"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Leila belikan villa untuk anak 6 tahun

satubenih
Akhbar "Le Figaro" Perancis melaporkan bahawa isteri mantan presiden Tunisia yang digulingkan, Leila Trabelsi telah membelikan anaknya yang masih berusia enam tahun beberapa buah rumah mewah di Perancis dan didaftarkan atas nama anaknya itu.

Menurut akhbar itu Leila Trabelsi pada September lalu berkunjung ke Perancis untuk pembelian sebuah rumah mewah di jalan "Foch", yang terletak di lingkaran 16, untuk anaknya yang bernama Muhammad Zainal Abidin, yang digelar media sebagai "Maharaja dari keluarga kecil."
Untuk memastikan masa depan puteranya tersebut, Leila juga membeli sebuah stadium olahraga untuk musim sejuk. Selain itu Muhammad Zainal Abidin dibelikan dua villa mewah di kawasan pantai ternama, Cote d'Azur di wilayah Perancis Selatan, yang merupakan salah satu daerah pelancongan yang paling berprestij di dunia.
Selanjutnya...& gambar

Tiada ulasan: