"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Nizar - UMNO Sedang Menggali Kubur Sendiri?

budakbalun

Teman secara peribadi melihat isu Nizar-Istana Johor ini adalah sesuatu yang sangat baik dan positif buat rakyat Malaysia...


Tiada apa cacat celanya twitter oleh DS Nizar dan respons daripada Istana Johor pun adalah sesuatu yang boleh dijangka oleh majoriti rakyat! Apa lagi respons yang kita harapkan daripada Istana Johor?

Bagaimanapun sangat-sangat jelas, UMNO telah memainkan isu ini terlalu garing sehinggakan kini seolah-olah bakal hangus! (overcook).

Respons daripada DS Nizar adalah sangat-sangat 'humble' dan menyerlahkan sifat beliau yang sememangnya semua orang sedia maklum.. seorang yang sangat dekat dengan rakyat dan low profile.

Ramai daripada sahabat-sahabat teman yang non-politiking memberi respon yang sangat baik terhadap isu ini dimana mereka secara jelasnya menghormati cetusan simpati DS Nizar kepada rakyat.

Dan mereke juga tidak menyalahkan Istana Johor secara 'direct' kerana sememangnya apa jua yang berkaitan dengan Istana ianya sangat-sangat sensitif!

Cumanya, peranan keterlaluan UMNO didalam isu ini sangat-sangat jelas bilamana media-media utama milik mereka (baca:UMNO) seolah-olah bagai nak gila memainkan isu ini siang dan malam!

Dan tindakan Istana seolah-olah bersetuju dengan permainan UMNO ini juga sememangnya memperkuatkan lagi kebencian rakyat kepada UMNO tanpa melibatkan pihak Istana Johor itu sendiri!

Teman yakin lagi lama UMNO memainkan isu Nizar-Istana Johor ini lagi teruk reputasi dan imej UMNO dimata rakyat! Eh? Bukankah imej UMNO sememangnya semakin hina di mata majoriti rakyat?

budakbalun 19062012

1 ulasan:

Alias Bin Hasan berkata...

Salam semua...

Allah maha adil. setiap yang baik dan buruk berkesudahan baik gak (Pelik tapi benar dan tepat). dan sebab itu la ada qada dan qadar.