PERKASA YANG LEMAH TENAGA

 Ali, Ruhanie, Fuad merupakan orang kuat PERKASA. Malangnya PERKASA ditubuhkan oleh kumpulan yang sudah lemah tenaga. PERKASA yang ditubuh oleh kumpulan yang sudah lemah tenaga mempunyai visi dan misi untuk menegakkan kepentingan pribumi, kononnyalah.

PERKASA sudah ada sidang kemuncaknya. Mahathir yang sudah lemah nampaknya kini bertenaga semula melalui PERKASA. Pribumi nampaknya makin malang kerana Mahathir juga sebenarnya adalah dari kumpulan yang sudah lemah tenaga.

Apakah yang pribumi boleh harapkan kepada PERKASA kiranya pemimpin PERKASA sendiri terdiri dari pihak yang lemah?

Persoalannya ialah Ali, Ruhanie, Fuad dan Mahathir pernah menjadi orang kuat dan perkasa sebelum PERKASA ditubuhkan. Mereka merupakan bekas ahli politik yang berkuasa dan perkasa semasa dalam UMNO.  Kita tidak faham kenapa mempunyai kuasa dan masih perkasa sebagai ahli Parlimen dulu mereka ini tidak buat sesuatu untuk memperkasakan melayu sepertimana yang dibuat melalui PERKASA sekarang?

Atau mereka ini sedang mabuk atau gila talak nak jadi orang yang berkuasa dan perkasa semula, tetapi tidak boleh?

Peluang semasa berada di kerusi kuasa seharusnya digunakan untuk menjadikan melayu lebih perkasa. Sudah beratus pihak ditubuhkan kononnya untuk memperkasakan peribumi (melayu), tetapi kenapa melayu ini masih lagi belum jadi perkasa?

Kenapa??????????????? PERKASA tidak fikirkan apakah sebabnya melayu masih belum PERKASA walaupun UMNO menjadi parti utama melayu yang memerintah Malaysia selama 50 tahun lebih itu?

Mahathir dalam persidangan PERKASA masih lagi pertikaikan melayu. Apakah jenis melayu Mahathir ini?.  Bangsa apakah Mahathir ini?

Ucapan Mahathir dalam Persidangan PERKASA yang bernombor 20 itu menyebut gejala jual AP ialah melayu. Ibrahim Ali, Fuad, dan Ruhanie perlu sedar yang mabuk AP ialah Mamak seperti Mahathir iaitu keluarga NAZA KIA.  NAZA KIA ialah siri perniagaan keluarga Mamak seperti Mahathir. Kenapa Mahathir kaitkan gejala gila AP dengan Melayu?

Orang gila AP ialah mamak seperti Mahathir.

Sebagai melayu yang bukan Mamak, cuba perhati kabinet Najib sekarang. Kenapa Mukhriz di letak di bawah Mustapha Mohamad di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri?. Disamping itu Nor Mohamed Yakcob sebagai Meneri di Unit Perancang Ekonmi di letak di Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri?. Cuba perati muka Muhkriz, Nor Yakcob, Mahathir dan taukeh NAZA KIA dan Shahrizat Jalil yang kini jadi Menteri.

Adakah Mustapha Mohamad cukup perkasa untuk menghalang pihak gila AP ini dari terus membuktikan apa yang Mahathir sebut melayulah yang jual AP.

Biar Ibrahim Ali, Ruhanie dan Fuad di PERKASA lihat budak-budak tingkat 4 baru yang dihasilkan dalam kabinet Najib-Mahathir.

Muramatsu 
UK 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan