"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

NAJIB TERPERANGKAP, adakan pelan perdamaian bersama pembangkang, bahaya sebenar wujud

NAJIB TERPERANGKAP, adakan pelan perdamaian bersama pembangkang, bahaya sebenar wujudKUALA LUMPUR: Dalam usaha yang mungkin akan mengukir sejarah dan tindakan paling berani setakat ini yang bakal meninggalkan legasi PM, Najib Razak telah bersetuju untuk mengadakan ‘perbincangan perdamaian' dengan pihak pembangkang.
Dalam pada itu, PM yang telah berusia 60 tahun itu cepat menolak apa-apa kemungkinan untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan parti Pakatan Rakyatnya. Tidak mungkin langkah itu akan membahagikan kuasa kecuali berlaku paradigm baru dalam politik di Malaysia.

Reaksi segera daripada kedua-dua belah pihak adalah bersikap berjaga-jaga akan "bahaya besar" yang mungkin berlaku. Mereka amat bimbang terhadap watak utama yang mengintai di sebalik sayap seperti bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin yang mungkin akan mendesak pengikut mereka untuk menganjurkan satu rampasan kuasa, yang mungkin melibatkan keganasan, untuk mengelakkan pengaruh mereka daripada terus hilang.

"Najib tidak mempunyai pilihan. Dia terperangkap dalam dilemma," ujar pemerhati Umno yang rapat dengan kem Najib kepada Malaysia Chronicle. Beliau merujuk kepada tindakan Najib yang akhirnya bersetuju dengan pelan perdamaian yang telah disebut-sebut oleh Anwar untuk memulihkan keadaan beberapa kali sebelum ini, malah sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei diadakan, atas dasar bahawa pelan itu akan dapat menggerakkan ekonomi Malaysia yang sudah teruk dibebani hutang dan amat tertekan.

“Great, just great.” (Bagus, sangat bagus) adalah reaksi Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga anak perempuan Anwar, dalam laman Twitternya.

Malaysia lebih aman jika Dr M dan Daim dilemahkan?

eputusan Najib datang hanya beberapa hari selepas pengumuman perdamaian oleh Anwar dibuat pada hari Ahad.
Ketua Pembangkang yang berusia 66 tahun telah meminta Pelan Perdamaian Kebangsaan' bagi isu-isu penting di tengah-tengah peningkatan dalam ketegangan kaum dan agama berikutan keputusan kerajaan mengenai penggunaan perkataan Allah diadakan, dan Najib sendiri menghadapi tekanan daripada partinya untuk meletak jawatan, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Walaupun begitu, langkah tentatif pertama PM dalam 'perdamaian' dengan pihak pembangkang adalah untuk menggagalkan percubaan panglima Umno untuk merampas kuasa dan ini tidak mungkin akan berlaku.

Mereka yang rapat dengan Najib bersetuju bahawa dia boleh membuat pusingan U pada bila-bila masa sahaja terutama sekali jika Mahathir dan Daim memutuskan untuk mencabarnya secara terbuka untuk menguasai Umno apabila berjaya meraih sokongan yang mencukupi.

Menjadi seperti Tunku?

Ia bukanlah suatu kebetulan apabila Ketua Polis telah membuat pengumuman memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba untuk membangkitkan keganasan kaum atau agama hanya beberapa jam sebelum pengumuman Najib.
Kumpulan pelampau yang dikaitkan dengan Mahathir telah mengetuai protes kononnya atas isu Allah dan juga ke atas kesilapan Najib sendiri berkaitan sayur 'kangkung' yang telah menjadi bahan jenaka di seluruh negara dan kritikan antarabangsa dalam isu kepimpinannya.

Tema dasar di sebalik protes ini seolah-olah memanggil orang Melayu untuk bangkit dan menghentikan orang bukan Melayu daripada memijak hak istimewa mereka dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969 apabila rusuhan kaum berlaku dimana ironinya bapa Najib sendiri dan Mahathir telah dituduh menghasut untuk menggulingkan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman.

Desas-desus dalam senario politik sejak 2 minggu lalu adalah sama ada Najib akan menjadi seperti Tunku, kerana ia amat jelas bahawa musuhnya telah beratur untuk memberi tikaman terakhir, dengan kawasan DAP di Pulau Pinang dipilih sebagai tempat tercetusnya semarak perkauman dimana Najib akan dipersalahkan dan dipaksa untuk meletak jawatan.

Tindakan di Kajang: Pengorbanan besar bagi Anwar?
Satu langkah tergesa-gesa dibuat Anwar sehari sebelum mesyuarat Kabinet pada hari Rabu untuk membincangkan panggilan ‘pelan perdamaian nasional’ mewujudkan spekulasi bahawa 'sesuatu yang besar' akan berlaku.

Pengumuman Anwar bahawa beliau akan bertanding kerusi DUN Kajang, yang telah dikosongkan khas untuk beliau dalam keadaan tergesa-gesa, malah mengejutkan pihak yang rapat dengannya. Ia juga membayangkan niatnya untuk mengambil alih kerusi Menteri Besar Selangor atau Ketua Menteri.

Dengan perebutan jawatan kerajaan negeri, Anwar memberi bayangan bahawa beliau bersedia untuk melepaskan apa-apa tuntutan ke atas kedudukan dalam kerajaan persekutuan. Ia adalah satu pengorbanan besar untuk Anwar, yang merupakan seorang pemimpin yang terkenal di dunia dan dikatakan sebagai Perdana Menteri yang mempunyai potensi.

Tetapi mereka yang terlibat dalam rundingan perpaduan telah memberitahu Malaysia Chronicle bahawa ini adalah satu pra-syarat yang dituntut oleh kem Najib dan pemimpin-pemimpin kanan Umno yang lain untuk mengekalkan kedudukan mereka sekiranya berlaku apa-apa perjanjian untuk mengasimilasikan pemimpin dari pembangkang ke dalam kabinet yang kini kekurangan individu berbakat.

"Walaupun Najib dan Zahid mempercayai Anwar tetapi saya merasa ragu-ragu, saya rasa ahli parti yang lain tidak akan menerima Anwar. Kami tidak akan percaya kepada ular itu lagi," ini merupakan respon keras dari orang dalam Umno kepada Malaysia Chronicle.

Namun, bukanlah ahli-ahli biasa Umno yang tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan Anwar lagi, tetapi mereka yang memegang jawatan dari peringkat cawangan, bahagian, ke peringkat kebangsaan.

Ini adalah kumpulan dimana puak Mahathir boleh menyemai benih pemberontakan walaupun ia semakin jelas amat menyakitkan bagi negara bahawa ia tidak boleh bergerak ke hadapan tetapi menjunam ke bawah sehinggalah keadaan toksik dan kebuntuan politik yang sedia ada dihapuskan.

Sudah dilakarkan?
Dalam satu kenyataan malam tadi, Najib menjelaskan bahawa dia bersedia untuk berbincang dengan pihak pembangkang dalam 4 teras utama - sosial, politik , hubungan kerajaan dan antarabangsa tetapi menolak untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Najib juga mengarahkan Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan untuk mendekati Pakatan Rakyat, parti pakatan Anwar untuk memulakan perbincangan.

"Kami diberi mandat yang kuat oleh rakyat untuk memerintah pada pilihan raya umum lepas dan kami berhasrat untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, kita mesti dilihat untuk menjadi lebih inklusif dalam aktiviti-aktiviti dan acara-acara kami. Kami terbuka untuk berbincang dengan semua pihak dan kita boleh menggunakan Parlimen, termasuk menubuhkan jawatankuasa bi-partisan untuk membincangkan isu-isu yang memberi kesan kepada perpaduan negara," agensi berita nasional Bernama melaporkan Najib sebagai berkata.

"Untuk beberapa bulan yang akan datang, anda akan melihat perubahan yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih bersatu padu dan lebih kukuh. Saya menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai saya dalam perjalanan ini."

Ia belum jelas lagi bagaimana dan dalam bentuk apa pelan perdamaian akan dibuat tetapi yang pasti, kita akan ukur sejauh mana ia boleh dilaksanakan berdasarkan juga tentangan politik dari pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.
Sebahagian besar daripada perjanjian itu mungkin telah dilakarkan, ia hanya memerlukan perincian dan lebih banyak isi kandungan. Nampaknya, kedua-dua belah pihak Umno -BN dan Pakatan lebih berdiam diri terhadap perkembangan ini dan tidak akan membocorkan maklumat – termasuk beberapa yang palsu - untuk menguji 'pasaran' .

Memandangkan dominasi Umno ke atas rakan-rakan BN, selagi Najib mampu menangkis puak Mahathir dan Daim, dia akan dapat memujuk BN menerima hasratnya.

PAS bakal tinggalkan Pakatan?
Perkara yang sama tidak boleh diperkatakan tentang Pakatan. Terdapat bahaya sebenar iaitu kemungkinan bahawa PAS akan menarik diri dan keluar meninggalkan DAP dan PKR untuk meneruskan perjalanan.

Sudah ada pemimpin PAS, walaupun bersetuju untuk menyokong Anwar dalam pilihan raya kecil Kajang, telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka menentang sebarang langkah beliau untuk menggantikan ketua Menteri semasa Selangor, Khalid Ibrahim.

" Jelas sekali, langkah Kajang adalah lebih daripada hanya perebutan antara Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Khalid Ibrahim untuk menjawat jawatan MB , dimana ia telah cuba diumpamakan demikian. Walau bagaimanapun ia tidak boleh masuk akal jika Anwar boleh menjadi tidak rasional dengan memujuk wakil Kajang untuk meletak jawatan kerana dia tiba-tiba mahu menjadi MB - adakah DAP akan menyokong tindakan besar kepala itu?” pemberi maklumat dalam Pakatan memberitahu Malaysia Chronicle.

"Bergantung kepada jawatan anda dalam Pakatan , maklumat dan matlamat adalah berbeza. Pada tahap yang paling tinggi , di antara Presiden PAS Hadi Awang, Anwar dan penasihat DAP Lim Kit Siang , mereka telah berbincang tentang 'perdamaian' atau kesepakatan dengan BN untuk menggerakkan Malaysia ke dalam kitaran politik bersih dan menolak politik kebencian dan perkauman Dr M .

"Namun begitu, dalam Pakatan sendiri, terdapat kepentingan tertentu dan jika PAS fikir ia akan menjadi yang paling rugi, hasil daripada perjanjian dengan kem Najib , mereka mungkin akan menarik diri. Tetapi sama ada ia akan bergerak ke kem Mahathir, yang sejak kebelakangan ini nampaknya lebih banyak memberi sokongan terhadap fundamentalisme Islam, masih belum dapat ditentukan lagi."- Malaysia Chronicle 
[Translation by Huzainah A Rani]

Tiada ulasan: