Pak Lah Tolong Jangan Memperjudikan Nasib Rakyat, Lakukan Solat Isthiharah Sebelum Meneruskan Juga Agenda Proses Peralihan Kuasa
KUALA LUMPUR - Nampaknya kemelut politik yang melanda negara kini semakin berada di tahap yang paling serius. Jika tidak ada tindakan drastik diambil, maka sudah pasti dunia akan melihat Malaysia kini berada dalam satu situasi yang agak membimbangkang. Apakah dengan fenomena yang melanda ini, ia bakal menarik lebih ramai pelabur untuk datang ke Malaysia. Semua ini sebenarnya menyebabkan rakyat berada dalam kekalutan, tambahan pula bagi mereka yang berada di negeri Perak Darul Ridzuan. Kestabilan politik dan ekonomi seolah-olah semakin terhakis dan sesuatu harus dilakukan demi masa depan rakyat yang tidak berdosa. Ramai yang gusar melihat senario ini. bahkan ada yang sudah mula resah gelisah dan tertanya-tanya apakah ini imej yang mahu di tonjolkan oleh negara Islam Hadhari seperti Malaysia ini. Apakah ini tandanya "bala Allah" akibat kerakusan manusia yang cuba mengubah-ngubah agama ciptaanNya? Semua ini sebenarnya bagai ada sinambungannya. Selepas ditimpa berbagai musibah kini politik negara semakin bercelaru dan haru biru. Kerajaan dilihat telah gagal meyakinkan rakyat akibat kehilangan majoriti 2/3 di parlimen selepas pilihanraya umum ke-12 dulu. Memang sudah dijangka sejak dulu, bahawa mana-mana negara akan gagal mentadbir dengan baik sekiranya gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen. Inilah yang berlaku di Malaysia hari ini. Mahu tidak mahu, benarlah kata beberapa pihak yang mahukan"Kerajaan Perpaduan" diwujudkan dengan segera. Namun, apakah pimpinan negara mahu melaksanakan harapan rakyat ini? Jika apa yang ada ini dibiarkan terus berlaku, maka kita akan melihat Malaysia terus berada di kancah kemelut politik yang lebih hebat selepas ini nanti.

Pak Lah hanya layak beri Najib jadi Presiden UMNO (kiri) tetapi
bukannnya jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia sebenarnya
[Semoga Pak Lah Badawi dapat berfikir semasak-masaknya tentang perancangan awal peralihan kuasa antara beliau dengan timbalannya itu. Demi masa depan rakyat, Pak Lah perlu membuat "solat isthiharah" bagi menzahirkan apakah keputusan beliau itu tepat atau sebaliknya. Nasib rakyat tidak harus diperjudikan hanya kerana politik semata-mata. Rakyat Malaysia sebenar akan terus menanggung malu yang teramat sangat bila seorang Perdana Menteri dilantik dari kalangan mereka yang diragui personalitinya, terlibat dengan berbagai skandal dan dikutuk oleh masyarakat antarabangsa. Kita takut, andainya kesilapan ini berlaku, maka tidak ada lagi pelabur yang berani datang ke Malaysia selepas ini. Mungkin kerana mereka melihat campur tangan kerajaan yang maha dasyat dalam bidang kehakiman, keselamatan dan sebagainya sejak akhir-akhir ini].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan