Menurut sumber salah seorang ahli dewan undangan negeri Barisan Nasional negeri tersebut sedang sakit tenat dan tidak menolak kemungkinan pilihan raya kecil akan diadakan dalam masa terdekat sekiranya beliau meninggal dunia.
Sekiranya ini berlaku ia akan merupakan PRK pertama di negeri Johor sejak pilihan raya umum Mach 2008.
Johor berbangga dengan rekod 100 peratus sifar pembangkang sejak PRU 1990 namun keadaan ini berubah apabila BN kalah kerusi DUN Senggarang di atas kesalahan teknikal pada PRU 2004.
Kemenangan calon Pas ketika itu, Dr Mohd Ramli Md Kari sedikit sebanyak telah membuka jalan kepada laluan pembangkang di negeri kubu kuat Umno dan BN itu.
Kekalahan kerusi Senggarang sudah cukup memberi kesan psaikologi mendalam dan meruntuhkan ego Umno dan BN kerana selama ini mereka mendabik dada bahawa sampai kiamat pun PAS tidak akan memenangi satu kerusi di Johor.
PRU ke 12 sama sekali meranapkan mitos kubu kuat Umno dan BN apabila gelombang Pakatan Rakyat berjaya menyapu enam kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen di Johor sekali gus memahatkan dalam sejarah politik Umno dan BN Johor sebagai rekod terburuk.
Sasaran dan janji Menteri Besar, Abdul Ghani Othman untuk mengembalikan Johor kepada status quo sifar pembangkang nyata meleset sama sekali dengan tujuh kerusi terlepas kepada Pakatan Rakyat.
Arus penolakan terus menerus rakyat terhadap Umno dan BN terutamanya kepimpinan Perdana Menteri baru, Najib Razak menjadi faktor utama kemenangan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dan Bukit selambau menjadikan empat kerusi sejak PRU 2008, kesemuanya di Semenanjung Malaysia.
Pola penolakan ini dijangka akan diteruskan di Johor sekiranya PRK di adakan dalam tempoh terdekat ini.
-TVAntara.com.my-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan