"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu pancung: Ruslan Kassim dah kecut teloq terus buat Uturn

Dikritik kerana mengeluarkan ugutan untuk 'pancung' kepala pihak yang mempersenda Islam dan Sultan Selangor, Ketua Penerangan PERKASA Datuk Ruslan Kassim kini mendakwa bahawa kenyataan itu hanya satu bentuk ucapan.

Sebaliknya katanya, apa yang dimaksudkan adalah untuk "memancung masa depan politik" empat ahli parlimen PAS - Khalid Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Hanipa Maidin (Sepang) dan Che Rosli Che Mat (Hulu Langat).

Mereka menggesa kerajaan negeri Selangor untuk meminda undang-undang dan menghadkan kuasa Selangor Majlis Agama Islam Selangor.

"Tak (pancung). Sebenarnya saya ketika berucap ... semangat orang tu ... Saya kata sebenarnya dalam hati, saya bukan nak pancung kepala, pancung dari segi politik, sebab yang terlibat keempat-empat, orang politik.

"Jadi kita pancung masa depan politik dia, tapi tak terkeluar masa depan politik tu, terkeluar pancung leher.

"Tak ada lah kita nak mengasah parang. Tak ada. Kita cintakan keamanan dan kedamaian," katanya Ruslan berseloroh kepadaMalaysiakini yang menyiarkan ucapannya
-malaysiakini-


1 ulasan:

XUMNO berkata...

Roslan. Pancung Kepala *..." awaklah.Manusia jenis pengecut macam awak ni berani bila dalam kumpulan, cakap berdegar2 telur sangkut ka gelegar.Kau tengok apa jadi pada sengkek2 macam Papagomo sekarang bila bercakap berdegar2.