayar gaji RM300 sebanyak dua kali,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata kenyataan itu lagi, pada 1 Dis 2022 IPD Seberang Perai Tengah memberitahu kes terhadap Eka digugurkan kerana tiada bukti menunjukkan wanita itu mencuri barang kemas milik majikannya.

“Berkenaan tunggakan gaji, pihak konsulat dengan bantuan pegawai Jabatan Tenaga Kerja berbincang dengan bekas majikan wanita itu.

“Selepas beberapa kali pertemuan majikan akhirnya bersetuju untuk membayar baki tunggakan gaji tersebut,” katanya.

Katanya, kejadian itu memberi kesan psikologi yang mendalam terhadap Eka. Wanita itu meninggalkan Pulau Pinang untuk kembali ke Indonesia pada Selasa lalu.

Peragut tegar ditangkap mangsa dengan bantuan orang awam

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my

Sungai Buloh: Cubaan penjenayah tegar meragut rantai milik seorang lelaki warga emas gagal apabila dia berjaya diberkas mangsa ragut dengan bantuan orang awam dalam kejadian di tepi jalan BRP 7 Bandar Baru Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, ketika kejadian kira-kira jam 11 pagi tadi, mangsa yang juga pesara kerajaan berusia 63 tahun sedang berjalan menuju ke keretanya di lokasi terbabit.

"Tiba-tiba datang sebuah motosikal Yamaha Y16 ditunggang suspek berusia 31 tahun menarik rantai emas dipakai mangsa sebelum pengadu bertindak menarik motosikal suspek.

"Tindakan itu menyebabkan suspek terjatuh bersama motosikalnya dan mangsa terus memeluk badan penjenayah berkenaan dan dibantu orang awam yang membolehkannya ditahan sebelum diserah kepada pihak polis.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami luka kecil di bahagian lutut akibat terjatuh, manakala rantai emas miliknya berjaya didapatkan semula daripada suspek," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shafa'aton berkata, pihaknya membuat tangkapan terhadap suspek dan merampas motosikal Yamaha Y16 berwarna kelabu dan seutas rantai emas bernilai RM10,000 yang diserahkan oleh pengadu.

"Semakan dilakukan mendapati suspek mempunyai 13 rekod jenayah dan akan direman di Mahkamah Shah Alam esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.

Warga emas ditahan bantu siasatan budak hilang

BERNAMA

Kepala Batas: Polis menahan seorang lelaki warga emas bagi membantu siasatan berhubung seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Kuala Muda, Penaga, pada 26 Mei lalu sebelum ditemukan selepas 24 jam dalam keadaan lemah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, lelaki berusia 70-an itu ditahan kira-kira 10.30 malam tadi hasil risikan yang dijalankan pihak polis.

"Berdasarkan risikan dijalankan, polis menahan lelaki warga emas yang juga tinggal di kawasan kejiranan kanak-kanak tersebut bagi membantu siasatan kes kehilangan mangsa itu.

"Lelaki itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata, kanak-kanak perempuan itu kini masih menerima rawatan di Hospital Kepala Batas, di sini dan beliau difahamkan keadaan kesihatan mangsa semakin baik.

Mohd Asri berkata setakat ini pihak polis masih belum dapat merekodkan keterangan daripada kanak-kanak perempuan itu kerana keadaannya yang masih trauma dengan kejadian tersebut.

Katanya selain pemantauan oleh pasukan kesihatan, kanak-kanak itu turut berada di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kami juga masih menunggu laporan lengkap perubatan kanak-kanak tersebut daripada pihak hospital (untuk lengkapkan siasatan).

"Jika laporan siasatan dan dapatan (siasatan) kita terdapat unsur-unsur lain termasuk jenayah lain, cabul dan sebagainya, polis akan menukar seksyen siasatan berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan," katanya.

Difahamkan mangsa mengenali lelaki warga emas itu dan kanak-kanak perempuan tersebut ditinggalkan dalam kawasan semak di Permatang Keriang semalaman ketika dilaporkan hilang.

Media sebelum ini melaporkan orang awam telah menemukan kanak-kanak itu di kawasan semak Permatang Keriang, Penaga kira-kira dua kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang dan pemeriksaan mendapati kecedaraan patah rahang, luka di bahagian dagu serta belakang kepala, lebam di dada dan belakang badan serta patah dua batang gigi.

Kanak-kanak itu dilaporkan keluar dari rumahnya di Taman Kuala Muda, Penaga, pada sekitar 1 tengah hari Jumaat lepas dan didapati tidak pulang ke rumahnya sebelum ditemukan pada 6 petang keesokannya.

Kan dah kena sita ayam dan itik...

Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid
khairil.ashraf@hmetro.com.my
FOTO Ihsan Facebook DBKL
FOTO Ihsan Facebook DBKL
Kuala Lumpur: Bukan sahaja memelihara ayam dan itik, malah penghuni di sebuah premis di Pusat Bandar Utara dekar sini turut memelihara kambing.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai yang tidak tahan dengan bau dan keadaan itu membuat laporan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bertindak daripada aduan awam itu, DBKL membuat siasatan di premis yang terletak di Jalan 2/3A itu dan dipanjangkan kepada Unit Kawalan Pest.

"Hasil lawatan dan pemeriksaan susulan pada 30 Mei lalu pada jam 3 petang mendapati tiada lagi kambing di premis tersebut.

"Bagaimanapun terdapat ayam dan itik hidup di premis tersebut sehingga menimbulkan kacau ganggu bau busuk.

"Adalah menjadi kesalahan memelihara haiwan hidup di dalam premis di bawah Akta Kerajaan Tempatan kerana boleh menyebabkan kacau ganggu," katanya menerusi Facebook.

Berikutan itu DBKL menyita 10 ayam dan tujuh itik dalam Ops Sitaa yang dilaksanakan pada Selasa.

Katanya lagi, satu Notis Akta Kerajaan Tempatan di bawah Seksyen 82 dikeluarkan kepada pemilik atau wakil premis berkuatkuasa serta merta.

"Pemilik atau wakil diberi tempoh empat hari untuk menuntut haiwan sitaan di Unit Kawalan Pest, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL," katanya.

‘Jangan keliru, isu Maisarah kes sivil, bukan syariah’

Malaysiakini 
story-imagePersatuan Pertubuhan Peguam Syarie Negeri Pahang (PPSNP) mengingatkan masyarakat supaya menghormati proses perundangan yang melibatkan bekas pasangan suami isteri Orang Asli berkaitan perebutan hak penjagaan anak mereka.

Persatuan Pertubuhan Peguam Syarie Negeri Pahang (PPSNP) mengingatkan masyarakat supaya menghormati proses perundangan yang melibatkan bekas pasangan suami isteri Orang Asli berkaitan perebutan hak penjagaan anak mereka.

Ayah kanak-kanak itu Roslan Mohamad adalah bukan Islam, manakala ibunya Nur Aisyah Naadhirah Hasbollah sudah memeluk agama Islam. 

Kanak-kanak berusia sembilan tahun itu–Angelina Marion Rose atau nama Islamnya Nur Maisarah Abdullah–juga didakwa mengikut agama ibunya.

Pengerusi PPSNP Mohd Rosli Yusoff berkata pihaknya maklum mengenai kegusaran masyarakat susulan penularan video sejak 26 Mei lalu berkaitan prosiding melibatkan kes itu di Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang.

“Pihak kami menegaskan kes tersebut merupakan prosiding di Mahkamah Tinggi Kuantan dan bukannya di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan memandangkan terdapat kekeliruan orang ramai yang menyangka kes ini berlaku di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

“Oleh kerana ibu kanak-kanak tereebut diwakili oleh peguam, pihak kami percaya peguam tersebut telah dan akan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi menjamin kepentingan dan hak ibu serta kanak-kanak tersebut,” katanya.

Justeru Mohd Rosli menyelar pihak yang membuat tohmahan, komen dan spekulasi negatif yang tidak berasas terhadap mana-mana institusi kehakiman dan perundangan negara ini.

Video tular itu memaparkan kanak-kanak itu menangis enggan berpisah dengan ibunya selepas mahkamah memutuskan perintah habeas corpus berpihak kepada bapanya pada 25 Mei.

Peguam Aisyah, Muhammad Amin Anuar, semalam berkata selain habeas corpus, terdapat juga prosiding berkaitan pertikaian hak penjagaan melibatkan kedua-dua ibu bapa itu.

Kes itu, katanya, didengar di mahkamah sama dan hakim serupa.

Dua hari kemudian, pada 27 Mei, Aisyah dilapor membuat laporan polis berkait kes pengabaian anak terhadap bekas suaminya.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001, berkaitan kes penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Setakat ini tiga saksi telah dipanggil memberikan keterangan.

Urusan guaman dan kempen bagi pihak Aisyah dijalankan oleh sebuah NGO berpangkalan di Kuala Lumpur yang dinamakan YCC Centre. 

NGO itu, yang bimbangkan akidah anak itu terjejas, berharap ia dijaga oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) buat sementara waktu.

Malaysiakini sedang mendapatkan perincian lebih mendalam berkait kes tersebut.

Peguam bapa Maisarah Gene Anand Vendargon ketika dihubungi enggan mengulas lanjut, begitu juga JKM.

JKM pada 29 Mei memohon hak penjagaan sementara daripada Mahkamah Majistret Pekan tetapi ditolak.

JKM juga diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan menyiapkan surat tunjuk sebab pada 1 Jun ini kerana mengambil kanak-kanak daripada jagaan ayahnya yang berjaya dalam perintah habeas corpus, lapor media.

Ismahalil: 'Polis tolak saya sambil acu pistol, arah saya ambil beg di hujung katil'

Suraya Roslan
surayaroslan@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah memberitahu Mahkamah Tinggi, hari ini, bilik di tingkat satu kediamannya di Jalan Semarak, di sini, di mana beg mengandungi dadah ditemui boleh diakses oleh orang ramai termasuk juruhebah Bapakku FM, kru, pihak pengurusan kedai dan tetamu.

Ismahalil, 50, mula memberi keterangan membela diri, hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis, dua tahun lalu.

Dia memberi keterangan bersumpah menerusi pernyataan bertulis sebagai saksi pembelaan pertama pada prosiding di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin yang dijadualkan didengar sehingga esok.

Dalam pernyataan bertulis yang dibacanya, bilik itu bebas digunakan juruhebah untuk berehat dan menunggu giliran ke udara, bersolat dan mengecas telefon bimbit.

"Sesiapa pun bebas masuk dan keluar dari bilik itu dan saya juga tidak tahu beg mengandungi dadah itu kepunyaan siapa.

"Ini kerana jam 5.35 petang, pertama kali saya masuk ke bilik itu kerana sebelum itu saya baru saja balik dari kampung dan terus bersembang dengan Hazril, Teha, Iera, Eddy, Ezuan, Nazarudin dan isteri saya, Nor Haslinda.

"Saya terus naik ke atas dan masuk ke dalam bilik untuk mengambil tikar sembahyang kerana saya belum sembahyang Asar dan beberapa saat kemudian bilik diserbu polis.

"Saya ingin tegaskan di sini, juruhebah kru dan pihak pengurusan kedai jualan produk Bapakku FM datang untuk bertugas atau selepas selesai akan melepak di situ untuk berehat, melepaskan lelah dan melakukan aktiviti seperti sembahyang, tidur atau berehat.

"Sejujurnya dalam pengetahuan saya ada antara mereka ini meninggalkan barang peribadi seperti beg, jaket dan komputer, telefon bimbit, beg tangan dan juga beg galas dalam bilik dan ianya adalah di luar pengetahuan saya beg yang dirampas itu kepunyaan siapa," katanya.

Dia yang juga pengasas Bapakku FM berkata, sebelum tangkapan, dia berehat bersama-sama beberapa juruhebah lain di anjung bawah sebelum bertolak ke konti radio di Mukut, Pulau Tioman.

Dia kemudian ke bilik berkenaan untuk menunaikan solat Asar sebelum pintu diketuk oleh sekumpulan lelaki berpakaian preman yang memperkenalkan diri sebagai polis.

Tertuduh berkata, mereka meluru masuk bersama seorang lagi kru, Ismail Zukri yang ketika itu dalam keadaan bergari dan menggeledah sebelum bertanyakan `mana beg'.

"Saya tidak nampak langsung beg itu, pegawai polis itu menolak saya dari belakang sambil mengacukan pistol dan mengarahkan saya mengambil sebuah beg yang terletak di hujung katil.

"Saya kemudian digari dan dibawa ke balai polis serta ditunjukkan kandungan beg mengandungi dadah. Saya terkejut kerana tidak mengandungi kewujudan dadah di dalamnya,'' katanya.

Pada sesi pemeriksaan utama oleh peguam belanya, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, Ismahalil berkata, dia tidak mengetahui apa kesalahan yang dilakukan ketika polis mengacukan pistol ke arahnya.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad pada sesi pemeriksaan balas, Ismahalil berkata, tombol pintu bilik sudah rosak manakala rumah enam bilik itu disewa sejak 2016 dan dia tidak pasti bayaran sewa kerana semuanya diuruskan oleh isteri.

Noor Dayana turut mencadangkan tertuduh seolah-olah meletakkan kesalahan pada pihak polis apabila mendakwa dia dianiaya walhal ketika serbuan, hanya dia seorang dalam bilik berkenaan.

Ismahalil tidak bersetuju dengan cadangan Noor Dayana yang menyatakan dia menipu ketika menyatakan polis membawa orang awam ketika menangkapnya.

Sementara itu, isteri tertuduh, Nor Haslinda Abdul Manaf, 50, ketika memberi keterangan turut menyatakan bilik berkenaan digunakan oleh pihak lain dan bukan eksklusif untuk suaminya.

Bagaimanapun, dalam pernyataan kepada polis pada 30 Ogos 2021, saksi pembelaan keempat itu berkata, bilik itu hanya digunakan oleh suaminya untuk berehat dan kali terakhir mengemasnya pada 1 Ogos 2021 serta tidak lagi memasuki bilik itu sehingga suaminya ditangkap.

Pada peringkat itu, pihak pendakwaan memohon untuk mengemukakan Nor Haslinda sebagai saksi belot (hostile witness) kerana keterangannya di mahkamah bercanggah dengan pernyataan yang diberikan kepada polis.

Muhammad Jamil bagaimanapun memutuskan percanggahan itu kecil dan tidak material serta pihak pendakwaan boleh mencabarnya pada pemeriksaan balas.

Seramai empat saksi pembelaan dipanggil hari ini termasuk Nor Haslinda serta rakan Ismahalil iaitu Hazril Ibrahim yang turut ditahan polis ketika kejadian.

Ismahalil mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

Pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Waran tangkap terhadap lelaki dituduh buat video lucah

Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my

Setiu: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang jurujual selepas gagal hadir bagi pertuduhan berkaitan hantaran video lucah terhadap bekas teman wanita.

Waran itu dikeluarkan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud terhadap Muhammad Iqyyum Basri, 25, selepas menerima permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Siti Hajar Sulaiman.

Siti Hajar berkata, Muhammad Iqyyum yang juga Orang Kena Saman (OKS) yang beralamat di Negeri Sembilan tidak hadir ke mahkamah hari ini walaupun pihaknya sudah mengeluarkan surat saman pada 18 Mei lalu bagi pendengaran kes.

"OKS juga gagal dihubungi sejak semalam dan hari ini, kita mohon waran tangkap dikeluarkan terhadap OKS," katanya.

Mengikut pertuduhan, OKS didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang lucah sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain menggunakan aplikasi WhatsApp.

Video itu telah dilihat di Bandar Permaisuri di sini, pada jam 8.24 malam, 8 Mac 2022.

Bagi kesalahan itu, OKS yang didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Bantah roboh masjid

Sinar Harian
Rakaman insiden itu turut menjadi tular di media sosial. - Foto Agensi
Rakaman insiden itu turut menjadi tular di media sosial. - Foto Agensi
KUNMING - China mengerahkan ratusan anggota keselamatan dan membuat sejumlah tangkapan di bandar didiami komuniti Muslim di bandar barat daya negara itu selepas insiden pertempuran ganas tercetus.

Penduduk di bandar Nagu, wilayah Yunnan melancarkan bantahan tegas terhadap rancangan untuk merobohkan empat menara dan bumbung kubah Masjid Najiaying.

Kawasan tersebut dihuni etnik Hui yang sebahagian besarnya adalah orang Islam yang turut menjadi sasaran pihak berkuasa sebelum ini.

Menerusi rakaman video yang menjadi tular di media sosial pada akhir minggu lalu, kumpulan penunjuk perasaan di luar masjid itu turut membaling pelbagai objek ke arah anggota keselamatan yang berkawal di lokasi tersebut.

"Masjid merupakan 'rumah' bagi Muslim seperti kami. Kami tidak akan sesekali benarkan mereka melakukan langkah perobohan itu. Ia hanyalah sebuah struktur yang tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada orang ramai.

"Kenapa mereka tetap mahu robohkan?" kata seorang penduduk tempatan yang enggan identitinya didedahkan.

Sehingga Isnin, anggota keselamatan masih berkawal di bandar itu.

Pada Ahad, pemerintah Tonghai yang mentadbir Nagu memaklumkan siasatan telah dilancarkan ke atas kes tersebut yang didakwa mengganggu pengurusan dan ketenteraman sosial.

Notis tersebut juga mengarahkan individu supaya menghentikan 'aktiviti jenayah dan melanggar undang-undang' serta berikrar untuk mengenakan tindakan tegas terhadap pelaku yang enggan menyerah diri.

Sejak 2019, dianggarkan kira-kira sejuta etnik Uighur, Hui dan kumpulan minoriti Muslim lain telah ditahan di wilayah Xinjiang di bawah kempen yang turut dikecam komuniti antarabangsa. - AFP

Tanding DUN pula? Ini jawapan Nurul Izzah

Zikri Kamarulzaman

Nurul Izzah Anwar, anak perdana menteri, tidak memberikan jawapan pasti terhadap spekulasi dia akan bertanding di Pulau Pinang dalam pilihan negeri tidak lama lagi.

“Buat masa sekarang saya beri komitmen kepada tanggungjawab semasa sebagai ketua bersama badan penasihat yang diketuai oleh Hassan Marican.

“Saya bagaimanapun terikat kepada keputusan parti,” katanya kepada Malaysiakini.

Memetik sumber, Free Malaysia Today melaporkan Nurul Izzah akan bertanding di negeri itu dan diberikan portfolio penting dalam kerajaan negeri jika menang.

Tidak mengulas lanjut, katanya, kerja keras harus dilakukan untuk memperkukuhkan Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan di setiap tempat menjelang pilihan raya negeri.

"Kestabilan politik adalah satu faktor penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan kemakmuran yang berkongsi," tambahnya.

Nurul Izzah pernah menjadi anggota parlimen selama tiga penggal di Lembah Pantai (2008-18) dan Permatang Pauh (2018-22).

Bagaimanapun dalam pilihan raya umum lalu dia terkeluar daripada Dewan Rakyat apabila kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN).

Dua bulan selepas itu dia dilantik sebagai penasihat tidak berbayar kepada bapanya Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan.

Selepas bantahan meluas, dia ditugaskan semula ke sekretariat penasihat khas kementerian itu.

Bekas pembantu dedah di mana Jho Low meninggal dunia, menurut laporan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Bekas pembantu Low Taek Jho atau terkenal sebagai Jho Low yang memaklumkan keberadaan ahli perniagaan dalam buruan itu kepada pihak berkuasa Malaysia, meninggal dunia.

Malay Mail dalam laporannya memetik sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengesahkan kematian suspek, Kee Kok Thiam.

“Saya boleh katakan ya, memang dia. Namun, saya tidak dapat mengesahkan perkara lain,” kata sumber SPRM yang dipetik Malay Mail.

Dalam perkembangan berasingan, kematian itu juga disahkan pegawai kanan SPRM, selain disahkan sumber dari Pejabat Peguam Negara.

Kee dipercayai meninggal dunia akibat sakit mengejut.

Sebelum ini, lelaki berusia 56 tahun itu mengesahkan pertemuan dengan Low – dalang utama di sebalik kontroversi 1MDB – dan pelarian dalam buruan lain yang dikaitkan dengan skandal kewangan terbesar itu di Macau.

Awal hari ini, menurut Al Jazeera, SPRM percaya Low, “bersembunyi” di Macau, bersama individu lain yang dikehendaki dalam skandal 1MDB.

Jho Low berdepan pertuduhan di Malaysia dan Amerika Syarikat kerana didakwa menjadi dalang utama kehilangan USD4.5 bilion daripada 1MDB. Sebelum ini, Beijing menafikan melindungi Low.

Al-Jazeera juga memetik sumber polis sebagai berkata, Kee menjadi suspek dalam 1MDB dan kes SRC International, yang baru-baru ini ditahan SPRM, diusir dari Macau kerana visa tamat tempoh.