"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Presiden PAS hadiri sidang ulama antarabangsa di Turki

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 24 Mei:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi berlepas ke Istanbul, Turki bagi menghadiri persidangan ulama antarabangsa.

Beliau akan menghadiri dua persidangan pada 29 Mei ini iaitu persidangan ekonomi antarabangsa dan persidangan ulama yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Qaradawi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang dijangka membentangkan kertas kerja berkaitan krisis ekonomi yang melanda dunia dan penyelesaiannya di kalangan dunia Islam.

Pada Mei tahun lepas, Abdul Hadi telah menghadiri Kongres Antarabangsa Komuniti Muslim ke-18 (18th International Congress of Muslim Communities) yang dianjurkan oleh Ekonomik ve Sosyal Arastirmalar Merkezi (Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial – ESAM) juga di Istanbul.

Beliau diberi peluang menyampaikan ucapan dalam sesi protokol, bersama dengan Presiden Saadat Party, Prof Dr Numan Kurtulmus dan mantan Presiden Afghanistan, Prof Dr Burhanuddin Rabbani.

Tiada ulasan: