Bersatu diminta muhasabah, ‘Tak boleh lagi bergantung undi protes Umno’
Nora Mahpar
Wan Saiful Wan Jan menjelaskan Bersatu sejak ditubuhkan lapan tahun lalu menerima gelombang sokongan ahli Umno yang menolak kepimpinan Zahid Hamidi.
Wan Saiful Wan Jan berkata Bersatu perlu melahirkan lebih ramai penyokong tegar untuk menguatkan kedudukan.
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin Bersatu meminta parti itu bermuhasabah yang mereka belum mempunyai ramai penyokong tegar dan terpaksa bergantung gelombang penolakan ahli Umno terhadap pimpinannya.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Wan Saiful Wan Jan, berkata kekalahan Bersatu mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam beberapa siri PRK memberi petanda gelombang itu sudah hampir lenyap, memberi amaran parti tidak lagi boleh bergantung undi protes.
Bersatu kalah dalam semua PRK selepas PRU15 dan PRN disertainya iaitu di dua di Johor (Parlimen Pulai dan DUN Mahkota) selain DUN Kuala Kubu Baharu (Selangor) serta DUN Nenggiri (Kelantan).
Menurut Wan Saiful, walaupun kekalahan itu turut dicemari dakwaan seperti salah guna jentera oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), ia harus menjadi iktibar untuk memikirkan kelangsungan parti jangka panjang.
ADVERTISING
ppbm bersatu
Bersatu mempunyai penyokong tegar namun kelompoknya masih kecil, kata Wan Saiful Wan Jan.
“Bersatu kena ambil ini sebagai muhasabah kepada parti bahawa kita masih belum ada penyokong tegar, mungkin ada tapi kelompoknya mungkin kecil yang memerlukan kita fokus untuk meluaskan asas sokongan kepada parti.
“Supaya bila gelombang (protes dan penolakan ahli Umno terhadap pimpinannya) benar-benar tamat kita tetap kuat,” katanya dalam temu bual bersama FMT di Parlimen.
Sebelum ini, pemerhati politik berpendapat PN diterajui Bersatu mencatat keputusan baik di kerusi majoriti Melayu pada PRU15 dan PRN enam negeri susulan peralihan sokongan ahli Umno kepada komponen itu.
Play
Kajian firma kaji selidik Ilham Centre mendapati antara faktornya adalah ahli Umno pada peringkat awal sukar bekerjasama dengan PH terutama DAP menerusi kerajaan perpaduan.
Cadangan bernas
Sehubungan itu, Wan Saiful berkata Bersatu tidak lagi boleh bergantung gelombang dinikmatinya sejak ditubuhkan lapan tahun lalu dan kini perlu menarik ahli menyokong perjuangan parti dengan menawarkan agenda jelas kepada rakyat.
“Bukan lagi sokong sebab tolak parti lain,” katanya yang menduduki tiga tangga teratas bagi pertandingan jawatan MPT pada pemilihan Bersatu awal bulan ini.
Bagi melahirkan ramai penyokong tegar, Wan Saiful berkata pemimpin dan ahli perlu memperbanyakkan usaha untuk menawarkan cadangan bernas berkait pentadbiran negara.
“Kena bagi cadangan alternatif kepada dasar kerajaan sekarang dan itu akan mewujudkan kelompok rakyat menyokong kita bukan atas sebab tolak orang orang lain.
“Sokongan seperti itu perlu diwujudkan selepas ini,” katanya, menyeru ahli serta pemimpin Bersatu mendalami dokumen idealisme perjuangan parti dilancarkan Julai lalu.
Mengulas sama ada gesaan sama juga ditujukan kepada rakan PN seperti PAS, Gerakan dan MIPP, Wan Saiful mengakui keperluan itu namun pada masa ini beliau mahu fokus kepada Bersatu terlebih dahulu.
“Kalau nak perkukuhkan taman perumahan besar kena pastikan rumah kita bersih dan cantik dahulu…jadi saya mahu lihat Bersatu lebih kemas.
“Sebab itu bila saya bercakap mengenai idealisme perjuangan Bersatu iaitu kanan pertengahan, kena jelas dasar ekonomi kita terbuka untuk membolehkan dikembangkan lagi…galakkan pertumbuhan PKS (perusahaan kecil dan sederhana) selain institusi keluarga diperkukuhkan,” katanya.
2 lelaki ceroboh pencawang elektrik melecur akibat letupan
Norzamira Che Noh
am@hmetro.com.my
SEORANG daripada lelaki yang melecur selepas menceroboh bilik pencawang elektrik TNB. FOTO Ihsan Polis.
Shah Alam: Dua lelaki yang menceroboh kawasan bilik pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Seksyen 6, di sini, melecur dipercayai akibat letupan dan kebakaran.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada wakil TNB berhubung kejadian itu pada 12.17 tengah hari tadi.
"Siasatan mendapati dua lelaki itu menceroboh dan cuba memotong kabel sehingga menyebabkan letupan dan kebakaran. Turut dijumpai di tempat kejadian adalah peralatan pemotong kabel.
"Kedua-duanya melecur di muka, tangan serta kaki dan dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan.
"Mereka kini dilaporkan stabil dan ditahan di wad untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, suspek pertama berusia 49 tahun dan suspek kedua berumur 31 tahun masing-masing 10 dan 21 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
"Kejadian tersebut turut mengakibatkan berlaku gangguan elektrik di kawasan sekitar. Kerugian dianggarkan RM350,000 untuk kos pembaikan dan pemasangan semula kabel.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 431a Kanun Keseksaan. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Sabryna Mohammad Taha di talian 014-5130450," katanya
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
KOSMO!
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram.
JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indonesia membuktikan kepada gurunya bahawa lembu makan martabak, lapor portal berita Tribun Gorontalo hari ini.
Satu rakaman video menunjukkan perdebatan ‘panas’ murid berkenaan dan gurunya yang dikenali sebagai ‘Pak Ribut’ menjadi tular di media sosial, baru-baru ini.
Guru itu juga membuat pertaruhan dengan anak muridnya, Desril sebanyak 1 juta rupiah (RM280) jika benar terdapat lembu yang makan martabak.
Pak Ribut kemudian pergi ke rumah jiran murid tersebut dengan membawa hidangan martabak.
Mereka seterusnya pergi ke kandang haiwan itu milik jiran anak muridnya.
Pemilik kandang yang dikenali sebagai Pak Kamal memberikan martabak kepada lembu peliharaannya.
Guru itu terkejut kerana terbukti dakwaan Desril adalah benar. – AGENSI
7 warga Indonesia naik MPV maut, polis siasat sama ada masuk secara sah
FMT Reporters
Semalam lapan maut di Sarikei termasuk pemandu dalam nahas akibat pertembungan dengan 4WD dalam cubaan melarikan diri daripada polis.
Tujuh warga Indonesia belum diketahui status kemasukan ke Sarawak maut dalam nahas di KM448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei, petang semalam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat sama ada tujuh warga Indonesia yang maut dalam nahas KM448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei petang semalam, masuk secara sah atau tidak.
Ketua Polis Sarikei Aswandy Anis, berkata setakat ini identiti semua warga Indonesia terkorban itu belum dikenal pasti dan pihaknya sudah memaklumkan kepada pihak Konsulat Jeneral Indonesia bagi membantu mengenal pasti identiti mereka.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa berusia dalam lingkungan antara 16 hingga 53 tahun, manakala pemandu kenderaan yang dinaiki mereka merupakan lelaki tempatan beralamat di Sibu dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
“Semua mayat mangsa kini ditempatkan di Hospital Sarikei untuk tujuan bedah siasat,” katanya menurut Bernama.
Semalam, lapan termasuk tujuh warga asing maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak, berkata semua mangsa maut menaiki Perodua Alza, manakala pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan itu mengalami kecederaan.
Sementara itu, Aswandy berkata lebih kurang 2.50 petang semalam, peronda MPV polis yang sedang membuat rondaan di simpang Jalan Jakar telah terserempak dengan kereta Perodua Alza berkenaan dalam keadaan mencurigakan dan mengarahkan pemandu memberhentikan kenderaan.
Namun, pemandu kenderaan itu telah memecut laju dan ketika memasuki laluan melawan arus, pasukan MPV sekali lagi membunyikan siren sebagai amaran dan mengarahkan pemandu menghentikan kenderaan, tetapi tidak dihiraukan.
“Apabila sampai di Jambatan Sungai Nyelong Pan Borneo, kereta itu bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mengakibatkan semua penumpang termasuk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Sindiket seludup warga asing tumpas, sekepala sampai RM6,000
FMT Reporters
Seorang lelaki warga Thailand disyaki dalang ditahan beroperasi melalui pangkalan haram Rantau Panjang.
Sindiket menyeludup warga asing yang disenarai hitam dari masuk ke negara ini sudah beroperasi sejak dua bulan lalu. (Gambar JIM)
PETALING JAYA: Sindiket membawa masuk warga asing disenarai hitam pihak berkuasa tempatan dengan mengenakan bayaran RM3,000-RM6,000 tumpas di Rantau Panjang, Kelantan.
Dalam operasi khas imigresen kelmarin, Pasukan Taktikal Khas Imigresen (Pastak) bersama imigresen Kelantan berjaya menahan dua lelaki tempatan dan enam warga Thailand dengan seorang daripadanya disyaki menjadi dalang utama.
Dalam kenyataan, imigresen berkata, modus operandi adalah dengan mengangkut pendatang asing secara berulang-alik menggunakan motosikal dari pangkalan haram, dihantar ke lokasi lain di mana van sedia menunggu.
“Pasukan operasi turut menahan 13 lelaki dan 22 perempuan warganegara Indonesia, dua lelaki warganegara Thailand, seorang lelaki warganegara Myanmar, dan seorang perempuan warganegara Thailand berusia antara 20 hingga 58 tahun.
“Jumlah keseluruhan yang ditahan adalah seramai 47 orang,” menurut kenyataan itu.
Katanya, sindiket dipercayai sudah beroperasi selama dua bulan lalu dengan warga asing berkenaan akan dibawa ke Lembah Klang menggunakan van pelancong Thailand.
Imigresen juga merampas 39 pasport terdiri daripada 35 pasport Indonesia dan empat pasport Thailand, dan naskhah pas sempadan, tujuh unit telefon bimbit, serta sejumlah wang asing.
“Turut disita enam buah kenderaan terdiri daripada empat buah van komuter Thailand, sebuah Naza Ria, dan sebuah motosikal jenis Honda Wave yang dipercayai digunakan untuk mengangkut warga asing,” katanya.
Dua lelaki tempatan dan enam lelaki warga Thailand disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdangan Orang dan Antipenyelupan Migran (Atipsom) 2007.
Warga asing lain ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguat Kuasa, Imigresen Kelantan, untuk tindakan lanjut.
Lama tidak kelihatan, 2 beradik warga emas disahkan maut
Mary Victoria Dass
am@hmetro.com.my
ANGGOTA bomba melakukan operasi membuka rumah warga emas yang dilapor meninggal dunia. FOTO Ihsan JBPM.
Kulai: Misteri dua beradik warga emas tidak dilihat jiran selama beberapa hari lalu, terjawab apabila kedua-duanya ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka di Taman Mewah di sini, hari ini.
Mayat kedua-duanya ditemukan selepas jiran seorang jiran membuat laporan polis selepas terhidu bau busuk dari rumah itu.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee mengesahkan menerima laporan berkaitan kematian sepasang warga emas berusia 65 dan 67 tahun.
"Kes masih dalam siasatan, namun siasatan awal menunjukkan tiada unsur jenayah. Setakat ini, ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor memaklumkan menerima panggilan untuk bantuan membuka rumah berkunci pada 12.37 tengah hari.
Katanya, enam anggota Bomba Bomba dan Penyelamat Kulai bersama jentera dan kenderaan EMRS ke lokasi dan dimaklumkan sepasang warga emas terkunci di dalam rumah.
Menurutnya, tindakan segera diambil sebelum mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis.
"Operasi tamat pada 1.58 tengah hari," katanya dalam kenyataan.
Mursyidul Am PAS: Runding jawatan ketua PN, ‘poster boy’ PRU16
Anne Muhammad
Hashim Jasin berkata perbincangan untuk membuat keputusan perlu berdasarkan keadaan sebenar dan kekuatan parti masing-masing.
PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menegaskan pemilihan ketua Perikatan Nasional (PN) yang sekali gus diangkat calon perdana menteri dari komponen itu perlu dirunding untuk menilai semua aspek.
Bercakap kepada FMT, Hashim berkata parti itu bukan mahu berebut jawatan tetapi perbincangan membabitkan semua parti komponen perlu menjadi asas dalam membuat keputusan bukan hanya pihak tertentu sahaja.
Beliau merujuk kenyataan Presiden Gerakan Dominic Lau yang mempertahankan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi PN dan ‘poster boy’ komponen itu menuju PRU16.
“Saya rasa dia (Gerakan) sahaja menentukan siapa calon PM. Apa yang saya kata perkara ini perlu dirunding bukan ditentukan satu parti sahaja.
“Kena runding dahulu kerana asas perundingan mesti berdasarkan persediaan tertentu, keadaan sebenar dan kekuatan parti masing-masing.
“Runding dahulu, ini satu parti kata orang ini sahaja. Tak betul itu kerana kita dalam satu pakatan,” kata Hashim yang juga bekas Adun Sanglang.
Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Hashim yang berkata PAS lebih layak memimpin PN kerana wakil rakyatnya paling ramai di Parlimen dan mempunyai jentera akar umbi kuat.
Menurutnya, PAS juga tiada rekod atau masalah lompat parti berbanding Bersatu yang ketika ini terbukti banyak kepincangan.
Hashim mengulas kenyataan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu yang dilaporkan berkata Muhyiddin sebagai calon tunggal jawatan perdana menteri bagi PN pada PRU16.
Selain mempertahankan Muhyiddin, Lau turut menolak kenyataan Hashim yang mengatakan kelayakan untuk menjadi perdana menteri adalah jumlah kerusi Dewan Rakyat dan kekuatan jentera akar umbi.
PAS ketika ini memiliki 43 kerusi Parlimen iaitu terbesar dalam PN berbanding 31 dimenangi Bersatu pada PRU15 namun berkurangan kepada 25 selepas enam wakil rakyatnya menyokong Anwar.
Parti pimpinan Hadi Awang itu juga memerintah Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Kelantan: Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Bernama
Salah seorang anggota PPDA sedang menjalankan misi SAR ke atas remaja yang dikhuatiri lemas di tali air Kampung Padang Enggang, Kota Bharu. - Bernama
KOTA BHARU: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua sebuah sekolah di sini ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air semasa mandi bersama dua lagi rakannya di Kampung Padang Enggang, hari ini.
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim Ramli Abdullah berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.15 petang tadi dan tiba di lokasi pencarian enam minit kemudian.
Beliau berkata bomba mengerahkan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa dan Kota Darulnaim, serta empat anggota Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) bagi mengesan mangsa.
"Operasi melibatkan pasukan PPDA yang memulakan pencarian di permukaan air menemukan mangsa di dasar tali air pada 6.30 petang tadi," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Ramli berkata beliau difahamkan mangsa tergelincir kerana kawasan tebing tali air dipenuhi lumpur ekoran hujan, manakala mangsa tidak pandai berenang dan kejadian berlaku ketika hujan renyai.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Polis temui 12 mayat ditanam berhampiran kuil di Bangkok
AGENSI
Pihak berkuasa memeriksa mayat yang ditemui selepas penggalian semula perkuburan di kawasan kontroversi berkaitan keagamaan atau monastik di daerah Chanu Woralak Buri, wilayah Kamphaeng Phet, dekat Bangok, kelmarin. - Foto ihsan Thaiger
BANGKOK: Selepas menyerbu sebuah kuil selepas disyaki menggunakan mayat dalam ajaran pelik ke atas kanak-kanak, pegawai forensik negara ini menggali semula perkuburan di kawasan kontroversi berkaitan keagamaan atau monastik di daerah Chanu Woralak Buri, wilayah Kamphaeng Phet, dekat sini, kelmarin.
Prosedur menggali semula itu dibuat selepas polis, pegawai kesihatan awam, pegawai dari Pejabat Buddha Kamphaeng Phet dan ketua daerah berkumpul untuk memeriksa pusat monastik yang tidak dinamakan pada 19 November lalu itu.
Hasilnya, pegawai dari Pejabat Sains Forensik Polis menemui 12 mayat dari 17 lokasi disyaki tapak pengebumian dengan empat didapati sudah reput manakala bakinya tinggal rangka.
Satu daripada mayat yang digali semula itu dikatakan diderma kepada kuil bagi 'amalan dharma' hampir dua bulan lalu, memetik keterangan ahli keluarga kepada pihak polis.
Semua mayat itu kemudian dipindahkan ke Wat Kuha Sawan di Tambon Bo Tham, daerah Chanu Woralak Buri, sementara menunggu untuk dituntut waris.
Sementara itu, polis berkata, saringan DNA akan dibuat sebelum mayat itu diserahkan kepada waris untuk upacara keagamaan.
Polis juga akan meminta pegawai kuil mengemukakan bukti, sama ada mayat terbabit sudah dipindahkan secara sah atau mereka bakal berdepan tuduhan mencuri dan menyembunyikan mayat, jika keadaan sebaliknya.
Serbuan dibuat selepas halaman Facebook komuniti Kamphaeng Phet memberi amaran kuil menggunakan mayat dalam ajaran pelik kepada kanak-kanak, yang antara lain turut memaparkan klip video kanak-kanak meneka nombor dengan betul di hadapan sekumpulan pengikut kuil terbabit.
Ketua sami ketika serbuan di kuil terbabit yang diketuai Ketua Daerah, Wat Chai-apirak mendakwa klip video itu adalah rakaman lama yang dirakam kira-kira lima bulan lalu.
Dia mendakwa, klip video terbabit dirakam sekumpulan pelajar dharma yang datang ke kuil untuk menjalani latihan, selain menegaskan premis itu tidak mengajar kanak-kanak cara memperoleh 'mata dan telinga ajaib', seperti didakwa halaman Facebook berkenaan.
Namun, dia mengakui, kuil itu menggunakan mayat untuk membolehkan pelajar dharma memahami kebenaran kehidupan.
- AGENSI
-bharianonline
Pensyarah didakwa hina nabi: Jawi turut buka siasatan
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Semua pihak perlu berhati-hati ketika menyampaikan ucapan terutama dalam perkara berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, perkara itu bagi mengelakkan sebarang pengucapan yang boleh menimbulkan kontroversi umum.
"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil maklum kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bahawa pihak polis sudah membuka kertas siasatan berhubung tindakan seorang individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.
"Kami meminta semua pihak untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya perkara ini kepada pihak PDRM.
"Pada masa sama, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut membuat siasatan mengikut Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Wilayah Persekutuan) 1997 berhubung perkara berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular di laman sosial berhubung pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi yang dikatakan melakukan persembahan 'hangat' di sebuah konvensyen, baru-baru ini.
Persembahan itu didakwa mempunyai unsur menghina Rasulullah SAW dan Siti Aisyah RA, sekali gus mengundang reaksi pelbagai daripada umat Islam.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Bernama
Kuil Buddha bersejarah di Chiang Mai, Wat Chet Yot menyimpan pelbagai khazanah usang yang berharga. - Wikipedia
BANGKOK: Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Superintenden Pusat Pemeriksaan Imigresen Chiang Saen di Chiang Rai, Kolonel Polis Chinakorn Atsawaphum, dalam kenyataan pada Jumaat berkata siasatan terhadap kes itu bermula selepas polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
"Polis mendapati suspek, seorang sami dari Malaysia yang menetap di kuil itu, menghilangkan diri selepas kecurian," katanya, sambil menjelaskan waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Wilayah Chiang Mai pada 20 Nov.
Beliau berkata, sami berusia 50 tahun itu ditahan berhampiran Wat Phra Chao Lan Thong di wilayah Chiang Rai kira-kira pukul 12 tengah hari pada Khamis.
"Suspek mengaku dia adalah individu yang dinamakan dalam waran tangkap. Siasatan kes ini sedang dijalankan," kata Chinakorn.
Sebelum pihak berkuasa Thailand meneruskan tindakan undang-undang, Chinakorn berkata suspek, yang mungkin berdepan tuduhan mencuri di kediaman di bawah undang-undang Thailand, berkemungkinan akan dilucutkan statusnya sebagai sami terlebih dahulu.
-- BERNAMA
21 pelajar ditahan disyaki bergaduh di gelanggang futsal
Juwan Riduan
am@hmetro.com.my
TANGKAP layar video tular membabitkan pergaduhan sekumpulan pelajar di gelanggang futsal di Kota Kinabalu. VIDEO tular.
Kota Kinabalu: Polis menahan 21 pelajar disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah gelanggang futsal, di sini, yang tular di media sosial, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, ia membabitkan pelajar tingkatan empat dan lima.
"Semua 21 pelajar bawah umur itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan di gelanggang futsal berkenaan.
"Mereka ditahan semalam, namun dibebaskan dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Kasim berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham yang berlaku sebelum ini.
"Mangsa dipukul beramai-ramai dan mengalami sakit pada beberapa bahagian badan serta dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.
"Setakat ini, tindakan masih dijalankan untuk melengkapkan kertas siasatan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Semalam, tular satu rakaman video memaparkan sekumpulan pelajar sekolah bergaduh di sebuah gelanggang futsal di Kampung Tebobon, Manggatal, di sini.
Turut tular gambar menunjukkan kecederaan dialami seorang mangsa yang didakwa dipukul ketika cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.
Polis rampas dadah, tahan lima termasuk seorang wanita warga Thailand sedang berparti
BERNAMA
JOHOR BAHRU: Polis menahan lima individu termasuk seorang wanita warga Thailand yang disyaki terlibat penyalahgunaan dadah semasa sedang berparti di sebuah kondominium di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kesemua suspek termasuk empat lelaki tempatan berusia lingkungan 17 hingga 32 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 12.30 tengah malam Khamis.
Beliau berkata polis turut merampas 109.55 gram serbuk dipercayai ekstasi, 4.2 gram syabu, 0.55 gram ketamin dan 0.3 gram pil eramin 5 dalam serbuan itu.
“Siasatan awal mendapati dadah berkenaan milik kesemua suspek dan digunakan bagi tujuan berhibur di lokasi tersebut. Dadah itu diperoleh daripada seorang individu yang hanya dikenali melalui aplikasi WeChat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Raub berkata ujian air kencing mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine dan kesemua suspek direman hingga Isnin ini.
“Polis turut merampas wang tunai RM4,550, beberapa keping wang kertas mata wang asing, empat utas rantai emas serta sebuah Toyota Vios,” katanya dan menambah kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Bernama
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard. - Facebook Abang Adik
KUALA LUMPUR: Filem Abang Adik memenangi Filem Terbaik di 10th Asian World Film Festival 2024 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat hari ini.
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard.
"Abang Adik baru sahaja memenangi Filem Terbaik dan Aktor Terbaik di Asian World Film Festival. Terima kasih kepada semua hakim untuk pengiktirafan ini," menurut hantaran di Facebook filem itu.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan filem arahan sulung pengarah Jin Ong itu merangkul 19 anugerah antarabangsa, sekali gus satu pencapaian yang membuktikan filem Malaysia mampu bersaing dan menyerlah di peringkat global.
Antara pencapaian tertinggi Abang Adik ialah Anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Asia New York (Uncaged Competition ke-22), dan merangkul Golden Mulberry, Black Dragon Critics' Award, serta White Mulberry Award untuk Filem Cereka Terbaik di Far East Film Festival ke-25 di Udine, Itali.
Selain itu, filem berkenaan juga menerima pengiktirafan di Festival Filem Antarabangsa Fribourg ke-37, Switzerland dan Festival Filem First di China.
Filem Abang Adik turut mencatatkan kejayaan luar biasa di China dengan kutipan pawagam mencecah RM2.2 juta setakat 30 September lepas selepas mula ditayangkan pada 21 September 2024, kutipan pecah panggung RM14.6 juta di Taiwan dan RM1.55 juta di Hong Kong, menjadikannya filem Malaysia pertama mencatatkan rekod tayangan tertinggi.
-- BERNAMA
Zaid Ibrahim: PAS usah mimpi calon jadi PM
Malaysiakini
PAS tidak usah menanam angan-angan merebut jawatan perdana menteri sekiranya PN menang dalam pilihan raya umum yang akan datang, menurut Zaid Ibrahim.
Bekas menteri undang-undang itu berkata negara memerlukan seorang pemimpin yang berani 'berjihad' melawan rasuah tetapi tidak yakin PAS mampu melakukan perkara tersebut.
"Mereka hanya akan mengejar sasaran yang mudah seperti kedai 4D, pusat urut, kedai arak dan kedai babi Cina. Serta panggung wayang yang tidak memasang lampu," katanya pada satu kenyataan hari ini.
Zaid juga berkata walaupun terdapat ramai pemimpin PAS yang berkelayakan untuk menjadi perdana menteri, mereka tidak sesuai atau tidak mempunyai peluang untuk menang.
"PAS parti yang hanya menarik sokongan orang Melayu di utara Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
"Mereka tidak mendapat sokongan di tempat lain. Jadi, tidak berfaedah bagi PAS untuk bermimpi menjadi PM.
"Melainkan, sudah tentu, PAS bersedia untuk mengambil tindakan keras terhadap penjawat awam yang rasuah," tambahnya.
Tanpa mengira siapa atau parti mana yang berkuasa, Zaid berkata tiada pemimpin semasa yang bersedia untuk menentang kartel-kartel.
Ramai sida-sida politik
"Kartel beras, baja, pekerja asing, penyeludupan rokok dan manusia, minyak masak, pekerja migran dan mereka yang mengeluarkan AP yang tidak perlu untuk keuntungan segera.
"Individu yang layak mendapat sokongan sebagai PM itu orang yang bersedia menangani rasuah sebenar, bukan indeks persepsi rasuah.
"Untuk itu, kita perlu menangani penjawat awam yang rasuah. Di negara kita, kita telah menghantar PM dan ahli politik atasan ke penjara, tetapi adakah kita melakukan perkara yang sama kepada penjawat awam yang tertinggi? Tidak. Kita memindahkan mereka ke jabatan lain.
"Hentikan pengeluaran AP untuk pelbagai perniagaan dan perdagangan hamba dan dakwa penyalahguna di mahkamah bukannya memindahkan mereka ke jabatan lain," katanya lagi.
Gambar fail, Mursyidul AM PAS Hashim Jasin.
Tanpa berselindung, Zaid berkata Malaysia mempunyai terlalu banyak "sida-sida politik" yang menghalang pembasmian rasuah.
"Kita ada jihad terhadap khalwat tetapi tidak terhadap pentadbir yang rasuah," tambahnya.
Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan Mursyidul AM PAS Hashim Jasin berkata parti itu lebih layak menerajui PN.
Dia juga menafikan PAS menamakan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin untuk menjadi calon perdana menteri.
Gerakan kemudian mengingatkan PAS bahawa Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu merupakan calon yang paling layak untuk menjadi 'poster boy' PN.
Remaja 15 tahun tayang borang nikah
KOSMO!
Perkongsian remaja itu di TikTok.PETALING JAYA – Sepasang kekasih berusia 15 tahun menjadi mencuri tumpuan apabila remaja perempuan tersebut memuat naik borang nikah di TikTok baru-baru ini.
Menerusi perkongsian remaja itu, terdapat dua keping gambar pasport pasangan terbabit dengan berlatar belakangkan borang pendaftaran perkahwinan mereka.
Semakan pada maklumat di borang, pasangan remaja itu hanya memiliki pendidikan di tahap sekolah rendah.
Sementara itu, rata-rata meluahkan kebimbangan berhubung masa depan pasangan muda tersebut apabila mereka dilihat lebih memilih untuk mendirikan rumah tangga berbanding pembelajaran dan kerjaya yang stabil.
Sebahagian netizen turut mempersoalkan adakah pasangan itu mampu bertahan dalam suasana kos sara hidup yang tinggi ketika ini selain impak terhadap perkahwinan muda apabila statistik perceraian menunjukkan pasangan muda adalah paling tinggi bercerai.
Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mendedahkan kadar perceraian yang tinggi di negara ini berlaku dalam kalangan ‘keluarga muda’ iaitu perkahwinan di bawah usia 10 tahun.
Beliau berkata, ia mengambil kira purata usia rakyat Malaysia yang memasuki ikatan perkahwinan pada usia antara 27 dan 28 tahun.
Ini kerana, kebanyakan pasangan di dalam fasa memilih untuk kahwin muda tidak memikirkan tentang komitmen yang perlu ditanggung kelak.
“Dua-dua bakal suami isteri sekolah tak habis. Moga ade usaha cari ilmu keibubapaan dan rumah tangga . Faham tanggungjawab dan sebagainya, andai dapat zuriat suatu hari nanti, semoga dapat dibentuk dengan baik si anak. Allah dah susun jalan kehidupan dia, siapa la kita nak halang,” kata Nora Afii.
“Ikutkan masih sekolah tapi dah kahwin macam mana urus kewangan? Nak kerja pun belum 16 tahun lagi. Jadi memang mak ayah kena tanggung lah. Semoga Allah mudahkan segala urusan kalian,” ujar Eika.
“Awak muda setahun dari umur saya kahwin dik. Akak kahwin umur 16 tahun . Peduli la apa orang nak kata, benda baik dan jangan pandang sebelah mata orang kahwin muda ini. Dah jodoh kita awal,” kata Kekda. – KOSMO! ONLINE
Seorang doktor didakwa rakam punggung wanita
FMT Reporters
Dr Amirul Haqim Ayub didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pasar raya di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, tahun lalu.
PETALING JAYA: Seorang pegawai perubatan sebuah hospital didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan merakam video punggung dan badan mangsa di sebuah pasar raya, tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh Dr Amirul Haqim Ayub, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman, lapor Sinar Harian.
Mengikut pertuduhan, Amirul didakwa dengan sengaja mengaibkan kesantunan seorang pekerja wanita berusia 27 tahun dengan merakam video punggung dan bahagian badan mangsa menggunakan telefon bimbit.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah kedai penjagaan kecantikan dan kesihatan dalam sebuah pasar raya di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan sekitar jam 6.30 petang pada 12 Julai 2024.
Tertuduh yang sudah berkahwin didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Nurul Farahdiana Md Saad manakala tertuduh diwakili peguam S Kumaresan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
4 lelaki didakwa culik 2 warga asing
FMT Reporters
Dua tertuduh warga Myanmar mengaku bersalah, manakala dua tertuduh warga tempatan mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan.
PETALING JAYA: Dua warga Myanmar antara empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth atas pertuduhan menculik dua warga asing minggu lalu.
Habizur Rahman Abul Jamil, 27, dan Abdullah Abu Jamil, 38, mengaku bersalah, manakala warga tempatan Hadzri Abd Hamid, 40, dan Azri Shahrizal Abd Rahman, 41, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di depan Penolong Pendaftar Mohamad Azrul Muhd Sobri.
Empat tertuduh didakwa secara bersama menculik dua lelaki warga asing dengan niat mengurung secara rahsia dan salah di tapak pembinaan sebuah stesen minyak di Telok Ayer Tawar, Seberang Perai Utara, kira-kira 8.30 malam 13 Nov lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Airina Syazreen Zainurin, manakala empat tertuduh tidak diwakili peguam.
Harian Metro melaporkan mahkamah tidak menawarkan jaminan kepada dua tertuduh warga Myanmar, manakala dua warga tempatan dibenarkan ikat jamin masing-masing RM5,000 dengan seorang penjamin.
Sebutan semula kes pada 3 Dis depan untuk kehadiran jurubahasa Myanmar.
Lans koperal mengaku tak salah curi barang kemas wanita meninggal
FMT Reporters
Tertuduh, Mohd Alifah Mohd Sapie, 35, didakwa mencuri seutas rantai leher dan tangan milik si mati bernama Nur Farhana Nisha Syazwan, 26, pada 1 Okt lalu.
Mohd Alifah Mohd Sapie, 35, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana mencuri barangan kemas daripada wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta.
PETALING JAYA: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mencuri barangan kemas daripada wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta, bulan lalu.
Tertuduh, Mohd Alifah Mohd Sapie, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas ia dibacakan di hadapan Majistret M S Arunjothy, lapor Berita Harian.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa mencuri masing-masing seutas rantai leher dan tangan milik si mati bernama Nur Farhana Nisha Syazwan, 26, dalam sebuah kereta di tepi jalan Prima Setapak, Wangsa Maju pada 2.40 pagi, 1 Oktober lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Vivi’Asnita Zaina’Larifin yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan jaminan berikutan ia adalah kesalahan tidak boleh dijamin.
Peguam mewakili tertuduh, Lavinia Raj bagaimanapun memohon jaminan dibenarkan dengan alasan anak guamnya menanggung lima anak masih kecil dan bersekolah.
Arunjothy kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 22 Januari depan.
Kelantan: Ubat haiwan bernilai hampir setengah juta ditemukan di tebing Sungai Golok
Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my
PELBAGAI jenis ubat haiwan dianggarkan bernilai RM434,200 ditemukan dalam lapan bungkusan guni di tebing Sungai Golok. FOTO Ihsan PGA.
Kota Bharu: Lapan bungkusan guni yang mengandungi pelbagai jenis ubat haiwan ditemukan di tebing Sungai Golok di Pangkalan Haram Simpangan, Pengkalan Kubor, Tumpat, dekat sini, semalam.
Kesemua ubat haiwan dipercayai diseludup dari Thailand itu dianggarkan bernilai RM434,200.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, bungkusan guni itu ditemukan jam 3.30 petang ketika rondaan dibuat oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) dalam Op Taring Wawasan.
"Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai jenis ubat haiwan dipercayai dibawa masuk dari Thailand itu tidak mempunyai dokumen yang sah.
"Ubat-ubatan ini disyaki untuk pasaran tempatan. Rampasan dibawa ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya bagi siasatan mengikut Seksyen 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Selain itu, Nik Ros Azhan berkata, sejumlah kotak yang berisi produk kecantikan tanpa dokumen sah turut ditemui di Pangkalan Haram Epek, Rantau Panjang, dekat sini, tengah hari semalam.
Beliau berkata, sebanyak 96 botol krim pelangsing badan dipercayai diseludup dari Thailand dirampas dengan anggaran nilai RM9,600.
8 maut, Perodua Alza bertembung pacuan empat roda di Pan Borneo
CHERINE JON
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dari Perodua Alza yang remuk selepas bertembung dengan pacuan empat roda di Jalan Pan Borneo, berhampiran Sarikei.
SARIKEI – Tujuh warga Indonesia dan seorang warga tempatan meninggal dunia selepas kereta Perodua Alza dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda di Jalan Pan Borneo, dekat sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei Mahmudin Naruddin berkata dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada pukul 3.40 petang tadi, dua daripada mangsa tercampak keluar dari Perodua Alza terbabit dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.
-
Manakala, katanya enam lagi mangsa tersepit di dalam kenderaan berkenaan, dan disahkan meninggal dunia selepas dikeluarkan dari kenderaan yang remuk itu.
“Mayat kesemua mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.
Mahmudin berkata, kesemua mangsa adalah lelaki namun maklumat peribadi mereka belum lagi diketahui dan katanya dua lelaki yang menaiki pacuan empat roda terbabit selamat.-KOSMO! ONLINE
Pemimpin PAS gesa PM tolak tajaan lawatan rasmi
FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak tajaan syarikat swasta untuk lawatan rasmi, kerana bimbang amalan itu memberi contoh buruk kepada penjawat awam.
Naib Presiden Amar Abdullah berkata tindakan menerima tajaan syarikat swasta untuk lawatan rasmi membuka ruang kepada konflik kepentingan dan menjejaskan integriti pentadbiran.
“Ia juga mencetuskan persepsi bahawa keputusan kerajaan boleh dipengaruhi oleh kepentingan pihak penaja, sekaligus menghakis keyakinan rakyat,” katanya dalam kenyataan.
“Lebih membimbangkan, amalan ini memberi contoh buruk kepada penjawat awam. Ia berpotensi mewujudkan budaya kronisme dan rasuah dalam pentadbiran, merosakkan kepercayaan kepada institusi kerajaan.”
Amar berkata Anwar sebagai perdana menteri harus menolak tajaan sebegitu dan memastikan semua perbelanjaan rasmi dibiayai secara telus melalui saluran rasmi.
“Rakyat berhak mendapat kepimpinan yang bebas, bersih, dan telus tanpa sebarang pengaruh luar,” tambahnya.
Terdahulu, Anwar beritahu Dewan Rakyat bahawa sebahagian besar kos lawatan rasminya ke lima negara baru-baru ini ditanggung oleh syarikat berkaitan kerajaan dan swasta yang turut mengikuti program itu.
Katanya, ia pendekatan berbeza yang dibuat oleh pentadbirannya memandangkan kos lawatan kerja rasmi ke luar negara lazimnya menelan perbelanjaan yang tinggi.
Beliau melaporkan syarikat berkenaan diundang dalam lawatan kerja itu dan mempunyai kepentingan perniagaan serta pelaburan, dan kerajaan membantu syarikat itu sama ada import dan eksport.
Anwar berkata Petronas, Sapura Energy, dan Proton antara syarikat yang diundang, lapor Astro Awani.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah, mengenai implikasi kewangan hasil lawaatn kerja beliau itu.
Anwar pulang dari lawatan rasmi ke Kaherah (Mesir), Riyadh (Arab Saudi), Lima (Peru), Rio de Janeira (Brazil), dan Doha (Qatar) semalam.
Bantuan diperlukan untuk mengesan 2 remaja ini yang dilaporkan hilang
Bernama
Rimashini ap Kumar n Nur Adleena Batrisyia
K Rimashini dan Nur Adleena Batrisyia Mohd Saiful Nourman dilaporkan hilang sejak minggu lepas. (Gambar PDRM)
IPOH: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak minggu lepas.
Ketua Polis Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata kedua-dua remaja berkenaan ialah K Rimashini, 15, dan Nur Adleena Batrisyia Mohd Saiful Nourman, 16.
Katanya, Rimashini yang beralamat di Medan Klebang Prima, Chemor dilaporkan hilang dari 12 Nov lepas.
“Nur Adleena Batrisyia yang beralamat di Taman Pakatan di sini pula dilaporkan hilang pada 18 Nov,” katanya dalam kenyataan.
Bagi kes Nur Adleena Batrisyia, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat kes SI Mastiah Itam menerusi talian 012-5687579.
Bagi kes Rimashini, sila hubungi ASP Mahani Mohammed 019-2618221.
Orang ramai juga boleh menghubungi IPD Ipoh melalui talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Lelaki melecur akibat letupan: Litar pintas suis penghawa dingin punca kejadian
Zaid Salim
am@hmetro.com.my
ANGGOTA polis memeriksa rumah mangsa yang terbakar akibat letupan di Kampung Sungai Kerak. FOTO Ghazali Kori
Marang: Kejadian seorang lelaki melecur di muka dan tangan akibat letupan di kediamannya di Taman Emas Murni 2, Sungai Kerak, di sini, petang tadi, dipercayai berpunca daripada litar pintas pada suis penghawa dingin.
Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd Sufian Redzuan berkata, ketika kejadian mangsa yang bekerja sebagai posmen berusia 37 tahun dikatakan baru pulang bekerja dan berseorangan dalam rumah berkenaan.
Katanya, pihaknya menjalankan siasatan awal di bahagian ruang tamu dan bilik tidur rumah teres berkenaan yang juga kawasan utama berlakunya kebakaran.
Mangsa, yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
"Kes diklasifikasikan sebagai kebakaran bangunan. Kita juga dalam proses untuk mendapatkan kenyataan mangsa untuk siasatan sekiranya terdapat unsur mencurigakan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, isteri, mangsa, Norlimasaida Jusoh, 38, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa suaminya, Ahmad Noor Izwan Mohd Radzi, 37, selepas adik iparnya menghantar gambar keadaan suaminya yang terlantar dalam keadaan tubuhnya melecur menerusi Aplikasi WhatsApp selepas lima minit kejadian itu berlaku.
"Ketika kejadian, saya dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerja di Chendering. Sebelum itu saya ada menghubungi dia (suami) meminta menunggu saya untuk mengambil bayi di rumah pengasuh di Taman Gong Nangka, tidak jauh dari rumah.
"Sepuluh minit kemudian saya menerima hantaran WhatsApp daripada adik ipar (Noor Miswari, 27) yang menghantar gambar keadaan suami yang mengalami kecederaan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Norlimasaida berkata, letupan kuat itu mengakibatkan struktur rumah retak, siling runtuh dan beberapa keping nako pecah.
Jiran mangsa, Amira Husni Talib, 35, berkata, ketika kejadian dia bersama dua anak lelakinya berada dalam rumah sebelum terdengar bunyi letupan kuat dari rumah jirannya.
Malah, katanya, akibat letupan itu, sebahagian siling dapur dan ruang tamu rumahnya turut retak.
"Nak cakap petir, tapi bukan walaupun musim hujan, jadi saya pun tertanya-tanya tapi bunyi letupan itu sangat kuat sebelum suami yang berada di luar rumah memanggil keluar," katanya.
Katanya, sebaik keluar rumah dia terkejut melihat jirannya dalam kesakitan dan berlumuran darah sebelum ambulans membawa mangsa ke hospital.
3 beranak naik motosikal maut di Lebuhraya Duke
Bernama
Bayi lelaki daripada keluarga itu yang membonceng selamat dan sedang menerima rawatan di Hospital Selayang.
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa, berkata motosikal dinaiki keluarga itu hilang kawalan selepas memotong sebelum melanggar belakang lori. (Gambar PDRM)
KUALA LUMPUR: Bayi lelaki selamat, namun tiga ahli keluarganya maut dalam nahas di KM2 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) 2 arah Sungai Buloh menghala ke Tol Segambut, pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa, berkata lelaki berusia 37 tahun, isterinya yang berusia 27 tahun, dan seorang anak perempuan mereka berumur empat tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Bayi lelaki berusia kira-kira setahun selamat dan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Rusdi berkata, dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi itu, motosikal dinaiki keluarga berkenaan hilang kawalan selepas dipercayai memotong sebuah kenderaan lain sebelum melanggar belakang sebuah lori yang sedang memunggah barangan daripada lori yang rosak.
“Sebelum kemalangan berlaku terdapat sebuah lori yang membawa produk makanan basah berhenti kerana rosak dan pada masa terdapat sebuah lagi lori berhenti di bahagian belakang (lori rosak) untuk proses memindah barangan.
“Pemilik lori bersama pekerja telah meletakkan kon keselamatan dan dua pekerja membuat kawalan (lalu lintas) semasa pemindahan barang dibuat,” katanya.
Rusdi berkata, proses bedah siasat tiga sekeluarga berkenaan selesai pada 2.30 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, dekat sini.
Wanita putus cinta menangis tengah jalan punca trafik sesak
KOSMO!
Pornpit dihampiri oleh beberapa pengguna jalan raya. - Pattaya Mail
BANGKOK – Seorang wanita di Pattaya Timur menangis teresak-esak di tengah jalan selepas ditinggalkan teman lelakinya, menyebabkan lalu lintas terhenti sepenuhnya, lapor laman berita Thaiger semalam.
Kejadian berlalu kelmarin di Khao Noi, apabila wanita dikenali sebagai Pornpit Lekjan, 37, dilihat duduk di atas jalan dalam keadaan bersedih.
Beberapa pengguna jalan raya yang kehairanan menghampiri wanita itu untuk mengetahui keadaannya.
Pornpit memberitahu bahawa dia baru sahaja ditinggalkan teman lelakinya yang memutuskan hubungan mereka.
Disebabkan tidak tahu hala tuju, wanita itu berjalan lebih 5 kilometer sebelum duduk di tengah jalan dan menangis.
Dia juga mengaku sedang menanti saudara lelakinya datang untuk mengambilnya.
Polis bergegas ke lokasi kejadian bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.
“Dia berada dalam keadaan yang lemah. Mujurlah kami tiba tepat pada waktunya,” kata polis.
Pornpit kemudian dibawa ke balai polis terdekat sebelum ahli keluarganya dihubungi. – AGENSI
Lelaki warga asing mati ditetak akibat dendam
Juwan Riduan
am@hmetro.com.my
Beaufort: Dendam dipercayai menjadi motif seorang lelaki warga asing ditetak hingga mati dalam kejadian di Kampung Balibata, di sini, awal pagi tadi.
Mangsa berusia lingkungan 30-an ditemukan dalam keadaan tertiarap dengan kesan tetakan di bahagian siku lengan kiri dan belakang lehernya.
Ketua Polis Daerah Beaufort Superintendan Wong Leong Meng berkata, hasil siasatan, mangsa lelaki warga Filipina tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
"Mangsa ditemukan dalam keadaan terlentang lengkap berpakaian di atas tanah yang berlumuran darah.
"Turut terdapat dua kesan tetakan di siku lengan kiri dan belakang leher mangsa yang dipercayai disebabkan tetakan senjata tajam," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Susulan itu, katanya Op Tutup serta Op Kesan dilancarkan oleh beliau sendiri bersama sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort dan Siasatan Khas D9 Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah.
"Selepas kira-kira 12 jam operasi dilancarkan, suspek warga Filipina berusia lingkungan 70- berjaya diberkas berhampiran Kampung Balibata, 2.30 petang tadi.
"Pasukan operasi turut merampas senjata yang digunakan suspek dalam kejadian itu. Siasatan awal mendapati kejadian berkenaan dipercayai bermotifkan dendam," katanya.
Menurutnya, suspek dan barang rampasan dibawa ke IPD Beaufort untuk tindakan lanjut.
"Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Waran tangkap Netanyahu atas dakwaan jenayah perang dikeluarkan oleh ICC
Malaysiakini
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza, lapor Sputnik.
"ICC mengeluarkan waran tangkap untuk dua individu, Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant, atas jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang yang dilakukan dari 8 Okt 2023 hingga 20 Mei 2024, hari pendakwaan memfailkan permohonan waran tangkap," menurut kenyataan itu.
Mahkamah menolak hujah Israel mengenai kekurangan bidang kuasa ke atas waran tangkap Netanyahu dan Gallant.
"Berkenaan dengan jenayah, mahkamah mendapati alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa Netanyahu, yang dilahirkan pada 21 Okt 1949, Perdana Menteri Israel pada masa perlakuan yang berkaitan dan Gallant, yang dilahirkan pada 8 Nov 1958, Menteri Pertahanan Israel pada masa perlakuan yang didakwa, masing-masing memikul tanggungjawab jenayah untuk jenayah berikut sebagai pelaku bersama untuk melakukan perbuatan itu bersama dengan orang lain: jenayah perang kebuluran sebagai kaedah peperangan; dan jenayah terhadap kemanusiaan seperti pembunuhan, penganiayaan dan perbuatan tidak berperikemanusiaan yang lain.
"Mahkamah juga mendapati alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa Netanyahu dan Gallant masing-masing memikul tanggungjawab jenayah sebagai ketua awam atas jenayah perang dengan sengaja mengarahkan serangan terhadap penduduk awam," menurut kenyataan itu.
- Bernama-RIA Novosti
Polis kejar kenderaan 4WD dari Muar-KL, enam lelaki berjaya ditahan
FMT Reporters
Enam lelaki menaiki kenderaan itu ditahan di kawasan Damansara selepas dikejar sejauh 180km.
PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat motif enam lelaki tempatan menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dikejar sejauh 180km kerana enggan memberhentikan kenderaan.
Ketua Polis Johor M Kumar, berkata semua mereka berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun itu ditahan di kawasan Damansara dekat Kuala Lumpur, kira-kira 7 pagi tadi.
Katanya, kereta peronda polis (MPV) mengejar 4WD itu sejauh 180km bermula dari Jalan Bakri hingga Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.
“Dalam insiden tersebut, 4WD jenis Toyota Hilux yang telah melanggar lampu isyarat merah tidak mengendahkan arahan MPV untuk memberhentikan kenderaan.
“Dalam insiden mengejar itu, kenderaan suspek telah keluar ke tol Jasin dengan merempuh palang tol tersebut dan terus berlangsung sehingga suspek keluar di tol Sungai Besi. Setibanya di Jalan Chan Sow Lin, suspek telah merempuh dan melepasi penghadang jalan di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur,” katanya.
Beliau berkata demikian menurut Bernama pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Johor di IPK Johor, Johor Bahru.
Penyerahan tugas tersebut dilakukan daripada Afandi Senin kepada Pemangku Timbalan Ketua Polis Johor, Nor Azizi Maarof.
Kumar ketika mengulas lanjut, berkata pihaknya masih menyiasat motif mereka melarikan diri.
“Kita juga masih menyiasat sama ada semua suspek berkenaan mempunyai rekod jenayah,” katanya.
Lapan maut kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo
Astro Awani
Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas dan semua mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Gambar/ JBPM Sarawak
SARIKEI: Lapan maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Lebuhraya Pan Borneo di sini, pada Khamis.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, kesemua mangsa yang maut tersebut merupakan lelaki yang menaiki Perodua Alza.
"Bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.40 petang. Sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota kemudian dihantar ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei.
"Sebaik tiba, dua daripada mangsa didapati tercampak keluar dari kereta, manakala enam yang lain tersepit teruk," katanya di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas dan semua mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Katanya, identiti kesemua mangsa dan punca kemalangan belum dikenal pasti.
2 ‘tekong’ Kemboja dicekup cuba seludup 20 warga Myanmar
Bernama
ALOR SETAR: Dua lelaki Kemboja ditahan ketika cuba menyeludup 20 warga Myanmar dengan menggunakan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) di tepi Jalan Hosba, Changlun dekat Kubang Pasu, semalam.
Ketua Polis Kubang Pasu Mohd Redzuan Salleh, berkata sepasukan pegawai dan anggota Balai Bukit Kayu Hitam bersama Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kubang Pasu yang membuat rondaan di Sintok telah terserempak dengan dua MPV itu dalam keadaan mencurigakan.
“Pemeriksaan lanjut telah menemui 12 lelaki dan lapan wanita warga Myanmar yang berusia antara 20 hingga 40 tahun di dalam kedua-dua MPV yang dipandu dua lelaki warga Kemboja yang dipercayai bertindak sebagai tekong.
“Hasil pemeriksaan mendapati semua warga Myanmar itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya dalam kenyataan.
Redzuan berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua tekong itu telah menerima upah daripada seorang lelaki warga Myanmar lain dengan bayaran RM1,000, membawa semua warga asing itu dari sempadan Bukit Kayu Hitam ke Kuala Nerang.
Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.
“Polis sentiasa peka dalam usaha membanteras jenayah melibatkan aktiviti pemerdagangan manusia terutamanya di sempadan Malaysia-Thailand. Masyarakat boleh memberi maklumat dengan menyalurkan ke talian MERS 999 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.
Siapa tanggung kos Nurul Izzah sertai lawatan PM? - MP Bersatu
N Faizal Ghazali
Seorang ahli parlimen pembangkang mempersoalkan kos perjalanan bekas naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang dilihat turut berada dalam acara-acara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam lawatan rasmi di luar negara, baru-baru ini.
Bercakap kepada Malaysiakini, Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bertanya sama ada keberadaan Nurul Izzah yang mewakili badan bukan kerajaan dalam lawatan itu ditanggung kerajaan atau sebaliknya.
"Apa kepentingan Social and Economic Research Initiative (Seri) yang diwakili anak perdana menteri itu? Ia bukan satu badan kerajaan. Jadi siapa tanggung kosnya?
"Kenapa peruntukan untuk Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dapat sangat sedikit tetapi untuk lawatan orang yang bukan ahli parlimen dan swasta boleh pula? Ini bukan satu tatakelola yang baik," katanya, hari ini.
Terdahulu Anwar mengadakan lawatan rasminya ke Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil bermula 9 Nov sehingga 19 Nov lalu dan turut disertai Nurul Izzah dalam beberapan acara.
Dalam hantaran di Facebook 9 Nov lalu, Nurul Izzah memaklumkan dia bertolak ke Mesir, Peru dan Brazil mewakili Seri bagi lawatan kerja.
Menurutnya, delegasi rasmi turut disertai para usahawan Malaysia yang sudah terkenal serta usahawan kecil dan sederhana (IKS) lain.
"Saya yang mewakili Seri akan bertemu dengan Third World Network (TWN) serta The Aga Khan Trust for Culture, Universiti Al-Azhar dengan penyertaan Think City.
"Kami akan cuba merangkum usaha organisasi bukan kerajaan yang sealiran bagi menyambut agenda negara-negara membangun, berkuasa tengah, dan mendukung solidariti ekonomi di antara negara-negara ini, bukannya persaingan sempit lagi sengit," katanya.
Selain itu dalam satu program di Peru, Nurul Izzah juga mewakili ibunya Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi mengunjungi umat Islam di Masjid Mezquita de Magdalena Dei Mar, Peru.
Hari ini di Dewan Rakyat, Anwar menjelaskan kira-kira 70 hingga 80 peratus kos melibatkan perjalanan dan lawatan rasmi ke lima negara ditanggung oleh syarikat swasta yang mengikuti urusan itu.
Menurut presiden PKR itu, pendekatan tersebut dilaksanakan di bawah pentadbirannya untuk memastikan perbelanjaan membiayai lawatan rasmi ke luar negara diuruskan secekap mungkin.
Untuk rekod ketika PKR menjadi pembangkang, isu kos lawatan rasmi perdana menteri ketika itu (Najib Razak) antara perkara yang turut menjadi perhatian dalam proses semak imbang pentadbiran kerajaan.
Sementara itu, Wan Fayhsal berkata, Anwar sepatutnya menjelaskan lebih lanjut mengenai 80 peratus kos perjalanan ditanggung oleh pihak swasta itu.
"Perdana menteri kata 80 peratus ditanggung (pihak) swasta. Siapa dan apa kepentingan mereka? Satu lagi contoh tatakelola yang merosakkan.
"Apakah sah di sisi undang-undang?" soalnya lagi.
Majlis 39 tahun peringati Memali esok tak jemput Tun Mahathir ke?
Ketua Penasihat SG4 patut rasmi majlis 39 tahun peringati Memali esok
Harapandaily
Dewan Pemuda Pas Kedah menganjurkan program 39 tahun Memperingati Peristiwa Memali dan Solidariti Palestin esok.
Bertempat di Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali di Baling, warganet secara sinis mencadangkan agar Ketua Panel Penasihat SG4, Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan program itu.
Menerusi poster tersebar, program yang bermula dengan kuliah duha itu turut diisi pertandingan mewarna dan menunggang motosikal.
Slot kuliah muslimat juga mengisi tentatif program sebelum diakhiri dengan solat Maghrib dan Tahlil Perdana.
Tragedi pada 19 November 1985 yang meragut 18 nyawa termasuk empat anggota polis itu pernah didakwa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor berpunca daripada ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada 1981.
Bahkan, Tun Mahathir juga mendakwa, ‘Amanat Haji Hadi’ menjadi punca berlakunya peristiwa hitam terbabit dengan membunuh pegawai kerajaan yang disifatkan sebagai kafir.
Menurut Mahathir, ‘Amanat Haji Hadi’ menyuruh orang Pas supaya membunuh pegawai kerajaan, kononnya kerajaan kafir dan sebab itu dia menentang kerajaan kafir.
“Kononnya orang dia (Pas) yang mati dalam melawan kerajaan kafir ini akan mati syahid. Tragedi di Memali, mereka menembak mati empat orang polis dan selepas itu baru polis membalas balik dan mereka mati juga seramai 14 orang. Bukan mati syahid, mati katak,” kata Mahathir, dipetik BH pada 3 Mei 2018.
Rata-rata netizen turut menempelak Pas yang disifatkan tidak sudah-sudah ‘menunggang’ peristiwa berdarah Memali yang menyaksikan pertempuran anggota keselamatan dengan penduduk kampung dan pengikut Ibrahim Libya.
Akibat peristiwa tragis itu juga, berpuluh-puluh lain cedera serta beratus-ratus individu ditahan.
“Ini sajalah kelebihan Pas. Dah jadi kerajaan di empat negeri pun masih begini. Bab ekonomi, sosial, maslahat rakyat dan seumpamanya ke laut. Akhirnya, salahkan kerajaan pusat, minta duit dengan Putrajaya, tak dapat meroyan! Anak muda pula pergi kerja di negeri lawan, tapi tetap sombong puak ni.
“Ironi sekali, buat pertandingan mewarna dalam acara peringatan pembunuhan.
“Memperingati Memali tapi masa yang sama mengagungkan Tun Mahathir yang mengatakan orang Memali tu mati katak. Tidakkah hipokrit di situ?” demikian antara komentar warga maya di media sosial.
7 warga asing antara ditahan jual kad PR palsu
Bernama
JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dan penjualan kad pemastautin tetap (PR) palsu kepada warga asing dengan penahanan 13 individu.
Ketua Polis Johor M Kumar, berkata suspek berusia 27 hingga 44 tahun termasuk tujuh warga asing itu berperanan sebagai pembuat, pengedar, dan pembeli kad pemastautin tetap Malaysia disyaki palsu.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas peralatan dipercayai digunakan bagi membuat kad pemastautin palsu tersebut, termasuk sembilan kad pemastautin tetap, satu kad pengenalan, dan satu kad perakuan nikah.
Rampasan itu dilakukan dalam beberapa siri serbuan serta pemeriksaan di sekitar daerah Kulai, Seri Alam, dan Kajang, Selangor pada Sabtu hingga Isnin lalu, katanya.
“Selain itu, tiga unit cop berlogo agensi kerajaan, sembilan gambar berukuran pasport, 10 telefon bimbit, dua set komputer, sebuah komputer riba, dua mesin pencetak, satu mesin membuat cop getah, satu mesin ‘laminate’ dan beberapa kertas disyaki digunakan untuk mencetak kad palsu turut dirampas.
“Sindiket berkenaan dipercayai memulakan kegiatan mereka September lepas dan mengenakan bayaran RM7,000 dengan menyasarkan warga asing yang telah masuk dan tinggal di negara ini tanpa memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya dalam kenyataan.
Kumar berkata, siasatan setakat ini mendapati kumpulan terbabit bergerak sendiri tanpa melibatkan kumpulan lain atau mana-mana agensi kerajaan.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 471 akta sama serta Seksyen 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1959.
‘Dipukau di pusat beli-belah selepas terkena calitan gincu’
HANISAH SELAMAT
Ketika disantau, Izreen bukan hanya menyerahkan beg tangan serta barangan berharga lain, bahkan memberikan seluar yang dipakai kepada individu terbabit.
PETALING JAYA – Pernah berdepan insiden menakutkan, pelakon Izreen Azminda mendedahkan menjadi mangsa pukau seorang wanita ketika berkunjung ke sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.
Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 39, berkata, ketika dipukau, dia bukan hanya menyerahkan beg tangan serta barangan berharga lain, bahkan memberikan seluar yang dipakai kepada individu terbabit.
“Masa kejadian itu saya di tandas sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, ada orang datang calit gincu dekat seluar saya.
“Dia kata boleh tolong cuci dan saya terus buka seluar beri pada dia. Kemudian dia bagi pula ‘skirt’ dia kepada saya.
“Bukan setakat seluar tapi sekali dengan beg tangan saya berikan kepada perempuan tersebut,” katanya dalam Instagram Story.
Biarpun kejadian itu sudah bertahun-tahun berlalu iaitu ketika masih di zaman belajar, pengalaman tersebut masih dirasakan pelik.
Katanya, perkara itu kerana dia keluar dari tandas memakai skirt individu terbabit yang menampakkan bahagian kakinya.
“Penyudahnya saya hilang beg tangan yang berisi duit, kad bank, kad pengenalan dan kad lesen memandu.
“Masa kena pukau saya masih belum bertudung dan berjalan di pusat beli belah itu memakai skirt dengan bulu kaki tak bercukur lagi.
“Mujur saya jumpa kawan yang memang saya menunggu sebelum itu. Dia tegur kenapa pakai skirt sampai nampak bulu kaki,” ujarnya.
Menurut ibu kepada empat anak itu, seboleh-bolehnya dia enggan mengenang momen menakutkan yang dilalui.
“Akhirnya barulah saya tersedar daripada dipukau. Tak lalu nak ingat balik,” katanya lagi.
Terdahulu, pengikut laman sosial pelakon drama Hadiah Dari Tuhan itu memintanya menyambung kisah dipukau yang diceritakan sebelum ini untuk mengetahui pengakhirannya. – KOSMO! ONLINE
Lelaki 91 tahun direkodkan individu tertua berkahwin pada tahun lalu
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid
khairil.ashraf@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan lelaki paling tua direkodkan berkahwin pada 2023 berusia 91 tahun.
Perempuan paling berusia berkahwin pada tempoh yang sama adalah 86 tahun.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, sebanyak 0.1 peratus pula pengantin lelaki berusia lebih 65 tahun mengahwini perempuan yang lebih muda dalam kumpulan usia 24 tahun dan ke bawah.
Menerusi penerbitan Perangkaan Perkahwinan dan Perceraian Malaysia 2024, menurutnya, bilangan perkahwinan yang direkodkan sepanjang 2023 mencatatkan penurunan dengan jumlah 188,100, menurun sebanyak 12.5 peratus berbanding 215,022 pada 2022.
Disebabkan itu katanya, kadar perkahwinan kasar (CMR) menurun daripada 6.6 peratus pada 2022 kepada 5.7 peratus untuk tahun lalu bagi setiap 1,000 penduduk.
Beliau berkata, statistik perkahwinan orang Islam menyumbang sebanyak 74.5 peratus daripada keseluruhan perkahwinan di negara ini.
"Penurunan bilangan perkahwinan itu disumbangkan sebanyak 16.8 peratus bilangan perkahwinan orang Islam pada 2023 (140,176) berbanding 2022 (168,467).
"Tiga negeri yang menunjukkan penurunan tertinggi perkahwinan orang Islam adalah Selangor (5,674 atau 17.4 peratus) diikuti Kelantan (3,595 atau 17.7 peratus) dan Johor (3,249 atau 15.8 peratus).
"Sebaliknya, bilangan perkahwinan orang bukan Islam merekodkan peningkatan 2.9 peratus daripada 46,555 (2022) kepada 47,924 (2023).
"Tiga negeri yang menunjukkan peningkatan perkahwinan orang bukan Islam adalah Johor (1,154 atau 20.1 peratus), Sarawak (920 atau 10.6 peratus) dan Kuala Lumpur (287 atau 8.2 peratus)" katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut katanya, sebanyak 6.2 peratus daripada jumlah perkahwinan pada 2023 adalah antara pengantin lelaki dan perempuan yang berbeza kumpulan etnik.
"Bilangan perkahwinan antara etnik meningkat 28 peratus daripada 14,028 (2022) kepada 17,956.
"Komposisi perkahwinan antara etnik bagi orang Islam adalah 48.8 peratus, manakala orang bukan Islam 51.6 peratus," katanya.
Mohd Uzir berkata, usia penengah pengantin lelaki dan pengantin perempuan masing-masing kekal pada 28 dan 26 tahun, manakala perkahwinan tertinggi juga direkodkan dalam kumpulan usia 25 hingga 29 tahun bagi kedua-duanya.
Sementara itu, katanya, bilangan perceraian juga menurun 8.7 peratus daripada 63,338 pada 2022 kepada 57,835 untuk 2023.
Menurutnya, disebabkan itu kadar perceraian kasar (CDR) semakin baik daripada 1.9 peratus pada 2022 kepada 1.8 peratus untuk 2023 bagi setiap 1,000 penduduk.
Beliau berkata, bilangan perceraian orang Islam mencatatkan penurunan 3.9 peratus pada 2023 (44,322) berbanding 2022 (46,138).
"Tiga negeri yang mencatatkan penurunan tertinggi bilangan perceraian orang Islam iaitu Kelantan (1,250 atau 28.7 peratus), Johor (790 atau 13 peratus) dan Sabah (756 atau 19.5 peratus).
"Sementara itu, perceraian orang bukan Islam turut menurun sebanyak 21.4 peratus daripada 17,200 (2022) kepada 13,513 (2023).
"Tiga negeri yang mencatatkan penurunan tertinggi bilangan perceraian orang bukan Islam adalah Selangor (832 atau 22.9 peratus) diikuti Johor (754 atau 26.4 peratus) dan Sarawak (512 atau 22.9 peratus)," katanya.
Mohd Uzir berkata, perceraian tertinggi yang direkodkan adalah pada kumpulan usia 30 hingga 34 tahun bagi lelaki dan perempuan.
‘Beruk memang suka bayi, budak’
NORISMA NAJWA CHE ISMAIL
Tangkap layar rakaman CCTV yang memaparkan haiwan liar tersebut mengejar wanita itu sampai ke pintu utama.
PETALING JAYA – Seorang wanita bersama bayinya berdepan detik cemas selepas dikejar seekor beruk liar.
Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di TikTok oleh Bunda Amanda, haiwan liar tersebut dilihat mengejar wanita itu dari luar rumah sampai ke pintu utama.
Namun, tindakan pantas wanita itu menutup pintu jeriji berjaya menyelamatkannya dan bayi daripada dicederakan oleh beruk tersebut.
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang dan terkejut dengan insiden tersebut selain menyeru orang ramai berjaga bagi mengelak kejadian sama berulang.
“Beruk memang suka bayi atau budak. Kena berjaga-jaga lepas ini. Tingkap dan pintu jeriji jangan biar terbuka. Nasib baik selamat emak dan anak,” ujar Atull.
“Anak saya digigit beruk waktu dalam buaian. Beruk memang sasaran dia budak-budak,” kata Akidah Abdullah.
“Ketar tangan saya lihat. Nasib baik sempat tarik pintu jeriji. Takutnya. Lepas baca ramai bagitahu beruk suka bayi. Bahayanya,” tambah Ummi Arisya. – KOSMO! ONLINE
Ceroboh kediaman, khianat harta Sultan Johor, lelaki dipenjara 2 bulan
FMT Reporters
PETALING JAYA: Pembantu pengembala dikenakan hukuman dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat selepas mengaku salah menceroboh masuk kawasan kediaman dan merosakkan harta benda Sultan Johor, pada September lalu.
Tertuduh, Muhammad Qamarulazim Samad, 20, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.
Mengikut pertuduhan, Qamarulazim melakukan pecah rumah dengan memasuki kediaman kepunyaan Sultan Johor digunakan sebagai tempat simpan harta dan melakukan khianat iaitu merosakkan kunci pintu rumah di rumah tempat datang-datang, Jabatan Kerja Raya (JKR) 100, Jalan Kluang, dalam daerah Batu Pahat, pada 9.30 pagi, 23 Sept lalu.
Tertuduh dikategorikan sebagai pesalah muda itu didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) yang boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan bagi mana-mana kesalahan mencuri itu yang dilakukan kali kedua atau seterusnya hendaklah juga dikenakan denda atau sebat.
Menurut Kosmo, Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip, memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada pesalah muda ini serta orang ramai agar tidak melakukan kesalahan sama pada masa akan datang.
Tertuduh diwakili peguam, Siti Farha Garieb daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu agar tempoh reman bermula 24 Sept sebagai hukuman kesalahan kepada tertuduh kerana ini adalah kesalahan pertama selain masih muda.
Suhaila kemudiannya menjatuhkan hukuman dua bulan penjara bermula dari tarikh ditahan dengan mengambil kira kepentingan awam.
3 pengawal keselamatan ditahan disyaki sembunyi RM200,000, buat laporan konon dirompak
Adie Sufian Zulkefli
ALOR SETAR: Tiga pengawal keselamatan ditahan selepas membuat laporan palsu kononnya mereka dirompak ketika membawa wang tunai RM200,000 menggunakan van keselamatan, pada Selasa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, polis kemudian menemui semula semua wang yang dilaporkan hilang itu pada hari yang sama.
"Ketiga-tiga suspek datang bersama majikan mereka ke Balai Polis Kota Setar pada jam 12 tengah hari Selasa mengatakan guni berisi duit lesap.
“Bagaimanapun keterangan daripada ketiga-tiga suspek mencurigakan dan polis melakukan tangkapan ke atas ketiga-tiga pengawal keselamatan berusia 28 hingga 38 tahun itu.
“Polis mengesyaki keterangan yang diberikan ketiga-tiga suspek itu hanya rekaan semata-mata.
"Siasatan polis berjaya mendapatkan semula wang tunai sebanyak RM200,000 yang kononnya dirompak itu dalam tempoh dua jam di beberapa lokasi berasingan.
"Berikutan itu, pihak syarikat keselamatan terbabit kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, pada Khamis.
Syed Basri berkata, siasatan polis mendapati wang terbabit sepatutnya dihantar ke sebuah bank di daerah ini.
Beliau berkata, susulan itu, pihaknya merampas beberapa barangan milik suspek antaranya sebuah motosikal, pakaian seragam pengawal keselamatan, guni, wang tunai RM200,000, kunci motosikal serta telefon bimbit.
Katanya semua suspek direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pecah amanah dan jenayah.