KFC Indonesia terus rugi kerana boikot

KOSMO!
GAMBAR fail anggota-anggota polis mengawal sebuah restoran KFC di Surabaya. - Foto AFP
JAKARTA – Syarikat PT Fast Food Indonesia yang mengendalikan rangkaian restoran KFC Indonesia mengalami kerugian sehingga suku ketiga tahun ini, lapor saluran berita CNN hari ini.

Laporan kewangan yang dikeluarkan semalam menunjukkan syarikat itu mengalami kerugian mencecah 557.08 bilion rupiah (RM156.41 juta).

Ia meningkat 266.59 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan kerugian 152.41 billion rupiah (RM42.8 juta).

Kerugian itu berpunca daripada krisis Asia Barat yang menyebabkan KFC diboikot oleh penduduk tempatan dan kesan daripada pemulihan akibat pandemik koronavirus yang belum sepenuhnya berlaku.

“Dua masalah ini telah memberi kesan negatif terhadap hasil kewangan syarikat untuk tempoh sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2024,” demikian menurut laporan kewangan itu.

Laporan sama mendedahkan bahawa 47 cawangan KFC telah ditutup, meninggalkan hanya 715 lagi yang masih beroperasi. 

Tenaga kerja KFC pula telah dikurangkan kepada 13,715 pekerja selepas pemberhentian seramai 2,274 orang. – AGENSI

Penyamun bersenjatakan parang akhirnya diberkas

Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my

Tasek Gelugor: Lelaki bersenjatakan parang yang menyamun pekerja kedai runcit warga Pakistan di Jalan Pokok Machang, di sini, pada Isnin lalu akhirnya diberkas polis.

Tangkapan terhadap suspek warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu dilakukan semalam oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seberang Perai Utara.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, polis turut merampas barang kes samun termasuk dadah dalam milikan suspek.

"Suspek didapati melakukan kegiatan samun di kedai runcit dan mencuri komponen motosikal berdasarkan barang kes yang dirampas.

"Semakan mendapati suspek mempunyai 30 rekod kesalahan lampau jenayah dan tujuh rekod narkotik.

"Dalam pada itu, suspek juga mempunyai rekod orang dikehendaki kerana melanggar syarat pengawasan polis di kawasan Langgar, Alor Setar, Kedah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek direman selama enam hari bermula semalam hingga Khamis depan untuk siasatan lanjut.

"Polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Muhamad Ikram Zulkifli di talian 04-5762222 (sambungan 2275) atau mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selasa lalu tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit di Facebook (FB) memaparkan pekerja warga Pakistan yang sedang berada di kaunter bayaran didatangi lelaki memakai topi keledar bersenjatakan parang.

Suspek meluru masuk dan dilihat menggertak mangsa sehingga pekerja itu keluar melarikan diri kerana ketakutan dan hampir terbabit kemalangan.

Enjin pesawat penumpang ‘meletup’ sejurus berlepas

KOSMO!
KEBAKARAN rumput berlaku dekat landasan Lapangan Terbang Sydney. - Foto coffeepakemilk/X
SYDNEY  – Enjin sebuah pesawat penumpang   ‘meletup’ sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Sydney, Australia dan memaksa penerbangan itu melakukan pendaratan cemas yang  disyaki menjadi punca kebakaran rumput besar-besaran, lapor portal berita MailOnline hari ini.

Penerbangan Qantas QF520 baru sahaja berlepas dari Sydney menuju Brisbane menjelang pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) apabila salah satu enjinnya gagal berfungsi

Penumpang kemudian terdengar bunyi ‘dentuman’ kuat. 

Pesawat membawa 174 penumpang itu terpaksa mengelilingi Teluk Botany untuk membuang bahan api sebelum mendarat cemas dengan semua 174 penumpang turun dengan selamat. 

Qantas menafikan  letupan berlaku, sebaliknya menyifatkan insiden itu sebagai kegagalan enjin terkawal.

Sekitar masa yang sama, kebakaran rumput besar-besaran  berlaku berhampiran landasan di lapangan terbang tersebut,  sekitar Taman Sir Joseph Banks. 

Tidak diketahui sama ada kedua-dua insiden itu mempunyai kaitan antara satu sama lain. 

Kepulan asap yang besar dilihat ketika anggota-anggota Perkhidmatan Bomba New South Wales berusaha mengawal kebakaran.

Semua penerbangan masuk dan keluar dari lapangan terbang itu dilaporkan telah dihentikan buat sementara waktu. 

Seorang jurucakap Qantas berkata, jurutera-juruteranya telah menjalankan pemeriksaan awal ke atas enjin dan mengesahkan insiden itu adalah kegagalan enjin terkawal. – AGENSI

Kelantan: Setiap hari redah sungai imamkan jemaah masjid

Siti Rohana Idris
bhnews@bh.com.my
Imam tua Masjid Al-Ahmadiah Mukim Pulau Teluk Renjuna, Mohd Amin Zulkahar Saari, 35, melepaskan tali yang mengikat botnya di jeti Kok Majid untuk ke masjid. - Foto /SITI ROHANA IDRIS
Imam tua Masjid Al-Ahmadiah Mukim Pulau Teluk Renjuna, Mohd Amin Zulkahar Saari, 35, melepaskan tali yang mengikat botnya di jeti Kok Majid untuk ke masjid. - Foto /SITI ROHANA IDRIS
TUMPAT: Sejak sembilan tahun lalu, Mohd Amin Zulkahar Saari berulang alik setiap hari meredah Sungai Kelantan ke masjid di Kampung Teluk Renjuna di delta Sungai Kelantan.

Sejak menggalas tugas sebagai imam tua Masjid Al-Ahmadiah Mukim Pulau Teluk Renjuna, rutinnya bermula awal pagi sebelum azan Subuh.

Mohd Amin Zulkahar, 35, berkata beliau akan memandu kereta bermula dari rumahnya di Kampung Jubakar Pantai menuju ke jeti Kok Majid iaitu sejauh kira-kira 15 kilometer.

Selepas parkir kereta, beliau ke jeti dan mengemudi sendiri bot milik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk perjalanan 10 minit ke masjid.

"Saya akan berada di masjid untuk solat lima waktu dan selepas Isyak, saya kembali ke tanah besar dan pulang ke rumah," katanya ditemui di sini.

Mohd Amin Zulkahar berkata, walaupun bukan anak jati pulau, beliau mampu mengendalikan bot dengan baik termasuk membaiki kerosakan kecil.

Menjelang musim tengkujuh, tanggungjawab beliau sebagai imam di masjid berkenaan tidak terhalang walaupun perlu meredah arus sungai yang deras.

Seakan sudah biasa dengan situasi itu Mohd Amin Zulkahar berkata beliau hanya perlu membawa pakaian lebih sahaja kerana mungkin basah atau terkena kotoran sepanjang perjalanan menaiki bot menuju ke Teluk Renjuna.

"Cuma jika hujan pada waktu malam dan kerap, saya terpaksa turun awal pagi dari rumah ke jeti untuk menimba air yang memenuhi bot.

"Jika dibiarkan, mungkin bot akan tenggelam serta rosak dan menyebabkan kos yang besar untuk pembaikan," katanya.

Keganasan tanpa sempadan Israel: penyokong bolasepak Israel ke Amsterdam melakukan kerosakan

Harapandaily

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD

Kekebalan jenayah yang diberikan kepada Israel oleh Amerika Syarikat dan Barat telah memberinya kebebasan mutlak untuk bertindak sesuka hati di seluruh dunia.

Mangsa terbaru adalah 6 anggota tentera Malaysia yang bertugas di bawah Pasukan Pengaman PBB di Selatan Lebanon yang cedera akibat serangan Israel.

Laporan terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam di Gaza dan kekejaman di Tebing Barat yang dikeluarkan semalam mengesahkan lagi apa yang dinyatakan dalam laporan Afrika Selatan dan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengenai jenayah serangan Israel.

Tidak cukup dengan keganasan dan pembunuhan di Gaza, Tebing Barat dan Lebanon, rakyat Israel kini telah “mengeksport” keganasan mereka ke Amsterdam melalui penyokong kelab bola sepak Macabi Haifa yang hadir untuk perlawanan bola sepak.

Ratusan penyokong Yahudi yang terbang dari Israel ke Amsterdam untuk perlawanan bola tersebut telah merosakkan dan menurunkan bendera Palestin yang tergantung di rumah-rumah tempatan dan membakarnya secara terbuka sambil mengeluarkan penghinaan terhadap perjuangan rakyat Palestin di Gaza.

Vandalisme ganas oleh penyokong Israel telah mencetuskan reaksi balas dari penduduk tempatan yang sangat marah dengan tindakan agresif dari ratusan rakyat Israel yang datang ke Amsterdam dan mencetuskan kekacauan.

Mengejutkan, Datuk Bandar Amsterdam hanya menyalahkan reaksi penduduk tempatan terhadap pencerobohan penyokong Israel, dan wartawan media antarabangsa terpaksa menekankan provokasi asal oleh Israel kepada Datuk Bandar tersebut. Inilah layanan istimewa untuk anak emas Amerika oleh kerajaan Barat.

Insiden di Amsterdam ini menggambarkan bagaimana tindakan keganasan yang berterusan tanpa hukuman oleh Israel telah menjadikan mereka berani bertindak sesuka hati di mana-mana negara asing. Tiada garis merah bagi mereka.

Mesyuarat akan datang antara negara-negara Islam dan Arab di Riyadh pada hari Isnin ini adalah sangat tepat pada masanya untuk membincangkan pelanggaran berterusan terhadap undang-undang antarabangsa oleh Israel yang bertindak tanpa hukuman terlalu lama.

Ia juga masa yang tepat untuk menghantar mesej awal kepada Presiden AS yang akan datang, Trump, bahawa dunia Islam sudah cukup tidak tahan lagi dengan sokongan tanpa batasan AS terhadap tindakan genosid Israel.

Kami berharap Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan pemimpin dunia Islam yang lain, sekali lagi akan lantang dan berada di hadapan untuk menyuarakan keprihatinan kami yang mendalam terhadap genosid Israel dan sokongan tanpa syarat AS terhadap Israel yang bertindak dengan kekebalan dan keangkuhan berterusan di peringkat global.

Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad ialah pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH.

Remaja lelaki enggan ke sekolah beri alasan tidak sihat sebelum hilang

ADNAN IBRAHIM
MUHAMMAD SYAWAL yang dilaporkan hilang sejak 5 November lalu selepas keluar rumah keluarga di Jalan Dahlia, Kampung Melayu, Kluang.
KLUANG – Alasan tidak sihat dijadikan helah seorang remaja lelaki enggan ke sekolah sebelum bertindak keluar rumah keluarganya di Jalan Dahlia, Kampung Melayu di sini dan tidak balik sejak tiga hari lalu hingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa, Muhammad Syawal Abdullah, 14, memberikan alasan itu kepada ahli keluarganya kira-kira pukul 7.30 pagi pada 5 November lalu.

“Memasuki hari pertama kehilangan remaja itu, ibu dan bapanya mula berasa curiga dengan bertanya pada saudara terdekat serta rakan sekolahnya namun mereka juga tidak mengetahui kedudukannya.

“Selepas harapan untuk melihat kepulangan remaja itu pada petang hari pertama tidak berhasil, ibunya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis pada 7 November bagi mendapatkan bantuan percarian,” katanya melalui kenyataan kepada pemberita hari ini.

Menurut Bahrin lagi, mengikut laporan ibunya, remaja itu berketinggian 150cm, berkulit cerah dan susuk tubuh kecil namun tidak diketahui warna pakaian ketika keluar dari rumah.

Susulan itu, Bahrin merayu bantuan orang ramai untuk memaklumkan kepada pihak polis dengan menghubungi mana-mana balai berdekatan sekiranya mempunyai maklumat atau mengetahui kedudukan remaja berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Video Adun bincang rasuah: Pemberi maklumat minta perlindungan SPRM

RK Anand

Sekurang-kurangnya, lapan rakaman video mengaitkan beberapa Adun yang didakwa membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit yang diberikan kepada mereka sebagai balasan untuk mendapatkan projek di sebuah negeri.

Ini termasuk mereka yang memegang jawatan kanan dalam pentadbiran negeri tersebut.

Difahamkan terdapat lebih banyak rakaman video juga melibatkan Adun-Adun lain daripada negeri itu.

Malaysiakini telah melihat lapan video itu dan tidak akan mendedahkan identiti ahli politik berkenaan sehingga mendapatkan salinan rakaman serta komen daripada mereka yang terlibat.

Sumber memberitahu Malaysiakini pemberi maklumat sedang cuba mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 sebelum meneruskan lebih lanjut.

Sumber itu berkata SPRM telah dimaklumkan mengenai rakaman itu juga.

6 warga Malaysia ditangkap memiliki 6,000 biji pil kuda di Thailand selain penagih mereka juga disyaki pengedar

6,000 biji pil kuda untuk diedarkan kepada penagih di Kelantan - Polis Thailand
Sharifah Mahsinah Abdullah
am@hmetro.com.my

Sungai Golok: Polis tidak menolak kemungkinan 6,000 biji pil kuda yang dirampas daripada enam rakyat Malaysia dalam satu serbuan di sebuah hotel di sini, pada 1 November lalu, untuk diedarkan kepada penagih dadah di Kelantan.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Polis Jadsadavit Inprapan berkata, ia berdasarkan siasatan yang dijalankan terhadap enam individu termasuk penyanyi dikir barat moden Kelantan

"Polis dari Balai Polis Sungai Golok melakukan serbuan di sebuah bilik di hotel pada hari kejadian berdasarkan maklumat mengenai aktiviti dadah yang dijalankan di lokasi berkenaan.

"Dalam serbuan yang dijalankan awal pagi 1 November itu, pasukan polis menemui pil yang diletakkan dalam tandas di bilik hotel sebelum menahan enam individu termasuk tiga wanita.

"Berdasarkan kuantiti pil kuda itu, kami percaya dadah itu bukan untuk kegunaan peribadi sebaliknya ia untuk dijual kepada penagih dadah," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, polis sudah menghantar sampel air kencing suspek, dadah dan cetakan jari asid deoksiribonukleik (DNA) untuk dianalisis.

"Sampel air kencing dihantar ke Hospital Sungai Golok dan keputusan menunjukkan kesemuanya positif dadah.

"Sementara dadah dan cap jari dihantar ke makmal di Narathiwat. Hasilnya dijangka diperoleh dalam tempoh sebulan," katanya.

Mengulas lanjut, siasatan terhadap enam suspek masih dijalankan dan kesemua mereka dihantar ke penjara di Narathiwat selepas mahkamah membenarkan polis untuk perintah tahanan lanjut sehingga 84 hari dari tarikh mereka ditangkap.

Sementara itu ditanya sama ada polis Thailand sudah memanggil saksi untuk membantu siasatannya, beliau berkata, bukti yang dikumpul polis sudah mencukupi.

"Tidak perlu kami mencari saksi kerana ia bukan bukti kukuh. Cukup bagi kami apabila kami menemui pil di dalam bilik dengan enam orang di dalamnya, dan kemudian semuanya diuji positif dengan pil yaba.

"Polis tidak memilih individu ketika melakukan serbuan seperti yang didakwa pihak tertentu kerana kita tidak tahu sama ada mereka orang biasa atau selebriti.

"Kami hanya menjalankan tugas membanteras kegiatan dadah seperti pihak berkuasa lain di negara lain," tambahnya.

Ditanya mengenai dua rakyat Malaysia yang melarikan diri semasa serbuan, beliau berkata, siasatan polis tidak menunjukkan kehadiran mereka.

"Kami hanya menemui tiga lelaki dan tiga wanita, semuanya rakyat Malaysia di dalam bilik itu," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, enam rakyat Malaysia masing-masing tiga lelaki dan tiga perempuan ditahan di sebuah hotel di sini.

Dalam serbuan pada 6 pagi itu, polis turut merampas 6,000 biji pil kuda dan hasil ujian air kencing terhadap kesemua mereka adalah positif dadah.

Kesemua suspek kini ditahan lanjut selama 84 hari di Penjara Narawathiwat.

Khianat bakar 3 kediaman, 4 kenderaan, wanita Vietnam ditahan

Muhamad Lokman Khairi
am@hmetro.com.my
Bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran tiga kediaman serta empat kenderaan di Taman Singa, dekat Sitiawan, semalam. FOTO IHSAN BOMBA.
Bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran tiga kediaman serta empat kenderaan di Taman Singa, dekat Sitiawan, semalam. FOTO IHSAN BOMBA.
Manjung: Seorang wanita warga Vietnam ditahan bagi membantu siasatan kes khianat membabitkan kebakaran tiga kediaman serta empat kenderaan di Taman Singa, dekat Sitiawan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian oleh pengadu lelaki pada jam 2.50 pagi.

Menurutnya, kediaman pengadu berusia 42 tahun yang juga pembantu kedai makan itu musnah 90 peratus, selain turut memusnahkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50, Perodua Myvi dan sebuah motosikal Yamaha Ego milik lelaki itu.

"Kebakaran yang berpusat dari garaj kediaman mangsa pertama merebak ke dua rumah bersebelahan mangsa serta sebuah lagi motosikal Yamaha LC, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mendapati kelibat seorang lelaki membawa dua tong dipercayai berisi cecair bahan bakar ke arah rumah pengadu.

"Suspek kemudiannya melarikan diri selepas api mula menyala dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, polis membuat tangkapan ke atas seorang wanita Vietnam berusia 38 tahun bagi membantu siasatan.

"Motif kejadian dan hubungan tangkapan dengan suspek masih dalam siasatan.

"Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Munawara Ahmad di talian 011-16240391 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) 

Murid bergaduh, guru ‘video call’ polis

KOSMO
Tangkap layar menunjukkan dua murid menangis ketika dinasihati seorang pegawai polis menerusi panggilan video. - Instagram
JAKARTA – Perbuatan seorang guru di Indonesia yang membuat panggilan video kepada polis untuk menyelesaikan pergaduhan antara anak muridnya mengundang pujian orang ramai, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di sebuah sekolah rendah di Simalungun, wilayah Jawa Barat. 

Menerusi rakaman di platform Instagram oleh akaun @lambe_turah, dua murid dilihat menangis teresak-esak ketika disoal siasat oleh pegawai polis wanita menerusi panggilan video. 

Mereka juga menjerit ketakutan ketika diugut untuk masuk ke penjara jika berkelakuan tidak baik. 

Guru tersebut nekad membuat panggilan polis gara-gara takut disaman oleh keluarga. 

“Daripada saya dilaporkan kepada polis, sebaiknya saya yang membuat laporan,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 122,000 tanda suka dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Jika ibu bapa tidak boleh menerima anaknya dihukum, jangan masukkan ke sekolah! Belajar di rumah sahaja!” marah seorang netizen. 

“Guru zaman sekarang semakin kreatif!,” komen netizen lain. 

Kes berang cinta ditolak: Suspek bunuh dua beranak direman seminggu

Nur Izzati Mohamad
bhnews@bh.com.my
Mangsa bunuh Zulkifli Ibrahim, 62, (kiri) dan anaknya Siti Zulaila, 30. - Foto  NSTP/MIKAIL ONG
Mangsa bunuh Zulkifli Ibrahim, 62, (kiri) dan anaknya Siti Zulaila, 30. - Foto NSTP/MIKAIL ONG
GEORGETOWN: Suspek lelaki yang menikam dua beranak sehingga maut di hadapan lif sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini tengah hari semalam direman tujuh hari.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Lee Swee Sake, berkata suspek direman mulai hari ini hingga 14 November (Khamis) depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek berusia 32 tahun yang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) berada dalam keadaan stabil.

"Suspek masih hidup dan (dia) dalam keadaan stabil," katanya hari ini.
Ahli keluarga dua beranak yang maut akibat ditikam dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Ayer Itam, memenuhi perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), di Georgetown, Pulau Pinang. NSTP/MIKAIL ONG
Ahli keluarga dua beranak yang maut akibat ditikam dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Ayer Itam, memenuhi perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), di Georgetown, Pulau Pinang. NSTP/MIKAIL ONG
Terdahulu media melaporkan Siti Zulaila, 30, dan bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62 maut akibat ditikam seorang lelaki di hadapan lif sebuah tengah hari semalam.

Insiden serangan dipercayai berpunca suspek berang kerana mangsa wanita dikatakan telah menolak cintanya.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa baru pulang dari tempat kerjanya sebelum didatangi suspek bersenjatakan pisau dan menikam mangsa.

Bapa mangsa yang menyedari kejadian berkenaan cuba meleraikan tindakan suspek terhadap anak perempuannya namun dia juga turut ditikam.

Suspek kemudian mengelar dan menikam dirinya beberapa kali sebelum dikejarkan ke HPP untuk rawatan.

Dua suspek tembak lelaki di parkir hotel kena cekup

CHERINE JON
Mangsa mati ditembak oleh kedua-dua suspek di tingkat empat kawasan letak kenderaan sebuah hotel di Bintulu, malam tadi.
BINTULU – Polis berjaya menangkap dua lelaki yang disyaki suspek bagi kes tembak mati seorang lelaki di tingkat empat kawasan letak kenderaan sebuah hotel di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali, berkata kedua-dua suspek berusia 36 dan 43 tahun itu dicekup oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri ketika mereka sedang bergerak menggunakan kenderaan di kawasan Miri pada pukul 2.35 pagi.

“Suspek merupakan warga tempatan dan seorang lagi warga Brunei,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Nixon berkata pihaknya menerima panggilan daripada pengurusan hotel terbabit berhubung kejadian itu kira-kira pukul 11.48 malam.

“Mangsa didapati terbaring di hadapan pintu masuk lif dalam keadaan berdarah dan pemeriksaan yang dijalankan pada tubuh mangsa mendapati terdapat kesan tembakan dan pendarahan pada bahagian dada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Mayat bertatu ditemu terapung dekat kubur

FMT Reporters

Mayat mempunyai tatu berbentuk bintang di leher selain dicacah tulisan ‘No Money No Honey’ pada lengan kiri.
Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat, berkata mayat bertatu itu ditemukan terapung di Sungai Klang bersebelah Tanah Perkuburan Bukit Tandang PJS1, Bandar Sunway. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA: Mayat lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang bersebelahan Tanah Perkuburan Bukit Tandang PJS1, Bandar Sunway.

Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat, berkata mayat tidak berbaju dan berseluar jeans biru itu dijumpai orang awam, pada 10.25 malam semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati tiada dokumen pengenalan diri dengan mayat mempunyai tatu berbentuk bintang di leher kiri, selain pada lengan kiri dicacah tulisan “No Money No Honey”.

“Terdapat tatu di pergelangan tangan kiri berbentuk pisau dan tatu bahu kiri.

“Punca kematian masih dalam siasatan dengan kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan.

Wan Azlan menyeru orang ramai kehilangan keluarga, saudara mara atau kenalan tampil ke IPD Subang Jaya untuk membantu siasatan.

Jika terdapat sebarang makluman berkaitan kejadian, orang ramai boleh berhubung dengan Mohd Zaidi Janai di talian 016-2153961 atau 03-78627222.

Bekas pegawai khas Najib pula ditahan kes peras ugut pendakwah

Haspaizi Zain

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas pegawai khas Najib Razak berhubung dakwaan pembabitannya dalam kegiatan memeras ugut serta meminta suapan daripada seorang pendakwah bebas.

Penahanan terbaru itu hadir dua hari selepas SPRM menahan seorang penyokong kuat Najib dan dua individu lain yang disyaki memeras ugut serta meminta suapan daripada pendakwah berkenaan yang juga mudir sebuah maahad tahfiz di Kedah.

Bekas pegawai khas Najib itu ditahan semalam setelah hadir ke pejabat SPRM Alor Setar, Kedah untuk direkodkan keterangan.

Menurut sumber, dia bagaimanapun dibebaskan oleh SPRM pagi tadi selepas proses rakam keterangan selesai dijalankan.

"Dia ditahan ketika hadir untuk dirakam keterangan," kata sumber ketika dihubungi Malaysiakini.

Sumber menjelaskan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Pada 6 Nov, Mahkamah Majistret Alor Setar membenarkan permohonan reman seorang penyokong kuat Najib yang juga aktivis politik bersama dua lagi individu kerana disyaki memeras ugut serta meminta suapan daripada pendakwah bebas.

Menurut sumber, penyokong kuat Najib itu dan salah seorang suspek ditahan di sebuah masjid di Bendong, Kedah semalam ketika didakwa mahu mengambil wang pendahuluan sebanyak RM20,000 daripada pendakwah terbabit.

Manakala seorang lagi suspek ditahan di lokasi berasingan pada hari sama.

5 terbunuh pesawat Honda terhempas

KOSMO!
SEBUAH pesawat ringan terhempas di sebuah lapangan terbang Arizona. - Foto KPNX
WASHINGTON  – Lima orang termasuk seorang kanak-kanak maut apabila sebuah pesawat ringan terhempas lalu merempuh pagar dan melanggar sebuah kereta di lapangan terbang negeri Arizona petang kelmarin, lapor saluran berita CNN.

Menurut Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB),  pesawat jenis Honda HA-420 itu terhempas sekitar jam 4.40 petang (waktu tempatan) di Lapangan Terbang Falcon Field, Mesa, sebuah bandar yang terletak kira-kira 40.23 kilometer ke timur Phoenix.

“Maklumat awal menunjukkan bahawa pesawat itu menghentam pagar perimeter lapangan terbang dan kenderaan penumpang semasa berlepas,” kata NTSB dalam satu kenyataan melalui e-mel kepada CNN.

Empat orang di dalam pesawat itu terbunuh di tempat kejadian, demikian menurut Jabatan Polis Mesa.

Mereka ialah Spencer Lindahl, 43, Rustin Randall, 48, Drew Kimball, 44 dan Graham Kimball, 12. Semua mangsa berasal dari Arizona. 

Namun, individu kelima terselamat dalam kemalangan itu dan dirawat di  hospital kerana melecur, kata polis.

Pemandu sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu juga meninggal dunia.

Menurut seorang jurucakap NTSB, pihaknya sedang menyiasat kemalangan  itu. – AGENSI

Lelaki ditembak mati di hotel, warga Brunei antara 2 ditahan

FMT Reporters

Polis berkata dua lelaki dipercayai suspek utama ditahan di Miri awal pagi tadi dan satu kotak mengandungi 50 ‘Rimfire Cartridges’ ditemui dalam kenderaan mereka. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA: Seorang warga Brunei antara dua suspek ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki mati ditembak di sebuah hotel di Sarawak malam tadi.

Ketua Polis Bintulu, Nixon Joshua Ali, berkata pihaknya menerima panggilan daripada pengurusan hotel terbabit pada 11.48 malam tadi.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi menemui mangsa terbaring di depan pintu masuk lif dalam keadaan berdarah dipercayai ditembak,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, kesan tembakan dan pendarahan ditemui di dada Ling Deng Sing, 36, yang berasal dari Sibu.

Menurutnya, turut dijumpai dekat mangsa ialah lima kelongsong peluru 45 PMC dan dua kelongsong peluru dipercayai shotgun M Clever 12 Mirage serta telefon bimbit mangsa.

Susulan itu, katanya, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Miri menahan dua lelaki dipercayai suspek utama dalam sebuah kenderaan di Miri pada 2.35 pagi tadi.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemui sekotak 50 “Rimfire Cartridges” dan dua telefon bimbit mereka.

Menurutnya, seorang daripada dua suspek berusia 36 dan 43 tahun itu ialah warga Brunei. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tertunggu-tunggu bila agaknya majikan yang menggaji dan melindungi pendatang haram ni kena dakwa

Gudang haram gaji PATI diserbu, 22 pekerja ditahan
Meor Riduwan Meor Ahmad
bhnews@bh.com.my
Anggota Jabatan Imigresen Melaka memeriksa pekerja warga asing di sebuah gudang. - Foto Jabatan Imigresen Melaka
Anggota Jabatan Imigresen Melaka memeriksa pekerja warga asing di sebuah gudang. - Foto Jabatan Imigresen Melaka
MELAKA: Bukan saja disyaki beroperasi tanpa lesen sah, pemilik sebuah gudang menyimpan, memproses dan mengedar makanan di Jalan Pulau Gadong, Klebang Besar, di sini, turut dikesan menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pengarah Jabatan Imigresen Melaka, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, menerusi serbuan 'Op Mahir' dilakukan pihaknya di premis gudang terbabit semalam, menahan 22 pekerja lelaki warga asing.

Katanya, serbuan dijalankan Bahagian Penguat kuasa jabatan itu membabitkan 20 anggota hasil maklumat dan risikan selama seminggu.

"Hasil siasatan awal mendapati gudang berkenaan menggunakan khidmat ejen pekerja asing untuk membekalkan pekerja bagi memproses dan menghantar barangan makanan dan minuman.

"Ketika pemeriksaan terdapat 22 pekerja warga asing di gudang itu dan mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan tinggal lebih masa dan juga melanggar syarat pas yang dikeluarkan.

"Mereka terdiri daripada masing-masing 10 warga Pakistan dan Nepal serta dua lelaki warga India berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun," katanya dalam kenyataan petang ini.
Anggota JIM Melaka memeriksa pekerja warga asing di sebuah gudang. - Foto Ihsan JIM Melaka
Anggota JIM Melaka memeriksa pekerja warga asing di sebuah gudang. - Foto Ihsan JIM Melaka
Beliau berkata, dua Borang 29 (Saman Kepada Saksi) turut dikeluarkan kepada seorang lelaki dan wanita tempatan, masing-masing pengurus dan kerani di gudang berkenaan bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, Anirwan Fauzee berkata, dalam operasi berasingan selepas itu, jabatan itu menyerbu sebuah kedai makan (Op Selera) dan sebuah pasar borong (Op Jaja) di sekitar Melaka Tengah dan menahan 11 lelaki warga asing kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan melanggar syarat pas atau permit yang dikeluarkan.

Katanya, jabatan itu mengesan ramai warga asing yang menyalahgunakan kemudahan untuk tinggal di Malaysia dengan tidak pulang ke negara asal dan bekerja secara tidak sah serta terbabit aktiviti tidak bermoral.

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap pemilik premis dan majikan yang menggajikan warga asing tanpa dokumen perjalanan dan pas atau permit kerja yang sah serta sengaja memberi perlindungan pada warga asing dan melanggar Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Wanita hilang didakwa guna laluan lain ke tempat kerja

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
NOOR Shuhada menunjukkan gambar ibu saudaranyayang dilapor hilang, namun motosikalnya ditemui di tebing Sungai Titi Haji Idris, Kampung Alor Sekawan. FOTO Zuliaty Zulkiffli.
NOOR Shuhada menunjukkan gambar ibu saudaranyayang dilapor hilang, namun motosikalnya ditemui di tebing Sungai Titi Haji Idris, Kampung Alor Sekawan. FOTO Zuliaty Zulkiffli.
Alor Setar: "Selalunya Maksu tak ikut laluan ini dari rumahnya di Kampung Kuala Lanjut kerana laluan di Jalan Titi Haji Idris ke tempat kerjanya di Jalan Pegawai lebih dekat.

"Secara logiknya juga, laluan ini pada 6 pagi, sunyi... lebih baik dia gunakan laluan biasa," kata Noor Shuhada Dzulkifly, 28.

Wanita itu anak saudara kepada Siti Rohani Saad, 37, yang dilapor hilang, manakala motosikal Honda Wave miliknya ditemui di tebing Sungai Titi Haji Idris, Kampung Alor Sekawan, di sini, hari ini.

Noor Shuhada berkata, dia terkejut apabila motosikal ibu saudaranya itu ditemui di kawasan yang bukan lokasi kebiasaan dilalui Siti Rohani untuk ke tempat kerja.

Katanya, ibu saudaranya menunggang motosikal sendirian dan pada 7.30 pagi, dia menerima panggilan telefon daripada majikan Siti Rohani, memaklumkan wanita tidak muncul di kedai makan tempatnya bekerja.

"Saya tidak sedap hati dan minta mereka cari Maksu di sekitar Alor Setar, manakala saya pula minta bantuan sepupu yang lain cari di sekitar kawasan ini, sebelum terima mesej WhatApp memaklumkan motosikal Maksu ditemui.

"Ahli keluarga kemudian datang ke lokasi penemuan untuk memeriksa nombor casis motosikal yang mengesahkan ia memang milik Maksu," katanya ketika ditemui.

Noor Shuhada berkata, dia turut cuba menghubungi telefon bimbit wanita itu tetapi gagal dan mereka sekeluarga berharap Siti Rohani ditemui segera.

Sementara itu, Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) berdepan cabaran disebabkan arus deras selepas hujan di hulu.

Katanya, sebelum itu, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Jitra serta Sungai Petani sempat melakukan selaman beberapa kali dan pencarian antara lima ke tujuh meter menggunakan.

"Selepas tujuh jam SAR hari ini, belum ada sebarang petunjuk diperoleh dan kita akan teruskan pencarian bergantung kepada keadaan cuaca dan sebagainya," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad pula memaklumkan menerima laporan kehilangan wanita berusia 37 tahun yang dibuat warisnya pada 10.13 pagi di Balai Polis Langgar.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Balai Polis Langgar Sarjan Mejar Ku Fauzi Ku Bakar di talian 011-5503352 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar 04-7747222.

Serangan seksual: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal

Bernama

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama tahfiz dan rumah anak yatim kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar lelaki, lima tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Ahmad Zaidi Ibrahim turut mengekalkan hukuman tiga sebatan dikenakan terhadap Mohd Faiza Rizza Mohd Ropi oleh Mahkamah Sesyen.

Lelaki berumur 38 tahun itu, yang kini bekerja sebagai pembantu pam di sebuah stesen minyak, sebelum ini dibebaskan Mahkamah Tinggi selepas membenarkan rayuannya terhadap sabitan dalam kes itu.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwaan mengetepikan perintah pembebasan Faiza.

Panel itu turut memerintahkan agar tempoh Faiza berada di penjara selepas gagal memperoleh penangguhan pelaksanaan hukuman, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dimasukkan dalam jumlah hukumannya.

Mohamed Zaini Mazlan dan Azmi Ariffin, yang turut bersidang, juga mengekalkan perintah Mahkamah Sesyen agar Faiza menjalani kaunseling semasa dipenjarakan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas hukuman penjaranya berakhir.

Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara itu, Azmi berkata pendakwaan berjaya membuktikan semua unsur pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau berkata, panel itu tidak bersetuju dengan penemuan Pesuruhjaya Kehakiman sebelum ini bahawa pertuduhan terhadap Faiza sepatutnya dibuat di bawah Seksyen 14(d) akta sama.

Hakim itu berkata, mahkamah mendapati tiada percanggahan dalam keterangan mangsa dan laporan polisnya.

Azmi berkata, satu laporan polis dibuat Faiza dua tahun selepas didakwa yang menyatakan bahawa dia dituduh secara palsu oleh mangsa adalah sesuatu yang difikirkan kemudian dan rekaan semata-mata.

Faiza telah disabitkan oleh Mahkamah Sesyen bagi kesalahan melakukan serangan seksual terhadap mangsa yang ketika itu berumur 17 tahun di bilik warden sebuah asrama tahfiz dan sebuah asrama anak yatim di Temerloh, Pahang pada 2 pagi, pada Jun 2019.

Dia kemudian dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan tiga sebatan pada 26 Nov 2021 oleh mahkamah sama.

Pada 11 Mei 2023, Mahkamah Tinggi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan membebaskan Faiza daripada pertuduhan itu.

Pendakwaan kemudian membuat rayuan terhadap keputusan itu.

Timbalan Pendakwa Raya P Sarulatha hadir bagi pihak pendakwaan, manakala peguam Shashi Devan dan Muhammad Nazreen Jaafar Abdullah mewakili Mohd Faiza.

Lan Pet Pet mahu dikebumikan di Perkuburan Baqi

Serimah Mohd Sallehuddin
LAN Pet Pet pada Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran sempena kemenangan sebagai artis komedi popular APBH36. FOTO Genes Gulitah
LAN Pet Pet pada Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran sempena kemenangan sebagai artis komedi popular APBH36. FOTO Genes Gulitah
Kuala Lumpur: Anggota Senario, Lan Pet Pet, 55, bersama keluarganya bakal berhijrah ke Madinah, tahun hadapan kerana berhasrat mahu dikebumikan di Perkuburan Baqi.

Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad berkata, dia sepatutnya berpindah ke Madinah, tahun ini tetapi terpaksa menangguhkan hasratnya bagi memenuhi permintaan balu Allahyarham Hamdan supaya terus bersama Senario.

"Ikutkan saya ke Madinah tahun ini, tetapi isteri arwah Hamdan, Norhamalini Ahmed minta saya terus bersama Senario bagi menjaga ukhuwah dan silaturahim kami.

"Jadi, saya tangguhkan perancangan ini, insya-Allah saya dan keluarga akan berangkat menunaikan umrah bersama keluarga minggu depan dan kami akan 'riki' apa yang patut di sana.

"Cita-cita sejak kecil memang nak tinggal berhampiran dengan Rasulullah. Saya tanya isteri adakah bersedia dikebumikan di Madinah jika umur tak panjang?

"Bila isteri kata setuju, saya tak mahu tangguhkan lagi. Insya-Allah, ada rezeki saya akan bawa isteri dan anak-anak berhijrah ke sana. Bagaimanapun, kami akan kerap berulang-alik," katanya yang ditemui pada majlis kesyukuran dan doa selamat sempena kejayaan Senario meraih trofi Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36, baru-baru ini.

Menurut Lan lagi, dia akan menguruskan hotel dan restoran milik Al Maliki Group, malah visa sudah pun diuruskan syarikat.

Bagaimanapun, kata Lan, kerjayanya di Malaysia tetap berjalan seperti bias dan akan berulang-alik Madinah dan Kuala Lumpur.

"Insya-Allah, kerjaya bersama Senario akan tetap berjalan seperti biasa, kalau ada undangan saya akan balik ke sini.

"Saya sudah penat buat ulasan makanan dan restoran kerana terpaksa berlari ke sana-sini.

"Di usia sekarang apa lagi yang ingin saya kejar? Saya hanya ingin dekatkan diri dengan Allah dan Rasul. Saya bersyukur dipertemukan dengan orang betul," katanya.

Pelajar buat kerja sambilan maut ditimpa bahan binaan

Bernama

Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar berusia 17 tahun maut selepas ditimpa bahan binaan di sebuah lot kedai, di pusat beli-belah pada Rabu lepas.

Menurut kenyataan Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Terengganu, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika mangsa yang bekerja sambilan sedang mengangkat bahan-bahan binaan untuk dipindahkan ke lot kedai yang sedang diubah suai menggunakan troli.

Bagaimanapun, kerangka troli yang diubah suai itu patah menyebabkan bahan binaan jatuh menghempap mangsa dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Pegawai JKKP hadir ke pusat beli-belah terbabit semalam untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Notis Larangan (NOP) dikeluarkan kepada kontraktor terlibat disebabkan kegagalan menyediakan kaedah selamat bagi kerja-kerja memunggah dan memindah barangan sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan maut,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, siasatan lebih lengkap dan terperinci akan dijalankan bagi tujuan tindakan perundangan sekiranya terdapat pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“JKKP memandang serius setiap kemalangan di tempat kerja sama ada melibatkan orang awam atau pekerja.

“Majikan dan pekerja bertanggungjawab mengenal pasti dan membuat penilaian risiko terhadap bahaya di tempat kerja,” katanya.

Menurutnya, langkah kawalan risiko berkesan perlu diambil untuk mengurangkan risiko kemalangan dan kesihatan terhadap pekerja sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Mencari yang halal wajib: Main belasah makan tak kira kedai, premis ‘no pork no lard’ pun masuk

Harapandaily

AZMAN IBN MULKAN

Baru-baru ni saya singgah Putrajaya.

Masuklah IOI Mall yang saya diberitahu ianya pasaraya yang kedua terbesar di dunia. Lihat dari luar, memang nampak besar dan memanjang. Apabila semak kembali, bukanlah yang kedua terbesar tetapi antara yang terbesar di dunia.

Dahsyat! Tapi lebih dahsyat apabila saya masuk ke dalam.

Sebab? Sebab ramai Melayu (saya anggap Muslim) main belasah makan tak kira kedai. Ada kedai no pork no lard, mereka masuk, telan tidak toleh kiri kanan dah.

Yang tak ada sijil halal pun mereka masuk, janji yang terpacak di pintu depan tu muka budak Melayu, tukang ambik order, jaga kaunter pakai tudung.

Patutlah dunia makin celaru. Hati makin gelap. Sensitiviti makin hilang.

Ya.. Ramai yang sinikal acah-acah nakal tetapi bodoh yang akan kata: Eleh.. Makan yang ada cop halal pun makan rasuah juga, tak solat juga. Sekurang-kurangnya, aku tak tinggai solat.

Mengikut Sahih Muslim disebutkan bahawa Nabi S.A.W bersabda, “Ada seorang lelaki yang melakukan perjalanan jauh hingga rambutnya penuh debu. Ia mengangkat tangannya ke langit seraya berdoa, “Ya Rabb, ya Rabb!”. Sedangkan tempat makanannya haram, tempat minumannya haram, pakaiannya haram dan juga makanannya haram, maka bagaimana doanya akan dikabulkan!”

Itu baru doa. Dah ditolak asbab makan makanan haram. Toksah sembanglah amal ibadat terima atau tidak.

Saya ni bukanlah beriman dengan logo halal Jakim tu. Namun, sekurang-kurangnya ada jugalah usaha untuk memperbaiki diri pastikan jaga apa yang masuk dalam perut saya yang kemudiannya akan tumbuh jadi daging dalam badan ini.

Lainlah kalau hang keluar negara. Fiqhnya jadi berbeza.

Oi, orang Islam! Caknalah sedikit dengan apa yang angpa kedarah!

Enam lelaki Bangladesh disyaki ‘ah long’ ditahan di Muar

FMT Reporters

Polis Muar menahan 6 lelaki warga Bangladesh berusia antara 26 hingga 40 tahun disyaki terlibat kegiatan ‘ah long’.
PETALING JAYA: Enam warga asing ditahan di sekitar daerah Muar dua hari lepas kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen.

Ketua Polis Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata semua lelaki warga Bangladesh berusia antara 26 hingga 40 tahun itu ditahan oleh petugas bahagian siasatan jenayah komersial IPD kira-kira 4.30 petang.

Selain itu, polis merampas tujuh unit telefon bimbit pelbagai jenama, lima beg silang, 187 keping kad ATM serta wang tunai RM176,250 yang dipercayai digunakan suspek bagi menjalankan kegiatan ‘ah long’.

“Siasatan mendapati suspek menyasarkan pekerja warga Bangladesh di daerah ini dengan mengenakan kadar faedah tertentu,

“(Suspek) turut menahan kad ATM milik peminjam, sehingga pinjaman dilunaskan,” katanya menurut Bernama.

Semua suspek direman hingga Ahad ini untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum denda maksimum RM1 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Masuk sebagai orang, keluar jadi mayat

NORISMA NAJWA CHE ISMAIL
Gambar penjara Bang Kwang yang dimuat naik di TikTok.
PETALING JAYA – Seorang lelaki berkongsi pengalaman ketika melawat penjara di Thailand yang terkenal dengan keadaan yang serba mencabar dan penuh sesak.

Menerusi hantaran di TikTok oleh pengguna Diey Bundle, terdapat 144 pusat tahanan di seluruh Thailand, termasuk 11 pusat tahanan di Bangkok.

“Salah satu penjara paling digeruni di negara itu ialah Bang Kwang Central Prison, atau lebih dikenali sebagai ‘Big Tiger’ yang menempatkan banduan hukuman hukuman sepanjang hayat atau menunggu hukuman mati.

“Penjara ini menempatkan penjenayah tegar, termasuk pembunuh, pengedar dadah, ‘mafia’, dan kumpulan samseng,” katanya dalam video berkenaan.

Kongsinya juga, ‘Big Tiger’ merupakan destinasi terakhir bagi penjenayah berat yang dianggap tidak dapat dijinakkan di penjara lain.

Penjara ini juga terkenal dengan hukuman mati, yang kini dilaksanakan melalui suntikan maut sejak 2003, menggantikan kaedah tembakan sebelum ini.

“Bila banduan masuk ke Bang Kwang, dia akan kekal tinggal disitu dan hanya akan keluar sebagai mayat kerana di Bang Kwang kebanyakkannya banduan menerima hukuman sepanjang hayat atau banduan akhir,” katanya.

Menurut pengguna tersebut, banduan di penjara ini akan dipakaikan rantai di kedua-dua belah kaki yang disambungkan ke pinggang mereka dan akan dipakaikan selama tiga bulan pertama hukuman.

“Hukuman ini akan menyebabkan tekanan emosi yang tinggi kepada banduan dan mendorong mereka untuk cuba membunuh diri,” jelasnya.

Selain Bang Kwang, Klong Prem Central Prison merupakan penjara dengan keselamatan maksimum yang menempatkan banduan dengan hukuman penjara antara 10 hingga 50 tahun. Antara banduan terkenal yang pernah berada di sini termasuk Xavier Justo, pemberi maklumat bagi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya lagi, keadaan di penjara mengalami sesak melampau, dengan sel yang sepatutnya menampung 20 orang terpaksa memuatkan sehingga 80 orang banduan.

“Banduan di sana terpaksa bergilir tidur kerana kekurangan ruang dan terpaksa berada dalam sel selama 18 hingga 19 jam setiap hari dengan lampu dinyalakan selama 24 jam bagi tujuan keselamatan,” katanya.

Dalam pada itu, penjara di Thailand juga mempunyai istilah ‘Cash is King’, di mana banduan yang mempunyai wang boleh mendapatkan pelbagai kemudahan seperti makanan tambahan dan barangan harian.

Keadaan penjara yang sesak dan kotor sering menerima kecaman dari pelbagai pihak termasuklah badan bukan kerajaan (NGO), namun, bagi kebanyakan warga Thailand, mereka percaya ini adalah balasan atau karma bagi kesalahan yang dilakukan.

Walau bagaimanapun, ini menunjukkan perbezaan yang jelas ketara antara penjara di Thailand dan juga di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Lelaki curi motosikal untuk sara isteri hamil

KOSMO!
GAMBAR CCTV menunjukkan Chanon menunggang sebuah motosikal. - Foto Pattaya Mail
BANGKOK  – Seorang pencuri motosikal ditahan di Pattaya, Thailand dan dia mengaku melakukan jenayah kerana mahu menyara isterinya yang hamil, lapor portal berita Pattaya Mail hari ini.

Suspek dikenali sebagai Chanon ‘Lay’ Kaewya, 33, dari Wilayah Phichit, ditahan di sebuah hotel di Bongkot Soi 8,  kawasan Pattaya Selatan. 

Waran telah dikeluarkan untuk penahanannya oleh Mahkamah Wilayah Pattaya pada 4 November lalu atas tuduhan mencuri dalam kediaman.

Semasa disoal siasat, Chanon mengaku mencuri sejumlah motosikal untuk mendapatkan wang bagi menyara isterinya yang sedang hamil.

Ini adalah kerana dia masih menganggur. 

Katanya, dia bertindak sendirian dan akan merakam  gambar motosikal yang dicuri sebelum menjualnya kepada pembeli pada harga antara 10,000 baht (RM1,284) hingga 20,000 baht (RM2,567) sebuah.

Siasatan dilancarkan selepas seorang mangsa melaporkan motosikalnya dicuri dari kawasan parkir berhampiran Pasar Naklua Baharu pada 28 Oktober lalu. 

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) merakam imej suspek, membolehkan polis  mengenal pasti dan menjejakinya. – AGENSI

Suami tikam isteri kerana marah dilarang keluar waktu malam

KOSMO!
SEORANG suami ditangkap kerana disyaki menikam isterinya. - Foto ANTARA
JAKARTA  – Seorang isteri ditikam berulang kali oleh suaminya yang marah kerana  melarangnya keluar rumah pada waktu malam,  lapor portal berita detiknews hari ini.

Lelaki berkenaan keluar malam kerana mahu mengambil dadah.

“Suspek berasa kesal. Dia marah kerana isteri melarangnya keluar pada waktu malam dan mengambil dadah,” kata Ketua Polis Pasar Minggu di Jakarta Selatan, Anggita Sinambela.

ADVERTISEMENT
Amazing Cool GadgetsAmazing Cool Gadgets
Menurutnya, polis tiba di Pusat Kesihatan Masyarakat Pasar Minggu dan melihat mangsa sedang dirawat oleh kakitangan perubatan.

Mangsa cedera di punggung, tapak tangan paha kanan dan betis, kata Anggita.

Polis kemudian pergi ke rumah pasangan suami isteri itu dan menangkap suspek. Polis juga merampas sebilah gunting yang digunakan untuk menikam mangsa. – AGENSI

Tak dapat hadiah motosikal, anak bakar rumah ibu bapa

KOSMO
Suspek membakar rumah ibu bapanya kerana kecewa tidak dibelikan motosikal. - Instagram
JAKARTA – Seorang lelaki di Cirebon, wilayah Jawa Barat tergamak membakar rumah ibu bapanya sendiri kerana berang permintaannya untuk dibelikan motosikal tidak dipenuhi, lapor laman berita Kumparan semalam.

Kejadian berlaku kelmarin sekitar pukul 10.43 pagi (waktu tempatan).

Ketua Polis Depok, Asisten Komisioner Polis Afandi berkata, suspek yang dikenali sebagai RC, 21, merupakan anak bongsu pasangan suami isteri tersebut.

Suspek  juga sudah berkahwin dan memiliki anak.

“Suspek marah kerana keinginannya tidak dipenuhi. Dia membakar tilam sehingga api merebak ke seluruh rumah,” kata Afandi.

Tambahnya, suspek pada awalnya bertengkar dengan bapanya sebelum dia masuk ke bilik belakang dan membakar tilam menggunakan pemetik api.

Api marak dengan pantas, namun tindakan pantas pihak bomba berjaya menghalang kebakaran daripada merebak ke rumah-rumah lain.

Suspek telah ditahan dan dibawa ke balai polis untuk disoal disiasat. – AGENSI 

2 pengawal keselamatan direman berkaitan kes beg berisi RM1 juta hilang

Bernama

PETALING JAYA: Polis menahan dua pengawal keselamatan bagi membantu siasatan kes beg berisi wang tunai RM1 juta yang dilaporkan hilang selepas proses kutipan dilakukan sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point, semalam.

Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail, berkata lelaki dan wanita tempatan masing-masing berusia 52 dan 38 tahun itu ditahan di Ampang pada 10 malam, pada hari kejadian.

Beliau berkata, kedua-dua mereka dipercayai menaiki van keselamatan yang membawa beg berisi wang tunai berjumlah RM1,071,000 ketika hari kejadian.

“Ujian air kencing ke atas kedua-dua mereka adalah negatif dan pengawal keselamatan terbabit tidak mempunyai sebarang rekod jenayah,” katanya kepada Bernama.

Azam berkata, kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga Ahad bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Beg berkenaan dilaporkan hilang pada 3.55 petang sebelum ditemukan di tengah laluan di Jalan Hulu Kelang menuju ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur oleh orang awam pada hari kejadian.

Beg itu dipercayai terjatuh ketika kenderaan terbabit melalui kawasan selekoh di laluan berkenaan.

Lelaki ‘gila bayang’ kelar leher sendiri lepas bunuh dua beranak

KOSMO!
Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang maut ditikam lelaki di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, hari in
GEORGE TOWN – Suspek lelaki yang menikam dua beranak hingga maut dipercayai akibat berang cintanya tidak berbalas dilaporkan telah bertindak mengelar lehernya sendiri selepas kejadian berlaku.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.54 tengah hari tadi, suspek berusia berusia 32 tahun yang merupakan pekerja kilang itu diberkas berhampiran lokasi wanita dan bapanya ditemui terbaring di hadapan lif sebuah pangsapuri di Ayer Itam di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya telah menerima maklumat daripada orang awam mengenai seorang individu membawa sebilah pisau dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota polis yang bertindak atas maklumat ke tempat kejadian di hadapan lobi lif pangsapuri tersebut telah menjumpai tiga orang warga tempatan berbaring dalam keadaan berdarah di atas lantai.

“Mangsa terdiri bapa dan anak perempuan masing-masing berumur 62 tahun dan 30 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lelaki berumur 32 tahun dipercayai suspek telahpun ditahan oleh pihak polis.

“Suspek yang mengalami kecederaan akibat mengelar dan menikam diri sendiri telahpun dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,”katanya di sini hari ini.

Beritahu beliau lagi, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kes telahpun selesai susulan penahanan suspek dan rampasan senjata yang digunakannya untuk membunuh mangsa.

“Pihak polis sedang menyiasat motif suspek dari pelbagai sudut. Mohon juga saksi awam yang melihat kejadian secara jelas untuk tampil membantu dalam siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini di media sosial sehingga boleh menjejaskan siasatan pihak polis,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki tergamak menikam seorang wanita dan bapanya dengan senjata tajam hingga mangsa maut di tempat kejadian.-KOSMO! ONLINE

Individu yang mungkin berdepan tindakan selepas Trump kembali ke Rumah Putih

Reuters

Washington: Donald Trump yang menang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, sebelum ini berikrar untuk menyiasat atau mendakwa pesaing politik, kakitangan pilihan raya dan rakyat berhaluan kiri, jika beliau kembali menjadi pemimpin negara itu.

Seteru politik

Trump pernah meminta siasatan terhadap calon presiden daripada Parti Demokrat iaitu Naib Presiden Kamala Harris, Presiden Joe Biden, dan bekas Presiden Barack Obama.

Ahli politik lain yang mungkin berdepan siasatan termasuk Liz Cheney yang juga ahli Dewan Perwakilan AS daripada Parti Republikan, paling berprofil tinggi, yang menentang Trump.

Pada perhimpunan di Pennsylvania, September lalu, Trump berkata, Harris bertanggungjawab untuk kisah jenayah terbesar pada zaman ini merujuk kepada lintasan sempadan haram, yang berlaku di bawah pentadbiran pertamanya dan pentadbiran Biden.

Trump juga memuat naik hantaran di media sosialnya yang menyeru tribunal tentera untuk membicarakan Cheney dan Obama.

Penunjuk perasaan

Berikutan protes pro-Palestin di kampus universiti di seluruh AS pada tahun ini, Trump memberitahu Fox News pada Julai lalu bahawa sesiapa yang mencemarkan bendera negara harus mendapat hukuman penjara satu tahun.

Trump juga berkata, beliau akan menangkap pejuang pro-Hamas yang terbabit dalam vandalisme, merujuk kepada penunjuk perasaan iaitu penuntut universiti.

Sektor Teknologi

Trump pernah memberi amaran kepada Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg dan Google mengenai perkara yang didakwanya sebagai potensi gangguan pilihan raya pada platform teknologi mereka.

Trump menuduh Meta menyekat kandungan yang akan memberi kesan negatif terhadap Biden dalam pilihan raya 2020, dan juga mengkritik derma Zuckerberg untuk meningkatkan infrastruktur pilihan raya.

Google belum menjawab permintaan untuk mengulas mengenai kenyataan Trump.

Pendakwa raya

Trump dan sekutunya meminta pendakwaan, pemecatan atau pemenjaraan pendakwa raya yang menentangnya atau menyiasatnya.

Peguam negeri dan hakim baharu

Trump meminta pendakwaan terhadap Peguam Negeri New York Letitia James, yang menyaman Trump dan perniagaan hartanahnya kerana melakukan penipuan.

Lagi kes bayi meninggal dunia di rumah pengasuh

Bernama

SEREMBAN: Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut selepas ditemukan tidak sedarkan dalam keadaan terlentang dan kepala mendongak ke atas di dalam buaian ketika berada dalam jagaan pengasuhnya di Kuarters KLIA, semalam.

Ketua Polis Nilai Abdul Malik Hasim berkata pihaknya menerima maklumat daripada Klinik Kesihatan Kuarters KLIA kira-kira 12.45 tengah hari berhubung kejadian tersebut selepas pengasuh membawa bayi berkenaan.

Menurutnya siasatan awal mendapati pada 7.30 pagi, pengasuh telah memasukkan mangsa ke dalam buaian setelah dihantar oleh ibu bapanya.

“Apabila pengasuh ingin mengejutkan mangs untuk dimandikan, dia mendapati bayi itu tidak sedarkan diri dengan keadaan terlentang dan kepala mendongak ke atas. Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh badan bayi tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat Jabatan Forensik Hospital Rembau turut mendapati tiada sebarang kesan kecederaan dalaman dan luaran terhadap bayi itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Enam warga asing jadi along dicekup

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
SEBAHAGIAN kad ATM dirampas susulan penahanan enam warga asing yang juga ah long. FOTO ihsan PDRM
SEBAHAGIAN kad ATM dirampas susulan penahanan enam warga asing yang juga ah long. FOTO ihsan PDRM
Muar: Polis menumpaskan sindiket menawarkan pinjaman tanpa lesen atau along yang didalangi warga asing susulan penahanan enam lelaki di sekitar bandar ini, semalam.

Keenam-enam suspek berusia antara 26 hingga 40 tahun ditahan jam 4.30 petang kerana disyaki terbabit dengan kegiatan memberi pinjaman wang kepada warga asing.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kesemua mereka ditahan oleh anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek menjadikan pekerja asing terutama warga Bangladesh sebagai sasaran untuk menawarkan pinjaman terbabit.

Bukan itu sahaja, malah Raiz Mukhliz berkata, suspek turut mengenakan kadar faedah tertentu serta menahan kad ATM peminjam sehingga pinjaman diluluskan.

"Hasil penahanan itu, polis merampas wang tunai RM176,250 selain telefon pelbagai jenama serta 187 kad ATM pelbagai bank.

"Kesemua suspek sudah direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

"Suspek boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara selama lima tahun atau kedua-duanya." katanya dalam kenyataan.

Seorang aggota tentera diberkas miliki dadah

TUAN NURHIDAYAH TUAN AB.GHANI

KUALA LUMPUR – Seorang anggota tentera diberkas kerana memiliki pelbagai jenis dadah di hadapan sebuah restoran sekitar Taman Kok Lian Jalan Ipoh, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan anggota ronda Balai Polis Jinjang pukul 3.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan menemui beberapa jenis dadah iaitu 6.75 gram (g) methamphetamine, 31 biji nitrazepam (38.39 g) dan pil Yaba (1.49 g).

“Kita percaya dadah yang dianggarkan bernilai RM1,000 ini adalah untuk kegunaan sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Suspek direman bermula semalam hingga esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Pelajar lelaki maut jatuh bangunan sekolah

NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah swasta dekat Lobak di sini dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolah tersebut awal pagi tadi.

Menurut kenyataan pihak sekolah, malangnya pelajar yang difahamkan berusia 16 tahun itu terjatuh dan meninggal dunia sebaik tiba di sekolah dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi.

“Selepas kejadian itu, pihak sekolah segera menghubungi ambulans. Namun, kakitangan perubatan mendapati pelajar itu tidak mempunyai tanda-tanda masih hidup (sudah tidak bernyawa).

“Insiden ini sedang dalam siasatan terperinci oleh polis dan pihak sekolah akan bekerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Rembau bagi menjalankan proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Anak Tengku Muda Pahang diheret ke mahkamah

Malaysiakini 

Kerabat diraja Pahang Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman diheret ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau, Jun lalu.

Pertuduhan itu dibuat kira-kira dua bulan selepas Malaysiakini melaporkan dakwaan serangan terhadap pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan Alias Awang, 44.

Anak Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah itu dituduh bersama Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39, Mohd Fouzi Md Nur, 44, Mohd Taufik Daud, 44, dan Khairul Azhar Rosli, 38.

Tengku Abdul Rahman ialah adik kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Salah seorang daripada tertuduh—Mohd Fouzi—berkhidmat sebagai anggota polis.

Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan, lapor media.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bersama-sama mencederakan paha Alias menggunakan pisau di kawasan lot tanah bangsal kuda, Jalan Teluk Sisek di Kuantan pada 6 Jun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, didenda, disebat atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Pihak pendakwaan diketuai oleh Pengarah Pendakwaan Pahang Shahrizat Ismail di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Malaysiakini pada 5 September lalu melaporkan seorang kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan orang didakwa menyerang dan mencederakan Alias menggunakan pisau.

Nama Eddy tidak didedahkan ketika itu kerana dia belum dituduh di mahkamah.

Alias mendakwa seorang rakan kerabat itu menikam pahanya manakala kerabat itu pula menembak ke arah kakinya tetapi tersasar.

Bapa kepada lapan orang anak itu mendakwa dia diserang susulan pertikaian berkaitan isu tanah di Rompin, yang dia terlibat dalam pembinaan jalan di situ.

Ketika dihubungi Malaysiakini sebelum ini, polis berkata menyiasat kes itu dari setiap sudut, tetapi tidak menyatakan dengan jelas sama ada siasatan turut menjurus kepada penggunaan senjata api.

Kes itu turut mendapat perhatian Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang menggesa polis bertindak tegas kerana tiada sesiapa yang lebih tinggi dari undang-undang, termasuk kerabat diraja.

Sementara itu, dalam prosiding hari ini, pihak pendakwaan memohon jaminan RM10,000 dikenakan terhadap setiap tertuduh.

Dia juga mencadangkan syarat tambahan supaya kesemua mereka melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak menggangu mangsa sehingga kes selesai.

Mohon kurang jaminan, masing ditanggung ibu bapa

Bagaimanapun, peguam bela Y Sheelan memohon minimum dalam lingkungan RM5,000 terhadap Tengku Eddie Akasya atas alasan masih ditanggung ibu bapa.

Sheelan juga memohon jumlah sama untuk Nik Norhisham Affendi dan Khairul Azhar yang bekerja sebagai penternak lembu.

Peguam Mohammed Badrulzzaman yang mewakili Mohd Fouzi pula memohon jaminan rendah terhadap anak guamnya yang menyara isteri dan anak yang masih bersekolah.

Majistret kemudian menetapkan jaminan RM7,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan membenarkan semua syarat tambahan dicadangkan pendakwaan.

Dia juga menetapkan tarikh 11 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Disaman RM1 juta kerana memfitnah, Dr Maza buka mulut

SITI NUR ZAWANI

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin nafi memfitnah seorang peniaga nasi kandar dengan mengaitkan peniaga itu dengan aktiviti pengganas.

Difahamkan pada 2019, kereta milik Mohd Asri terbakar di perkarangan rumah peniaga tersebut, sebelum satu akaun Facebook atas nama DrMAZA.com mengaitkan insiden terbabit dengan pengganas.

Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza berkata, hantaran tersebut bukan diterbitkan menerusi akaun peribadi miliknya.

Beliau juga bukan pemilik mahupun pengendali akaun Facebook DrMAZA.com

“Saya bukan pemilik atau pentadbir atau pengarang kepada akaun DrMAZA.com yang mana saya percaya ia adalah sebuah akaun halaman Facebook.

“Kenyataan tersebut dilakukan oleh admin atau pentadbir akaun DrMAZA.com dan bukanlah diterbitkan oleh saya,” katanya menjawab tuntutan saman yang dikemukakan peniaga nasi kandar itu Ahmad Muzaini Mydin selaku plaintif

Tegas Dr Maza, beliau tidak pernah memberikan sebarang arahan kepada pentadbir akaun DrMAZA.com atau mana-mana pihak untuk menerbitkan kenyataan berkenaan.

Ketika hantaran tersebut dimuat naik, beliau berada di Sabah dan tidak tahu menahu tentang kenyataan itu.

“Saya berada di Sabah dan tidak berada bersama dengan pentadbir akaun DrMAZA.com semasa kenyataan tersebut di lakukan dan saya tiada sebarang pengetahuan khusus tentang kenyataan itu,” jelasnya.

Terdahulu Ahmad Muzaini ,38, memfailkan saman RM1 juta terhadap Dr Maza kerana didakwa memfitnah apabila mengaitkannya dalam kejadian kebakaran kereta dengan aktiviti pengganas lima tahun lalu.

Ahmad Muzaini selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Ku Nur Farahi & Co pada 7 Jun lalu di Mahkamah Tinggi Kangar, Perlis dengan menamakan Dr Maza sebagai defendan tunggal.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh media, plaintif mendakwa, pada bulan Mac 2019,
terdapat satu insiden di mana kereta milik defendan terbakar di pekarangan rumahnya.

Lanjutan kejadian itu, defendan iaitu akaun FB DrMaza membuat kenyataan di media sosial mengaitkan kejadian itu dengan pengganas yang boleh mengancam nyawa.

Penyokong kuat Najib aktivis yang dikatakan memeras ugut pendakwah selebriti ?

Aktivis peras ugut pendakwah selebriti rupanya penyokong kuat Najib?

SITI NUR ZAWANI

Seorang penyokong kuat Datuk Seri Najib Razak didakwa merupakan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Menurut Malaysiakini, aktivis itu disyaki memeras ugut serta meminta suapan daripada mudir sebuah maahad tahfiz yang juga pendakwah bebas.

Penyokong Najib dan salah seorang suspek ditahan di sebuah masjid di Bendong, Kedah semalam ketika mahu mengambil wang pendahuluan sebanyak RM20,000 daripada pendakwah terbabit.

Aktivitis itu dikatakan aktif di media sosial dalam mengulas isu politik khususnya membabitkan Najib.

Menurut laporan, aktivis berkenaan didakwa memeras ugut seorang pendakwah untuk mendapatkan sejumlah wang bagi menyelesaikan kes pengubahan wang haram (AMLA) yang masih dalam siasatan polis.

Berita Harian melaporkan, siasatan awal mendapati mereka dipercayai bersubahat meminta wang sebanyak RM150,000, namun hanya menerima RM20,000 tunai daripada pendakwah terbabit.

Sementara itu dalam satu video berasingan dilihat Harapan Daily, aktivis yang ditahan mendakwa penangkapannya adalah satu penghinaan dan penganiayaan terhadap pasukan Najib Razak.

Individu itu berkata dia akan membuat laporan polis kerana tuduhan yang merosakkan nama pasukan Najib.

Pengubahan wang haram: 'Menyamar' pegawai Malaysia: KDN tunggu laporan rasmi Bangladesh - Sumber

B Nantha Kumar

Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menunggu laporan rasmi daripada Kerajaan Bangladesh sebelum bertindak ke atas dakwaan tiga warganegara Malaysia memperkenalkan diri sebagai 'wakil kerajaan' berkaitan siasatan pengubahan wang haram, pemerasan dan pemerdagangan pekerja asing melibatkan pekerja warga negara itu.

Sumber daripada KDN berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sekurang-kurangnya dua portal berita Bangladesh yang mendakwa ketiga-tiga individu tersebut melawat Bangladesh pada September lalu sebagai wakil kerajaan serta memberi maklumat palsu mengenai siasatan itu.

"KDN tidak boleh bertindak ke atas berita dari Bangladesh semata-mata. Kalau benar ada tiga warganegara kita melawat ke negara Bangladesh dengan menyamar sebagai 'wakil kerajaan Malaysia', kemudian kerajaan negara itu perlu adakan siasatan dalaman.

"Jika ada bukti, mereka boleh buat laporan rasmi kepada kita, dan berdasarkan laporan itu, kita boleh membuat tindakan selanjutnya," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Malaysiakini masih berusaha menghubungi menteri KDN Saifuddin Nasution Ismail untuk mendapatkan komen.

Terdahulu, dua portal Bangladesh melaporkan tiga individu yang merupakan warga Malaysia melawat ke Bangladesh atas permintaan beberapa pemain agensi pekerja tempatan daripada negara itu.

Menurut laporan, ketika lawatan itu, mereka bertemu pegawai polis di Balai Polis Paltan berhubung kes yang difailkan terhadap agensi tenaga manusia dan memperkenalkan diri mereka sebagai "wakil kerajaan Malaysia" dan sekutu rapat Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim.

Laporan itu mendakwa mereka juga menggunakan identiti aktivis hak asasi manusia selain sekutu KDN Malaysia, untuk mengelirukan pegawai penyiasat sehingga memaksa pihak polis Bangladesh mengeluarkan surat kepada cabang Interpol di Malaysia dengan permintaan untuk menggantung penggunaan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS), milik syarikat Bestinet Sdn Bhd.

Sebelum ini, polis Bangladesh menggesa pihak berkuasa Malaysia untuk menahan pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan sekutunya, Ruhul Amin dan menghantar mereka pulang ke negara itu.

Ia berikutan kedua-duanya didakwa melakukan pengubahan wang haram, pemerasan dan pemerdagangan pekerja asing.

Bagaimanapun, Aminul dan Bestinet hari ini menafikan dakwaan tersebut.

Semakan Malaysiakini mendapati tiga individu yang didakwa menyamar sebagai 'wakil kerajaan Malaysia' masing-masing bergelar 'Datuk Seri', 'Datuk' dan seorang lagi Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA).

Ketika dihubungi, salah seorang yang bercakap dengan Malaysiakini dengan syarat tidak mendedahkan nama menafikan laporan tersebut.

"Kami menafikan dakwaan tersebut kononnya menyamar sebagai wakil kerajaan Malaysia.

"Kami memang di Bangladesh ketika itu, tapi atas urusan lain. Kami akan membuat kenyataan rasmi dalam masa terdekat," katanya.

Tiga remaja tunggang paus

KOSMO
Tangkap layar menunjukkan tiga pemuda berdiri di atas mamalia yang sedang berenang di dalam air. - TikTok
JAKARTA – Perbuatan sekumpulan remaja lelaki di perairan Raja Ampat, wilayah Papua Barat Daya yang bersahaja menunggang seekor paus gergasi mengundang perhatian orang ramai, lapor portal berita Liputan 6 semalam. 

Kejadian luar biasa itu berlaku pada 6 Jun lalu. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @juliano19_ baru-baru ini, tiga remaja dilihat berenang bersebelahan paus tersebut.  

Mereka kemudian memanjat lalu berdiri di atas badan mamalia gergasi itu yang sedang berenang di dalam laut. 

Lebih mengejutkan apabila paus itu membiarkan mereka ‘bermain’, seolah-olah sudah biasa dengan kehadiran manusia.

“Ikan paus gergasi yang akrab dengan manusia,” demikian menurut keterangan klip video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.4 juta tontonan bersama 49,700 tanda suka. 

“Paus itu mahu berkawan dengan manusia,” komen seorang netizen. 

“Luar biasa! Namun, tolong berhati-hati,” komen netizen lain. – AGENSI