Akhirnya Bekas ADUN Bkt Selambau Muncul Juga

Bekas ADUN Bkt Selambau muncul selepas 'hilang'

Bekas ADUN Bukit Selambau, V Arumugam, muncul di lapangan terbang Sultan Abdul Halim di Alor Star - sehari selepas PKR berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihanraya kecil semalam.

Ketibaannya disambut oleh Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim dan ADUN baru PKR di Bukit Selambau, S Manikumar.

former bukit selambau v arumugam return from india 080409 01Beliau tiba di lapangan terbang tersebut pada jam 3 petang.

Turut menyambutnya ialah peguamnya dan anggota keluarganya.

Arumugam sebelum ini meletakkan jawatan exco kerajaan negeri Kedah serta ADUN Bukit Selambau awal Februari selepas mendakwa keselamatannya terancam.

Sejak itu beliau tidak dapat dikesan sehinggalah muncul semula hari ini.

Tenang fikiran di Chennai

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Arumugam berkata beliau telah pergi di Chennai, India, seorang diri untuk untuk menenangkan fikiran.

Menurutnya, beliau berbuat kerana mahu menjaga keselamatan isteri dan anggota keluarga.

Dan katanya, beliau mengambil keputusan untuk balik sekarang, kerana pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau sudah selesai.

former bukit selambau v arumugam return from india 080409 08Dalam pilihanraya kecil itu semalam, calon PKR, S Manikumar berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 2,403 undi.

Beliau meraih 12,632 undi untuk menewaskan calon BN dari MIC, Datuk S Ganesan, yang mendapat 10,229 undi.

Mengulas mengenai ugutan yang diterima sebelum berlepas ke Chennai, Arumugam berkata:

"Sudah banyak kali buat laporan polis, tindakan tak diambil, sampai bila saya nak tunggu.

Laporan polis


"Pada hal, ada orang nak culik saya. Saya dah bagi tahu pihak polis, dan kawat cam sudah dibuat, ada orang nak mai pecah cermin kereta saya, sampai sekarang, tak ada apa apa hasil. tak kan suspek tak ada kot?.

"Sampai orang ikat surat dengan batu-bata, tak ada apa-apa (tindakan) pun.

"Berapa lama saya nak tunggu. Tunggu orang nak bunuh saya baru nak ambil tindakan?" soalnya.

Ditanya apakah tindakannya jika masih menerima ugutan, Arumugam berkata: "Saya baru sampai, setakat ini tak tahu lah. Kalau ada kita buat laporan polislah...

former bukit selambau v arumugam return from india 080409 06"Saya balik kawan-kawan boleh tolong. Saya nampak keselamatannya lebih (terjamin)," katanya sambil menambah beliau masih takut lagi.

Ditanya sam ada beliau menyesal melepas jawata exco dan ADUN, Arumugam berkata: "Kena jaga keselamatan isteri dan keluarga saya. Kalau rezeki (dah) tak ada, nak buat macam mana...

"Kerja dah sebelas bulan, dan tuhan dah bagi rezeki macam tu, nak buat macam mana."

Minta maaf

DItanya siapakah yang beliau ingat selama berada di Chennai, Arumugam berkata: "Saya teringat isteri dan keluarga saya".

Ditanya sama ada beliau teringat rakyat yang diwakilinya, beliau menjawab: "Fikir juga... macam menghampakan penduduk Bukit Selambau, tapi saya berdoa,  S Manikuar menang."

former bukit selambau v arumugam return from india 080409 03Arumugam berkata, semasa berada di Chennai, beliau sentiasa mengikuti perkembangan politik semasa di Malaysia.

Ditanya sama ada beliau akan meminta maaf kerana meninggalkan penduduk yang diwakilinya begitu sahaja, Arumugam berkata, beliau memang mahu memohon maaf sebab mereka telah memilihnya sebagai ADUN.

Namun begitu, tambahnya, Manikumar sudah menang di Bukit Selambau dan "beliau boleh sambung tugas-tugasa saya."

Ditanya perancangannya selepas ini, Arumugam secara berseloroh berkata: "Saya kena cari kerja..."

Pembabitan dalam politik

Ditanya sama ada beliau akan terus aktif dalam politik, Arumugam yang juga timbalan pengerusi PKR Kedah berkata, ia terpulang kepada pemimpin atasan PKR.

Apa pun, katanya, beliau tetap menjadi ahli PKR.

Arumugam turut mengucapkan tahniah kepada Manikumar yang tidak lama lagi akan dilantiks sebagai exco kerajaan negeri Kedah.

Katanya, majoriti yang diperolehi Manikumar mungkin lebih besar jika tidak ada 13 calon bebas yang turut bertanding semalam.

Beliau juga menyifatkan kemenangan Manikumar itu sebagai petanda bahawa tsunami politik akan berterusan sehingga pilihanraya umum akan datang.  

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan