MELAKA AKAN DAPAT KETUA MENTERI BARU?


Dengan terhalangnya Dato' Seri Mohd Ali Rustam bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO di dalam pemilihan minggu hadapan, berertinya beliau bakal akan digugurkan dari jawatan Ketua Melaka, sementelah lagi terdapat ramai yang mempertikaikan kedudukannya yang terus menjadi Ketua Menteri setelah didapati bersalah di dalam politik wang oleh lembaga Disiplin UMNO.

Berakhirlah era Mohd Ali sebagai Ketua Menteri Melaka. 

Tetapi seorang pemimpin UMNO peringkat bahagian menyatakan sebenarnya kejahatan Mohd Ali di dalam UMNO sendiri bukan sekadar politik wang. Itu adalah hal biasa bagi mana-mana pemimpin UMNO. Yang paling jelas Mohd Ali ialah orang yang sanggup melakukan apa saja untuk berkuasa.

"Beliau akan mencatas orang-orang yang tidak sehaluan dengannya dan melantik mereka yang boleh menjadi pak angguk kepadanya," kata pemimpin UMNO bahagian yang dimaksudkan itu.

"Apa yang berlaku kepada Datuk Dr Mohd Ruddin (bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi) yang telah dicantas oleh Mohd Ali tetap menjadi ingatan. Sekarang DUN Melaka dipenuhi oleh mereka yang hanya pak angguk dan pak geleng. Ada yang hanya berkelulusan SPM gred 3 pun boleh menjadi ADUN," tambahnya.

Kini Melaka menghadapi dilemma untuk mencari pengganti kerana rata-rata tidak ada yang layak lagi selepas semua mereka yang berpendidikan tinggi telah dicantas oleh Mohd Ali yang tidak suka kepada orang lain yang lebih daripadanya.

"Melaka akan menghadapi era kemalapan, semalap era masa depan Mohd Ali di dalam UMNO," katanya.

"Dan buruk perilakunya itu akan memungkinkan Melaka akan jatuh ke tangan parti lain selepas ini," tambahnya.      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan