KEMENANGAN BUKTI MELAYU TETAP UNDI PR



Jika orang Melayu tidak mengundi Pakatan Rakyat pada PRK Parlimen Bukit Gantang dan PRK DUN Bukit Selambau, pastinya PR akan kalah. Undi orang India dan Cina sahaja tidak mencukupi untuk menjulang PR.

Orang Melayu PADA MULANYA seakan termakan dengan isu sembah derhaka di Bukit Gantang, boneka DAP dan pemberian tanah kepada Cina. Namun TERBUKTI, setelah dijelaskan mereka memahami bahawa Cina juga adalah rakyat Malaysia dan Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin bukan penderhaka.

Sebagai rakyat, orang Cina dan India juga mempunyai hak dan PR berusaha untuk tidak mengabaikan mereka dalam usaha memberikan keadilan, di samping memelihara hak Melayu.

Oleh itu pastinya, jika diterjemahkan kemenangan PR di dua bukit itu, maka akan terbuktilah majoriti Melayu mengundi PR. Ini menunjukkan bahawa majoriti Melayu terus menolak Umno/BN kerana tidak berpuashati dan perubahan pucuk pimpinan kepada DS Najib Razak sekadar menambah luka.

Calon anak tempatan Umno/BN, Ismail Saffian juga gagal menyaingi Nizar. Ismail bukan saingan Nizar. Sebelum diumumkan Nizar sebagai calon, pengundi dikatakan memberi sokongan 50-50 pada Ismail, tetapi selepas sahaja nama Nizar disebut, peratusan sokongan pada PR terus melonjak naik.

Faktor pengundi Cina banyak mempengeruhi kemenangan kerana ia menjadi penentu dan mereka benar-benar menyenangi Nizar. Undi simpati dan protes juga mempengaruhi situasi, rakyat tidak dapat menerima atau menyokong rampasan kuasa Umno.

Sokongan pengundi Cina yang meliputi 27 peratus daripada keseluruhan 56,462 pemilih berdaftar memberi kesan besar pada PR059 Bukit Gantang. Walaupun dua tiga hari sebelum pengundian seakan ada tanda seolah-olah angin perubahan melanda khususnya kalangan pengundi Cina ekoran janji-janji manis Dr Zambry AK berhubung dengan hal ehwal pemilikan tanah, tetapi realitinya TIDAK MENJADI.

Zambry cuba memancing dengan berusaha meluluskan hak pemilikan tanah kepada orang Cina dan India. Semasa Nizar membuat dasar ini, Zambry menentang keras. Orang Cina dan India tentunya tidak mudah termakan dengan janji manis ini. Mereka sedar ia mainan politik pilihan raya Umno/BN sahaja.

Sambutan hangat kehadiran pada program Pengarah Pilihan Raya BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Sepetang, ternyata menipu Umno/BN. Kalangan Umno menterjemahkan kehadiran orang ramai sebagai perubahan, sedangkan hakikatnya yang hadir ialah kalangan anggota Pakatan Rakyat.

Memang ramai kalangan Umno/BN yang hadir tetapi memang begitulah sifat mereka yang sering bermuka-muka, apatah lagi pada saat Ds Najib akan melantik barisan kabinetnya yang baru.

Tanda-tanda awal, Umno/BN akan kalah jelas terbayang apabila peti saluran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sepetang dibuka. Dun Kuala Sepetang mempunyai 6,276 orang atau 31.8 peratus pemilih berdaftar kaum Cina. Pada PRK Bukit Gantang kali ini, ia mencatatkan jumlah keluar mengundi tertinggi iaitu 15,411 pengundi atau 78.14 peratus. BN terpukul kalah dengan majoriti lebih 2,000 undi di kawasan ini.

Ini bermakna BN mengalami majoriti kekalahan lebih 100 peratus berbanding pada PRU12 yang hanya mencatat 564 undi, majoriti kepada PR.

BN juga kalah dalam DUN Changkat Jering yang diwakili pakar lompat Kapt (B) Osman Jailu dengan mencatat peratusan keluar mengundi 73.79 peratus atau 18,418 pengundi. Ertinya di Dun ini, pengundi telah menolak Osman Jailu.

BN hanya menang di DUN Trong – daerah terbesar dengan jumlah pengundi terkecil iaitu 10,796 orang. Itupun dengan majoriti berkurangan daripada PRU12. Sebanyak 7,928 orang atau 73.8 peratus keluar mengundi.

Keseluruhannya 41,757 orang atau 75.34 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil ini, pertambahan 2.69 peratus berbanding 72.65 peratus atau 40,299 orang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

PAS telah mendapat sokongan 100 peratus daripada parti pakatan pembangkang DAP dan PKR, menang dengan majoriti 2,789 undi iaitu pertambahan 1,223 undi berbanding pilihan raya umum tahun lalu.

Pada PRU-12, calon BN, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi kalah majoriti 1,566 undi kepada calon PAS, Roslan Shaharum yang memperolehi 20,015 undi. Calon Bebas, Morgan mendapat 872 undi.

Sedarlah BN, bahawa MCA dan Gerakan tidak relevan lagi, politik yang dibawa Umno juga sudah merudum popularitinnya. Orang Cina sudah perit dengan MCA dan Gerakan yang lebih banyak berusaha mengenyangkan perut masing-masing, kedua-duanya bersekongkol dengan Umno. Kedua-dua parti komponen BN itu juga mengiktu rentak Umno.

Orang Cina telah menyimpul mati dalam hati bahawa MCA dan Gerakan sudah gagal melaksanakan tanggungjawab setelah diberi tempoh puluhan tahun untuk membuktikan keihklasan memperjuangkan nasib mereka.

MIC pula ternyata menambah bebanan sahaja kepada BN. Ia tiada impak lagi malahan menuju kehancurannya. Namun kesalan rakyat pada UMNO/BN akan berterusan setelah tsunami 2008... sokongan pada UMNO/BN tidak pulih dan tidak akan pulih lagi.

Keputusan BN untuk melantik badan bebas melakukan bedah siasat punca kekalahan parti itu hanya lah omongan kosong. Selepas kalah pada tsunami 2008, BN juga berbuat seumpama itu tetapi apabila kajian dan analisis mengena hidung kalangan pemimpin besar mereka sendiri, ia dibakul sampah kan.

Umno/BN tidak akan berubah lagi. Ia akan berubah tetapi berubah ke arah lebih teruk lagi. Ayuhlah ramai-ramai menyertai PAS, kosongkan UMNO.

Kenyataan TS Muhyiddin Yassin sebagai rekasi pada kekalahan itu jelas membayangkan segala: “Walaupun kita bekerja keras dengan turun ke bawah memberi penjelasan kepada pengundi tetapi tidak berjaya meyakinkan mereka untuk menerima kita.”

Sokongan terhadap BN semakin merosot dan keputusan PRK Bukit Gantang adalah gambaran pendirian seluruh rakyat Perak terhadap BN, terutama Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.
PRU Ke-13 bukan jauh. Pemilihan saf pimpinan Umno di bawah Najib sudahpun menunjukkan tanda-tanda negatif dan jika turut diterjemahkan dalam perlantikan barisan kabinet barunya, maka UMNO/BN menanti rebah tidak terbangun lagi.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan