Siapa pun ketua semua sayap UMNO sama saja !

Malam ini kita menerima berita kemenangan Sharizat sebagai Ketua Wanita UMNO, Khairy sebagai Ketua Pemuda dan Rosnah sebagai Ketua Puteri.Disamping kemenangan Jawatan kuasa yang bertanding di ketiga-tiga sayap UMNO tersebut.

Beberapa hari lagi kita akan mengetahui pula siapakah yang akan dipilih sebagai Timbalan, Naib dan Ahli Majlis Teringgi UMNO Malaysia, disamping Najib yang cuma menunggu untuk disahkan sebagai Presiden UMNO yang baru.


Demikian lah senario dan wajah politik Melayu sehari dua ini, menyaksikan satu pertandingan sengit untuk semua jawatan dalam UMNO. Khabarnya jumlah dana yang dibelanjakan untuk pertandingkan melebihi jumlah untuk pilihanraya umum. Jika dakwaan itu benar itulah realiti perebutan kuasa yang akan memangsakan rakyat Malaysia sebagai tebusannya nanti.

Saya sangat hairan dengan segelintir rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang mudah tertipu dengan wajah-wajah baru yang diangkat jadi peneraju UMNO. Mereka beranggapan sesuatu yang baru akan muncul bila pemimpin baru akan meneraju UMNO.

Sebenarnya perjuangan UMNO sudah tersasar jauh dari matlamat asal, kita ambil contoh dalam mempertahankan aAmelayu, apa yang diucapkan oleh ketiga-tiga sayap UMNO hambar, mungkin sedikit diselamatkan oleh usul menentang PPSMI oleh wanita, itupun saya yakin akan dibangkul sampahkan.

Bila Pak Lah jadi Presiden semua gelap mata, sehingga BN menang besar PR ke 11 tahun 2004. akhirnya Pak lah yang menjadi PM yang paling lemah dalam sejarah Malaysia.

Selain itu semua sudah faham apakah matlamat berjuang dengan UMNO, iaitu mengharapkan projek dan belas ihsan dari pemusatan khazanah negara oleh yang berkuasa dan tentunya diagihkan kepada kerabat dan kroni terdekat.

Mendapat jawatan mestilah dengan membeli undi secara terang-terang kalau tidak pasti tidak akan menang. Siapa yang banyak melabur dialah yang menang. Ketokohan dan pengalaman politik dan sebagainya kelayakan yang sepatutnya dinilai akan tenggelan dengan kepingan kertas bersinar. Itulah nasib bangsa Melayu yang berjuang dalam UMNO.

Mahu tidak mahu semuanya terpaksa mengakui bahawa pemilihan adalah proses menukar cat bukan menukar pemandu kalau diibaratkan sebuah bas. Jangan tertipu dengan melihat bas telah bertukar warna kerana kelajuan, distinasi dan sebagainya masih sama.

Kalaupun ada ucapan ingin membawa perubahan, yakin ianya sebagai syarat dan gimik yang hasilnya bukan ke mana.

Tidak percaya tunggulah beberapa waktu kehadapan. Kita akan menyaksikan enjin bas itu akan tersendat walaupun diharapkan mati terus. Kerana apa ? kerana ianya sudah tidak diterima lagi oleh rakyat sebagai wadah memperjuangkan nasib mereka.

Maka benarnya mengikut satu kajian hanya 19 pratus sahaja lagi orang Melayu yang mahu BN dan UMNO memerintah, dan cuma 1 pratus dan 3 pratus saja lagi Cina dan India yang mahukan kepada BN dan UMNO memerintah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan