|
Turut tersungkur dalam pertandingan itu ialah Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob. Adnan adalah di antara empat menteri besar yang tewas dalam perebutan jawatan Majlis Tertinggi (Mkt).
Kekalahanya mungkin memberi kesan kepada survival politik beliau sebagai Pengerusi Perhubungan dan kedudukannya sebagai menteri besar juga. Ini disebabkan kepimpinan tertinggi Umno kini beralih kepada Dato' Seri Najib Tun Razak sedangkan Adnan sering dikaitkan sebagai 'orang Pak Lah'.
Adnan pada pemilihan Umno sebelum ini bertanding Naib Presiden tetapi tewas dan dilantik sebagai anggota MKT atas kapasitinya sebagai menteri besar. Sementara itu selain Adnan tiga menteri besar lain juga tewas, mereka ialah Dato' Abdul Ghani Othman (Johor), Dato' Seri Md Isa Sabu (Perlis) dan Dato' Seri Mohamad Hassan (Negeri Sembilan).
Turut tumpas dalam pemilihan kali ini ialah menteri dan seorang timbalan menteri. Dua menteri berkenaan ialah Menteri Pelancongan, Dato' Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Samad.
Timbalan menteri yang gagal mendapat tempat ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Noraini Ahmad, bekas Ketua Puteri Umno. Bagaimanapun dua ahli Parlimen dari Pahang berjaya dalam perebutan MKT yang dikatakan paling sengit dalam sejarah, iaitu Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera) dan Dato' Saifudin Abdullah (Temerloh).
Turut menang MKT ialah Jamaluddin Jarjis yang pro Najib itu, bintangnya mungkin cerah kembali walaupun dikaitkan dengan isu raba punggung dahulu!.
Kerana Air Gau, guru dimarahi
Tanpa disangka rupanya hidangan Air Gau kepada VIP di Kejohanan Olahraga peringkat Negeri Pahang menimbulkan kemarahan kepada Pengarah Pendidikan Negeri Pahang. Difahamkan insiden berlaku sejurus sebelum upacara perasmian kejohanan di Kompleks Sukan Bandar Jengka 25 Mac lalu. Air Gau dihidang dan dipersilakan minum kepada tetamu untuk merehatkan diri.
Malangnya, ia gagal menyejukkan tetamu sebaliknya mengundang kemarahan, melihat sahaja botol air minuman berjenama Gau dihidangkan kepadanya. Tuan Pengarah menyinga memarahi pihak urusetia. Pengetua sekolah yang menjadi urusetia 'tumpang sekaki' memarahi guru terlibat.
Biasalah bagi kaki bodek, bila tuannya marah, dia turut marah sama! Di antara kata-kata Tuan Pengarah kepada guru berkenaan ialah "Hey! ada unsur-unsur politik ke ni?" dengan nada yang marah.
Oleh kerana perasaan marahnya sedang membara menguasai dirinya, maka upacara perasmian yang diadakan telah ditiadakan acara doa seperti mana lazimnya. Suasana di Kompleks berkenaan menjadi sunyi sepi selepas perasmian disempurnakan.
Namun sesuatu yang aneh telah berlaku apabila ribut dan hujan lebat turun disertai kilat sambar menyambar berlaku dengan tidak semena-mena membuatkan semua yang hadir termasuk Tuan Pengarah sendiri senyap dan berpandangan sesama sendiri dengan nada kehairanan.
Penulis difahamkan, Air Gau tidak ada kaitan langsung dengan parti politik, PAS. Kata-kata Tuan Pengarah yang melebelkan air Gau sebagai ada unsur politik PAS adalah tidak benar. Kata-katanya mendedahkan siapa dirinya, kegagalanya mengawal perasaan menunjukkan betapa lemahnya mental dan betapa ceteknya pengetahuan amnya. Lebih jauh layakkah dia menjadi pengarah kerana sikap panas barannya itu?
Untuk pengetahuan, Air Gau adalah air minuman terbaik kerana kandungan mineralnya yang tinggi berbadi air minuman lain di pasaran. Air Gau dijual di kebanyakkan kedai runcit, pasar raya dan juga di stesen minyak Petronas.
Ia adalah satu-satunya air minuman yang diusahakan oleh orang Melayu/Bumiputera iaitu sebangsa dengan Tuan Pengarah sendiri. Difahamkan guru yang memilih Air Gau sebagai air minuman pada majlis tersebut tidak pernah menduga sama sekali insiden sedemikian boleh berlaku dan dia tidak pernah terfikir akan terjadi demikian.
Mungkin jika guru berkenaan tahu demikian jadinya dia tentu lebih rela membeli air jenama lain yang lebih murah harganya iaitu air paip yang disuling atau air dari sisa kumbuhan najis (Ne Water) yang diimpot dari Singapura atau air minuman berlambang dacing untuk dihidangkan kepada Tuan Pengarahnya!,
Asalkan bukanya Air Gau yang menjadi punca kemarahan Tuan Pengarah. Di kalangan guru-guru kemarahan Tuan Pengarah bererti mala petaka bagi mereka, maklumlah Tuan Pengarah ada kuasa besar untuk menghukum guru-guru mengikut kehendak hatinya. Orang berkuasalah katakan!
Bagi penulis, sikap Tuan Pengarah berkenaan amat tidak rasional, sikap Tuan sebenarnya bersikap lebih sudu dari kuah, lebih Umno dari Umno, Jenama Air Gau adalah air minuman terkenal, ia diminum oleh semua tanpa mengira parti politik dan agama dan bangsa, airnya berkhasiat dengan kandungan mineral yang tinggi tetapi dijual pada harga air minuman!. Kenapa perlu marah-marah hanya kerana hidangan Air Gau jika anda berjiwa besar!
Jika Air Gau ada kaitan dengan PAS sekalipun, Tuan Pengarah tidak perlulah marah-marah di hadapan umum kerana ia tidak akan menukar jenama air berkenaan, ia tetap air untuk diminum, ia bukan air haram, kecualilah Tuan Pengarah itu mengharamkanya berdasarkan kitab Umno miliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan