Rafizi: Tun M kongsi pentas Pas: Pertemuan geng emosi

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

BAYAN LEPAS - Pertemuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi pentas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas disifatkan sebagai satu pertemuan geng-geng beremosi.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, pertemuan itu juga dilihat sebagai satu pertemuan geng 'kami tak suka Anwar' dan bukannya membincangkan masalah negara seperti barisan menteri Kerajaan Madani sedang lakukan ketika ini.

"Ia lebih kepada pertemuan geng-geng emosi, dia tak sentuh pun (isu) hutang negara, dia tak bincang macam yang kita bincang di sini contohnya membincangkan tentang apa nak buat pasal cip.

"Pertemuan ini lebih kepada 'kami tak suka Anwar'. Insya-ALLAH rakyat boleh buat penelitian, cuma saya tidak akan terheret untuk bermain emosi yang sama.


"Kita ada kerja nak buat dan kita tidak boleh selesaikan masalah dalam keadaan beremosi. Kita ada polisi yang baik dan kita fokus bagaimana mahu menyampaikan kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akbar selepas menghadiri sesi libat urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 Bersama Kerajaan Pulau Pinang di sini pada Sabtu.

Pada Jumaat, Dr Mahathir yang tampil berceramah di pentas PN di Kelantan menyeru rakyat untuk bersama-sama menolak Kerajaan Perpaduan yang disifatkan sebagai sebuah kerajaan yang gagal.

Mengulas mengenai kehadiran Dr Mahathir pada majlis tersebut, Ahli Parlimen Pandan itu menambah, ia adalah hak Mahathir untuk menyertai kempen mana-mana parti politik menjelang PRN ini.

"Itu hak Tun, pandangan saya ialah masa berkempen itu hak masing-masing dan kita galakan seberapa ramai untuk melontarkan idea mereka kepada rakyat. Saya fikir, rakyat juga akan buat pilihan berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas.

"Jadi dalam keadaan, Tun pun ada rekod dengan Pas dan Bersatu. Oleh itu, apabila Tun muncul di pentas PN, ia mempunyai kesan yang berbeza kepada orang yang berbeza.

"Ada pengundi mungkin suka tapi saya fikir akan ada pengundi yang akan mempersoalkan apa sudah jadi dengan prinsip dan pendirian masing-masing sebelum ini," katanya.

Rafizi berkata, i ni kerana sebelum ini Tun Mahathir ada pendirian sendiri tentang Pas dan Bersatu.

"Jadi hanya kerana semata-mata tak suka kepada Anwar, pada umur yang sedemikian, walaupun di mata sesetengah itu menunjukkan perpaduan di antara tokoh-tokoh ini, ia juga akan juga akan ditafsirkan secara berbeza oleh pengundi-pengundi lain," tambahnya.

Beliau berkata lagi, pilihan raya adalah medan terbaik untuk menyelesaikan masalah rakyat dan negara, bukannya medan untuk beremosi.

"Apa yang terbaik, saya ingat kita serahkan kepada rakyat untuk PRN ini cuma seperti saya ulang seperti dalam ceramah saya sebelum ini, pilihan raya ini adalah medan terbaik untuk kita membandingkan soal dasar, program, persaingan untuk selesaikan masalah rakyat dan negara.

"Ia tidak baik jika dijadikan medan untuk memainkan emosi. Saya yakin sebenarnya rakyat boleh menilai apabila Tun hadir di atas pentas Pas dan Bersatu," katanya.

Pemandu bas tercampak keluar maut, 22 penumpang cedera dan selamat

ANGGOTA bomba dan penyelamat berusaha menyelamatkan penumpang bas yang terbabit dalam kemalangan di KM 154, Lebuh Raya Utara Selatan, Arah Utara, berhampiran Bukit Gambir, Tangkak, JOhor, awal pagi ini.
FARAHWAHIDA AHMAD

TANGKAK: Seorang pemandu bas express maut selepas tercampak keluar dari bas dipandunya dalam kemalangan di KM 154, Lebuh Raya Utara Selatan, Arah Utara, di sini awal pagi ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, PPgB Mohd. Farizan Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.09 pagi ini.

“Setibanya di tempat kejadian didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah bas express yang membawa 22 orang penumpang dan sebuah kereta jenis Mazda.

“Pemandu bas iaitu lelaki dewasa telah tercampak keluar dari kenderaan dan mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian. Bas terbabit dipercayai dari arah utara ke selatan dan setibanya di lokasi, ia terbabas masuk ke lorong sebelah arah dari selatan ke utara.

“Mengikut maklumat awal, berkemungkinan pemandu bas mengantuk kerana cuaca tidak hujan sewaktu kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdapat lapan orang penumpang mengalami cedera ringan iaitu dua lelaki dewasa, lima perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.

Sementara itu, 14 lagi mangsa terdiri dari lapan lelaki dewasa, lima perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki terselamat.

“Pemandu kereta jenis Mazda iaitu seorang lelaki dewasa juga tidak mengalami kecederaan. Sewaktu terbabas masuk ke lorong sebelah (bertentangan), bas express telah melanggar kereta mazda yang tidak sempat mengelak.

“Mangsa dihantar ke hospital berhampiran menggunakan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir dan BBP Tangkak. Manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya.

Komander Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Jahairi Syukor bersama empat jentera dari BBP Bukit Gambir dan dibantu BBP Tangkak dengan kekuatan 16 anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian dan operasi ditamatkan pada kira-kira lebih kurang pukul 2.21 pagi. – UTUSAN

Bungkusan misteri dari Taiwan, Malaysia cetus kebimbangan rakyat Korea Selatan

KOSMO!
Gambar menunjukkan sebuah bungkusan dari Taiwan dihantar ke Incheon semalam. - Foto Yonhap
SEOUL –  Syarikat penghantaran, Korea Post menggantung sementara penghantaran bungkusan antarabangsa mencurigakan berikutan kebimbangan bahawa sesetengah bungkusan tersebut mengandungi bahan berbahaya yang tidak dikenal pasti, lapor akhbar The Korean Times hari ini.

Memetik agensi berita Yonhap, akbar itu melaporkan, langkah tersebut dibuat selepas polis menerima banyak laporan di seluruh negara tentang bungkusan tidak dikenal pasti tiba dari Taiwan sejak beberapa hari lalu.

Sebuah bungkusan yang mencurigakan di Haman, Wilayah Selatan Gyeongsang pula telah dihantar dari Malaysia, kata polis.

Penerima menyimpannya selama kira-kira dua bulan, namun melaporkannya kepada polis setelah mengetahui tentang penghantaran bungkusan ‘misteri’ di Ulsan.

Penerima menyimpannya selama kira-kira dua bulan, namun melaporkannya kepada polis setelah mengetahui tentang penghantaran bungkusan ‘misteri’ di Ulsan.

Kelmarin, tiga orang di sebuah pusat kebajikan orang kelainan upaya di bandar Ulsan, tenggara Korea Selatan mengalami pening dan sukar bernafas selepas membuka satu bungkusan tersebut.

Mereka telah dimasukkan ke hospital dan dikatakan berada dalam keadaan stabil.

Walaupun ujian perubatan tidak mendedahkan punca gejala itu, polis tidak menolak kemungkinan penggunaan agen kimia beracun. – AGENSI

Muhyiddin dulu kamu kata PAS tu parti ajaran sesat bohong ke tak?

Isu hutang Felda: Bapa saya tok guru, pesan jangan bohong - Muhyiddin
N Faizal Ghazali

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin kekal dengan pendiriannya dalam isu pelupusan hutang peneroka Felda dan menegaskan akan berdepan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di mahkamah.

“Hari ini dia saman saya, dia kata saya bohong. Tak apa kita pergi mahkamah, nanti mahkamah kita harap akan buat keputusan adil, siapa salah tetap salah.

“Saya nak beritahu saya tidak bersalah. Tapi ini perdana menteri namanya Anwar Ibrahim bodoh, tak faham yang mana satu bayar hutang mana satu sukuk.

“Anwar, itu bon. Yang ini penghapusan hutang peneroka Felda tak sama. Tapi dia tak mengaku salah,” katanya ketika menyampaikan ceramah di program Munajat Rakyat dan Pakat Pertahan PAS Kelantan di Kota Bharu, malam tadi.

Muhyiddin dan Anwar kini terlibat dalam perang mulut mengenai usaha siapa yang membolehkan pelupusan hutang RM8.3 bilion untuk peneroka Felda.

Skim itu dijanjikan oleh Muhyiddin pada 2021 tetapi Anwar berhujah bahawa ia hanya menjadi kenyataan pada tahun ini kerana dia telah mengatur dana untuk menyelesaikan masalah hutang Felda.

Bagaimanapun, Muhyiddin berhujah bahawa kedua-dua perkara itu tidak berkaitan menyebabkan Anwar memberikan dua dokumen yang didakwanya akan menunjukkan sebaliknya - perjanjian Akaun Rizab Perkhidmatan Kewangan (FSRA) dan surat terbitan sukuk.

Muhyiddin kemudian membalas dengan berkata dokumen yang dikeluarkan Kementerian Kewangan membuktikan Anwar tidak memahami dokumen yang ditandatanganinya.

Semalam, Anwar menghantar surat tuntutan kepada Muhyiddin dan memintanya membayar ganti rugi RM200 juta berhubung dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan isu pelupusan hutang peneroka Felda.

Anwar juga meminta permohonan maaf daripada Muhyiddin dalam tempoh 24 jam, serta penarikan balik surat tuntutan Muhyiddin dan kenyataan yang dibuatnya berkenaan perkara itu.

Mengulas mengenai saman RM200 juta terhadapnya terhadapnya, bekas perdana menteri itu mendakwa Anwar tidak dapat membezakan antara penghapusan hutang dengan sukuk.

“Kita (ketika menjadi kerajaan) hapuskan hutang lapuk mereka sebanyak RM8.3 bilion. Tak perlu bayar lagi, dalam buku kira-kira dah tak ada lagi.

“Tahun 2021 kita dah laksanakan, saya tanya kepada kawan-kawan peneroka Felda mereka kata dah habis selesai. Tapi perdana menteri kata saya cakap bohong, Muhyiddin pandai bercakap saja. Siapa bohong?

“Saya tak pernah bohong, pak saya pun tok guru beritahu 'kau jangan bohong'. Memang pun kita tidak bohong, ada bukti. Jadi apabila dia (Anwar) kata saya yang salah, dia fitnah kepada saya, saya saman dia,” katanya lagi.

Pada 20 Julai lalu, Felda dalam kenyataan berkata tidak ada percanggahan antara apa yang dijanjikan Muhyiddin dan apa yang kemudiannya dinyatakan oleh Anwar.

Felda memaklumkan penghapusan sejumlah hutang peneroka dilaksanakan di peringkat agensi itu telah dibuat tanpa penyaluran peruntukan geran daripada Kerajaan Persekutuan pada 2021 serta 2022.

MSO: Mahiaddin Paling Khianat?

 Mohd Sayuti Omar 

Mari kita buat analisa untuk mengenali siapa orang politik di negara ini paling jahat dan khianat dalam konteks politik. 

Nama³ yang kita kaji ialah Mahathir Mohamad, Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi, Mahiaddin Yassin dan Najib Razak.

Kita khusus kepada nama² ini dulu. Mereka adalah layer utama.

Mahathir dianggap jahat dan kejam apabila menganiaya Anwar. Dia pecat Anwar kemudian memperjarakan Anwar untuk selamat diri. Dia juga dianggap khianat apabila berusaha tumbangkan orang² yang diberi laluan Abdullah Badawi dan Najib Razak apabila orang itu tidak memenuhi kehendaknya.

Hadi juga dianggap khianat kerana tidak konsisten dalam menjalani pakatan politik. Dia sering bertukar pasangan. Perbuatan Hadi dilihat kerana kegagalan membaca peta politik. Strategi politiknya lemah dan boleh diperalatkan musuh dengan mudah. Hadi dilihat khianat kerana kedangkalannya. Khianat paling ketara olehnya dalam peralatkan agama.

Anwar juga dianggap khianat kerana menyerang Mahathir. Dituduh buat gerakan Reformasi untuk jatuhkan Mahathir. Bagaimana pun kejahatan itu terbalas apabila beliau berbaik dengan Mahatihir sehingga Mahathir jadi PM sekali lagi. Kejelekan kepada Anwar ialah sifat hipokrasinya.

Najib tidak terbabit dalam menjatuhi sesiapa. Dosa Najib hanya 1MDB yang tercatat sebagai skandal kewangan  terhebat di dunia. Begitu juga dengan Zahid dia bukan pengkhianat tetapi kesetiaannya diragui dan kualiti politiknya rendah.

Berbeza dengan Mahiaddin. Dia dilihat tenang tetapi ada agenda tersendiri. Seorang politis tidak jujur dan tidak setia dan berambisi. Sekurang² dua orang jadi mangsanya dan diseterunya, Abdullah Badawi dan Najib Razak yang dikhiantinya.

Kemudian Mahathir juga turut dikhianati apabila disingkir dari jawatan PM. Anwar yang kini jadi PM sedang dikhianatinya bersekongkol dengan Mahathir dan Hadi Awang.

Kesimpulannya orang licit, paling banyak melakukan pengkhianatan dan tidak jujur ialah Mahiaddin bin Yassin. Trims.

Tujuh penumpang selamat nahas helikopter di Subang

RAIHAM MOHD SANUSI
helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat yang terlibat dalam nahas di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT), dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat yang terlibat dalam nahas di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT), dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
PUTRAJAYA - Tujuh penumpang termasuk juruterbang selamat selepas helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) terlibat dalam nahas di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT), dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), Kapten Norazman Mahmud berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.52 pagi ketika helikopter jenis Leonardo SpA AW189 itu menjalani ujian penerbangan.

“Menara kawalan trafik udara Subang menerima laporan kemalangan pada 11.52 pagi dan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bertindak segera terhadap insiden tersebut.

“Terdapat tujuh penumpang termasuk juruterbang dalam helikopter tersebut dan semuanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya salam satu kenyataan.

Norazman menjelaskan, siasatan lanjut akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.

Benarkah Nurul Izzah beralih angin ke Kuala Terengganu?

FMT Reporters

Pengarah Pilihan Raya PKR Terengganu Ahmad Sabri Ali berkata timbul spekulasi Nurul Izzah Anwar bertanding Parlimen Kuala Terengganu susulan cadangan seorang pemimpin BN.
PETALING JAYA: Anak sulung Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah disebut-sebut akan bertanding dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu bulan depan.

Spekulasi itu turut dikaitkan dengan Amanah menyerahkan kerusi DUN Tepoh kepada calon Barisan Nasional (BN).

Pengarah Pilihan Raya PKR Terengganu, Ahmad Sabri Ali, mengakui timbul spekulasi itu dan menjadi perbualan pengundi susulan cadangan seorang pemimpin BN.

“Pemimpin BN itu mencadangkan nama Nurul Izzah sebagai calon BN Kuala Terengganu ketika minum selepas program parti Rabu lalu.

“Kita sudah bertanyakan isu Nurul Izzah kepada pimpinan tertinggi PKR semalam dan mereka mengatakan spekulasi disebarkan melalui pelbagai laman sosial itu sebagai gurauan,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, tidak masuk akal dakwaan mengatakan Nurul Izzah akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu.

“Setakat ini, Badan Pimpinan PKR negeri belum menerima sebarang maklumat, tetapi sentiasa bersiap siaga bersama jentera pilihan raya BN jika dakwaan itu betul,” katanya.

PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan selepas kemenangan calon PAS, Ahmad Amzad Hashim dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya negeri susulan pihak pempetisyen berjaya membuktikan wujud unsur rasuah ketika kempen PRU15.

Pada PRU15 lalu, Amzad mempertahankan kerusi Parlimen itu yang dimenangi pada PRU14 dengan majoriti 40,907 undi menewaskan tiga calon lain.

PRK Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan serentak dengan PRN enam negeri pada 12 Ogos ini, dengan penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.

Alkisah nasib si suami berbini gengster

Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Suliati Asri dan Nurul Hidayah Bahaudin
am@hmetro.com.my

KEBANYAKAN mangsa memilih untuk beralah dan rela disakiti.
Kuala Lumpur: Ada yang kata saya terkena 'nasi kangkang' bini. Ada juga yang tuduh saya jantan dayus...tapi saya diamkan kerana sayangkan dia," ujar Azlan, 28, yang menjadi mangsa kekerasan fizikal oleh isterinya.

Dia yang bekerja sebagai juruteknik kilang pembuatan alatan konduktor di ibu kota memaklumkan mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2020 selepas setahun mengenali isterinya.

"Dia (isteri) ketika itu bekerja sebagai penunggang motosikal e-hailing. Perwatakannya memang agak kasar ala-ala pengkid dan 'boyish'.

"Kebetulan saya 'jatuh hati' padanya apabila kami sering terserempak ketika bermain futsal di Gelanggang UTC Sentul. Saya jenis lelaki yang tertarik ciri-ciri wanita yang nampak lasak, berambut pendek dan tidak control ayu," katanya.

Azlan berkata, selepas hampir setahun mencuba menawan hati isterinya, mereka akhirnya berjaya mengikat tali pertunangan.

"Ketika itu memang ada halangan dari ibu kerana berasakan Nani (bukan nama sebenar) tidak sesuai dengan perwatakan saya. Pelbagai amaran pedas turut diberikan kakak namun saya bulatkan tekad untuk berkahwin.

"Akhirnya kami melangsungkan perkahwinan sebelum memilih untuk tinggal berasingan dengan keluarga. Kami tinggal menyewa di sebuah PPR dan hidup serba sederhana," katanya.

Menurutnya, ketika awal melayari bahtera rumahtangga, dia meletakkan keyakinan Nani akan berubah sedikit demi sedikit dari segi penampilan dan cara percakapan demi cinta kepadanya.

"Tapi selepas lima bulan berkahwin, Nani masih dengan gaya lama...gemar melepak bersama rakan-rakan e-hailing selepas habis bekerja, tidak gemar 'masuk dapur' dan masih berseluar jean setiap hari di rumah.

"Ketika itu saya banyak mengalah dan mengambil alih tugas rumah seperti mengemas dan membasuh pakaian. Saya pernah cuba menasihatinya namun biasanya hanya 'bertahan seminggu' sebelum dia kembali ke perangai asal.

"Paling menakutkan saya apabila dia mula menunjukkan rupa sebenar apabila kuat memberontak dan mengamuk. Bukan hanya menjerit, malah berani membaling objek kepada saya jika egonya tercabar," katanya.

Menurutnya, kemuncak masalah berlaku pada Jun 2021 iaitu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik Covid-19 dikuatkuasakan kerajaan.

"Ketika itu saya hilang pekerjaan dan kami berdepan isu kewangan. Akibatnya kami kerap bertengkar. Saya harapkan dia dapat memahami keadaan dan saling bertolak ansur dari segi kewangan, tetapi sebaliknya berlaku.

"Saya jadi pelik bila dia pula mudah 'naik tangan' jika permintaannya tidak dipenuhi. Pernah muka saya dicakar ketika kami bergaduh soal isu sewa rumah kerana dia masih memiliki pendapatan ketika itu.

"Pernah juga sekali, topi keledar Arai Ram 4 kesayangan saya berharga RM600 dibaling dari tingkat 12 PPR hingga rosak. Belum lagi tindakan gilanya menendang pecah pintu tandas," katanya.

Azlan berkata, dia tidak tergamak membalas atau mengasari isterinya kerana tidak pernah memukul wanita seumur hidup.

"Apatah lagi diasuh ibunya supaya bersikap lembut hati. Saya pernah cuba mendapatkan nasihat rakan-rakan namun ramai sebalik yang menuduh saya dayus dan 'lembu dicucuk hidung'.

"Malah, saya malu untuk berkongsi kemelut dihadapi dengan keluarga selepas memikirkan amaran diberikan ibu dan kakak sebelum ini. Keadaan tambah serabut apabila isteri kerap membentak dan meminta cerai sedangkan hutang pinjaman perkahwinan masih belum langsai," katanya.

Menurutnya, dia pernah merujuk krisis rumah tangga dialami melalui khidmat runding cara di pejabat agama namun tidak mendapat kerjasama isterinya yang semakin kerap tidak pulang ke rumah.

"Saya kini dalam dilema sama ada perlu memfailkan tuntutan nusyuz atau menunggu keajaiban isteri akan berubah," katanya.

Kes keganasan terhadap suami alami peningkatan

Kuala Lumpur: Bukan lagi dianggap kes janggal di negara ini apabila bilangan jenayah membabitkan suami 'tersakiti' secara fizikal semakin meningkat kebelakangan ini.

Meskipun isu keganasan rumah tangga membabitkan suami sebagai mangsa keganasan isteri adalah kes terpencil, namun jumlah kes direkodkan menunjukkan peningkatan ketara pada 2021 dan 2022.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, bagaimanapun, jumlah kes dera membabitkan golongan itu tidak menjadi trend yang perlu dibimbangkan.

"Berdasarkan statistik, sebanyak 58 kes direkodkan membabitkan suami sebagai mangsa kekerasan fizikal pada 2018.

"Jumlah itu menurun bagi tempoh dua tahun berturut-turut apabila merekodkan 48 kes pada 2019 dan 44 kes pada 2020.

"Bagaimanapun, jumlah itu meningkat kepada 122 kes pada 2021 dan terus melonjak kepada 140 kes pada 2022," katanya kepada Harian Metro.

Siti Kamsiah berkata, kebanyakan kes dera atau kekerasan fizikal membabitkan suami sebagai mangsa berpunca faktor perselisihan faham, cemburu dan faktor kewangan.

"Tindakan undang-undang sama boleh dikenakan terhadap golongan isteri yang menjadi pelaku atau pesalah dalam kes keganasan rumah tangga.

"Semua kes keganasan rumah tangga disiasat di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga dan Kanun Keseksaan tanpa sebarang pengecualian.

"Oleh itu, sekiranya suami menjadi mangsa dalam keganasan rumah tangga, prosedur siasatan dan tindakan sama akan dikenakan terhadap isteri menjadi pelaku atau pesalah," katanya.

Beliau berkata, ahli rumah tangga sama ada suami, isteri, ibu, bapa mahupun anak perlu bijak mengawal emosi dan tekanan.

"Pendekatam ini dapat mengurangkan keberangkalian berlaku kes keganasan rumah tangga dalam kehidupan seharian.

"Apa yang dapat dilakukan mangsa keganasan adalah mencari peluang untuk membuktikan bahawa segala kejadian adalah benar dan berani tampil membuat laporan polis termasuk golongan suami.

"Lebih banyak pendedahan berhubung keganasan rumahtangga perlu diketengahkan dalam masyarakat supaya mereka mempunyai kesedaran.

Ini sekali gus memastikan isu keganasan rumah tangga tidak terus menjadi isu membimbangkan," katanya.

           Ramai 'suami tersakiti' kunci mulut

Kuala Lumpur: Kelebihan fizikal, cemburu, panas baran, status kerja atau pendapatan, latar belakang isteri yang memang kasar, sikap isteri yang dominan dan suka mengawal suami antara faktor wujudnya isu 'isteriku gengster'.

Bukan itu saja faktor hasutan orang ketiga, isteri yang mempunyai masalah kesihatan mental (depression), kerasukan ataupun isteri ganas disebabkan respon dan reaksi kepada layanan kasar suami itu sendiri juga menjadi punca seorang isteri yang fitrahnya lembut sanggup mengasari serta mencederakan suami.

Peguam Syarie Muim Abdullah berkata, kes membabitkan golongan isteri memukul atau mendera fizikal suami bukanlah mustahil terjadi.

"Ia wujud dalam masyarakat kita namun kebanyakan kes-kes yang berlaku tidak diadukan kepada pihak berkuasa.

"Tidak semua kes diadukan (kepada pihak berkuasa) kerana ada yang tak tahu perbuatan mencederakan suami adalah satu kesalahan jenayah di bawah kanun keseksaan selain perbuatan berdosa.

"Selain itu, ada (suami) yang tidak membuat aduan atau ambil tindakan kerana tersepit dengan keadaan untuk menjaga hubungan keluarga, air muka atau ego sebagai suami dan pelbagai alasan lain," katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro.

Muim Abdullah berkata, dari pandangan hukum syara' dan undang-undang, apa sahaja bentuk perbuatan yang boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain adalah jelas satu kesalahan.

Katanya, pelaku boleh diadukan kepada pihak berkuasa dan didakwa di Mahkamah mengikut kanun keseksaan. (Seksyen 323, 326A atau apa-apa peruntukan yang berkaitan).

"Dari segi syara' pula, perbuatan itu jelas berdosa untuk isteri mencederakan suami dan boleh disabitkan nusyuz oleh Mahkamah Syariah.

"Jika disabitkan kesalahan, isteri tidak berhak untuk diberikan nafkah selama tempoh isteri disabitkan nusyuz oleh mahkamah. Isteri yang berkasar dan mencederakan suami juga adalah isteri yang derhaka," katanya.

Muim berkata, suami yang berhadapan dengan masalah ini perlu berusaha mengatasi masalah dengan mengenalpasti punca sebenar masalah yang memicu isteri bertindak ganas.

"Perbuatan ganas ini selain membabitkan emosi marah, ia juga berkaitan dengan masalah kesihatan mental. Oleh itu, suami perlu mengenalpasti perbuatan ganas isteri itu perlu dilakukan dalam keadaan sedar dan waras.

"Suami juga perlu ada usaha untuk perhatikan, memahami dan menilai sikap isteri dan bertindak sewajarnya," katanya.

Selain itu, mereka perlu merujuk masalah rumahtangga kepada pakar seperti kaunselor, pegawai psikologi atau pakar-pakar psikiatri bagi mencari penyelesaian.

Mengulas lanjut, Muim berkata, suami juga perlu faham dan mengawal isteri sebaiknya supaya tidak timbul masalah atau punca yang menyebabkan pergaduhan dan keganasan.

"Jika keganasan atau ancaman isteri tidak mampu dikawal, suami boleh mengadu kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan selanjutnya.

"Suami juga boleh mendapatkan Interim Protection Order dari Mahkamah sebagai jaminan keselamatan, jika perlu," katanya.

Muim berkata, keluarga, rakan dan masyarakat, perlu prihatin dengan masalah berkaitan dan tidak meletakkan persepsi negatif terhadap apa sahaja bentuk keganasan dalam rumahtangga.

"Bagi dorongan, panduan dan idea kepada suami yang ada masalah supaya mereka berani untuk bertindak menyelesaikan konflik.

"Ini kerana tidak semua orang ada tolerance (tolak ansur) yang tinggi dalam menghadapi masalah dan berani bertindak menyelesaikan masalah. Dorongan dan sokongan orang sekeliling adalah sangat membantu," katanya.

"Stigma 'takut bini' tidak sepatutnya dijadikan sebagai satu sindiran semata-mata. Hakikatnya, memang ada suami yang 'terpaksa' takut bini disebabkan ancaman dan keganasan dihadapi," katanya.

Namun, kata Muim, ramai suami yang 'tersepit' untuk menyelesaikan masalah atau bertahan sahaja dengan masalah dan mengharapkan perubahan.

"Oleh itu, suami mesti tegas dan ambil tindakan jika wujud keganasan dalam rumahtangga. Begitu juga sebaliknya dengan isteri," katanya.

Lelaki lemas motosikal tergelincir ke tali air

FMT Reporters
Motosikal mangsa tergelincir ke dalam tali air akibat hilang kawalan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Seorang lelaki lemas selepas motosikal ditunggangnya tergelincir ke tali air di kawasan terusan tengah Mada, Titi Dua Lapis, Kedah.

Ketua Polis Pendang, Arriz Sham Hamezah, berkata pusat kawalan daerah IPD Pendang menerima panggilan pada 7.50 malam semalam.

Katanya, kemalangan itu dipercayai berlaku pada 7.20 malam, ketika mangsa menunggang motosikal bersendirian dari Bukit Raya untuk pulang ke rumahnya di Kampung Tanjung Radin.

“Ketika melalui lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu tergelincir ke dalam tali air bersama motosikalnya.

“Mangsa terkapai-kapai meminta pertolongan dan cuba dibantu orang awam di sekitar tempat kejadian, tetapi arus deras menyebabkan mangsa gagal diselamatkan dan tenggelam,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, anggota IPD Pendang digerakkan ke tempat kejadian dan mayat dinaikkan ke darat dengan bantuan pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.”

Ketua BBP Pendang, Muhammad Ezzat Emran Ezani, berkata sepasukan anggota dari BBP Pendang tiba di lokasi selepas menerima panggilan pada 7.32 malam.

Katanya, mangsa berusia 20 tahun ditemui pada 8.26 malam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Anwar: 'Kalau betul Sanusi tak bersalah, kenapa Pas menghadap Sultan'

Awani 

GOMBAK - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mencampuri urusan penahanan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun, beliau mempersoalkan tindakan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menghadap Sultan dan memohon maaf walaupun terdahulu menafikan Menteri Besar Kedah itu telah mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Orang tuduh Anwar zalim kerana hadapkan seseorang ke mahkamah. Kes apa? Kes hina Raja. Siapa buat laporan? Dewan Diraja Selangor, bukan saya buat laporan. Kamu marahlah Dewan Diraja Selangor.

"Kenapa Dewan Diraja Selangor boleh buat laporan? Sebab dapat persetujuan, perkenan Sultan Selangor.

"Kalau betul tak salah kenapa Pesuruhjaya Pas Selangor pergi menghadap Sultan Selangor minta ampun? Kemudian, apa kata Tuanku? Tak selesai... besok polis dakwa.

"Raja ini mengatasi politik. Raja ini payung negara. Ini semua sebab (Pas) baik dengan Tun (Dr) Mahathir (Mohamed), belajar dari Tun Mahathir, kemudian kena dakwalah," katanya ketika berucap pada program 'Kita Hulu Kelang Bersama PMX' di sini semalam.

Anwar bagaimanapun memberitahu, beliau dimaklumkan mengenai penahanan Sanusi.

"Tetapi itu isu soal polis, pendakwa dan hakim, saya tak campur, boleh tanya Ketua Polis Negara," ujarnya.

Sebelum ini, Sanusi mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang, atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik pada 11 Julai lalu.

Mengikut pertuduhan, Sanusi, 48 tahun, yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja. - Awani

Awas dengan agenda jahat: Good Vibes Festival diterus sebalik ‘kebiadaban’ The 1975

FMT Reporters

PETALING JAYA: Penganjur Good Vibes Festival 2023 terpaksa menghentikan persembahan kumpulan The 1975 serta-merta kerana tidak mematuhi garis panduan.

Penganjur dalam kenyataan dipetik Berita Harian berkata, mereka kesal dengan kumpulan British itu yang bertindak biadab ketika melakukan persembahan semalam.

Media melaporkan persembahan The 1975 dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat dalam konsert di Litar Antarabangsa Sepang malam tadi.

Beliau didakwa memegang botol arak di atas pentas, selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meminta penganjur memberi penjelasan dan beliau akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan laporan penuh insiden berkenaan.

Dalam pada itu, penganjur Good Vibes Festival 2023 berkata, acara tersebut diteruskan mengikut jadual hari ini dan esok.

“Kepada yang hadir semalam, kami memahami kekecewaan anda. Jika masih mempunyai gelang tangan (tiket masuk) untuk konsert semalam, anda boleh menghadiri festival sama ada hari ini atau esok.

“Hanya tunjukkan gelang tangan berkenaan di pintu masuk utama. Kami berharap dapat berjumpa dengan anda tidak lama lagi.”

Ibu ditangkap curang dengan rakan sekelas anak

KOSMO!
Li menerkam lelaki itu sambil memarahi isterinya namun dihalangi anak mereka. - Sanook
BEIJING – Seorang lelaki pertengahan usia di China terkejut mendapati isterinya bersekedudukan dengan rakan sekelas anak lelaki mereka yang berusia 16 tahun, lapor laman berita Thaiger semalam.

Li, 42, dari wilayah Guangdong dikurniakan seorang anak lelaki hasil perkahwinan selama 18 tahun bersama isterinya. 

Bagaimanapun, dia baru-baru ini mendapat tahu isterinya menjalin hubungan sulit dengan salah seorang rakan anak lelakinya.

Menurut Li, dia pada awalnya terjumpa mesej perbualan antara isterinya dengan seroang lelaki misteri dan mula menyiasat.

Pada suatu hari, Li dalam keadaan marah memutuskan untuk pulang ke rumah dan berdepan dengan mereka. 

Ketika memecah masuk bilik tidurnya, Li melihat isterinya berada di atas katil bersama lelaki muda itu yang hanya berseluar dalam.

Anak lelaki Li kemudian memasuki bilik itu dam segera menghalangnya. Li terkejut apabila anaknya tidak membantu dia menangani seseorang yang telah memusnahkan kebahagiaannya.

Kejadian itu mendapat pelbagai komen. Kebanyakan netizen meluahkan rasa malu mereka terhadap perbuatan si isteri yang ditangkap berzina di hadapan anaknya sendiri. – Agensi

PH, BN tak umum calon MB N9 elak reaksi akar umbi

Natasha Busst

PETALING JAYA: Dua penganalisis percaya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mendiamkan diri berhubung calon menteri besar Negeri Sembilan bagi mengelak tindak balas daripada akar umbi.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, dua gabungan itu mengelak daripada menamakan mana-mana calon sebagai “poster boy” bagi PRN 12 Ogos supaya tiada pergeseran yang boleh menjejaskan prestasi mereka dalam pilihan raya.

“Saya percaya PH-BN tidak mahu mengumumkan calon menteri besar Negeri Sembilan bagi mengelak rasa tidak puas hati dan sebarang sentimen negatif (daripada akar umbi),” katanya kepada FMT.

Tunku Mohar Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula berkata, akar umbi dua gabungan itu mungkin memberontak jika orang salah dinamakan bagi jawatan tertinggi Negeri Sembilan.

Katanya, ini salah satu sebab BN dan PH mungkin tidak mencapai kata sepakat siapa yang hendak dinamakan sebagai calon menteri besar mereka.

“Poster boy boleh meningkatkan usaha PH-BN dalam menggerakkan pengundi, tetapi jika orang itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi, ia pasti makan diri.”

PH mengumumkan Amirudin Shari dan Chow Kon Yeow akan terus menjadi menteri besar Selangor serta ketua menteri Pulau Pinang, jika mereka mampu mempertahankan kemenangan di negeri masing-masing.

Bagaimanapun, PH dan BN hanya akan menamakan calon menteri besar Negeri Sembilan jika mereka memenangi negeri itu pada PRN 12 Ogos.

Aminuddin Harun merupakan naib presiden PKR dan menteri besar Negeri Sembilan. Beliau adalah menteri besar pertama bukan daripada Umno, selepas PH merampas Negeri Sembilan daripada BN buat julung kali pada PRU 2018.

Awang Azman berkata, tidak mengumumkan Aminuddin sebagai calon bermakna ada kemungkinan besar orang lain akan dinamakan jawatan itu jika PH-BN menewaskan Perikatan Nasional pada PRN.

“Apabila menteri besar semasa tidak diumumkan sebagai calon untuk pilihan raya, ada kemungkinan besar (menteri besar) ditukar.

“Sebab lain mungkin kerana permintaan untuk jawatan itu begitu tinggi sehingga calon lain sedang dipertimbangkan.”

Tunku Mohar berkata, PH dan BN perlu mengetepikan perbezaan mereka, bersatu dan membuat “dasar bermakna” sebagai tulang belakang kempen mereka di Negeri Sembilan.

Katanya, ini akan menjadi kunci meraih sokongan di seluruh negeri.

Influencer maut dihempap 'barbell' 210 kilogram'

BHonline 
Justyn Vicky mempunyai 30,000 pengikut di Instagram maut ketika cuba mengangkat beban barbell 210 kilogram. - Foto ihsan IG Justyn Vicky
Justyn Vicky mempunyai 30,000 pengikut di Instagram maut ketika cuba mengangkat beban barbell 210 kilogram. - Foto ihsan IG Justyn Vicky
SINGAPURA: Seorang pempengaruh kecergasan Indonesia maut akibat patah leher selepas alat senaman 'barbell' yang cuba diangkat terjatuh di belakang badannya.

Dalam kejadian 15 Julai lalu, mangsa, Justyn Vicky, 33, dilaporkan sedang melakukan rutin senamannya di sebuah gimnasium di Bali, Indonesia apabila kemalangan itu berlaku.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, mangsa dilihat cuba melakukan 'squat-press' dengan 'barbell' di bahunya.

Bagaimanapun, dia kelihatan tidak dapat berdiri tegak selepas melakukan squat dan tidak dapat menampung bebanan 'barbell', sekali gus terjatuh dalam posisi duduk berikutan hilang keseimbangan.

Menurut laporan, jurulatih peribadi dan ahli bina badan yang mempunyai 30,000 pengikut di Instagram itu cuba mengangkat bebanan 210 kilogram.
Vicky maut selepas cuba melakukan ‘squat-press’ dengan ‘barbell’ di bahunya. - Foto ihsan Bali Discovery
Vicky maut selepas cuba melakukan ‘squat-press’ dengan ‘barbell’ di bahunya. - Foto ihsan Bali Discovery
Akibat insiden itu, mangsa patah leher dan mampatan kritikal saraf penting yang menjadi menyambung ke jantung dan paru-parunya, lapor The Daily Mail.

Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia sejurus selepas pembedahan kecemasan.

Orang ramai memberi penghormatan terakhir kepadanya dan The Paradise Bali, gimnasium tempat mangsa bekerja, turut menyatakan bahawa Vicky lebih daripada sekadar pakar kecergasan kerana dia adalah pemberi inspirasi, motivasi dan penyokong yang tidak berbelah bahagi. - AGENSI

Tergamak seorang ibu upah orang bunuh anaknya sendiri

Agensi
JAZMIN Paez, 18, ditangkap pada Selasa dan didakwa atas tuduhan berhubung pembunuhan peringkat pertama. FOTO NBC
JAZMIN Paez, 18, ditangkap pada Selasa dan didakwa atas tuduhan berhubung pembunuhan peringkat pertama. FOTO NBC
Miami: Seorang ibu di Florida ditahan selepas cuba mengupah seorang pembunuh upahan di laman web parodi untuk membunuh anak lelakinya yang berusia tiga tahun.

Metro UK melaporkan, Jazmin Paez, 18, ditangkap pada Selasa dan didakwa atas tuduhan berhubung pembunuhan peringkat pertama.

Menurut Polis Miami-Dade, kejadian itu bermula apabila Paez menghubungi pemilik laman web rentahitman.com, meminta seseorang untuk 'menguruskan' anaknya yang berusia tiga tahun.

Namun, rentahitman.com adalah palsu. Operasinya dijalankan sebagai laman web parodi yang dimiliki oleh seorang lelaki California bernama Bob Innes yang menggunakan nama Guido Fanneli di platform itu.

Menurut polis, Paez mengisi semua butirannya dalam rentahitman.com dengan maklumat yang betul termasuk alamat dan tarikh lahir tetapi menggunakan nama samaran Daphne.

Dalam borang dalam talian, Paez didakwa menyatakan bahawa dia mahu mengupah seseorang untuk membawa anaknya 'jauh' daripada kehidupan dan dengan kadar segera.

Dia juga dilaporkan menghantar gambar dan lokasi anaknya itu itu tinggal.

Polis di Miami berkata, mereka menerima laporan daripada Innes pada 6.18 petang dan susulan itu, detektif dihantar ke rumah Paez untuk melakukan siasatan.

Pegawai Maklumat Awam Polis Miami-Dade, Alvaro Zabaleta, memberitahu bahawa detektif yang dihantar ke rumah Paez itu menyamar sebagai pembunuh upahan yang bekerja untuk laman web rentahitman.com.

"Suspek secara praktikal mengaku apa niatnya dan apa yang dia mahu lakukan.

"Kami juga gembira bahawa Innes sebagai pemberi maklumat, sudah melakukan perkara yang betul. Ia berdasarkan pengalamannya, dia tahu bahawa sesuatu permintaan yang benar," kata Zabaleta.

Stesen tempatan NBC6 dipetik melaporkan, Paez menawarkan pegawai yang menyamar itu AS$3,000 (kira-kira RM13,658) untuk pekerjaan itu.

Sebelum tengah malam pada hari sama, detektif menyamar sebagai pembunuh upahan tiba di rumah Paez, sebelum wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Paez didakwa atas pertuduhan menuntut pembunuhan peringkat pertama.

Dia dibebaskan selepas membayar bon AS$15,000 (kira-kira RM68,294) dan diarahkan untuk tidak berhubung dengan anaknya.

Polis mengesahkan Jabatan Kanak-Kanak dan Perkhidmatan Keluarga Florida juga sedang menyiasat kejadian itu.
-hmetro 

Menteri KPDN, Salahuddin jalani pembedahan akibat pendarahan otak

Bernama

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub telah disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar, kata Setiausaha Akhbar Menteri Nur Syakirin Husnal.

Menerusi kenyataan pagi ini, Nur Syakirin berkata Salahuddin kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

“Pihak keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub mengucapkan terima kasih atas semua doa, sokongan dan ingatan kepada beliau,” katanya.

Semalam, Salahuddin dikejarkan ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan pada pukul 10.15 malam selepas mengalami mual dan muntah-muntah.

Sebarang perkembangan mengenai kesihatan Salahuddin akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, menurut kenyataan itu.

-Bernama

Dr. Mahathir perlu buktikan pelancong China tidak pulang ke tanah asal

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak dapat membuktikan dengan tepat berhubung dakwaan kononnya terdapat jutaan pelancong China yang tidak pulang ke tanah asal.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu itu bukan perkara baharu, sebaliknya ia rancak dibongkarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum pilihan raya 2018 yang lalu.

Beliau berkata, jika betul dakwaan itu, individu paling tepat untuk mengesahkannya adalah Dr. Mahathir sebagai individu yang membangkitkan isu itu dan bukannya tugas kerajaan untuk membuktikan perkara itu.

“Ketika itu, Tun (Dr. Mahathir) pernah dedah angka dan semuanya, namun beliau tidak selesaikan dakwaan itu dengan bukti dan maklumat.

“Kalau dia (Dr. Mahathir) boleh bantu bekalkan maklumat, itu lebih baik. Namun, hakikatnya tiada. Dia buat pendedahan tapi tidak selesaikannya.

“Saya anggap dakwaan itu kekal di situ. Orang paling tepat untuk ditanya adalah Dr. Mahahthir. Boleh Tun beritahu di mana dan berapa ramai, itu lebih bertanggungjawab,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tahun lalu, KDN pernah melaporkan lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021.

KDN memaklumkan, rekod keluar masuk Jabatan Imigresen menunjukkan ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh berkenaan adalah seramai 7,177,043 orang.

Namun, jumlah warga China yang keluar dari negara ini bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765 individu, iaitu kurang 1,222,278 berbanding jumlah yang masuk ke negara ini. – UTUSAN

Calon BN mesti letak jawatan dari Suhakam, kata bekas pesuruhjaya

Nicholas Chung
Pesuruhjaya Suhakam, Hasnal Rezua Merican Habib Merican, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi Kuang di Selangor.
PETALING JAYA: Calon Barisan Nasional(BN), Hasnal Rezua Merican Habib Merican, perlu meletakkan jawatan sebagai pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), kata bekas anggota suruhanjaya itu.

Bekas pesuruhjaya, Jerald Joseph berkata, Hasnal mesti segera mengambil tindakan sedemikian.

“Pejabat pesuruhjaya mestilah dilihat bebas dengan tidak terkait politik. Anda tidak boleh buat begitu jika anda pemimpin parti politik.

“Ini hanya membuktikan kumpulan terakhir lantikan pesuruhjaya (dilantik tahun lalu) benar-benar perlu diteliti. Pemimpin parti politik tidak boleh sama sekali dilantik pesuruhjaya Suhakam,” katanya kepada FMT.

FMT sedang mendapatkan ulasan Hasnal.

Semakan dalam laman sesawang mendapati Hasnal masih lagi pesuruhjaya.

Hasnal antara pesuruhjaya Suhakam baru dilantik pada Julai tahun lalu, bersama Noor Aziah Awal, bekas presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, Nordin Ibrahim, Dr Chew Chee Ming, Mary @ Mariati Robert, serta Nazira Abdul Rahim.

Jerald meletakkan jawatan pesuruhjaya pada April tahun lalu selepas melengkapkan tempoh maksimum dua penggal

Dr M muncul di Kota Bharu, mahu PN sapu bersih dalam PRN

N Faizal Ghazali
story-image
Membuat kemunculan pertama di pentas Perikatan Nasional, (PN) bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyeru pengundi agar memberi kemenangan kepada gabungan itu dalam pilihan raya negeri (PRN) enam negeri 12 Ogos nanti.

Bercakap di depan ribuan hadirin di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini, Mahathir berkata PN perlu menyapu bersih dan menang di keenam-enam negeri terbabit.

“Kita akan ada PRN, ada enam buah negeri akan ada PRN.

“Saya harap dapat sapu bersih. Kita semua orang Mlelayu, ramai yang berkata orang Melayu berpecah dan tak mungkin bersatu, tapi malam ini dapat lihat pemimpin part-parti Melayu berkumpul di sini kerana nak memperjuangkan nasib dan masa depan negara.

“Tidak mudah kita nak serahkan kepada orang lain kerana kita juga ada kebolehan untuk mentadbir. Suatu masa dulu kita digelar ‘harimau Asia’, hari ini sudah jadi ‘kakistokrasi’,” katanya yang menyifatkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim sebagai kerajaan kakistokrasi.

Turut hadir pada program Malam Munajat Pakat Pertahan PAS Kelantan itu Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan barisan kepimpinan PN peringkat pusat dan negeri.

Sanusi putar belit, buat dua kenyataan berbeza

MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB

SHAH ALAM - Angkatan Muda Harapan menyifatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melakukan dua kesalahan nyata dan jelas berhubung kes menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketuanya, Danial al-Rashid Harun berkata, kesalahan pertama adalah kenyataan yang diucapkan oleh Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu yang menghina institusi kesultanan semasa berceramah di Selangor.

Kesalahan kedua katanya, Sanusi menyatakan telah mengemukakan surat permohonan maaf kepada Sultan Selangor tetapi ketika dihadapkan ke mahkamah, Menteri Besar Kedah itu mengaku tidak bersalah.

Menurutnya, persoalan yang timbul adalah kenapa Sanusi mengaku tidak bersalah, sedangkan beliau telah meletakkan satu asas bahawa dia sudah memohon ampun kepada Sultan.

"Apa semua ini tuan-tuan? Kalau sudah mohon ampun, sepatutnya sudah dikira bersalah.

"Sebaliknya dia (Sanusi) bertindak biadab sekali lagi di Mahkamah Sesyen Selayang dengan mengaku tidak bersalah.

"Ini satu perkara yang kita semua terutama anak-anak Selangor tidak boleh terima," katanya ketika berucap pada Himpunan Daulat Tuanku: Pertahan Institusi Diraja yang dianjurkan Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor dan Pemuda Pakatan Harapan (PH) Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Jumaat.

Perhimpunan tersebut disertai beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan dihadiri lebih 100 penyokong.

Senarai calon BN yang bertanding dalam PRN kali ini

FMT Reporters

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional mempertaruhkan 108 calon pada PRU15 peringkat negeri 12 Ogos ini, sebahagian besarnya muka-muka baharu.

Pengerusi Zahid Hamidi malam tadi mengumumkan 63% calon ‘dacing’ kali ini muka baharu, dan hanya 18% penyandang dicalonkan semula.

Gabungan itu mempertaruhkan 12 calon di Selangor, 17 di Negeri Sembilan, dan enam di Pulau Pinang. Semua negeri ini ditadbir kerajaan perpaduan.

Di Kedah yang diperintah Perikatan Nasional, BN bertanding di 15 kerusi, 31 di Kelantan, dan 27 di Terengganu.

Berikut senarai DUN yang ditandingi serta calon masing-masing:

Pulau Pinang (6 calon)
  1. Teluk Bahang -Ahmad Zaki Shah Shah Headan
  2. Penaga – Naim Salleh
  3. Bertam – Reezal Merican Naina Merican
  4. Permatang Berangan – Norhafizah Othman
  5. Sungai Dua – Shaik Hussein Mydin
  6. Sungai Acheh – Rashidi Zinol
Kedah (15 calon)
  1. Ayer Hangat – Hisham Suhaily Othman
  2. Ayer Hitam – Hayazi Azizan
  3. Bukit Kayu Hitam – Zainol Abidin Mohamad
  4. Pedu – Mahdzir Khalid
  5. Bukit Lada – Syed Ali Syed Ali Raslan
  6. Anak Bukit – Nor Hasita Md Isa
  7. Sungai Tiang – Mohamad Fadzil Zolkipli
  8. Guar Cempedak – Abdul Paris Abdul Hamid
  9. Jeneri – Muhamad Khizri Abu Kasim
  10. Pantai Merdeka – Wan Mohalina Wan Mohamad
  11. Bayu – Ishak Mat
  12. Kuala Ketil – Suriati Che Mid
  13. Merbau Pulas – Asmadi Abu Talib
  14. Bandar Baharu – Nuraini Yusoff
Selangor  (12 calon)
  1. Sungai Air Tawar – Rizam Ismail
  2. Sungai Panjang – Imran Tamrin
  3. Batang Kali – Isa Abu Kasim
  4. Sungai Burong – Khir Ramli
  5. Jeram – Jahaya Ibrahim
  6. Kuang – Hasnal Rezua Merican
  7. Gombak Setia – Megat Zulkarnain Omardin
  8. Dusun Tua – Johan Abd Aziz
  9. Semenyih – Wan Zulaika Anua
  10. Sijangkang – Mohd Al-Hafizi Abu Bakar
  11. Selat Klang – Roslee Abd Hamid
  12. Dengkil – Noorazli Said
Kelantan ( 31 calon)
  1. Pengkalan Kubor – Zulkifli Abdullah
  2. Kelaboran – Rosdi Razali
  3. Wakaf Baru – Abdul Manan Mad Said
  4. Kijang – Haris Hussin
  5. Chempaka – Nik Normi
  6. Tendong – Nor Hariri Mohammed Nor
  7. Meranti – Zahri Onar
  8. Gual Periok – Anuar Mohamad
  9. Salor – Mohamad Husin
  10. Pantai Irama- Zakiah Md Nor
  11. Melor – Azmi Ishak
  12. Jelawat – Yusri Che Nor
  13. Kok Lanas – Ahmad Deraman
  14. Gaal – Mohd Aliff Nasrol
  15. Pulai Chondong – Fakhran Che Yusof
  16. Kemuning – Mohd Fakaruddin Ismail
  17. Bukit Bunga – Mohd Adhan Kecik
  18. Air Lanas – Nasrul Hadi
  19. Kuala Balah – Yamin Annuat Mat Zain
  20. Guchil – Dr Zuber Hasan
  21. Manek Urai – Suzaini Adlina Sukri
  22. Dabong – Ahmad Firdaus Muhammad
  23. Nenggiri – Ab Aziz Yussof
  24. Paloh – Amran Arifin
  25. Galas  Mohd Syahbudin Husin
Terengganu (27 calon)
  1. Kuala Besut – Tengku Zaihan Ab Rahman
  2. Kota Putera – Mohd Pehimi
  3. Jerteh – Mohd Rozaini Rosli
  4. Hulu Besut – Nawi Mohamad
  5. Jabi – Rosdi Zakaria
  6. Permaisuri – Hamdan Hamzah
  7. Langkap – Sabri Mohd Noor
  8. Batu Rakit – Bazlan Abdul Rahman
  9. Tepoh – Hanafi Hasan
  10. Buluh Gading – Omar Adam
  11. Seberang Takir – Ahmad Razif Abdul Rahman
  12. Bukit Tunggal – Wan Noorislam Wan Hashim
  13. Bandar – Armi Irzan Mohd
  14. Ladang – Mohd Sabri Alwi
  15. Alor Limbat – Yuseri Isa
  16. Bukit Payang – Khan Abdul Rahman
  17. Pengkalan Berangan – Nik Dir Nik Wan Ku
  18. Telemung – Rozi Mamat
  19. Kuala Berang – Jalaludin Ismail
  20. Ajil – Jailani Johari
  21. Bukit Besi – Din Adam
  22. Rantau Abang – Mohd Asri Mohamad
  23. Paka – Ahmad Abdullah Abd Wahab
  24. Kemasik – Khairi Afiq Mohd Yusof
  25. Kijal – Ahmad Said
  26. Cukai -Rahim Hussein
  27. Air Putih – Mohd Zaki Salleh
Negeri Sembilan  (17 calon)
  1. Pertang – Jalaluddin Alias
  2. Sungai Lui – Mohd Razi Mohd Ali
  3. Serting – Muhamad Zamri Omar
  4. Palong – Mustapha Nagot
  5. Jeram Padang – Zaidy Abdul Kadir
  6. Lenggeng – Mohd Asna Naim
  7. Juasseh – Bibi Shaliza Mohd Khalid
  8. Seri Menanti – Muhammad Sufian Razi
  9. Senaling – Ismail Lasim
  10. Johol – Saiful Yazan
  11. Chembong – Zaiful Bahri
  12. Rantau – Mohamad Hasan
  13. Kota – Suhaimi Aini
  14. Bagan Pinang – Najib Isa
  15. Linggi – Mohd Faizal Ramli
  16. Gemas – Abd Razak Said
  17. Gemencheh – Suhaimizan Bizar

Dr Mahathir ziarah keluarga Tok Guru Nik Aziz

HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Tun Mahathir dikatakan meluangkan masa bertanyakan khabar sebelum bertolak menghadiri pertemuan tertutup bersama pemimpin Perikatan Nasional (PN). - Foto HARAKAHDAILY
Tun Mahathir dikatakan meluangkan masa bertanyakan khabar sebelum bertolak menghadiri pertemuan tertutup bersama pemimpin Perikatan Nasional (PN). - Foto HARAKAHDAILY
KOTA BHARU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat kali pertama menziarahi keluarga bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Tok Guru Nik Aziz di kediamannya di Pulau Melaka di sini pada Jumaat.

Kehadiran bekas Ahli Parlimen Langkawi itu disambut oleh ahli keluarga Tok Guru Nik Aziz termasuk anak lelakinya, bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abduh Aziz.
Kehadiran Tun Mahathir disambut oleh ahli keluarga Tok Guru Nik Aziz termasuk anak lelakinya, bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad (kanan) di Pulau Melaka, Kota Bharu. -
Foto HARAKAHDAILY
Kehadiran Tun Mahathir disambut oleh ahli keluarga Tok Guru Nik Aziz termasuk anak lelakinya, bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad (kanan) di Pulau Melaka, Kota Bharu. - Foto HARAKAHDAILY
Tun M dikatakan meluangkan masa bertanyakan khabar sebelum bertolak menghadiri pertemuan tertutup bersama pemimpin Perikatan Nasional (PN), seperti Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, sekitar jam 5.30 petang.

Kehadiran negarawan ulung itu ke negeri ini sempena Munajat Rakyat Kelantan, Ppakat Pertahan dan Amanat Pimpinan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat malam.

Sultan Selangor: Jangan terlajak kata, kempen PRN bukan pesta mencaci

Bernama

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua calon dan penyokong bahawa tempoh berkempen bagi PRN Ogos ini bukanlah lesen untuk mengumpat, menghina, dan memfitnah orang lain sebebasnya.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Selangor Royal Office, baginda mengingatkan hukum-hakam Allah tetap berjalan dalam keadaan apa pun dan siksa Allah menanti di akhirat bagi mereka yang mengumpat serta memfitnah.

“Menerusi pemerhatian baginda, perbuatan fitnah dan caci-mencaci ini menjadi lebih ketara dan dilakukan tanpa rasa takut dan malu kepada Allah SWT setiap kali menjelang pilihan raya, seolah-olah musim menjelang pilihan raya adalah pesta yang menghalalkan mencaci maki, mengumpat, dan memfitnah antara satu sama lain demi meraih sokongan dan undi dari rakyat,” menurut kenyataan itu.

Sultan Sharafuddin turut menyeru umat Islam di Selangor agar memahami dan menghayati intipati Khutbah Jumaat bertajuk ‘Dosa Mengumpat dan Mencaci” yang dibacakan khatib di masjid seluruh negeri ini.

Senada dengan isi kandungan khutbah berkenaan, baginda menekankan bahayanya perbuatan mengumpat, mencela, mencaci, dan memaki hamun apatah lagi memfitnah yang mana ia tergolong dalam dosa besar yang lebih buruk daripada membunuh.

“Baginda sebelum ini sering menasihati umat Islam agar tidak terjerumus di dalam perbuatan terkutuk dan tercela ini. Baginda bimbang jika amalan memfitnah serta caci-mencaci ini tidak dibendung, perpecahan umat Islam khususnya di Selangor ini akan menjadi semakin parah dan tidak terkawal,” menurut kenyataan itu.

Baginda juga pernah berpesan ketika pembubaran Dewan Negeri Selangor pada 19 Jun lalu bahawa isu berkaitan kaum, agama, dan institusi diraja tidak seharusnya dijadikan bahan berkempen supaya tiada pertelingkahan dalam kalangan umat Islam selain hubungan antara kaum dalam negara tidak terjejas.

“Perlembagaan Persekutuan telah menjamin Islam sebagai agama Persekutuan dan ianya akan tetap terpahat dan tidak boleh digugat oleh mana-mana pihak.

“Raja dan Sultan pula berperanan sebagai Ketua Agama bagi negeri-negeri dan mestilah dihormati dan ditaati sama ada suka atau sebaliknya selagi mereka patuh kepada perintah Allah SWT serta tidak menyuruh melakukan maksiat. Sultan adalah payung yang melindungi sekalian rakyat jelata di bawah naungannya,” titah baginda.

Baginda bertitah undang-undang negara juga memperuntukkan kesalahan bagi mereka yang melakukan fitnah, penghinaan kepada institusi diraja serta mencetuskan perbalahan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini seperti Akta Hasutan, Kanun Keseksaan, dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Oleh itu, baginda mengingatkan umat Islam agar berhati-hati dalam apa yang diperkatakan dan jangan sampai menjadi bak kata pepatah Melayu, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’,” menurut kenyataan tersebut.

Anwar tuntut Muhyiddin minta maaf, ganti rugi RM200 juta

Ahmad Johari Mohd Ali
ajohari@bh.com.my

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta maaf dan membayar pampasan RM200 juta kerana menjejaskan reputasi beliau berhubung dakwaan fitnah membabitkan isu pelupusan hutang peneroka Felda.

Melalui jawapan terhadap surat tuntutan Muhyiddin menerusi firma guamannya SN Nair & Partners, menyatakan Anwar akan memulakan tindakan undang-undang terhadap bekas perdana menteri itu jika tidak menerima apa-apa maklum balas yang memuaskan dalam tempoh 24 jam daripada tarikh surat jawapan berkenaan.

Surat jawapan terbabit dialamatkan kepada firma guaman, Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership yang mewakili Muhyiddin.

Permohonan maaf tanpa syarat dan tidak berbelah bahagi seperti yang dituntut Anwar hendaklah dalam cara dan bentuk yang akan diluluskan untuk disiarkan dalam akhbar dan media pilihan olehnya (Anwar).

Selain itu, Anwar menuntut Muhyiddin menarik balik surat tuntutan beliau dan kesemua kenyataan (yang didakwa) fitnah diterbitkan berhubung isu pelupusan hutang peneroka FELDA serta-merta dan tidak berbelah bahagi serta memadamkan atau menarik balik segala komen yang menyinggung perasaan dan bersifat fitnah.

"Penegasan anak guam kami (Anwar) bahawa anak guam kamu sengaja dan berniat jahat memfitnah dalam menerbitkan kenyataan tidak benar dan diluar konteks seperti terkandung di dalam surat tuntutan anak guam kamu bertarikh 18 Julai lalu dan harus membuat permintaan maaf yang tidak terizab kepada anak guam kami," kata surat jawapan itu.

Berhubung surat tuntutan Muhyiddin bertarikh 18 Julai lalu, surat itu menegaskan bahawa Anwar sudah memberikan maklum balas dalam tempoh masa yang diberikan dengan membuat hantaran posting Facebook kenyataan media semalam.

Ia menyatakan bahawa tidak relevan di sisi undang-undang dan prosedur sama ada maklum balas itu dibuat melalui hantaran posting Facebook beliau atau melalui peguam caranya atau oleh kedua-duanya.

Katanya, oleh itu ia adalah satu salah tanggapan dan tindakan jahat oleh Muhyiddin untuk menyatakan kepada pihak media bahawa Anwar masih belum memberikan apa-apa maklum balas kepada dakwaan berkenaan.

Menurut surat jawapan itu, Muhyidddin dalam surat tuntutannya membuat rujukan kepada beberapa petikan daripada ucapan Anwar ketika majlis sambutan Hari Peneroka Felda 2023 di Serdang, Selangor pada 7 Julai lalu dan ucapan pada dialog di Universiti Utara Malaysia keesokan hari.

"Kami diarahkan oleh Anwar bahawa beliau berdiri teguh dengan kenyataan dalam ucapannya dan menegaskan bahawa petikan yang dirujuk oleh Muhyiddin tidak memberikan gambaran sebenar ucapannya.

"Kenyataan Anwar juga disahkan dan disokong dalam hantaran posting Facebook oleh Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 8 Julai lalu.

"Lanjutan itu, transkripsi (perenggan ucapan) yang dinyatakan dalam surat tuntutan anak guam kami dipetik diluar konteks dan diputar belit semata-mata untuk memberikan suatu gambaran yang tidak benar dengan niat untuk memfitnah dan dengan sengaja tidak mengemukakan transkripsi penuh dan teratur ucapan oleh Anwar.

"Oleh itu, kenyataan oleh anak guam kami adalah benar," katanya.

Surat jawapan itu juga menyatakan bahawa Anwar menegaskan bahawa Muhyiddin dengan sengaja dan berniat jahat memfitnahnya dalam menerbitkan kenyataan tidak benar dan diluar konteks.

Pada 19 Julai lalu, Muhyiddin menghantar surat tuntutan kepada Anwar dan menuntut Ahli Parlimen Tambun itu mengemukakan surat atau dokumen yang beliau tandatangan sebagai Menteri Kewangan pada akhir Jun 2023 bagi meluluskan pelupusan hutang peneroka Felda bernilai RM8.3 bilion dalam tempoh 24 jam.

Dalam kenyataan beliau malam tadi di Facebook, Muhyiddin memaklumkan meneruskan tindakan saman terhadap Anwar berikutan Anwar dalam kenyataannya pada hari sama gagal mendedahkan dokumen yang dimintaberkenaan pelupusan hutang peneroka.

Menurut Muhyiddin, dokumen yang dikemukakan Anwar bukan berkenaan pelupusan hutang peneroka Felda tetapi dokumen berkenaan sukuk dan menegaskan pendedahan dokumen berkenaan membuktikan beliau (Muhyiddin)bercakap benar.

Sehubungan itu, katanya oleh kerana Anwar gagal mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat dan secara terbuka dalam tempoh 24 jam seperti mana yang terkandung dalam surat tuntutan, beliau sudah mengarahkan peguam untuk meneruskan tindakan saman fitnah (terhadap Anwar).

Objek bawah kereta Siti Kasim dipercayai bom jenis IED

Malaysiakini 
story-imagePolis mengesahkan objek yang ditemui di bawah kereta peguam Siti Kasim awal hari ini berkemungkinan bom jenis Improvised Explosive Device (IED).

Bagaimanapun, polis masih menunggu laporan forensik.

Harian Metro memetik ketua polis daerah Brickfields Amihizam Abdul Shukor sebagai berkata bahawa skuad bom dan bomba telah dihantar ke tempat kejadian susulan laporan kejadian pada 12.38 tengah hari ini.

Siti sebelum ini melaporkan objek itu ditemui melekat pada bahagian bawah kereta Toyota Celica miliknya ketika dia menghantar kereta itu untuk diselenggara di sebuah bengkel di Bangsar, Kuala Lumpur, awal hari ini.

“Sejurus terima panggilan itu, pasukan polis serta merta menutup kawasan sekitar kenderaan yang mempunyai bahan letupan terbabit serta memanggil Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Bomba.

“Pemeriksaan dilakukan mendapati dua botol plastik yang diletakkan adalah bahagian tayar belakang itu adalah dipercayai bom jenis IED," katanya.

Tak ada masalah cari masalah lepas susahkan orang lain

Terima kasih abang bomba

Raja Noraina Raja Rahim

rnoraina@hmetro.com.my

ANGGOTA bomba menyelamatkan wanita yang cedera ketika mendaki Bukit Broga. FOTO ihsan Bomba

ANGGOTA bomba menyelamatkan wanita yang cedera ketika mendaki Bukit Broga. FOTO ihsan Bomba

Kajang: Sekumpulan anggota bomba bermandi peluh apabila perlu mengusung seorang pendaki wanita yang cedera menuruni Bukit Broga di sini, yang berketinggian 400 meter.

Difahamkan wanita berusia 47 tahun terbabit mengikuti aktiviti pendakian bersama beberapa rakannya sebelum tercedera.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 9.54 pagi tadi.

Menurutnya, sebuah jentera dengan enam pegawai dan anggota yang terbabit latihan kebakaran di sebuah premis di Jalan Bangi Lama digerakkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, anggota bomba melakukan pendakian sebelum berjaya menemui mangsa di Puncak 2 Bukit Broga.

"Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan pada buku lali kaki kanan. Anggota bomba kemudian membantu membawa turun mangsa menggunakan alat pengusung," katanya semalam.

Beliau berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada pegawai prubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

Gelombang haba: Pelancong maut di Death Valley

Agensi
AMARAN suhu panas melampau di tepi lebuh raya di AS. FOTO AFP
AMARAN suhu panas melampau di tepi lebuh raya di AS. FOTO AFP
Los Angeles: Seorang pelancong maut pada petang Selasa di laluan di Taman Negara Death Valley, yang terletak di antara negeri California dan Nevada Amerika Syarikat (AS).

The Straits Times melaporkan pihak berkuasa pada Rabu berkata, kejadian berlaku sewaktu cuaca panas melampau.

Lelaki berusia 71 tahun dari kawasan Los Angeles itu rebah di luar tandas di Golden Canyon ketika suhu di kawasan itu meningkat kepada 49 darjah Celsius, menurut satu kenyataan media yang memetik pegawai taman itu yang tidak disertakan nama.

Pegawai itu percaya lelaki berkenaan kemungkinan baru mendaki laluan popular itu. Dia memakai topi untuk melindungi daripada kepanasan matahari, mengenakan pakaian mendaki dan membawa beg galas.

"Ini mungkin kematian kedua berkaitan dengan gelombang haba melampau di Death Valley pada musim panas ini. Sebelum ini seorang lelaki berusia 65 tahun meninggal dunia pada 3 Julai," tambahnya dalam siaran media berhubung kejadian itu.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS, Death Valley sudah 28 hari mengalami suhu melebihi 43 darjah Celsius, pada tahun ini.

Pegawai taman diberi amaran bahawa strok haba berlaku apabila suhu teras badan meningkat kepada 40 darjah Celsius.

Amaran berkenaan gelombang haba melampau pada musim panas ini sudah pun disiarkan di laman web dengan suhu dijangka kekal antara 43 darjah Celsius dan 49 darjah Celsius.

Ia menggesa pelancong untuk minum banyak air dan membawa lebihan bekalan minuman serta mengelakkan mendaki selepas jam 10 pagi.

Death Valley adalah tempat paling rendah dan paling kering di Amerika dan satu daripada lokasi paling panas di dunia pada kemuncak musim panas.

Suhu tertinggi di dunia iaitu 56.7 darjah Celsius direkodkan di Furnace Creek di taman itu pada 10 Julai 1913, menurut Perkhidmatan Taman Negara AS.
-hmetro 

Kemaruk nak jadi YB akhirnya tertipu

Hasrat jadi calon PRU-15 tak kesampaian, rugi pula RM32 juta
Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my
SEKUMPULAN ahli perniagaan termasuk bergelar Datuk mendakwa mengalami kerugian lebih RM32 juta akibat diperdaya seorang pengarah syarikat ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Bayan Baru, di sini. FOTO Zuhainy Zulkiffli
SEKUMPULAN ahli perniagaan termasuk bergelar Datuk mendakwa mengalami kerugian lebih RM32 juta akibat diperdaya seorang pengarah syarikat ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Bayan Baru, di sini. FOTO Zuhainy Zulkiffli
Bayan Lepas: Sekumpulan ahli perniagaan termasuk bergelar Datuk mendakwa diperdaya seorang pengarah syarikat menerusi kerjasama penubuhan parti politik baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu menyebabkan kerugian sehingga RM32 juta.

Malah, ada dalam kalangan mereka turut mendakwa menjadi mangsa penipuan pelaburan serta pinjaman wang dengan individu sama.

Mangsa yang juga bekas calon Bebas di Melaka, Datuk Kamisan Palil, 38, berkata, beliau bersama beberapa rakan berjumpa dengan individu berkenaan yang kononnya meminta mereka bertanding di beberapa kerusi Parlimen di Melaka.

Katanya, individu itu mendakwa segala kos pertandingan akan ditanggung olehnya dan bagi persiapan pertandingan di Parlimen Jasin, beliau menggunakan wang sendiri berjumlah RM150,000 sebagai pendahuluan.

"Saya menghubungi individu itu semula namun semua panggilan tidak dijawab malah dia turut mengundur diri dalam semua grup aplikasi WhatsApp.

"Akibatnya, nama serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diuruskan saya terpalit dengan kerjasama penubuhan parti itu," katanya ketika ditemui di sini.

Kamisan berkata, beliau turut hilang pendapatan sebagai pembekal kelapa muda disebabkan janji manis ditaburkan sebagai calon.

"Saya tidak puas hati dengan tindakannya dan bimbang orang lain menjadi mangsa penipuan lelaki ini serta membuatkan saya tampil membuat laporan polis," katanya.

Terdahulu, lima individu tampil membuat laporan menjadi mangsa penipuan seorang pengarah syarikat di Balai Polis Bayan Baru di sini, semalam.

Mereka mendakwa lelaki bergelar Datuk itu menjanjikan peruntukan RM4.5 juta kepada setiap calon kerusi Parlimen.

Difahamkan seramai 160 calon terpedaya dengan individu itu membabitkan kerugian sekurang-kurangnya RM200,000 seorang.

Sementara itu, Mohamed Mahyuddin Tajuddin, 63, pula mendakwa dia kerugian sebanyak RM500,000 akibat diperdaya pengarah syarikat itu berhubung pelantikan wakil rakyat di Hulu Selangor.

Katanya, dia juga dilantik sebagai timbalan penaja parti dan mengikut individu berkenaan ke seluruh negara bagi pelaksanaan kerjasama itu.

"Saya diminta bagi mengurus pelaksanaan serta melakukan kertas kerja beberapa projek yang dijanjikan namun selepas seminggu, dia memberi pelbagai alasan termasuk tidak boleh bertanding susulan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak meluluskan penubuhan parti berkenaan.

"Sehingga laporan ini dibuat, tiada sebarang rundingan dibuat berhubung perkara itu dan saya rasa diperdaya.

"Semakan juga mendapati bukan saya saja menjadi mangsanya malah orang lain turut berdepan situasi sama," katanya.

Manakala Datuk Norhisham Nasrom, 40, berkata, beliau mengalami kerugian hampir RM500,000 bukan saja diperdaya untuk menjadi calon Parlimen Bagan Serai, Perak malah individu itu turut meminta pinjaman secara peribadi.

"Pada masa ini, wang tidak menjadi pertikaian saya, ia lebih kepada maruah selaku pengerusi Pertubuhan Kebajikan Penyatuan Malaysia yang mana selama ini sudah banyak bantuan demi kesejahteraan rakyat saya lakukan.

"Saya juga tidak mahu orang lain menjadi mangsa penipuan individu ini kerana impaknya mengubah kehidupan sehingga ada dalam kalangan rakan kami yang menjadi muflis.

"Diharap mangsa lain turut tampil buat laporkan supaya siasatan lanjut dapat dilakukan pihak berkuasa," katanya.

Asia: Perkahwinan mewah anjing cetus kemarahan ramai

Agensi
FOTO tular menunjukkan perkahwinan anjing itu yang menelan belanja 200 juta rupiah (kira-kira RM60,621). FOTO Instagram
FOTO tular menunjukkan perkahwinan anjing itu yang menelan belanja 200 juta rupiah (kira-kira RM60,621). FOTO Instagram
Jakarta: Dua wanita Indonesia membuat permohonan maaf secara umum selepas majlis perkahwinan mewah untuk anjing mereka mencetuskan reaksi negatif daripada orang ramai.

Indonesia adalah antara negara terperangkap dalam pengagihan kekayaan yang paling tidak sama rata di dunia.

The Straits Times melaporkan, dalam majlis perkahwinan mewah itu, dua anjing baka Alaska Malamute dikahwinkan di sebuah pusat beli-belah di sini, baru-baru ini.

Pasangan anjing itu disarungkan pakaian tradisional Jawa yang dihadiri pemilik dan saudara-mara pemiliknya pada majlis yang dilaporkan menelan belanja 200 juta rupiah (kira-kira RM60,621).

Kekecohan terjadi media sosial menyusuli selepas imej anjing seperti serigala itu muncul dengan masing-masing mengeluarkan kuku tajam sebagai simbolik majlis perkahwinan mewah itu.

Berikutan itu, kedua-dua pemilik anjing membuat permohonan maaf secara umum bagi meredakan kekecohan umum.

"Kami amat menyesalinya, dan kami ingin memohon maaf kepada peminat budaya Jawa dan semua rakyat Indonesia yang tidak selesa dan terluka dengan peristiwa itu," kata Indira Ratnasari, pemilik anjing betina bernama Luna, pada Rabu.

Menurut rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram jurusoleknya, Indira Ratnasari menjelaskan bahawa mereka tidak berniat untuk menghina budaya Indonesia dan Jawa.

Paparan kemegahan kekayaan di Indonesia iaitu negara keempat paling ramai penduduk di dunia ini adalah sangat tidak disukai dan sering dikritik kerana jurang pendapatan rakyat republik itu yang semakin melebar.

Gaji bulanan minimum di Jakarta ialah 4.9 juta rupiah (kira-kira RM1,485) dengan Bank Dunia pada 2022 berkata hampir satu persepuluh daripada 270 juta penduduk Indonesia masih hidup di bawah paras kemiskinan.

Dr M mohon Anwar kemuka dokumen kes saman

FMT Reporters

SHAH ALAM: Dr Mahathir Mohamad telah memfailkan permohonan agar Mahkamah Tinggi mengarahkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengemukakan dokumen dirujuk dalam pernyataan pembelaan beliau bagi kes fitnah mereka yang sedang berjalan.

Bekas perdana menteri itu mahu Anwar mengemukakan dokumen mengenai dakwaan isu menyelamatkan Konsortium Perkapalan Bhd (KPB) oleh Petronas dan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) pada 1997.

Selain itu, kontrak oleh Telekom Malaysia Bhd kepada Opcom Cables Sdn Bhd (2003), lesen fabrikasi oleh Petronas kepada Kencana Petroleum Bhd (2002) dan laporan berkaitan permintaan Perwaja Steel Bhd untuk mendapatkan dana daripada kerajaan (1998).

KPB, kini dikenali sebagai Pos Logistics Bhd, dimiliki anak Mahathir, Mirzan manakala Mokhzani dan Mukhriz, juga merupakan pemegang saham dalam Opcom.

Mokhzani mengasaskan Kencana Capital Sdn Bhd, yang kemudiannya menjadi Kencana Petroleum Bhd.

Mahathir juga mahu Anwar mengemukakan dokumen berkaitan yuran guaman yang dibayar kepada dua firma guaman, Lewis & Co dan VK Lingam & Co.

Peguamnya, Rafique Rashid Ali memberitahu pemberita bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Zaharah Hussain telah mengarahkan peguam kedua-dua pihak memfailkan penghujahan mereka pada 8 Sept sebelum mahkamah membuat keputusan pada 2 Okt.

Mahathir menyaman Anwar atas kenyataan yang dibuat pada Kongres PKR pada 18 Mac yang menggelarnya sebagai rasis dan mengatakan beliau telah memperkayakan keluarganya semasa memegang jawatan.

Mahathir dalam samannya mendakwa kenyataan Anwar dibuat atas kapasitinya sebagai perdana menteri, oleh itu ia mempunyai kesan lebih teruk terhadapnya berbanding kenyataan sama yang dibuat rakyat biasa.