Melayu dan Bumiputera dihina,silap Umno sendiri

Irwan Muhammad Zain 
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Hrkh) -
 PAS menyanggah kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyalahkan pembangkang bila orang Melayu dan bumiputera dihina sewenang-wenangnya.

Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan perkara tersebut berlaku akibat kesilapan dan kelemahan Umno yang mengetuai Barisan Nasional (BN).

Beliau menegaskan Abdullah tidak sepatutnya mengaitkan kelemahan Umno-BN dengan pembangkang kerana telah terbukti pemerintahan PAS di Kelantan yang telah hampir 20 tahun bersih dan telus tanpa sebarang salah laku dan rasuah.

"Kenapa Abdullah nak kaitkan pembangkang bila rakyat marah dengan Umno-BN sedangkan telah hampir 20 tahun PAS perintah Kelantan tidak ada pun exco atau wakil rakyat yang dikaitkan dengan rasuah.

"Rakyat bukan Melayu tidak menghina orang Melayu dan Bumiputera tetapi sebaliknya marah dan kecewa dengan Umno yang kononnya menjaga ketuanan Melayu namun membiarkan orang Melayu terus menerus dihimpit kesusahan," tegas beliau.

Pemerintahan PAS di Kelantan tegas Kamaruddin yang telus dan berintegriti diterima baik oleh masyarakat bukan Melayu dan tidak pernah berlaku orang Melayu dan Bumiputera dihina kerana hak semua dijaga.

Beliau seterusnya menegaskan penerimaan baik masyarakt bukan Melayu terhadap PAS di Kelantan membuktikan bahawa orang Melayu dan Bumiputera tidak dipersalahkan sebaliknya mereka hanya menyalahkan Umno-BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan