PO59 BUKIT GANTANG : PAS Enggan Patuhi Larangan Terbaru Ceramah

 
TAIPING  - Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak,Asmuni Awi (foto)menegaskan parti itu tidak akan akur dengan arahan polis yang melarang mana-mana pihak termasuk calon mengeluarkan sebarang kenyataan atau kata-kata yang bersifat menghasut semasa berkempen pada pilihan raya kecil. "Kita menghormati kebebasan bersuara. Kita akan bercakap apa sahaja isu yang mengenai kepentingan rakyat dan negara selagi perkara yang disentuh itu dibuat dalam batas undang-undang dan berdasarkan fakta," katanya dalam sidang media diMarkas Induk Operasi PAS di Air Kuning di sini, hari ini. Beliau berkata, arahan itu adalah satu tindakan yang tidak wajar kerana kebebasan bersuara adalah satu hak asasi yang dijamin dengan sepenuhnya olehPerlembagaan Persekutuan. "Kita boleh bincang apa sahaja sebenarnya. Tiada had untuk kita membincangkan sesuatu topik dalam negara ini selagi kita mematuhi undang-undang dengan tidak melanggar batas-batas hasutan. Saya rasa rakyat Malaysia adalah bijak dalam membincangkan perkara seperti ini," katanya. Beliau yang juga seorang peguam, berkata PAS juga sudah memberi arahan kepada penceramah parti itu supaya tidak risau untuk terus membicarakan isu-isu tertentu yang kini dilarang polis kerana berpendapat arahan polis itu sebenarnya suatu perkara yang boleh dicabar dari sudut undang-undang.

Sementara itu, Asmuni yang juga 
Pengarah Pilihan Raya Kecil Pas Bukit Gantang, menolak syor oleh pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara, Profesor Dr Shad Saleem Faruqi supaya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat duduk semeja dan berunding bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak. Shad ketika menyuarakan pandangannya dalam Rancangan Hujah yang disiarkan diTV9 malam tadi berkata, usaha menyelesaikan kemelut itu menerusi mahkamah boleh menjadi salah satu jalan penyelesaian yang sesuai, namun ia dijangka akan mengambil masa yang panjang kerana ia pasti disusuli dengan rayuan demi rayuan terhadap setiap ketetapan yang dibuat mahkamah. Asmuni berkata, Pas tidak boleh menerima keputusan seperti itu kerana ia jelas bertentangan dengan kehendak dan tuntutan rakyat Perak. "Mood rakyat berkehendakkan kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan serahkan mandat kepada mereka dan mereka akan buat pilihan sendiri. Jadi kita kena hormati hak rakyat," katanya. Beliau berkata, penyelesaian terbaik bagi segala kemelut politik di Perak adalah melalui pembubaran DUN dan mengadakan satu pilihan raya negeri semula kerana itu yang dikehendaki oleh rakyat di negeri ini.

[UMNO dan BN cuba untuk merompak kebebasan rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Berbagai alasan diberikan untuk menyekat rakyat mendapat maklumat tentang isu-isu semasa menjelang pilihanraya tiga serangkai ini. Bermula dengan menggantung akhbar Harakah dan Suara Keadilan, kemudian larangan berbicara soal rampasan kuasa di Perak dan kes Altantunya, kemudian membenarkan ceramah hingga jam 11 dan banyak lagi episod malang yang sengaja direka untuk memastikan maklumat tidak sampai kepada rakyat. Namun mereka lupa, rakyat yang celik IT dan komputer boleh mendapatkan maklumat itu menerusi laman-laman blog dalam internet untuk disebarkan].                                                                             Najib Iringi Pak Lah Mengadap Agong Esok

PUTRAJAYA  - Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap YangDi Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidinesok. "Esok Perdana Menteri jemput saya untuk mengiringi beliau menghadap Agong,"katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Tamil di sini hari ini. Pak Lah akan menghadap Yang Di Pertuan Agong bagi membincangkan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri seperti mana yang telah dipersetujui dalam pelan peralihan kuasa antara beliau dan Najib sebelum ini. Najib, telah mengambil alih jawatan Presiden UMNO daripada Pak Lah pada perhimpunan agung parti itu minggu lepas.

[Nampaknya peralihan kuasa akan berlaku di saat genting seluruh negara tertumpu kepada pilihanraya kecil tiga serangkai. Apakah perubahan pucuk pimpinan negara ini bakal memberi impak yang positif kepada UMNO dan BN dalam menghadapi pilihanraya kecil pada 7 April ini. Segalanya bakal terjawab selepas Najib angkat sumpah sebagai PM nanti].

Tiga ADUN Bebas Kekal Sebagai Wakil Rakyat

IPOH Mahkamah Tinggi Ipohpetang ini memutuskan tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas iaituJamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) danHee Yit Foong (Jelapang) kini masih kekal sebagai wakil rakyat yang sah di kawasan masing-masing. Perkara ini telah diputuskan olehHakim Datuk Balia Yusof Wahi sebentar tadi. Sementera itu hakim juga telah mengetepikan permohonan tiga bekas Exco dan tiga pengundi untuk mencelah dalam perbicaraan tiga ADUN Bebasuntuk meminta mahkamah mengisytihar kerusi mereka masih sah. Balia juga mengetepikan permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri(DUN) Perak, V Sivakumar, untuk membatalkan saman pemula tiga Adun Bebas berkenaan. Hakim akan mendengar saman pemula itu pada 8 April ini

[Keputusann yang sudah boleh dibaca dan diagak oleh semua rakyat. Kreadibiliti mahkamah yang sudah rosak dan musnah pasti akan bersekongkol dengan membuat keputusan yang jelas menyebelahi pihak pemerintah sebenarnya. Justeru itu terselamatlah kerajaan BN di Perak dengan keputusan ini. Namum, sampai bilakan sidang DUN Perak mahu ditangguhkan oleh MB Zambry Kadir agaknya?]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan