IPOH (10.4.09): Hasrat pertama selepas memenangi kerusi Parlimen di Bukit Gantang iaitu untuk berkunjung hormat ke rumah Allahyarham Roslan Shaharum untuk berjumpa keluarganya tercapai jua malam ini setelah beberapa hari sebelum ini, balu Allahyarham, Puan Safiah tidak berada dirumah kerana menjalani kursus.
Kehadiran DS Nizar serta isteri didalam hujan disambut tetamu yang telah sedia ada. Keluarga terdekat, pimpinan Pas, PKR dan DAP, pihak media dan juga bloggers.
Puan Safiah menyambut kedatangan DS Nizar dengan rasa senang hati terutama apabila Bukit Gantang dapat dipertahankan oleh Pas.
Bacaan tahlil untuk Allahyarham Roslan juga telah disempurnakan oleh DS Nizar serta hadirin.
"Allahyarham Roslan seorang yang benar-benar memahami dan mendekati rakyat. Oleh sebab itulah saya sendiri yang melantik Allahyarham untuk jawatan Pengerusi Yayasan Perak bagi membantu rakyat yang miskin", mula cerita DS Nizar tentang Allahyarham Roslan Shaharum
selesai bacaan tahlil.
Hasrat terakhir Allahyarham Roslan adalah untuk membantu dua keluarga miskin yang sangat memerlukan bantuan.
Sebuah keluarga di Air Kuning yang mempunyai dua orang anak kurang upaya yang cukup berminat dengan komputer. Janji Allahyarham untuk menghadiahkan 2 buah komputer kepada anak-anak tersebut akan dilaksanakan oleh DS Nizar di masa terdekat ini.
Sebuah keluarga lagi yang berketurunan India, seorang nenek yang kurang pendengaran akan dibekalkan dengan alat pendengaran sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allahyarham.
Dua minggu sebelum meninggal dunia, Allahyarham datang berjumpa dengan DS Nizar untuk memohon cuti kerana mahu ke Syria untuk melawat anaknya di sana.
Allahyarham juga biasa mengadakan temujanji dengan DS Nizar untuk membincangkan pelbagai masalah rakyat. Tidak pernah masalah dan perkara peribadi dibawa kedalam pertemuan.
DS Nizar bertekad untuk meneruskan kerja-kerja yang telah dimulakan dengan baik oleh Allahyarham di Parlimen Bukit Gantang. Kesemua petugas-petugas untuk ketiga-tiga dun didalam Bukit Gantang yang sebelum ini bekerja bersama Allahyarham akan dikekalkan.
DS Nizar juga merasakan bahawa Bukit Gantang masih ketinggalan jauh kebelakang berbanding tempat-tempat lain di Perak dan berjanji akan berusaha keras untuk memperbaiki serta membangunkan Bukit Gantang dengan sebaiknya.
Bapa mertua (kiri baju putih) dan abang Allahyarham Roslan.
DS Nizar menceritakan pengalamannya selama 10 bulan bekerja bersama arwah.
Datin Seri Fatimah Taat bertanya khabar kepada Puan Safiah.
Bacaan tahlil yang diketuai oleh DS Nizar.
Kesemua yang hadir turut bertahlil sama.
Bacaan doa oleh DS Nizar.Amin daripada muslimat.
Adik ini meminta tandatangan dibukunya daripada DS Nizar.
Jamuan buat hadirin.
Bergambar bersama keluarga Allahyarham Roslan.
Bertanya khabar tentang pelajaran anak-anak Allahyarham Roslan.
Bergambar bersama kenalan dan sahabat Allahyarham Roslan Shaharum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan