Jam 11.05 AM : MB Perak dihalang masuk ke Pejabatnya.


IPOH, 10 Feb :- Pada hari ini adalah hari bertemu pelanggan dan saya datang untuk memenuhi temu janji dan telah dihalang. kami akan akur dengan arahan dan akan pulang. Demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin.

"Bersama saya pada pagi ini ialah para Exco dan ADUN, kami utamakan keamanan dan ketemraman dan kami akan balik " Kata Ir. Nizar.


Kehadiran YAB Menteri Besar Perak disambut hangat oleh ratusan penyokong di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat menteri Besar.

Disamping itu kelihatan kebanyakan cermin pejabat di bangunan tersebut dan para pegawai menyaksi dan melambaikan tangan kepada YAB Menteri Besar. Ir. Nizar juga melambai-lambaikan tangan kepada mereka.

Kawalan ketat oleh pasukan keselamatan termasuk FRU tidak melemah semangat YAB Menteri Besar dan rombongan. Walaupun ada beberapa kali cuba dileraikan tetapi kumpulan manusia yang berkumpul tidak berganjak dari kawasan pintu masuk.                                                                
 Saya bersyukur kerana datang ke bangunan SUK kerana hari Selasa adalah hari bertemu pelanggan dari dalam dan luar negeri untuk , tidak sepatutnya kami dihalang tetapi saya akur dengan keadaan itu. Demikian antara kenyatan YAB Menteri Besar perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar di kediamannya setelah balik dari Bangunan SUK sebentar tadi.

" Saya ucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang masih menyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat" kata Ir. nizar.

Beliau juga menjelaskan kepada wartawan sampai sekarang tidak ada surat mengenai jawatan beliau, dan bertegas jawatannya masih sah dan akan teruskan tugas seperti biasa.


Ir. Nizar juga melahirkan kekesalan tidak sepatutnya dihalang kerana kami masih lagi ADUN.

Ditanya mengenai calon Parlimen Bukit Gantang, beliau mengatakan masih terlalu awal dan serahkan kepada pihak negeri dan pusat untuk memutuskan.

Menjawab persoalan perlantikan cuma 6 exco, beliau mengatakan ini menunjukkan Exco tidak sah, bahkan kami adalah Exco penuh yang sah. Kerana Kerajaannya tempang maka kerajaannya tempang.

Persoalan mengenai Perayaan Jubli Perak dijelaskan oleh Ir. Nizar, "mengenai Jubli Perak kami dah janji lebih awal kalau ada pembubaran DUN ianya akan berjalan seperti biasa kerana ada "care taken goverment", dengan apa yang berlaku ini kita pun tidak tahu.."

Menteri Besar juga memberikan penegasan dan yakin PR akan menang dengan majoriti yang besar .

                                                                                                                                                         http://idhamlim.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan