Budak 7 tahun lemas mandi di kolam taman tema air

Norzamira Che Noh
am@hmetro.com.my

Banting: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun lemas ketika mandi bersama kakaknya di kolam sebuah taman tema air dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan memaklumkan kanak-kanak itu ditemukan tidak sedarkan diri dalam kolam berkenaan pada 1.28 tengah hari.

"Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa bersama kakaknya berusia lapan tahun bermain air di kolam itu sebelum orang awam memaklumkan bapa mangsa seorang daripada anak perempuannya tidak sedarkan diri.

"Mangsa kemudian dibawa ambulans ke Hospital Banting dan pihak hospital mengesahkan punca kematian disebabkan lemas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

Annuar Musa sah ahli PAS

Malaysiakini

Presiden pertubuhan bukan kerajaan Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa sah menjadi ahli PAS, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin berkata PAS menerima keahlian bekas Ahli Parlimen Ketereh itu bersama 3,000 ahli baru yang lain hari ini.

"Saya ingin memaklumkan Tan Sri Annuar Musa diterima menjadi ahli PAS...dengan 3,000 keahlian baru hari ini.

"Ramai memohon masuk dalam PAS, Bersatu...(selepas ini) tokoh masyarakat lain yang diterima masuk ke parti ini akan diumumkan dari semasa ke semasa," katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan di Seremban, malam ini.

Turut hadir Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi turut menyerahkan sijil keahlian kepada Annuar.

Sementara itu, Annuar berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada kepimpinan tinggi parti PAS dan PN yang menerima keahliannya itu.

"Saya bersyukur pada malam ini saya dapat bersama dengan semua (penyokong PN) pada hari bersejarah bagi diri saya, (keputusan ini) tidak dipengaruhi oleh sesiapa," katanya.

- Bernama

Wanita tembak mati jiran selepas pintu rumah ditendang

SINAR HARIAN
Anggota polis menyiasat kejadian di kompleks perumahan di wilayah Nonthaburi. - Foto Agensi
Anggota polis menyiasat kejadian di kompleks perumahan di wilayah Nonthaburi. - Foto Agensi
BANGKOK - Seorang wanita Thailand bertindak menembak mati jirannya selepas pintu rumahnya ditendang selain mempunyai sejarah perselisihan faham antara suspek dan mangsa, lapor Thaiger.

Timbalan Ketua Polis Wilayah Nonthaburi, Leftenan Kolonel Polis Sompol Wongsrisunthorn berkata, kejadian tembakan berlaku di kompleks perumahan Eua Arthom Bang Bua Thong baru-baru ini.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa dikenali sebagai Krisak berusia 35 tahun dan buruh am.

Dia ditemui dengan tiga kesan tembakan daripada pistol berkaliber.38 dan sebilah pisau lipat di pinggangnya.

Penembak bernama Sujitra, 42, ditemui selepas bersembunyi dalam biliknya dan membawa senjata api.

"Selepas rundingan satu jam, dia menyerah diri dan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Sompol menambah, siasatan lanjut mendapati isteri si mati tidak mengenali Sujitra, tetapi suspek juga mempunyai sejarah konflik dengan orang lain.

"Dia sebelum ini pernah menembak rumah orang lain dan jiran melaporkan dia seolah-olah hilang akal," tambahnya.

Sujitra berdepan tuduhan memiliki senjata api dan membunuh dengan sengaja. - Agensi

Ada pemimpin perosak mainkan sentimen perkauman

Malaysiakini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat untuk tidak mempercayai naratif sentimen kaum yang terus dimainkan pemimpin perosak yang sentiasa mempertikaikan sebarang bentuk bantuan yang disalurkan kerajaan kepada kaum bukan Melayu.

Anwar berkata beliau yang baru mengambil alih kepimpinan kerajaan pada November lepas, terpaksa menyusun kerangka ekonomi dalam keadaan situasi negara yang mempunyai pelbagai masalah.

“Saudara juga tahu tahu negara ini sekarang menghadapi pertarungan besar iaitu (ada) membangkitkan sentimen seolah-seolah orang-orang Melayu hilang kuasa, jadi miskin dan Anwar sebagai perdana menteri hanya nak jaga Cina dan India sahaja. Ini naratif yang dibawa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sewaktu program Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India di Pusat Konvensyen Shah Alam, di Shah Alam, hari ini.

“Tapi saudara tahu itu, sebab itu perlukan kerjasama saudara bahawa ini fitnah dan tidak benar.

"Saya hari ini... betul saya sebut tentang beberapa projek untuk orang India, tetapi tidak kurang projek untuk masyarakat desa dan orang Melayu,” katanya.

Pada masa yang sama, Anwar turut menyeru pimpinan masyarakat India di negara ini supaya bersepakat dengan satu hala tuju tanpa mengira pandangan politik.

Beliau berkata walaupun dalam kalangan pemimpin biasanya berbeza pandangan politik dan dasar serta kadang-kadang ada yang mempunyai pandangan yang keras namun melalui kesepakatan akan memudahkan beberapa rangka yang dipilih kerajaan.

“Hanya dengan satu tekad yang disebut tadi, kemahuan politik beberapa rangka yang kita pilih bersama itu baharu mudah kita laksanakan,” katanya.

Mengulangi tekad untuk menghapus kemiskinan tegar sebelum akhir tahun ini, Anwar berkata perkara itu tidak harus dilihat sebagai agenda untuk orang India semata-mata yang merupakan kaum teramai dalam kelompok miskin tegar.

“Saya memerlukan sokongan anda. Kebanyakan dasar mengambil berat semua Melayu, India, Cina, Iban dan Kadazan.

"Ya saya terima itu tetapi keseluruhan dasar tidak akan berasaskan kaum, tetapi berasaskan keperluan. Jika kita bercakap mengenai kemiskinan, ia mengenai kemiskinan,” katanya.

- Bernama

Ingin menang pilihan raya? Bertindak sekarang juga, tegas Jo Ghani

Nora Mahpar, Faiz Zainudin dan Yasmin Latiff

KUALA LUMPUR: Umno harus bertindak sekarang untuk memenangi pilihan raya akan datang, termasuk dari segi pemilihan calon dan persiapan jentera, tegas Naib Presiden Johari Ghani.

Dalam ucapannya di perhimpunan agung Umno 2023, Johari menegur bahawa tindakan saat-saat akhir seperti yang berlaku pada pilihan raya terdahulu hanya mengundang risiko.

“Umno ini ‘unik’: Kalau kita nak pilih calon kadang-kadang lagi dua hari pilihan raya baru kita beritahu orang,” katanya, dan menambah masalah akan timbul apabila akar umbi di peringkat bahagian tidak suka calon pilihan.

Tak puas hati dengan rumah baru, wanita pukul dan ugut bunuh suami guna pisau

WAN SITI AMINAH

Gara-gara tidak berpuas hati dengan rumah baharu yang diduduki, seorang wanita didakwa mendatangkan kecederaan kepada suaminya sendiri.

Suri rumah yang berusia 29 tahun itu juga dikatakan sempat mengugut mahu membunuh suami dengan menggunakan sebilah pisau.

Dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan, Perak, wanita itu dikenakan dua pertuduhan menyebabkan kecederaan dan mengugut suaminya.

Sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret T Ashvinii pada Khamis lalu, Nor Fazmira Kamaruss mengaku tidak bersalah.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 pagi, 26 Mei lalu, Fazmira didakwa sengaja menyebabkan kecederaan ke atas suaminya, Haziq Abd Rahim.

Timbalan Pendakwa Raya, Farriz Minarwan Basrudin berkata, Fazmira mulanya bertengkar dengan suaminya yang berusia 29 tahun itu di rumah mereka.

Pergaduhan mulut yang berpunca dari masalah rumah tangga itu kemudian bertukar dingin apabila Fazmira bertindak di luar jangkaan.

“Wanita itu kemudiannya mengacukan pisau kepada suaminya sebelum menumbuk Haziq di bahu kanan selain menendang lutut kaki kanannya.

“Haziq bagaimanapun tidak membalas perbuatan Fazmira yang turut membuat ugutan berunsur jenayah terhadapnya,” katanya.

Dibenarkan untuk diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin, mahkamah menentukan Rabu depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Mendatangkan kecederaan, Fazmira berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 yang dibacakan bersama dengan 326A Kanun Keseksaan.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Fazmira juga boleh dipenjara dua kali ganda panjang dari tempoh maksima pemenjaraan untuk kesalahan di bawah seksyen yang berkaitan.

Turut dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan, Fazmira boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berbogel di balkoni, pelancong lelaki China ditahan polis

Abdul Rahemang Taiming
bhnews@bh.com.my
Lokasi dipercayai aksi suspek berbogel yang sempat dirakam orang awam sebelum tular di media sosial. NSTP/Ihsan PDRM
 
Lokasi dipercayai aksi suspek berbogel yang sempat dirakam orang awam sebelum tular di media sosial. NSTP/Ihsan PDRM
SEMPORNA: Polis menahan seorang pelancong lelaki warga asing selepas rakaman aksi videonya yang berbogel di balkoni sebuah hotel di sini, tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata lelaki warga China berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira 9.30 malam, pada Khamis.

Beliau berkata, tangkapan ke atas suspek susulan rakaman video berdurasi sembilan saat yang memaparkan seorang lelaki keluar dari bilik hotel tanpa pakaian di balkoni sebuah hotel yang menghadap jalan raya.

"Aksi lelaki itu bagaimanapun telah dirakam oleh orang awam yang melalui kawasan terbabit sebelum tersebar di laman media sosial," katanya menerusi kenyataan di sini, malam ini.

Mohd Farhan berkata, suspek kini direman empat hari sehingga 12 Jun untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan kerana kesalahan berkelakuan lucah di tempat awam dan boleh dihukum penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

"Individu yang merakam kejadian juga diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Khadijah Mohd Seruji atau tampil di IPD Semporna atau mana-mana balai berdekatan," katanya.

Bapa rakam anak dibaham ikan jerung

KOSMO!
Seorang lelaki menjerit 'papa' ketika dibahan seekor ikan paus di Hurghada, Mesir semalam. - Screengrab
KAHERAH, Mesir – Seorang lelaki Russia menjerit ‘papa’ ketika dia diserang seekor ikan jerung yang kemudian membahamnya di pusat peranginan Hurghada  semalam, lapor portal berita MailOnline.

Pelancong-pelancong menyaksikan dengan ngeri dari pantai apabila jerung itu mencederakan lelaki tersebut. Ikan itu mengheretnya ke dalam laut dan membunuhnya, manakala teman wanita mangsa berjaya melarikan diri.

Mangsa yang dipercayai berusia 23 tahun sudah lama menetap di Mesir, manakala saluran berita Baza di Russia melaporkan bahawa dia dikenali sebagai Vladimir Popov dan telah berpindah ke resort itu bersama bapanya beberapa bulan lalu.

Bapanya menyaksikan serangan maut itu dan merakam anaknya dibaham jerung.

Rakaman video itu menunjukkan lelaki itu bermati-matian menjerit ‘papa, papa’ ketika ikan itu memburunya di dalam laut, mengelilinginya sebelum melancarkan serangan ke arahnya.

Lelaki itu dilihat cuba berenang ke arah pantai tetapi diserang oleh hidupan laut tersebut ketika masih berada di perairan yang lebih dalam.

“Berenanglah, berenanglah! Cepat! Ikan jerung!’ kedengaran orang ramai menjerit.

Sementara itu, Kementerian Luar Russia mengesahkan kematian seorang warganegaranya akibat serangan jerung.  – Agensi 

Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan akan bertemu dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu depan.

Tanpa mendedahkan secara terperinci, Khairy yang juga bekas ahli Parlimen Rembau berkata, pertemuan tersebut bagi memberikan keputusan muktamad beliau, dipercayai mengenai tawaran menyertai parti itu.

Mengenai pertemuannya dengan ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein baru-baru ini pula, Khairy menegaskan perjumpaan tersebut tidak membincangkan sebarang komplot atau langkah-langkah tertentu.

"Saya dengan Hisham (Hishammuddin) dah lama (kenal) sebenarnya. Saya masuk politik melalui beliau. Waktu itu beliau sebagai Ketua Pemuda dan saya sebagai graduan muda dan beliaulah yang masukkan saya dalam UMNO.

"Jadi perjuangan saya dengan Hisham ini dan lama, apa pun 'next step' kita, bukan semestinya... macam Shahril pernah sebut: It's not necessary you're following me in the next step, it's not necessary, I will follow Hisham in our next step."

"Memang tiada komplot atau langkah tertentu, atau sebagainya. Kita cuma tanya keadaan masing-masing. Untuk ketika ini, (saya tanya) tiada apa-apa perancangan untuk politik, dan saya telah maklumkan kepada Hisham, saya akan jumpa Tan Sri Muhyiddin minggu depan untuk beri jawapan muktamad. Biar saya simpan dulu...," katanya dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.

Sebelum ini Muhyiddin mengemukakan tawaran kepada Khairy menjadi Ahli Pimpinan Tinggi Bersatu selepas mendapat persetujuan pimpinan parti yang lain.

Muhyiddin berkata, partinya mempunyai dua kekosongan jawatan berkenaan tanpa niat 'mengumpan' bekas Menteri Kesihatan itu.

Khairy dipecat daripada UMNO pada awal tahun ini. - Awani.

Polis kesan wanita tinggal bayi depan masjid

Bernama

IPOH: Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru beberapa hari dilahirkan ditemukan di depan pintu utama Masjid An-Najihah Sungai Kepar dekat Semanggol hari ini.

Ketua Polis Kerian Juna Yusoff berkata bayi yang cukup sifat itu serta dibalut dengan kain ditemukan oleh jemaah masjid dalam keadaan sihat dan sempurna.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kerian digerakkan ke lokasi kejadian dan hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang wanita dipercayai bangsa Melayu telah masuk ke kawasan masjid dan meninggalkan bayi tersebut,” menurutnya dalam kenyataan.

Beliau berkata wanita itu dilihat beredar pada 11.58 pagi dan pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan pada bayi terbabit.

Juna berkata pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat dan meminta wanita dalam rakaman CCTV itu tampil ke IPD Kerian bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi,” katanya

Skandal dana negara: SPRM bekukan akaun bank bernilai lebih RM39j termasuk akaun bekas menteri kanan

Bernama

Akaun bank berjumlah lebih RM39 juta termasuk milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' dan ahli keluarga mereka telah dibekukan susulan siasatan penyelewengan dana negara berjumlah anggaran RM2.3 bilion.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembekuan itu melibatkan 192 akaun bank merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.

Menurut SPRM, merela turut merakamkan kenyataan dua individu bergelar Tan Sri selain membuat penggeledahan di kediaman serta premis berkaitan, melibatkan bekas menteri kanan dan ahli perniagaan pada Rabu lalu.

“Kesemua mereka telah diserahkan notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001), bagi tindakan tersebut.

“Susulan itu beberapa dokumen berkaitan kes telah diperolehi,” kata SPRM yang kini giat memperoleh maklumat dalam siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana negara itu.

Pada 19 Mei lepas, seorang bekas menteri kanan dan seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri dilaporkan disiasat SPRM mengikut berhubung penyelewengan dana negara bernilai lebih RM 2.3 bilion.

Sumber berkata siasatan itu adalah kesinambungan dan lanjutan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pada hari sama dilaporkan sebagai berkata siasatan bertumpu pada Seksyen 23 Akta SPRM 2009, berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapat suapan dan kesalahan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) AMLATFPUAA 2001.

- Bernama

Tajuddin hadir mengejut di PAU 2023, dedah punca kegagalan Umno

Haspaizi Zain, B Nanta Kumar & Geraldine Tong

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Tajuddin Abdul Rahman mendakwa Ahmad Maslan adalah punca apa yang disifatkannya sebagai kegagalan Umno pada hari ini.

Dia berkata demikian ketika membuat kehadiran mengejut di Perhimpunan Agung Umno 2023 ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini, meskipun keanggotaannya digantung selama enam tahun bermula tahun lalu.

Dia mendakwa Ahmad ketika menjadi setiausaha Agung Umno tidak memberi nasihat yang sewajarnya kepada Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi presiden pada saat parti berada dalam keadaan lemah.

“Dia hanya mendengar segelintir orang di sekelilingnya sahaja. Dia gagal dengar suara akar umbi," katanya kepada pemberita di Riverside Cafe & Restaurant, di WTC Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, Tajuddin berkata inisiatif proklamasi Melayu yang digerakkan oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bukanlah sesuatu yang baru.

Katanya, dia sudah pun terlebih dahulu mengusahakan himpunan penyatuan orang Melayu pada 2018.

“Saya mengumpulkan semua orang Melayu di Pasir Salak yang berjumlah lebih 50,000 orang.

“Malah, (Presiden PAS) Abdul Hadi Awang datang ke rumah saya dan berdiri di atas pentas dan memberi ucapan kepada orang ramai,” katanya pada sidang media hari ini di Riverside Cafe & Restaurant di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

Namun, Tajuddin berkata Umno dan PAS tidak memelihara perpaduan masyarakat Melayu yang telah digabungkan menerusi Muafakat Nasional (MN).

Anwar: Pengampunan diraja saya tak boleh ‘dicabar’

Bernama 

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim membantah permohonan difailkan Sanusi Nor supaya Mahkamah Tinggi menentukan persoalan undang-undang berkaitan pengampunan diraja yang diberikan kepada presiden PKR itu, lima tahun lepas.

Permohonan tersebut dikemukakan susulan saman fitnah Anwar terhadap menteri besar Kedah itu berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’.

Menurut Anwar, permohonan Sanusi mengenai pengampunan diraja yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong terhadapnya (Anwar) pada 16 Mei 2018 adalah di luar bidang kuasa mahkamah.

Perdana menteri berkata berdasarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Perkara 181, memperuntukkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan adalah kuasa yang tetap dan tidak terjejas.

“Terdapat pelbagai kes di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang mendukung prinsip perundangan itu dengan memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh mengesahkan atau mevariasikan apa-apa keputusan Yang di-Pertuan Agong.

“Ia termasuk keputusan untuk memberikan saya pengampunan, secara langsung membuktikan bahawa mahkamah tidak mempunyai apa-apa bidang kuasa untuk berbuat demikian,” katanya menerusi afidavit jawapan yang difailkan pada 25 April lepas menerusi Tetuan SN Nair di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Anwar menegaskan bahawa permohonan Muhammad Sanusi adalah tidak relevan, remeh, mengaibkan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah untuk membuat keputusan ke atas perkara-perkara yang tidak boleh diputuskan.

“Selaras pengampunan diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 2018, saya diampunkan secara penuh dan segala keburukan ke atas diri saya termasuk rekod-rekod mahkamah adalah diketepikan dan apa-apa kenyataan menyentuh perkara sama adalah fitnah serta boleh diambil tindakan,” kata Anwar menerusi afidavit itu.

Pada 31 Mac lepas, Sanusi memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menentukan beberapa persoalan undang-undang antaranya sama ada pengampunan diraja diberikan kepada Anwar pada 16 Mei 2018 adalah satu pengampunan penuh yang boleh mengetepikan sabitan kes jenayahnya.

Permohonan itu difailkan Sanusi antaranya atas alasan berdasarkan rekod-rekod yang dirujuk olehnya, tidak terdapat sebarang bukti bahawa pengampunan tersebut secara efektif mengakas kesemua atau sebahagian sabitan jenayah serta memadam kesemua rekod sabitan jenayah lampau Anwar.

Sementara itu, peguam Yusfarizal Yusoff, yang mewakili Sanusi ketika dihubungi Bernama berkata pengurusan kes ditetapkan pada 28 Jun ini di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Pada 13 Dis tahun lepas, Anwar selaku plaintif menyaman Sanusi, berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’.

Anwar dalam pernyataan tuntutannya mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud plaintif mendapat pengampunan diraja melalui penipuan dan kekal tidak diampunkan serta telah memperdaya Yang di-Pertuan Agong, seorang pembohong, tidak boleh dipercayai, tidak beretika dan mengkhianati mandat rakyat.

Menurut plaintif kenyataan-kenyataan itu dibuat dengan berniat jahat bertujuan untuk menghasut orang ramai dan menimbulkan kebencian peribadi terhadapnya dan PH semasa tempoh berkempen menjelang PRU15 pada 19 Nov tahun lepas.

Ringgit jatuh akibat terlalu ramai warga asing?

Utusan

WARGA asing seolah-olah bebas menjalankan pelbagai jenis perniagaan di negara ini sehingga menjadi kaya raya.
SAUDARA PENGARANG,

SAYA begitu hairan membaca banyak laporan di dada akhbar mengenai kebebasan warga asing menjalankan pelbagai perniagaan sehingga boleh menjadi kaya raya. Tidak pula nampak tindakan bersungguh-bersungguh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Imigresen untuk membasmi perkara ini hingga ke akarnya.

Adakah pihak berkuasa tidak kisah lagi warga asing menyalahgunakan permit kerja untuk berniaga?

Mustahillah pihak berkenaan tidak mengetahui perkara ini kerana ada sahaja warga asing yang berniaga secara terang-terangan di tengah bandar. Orang ramai juga pernah merakam lokasi warga asing berniaga di aplikasi TikTok.

Di kawasan-kawasan Bukit Bintang, Pudu,
Chow Kit dan Kotaraya, begitu banyak peniaga warga asing terutama dari Bangladesh. Kawasan-kawasan ini sudah seperti Dhaka pada cuti umum dan hujung minggu.

Di bandar-bandar lain, lokasi yang menjadi pilihan adalah berdekatan stesen bas kerana warga asing suka berkumpul apabila bercuti.

Memetik satu laporan Utusan Malaysia mengenai seorang warga Bangladesh bernama Mohin yang masuk ke negara ini dengan permit buruh tetapi kini memiliki kedai runcit sendiri di Puchong, saya percaya mesti banyak lagi kes serupa ini di tempat lain.

Lambat laun jika dibiarkan tanpa tindakan, lebih ramai lagi warga asing akan masuk ke Malaysia dengan tujuan menjadi ‘bos.’ Mereka akan membuka kedai sendiri, bukannya ke negara ini sekadar untuk mencari kerja.

Entah-entah inilah salah satu punca nilai ringgit asyik merudum kerana berbilion wang gaji pekerja dan hasil keuntungan perniagaan dikirim ke negara mereka sendiri.-UTUSAN

PEMERHATI
Kuala Lumpur

Barat Disebut Mau Bunuh Zelensky

Tommy Patrio Sorong, CNBC Indonesia
Presiden Ukraina Volodomyr Zelensky bertemu dengan Presiden Prancis Emmanuel Macron di Istana Kepresidenan Elysee pada 14 Mei 2023 di Paris, Prancis. (Christian Liewig - Corbis/Corbis via Getty Images)
Presiden Ukraine Volodomyr Zelensky bertemu Presiden Perancis Emmanuel Macron di Istana Presiden Elysee pada 14 Mei 2023 di Paris, Perancis. (Christian Liewig - Corbis/Corbis melalui Getty Images)
Gambar: Presiden Ukraine Volodomyr Zelensky bertemu Presiden Perancis Emmanuel Macron di Istana Presiden Elysee pada 14 Mei 2023 di Paris, Perancis. (Corbis melalui Getty Images/Christian Liewig - Corbis)
Jakarta, CNBC Indonesia - Negara Barat dikatakan mempunyai kebarangkalian tinggi untuk membunuh Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky. Ini berlaku walaupun pasukan penaung Amerika Syarikat (AS) terus membantu Kyiv dalam peperangannya dengan Rusia.

kenapa?

Rupa-rupanya ini disampaikan oleh bekas Presiden Rusia yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan, Dmitry Medvedev. Beliau berkata Ukraine terpaksa melancarkan serangan balas yang sangat dibanggakan untuk mewajarkan penghantaran senjata dan wang dari Barat.

Walau bagaimanapun, jika Barat tidak berpuas hati dengan serangan balas itu, kekecewaan Barat terhadap kerajaan Ukraine boleh berakhir dengan merugikan pegawai berpangkat tinggi. Bukan sahaja kerja mereka, tegasnya, malah nyawa mereka.

“Rejim Kyiv tidak mempunyai pilihan,” tegasnya dalam akaun Telegram rasmi yang dipetik Russia Today, Jumaat (9/6/2023).

"Mereka perlu menyerang. Mereka perlu mewajarkan wang dan senjata yang mereka terima. Kekecewaan pemeriksa (Kyiv) mungkin telah mengorbankan Zelensky dan rakan-rakannya bukan sahaja jawatan mereka, tetapi juga nyawa mereka," katanya.

Medvedev menambahkan bahwa saat ini Zelensky, yang disebutnya sebagai 'geng kokain', sangat mudah untuk digeser. Menurutnya, hanya butuh beberapa laporan dari agen AS untuk membuat memo yang berisi kegagalan Zelensky sehingga dengan mudah terdepak dari tahtanya.

"Mereka akan memberikan perintah kepada beberapa orang rendahan radikal untuk menyingkirkan pecandu narkoba (Zelensky) karena pengkhianatan terhadap Ukraina dan kasus Bandera, dan kemudian menggantungnya di kakinya bersama dengan antek-anteknya," tambahnya.

"Oleh karena itu, rezim Kyiv hanya memiliki satu jalan keluar, untuk mencapai akhir, mengirim ribuan orang yang dimobilisasi ke kematian mereka. Rusia tidak boleh meremehkan musuh dan melancarkan serangannya sendiri untuk sepenuhnya menggulingkan rezim Nazi Kyiv."

Bulan lalu, Medvedev, mengklaim bahwa Ukraina tidak memiliki masa depan dalam bentuknya saat ini dan keruntuhan kenegaraannya tidak dapat dihindari. Dia menekankan bahwa 'pemerintahan Nazi di Kyiv' harus dihancurkan untuk mencegah konflik yang sedang berlangsung berlarut-larut.

Serupa, hal ini juga disampaikan Kepala Dewan Keamanan Rusia Nikolay Patrushev. Dalam pernyataannya, Patrushev menegaskan kembali tidak ada perang antara rakyat Rusia dan Ukraina.

Menurutnya, Rusia hanya ingin menumbangkan rezim pemerintah Ukraina yang disebutnya sebagai rezim 'Neo-Nazi' bentukan Inggris dan Amerika Serikat (AS). Patrushev mencatat rezim tersebut digunakan AS karena tidak ingin Rusia menjadi kuat dan berusaha untuk memotong-motongnya.

Rusia menyerang Ukraina sejak 24 Februari 2022 lalu. Presiden Rusia Vladimir Putin beralasan bahwa serangan didasarkan pada niatan Kyiv untuk bergabung dengan NATO, yang menjadi merupakan salah satu ancaman bagi negaranya.

Selain itu, Putin berniat untuk mengambil wilayah Donetsk dan Luhansk yang sebelumnya dikendalikan Ukraina. Ini untuk membebaskan masyarakat etnis Rusia yang disebutnya mengalami persekusi dari kelompok ultra nasionalis Ukraina.

Menurut PBB, Perang Rusia di Ukraina telah membuat 8.000 lebih nyawa warga sipil hilang. Namun organisasi itu yakin angka sebenarnya lebih besar di lapangan.

Selasa dilaporkan pula bagaimana bendungan raksasa meledak di Kakhovka, Ukraina bagian selatan, yang kini diduduki Rusia. Kedua negara sesama mantan Uni Soviet tersebut saling tuduh sebagai biang kerok bencana yang menyebabkan ancaman ekologis, termasuk banjir, gagal panen, hingga nuklir itu.

Sendikit scammer: Remaja kena seksa, dipaksa berbogel

Meor Riduwan Meor Ahmad
bhnews@bh.com.my

MELAKA: Dipaksa berbogel sebelum dirakam gambar serta dibelasah dengan kayu dan tali, manakala barang peribadi disamun.

Itu pengalaman ngeri dilalui remaja lelaki berusia 15 tahun apabila mahu berhenti bekerja sebagai operator sindiket penipuan dalam talian, akhir bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata dalam laporannya, mangsa mendakwa bukan saja dicederakan, malah dirinya diaibkan serta diperas ugut oleh majikan kerana mahu berhenti bekerja dengan sindiket.

Katanya, kejadian itu didakwa berlaku di sebuah kondominium, di sini, pada kira-kira jam 8 malam, 28 Mei lalu.

"Mangsa membuat laporan di Balai Polis Batang Tiga dan hasil siasatan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah berjaya menahan empat lelaki dan seorang wanita, berusia 15 hingga 23 tahun.

"Mereka ditahan di sebuah rumah di Taman Jati, Hang Tuah Jaya, di sini, pada 31 Mei lalu, kira-kira jam 3.45 petang. Menerusi serbuan itu, polis turut merampas barang kes iaitu barang disyaki milik mangsa dan senjata disyaki diguna untuk mencederakan mangsa.

"Siasatan lanjut mendapati kumpulan suspek ini menjalankan aktiviti penipuan dalam talian pinjaman wang tidak wujud sejak tahun lalu dengan menyasarkan individu mempunyai akaun media sosial di serata dunia, khususnya warga Malaysia.

"Mereka menyasarkan jumlah kutipan minimum sehingga RM20,000 sehari dengan menggunakan apa jua kaedah aplikasi komunikasi telefon seperti WhatsApp dan Telegram," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, lima individu terbabit disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu mencederakan mangsa dalam tindakan samun yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Susulan penahanan lima individu terbabit, katanya, satu operasi dilancarkan polis dan berjaya menahan lagi 11 individu berusia 18 hingga 22 tahun disyaki menjalankan jenayah sama, beroperasi di sebuah kawasan perumahan mewah di Taman Cheng Perdana.

Katanya, seorang lelaki berusia 25 tahun disyaki dalang kegiatan penipuan berkenaan turut diberkas kerana cuba merasuah pegawai kanan polis sebanyak RM60,000 bagi melepaskan semua 11 individu terbabit.

"Semua 11 individu itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menipu bagi memperoleh harta orang lain dan boleh dihukum penjara maksimum sehingga 10 tahun serta sebat dan denda jika sabit kesalahan.

"Lelaki yang cuba memberi suapan kepada polis pula disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh tahun lalu hingga pertengahan 2023, sebanyak 208 laporan polis dibuat ke atas nama-nama syarikat yang disyaki digunakan sindiket terbabit untuk memperdayakan mangsa yang ingin membuat pinjaman wang.

Katanya, majoriti mangsa terdiri warga tempatan berumur lingkungan 20 sehingga 55 tahun.

"Polis menasihatkan orang awam tidak sewenangwenangnya memberikan butiran peribadi kepada individu tidak dikenali. Selain itu, buat kajian dahulu terhadap syarikat pemberi pinjaman wang sebelum berurusan dan peka dengan isu semasa bagi mengelak menjadi mangsa.

"Orang ramai juga diharap bekerjasama dalam menyalurkan maklumat sekiranya terkesan dengan sebarang kegiatan penipuan atas talian," katanya.

PAS abai legasi Nik Aziz

Hasmi Hashim

Pada hari keputeraan Yang Di-Pertuan Agong tempoh hari, allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat dianugerahkan pingat Panglima Setia Mahkota (PSM), yang membawa gelaran Tan Sri. Bintang berkenaan dikurniakan hanya enam bulan selepas Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Apakan daya, Nik Aziz tidak dapat melihat dengan mata kepalanya, Anwar mengangkat sumpah sebagai PM ke-10. Beliau meninggal dunia pada 12 Februari, lapan tahun lalu.

Sejak tercetusnya gerakan Reformasi 1998, sokongan dan doa allahyarham kepada Anwar tidak putus-putus. Beliau dengan mudah boleh membezakan antara PM Mahathir Mohamad yang mengapalai negara selama 22 tahun, dengan Anwar. Bezanya ibarat kaca dengan permata; umpama batu dengan intan.

Sepanjang hayatnya, Nik Aziz tidak pernah teragak-agak untuk mengkritik atau merasa sedikit pun gementar dalam berhadapan dengan Mahathir. Sedangkan kuasa, pengaruh dan dana yang dikawal oleh Mahathir jauh lebih besar ketimbang kerajaan Kelantan yang miskin.

Sesiapa pun yang menyemak sejarah hubungan Mahathir dengan Kelantan pasti dapat melihat dengan jelas kisah Mahathir menganiayai negeri berkenaan. Kelantan dianaktirikan oleh Mahathir dengan tiada sebab lain, melainkan politik dendam serta rasa geram Mahathir terhadap tok guru Nik Aziz.

Ketika itu keutamaan Nik Aziz sebagai menteri besar bukanlah membeli kereta jenama mewah buat dirinya—memang jauh sekali dengan ciri-ciri pentadbiran PAS di Kelantan sekarang ini. Nik Aziz juga tidak pernah mendapat sesen pun wang bantuan apatah lagi honorarium petroleum daripada Mahathir.

Dalam keadaan serba ditekan, Nik Aziz cekal bertahan. Sehingga ke hujung nafasnya.

Legasi yang ditinggalkan oleh Nik Aziz itu nampaknya tidak hormati oleh PAS sendiri. Dalam keadaan tertentu, nama allahyarham juga tidak dikenal serta seakan mahu dipadam—jauh sekali untuk memberikan penghormatan negara kepadanya.

PAS bukannya tidak pernah berada di dalam kerajaan persekutuan. Sekurang-kurangnya dua kali kesempatan PAS bersama kerajaan di Putrajaya iaitu di bawah PM Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri. Sepanjang tempoh itu juga, PAS langsung tidak pernah dan tidak berniat menganugerahkan Nik Aziz dengan sebarang penghormataan kenegaraan.

Yang tergila-gila ingin menaik-taraf bintang di dada adalah Abdul Hadi Awang. Daripada sebelumnya bergelar Datuk Seri, sekarang sudah mempunyai pingat yang sama bergelar Tan Sri. Hebatnya presiden PAS itu, tidak terperi.

Tidak ramai ahli-ahli politik yang masih hidup menyandang gelaran berkenaan. Ada beberapa orang sahaja seperti Annuar Musa, Noh Omar, Muhyiddin dan Abdul Hadi sendiri. Mungkin dengan gelaran Tan Sri, barulah Abdul Hadi setaraf Muhyiddin yang juga seorang presiden parti. Maklumlah semua Tan Sri-Tan Sri itu kini sudah berada di dalam parti dan gabungan politik yang sama.

Senyap-senyap, secara psikologi kita boleh mengesan wujudnya politik cemburu di dalam diri Abdul Hadi. Kecemburuan itu bukan sahaja menghala di lawan politiknya seperti Anwar, tetapi juga ke arah pimpinan terdahulu daripada partinya sendiri, termasuklah kepada allahyarham Nik Aziz. Oleh kerana mereka separti, maka sukar atau tiada modal untuk Abdul Hadi terang-terangan menentang Nik Aziz.

Di hujung hayatnya, pergeseran Nik Aziz dengan Abdul Hadi juga bukan rahsia. Abdul Hadi selalu mengambil sikap yang bertentangan dengan Nik Aziz, terutama dalam menjaga hubungan dengan Anwar dan parti-parti pembangkang yang lain—termasuklah PKR dan DAP.

Setelah Nik Aziz tiada, Abdul Hadi dengan begitu mudah dapat mengheret PAS untuk bekerjasama dengan Mahathir. Bahkan dengan bangga, Abdul Hadi datang bertongkat ke rumah Mahathir untuk semata-mata menandatangani sekeping proklamasi yang muncul dari bawah buluh betong.

Saya katanya proklmasi itu “muncul dari bawah buluh betong” kerana tak ada hujan tak ada ribut, alih-alih Mahathir secara seorang diri menuliskan sekeping proklamasi yang kononnya mewakili orang Melayu.

Sesebuah proklmasi yang ingin mengatasnamai orang Melayu, lazimnya terhasilkan daripada perhimpunan, kongres dan konvensyen yang menghimpunkan parti-parti politik atau badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu seluruh negara. Dari sanalah baru boleh dikatakan sebuah proklamasi terhasil.

Ini tidak! Mahathir sendiri yang menulisnya, mungkin di meja makan rumah, sambil minum-minum seorang diri, dan dalam lima ke 10 minit kemudian, dia menamakan karangannya sendiri sebagai “proklamasi orang Melayu”. Lebih menambah gila, Abdul Hadi yang mewakili PAS yang berpimpin untuk menandatanganinya.

Elok proklamasi berkenaan dinamakan sebagai “Proklamasi Meja Makan Mahathir” sahaja. Ia tidak ada kena mengena dengan orang Melayu! Langsung tak ada!

Ini bukan pertama kali Abdul Hadi ingin berpasangan dengan Mahathir. Sebelum pengkhianatan Langkah Sheraton, beliau juga bersama menyokong Kongres Maruah Melayu pada 2019 yang entah apa hasilnya—melainkan ini menjadi permulaan untuk menyekat Anwar daripada diangkat sebagai PM.

Mungkin Abdul Hadi percaya, hanya Mahathir yang boleh menyekat Anwar sebelum Anwar menjadi PM, atau; hanya Mahathir juga yang boleh menjatuhkan Anwar apabila Anwar sudah menjadi PM. Lantas alasan agama dan bangsa pun digunakan. Macam selalu, macam sejak dulu-dulu.

Kerjasama Abdul Hadi-Mahathir sebenarnya tidak ada kena mengena dengan kepentingan agama dan bangsa. Penyatu keduanya memang jelas berasaskan politik benci dan dendam terhadap Anwar. Semudah dan sedangkal itu sahaja. Titik.

Demi Mahathir, malah Abdul Hadi juga sanggup mengenepikan sensitiviti anggota dan pengikut PAS yang sangat terkesan dengan perbuatan yang tidak berhati perut Mahathir sekian lama. Antara yang paling diingati ialah peristiwa berdarah Memali pada 1985 yang mengorbankan 14 jiwa.

Turut terkorban ialah pemimpin dan pendukung PAS seperti ustaz Ibrahim Libya. Kesemua mereka kemudian difatwakan sebagai syahid oleh PAS dan Abdul Hadi sendiri. Sekarang, apakah para syuhada yang terkorban itu bertukar menjadi hanya “mati katak” sepertimana yang berkali-kali diungkapkan oleh Mahathir?

Tidakkah Abdul Hadi sendiri membayangkan, kalaulah beliau yang ikut terkorban… bagaimanakah perasaan isteri, anak-anak dan cucu-cicitnya apabila hari ini ada pemimpin PAS yang lain bersama dengan Mahathir?

Kalau Abdul Hadi sering menuduh PH mengamalkan “politik pragmatik”—dan ia konon bertentangan dengan Islam—nampaknya politik PAS kini jauh lebih pragmatik dan melampaui semua ajaran apa-apa agama sekalipun.

Mahathir justeru tidak pernah berubah. Yang berubah adalah PAS. PAS yang dahulu bergerak atas fikrah Nik Aziz, kini bergerak di atas landasan ideologi Mahathirisme pula—matlamat menghalalkan cara.

Legasi Nik Aziz jelas diabaikan oleh PAS sendiri. Dengan mengurniakan darjah kebesaran pada Hari Keputeraaan Yang di-Pertuan Agong, legasi dan fikrah allahyarham Nik Aziz sekarang sedang dihidupkan semula di dalam Kerajaan Perpaduan, pimpinan Anwar.

Sementara bersahabat dengan Mahathir, Abdul Hadi merasakan dia sedang membawa PAS melawan ‘musuh Islam’ iaitu PH secara habis-habisan. Akan tetapi, Abdul Hadi mungkin salah congak, PAS zamannya sekarang masih bertarung dengan PAS era allahyarham Nik Aziz. PAS Abdul Hadi kini sedang menentang seluruh sejarah yang ditinggalkan para pemimpin ulung PAS di masa lalu.

Di samping itu Mahathir tidak peduli. Dia boleh terus ketawa melihat Abdul Hadi yang puluhan tahun dapat ditindas, kini diperguna pula—seorang presiden parti agama yang kelak bakal dikenang kerana kalah dengan ‘sesuatu’ yang membuak-buak di dalam diri sendiri.

Al-Fatihah kita sedekahkan kepada allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pejuang sejati.

Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar

Hidir Reduan Abdul Rashid

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor telah memfailkan permohonan kepada mahkamah sivil untuk menentukan jika pengampunan yang diberikan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim meliputi kedua-dua hukuman dan sabitan jenayah.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu memfailkan permohonan itu - di bawah Aturan 33 Kaedah 2, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 - di Mahkamah Tinggi (bidang kuasa sivil) di Alor Setar pada 31 Mac lalu.

Menurut salinan afidavit sokongan yang dilihat oleh Malaysiakini, Sanusi memohon perintah mahkamah bagi isu itu untuk menguatkan pembelaannya terhadap saman fitnah Anwar.

Isu fakta yang dipohon oleh defendan adalah untuk memutuskan jika  pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-15 kepada Anwar pada 16 Mei 2018, adalah pengampunan penuh yang bukan sahaja mengenepikan hukuman penjara plaintif tetapi juga mengetepikan sabitannya (Anwar) di mahkamah jenayah.

Antara persoalan undang-undang yang diminta Sanusi adalah sama ada pengampunan yang diberikan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan berupaya mengakas atau mengenepikan sabitan jenayah.

Menerusi pemfailan itu, Sanusi berkata pernyataan pembelaannya terhadap tindakan fitnah cuba bergantung kepada rekod kes jenayah Anwar sebelum ini yang melibatkan sabitan dan hukuman penjara.

Defendan menegaskan bahawa plaintif - dalam jawapan kepada pembelaan - berpendapat bahawa Sanusi tidak boleh bergantung kepada rekod sedemikian kerana pengampunan telah mengenepikan bukan sahaja hukuman penjara ke atas Anwar tetapi juga sabitan jenayahnya.

Sanusi berkata bahawa mahkamah perlu menentukan sejauh mana pengampunan itu kerana pembelaannya bergantung kepada hujah bahawa kenyataannya - yang didakwa Anwar sebagai fitnah - sebenarnya adalah berdasarkan fakta yang didakwa.

Defendan berkata hujah pembelaannya, antara lain, juga bergantung kepada dakwaannya bahawa dokumen pengampunan berkenaan tidak menyatakan sebab pengampunan kepada Anwar.

“Plaintif mendakwa bahawa pengampunan tersebut adalah satu pengampunan penuh yang bersifat mengakas/mengenepikan keseluruhan hukuman dan sabitan jenayah yang sedang dan/atau telah dihadapi oleh plaintif.

“Atas sebab itu, plaintif mengatakan bahawa defendan telah mengeluarkan

kata-kata fitnah terhadap plaintif apabila menyebut kembali beberapa sabitan jenayah yang telah dihadapi oleh plaintif.

“Walaubagaimanapun, tidak ada kenyataan yang jelas di dalam pengampunan tersebut dan juga undang-undang yang menyatakan bahawa pengampunan yang diberikan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan boleh mengakas/ mengenepikan kesemua sabitan jenayah ke atas plaintif,” kata Sanusi.

4 kanak-kanak parah di tikam

AFP
LOKASI kanak-kanak itu ditikam. FOTO REUTERS
LOKASI kanak-kanak itu ditikam. FOTO REUTERS
Annecy, Perancis: Seorang pelarian Syria bersenjatakan pisau menikam empat kanak-kanak prasekolah dan mencederakan dua orang dewasa di tepi tasik di Pergunungan Alps Perancis pada Khamis dalam serangan yang motifnya masih tidak jelas.

Mangsa termuda di bandar Annecy yang sunyi itu baru berusia 22 bulan dan penyiasat sedang menyiasat perkara tersebut.

Penyerang, berpakaian hitam dan membawa pisau sepanjang 10 sentimeter, boleh didengari menjerit dalam video yang diambil oleh orang awam.

"Tiada motif pengganas yang jelas," kata pendakwa raya tempatan Line Bonnet-Mathis kepada pemberita pada sidang media bersama Perdana Menteri Elisabeth Borne, yang bergegas ke bandar tepi tasik sekitar 30 kilometer (20 batu) di selatan bandar Switzerland Geneva.

Borne berkata suspek "tidak dikenali oleh mana-mana perkhidmatan risikan" dan tidak mempunyai sebarang sejarah masalah psikiatri.

"Suspek baru bercerai dan berusia awal 30-an. Dia sebelum ini tinggal selama 10 tahun di Sweden di mana dia diberikan status pelarian pada April, sumber keselamatan dan bekas isterinya memberitahu AFP.

"Dia menghubungi saya kira-kira empat bulan lalu. Dia tinggal di sebuah gereja," kata bekas isterinya dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, berkata dia meninggalkan Sweden kerana tidak mendapat kewarganegaraan.

Saksi melihat dia berlari mengelilingi taman di tebing Tasik Annecy memakai bandana dan cermin mata hitam, menyerang orang ramai secara rawak.

Polis bersenjata menahannya di tempat kejadian.

"Dia mahu menyerang semua orang. Saya melarikan diri dan dia menerpa ke arah seorang lelaki dan wanita tua dan menikam lelaki tua itu," kata bekas pemain bola sepak profesional Anthony Le Tallec, yang berlari di taman itu, memberitahu akhbar tempatan Dauphine Libere.

Kesemua empat mangsa kanak-kanak, berada dalam keadaan kritikal di hospital tempatan.

"Kami telah mengerahkan pegawai konsular Britain untuk memberi sokongan kepada keluarga mansa," kata Setiausaha Luar Britain James Cleverly pada sidang akhbar semasa lawatan ke Paris.

Canselor Olaf Scholz berkata "Jerman terkejut dengan serangan keji dan keji di Annecy ini yang turut menjejaskan seorang kanak-kanak Jerman.

Mas Ermieyati tak layak lagi terajui PAC

Malaysiakini

Mas Ermieyati Samsudin tidak layak lagi mengetuai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selepas dia turut memboikot perbahasan Dewan Rakyat berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2021, kata Lim Kit Siang.

Veteran DAP itu berkata apa yang berlaku menunjukkan Mas Ermieyati, yang juga anggota parlimen Masjid Tanah, kurang kebebasan dan tunduk kepada arahan Perikatan Nasional (PN).

Lim berkata, laporan itu biasa dibahaskan di parlimen-parlimen negara lain.

“Laporan itu dirujuk kepada PAC kerana kerajaan sebelum ini tidak bersedia memberikan masa untuk perbahasan sebelum dirujuk pada PAC untuk kajian dan siasatan penuh,” kata Lim.

Pada 6 Jun, ketua whip PN Takiyuddin Hassan memfailkan usul bagi menyekat usaha kerajaan untuk membahasakan dokumen itu atas alasan melanggar konvensyen.

Anggota parlimen Beluran Ronald Kiandee, juga daripada PN, berhujah, menurut peraturan mesyuarat 77 Dewan Rakyat, laporan audit patut diteliti oleh PAC sahaja.

Mas Ermieyati turut menyokong usul Takiyuddin dan keluar dewan selepas ditolak oleh speaker.

Ibu bapa simpan bible, anak dua tahun turut dipenjara seumur hidup

MAISARAH AISYA

Memiliki Al-Kitab atau bible adalah satu kesalahan besar buat mereka yang tinggal di Korea Utara.

Menurut CBN, rakyat negara tersebut yang memiliki bible juga boleh dikenakan hukuman mati dan ahli keluarga mereka dipenjara seumur hidup.

Inilah yang terjadi kepada kanak-kanak berusia dua tahun selepas dijatuhi hukuman penjara kerana ibu bapanya memiliki bible.

Berdasarkan Kebebasan Beragama Antarabangsa, Jabatan Hal Ehwal Luar Amerika Syarikat (AS), hampir 50,000 ke 70,000 individu telah dijatuhi hukuman penjara hanya kerana mereka beragama Kristian.

Seramai 151 wanita Kristian yang ditahan memberitahu bahawa mereka telah diseksa seperti menjadi buruh paksa, mangsa keganasan seksual dan sebagainya.

Tidak terhenti di situ, tahanan juga tidak dibenarkan tidur dan lebih mengejutkan apabila mereka digalakkan untuk membunuh diri.

Malah Korea Utara turut menyebarkan propaganda mengenai penganut agama Kristian suka merogol, membunuh, mengambil organ manusia, minum darah dan menjadi pengintip.

Penguatkuasa makan gaji buta? Sudah 33 tahun warga asing ceroboh tanah, tanam sayur

Hafidzul Hilmi Mohd Noor

hafidzul@hmetro.com.my

ANTARA Pati yang ditahan dalam serbuan berkenaan. FOTO NSTP

ANTARA Pati yang ditahan dalam serbuan berkenaan. FOTO NSTP

Puchong: Sekumpulan warga asing menjadikan tanah seluas empat ekar (kira-kira 1. 4 hektar) di Pulau Meranti di sini, sebagai penempatan haram yang lengkap dengan surau dan pelbagai kemudahan lain.

Mereka juga menceroboh kawasan itu dengan menanam pelbagai sayuran kontan untuk dijual kepada pemborong.

Difahamkan, mereka menjadikan kawasan grid pencawang elektrik itu sebagai kebun sayuran sejak 33 tahun lalu dengan menyewa tanah daripada penduduk tempatan dengan sewaan RM600 sebulan.

Bagaimanapun, kegiatan mereka akhirnya terbongkar apabila Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu penempatan haram berkenaan.

Serbuan pada 1.30 pagi itu menahan 22 warga asing Indonesia dan Bangladesh yang tinggal di kawasan berkenaan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, serbuan dilakukan hasil pemantauan selama sebulan dilakukan pihaknya.

"Pemeriksaan mendapati penempatan ini terdapat pelbagai kemudahan termasuk surau, sistem saluran air yang lengkap untuk mengusahakan kebun, set generator untuk membekalkan sumber elektrik dan pusat pengumpulan sayur-sayuran yang dilengkapi alat penimbang.

"Ketika serbuan, ada antara mereka melarikan diri ke kawasan semak berhampiran dan sanggup menyorok selama setengah jam.

"Daripada 22 tangkapan, 17 daripadanya adalah warga Indonesia dan lima warga Bangladesh," katanya pada sidang media selepas operasi terbabit.

Ruslin berkata, penempatan haram itu terletak kira-kira satu kilometer dari jalan utama.

"JIM akan membuat semakan dan rujukan kepada pihak berkaitan seperti pejabat tanah dan galian daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkenaan bagi mengenal pasti dan menentukan kesahihan pemilik sebenar tanah dan premis yang terbabit.

"Tindakan ke atas mana-mana pihak yang disyaki dan secara munasabah dipercayai melanggar perundangan Imigresen dengan memberi kebenaran kepada mana-mana imigran haram (Pati) untuk masuk dan tinggal di tanah miliknya boleh dikenakan ke atas mereka selaras dengan peruntukan Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Menurutnya, operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara seperti di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007

"Semua tangkapan dibawa ke pejabat JIM Selangor bagi proses dokumentasi. Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Kes rasuah OCPD: Dua inspektor, koperal antara 6 ditahan SPRM

N S Ramli

Dua pegawai dan seorang anggota polis antara enam individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang bagi membantu siasatan kes pegawai kanan polis dipercayai menerima rasuah lebih RM1 juta.

Menurut sumber SPRM, dua pegawai polis berpangkat inspektor dan seorang anggota polis berpangkat koperal itu ditahan bersama seorang lelaki tempatan yang merupakan orang awam.

Menurutnya mereka ditahan ketika dipanggil untuk dirakam keterangan di pejabat SPRM Pahang, petang tadi.

"Mereka dipanggil bagi membantu siasatan kes seorang ketua polis daerah berusia 53 tahun yang disyaki menerima rasuah secara bulanan antara tahun 2017 hingga 2022.

"Suapan itu membabitkan jumlah antara RM20,000 hingga RM50,000 sebulan dan suspek utama dipercayai menerima lebih RM1 juta sepanjang tempoh itu," katanya.

Sumber itu turut memaklumkan SPRM Pahang juga menahan dua lagi anggota penguat kuasa imigresen berusia 41 dan 49 tahun petang tadi.

"Kedua-dua anggota imigresen yang ditahan itu disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemilik pusat urut di sekitar negeri ini bagi mempercepatkan proses pembaharuan permit kerja pekerja warga asing," katanya.

Pada 7 Jun lalu, SPRM Pahang menahan seorang ketua polis daerah di negeri ini kerana dipercayai menerima suapan lebih RM1 juta.

Suapan dikatakan diterima pegawai kanan polis berusia 53 tahun itu bagi melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut yang beroperasi di dalam daerah diketuainya.

Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Bin Mohmad Amin @ Hamim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan keenam-enam individu terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Maszlee sedih lebai berkopiah ketawa layan 'ucapan lucah' Sanusi

Malaysiakini

Maszlee Malik hari ini tampil mengkritik Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa melontarkan perkataan lucah ketika berceramah.

Kata bekas menteri pendidikan itu, sikap penyokong menteri besar Kedah terbabit tersebut jelas berbeza dengan pendirian mereka dengan aksinya dalam sebuah filem baru-baru ini.

“Itu hari ramai yang kritik lakonan saya dalam drama thriller politik Kudeta kerana satu perkataan.

“Apakah (sekarang) mereka sokong menteri besar ini mencarut di khalayak? Dan ini bukan lakonan ya?” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Maszlee turut memuat naik rakaman klip video yang memaparkan Sanusi menyebut kata-kata lucah iaitu alat kelamin lelaki dalam loghat Hokkien semasa berceramah.

Semalam Malaysiakini turut melaporkan Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid membuat laporan polis terhadap ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkenaan.

Syerleena berkata laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 9.17 pagi itu merujuk kepada kenyataan Sanusi dalam satu video tular semasa ceramah PN di Permatang Pauh, Pulau Pinang yang dianggap biadab.

Melalui aksi tersebut dapat dilihat pendengar - termasuk dalam kalangan pemimpin PN - ketawa mendengar kata-kata Sanusi.

Sementara itu Maszlee dengan sinis turut mengkritik reaksi pemimpin PAS yang dilihat ketawa besar dengan ucapan lucah yang diucapkan Sanusi.

“Yang sedih lebai-lebai berkopiah gelak bersama suka dengan kelucahan tersebut,” ujarnya.

Maszlee sebelum ini dikecam kerana melafazkan perkataan yang dianggap melampau walaupun ketika itu dia hanya membawakan watak dalam sebuah drama bersiri.

Dia kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapannya.

2 pegawai JPN ditahan SPRM dipercayai terlibat dengan sendikit jual bayi

Bernama

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan bahawa dua pegawai jabatan itu, merupakan antara beberapa individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sekitar Lembah Klang semalam, kerana disyaki berkomplot dengan sindiket jual bayi.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Zamri Misman dalam kenyataan berkata dua pegawai JPN yang ditahan SPRM itu, disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket pengeluaran sijil lahir dan MyKid.

Beliau berkata ia hasil kerjasama strategik antara JPN dan SPRM, dengan JPN berkongsikan hasil risikan dalaman yang dilakukan kepada SPRM, yang membawa kepada penahanan pegawai terbabit.

“Jabatan akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM, bagi melengkapkan siasatan,” katanya dan menambah JPN sama kali tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku kakitangan, yang terlibat dalam pengeluaran dokumen pengenalan diri secara tidak sah.

Media melaporkan SPRM menahan beberapa individu termasuk doktor pakar dan pegawai JPN, kerana disyaki berkomplot dengan sindiket jual bayi, dengan mereka itu disyaki bersubahat menyediakan dokumen palsu, bagi membolehkan beratus bayi tak sah taraf atau bayi pendatang haram, didaftarkan di JPN.

Zamri menegaskan bahawa JPN tidak akan melindungi mana-mana kakitangan, yang didapati terlibat dalam kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara, dan tindakan dan hukuman yang setimpal akan dikenakan, sekiranya pegawai yang ditangkap dibuktikan bersalah.

Beliau berkata JPN sentiasa serius dan komited, memastikan tiada pelanggaran integriti seumpamanya dengan melaksanakan penambahbaikan prosedur pengeluaran dokumen pengenalan diri secara berterusan, serta pelbagai program pengukuhan integriti kakitangan.

“Malah siasatan peringkat dalaman secara berkala dan kerjasama berterusan dengan agensi penguat kuasa lain, juga merupakan usaha tidak berbelah bahagi jabatan ini, memastikan tiada sebarang ruang penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Mahathir: Buktikan saya salah berkait kenyataan terhadap raja

FMT Reporters

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mencabar pihak berkuasa untuk membuktikan kenyataan terbaharu beliau mengenai raja-raja Melayu adalah salah.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata sekiranya gagal berbuat demikian, ini bermakna soal-siasat oleh polis sebelum ini adalah satu bentuk ugutan.

“Jika apa yang saya cakap itu salah, buktikan. Jika tidak, menghantar polis untuk menyoal saya adalah satu bentuk ancaman,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sebelum ini dilaporkan, Mahathir didakwa menghina raja apabila berkata orang Melayu tidak boleh berharap kepada raja untuk “melindungi” mereka.

Polis pada minggu lalu polis berkata, pihaknya dalam proses mengemukakan hasil siasatan itu kepada Pejabat Peguam Negara.

Dalam hantaran itu, Mahathir berkata menghalang orang Melayu daripada bercakap mengenai “masalah mereka” adalah tindakan bersifat perkauman.

“Saya perlu akui bahawa saya merasakan kebebasan bersuara saya bukan sebahagian daripada reformasi yang dijanjikan,” katanya.

Katanya, beliau akan menjawab banyak soalan yang diajukan kepadanya sekiranya beliau didakwa di mahkamah terbuka.

“Dia campak, cekik, dan gigit lengan”, bekas pemain kebangsaan belasah kekasih?

WAN SITI AMINAH

Seorang bekas pemain kebangsaan didakwa telah membelasah kekasihnya sehingga cedera di dalam sebuah hotel baru-baru ini.

Segera dikejarkan ke hospital, berita itu dikongsi menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram milik mangsa, Dr Hana Rose.

Hana yang bergelar doktor selebriti mendakwa, pemain bola sepak itu bertindak mencekik, menggigit dan mencampakkannya ke lantai.

Akibat daripada kejadian itu, Hana mendedahkan bahawa dirinya mengalami kecederaan selain mempunyai kesan lebam dan calar pada badan.

Malah, pemain yang masih berkhidmat di sebuah kelab bola sepak itu turut memijak, baling dan membuang telefon bimbit mangsa ke dalam tandas.

Ditinggalkan begitu sahaja selepas dipukul, Hana dikatakan meminta bantuan daripada pihak hotel untuk menghantarnya ke hospital.

Memuat naik video memaparkan tubuh badannya yang dipenuhi kesan lebam, Hana turut berkongsi gambar laporan polis.

“Diserang oleh lelaki yang saya sayangi. Dulu berjanji untuk setia selamanya sehingga tua. Tetapi akhirnya….

“Terkadang wanita boleh jadi bodoh untuk orang yang dia sayang , berdiam dan bertahan. Sekarang saya fobia dan trauma,” tulisnya.

Difahamkan, individu yang dimaksudkan Hana adalah pemain posisi pertahanan kelab bola sepak, Sabah FC iaitu Rizal Ghazali.

Polis buru lelaki dera bayi teman wanita

Bernama
Bayi itu yang cedera di belakang badan, bengkak di bibir serta lebam pada kedua-dua belah matanya kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan cedera dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah unit pangsapuri di Setapak.

Bayi itu cedera di bahagian belakang badan, bengkak di bibir serta lebam pada kedua-dua belah matanya kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur, kata Timbalan Ketua Polis Wangsa Maju D Saralathan.

Sehubungan itu, polis kini mengesan seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun bagi membantu siasatan kes itu.

“Lelaki terbabit melarikan diri sebelum polis tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati punca bayi itu dipukul adalah kerana membuat bising dan ibu bayi berkenaan dikatakan cuba menghalang teman lelakinya itu tetapi tidak berdaya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju menerusi talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau balai polis berhampiran.

Semalam, tular kejadian seorang lelaki mendera bayi perempuan berusia 11 bulan.

Seruan Kristian pada kanak-kanak: Polis digesa bertindak

Arulldas Sinnappan

Seorang pemimpin akar umbi PKR dari Pulau Pinang membuat laporan polis berkaitan penyebaran ajaran Kristian terhadap kanak-kanak di Kampung Muhibbah di Puchong, Selangor.

Nur Mushawwir Hrsikesa Thaitchana Muruthi, yang mendakwa mewakili sayap Pemuda parti-parti kerajaan, menggesa polis bertindak terhadap usaha yang menyasarkan kanak-kanak di rumah pangsa murah ketika ibu bapa mereka berada di tempat kerja.

Katanya, tindakan itu boleh mengancam keharmonian masyarakat, terutamanya jika merebak kepada keluarga Islam.

“Kita tidak mahu perkara itu menggugat keharmonian beragama di Malaysia,” katanya yang juga  ketua Pemuda PKR Tasek Gelugor.

Penguat kuasa wanita ditahan minta rasuah RM20,000

Izz Laily Hussein
am@hmetro.com.my

Johor Bahru : Penjawat awam yang juga ejen hartanah sambilan ditahan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, hari ini selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM20,000, sepanjang dua tahun lalu.

Menurut sumber, suspek wanita berusia 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru di sini, kira-kira 5.30 petang ketika dipanggil hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada 2021 hingga 2022, suspek yang bertugas sebagai pegawai penguat kuasa sebuah jabatan meminta dan menerima wang rasuah daripada dua individu sebagai balasan bagi mendapatkan tanah lot bukan Bumiputera bagi sebuah projek perumahan di negeri ini.

"Suspek juga meyakinkan kedua-dua individu terbabit yang dia boleh mendapatkan lot berkenaan dengan menggunakan jawatannya sebagai pegawai penguat kuasa jabatan kerajaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009," katanya.

Dalam kes berasingan, SPRM Cawangan Segamat menahan pembantu tadbir kewangan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki menggunakan kedudukan dan jawatannya untuk memasukkan tunggakan gaji dan elaun ke akaun gajinya sendiri, tahun lalu.

Difahamkan, suspek wanita berusia 32 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Segamat jam 2 petang selepas hadir memberikan keterangan.

"Suspek sepatutnya tidak layak menerima tunggakan gaji dan elaun itu, tetapi dia menggunakan kedudukan dan jawatannya memasukkan wang berkenaan ke akaun gajinya kira-kira lebih RM1,000 untuk tempoh dua bulan iaitu pada Februari dan April.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009," kata sumber berkenaan.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua wanita terbabit.

Bagaimanapun, difahamkan, kedua-dua suspek kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Zahid ucap selamat kepada 10 ‘panglima’ dijangka sertai PN

Yasmin Abd Latif dan Faiz Zainudin

KUALA LUMPUR: Presiden Umno mengucapkan selamat maju jaya kepada 10 “panglima” Umno yang dijangka menyertai Perikatan Nasional.

Zahid Hamidi berkata, bekas pemimpin bertukar parti tidak beri kesan kepada identiti dan sokongan penyokong Umno, yang pernah berdepan situasi seperti itu sebelum ini.

“Ini pertama kali mereka tidak dapat menghadirkan diri ke perhimpunan agung Umno. Saya dimaklumkan mereka berhasrat sertai parti lain. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Pada Khamis, media melaporkan PN dijangka mengumumkan 10 “nama besar” daripada Umno bakal menyertai gabungan itu sebelum PRN.

Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris dipetik sebagai berkata 10 “panglima” itu disisih Umno, dan mereka akan sertai sama ada PAS atau Bersatu.

Razali ditanya berkenaan pemimpin Umno yang bakal ditarik menyertai PN, selain bekas ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan bekas ketua Umno Selangor, Noh Omar.

Ha ha ha! MULA-MULA MINTA TAMBAH KERUSI, LEPAS ITU MINTA JAWATAN MB PULA…

Shahbudin Husin
 
Sebagaimana dilaporkan media, Pengerusi UMNO/BN Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias mengesahkan gabungan itu ditawarkan 16 kerusi untuk ditandingi pada PRN akan datang ini.

Jumlah itu adalah status quo kerusi sedia ada yang dimiliki BN iaitu 15 kerusi yang dimenangi UMNO dan 1 MIC pada PRU tahun 2018 lalu.

Bilangan kerusi Dun di Negeri Sembilan ialah 36 di mana 20 kerusi lagi dimiliki PH iaitu DAP 11, PKR 6 dan Amanah 3.

Bagaimanapun Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, pihaknya telah meminta tambahan dua kerusi lagi daripada PH supaya kedua-dua gabungan itu mendapat agihan kerusi sama rata 18-18.

“Yang telah diselesaikan sekarang ini ialah status quo PH dapat 20 dan BN 16 kerusi.

“Jadi, kita teruskan mesyuarat, sebab saya minta supaya beri tambahan dua lagi kerusi.

“Ini supaya kita masuk PRN secara sama rata, kedua-dua pihak 18 kerusi masing-masing daripada jumlah 36 kerusi Dun yang ada,” ujar beliau.

Lihat tuan-tuan, inilah perangai UMNO…sudah ada 16 kerusi tetapi masih mahu tambahan dua lagi, kononnya supaya sama rata.

Tak cukup sudah dapat betis, sekarang nak paha pula.

Kenapa mahu tambahan kerusi lagi?

Tak cukup lagikah dengan 16 kerusi itu?

Apa mustahaknya BN mesti dapat kerusi yang sama rata dengan PH?

Lagi pun, siapa yang nak beri dua kerusi yang diminta UMNO itu?

UMNO sendiri, kalau kerusi yang sedang dimilikinya, sediakah ia memberi kepada PH?

Dengar cerita juga, Jalaluddin sendiri, meskipun sudah menjadi Ahli Parlimen Jelebu, turut berminat untuk bertanding di salah satu kerusi Dun dalam kawasan itu yang kini diwakili PH.

Dikatakan hasratnya bertanding di kerusi Dun itu adalah sebagai persiapan untuk memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Menteri Besar sekarang, Aminuddin Harun diberitakan tidak akan mempertahankan lagi kerusi Dun Sikamat yang dipegangnya sekarang.

Selain ingin menumpukan tugas sebagai Ahli Parlimen Port Dickson, Aminuddin juga disebut-sebut bakal dibawa ke pusat sebagai timbalan menteri dalam rombakan kabinet yang dijangka dilakukan oleh Perdana Menteri selepas PRN nanti.

Disertai dengan PKR hanya bertanding enam kerusi dan mungkin tidak semuanya mampu dimenangi, di sinilah dikatakan UMNO/BNNegeri Sembilan melihat ada peluang untuk mereka mengambil alih jawatan Menteri Besar.

Bagi tujuan itu, tidak cukup dengan jumlah 16 kerusi yang akan ditandingi, mereka kini meminta lagi tambahan dua kerusi konon atas alasan perlu sama rata dengan PH.

Dengan tambahan kerusi itu, jika mereka menang lebih banyak kerusi nanti, maka senanglah untuk memulakan desakan agar diberi kerusi Menteri Besar itu, walaupun hakikatnya kerusi itu adalah milik PH berdasarkan kemenangan pada PRU yang lalu.

Ikut logiknya, untuk apa UMNO/BN minta tambahan dua kerusi lagi jika mereka benar-benar kekal dengan semangat setiakawan yang jitu untuk memastikan PH dan BN kekal berkuasa serta bukan ada maksud lain selain daripada itu?

Apakah PH ini terlalu baik dan sedia memenuhi kehendak UMNO itu sehingga akhirnya nanti, jawatan Menteri Besar pun terkorban sama? – ShahbudinHusin 07/06/2023.

Mat Sabu:Subsidi ayam, telur berakhir 30 Jun

FMT Reporters

PETALING JAYA: Pemberian subsidi ayam dan telur akan berakhir pada 30 Jun dan pengapungan harga bermula pada 1 Julai, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi jawapan lisan menjawab pertanyaan Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berhubung tempoh harga ayam dan telur akan diapung.

Mohamad berkata, penamatan tersebut bagi membolehkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menilai serta mengawal harga barangan sama ada naik atau turun, berbanding harga siling runcit ketika ini.

Tambahnya, bagi memastikan bekalan ayam dan telur dapat distabilkan selepas subsidi ditamatkan, KPKM melaksanakan mekanisme “soft-landing” (pemulihan bertahap).

Beliau berkata, antara yang dilaksanakan ialah memansuhkan sekatan eksport ayam pedaging hidup kecuali “Day Old Chick” (DOC), ayam bulat, dan keratan ayam sepenuhnya serta membenarkan pengimportan ayam dan telur dari pelbagai negara sumber yang diiktiraf.

“Bagi pengimportan ayam, negara sumber yang dibenarkan termasuklah Thailand, China, Brazil, dan Denmark. Manakala bagi pengimportan telur, negara sumber yang dibenarkan ialah Thailand dan Ukraine,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan akan meneruskan program simpanan stok ayam bulat di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan program Program Jualan Agro Madani oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

“Program Jualan Agro Madani oleh Fama memasarkan pelbagai hasil pertanian termasuk telur, dengan harga 5 hingga 10% lebih rendah dari pasar basar setempat, terutamanya di kawasan kumpulan berpendapatan rendah.

“Sehingga 8 Mei 2023, sebanyak 28,078,620 biji telur telah diedarkan melalui 369 outlet FAMA,” katanya.

2 penyamun berparang ditembak mati di Cheras

FMT Reporters 

PETALING JAYA: Dua penyamun bersenjatakan parang ditembak mati polis sebelum mereka sempat memecah masuk sebuah rumah di Cheras awal pagi tadi.77

Harian Metro melaporkan, polis menerima maklumat awam berkaitan pergerakan mencurigakan empat lelaki, disyaki warga asing di sekitar Lorong Jintan, Taman Supreme, kira-kira 3.30 pagi.

Sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Kuala Lumpur, yang membuat rondaan kemudian diarahkan melakukan pemeriksaan.

Apabila polis tiba di lokasi, empat penyamun dianggarkan berusia 30 hingga 40-an itu cuba menyerang anggota menggunakan parang.

Dalam usaha mempertahankan diri, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek dan membunuh dua daripada mereka, sementara dua lagi suspek lolos.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata anggotanya menemukan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah, termasuk pemotong besi dan parang.

Bagaimanapun, tiada senjata api dijumpai pada kedua-dua suspek yang ditembak mati.

Shuhaily berkata, pihaknya masih melakukan siasatan lanjut dan dalam usaha mengenal pasti identiti suspek.

“Selepas kita buat siasatan lanjut dan kenal pasti identiti mereka, baru kita boleh tahu siapa dia (suspek) dan kaitkan dengan kes lain.

“Kita dapat maklumat…dua (suspek lain) melarikan diri guna sebuah kereta dengan nombor plat palsu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, usaha mengesan suspek yang meloloskan diri giat dijalankan.

Sanusi nafi dakwaan nak jadi timbalan presiden PAS

Predeep Nambiar

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Sanusi Nor menyangkal dakwaan seorang ahli akademik bahawa beliau sedang menyasarkan jawatan timbalan presiden PAS.

Sanusi berkata, pandangan ahli akademik Azizuddin Sani mengenai perkara itu jauh tersasar.

“Jangankan timbalan presiden, pencalonan naib presiden pun saya tolak,” kata Sanusi, yang juga pengarah pilihan raya PAS, kepada FMT.

Pada Selasa, FMT melaporkan Azizuddin, daripada Universiti Utara Malaysia, berkata bahawa matlamat jangka panjang Sanusi adalah untuk menjadi timbalan presiden PAS.

Katanya, serangan berulang Sanusi ke atas Pulau Pinang adalah sebahagian daripada strategi untuk memenangi hati pengundi Melayu, terutamanya di Kedah.

Bagaimanapun, katanya, dari semasa ke semasa, retorik ini menjengkelkan orang Kedah, yang kebanyakannya bekerja dan mendapat manfaat daripada ekonomi Pulau Pinang.

“Tiada bukti orang Kedah suka taktiknya,” kata Azizuddin.

Membidas kenyataan ahli akademik itu, Sanusi berkata: “Beliau (Azizudin) tidak kenal PAS.”

“Pensyarah-pensyarah UUM terkenal sebagai pembodek kerajaan. Lebih banyak lalang tumbuh di situ berbanding manusia.”

Bekas DJ ditemui mati di dalam bilik didakwa berhantu

KOSMO!
Seorang bekas DJ popular ditemui mati di dalam bilik berhantunya di daerah Rayong pada Ahad lalu. - Sanook
BANGKOK, Thailand –  Seorang bekas juruhebah popular ditemui mati di dalam bilik yang didakwanya berhantu, manakala jiran-jiran tidak menyedari kejadian tragis itu sehinggalah mereka terhidu bau busuk, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Pada 4 Jun lalu, Yayasan Penyelamat Sawang Phon Kuson Rayong, pihak berkuasa tempatan dan pegawai polis dari Balai Polis Muang Rayong pergi ke sebuah bilik sewa selepas jiran mengesan bau busuk. 

Di sana, mereka menemui mayat bekas juruhebah tersebut yang dikenali sebagai Yam, 77. Jiran-jiran tidak menyedari kematiannya. Yam dianggarkan telah meninggal dunia antara tiga hingga lima hari lalu.

Pihak berkuasa menemui mesej dalam diarinya menyatakan: “Setiap malam ada hantu dalam bilik ini.”

Seorang pegawai berkata, bilik yang disewa itu menyaksikan dua kematian sebelum ini dengan Yam ialah penyewa  ketiga.

Penyewa pertama  menggantung diri,  manakala penghuni kedua meninggal dunia tanpa sebab tidak diketahui. Yam dikatakan mengalami gangguan paranormal sehingga kematiannya, lapor portal berita Sanook.

Mayat juruhebah itu dihantar ke Hospital Rayong untuk siasatan lanjut mengenai punca sebenar kematiannya. – Agensi

Wanita yang hilang di Thailand muncul dalam video, dakwa ‘selamat, sihat’

Bernama
Wanita Malaysia, Chong Sum Yee, 22, dikatakan menghantar mesej ‘Ibu, jangan risau’ kepada ibunya, namun Chee Choy Wen syak mesej itu ditulis ‘orang lain’. (Gambar Facebook)
BANGKOK: Kelibat wanita dipercayai warga Malaysia yang dilaporkan hilang di daerah Mae Sai di wilayah Chiang Rai dilihat muncul dalam tiga video, membuktikan dia berada dalam keadaan yang “selamat dan sihat”.

Wanita yang dipercayai Chong Sum Yee, pakar kecantikan berusia 22 tahun, kali terakhir dilaporkan dilihat di Mae Sai, kelihatan tersenyum dalam video berkenaan.

Media melaporkan Chong berlepas ke Chiang Mai pada 29 Mei dan mengembara ke Mae Sai yang terletak di utara Thailand, berhampiran bandar Tachilek di Myanmar, lokasi insiden pemerdagangan orang dilaporkan sebelum ini.

Video itu dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook bernama ‘Moe Aye’ di ruangan komen catatan ibu Chong, Chee Choy Wen. Semua video itu dipercayai dirakam dari telefon bimbit lain.

Dalam dua video itu, wanita berambut panjang itu berulang kali menyatakan “dia selamat dan sihat”. Wanita itu turut merayu polis supaya berhenti mengganggu pemandu yang menghantarnya ke sana kerana pemandu itu langsung tidak tahu-menahu mengenai keadaannya.

Dalam video berdurasi 23 saat, wanita yang memakai baju berwarna gelap itu berkata “Hello. Saya sedang bekerja di sini dan saya selamat. Jangan risau tentang saya.”

Menerusi satu lagi video berdurasi 33 saat, wanita itu mengulangi dia baik-baik saja, sihat, dan tidak dipukul.

“Rakan-rakan, ahli keluarga dan netizen, tidak perlu risau…. Bye, bye. Saya nak makan sekarang,” katanya.

Dalam video lain, wanita itu berdiri di kaunter barangan dan membuat isyarat “peace”.

Video berkenaan mencetuskan perdebatan dan keraguan dalam kalangan warganet.

Menurut warganet, raut wajah Chong seolah-olah tidak menggambarkan situasi sebenar dan dipercayai beliau dipaksa merakam video itu.

Warganet turut mempersoalkan mengapa Chong tidak terus menghubungi ibunya, sebaliknya menghantar video melalui orang yang tidak dikenali di Facebook.

Terdahulu, polis Thailand berkata, siasatan awal mendapati Chong telah menyeberang sempadan ke Tachilek, Myanmar sejak 30 Mei.

Sementara itu, ibu Chong, Chee Choy Wen tiba di Mae Sai, hari ini.

Beliau diiringi penterjemah, Choy Wen, dan bertemu pihak polis untuk memberikan maklumat serta dokumen dengan harapan anaknya berjaya ditemukan.

Sementara itu, media tempatan melaporkan, Choy Wen menerima mesej di aplikasi Line mengatakan “Ibu, jangan risau.”

Beliau yang kini menginap di sebuah hotel di Mae Sai, mengesyaki mesej itu ditulis oleh orang lain bagi pihak anak perempuannya.

Suami Wanita Tanggal Baju Kelab Komedi, Didenda RM16,000

Wartawan Samudera 

PETALING JAYA, 07 Jun 2023 – Muatnaik hantaran jelik dengan niat menyakitkan hati, suami kepada wanita yang menanggalkan bajunya di sebuah kelab komedi didenda RM16,000 semalam oleh Mahkamah Sesyen.

Memetik laporan berita tempatan, V Alexander Navin telah menukar pengakuan kepada bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Tertuduh juga diperintahkan untuk dipenjara lapan bulan sekiranya gagal untuk membayar denda tersebut.

Untuk pertuduhan pertama, pada 05 Jun tahun lalu, Alexander didakwa telah memuatnaik hantaran yang menyakitkan hati menerusi akaun Twitter ‘greenleafyconnoiseur’ dan di pautan Instagram dengan niat menyakitkan hati orang lain di mana ia didakwa dilakukan di Perdana View Condominium, Damansara Perdana.

Ia sekali gus menjadikan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, pada 16 Jun tahun lalu, lelaki berkenaan dituduh membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik sifatnya menerusi aplikasi Youtube di lokasi yang sama serta kesalahan dilakukan mengikut seksyen yang sama.

Dalam rayuannya, menurut peguam Alexander, R Sivaraj, anak guamnya telah memeluk Islam pada 21 Julai tahun lalu dengan menukar nama Iskandar Dzulkarnain Chandran dan sudah berkahwin dengan Siti Nuramira Abdullah pada 06 Disember tahun lalu di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya.

Beliau justeru memohon agar hukuman ringan dikenakan ke atas tertuduh dengan alasan bahawa tertuduh menyesali perbuatannya.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya P Vitiya Monisha memohon agar mahkamah mengenakan hukuman berat dengan mengambil kira kepentingan awam lagi penting daripada kepentingan tertuduh sendiri.

Oleh yang demikian, Azrul memerintahkan tertuduh didenda RM8,000 bagi setiap pertuduhan dan penjara empat bulan sekiranya gagal untuk melakukan bayaran.

Pada 17 April lalu, Siti Nuramira Abdullah yang juga seorang bekas hos sukarela sebuah kelab komedi didenda RM8,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melukakan perasaan orang lain dengan menyentuh isu agama sewaktu membuat persembahan komediri Jun tahun lalu.

Rasuah lebih RM500,000 pegawai imigresen ditahan SPRM

Bernama

KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang pegawai imigresen bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah dianggarkan lebih RM500,000.

SPRM menerusi kenyataan memaklumkan suspek berusia 37 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini petang tadi.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Suspek didakwa menerima rasuah secara bulanan antara RM300 dan RM3,000 sejak 2018 hingga 2022 daripada pemilik pusat hiburan, pusat urut, pemilik kebun dan pemilik kilang kayu dalam daerah tempat dia bertugas.

Suapan itu didakwa bagi melindungi pekerja pemilik perniagaan itu daripada diganggu pihak penguat kuasa atas kesalahan tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Pengarah SPRM Pahang Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Zahid Hamidi: 'Kahwin' DAP: Kenapa PAS boleh, Umno tidak?

B Nantha Kumar

Kerjasama Umno dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan bukan bermakna parti itu menggadai maruah berkait soal agama dan bangsa, kata Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri itu berkata kerjasama kedua-dua parti itu perlu dilihat secara keseluruhan melibatkan gabungan PH.

"Kita sering didakwa bahawa kita kerjasama dengan DAP. Hakikatnya, BN dan PH.

"Dalam BN ada MCA dan MIC dan dalam PH, ada DAP di situ.Jadi, kita harus melihat bagaimana kebersamaan antara BN dan PH.

"Malah agenda-agenda Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa tidak pernah pun diusik oleh PH.

"Mereka menghormati pendirian Umno kerana terdapat empat perkara wajib dipertahankan dan mereka setuju," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Taklimat Presiden kepada para perwakilan di Pusat Perdagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Dia juga mempersoalkan mengapa PAS suatu ketika dahulu boleh bekerjasama dengan DAP.

“Saya tidak nampak masalah kononnya kita terpaksa menggadai maruah dan sebagainya, sebab PAS (juga) pernah berkahwin dengan DAP. Dah lama dah, kenapa PAS boleh, tapi bila kita buat kononnya kita menggadai Islam dan Melayu.

"Jadi mereka harus tanya diri mereka sebab PAS berkahwin dengan beberapa parti termasuk DAP," katanya.

Untuk rekod, susulan tiada gabungan mendapati majoriti mudah pada PRU15, PH dan BN bersama-sama GPS dan GRS menubuhkan kerajaan perpaduan dengan pengerusi PH Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri.

Keputusan menubuhkan kerajaan perpaduan juga menyaksikan Umno dan DAP yang merupakan seteru politik lebih lima dekad kini berada dalam kerajaan yang sama.

Terdahulu, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata taklimat hari ini bertema 'Realiti politik tanah air' untuk memberi pesanan kepada perwakilan mengenai masa depan parti itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dalam masa terdekat.

"Kita berada di dalam kerajaan perpaduan dan kita adalah sebahagian daripada kerajaan. Kita tidak dominan, kita harus akui hakikatnya.

"PRN enam negeri ini mengundang kerja kuat kita dan membuktikan mana-mana kerusi yang dimuktamadkan untuk diberikan kepada BN, hendaklah kita menangi, tidak ada makna kalau kita rasa kuat tapi sebenarnya keberhasilannya kurang," katanya.

Katanya, walaupun parti itu menerima 23 peratus undi popular pada PRU15, namun parti itu hanya mampu memenangi 30 kerusi parlimen (11 peratus) sahaja.

"Kita harus bangkit dan perbetulkan kelemahan-kelemahan.

"Masalahnya, pada dua PRU yang lalu, kita asyik melayani titik-titik perbezaan di kalangan pemimpin parti.

"Kali ini kita perlu mencari titik persamaan dan harus gerak ke hadapan," katanya.