Kerajaan Negeri Selangor melalui peguamnya semalam memohon Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Kerajaan Negeri sebelum ini telah memohon Pendaftar Pertubuhan tidak meluluskan permohonan pembubaran Balkis namun bantahan itu tidak dihiraukan.
Menurut surat yang dikeluarkan oleh Tetuan Fernandez & Selvarajah kepada Pendaftar Pertubuhan bertarikh 9 April, Kerajaan Negeri memohon supaya jabatan itu tidak mewartakan pembatalan pendaftaran dan pembubaran Balkis, seterusnya mengenepikan pembatalannya.
"Kami diarahkan oleh anak guam kami untuk menyatakan bahawa pembatalan pendaftaran dan pembubaran Balkis seperti yang dilaporkan adalah salah di sisi undang-undang mengikut Akta Pertubuhan 1966.
"Anak guam kami juga memohon agar pihak Pendaftar Pertubuhan menuntut kembali dana dan kepunyaan Balkis daripada Jabatan Insolvensi
Pada 25 Mac lalu, hasil siasatan pendengaran awam terbuka berhubung Balkis yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) mengesahkan Balkis telah dibubarkan berkuatkuasa mulai 11 Februari 2009.
Perintah pembatalan pendaftaran Balkis telah dikeluarkan oleh jabatan berkenaan mengikut Seksyen 13(1)(a) Akta Pertubuhan 1966. Dana kepunyaan Balkis berjumlah RM9.9juta sedang dikendalikan oleh pihak Jabatan Insolvensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan