"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS rela masuk lokap

MALAYSIA-POLITICS-VOTEPENGKALAN KUBOR: PAS sanggup bermalam didalam lokap polis bagi memastikan keselamatan kertas pengundi awal tidak disabotaj oleh pihak lain.
Timbalan Pengarah 1 Operasi PRK, Mohd Zaki Ibrahim berkata PAS bersedia menghantar wakil mereka untuk berada di dalam lokap polis bagi memastikan kotak peti pengundi awal sentiasa berada dalam keadaan selamat.

“Kita bersedia menghantar wakil sekiranya pihak polis dan SPR membenarkan wakil parti untuk berada didalam lokap,”katanya.

Peti undi bagi pengundi awal akan disimpan didalam lokap selama lima hari dan akan dibuka pada hari perjumlah undi pada 25 September ini.

Tambah beliau pihaknya pernah memberi cadangan kepada pihak SPR dan polis supaya setiap wakil parti bertanding dibenarkan memantau peti undi tersebut sehingga hari pengiraan undi.

“Kita pernah memberi cadangan kepada SPR dan polis sejak ia mula dilaksanakan pada Mei 2013 tetapi cadangan kita ditolak,” kata Mohd Zaki.

Setakat ini beliau yakin tahap keselamatan peti undi awal berada dalam keadaan selamat dibawah pengawasan pihak polis.

Tambah beliau hari ini pengundi awal akan turun membuang undi bagi memilih wakil rakyat N.01 Pengkalan Kubor bertempat di IPD Tumpat.

Pengundian awal itu dibuat lima hari lebih awal daripada hari pengundian biasa dan proses pengundian itu mengikut proses pengundian biasa dengan kendalian oleh petugas SPR.

Jumlah pengundi yang layak mengundi setelah dikemaskini pada Ogos 2014 bagi kawasan DUN N.01 Pengkalan Kubor adalah sebanyak 24,039 pemilih berdaftar dimana 109 orang daripadanya merupakan pengundi awal.

PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Tiada ulasan: