"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hina Utusan: Langkah mayat kami, kata PERKASA


Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA hari ini meminta semua orang Melayu supaya bersatu dan tamnpil mempertahankan akhbar harian nasional Utusan Malaysia daripada asakan pembangkang.


NONE"(Jangan) fitnah dan menghina Utusan dan orang Melayu, PERKASA akan berada di situ. Ini amaran kepada semua... langkah mayat kami dulu,” jerit seorang penunjuk perasaan itu.

Beliau dan kira-kira 80 ahli PERKASA berkumpul di ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras, dekat Kuala Lumpur bagi mempertahankan akhbar itu yang dibidas pelbagai pihak kerana mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Selepas berhimpun kira-kira 15 minit, kumpulan itu disertai oleh kira-kira 70 ahli Umno yang bergabung bagi meluahkan sokongan mereka kepada akhbar milik parti itu.

NONEMereka turut membawa poster dan kain rentang yang tertera bahawa PERKASA sedia berjihad mempertahankan maruah agama, bangsa, tanah air dan Utusansehingga titisan darah terakhir.

Dua memorandum menyokong Utusan kemudiannya diserahkan.


Penolong Ketua Pengarang II, Ahmad Abd. Hamid menerima memorandum itu daripada Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali dan disusuli oleh Setiausaha Kerja Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid.

NONEKedua-dua kumpulan berkemudian berarak sejauh 200 meter dengan melaungkan amaran supaya tiada pihak yang berani menganggu-gugat Utusan Malaysia.

Kira-kira 30 anggota polis juga dikerahkan mengawal keadaan kerana bimbang pemuda PKR (AMK) yang sepatutnya berhimpun di tempat yang sama menyerang Utusan.


Bagaimanapun perhimpunan AMK itu yang bertujuan "menolak fitnah politik" oleh akhbar milik Umno itu ditunda ke tarikh baru.

NONEKetua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berkata antara sebab utama pihaknya menunda bantahan itu kerana pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO meminta AMK memobilisasi anak muda dalam demonstrasi anti-Lynas yang juga berlangsung hari ini.

Sambil menyanyikan lagu patriotik “Barisan Kita” berulang kali, anggota PERKASA dan Pemuda Umno kemudiannya bersalaman-salaman dengan pihak polis.

Selain itu, jalan di hadapan ibu pejabat tersebut turut ditutup untuk laluan orang ramai selepas solat Jumaat bagi membendung kesesakan

Tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: