IPOH, 13 Feb, : Tindakan Menteri Besar Kudeta di Perak, bersama Exco yang dilantiknya dilaporkan kepada Speaker DUN Perak, V. Sivakumar. Sepucuk surat rasmi telah dihantar kerana mereka yang terlibat telah melanggar Undang-undang Tubuh Negeri Perak, perkara 16(6).ADUN Canning, Wong Kar Woh dalam sidang akhbar di Pejabat DAP Ipoh bersama dengan ADUN Pakatan Rakyat yang lain, Khalil Idham Lim (Titi Serong), Khesvinder Singh(Malim Nawar), Lim Phek Her (Mengelembu), Siva Subramaniam (Buntong)dan Chang Lih Kang hadir yang turut hadir.
"Mereka diminta supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Perintah Tetap Dewan Perkara 72 " Kata Wong.Saya difahamkan Jawatankuasa telah melakukan mesyuarat kelmarin setelah menerima surat dari saya itu" Jelas Wong.
KOTA BHARU, 13 Feb :- Hampir 50,000 orang hadir dalam Ceramah Perdana yang diadakan di Padang Perdana disini malam tadi. Penceramah yang ditampilkan ialah YAB Menteri Besar Kelantan, TG. Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden PAS, Ust. Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Hj. Abdul Wahid Endut , ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dan Wakil Palestin, Sami Abu Zuhri.
Kehadiran yang memberangsangkan disebabkan juga oleh cuaca yang baik.
Kehadiran yang memberangsangkan disebabkan juga oleh cuaca yang baik.
Hj, Abdul Wahid menceritakan pengalaman dalam kempen di Kula Terengganu hingga membantu kemenangan beliau. Khalil pula menerangkan kedudukan politik semasa Perak yang mendapat perhatian dari hadirin. Sementara Sami Abu Zuhri menceritakan kedudukan rakyat palestin dan Hammas dengan diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu oleh Ust. Nasharuddin mat Isa. TG. Nik Aziz menutup ceramah berserta doa penutup.
ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim menyeru supaya beramai-ramai hadir ke Bunti Gantang dan Bukit Selambau bagi memastikan kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat . Demikian antara ucapan beliau dalam ceramah perdana di sini malam tadi.
Dalam ceramahnya Pengerusi kelab Penyokong Kerajaan PakatanRakyat Perak itu menjelaskkan suasana politik di Perak."Tukarkerajaan bukan macam tukar jual jagung dan etok tepi jalan" Tegas Khalil yang masih fasih dengan dilek Kelantan. http://idhamlim.blogspot.com/
Dalam ceramahnya Pengerusi kelab Penyokong Kerajaan PakatanRakyat Perak itu menjelaskkan suasana politik di Perak."Tukarkerajaan bukan macam tukar jual jagung dan etok tepi jalan" Tegas Khalil yang masih fasih dengan dilek Kelantan. http://idhamlim.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan