Sedangkan inilah manusianya yang bertempik di luar sidang parlimen dan di jalanan kononnya Pemuda tak boleh buat apa-apa dengan kebangkitan mereka berhimpun yang menentang ucapan ahli parlimen Gelugor, Karpal Singh malah mengugut: "Kami mahu mengingatkan Karpal bahawa bukan Pemuda Umno yang main-main.." dengan ucapan-ucapan retorika untuk menaikkan semangat pemudanya yang layu.
Hanya dengan ucapan Karpal berani nak berdemo, tetapi dalam soal dasar bahasa pelbagai alasan diberikan.
Perjuangan sang Menantu itu sebenarnya tak lebih perjuangan taik kucing. Kokoknya berderai-derai ekor pula bergelumang taik. Kalau UMNO buat demonstrasi tak apa, kalau orang lain buat tak boleh, itu salah, itu menaikkan emosi dan sebagainya. Perjuangan yang menumpukan perkara picisan sedangkan dalam masa yang sama berdiam diri terhadap soal-soal dasar.
Datuk Hassan Ahmad berkata:
"Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita...yang datang (berhimpun) sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina (saya),"
Kehadiran rakyat dari parti pembangkang adalah satu kebetulan yang merasakan diri mereka juga adalah rakyat Malaysia yang menentang perlaksanaan PPSMI.
Sebagai buktinya hampir kesemua mereka yang hadir memakai baju berwarna putih, kecuali Unit Amal yang mengawal keadaan menggunakan uniform biasa yang mereka gunakan. Tiada perbezaan parti sewaktu perhipunan itu. http://greenboc.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan