Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin ibarat jentolak yang kuat membedal BN - Dr Abu Hassan Hasbullah


KRISIS Perlembagaan yang membadai Perak sebenarnya bersifat federal dan ia amat memerlukan individu yang wibawa bagi mengangkat masalah tersebut ke peringkat pusat untuk diselesaikan dengan baik, lapor Nyza Ayob.

Justeru kemenangan Dato' Seri Nizar Jamaludin dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang disifatkan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah umpama jentolak yang kuat yang dapat membawa kemelut di Perak untuk diselesaikan di peringkat nasional.

Abu Hassan dalam analisnya pada program "Bual Bicara" Astro Awani turut mendakwa berdasarkan kajiannya sepanjang kempen tersebut, golongan muda yang berumur 21 hingga 40 tahun menolak cara pengurusan politik lama dan jelas berpihak kepada calon PAS, Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Beliau berpendapat golongan muda memberi sokongan kepada Nizar kerana menganggap Nizar mempertahankan hak mereka di Perak.

"Mereka tidak lagi mempercayai politik tekanan, politik fitnah serta politik tuduh menuduh. Akhirnya oposisi menang kerana golongan muda ini menganggap oposisi merupakan sebuah jentera yang kecil yang tidak mampu menakluki kumpulan jentera yang besar.

"Saya melihat begitu jelas golongan muda yang tidak mempunyai literasi politik yang tinggi akhirnya menolak keseluruhan idea yang dibawa BN sehingga oposisi mempunyai pertahanan yang sangat ajaib. Akhirnya keputusan pilihan raya ini memberi pengajaran kepada institusi politik," katanya yang juga merupakan pengasas Zentrum Future Studies.

Abu Hassan berkeyakinan menjelang 2012, golongan muda ini menolak seratus peratus politik klasik sebaliknya mahukan politik yang budiman yang mempunyai intelektualisma yang tinggi dan bukan lagi bersandarkan retorik.  
http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan