"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cerita Bukit Kepong -10 malam, 11 September 2011, TV3 -Serangan Ke atas Mat Sabu

laniismaa
Ulangan cerita Bukit Kepong arahan Jins Samsuddin, tentunya juga arahan UMNO akan disiarkan melalui TV3 pada Ahad, 11 September 2011 jam 10 malam.

Kalau TV3 berkata ia adalah untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan, [betul ke tak pernah dijajah] 100 peratus ia adalah bohonggg!!! kerana sejak bila kita pernah mendengar TV3 menyiarkan cerita Bukit Kepong. Tak pernah dan mereka tak pernah kebulur untuk menyiarkannya.

Tujuan utama adalah untuk menambah serangan ke atas Mat Sabu dan PAS. Tidak ada sebab lain. Ini kerana cerita ini ada nilai sedihnya tentang kekejaman komunis. Ia akan menyegarkan kemarahan mereka yang ingin marah ke atas Mat Sabu dan PAS. PAS perlu mengakui hakikat ini kerana media UMNO akan semahu menggunakan peluang ini. Video ucapan Mat Sabu, Insyaallah akan diulang tayang sehingga PRU akan datang.

Mungkin TV-TV UMNO yang lain juga akan menyiarkannya. PR boleh terserdak dengan isu ini. Ini kerana PR tidak mempunyai TV yang boleh menangkis serangan ini.

Makcik-makcik, pakcik-pakcik tentunya akan tangkap 'leleh' melihat cerita Bukit Kepong yang akan ditayangkan. Makcik-makcik, pakcik-pakcik UMNO jangan ceritalah tetapi makcik-makcik, pakcik-pakcik atas pagar mungkin akan terkeliru dengan isu ini. Orang-orang muda mungkin lebih terbuka dengan media alternatif.

Jadi Mat Sabu dan PAS perlu menanganinya sebaik mungkin, jangan kita pula tangkap 'leleh' nanti!! EkEle.Net, Mai Laa

Tiada ulasan: