"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat Bayi Lelaki Baru Dilahirkan Tiga Jam Ditemui Di Tepi Jalan

PETALING JAYA, 1 Jun: Mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh tiga jam ditemui masih bertali pusat diletakkan di tepi jalan di Damansara Jaya petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 6.15 petang memaklumkan penemuan di Jalan SS 22/48 Damansara Jaya itu.

"Polis yang tiba mendapati bayi lelaki itu tidak bernyawa lagi. Hasil pemeriksaan awal mendapati bayi baru dilahirkan tiga jam dengan tali pusatnya masih lagi kelihatan," katanya kepada pemberita, di tempat kejadian di sini.

Mayat bayi itu ditemui dalam keadaan bogel tanpa sebarang alas atau dibalut, katanya.

Beliau berkata mayat bayi terbabit telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan kematian.
-Bernama-

Tiada ulasan: