"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersedia untuk serahkan Selangor dan Kedah

Mutaligat
Strategi jahat Umno sudah kita ketahui. Antaranya dengan mendaftarkan pengundi luar yang dipindahkan dari negei lain khasnya Sabah dan Sarawak ke negeri-negeri tersebut.

Apa persediaan PAS untuk menghadapi serangan jahat tersebut. Apakah kita akan kecundang sebagaimana kita berputih mata di Terengganu pada 2004 dahulu.

Kerja jahat mereka telah kita ketahui dan buktinya ada di hadapan mata. Sekarang masanya untuk kita mengambil tindakan tegas kepada kerja jahat BN dengan memperkudakan SPR, JPN dan agensi lain.

Diharapkan PAS kedua-dua negeri tersebut telah mengambil langkah yang drastik dan berkesan untuk memastikan Kedah dan Selangor terus diperintah oleh PAS dan PR selepas PRU 13 nanti. Jangan nanti kita menuding jari kepada satu sama lain selepas tewas.

Tiada ulasan: