Peralihan Kuasa, Sah Akhirnya Dato' Seri Najib Bakal Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam Jumaat Ini !!

 Peralihan Kuasa, Sah Akhirnya Dato' Seri Najib Bakal Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam Jumaat Ini !!

KUALA LUMPUR : Istiadat pengurniaansuratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah serta menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri yang baru oleh Dato' Seri Najib Razak,akan berlangsung di Istana Negara pagi Jumaat ini. Para jemaah menteri telah menerima jemputan untuk menghadiri istiadat yang dihantar pada 10 pagi semalam. Jemputan tersebut turut dihantar melaluiSistem Pesanan Ringkas (SMS). Menurut jemputan tersebut, istiadat tersebut akan berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara mulai jam 9 pagi. Di perhimpunan agung UMNO hujung minggu lalu, Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah Badawi berkata beliau akan menghadap Yang Di Pertuan Agong Khamis ini untuk memaklumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan tersebut. Perhimpunan agung tersebut turut menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan UMNO di mana Najib memenangi jawatan presiden UMNO tanpa bertanding. Abdullah tidak bertanding mempertahankan jawatan presiden ekoran persetujuan melaksanakan pelan peralihan kuasa selepas perhimpunan agung UMNO selesai. ManakalaMuhyiddn Yassin pula berjaya memenangi jawatan timbalan presiden, selepas menewaskan seorang lagi calon, Mat Taib. Seorang lagi calon, Ali Rustam dilarang bertanding selepas ejennya didapati bersalah olehLembaga Disiplin UMNO kerana terbabit dengan politik wang.

[Apakah benar laporan ini, segalanya bakal terjawab nanti. Walau bagaimana sekali pun kami tetap berpendirian bahawa rakyat majoritinya tidak mahu Najib menjadi Perdana Menteri selagi moralnya dipertikaikan oleh rakyat. Malah, dalam kes Altantunya Najib Razak masih belum menjawab sebarang persoalan yang dikeluarkan oleh akhbar Perancis tentang penglibatan beliau dalam kes itu. Malah laporan tersebut juga telah disiarkan di seluruh dunia. Soalnya di sini, apakah perlantikan Najib itu nanti akan menyumbang keamanan dan kemajuan kepada negara?. Sedangkan dalam masa yang sama pelabur mungkin takut untuk melabur di negara ini kerana mereka melihat kekangan badan kehakiman yang begitu ketara oleh pihak pemerintah. Malah, mereka juga akan gusar bila Perdana Menteri yang dilantik dipertikaikan oleh rakyatnya]. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan