Menurut laporan akhbar online tiga pegawai SPRM menghabiskan hampir tiga jam untuk mendapatkan bukti susulan dipercayai berhubung amalan politik wang menjelang pemilihan Umno hujung Mac ini.
Menurut sumber, pegawai-pegawai SPRM keluar dari pejabat menteri berkenaan dengan membawa keluar beberapa dokumen antaranya dua fail berkaitan dengan perwakilan Umno Wilayah Persekutuan.
Malah mereka juga menemu bual dua pegawai kanan di pejabat Dato' Azalina Othman yang terletak di Menawa Dato Onn, Kuala Lumpur namun ketika para pegawai datang kira-kira 10 pagi, Azalina tiada di pejabat.
Rabu lalu, SPRM menahan pegawai tersebut - setiausaha politik, didapati membawa bersama wang tunai RM75,000 dalam keretanya.
Setiausaha Politik itu dan menterinya turut layak untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan