Dewan Undangan Negeri (DUN), Selangor menerima usul tergempar untuk membincangkan perlaksanaan program 'people centric' oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor yang didakwa bertujuan menjatuhkan kerajaan negeri. Pejabat tersebut terletak di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Usul Lau Weng San (Kampung Tunku) diterima speaker Teng Chang Kim berdasarkan peraturan 17 (1) Peraturan-peraturan tetap Dewan kerana berkenaan kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan. Dewan akan membincangkannya pada 2.30 petang ini setelah DUN berhenti rehat tengah hari. -malaysiakini- |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan