"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khalid bimbang Azmin jadi presiden PKR?

Muda Mohd. Noor 
PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Azmin Ali kerana menyedari timbalan presiden PKR itu berpotensi menjadi presiden parti dalam pemilihan parti April depan.
“JIka Azmin menjadi presiden (PKR), Khalid akan tergugat, karier politik Khalid termasuk jawatan menteri besar Selangor yang disandangnya mungkin berakhir.

“Jika itu berlaku, Khalid akan menerima tergugat,” kata timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Syukor Idrus.

Adun Kuang itu menganggap Khalid curiga dengan keakraban Azmin dengan pengurus besar PKNS, Othman Omar.

Menurutnya, barangkali Khalid berpendapat beberapa tindakan Othman berdasarkan hubungan baiknya dengan Azmin.

“Sebab itu Khalid pindahkan Othman,” dakwa Syukor lagi.

Adun Umno itu turut mendakwa, cita-cita Azmin untuk menjadi menteri besar Selangor masih belum padam terutama sejak dilantik menjadi pengerusi PKR negeri.

Bagaimanapun, dakwa Syukor, Adun-Adun DAP tidak setuju menyebabkan cita-cita Azmin belum menjadi kenyataan.

“Tetapi ini tidak bermakna, Azmin tidak mahu menjadi menteri besar Selangor lagi,” tambahnya.
Menurutnya, yang menjadi mangsa sekarang Othman dan penjawat awam dan sekaligus menyebabkan matlamat penubuhan PKNS tersasar jauh.

Rakyat Selangor, katanya bimbang dengan kemelut kepimpinan PKR itu menyebabkan PKNS gagal menjaga kepentingan rakyat negeri dan orang Melayu khususnya.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Batu api ....

ras abu berkata...

Andaian tersasar jauh kot?