Kerajaan 'haram' Perak jejas institusi Raja, hilang keyakinan pelabur

Mahfuz Omar:-
Semua pihak termasuk Sultan Perak Raja Azlan Shah dan Umno, mestilah menangani krisis Perak mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara bagi mengembalikan kestabilan politik negeri itu yang kian kusut dan tergugat. 

Jika ianya tidak dilakukan maka imej institusi Raja akan tercemar di mata dunia malah keyakinan pelabur untuk menyumbangkan kepada peningkatan ekonomi negeri ini akan turut terjejas.

"Jalan yang ada ikut undang-undang iaitu kembalikan mandat kepada rakyat dan membubarkan DUN ataupun adakan tiga pilihan raya kecil di Changkat Jering, Behrang dan Jelapang akibat Adun-adun yang berpaling tadah terhadap harapan rakyat,"

Dua kaedah ini sangat penting, supaya rakyat dan masyarkat antarabangsa yakin dengan pelaksanaan undang-undang dalam negara yang sewajaranya melindungi rakyat daripada sebarang ketidak-adilan.

"Jika undang-undang dilanggari, apa lagi yang tingggal kepada rakyat dan juga masyarakat pelabur yang mahu datang ke sini? Mereka tidak akan 'invest' kalau politik tidak stabil dan kerajaan sedia ada membelakangkan undang-undang.

"Ini sekaligus menjejaskan peningkatan ekonomi yang sudah sedia maklum makin merudum,"

Himpunan rakyat dan tunjuk perasan oleh Umno baru-baru ini untuk terus mempertahankan kerajaan haram Perak katanya jelas membuktikan, Umno sejak awal lagi sudah membelakang undang-undang dan sering menggunakan sentimen kuasa Raja-raja untuk meraih sokongan.

"Proses lantikan Menteri Besar sangat jelas dan termaktub dalam undang-undang dan bila Umno buat begini nyatalah dia melanggar undang-undang bukannya kita,"

Saya menyeru supaya institusi Raja-raja tidak mengiktiraf kerajaan 'haram' Perak dan mengembalikan semula kuasa memilih di tangan rakyat.

"Sangat penting Raja memberi mandat semula kepada rakyat, jika tidak ianya dilihat seolah-olah Ketua Negeri tidak lagi dapat melindungi dan memayungi rakyat jelata.

"Sultan mestilah bertindak atas sifat sebagai payung, penjaga negeri dan perlembagaan. Kita tidak mahu rakyat melihat seolah-olah Sultan menyebelahi pihak tertentu,"                                                                                                                                                                                                                                                                      http://gemasuara.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan