"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

P'raya kampus: Siswa UPM pula usung 'keranda'

Kira-kira 50 aktivis Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Putra Malaysia (UPM) berarak membawa replika keranda serta berkumpul di bangunan pentadbiran bagi membantah tindakan universiti yang didakwa menghalang calon mereka daripada bertanding dalam pilihan raya kampus.

Selepas berjaya menyerahkan memorandum itu, mereka kemudiannya mengeluarkan 'jenazah' daripadanya dan menyiramkan dengan cecair berwarna merah.

Ia kemudiannya diikuti dengan laungan "hidup mahasiswa".

NONESemalam dalam bantahan untuk kes yang sama di Universiti Malaya, gimik yang hampir sama diadakan kumpulan itu apabila membaringkan empat patung mayat.

Sebelum itu, kumpulan itu yang diketuai pengerusi pro-M Syed Syafiq Syed Hashim itu pada awalnya berkumpul sejak jam 2.40 petang di sebuah kawasan letak kereta.

Pelajar berkenaan kemudiannya berarak dengan membawa sepanduk, antaranya bertulis "Mahasiswa tolak campur tangan parti politik" dan "parti politik jangan masuk campur."

Sepasukan kira-kira 10 orang anggota keselamatan kampus, turut berkawal di bangunan pentadbiran tersebut.

Pasukan berkenaan menghalang kumpulan pelajar berkenaan di perkarangan bangunan pentadbiran itu pada kira-kira jam 3 petang.
NONE
Lima orang wakil pelajar itu bagaimanapun dibenarkan menghantar memorandum kepada pihak pentadbiran, setelah rundingan selama kira-kira 10 minit.

Selain Syed Syafiq, turut dibenarkan presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM Muhamad Hazim Mohd Noh dan wakil Gerakan Mahasiswa Maju kampus itu Swee Nee.

Dua lagi yang turut serta ialah pelajar yang dibatalkan pencalonan bagi pilihan raya kampus itu -- Mohd Akmal Hakim dari Fakutli Bioteknologi dan Zuhairah Hayati Mohd Zureth dari fakulti sama.

Memo dihantar kepada naib canselor universiti Datuk Dr Radin Omar.

Ketika berarak, kumpulan pelajar berkenaan turut melaungkan pelbagai slogan antaranya "bangkit mahasiswa, "hancur kezaliman" dan "tolak penindasan."

-malaysiakini-

Tiada ulasan: